Pages

Wednesday, November 24, 2010

Dapat berjuta-juta undi dalam seminggu



WAGNER CARRILHO


LONDON - Berjuta-juta peminat mengundi pada setiap minggu bagi memastikan seorang bekas guru pendidikan jasmani berketurunan Brazil, Wagner Carrilho, meneruskan kemaraannya dalam program mencari bakat nyanyian di televisyen, X Factor, lapor sebuah akhbar semalam.
Para pengundi dikatakan memilih Carrilho, 54, kerana mereka sengaja mahu membangkitkan kemarahan ketua juri X Factor, Simon Cowell yang begitu bencikannya.
Sebelum ini, Cowell menganggap bekas guru pendidikan jasmani berdarah Brazil itu tidak sehebat mana dan tidak layak menjuarai pertandingan tersebut.
Berbeza dengan hasrat Cowell, ramai penonton terpikat dengan aksi bertenaga Carrilho setiap kali dia beraksi di pentas sehinggakan satu muka surat dalam laman Facebook diwujudkan bagi menggesa orang ramai supaya mengundinya.
Pada Ahad lalu, Carrilho sekali lagi mengecewakan Cowell apabila dia meneruskan kemaraan dalam program popular di Britain itu selepas memperoleh undian antara yang tertinggi.
Program X Factor yang mula disiarkan pada 2004 berjaya melahirkan beberapa penyanyi popular di persada muzik antarabangsa terutamanya Leona Lewis. - Agensi

No comments: