Pages

Thursday, November 25, 2010

Wajah orang asli yang baru ditemui didedahkan




WAJAH dua orang asli yang baru ditemui.


LIMA - Beberapa buah akhbar di Barat menyiarkan gambar sekumpulan orang asli yang baru ditemui pada tahun lalu oleh pihak berkuasa Peru di hutan hujan Amazon tetapi disembunyikan daripada pengetahuan pihak media selama setahun, lapor sebuah akhbar semalam.
Orang asli itu bertutur dalam bahasa yang tidak difahami pakar-pakar antropologi dan mereka juga tidak mempunyai nama.
Mereka ditemui pihak berkuasa Peru ketika menjejaki pembalak-pembalak haram di Hutan Simpan Kugapakori Nahua, Amazon.
Pendedahan mengenainya dibuat pada minggu ini, setahun selepas petugas-petugas sebuah institut antropologi di Peru berinteraksi dan melakukan kajian secara rahsia ke atas mereka.
Kaum orang asli itu tinggal di dalam pondok-pondok yang dibina daripada rotan dan daun palma.
Mereka masih menggunakan lembing dan panah untuk memburu dan mengamalkan kehidupan berpindah randah.
Orang asli itu dipercayai berasal dari Asia Utara yang melintasi Selat Bering sekitar 9,000 tahun sebelum masihi. - Agensi

No comments: