Pages

Saturday, October 2, 2010

Wira komik beragama Islam




NEW YORK - Penggemar buku komik tidak lama lagi akan dapat melihat wira baru iaitu seorang kanak-kanak lelaki Islam yang menggunakan kerusi roda dan mempunyai kuasa luar biasa. 

Dermawan dan ahli perniagaan Amerika Syarikat (AS), Jay Snyder yang mencipta komik itu berkata, beliau mendapat inspirasi melalui usaha Presiden AS, Barack Obama yang cuba mengambil hati dunia Islam semasa ucapan pertabalannya sebagai Presiden. 

Snyder menerbangkan 12 kanak-kanak cacat warga AS ke Damsyik untuk bertemu dengan sekumpulan kanak-kanak Syria yang juga kurang upaya. 

Salah satu matlamat utama perjumpaan itu adalah untuk membincangkan idea untuk mencipta wira komik baru itu. 

"Kanak-kanak istimewa ini membantu mencipta komik melalui gabungan bakat mereka, dan ini merupakan hadiah kepada dunia," katanya. 

Konsep akhir buku komik itu belum diputuskan secara muktamad, tetapi disahkan watak utama komik baru itu akan menjadi kanak-kanak Islam yang menaiki kerusi roda selepas kehilangan kedua kaki dalam kemalangan periuk api. 

Kemalangan itu menyebabkan wira itu bertukar menjadi Silver Scorpion yang mampu mengawal besi menggunakan minda. 

Komik itu dijangka dilancarkan buat kali pertama pada awal November depan dan akan dicetak dalam bahasa Arab dan Inggeris.

No comments: