Pages

Saturday, October 2, 2010

Coli kecemasan tukar jadi topeng muka



CHICAGO - Bayangkan anda sedang berjalan di tepian pantai dan tiba-tiba, gunung berapi meletus, atau kebakaran besar berlaku. 

Abu dan asap tebal melitupi udara, tetapi dengan hanya beberapa langkah mudah, anda mampu menukar Emergency Bra (Coli Kecemasan) menjadi dua topeng pernafasan. 

Itulah ciptaan terbaru yang unik oleh Dr Elena Bodnar, seorang doktor perubatan dari Chicago, Amerika Syarikat. 

Bodnar yang pernah merawat mangsa letupan loji nuklear Chernobyl pada 1986 di Ukraine telah menyaksikan sendiri betapa penyedutan partikel dalam udara sama bahaya seperti kesan radioaktif sendiri. 

"Saya mahu mencipta alat keselamatan yang boleh didapati pada bila-bila masa," katanya. 

Coli yang dilengkapi dengan penapis udara itu mampu ditukarkan menjadi topeng muka yang melindungi pemakai daripada asap, debu letupan, abu gunung berapi dan serangan radioaktif atau senjata biologi. 

Beliau juga sedang mengkaji ciptaan seterusnya iaitu baju kemeja lelaki yang mempunyai panel penapisan udara di bahagian bahu. 

Pada masa ini, coli itu dijual pada harga AS$30 (RM93) melalui laman sesawang www.ebbra.com.

No comments: