Pages

Monday, October 25, 2010

Perompak pulang semula wang rompakan





2010/10/25

NEW YORK: Seorang perompak memasuki sebuah bank di Saratoga Springs di bandar raya ini, menyerahkan nota menuntut wang daripada seorang kerani, sebelum melarikan diri bersama AS$7,000 (RM22,400). 

Bagaimanapun, sejurus keluar bank, perompak terbabit, Matthew Lofchie, 57, berubah hati dan berpatah balik lalu menyerahkan semula wang itu kepada kerani bank berkenaan.
Namun, tindakan Lofchie tidak dapat ‘melembutkan’ hati pihak polis. Dia kini ditahan di lokap sementara menunggu ujian kesihatan mental. – Agensi

No comments: