Pages

Monday, September 6, 2010

Saudi tidak kaut untung daripada haji

MAKKAH: Timbalan Perdana Menteri Kedua yang juga Menteri Dalam Negeri Arab Saudi, Putera Naif menolak dakwaan kononnya negara itu meraih keuntungan daripada ibadah haji dan umrah.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Haji berkata: “Ada pihak yang berpendapat negara ini memperoleh keuntungan daripada jemaah haji dan umrah. “Tetapi sebenarnya, kami memberikan perkhidmatan percuma kepada mereka, kecuali tempat menginap, makanan dan pengangkutan.
“Apa yang penting ialah taat setia kepada Allah.” Naif berkata demikian selepas berbincang dengan Menteri Haji, Fouad Al-Farsy dan pegawai kanan kementerian itu di pejabatnya mengenai persiapan musim haji akan datang. - Agensi

No comments: