Pages

Monday, September 6, 2010

Jet pejuang Zionis bedil Gaza





2010/09/06


SEORANG  mangsa serangan udara Israel diberi rawatan di sebuah hospital di  Najar,   Rafah, selatan Gaza, kalmarin.
SEORANG mangsa serangan udara Israel diberi rawatan di sebuah hospital di Najar, Rafah, selatan Gaza, kalmarin.

BANDARAYA GAZA: Baru dua hari berlalu rundingan damai Israel-Palestin, rejim zionis Tel Aviv melancarkan serangan udara terhadap semenanjung Gaza ketika penduduk wilayah Palestin itu sedang menjalankan ibadat puasa. 

Pesawat tempur Israel itu melancarkan tiga serangan ke atas Gaza menjelang tengah malam kelmarin menyebabkan sekurang-kurangnya dua orang terbunuh, seorang cedera dan dua lagi masih hilang, kata sumber keselamatan dan perubatan.
Sumber perubatan Palestin berkata pasukannya berjaya membawa mangsa cedera ke hospital Abu Yusuf Najjar di Rafah, selepas pesawat F-16 Israel melepaskan bedilan ke sebuah terowong di kampung As Salam di selatan Rafah di sempadan Palestin- Mesir.
Penyelaras perubatan, Adham Abu Salaminya, mengesahkan pesawat tempur Israel itu melancarkan tiga serangan udara. 

Serangan menyasarkan daerah kosong di wilayah Abu Thaima di timur Khan Yunis tanpa ada yang korban, serangan udara kedua membedil sebuah terowong di kampung As Salam di Rafah dan mengakibatkan dua terbunuh, seorang cedera, di samping dua orang hilang. 

Serangan ketiga menyasar sebuah lagi terowong di daerah Al Abd al Jabar, berhampiran Rafah, juga tiada yang korban. 

Sumber tempatan berkata serangan udara Israel itu mengakibatkan kebakaran di sebuah terowong yang di dalamnya terdapat sejumlah pekerja. 
Serangan itu berlaku secara mengejut dan pekerja dalam terowong tidak sempat melarikan diri. 

Satu daripada terowong terbabit runtuh menyebabkan dua orang terbunuh, kata saksi. 

Satu lagi serangan disasarkan ke atas bekas pangkalan yang pernah digunakan sayap bersenjata pergerakan Hamas yang menguasai Semenanjung Gaza pada 2007. 

Jurucakap tentera Israel mengesahkan ketiga-tiga serangan dan berkata satu daripadanya disasarkan ke atas terowong yang digali menghala ke Israel bagi tujuan serangan di sempadan. 

Jurucakap itu berkata, tindakan Tel Aviv itu menyusul serangan roket dari Gaza ke wilayah Israel kelmarin, tetapi tidak menyebabkan kemusnahan atau kemalangan jiwa. 

Insiden berlaku berikutan mesyuarat antara Presiden Mahmud Abbas dan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu bagi melancarkan semula rundingan damai secara terus selepas kebuntuan sejak 20 bulan lalu. 

Hamas mengancam meneruskan serangan ke atas Israel selepas melancarkan dua serangan ke atas penempatan Yahudi di Tebing Barat Khamis lalu, yang menyebabkan empat orang terbunuh. AFP

No comments: