Pages

Wednesday, August 25, 2010

Polemik masjid di Ground Zero





ORANG ramai berarak sebagai tanda protes pembinaan masjid di New York.

SEBUAH masjid baru yang bakal dibina di bandar raya New York, Amerika Syarikat (AS) menarik ratusan orang berdemonstrasi Ahad lalu dengan pihak pembangkang membawa papan tanda yang mengaitkan Islam dengan darah.
Para pembangkang dan penyokongnya berhimpun sambil menjerit, ‘Katakan tidak kepada ketakutan perkauman!’ selain mengibarkan bendera AS.
Kedua-dua pemimpin projek pembangunan itu bagaimanapun mempertahankan pelan mereka, walaupun terdapat cadangan mereka patut berbincang mengenai tapak alternatif.
Dalam pada itu, Imam Feisal Abdul Rauf berkata, perhatian yang wujud akibat projek itu ketika lawatan ke Asia Barat pada asalnya bersifat positif dan dia berharap ia akan membawa persefahaman yang lebih baik.
Di satu sudut dekat pusat komuniti Islam dan masjid setinggi 13 tingkat yang bakal dibina, polis membahagikan orang yang berdemonstrasi kepada dua kumpulan.
Tiada laporan kekerasan fizikal tetapi berlaku kekecohan termasuk seorang lelaki dan wanita yang menjerit ke arah satu sama lain sepanjang sempadan di bawah hujan renyai-renyai itu.
Jumlah pembangkang projek bernilai AS$100 juta (RM313 juta) yang terletak dua blok dari Pusat Dagangan Dunia meningkat dengan pantas. Bruce Springsteen seorang warga New York melaungkan kata-kata menggunakan pembesar suara sambil pembangkang melaungkan, “Tak ada masjid, tak mungkin!”
Papan tanda yang diangkat oleh berdozen penunjuk perasaan yang berdiri di belakang polis menulis ‘SHARIA’ menggunakan tulisan berwarna darah untuk menggambarkan undang-undang syariah Islam yang mengatur perilaku orang Islam.
Steve Ayling, 40, yang merupakan tukang paip di Brooklyn yang membawa papan tandanya berkata, mereka yang bekerja di belakang projek masjid itu adalah orang yang sama meletupkan menara berkembar berkenaan.
Para pembangkang mendesak masjid itu dipindahkan ke lokasi yang lebih jauh dari tapak Ground Zero yang meragut nyawa lebih 2,700 ketika peristiwa 11 September 2001.
“Mereka patut membinanya di Asia Barat,” kata Ayling.
Di satu laluan berdekatan, polis menghalau satu kumpulan yang membentangkan banting dengan imej memukul, merejam dan lain-lain penyeksaan yang mereka dakwa dilakukan oleh mereka yang mengikut undang-undang Islam.
Gambar seorang lelaki memakai kopiah, pakaian tradisi Arab dipasang pada salah satu dua mok peluru berpandu yang merupakan sebahagian tindakan antimasjid.
Kebebasan beragama

PARA pembangkang yang membantah pembinaan masjid mengaitkan Islam dengan darah.

Salah sebutir peluru berpandu ditulis dengan perkataan: Sekali lagi? Kebebasan yang disasarkan oleh agama, manakala sebuah lagi pula ditulis dengan, Obama: Dengan nama tengah Hussien. Kami Faham. Bloomberg: Apa Alasan anda?
Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg mempertahankan rancangan pembinaan masjid berkata, hak untuk mengamalkan agama merupakan sebab utama AS ditubuhkan.
Projek masjid berkenaan dipimpin oleh Rauf dan isterinya, Daisy Khan yang mahu pusat berkenaan memperkenalkan kesederhanaan Islam. Tindakan mereka mendorong perdebatan kebangsaan mengenai kebebasan agama dan nilai orang AS serta menjadi isu pada kempen pilihan raya akan datang.
Ahli republik mengkritik pendirian Obama yang berpendapat orang Islam mempunyai hak untuk membina pusat berkenaan di tapak tersebut tetapi beliau tidak memberi sebarang komen sama ada mereka perlu membinanya.
Rauf sedang dalam lawatan ke Asia Barat yang ditaja oleh Jabatan Negeri AS ketika berniat mempromosikan toleransi agama. “Ini adalah harapan saya supaya mereka lebih memahami,” kata Rauf pada perhimpunan Ahad lalu dekat residen kedutaan di Bahrain.
Wakil demokratik New York David Paterson mencadangkan supaya satu tapak lain yang lebih jauh digunakan untuk membina pusat berkenaan.
Pengarah Eksekutif Kemajuan Masyarakat Amerika Muslim, Daisy Khan berkata usaha tersebut sebagai satu langkah membina jambatan. “Kami tidak mahu menimbulkan konflik, ini bukan niat kami. Jadi, ini adalah peluang untuk kita benar-benar mengubah keadaan dan menjadikannya sesuatu yang sangat positif. Jadi kita akan berjumpa dan melakukan apa yang betul untuk semua orang,” katanya.
“Ia bukanlah Islamofobia. Ia lebih daripada itu. Ia adalah kebencian terhadap Muslim,” katanya.
Penyokong pembinaan masjid pula, dengan jarak satu blok dari pembangkang, beberapa ratus orang melaungkan, “Muslim dialu-alukan di sini! Kami katakan tidak kepada ketakutan perkauman!”
Dr. Ali Akram, seorang ahli fizik Brooklyn berumur 39 tahun hadir bersama tiga anak lelakinya dan seorang anak saudara berusia 11 tahun sambil mengibarkan bendera AS.
Dia menulis bahawa orang Muslim turut terkorban ketika peristiwa 11 September itu dan dia memanggil mereka yang menentang pembinaan masjid itu sebagai tidak bersifat AS.
“Mereka mengajar anak-anak mereka mengenai kebebasan beragama di AS tetapi mereka tidak mengamalkan apa yang mereka sampaikan,” katanya. – AFP
kredit : kosmo.com.my

No comments: