Pages

Wednesday, August 25, 2010

Mariam tunggu izin Greece




TRIPOLI - Kapal misi bantuan kemanusiaan dari Lubnan, :Mariam:, yang terpaksa menunda pelayaran menghantar bekalan makanan dan ubat-ubatan kepada penduduk Palestin di Gaza mungkin akan menggunakan pelabuhan di Greece bagi meneruskan misi itu. 

Jurucakap pihak penganjur, Samar al-Hajj berkata, misi penghantaran bantuan kemanusiaan itu akan tetap diteruskan. 

"Pelayaran kapal Mariam yang membawa 50 aktivis wanita dan wartawan ke Gaza tidak dibatalkan, tetapi hanya terpaksa ditangguhkan," katanya pada sidang media di Tripoli. 

Seorang lagi penganjur misi, Yasser Kashlak memberitahu pemberita bahawa mereka akan menunggu sehingga Jumaat ini untuk mendapat jawapan daripada kerajaan Greece. 

"Jika masih tidak mendapat kebenaran menggunakan pelabuhan dan perairan Greece, kami mungkin akan mengibarkan bendera Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada kapal :Mariam: dan meneruskan pelayaran ke Gaza," tegasnya. 

Misi bantuan kemanu-siaan itu terpaksa ditunda apabila kerajaan Cyprus tidak membenarkan kapal :Mariam: menggunakan perairan negara itu atau berlabuh di mana-mana pelabuhannya.

No comments: