Pages

Sunday, August 22, 2010

Pakistan, India berbaik kerana banjir



RATUSAN penduduk Pakistan melintasi sebuah lori yang terkandas akibat banjir di sebatang sungai di Basera, wilayah Punjab kelmarin.


ISLAMABAD - Dua negara berjiran yang sekian lama bermusuhan akhirnya berbaik semula selepas Pakistan semalam bersetuju menerima dana India sebanyak AS$5 juta (RM15.7 juta) untuk membantu mangsa banjir di republik Islam itu.
Menteri Luar Pakistan, Shah Mahmood Qureshi memberitahu stesen NDTV India, kerajaan menerima sumbangan itu selepas beberapa hari membuat penilaian dan atas faktor kemanusiaan bagi membantu segera 20 juta mangsa banjir.
Keputusan itu disambut baik Kementerian Luar India yang dipetik agensi berita rasmi Press Trust of India kerana India pernah membantu Pakistan ketika gempa bumi terburuk melanda Kashmir pada 2006 yang meragut 70,000 nyawa.
Dalam pada itu, Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Pakistan, Guido Sabatinelli optimis, ancaman taun mungkin tidak ketara namun merayu bantuan antarabangsa diteruskan kerana situasi belum pulih sepenuhnya. - Agensi

No comments: