Pages

Sunday, August 22, 2010

Haiwan muncul 650 juta tahun lalu



NEW JERSEY - Penemuan fosil binatang di Australia baru-baru ini membuatkan saintis percaya hidupan mula wujud di Bumi sekurang-kurangnya 70 juta tahun lebih awal daripada tarikh yang dijadikan panduan oleh para saintis selama ini. 

Hidupan primitif menyerupai span itu dipercayai hidup di kawasan batu karang sekitar 650 juta tahun dahulu. 

Imej digital hidupan itu menunjukkan saiznya hanya satu sentimeter panjang, tidak mempunyai rupa fizikal yang jitu dan mempunyai saluran di dalam tubuh yang berkulit. 

Sebelum ini, fosil tertua yang ditemui adalah organisme di kawasan batu karang yang dipercayai berusia 550 juta tahun. 

Pengkaji juga menemui fosil haiwan bertubuh lembik yang dikatakan hidup antara 577 juta dan 542 juta tahun dahulu. 

Fosil terbaru ini pula ditemui oleh pakar geologi dari Universiti Princeton, Adam Maloof dan Catherine Rose semasa mereka membuat kajian berhubung Zaman Ais. 

Maloof mengakui bahawa mereka tidak dapat memberi kepastian 100 peratus bahawa fosil itu milik haiwan. 

“Organisme itu agak besar dan tentu bukan bakteria. Bentuknya tidak simetrikal dan tentu bukan ulat. Organisme itu mempunyai saluran di dalam tubuh, sama seperti span yang hidup di laut sekarang,” kata Maloof. 

Kajian mengenai penemuan terbaru ini disiarkan dalam jurnal :Nature Geoscience: keluaran 17 Ogos lalu.

No comments: