Pages

Tuesday, August 24, 2010

Mangsa banjir mula kebuluran



ISLAMABAD - Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengeluarkan kenyataan bahawa berjuta-juta penduduk Pakistan terpaksa berhadapan dengan krisis kekurangan bekalan makanan serta kemungkinan paras air banjir terus meningkat di bahagian selatan negara itu, semalam. 

Wakil jurucakap bantuan kemanusiaan PBB, Maurizio Giuliano berkata, berjuta-juta mangsa banjir di Pakistan terpaksa berlapar berikutan bencana banjir yang melanda negara itu sejak bulan lalu. 

Hujan lebat dan banjir besar di wilayah selatan Sindh menyebabkan tanaman dan harta-benda musnah serta penduduk terpaksa meninggalkan rumah untuk pergi ke kawasan yang lebih selamat. 

Ketua Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Wilayah Sindh, Saleh Farooqui berkata, hampir 100,000 mangsa terpaksa dipindahkan dari Thatta. 

Kerajaan Pakistan turut dikecam oleh penduduk negara itu kerana lambat bertindak memberikan bantuan kepada mangsa banjir yang menderita.

No comments: