Pages

Thursday, August 5, 2010

Jurugambar lari pesawat terhempas




GAMBAR menunjukkan pesawat terhempas meluru ke arah sekumpulan jurugambar di sebuah lapangan terbang kecil di California baru-baru ini.


LOS ANGELES - Seorang jurugambar di Amerika Syarikat (AS) terpaksa berlari menyelamatkan dirinya semasa merakamkan sebuah pesawat yang terhempas, lapor sebuah akhbar semalam.
Jurugambar berkenaan, Brian Flanagan berada di sebuah lapangan terbang kecil di negeri California baru-baru ini, apabila sebuah jet peribadi yang dinaiki bos pasukan perlumbaan motosikal AS, Jack Roush tiba untuk mendarat.
Namun, selepas tiba di landasan, jet itu terhempas dan terbabas sebelum bergerak ke arah sekumpulan jurugambar.
Flanagan sempat merakamkan beberapa gambar sebelum dia melarikan diri tanpa mengalami sebarang kecederaan.
Bos pasukan perlumbaan motosikal itu kini beransur pulih selepas menjalani pembedahan selepas mukanya cedera dalam kemalangan terbaru itu. - Agensi

No comments: