Pages

Thursday, August 5, 2010

15 Fahaman yang membawa kepada Murtad atau keluar daripada Islam


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs237.snc4/39184_1348074145088_1328357898_2368842_3283377_n.jpg
  1. Beri’tiqad atau berfahaman agama islam bukan agama ciptaan Allah SWT tetapi ianya agama ciptaan Nabi Muhammad SAW.
  2. Berfahaman agama Islam adalah sama seperti agama-agama lain di dunia ini.
  3. Berkeyakinan agama lain lebih baik dan lebih sempurna daripada agama Islam.
  4. Berfahaman undang-undang Islam hanya layak dan boleh dipakai untuk zaman Nabi Muhammad SAW shaja.
  5. Berfahaman Nabi Muhammad SAW diutuskan hanya untuk umat arab sahaja.
  6. Dunia dan semua makhluk yang wujud didunia ini, dicipta oleh berbagai tuhan bukan Allah SWT sahaja.
  7. Berfahaman dunia ini adalah semulajadi dan terjadi dengan sendiri bukan ciptaan Allah SWT.
  8. Berfahaman tiada kehidupan selepas mati, Syurga dan Neraka adalah khayalan manusia sahaja.
  9. Berfahaman bahawa Nabi Muhammad SAW bukan Rasulullah atau Utusan Allah SWT.
  10. Mempercayai kewujudan nabi lain selepas Nabi Muhammad SAW.
  11. Berfahaman undang-undang Islam adalah zalim, tidak sesuai dizaman ini atau sudah lapuk di telan zaman.
  12. Mempercayai Allah SWT mempunyai anak dan isteri.
  13. Berfahman manusia tidak akan dibangkitkan selepas kematian dan tidak ada lagi alam selepas alam dunia.
  14. Mempercayai roh orang mati hidup semula dalam berbagai bentuk, sama menjadi manusia baru atau binatang, pokok dan sebagainya.
  15. Mempercayai aqidah lain selain daripada aqidah Islam.
Kitab Mencapai Ma’rifat m/s : 300

No comments: