Pages

Saturday, August 21, 2010

Iran lancar peluru pandu pula


TEHERAN 20 Ogos - Selepas kejayaan operasi reaktor tenaga nuklear pertamanya, hari ini Menteri Pertahanan Iran, Jeneral Ahmad Vahidi hari ini mengumumkan kejayaan tentera negara ini melancarkan sebuah peluru berpandu dilengkapi sistem panduan lebih canggih bagi mengenai sasaran di darat.
Vahidi tidak menyebut bila atau di mana ujian itu dijalankan.
Namun, kenyataan beliau dibuat sehari sebelum operasi untuk menghidupkan loji tenaga nuklear Bushehr di selatan negara ini, esok.
Pelancaran peluru berpandu itu boleh meningkatkan kebimbangan kuasa Barat mengenai satu lagi kemajuan dalam persenjataan peluru berpandu Iran yang kini sudah boleh mengenai sasaran di Israel dan kawasan lain di Asia Barat.
Vahidi memberitahu jemaah solat Jumaat di Universiti Teheran, peluru berpandu Qiam-1 yang menggunakan bahan bakar cecair itu dilengkapi sistem pencari sasaran yang lebih tepat. - AP

No comments: