Pages

Tuesday, July 20, 2010

Tempat wanita lepaskan kemarahan




SEORANG wanita memecahkan sebuah televisyen di sebuah pusat beli-belah di Shenyang baru-baru ini.

SHENYANG – Sebuah pusat beli-belah China di sini menyediakan tempat khas kepada pelanggan wanita untuk memukul pelbagai jenis barang sebagai cara melepaskan kemarahan, lapor sebuah akhbar semalam.
Pusat itu itu yang dibuka baru-baru ini menyasarkan golongan suri rumah.
Pelanggan-pelanggan wanita itu boleh memilih beberapa zon seperti ruang rehat dan bilik tidur untuk memukul barang bagi melepaskan kemarahan dengan kayu besbol.
Ramai pelanggan terdiri daripada pelajar kolej dan pekerja kolar biru.
Sebagai langkah keselamatan, pihak pengurusan menyediakan sarung tangan dan topi keledar bagi memastikan pelanggan tidak mengalami kecederaan.
Antara benda yang dipukul oleh wanita itu ialah televisyen terpakai. – Agensi
kredit : kosmo.com.my

No comments: