Pages

Saturday, July 24, 2010

Nancy Ajram terima anugerah kehormat

2010/07/24

"Anugerah ini satu penghormatan kepada saya dan berjanji akan terus babitkan diri dalam aktiviti yang dapat memperbaiki nasib kanak-kanak” - Nancy Ajram, penyanyi  Lubnan
"Anugerah ini satu penghormatan kepada saya dan berjanji akan terus babitkan diri dalam aktiviti yang dapat memperbaiki nasib kanak-kanak” - Nancy Ajram, penyanyi Lubnan
Persidangan Arab hargai Duta UNICEF 

AMMAN: Penyanyi terkenal Lubnan, Nancy Ajram, menerima anugerah kehormat berikutan pencapaian cemerlang dalam pelbagai kegiatan amal dan kebajikan, sebagai Duta Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), semalam.Anugerah itu disampaikan Permaisuri Jordan, Permaisuri Rania Al Abdullah, sempena persidangan Kanak-Kanak Arab Ke-30 yang dianjurkan UNICEF di ibu negara Jordan itu.
Dalam ucapannya, Permaisuri Rania berkata, pembabitan Ajram dalam kerja amal membabitkan kanak-kanak, berjaya membawa perubahan dalam kehidupan mereka. 
“Pencapaian Ajram dalam aktiviti kebajikan kanak-kanak amat memberangsangkan,” kata beliau. 

Sementara itu Ajram berkata, beliau terkejut dan teruja apabila dimaklumkan menerima anugerah itu. 

Beliau menyifatkan anugerah itu satu penghormatan kepada beliau dan memberi jaminan akan terus membabitkan diri dalam aktiviti yang dapat memperbaiki nasib kanak-kanak. – Agensi 

No comments: