Pages

Saturday, May 15, 2010

DJ radio beli kereta Ferrari lama RM55.93 juta




KERETA Ferrari yang dibeli oleh Chris Evans.


LONDON - DJ stesen Radio 2 Britain, Chris Evans membeli sebuah kereta Ferrari 250 GT paling mahal di Britain yang berharga £12 juta (RM55.93 juta), lapor sebuah akhbar semalam.
Evans membeli kereta vintaj paling mahal di Britain itu sehari selepas dia berjaya menarik purata bilangan pendengar seramai 9.5 juta orang mengikuti sebuah rancangan pada waktu pagi di Radio 2.
DJ stesen Radio 2 yang berusia 44 tahun itu mengambil alih sebagai DJ rancangan pagi daripada Sir Terry Wogan yang meletakkan jawatan pada Disember tahun lalu.
Evans dikenali sebagai orang yang mengagumi kereta-kereta sport mahal.
Dia menjual tiga buah kereta Ferrari yang menjadi koleksinya semata-mata untuk membayar harga kereta Ferrari model 1963 itu.
Harga kereta tersebut hanya £6,000 (RM27,913) ketika ia mula-mula dijual di pasaran 47 tahun dahulu.
Ia mempunyai lima gear manual dan mampu memecut dari 0 ke 60 kilometer sejam dalam masa 6.1 saat. - Agensi

No comments: