Pages

Sunday, April 4, 2010

Imam Besar pelawa Syiah belajar di Al-Azhar



KAHERAH - Iman Besar Al-Azhar, Dr Sheikh Ahmed al-Tayeb mengalukan-alukan penyertaan pelajar Syiah untuk mengikuti pengajian di universiti itu. 

Namun, beliau menegaskan bahawa pihak Al-Azhar tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang cubaan untuk menyebarkan doktrin Syiah di negara-negara Islam atau kalangan belia Sunni. 

Sheikh Ahmed menyatakan Al-Azhar akan terus memainkan peranan dalam menganjurkan dialog untuk mengelakkan ketegangan dan sensitiviti agama. 

Beliau berkata demikian ketika muncul buat kali pertama dalam saluran luar Mesir menerusi rancangan Wajeh al-Sahafa (Bersama Media) yang disiarkan oleh Al Arabiya, kelmarin. 

Sheikh Ahmed turut menjelaskan akan sentiasa berwaspada dan bersedia menggagalkan sebarang agenda politik yang cuba dicetuskan penuntut Syiah yang belajar di Mesir. 

Ini kerana beliau tidak mahu belia Sunni terpengaruh dengan doktrin Syiah dan kemudian akan mengheret kepada perpecahan. 

Menurutnya, percampuran intelektual adalah sangat penting dalam batas-batas saintifik sahaja dan ini sentiasa dialu-alukan kepada penuntut Syiah di Al-Azhar. 

Sheikh Ahmed dilantik sebagai Imam Besar Al-Azhar baru oleh Presiden Mesir, Hosni Mubarak, 19 Mac lalu.

No comments: