Pages

Thursday, March 11, 2010

5 kampung musnah,turki




2010/03/10
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
OKCULAR (Turki): Ribuan penduduk yang kesejukan terpaksa berkumpul di sekeliling unggun api selepas gegaran gempa bumi memusnahkan hampir seluruh kediaman di lima kampung di timur Turki, kelmarin.
Gempa bumi berukuran 6 pada skala Richter itu dilapor membunuh 51 orang dan kerosakan paling teruk dialami kampung masyarakat Kurdish di Okcular.
Gabenor Elazig berkata, 15 daripada 900 penduduk kampung itu terbunuh dan seluruh rumah di kampung itu rosak atau musnah.

Pusat Kajian Gempa Bumi di Kandilli melaporkan, gempa bumi itu berlaku jam 4.32 pagi dengan pusatnya berhampiran kampung-kampung di Basyurt, Elazig. Wilayah itu terletak 550 kilometer di timur Ankara.

Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan dan Pengarah Kandilli, Mustafa Erdik menggesa supaya penduduk tidak kembali ke rumah mereka.

“Rumah mungkin runtuh akibat gegaran selepas gempa yang mungkin berterusan beberapa hari lagi,” kata Mustafa.

Hingga kini, lebih 100 gegaran selepas gempa, termasuk sekuat 5.5 pada skala Richter dicatat semalam.

Pusat Krisis Bencana Turki melaporkan, selain mangsa yang terbunuh, 34 penduduk dirawat kerana cedera dalam bencana itu.

Selain pusat perlindungan sementara yang diurus Pertubuhan Palang Merah Turki, penduduk menggunakan plastik untuk dijadikan tempat perlindungan sementara bagi melindungi mereka daripada cuaca sejuk dan habuk.

Kerajaan mengejarkan helikopter ambulans, rumah pasang siap dan dapur bergerak untuk membantu meringankan beban ditanggung penduduk.

Erdogan menyalahkan penggunaan batu daripada lumpur untuk membina bangunan di kawasan itu dan berkata, kerajaan akan membantu membina rumah kalis gempa bumi di kawasan itu.

Operasi mencari mayat dan mangsa yang tertimbus diteruskan dengan penduduk dan pihak berkuasa menggali kawasan dengan menggunakan peralatan ringan yang mereka miliki. - AFP

No comments: