Pages

Tuesday, November 29, 2016

Salji di tengah, barat laut Arab Saudi

DUNIA SELASA, 29 NOVEMBER 2016 @ 5:08 PM

TABUK: Warna putih dan coklat bergabung menjadi satu ketika salji menutupi kawasan gurun di rantau tengah dan barat laut di Arab Saudi selepas suhu turun sehingga bawah paras beku. Di Shakra dan Tabuk, lapisan salji nipis menutupi tanah. Di Tabarjal, bandar terletak di rantau utara Al-Jawf, suhu mencecah tiga darjah Celsius bawah paras beku dan di Al-Quryat, di wilayah utara, suhu mencatat satu darjah Celsius bawah takat beku. Ketika pertengahan Oktober biasanya menandakan kemuncak musim hujan jangka pendek di Arab Saudi. Seorang pensyarah sains kaji cuaca di Universiti Qassim, Prof Abdallah Al-Musanad, memberitahu laman web berita Alarabiya.net, hujan lebat dijangka berlaku hujung minggu ini di bahagian barat, timur dan tengah Arab Saudi. "Ini adalah musim hujan kedua walaupun tempoh 40 hari sudah berlalu sejak berakhirnya musim hujan," kata Prof Al-Musanad. - Agensi

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/218059

Friday, November 25, 2016

Buru gelaran lembu tertinggi dunia



FARLEY dan keluarganya bersama Danniel. - DM



Agensi
California: Seekor lembu jantan seberat 1,043 kilogram (kg) dan setinggi dua meter dinamakan Danniel dipercayai menjadi yang tertinggi di dunia.

Danniel, lembu baka Holstein diternak di Ladang Lost Coast Hay di Eureka, California ini makan empat kali ganda daripada lembu biasa.

Menurut pemiliknya Ken Farley, setiap hari Danniel makan 45kg rumput kering, 6.8kg bijirin, 100 gelen air dan menghasilkan 68kg najis.

Farley yang menjaga Danniel sejak haiwan itu dilahirkan mula menyedari pembesarannya agak luar biasa selepas melihat tabiatnya mengetuk botolnya dengan kaki ketika disusukan.

Wakil Rekod Dunia Guinness datang ke ladang itu untuk mengukur ketinggian Danniel bagi membolehkannya diiktiraf secara rasmi sebagai lembu paling tinggi di dunia.

“Baka jenis Holstein ini memang diketahui sebagai besar, tetapi Danniel agak tinggi berbanding Holstein biasa.

“Tambahan pula, Danniel makan dan minum dalam kuantiti yang sangat banyak,” katanya.

Lembu jenis itu biasanya setinggi kira-kira 1.4 meter, sementara Danniel setinggi dua meter.

Ladang tempat Danniel ditempatkan kini merancang membina bangsal untuknya menginap ketika musim sejuk supaya orang ramai boleh datang melawatnya secara percuma.

Menurut Farley, Danniel dibesarkan sebagai haiwan peliharaan jadi kelakuannya lebih manja berbanding lembu biasa.

Sebelum ini gelaran lembu paling tinggi di dunia adalah milik Blossom dengan ketinggian 1.9 meter dari Illinois. Bagaimanapun, ia mati pada Mei 2015. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 November 2016 @ 7:20 AM

Sunday, November 13, 2016

Ketumbuhan sebesar bola sepak




KETUMBUHAN yang dibuang dari buah pinggang wanita itu.


Agensi
New Delhi: Doktor di sebuah hosptal di sini berjaya mengeluarkan ketumbuhan sebesar bola sepak dari buah pinggang seorang wanita dalam satu pembedahan baru-baru ini.

Wanita tempatan berusia 35 tahun itu sebelum ini menjalani beberapa siri imbasan dan pemeriksaan selepas mengadu berat badannya naik tiba-tiba.

Pemeriksaan itu mengesahkan dia mempunyai ketumbahan dalam organnya yang jika tidak dibuang boleh membawa maut.

Pakar bedah mulanya bercadang membuang seluruh buah pinggangnya, tetapi akhirnya mengambil keputusan menyelamatkan bahagian bawah organ itu.

Pembedahan selama enam jam itu berjaya dilakukan. Selain membuang ketumbuhan seberat hampir tujuh kilogram, doktor juga bertindak membuang tiga ketumbuhan kecil bagi mengelak ia tumbuh lebih besar.

Wanita itu menyedari berat badannya naik tiba-tiba sejak beberapa bulan lalu selain sakit perut. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 November 2016 @ 5:08 AM

Kisah Nyata Pemuda yang Berzina






Allah s.w.t berfirman:

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.” (Qs. Al-Israa’[17]: 32)

Allah bahkan melarang kita untuk mendekati zina karena kerusakan yang dihasilkannya Bahkan mendekati zina saja tidak boleh, karena hal itu lama-lama akan menjerat kita untuk berbuat zina.


Ada sebuah kisah nyata yang diberitakan dalam koran-koran Arab. Yang menceritakan kisah ini adalah orang yang berzina itu sendiri. Dia meminta kepada koran agar tidak mencantumkan namanya dan hanya ingin agar orang-orang mengetahui kisahnya. Dia pun berkisah sebagai berikut:

Aku sedang menjalani kuliah di suatu kampus dan punya banyak kenalan dengan para gadis. Pada suatu ketika aku bertemu seorang gadis. Dari situ kami semakin dekat sampai akhirnya aku melakukan hubungan terlarang dengannya. Kami berulang kali melakukannya sampai dia menjadi hamil karenaku. Dan ketika ketika gadis itu menceritakan tentang kehamilannya pada keluarganya, abangnya datang untuk menghajarku. Aku pun berusaha menghindar dan berkata, “Aku tidak mengenal gadis ini. Carilah orang lain yang menghamilinya.” Kemudian aku meninggalkannya dan pergi. Dan karena mereka tidak punya bukti untuk membuktikan kesalahanku, mereka membiarkanku.

Aku melupakan kejadian ini. Tahun demi tahun pun berlalu. Aku pulang ke rumah pada suatu hari dan menemukan ibuku pingsan di lantai. Aku mencoba menyadarkannya, dan ketika dia sadar, dia berteriak dan pingsan lagi. Aku menyadarkannya kedua kalinya, tapi lagi-lagi dia berteriak dan pingsan. Aku mencobanya sampai tiga kali dan berkata: “Ibu, apa yang terjadi?” Sambil berteriak dia berkata: “Saudarimu!”

Aku berkata: “Apa yang terjadi dengan saudariku?” “Dia dihamili tetangga” ibuku berteriak.

Jadi aku mengunjungi tetangga itu dan menghajarnya sampai dia berkata padaku. Kata-katanya seperti anak panah yang menghujam hatiku. Tahukah yang dia katakan? Dia berkata: “Aku tidak mengenal adikmu. Coba tanyakan orang lain yang menghamilinya.” Masya Allah. Kata-katanya sama seperti yang kuucapkan kepada keluarga gadis yang kuhamili bertahun-tahun lalu.

Aku mengalami mengalami depresi yang berat setelahnya. Kemudian bertahun-tahun setelahnya, aku memutuskan untuk menikah. Setelah bertunangan dan melakukan akad nikah, kami siap untuk mengadakan pesta pernikahan. Pada hari pesta pernikahan aku mengetahui fakta yang membuatku syok. Pasanganku pernah melakukan zina sebelumnya. Dia berkata padaku: “Tutupi keburukanku, semoga Allah juga menutupi keburukanmu.” Aku berkata dalam hati: “Sudah cukup Tuhanku. Aku sudah menjalani cukup hukuman!”

Jadi aku menghela napas mencoba menelan cobaan ini. Dan aku mengabiskan banyak waktu dengan istriku sampai dia melahirkan seorang bayi perempuan yang menjadi pelita hatiku. Kemudian ketika dia berusia 6 tahun, anakku datang dari luar dengan menangis. Ternyata penjaga rumah telah memperkosanya.

Saudara/saudariku terkasih, jangan katakan hukumannya terlalu berat bagi seorang pezina. Gadis dari kampus yang berzina dengannya di awal cerita juga punya seorang saudara yang bersedih karenanya. Jadi Allah memberikannya hukuman kepada saudari si pemuda. Dan gadis di kampus itu mempunyai seorang suami kelak, maka Allah memberi ujian melalui istrinya si pemuda! Dan gadis itu juga mempunyai ayah yang hatinya hancur karenanya, jadi Allah memberikan tes juga kepada putri si pemuda! Apa yang akan kita tuai tergantung dari perbuatan kita. Jadi dia harus menanggung hukuman atas perbuatannya.

Dan untuk orang-orang yang tidak bersalah dalam kisah ini, maka itu cobaan untuk mereka. Allah mengangkat derajat mereka dan menghapus dosa-dosa mereka karenanya.

Saudara/saudariku, Maha Suci Allah! Allah akan membalaskan para wanita yang dinodai oleh lelaki. Jadi berhati-hatilah! Namun apabila di antara pembaca ada yang pernah berzina, janganlah berputus asa. Bertaubatlah kepada Allah s.w.t. Sebab Allah berfirman dalam hadist qudsi:

“Wahai keturunan Adam, meskipun anda datang kepada-Ku dengan dosa sebesar bumi kemudian anda menghadap-Ku, tidak menyekutukan-Ku, Aku akan membawakan kepadamu ampunan sebesar dosa itu.” (H.R. Tirmidzi, Hadist sahih)

Friday, November 11, 2016

Buaya gergasi diselamatkan selepas terperangkap




BUAYA berukuran 5.18 meter itu dipercayai antara yang paling besar ditangkap di Sri Lanka. - DM


Colombo: Kakitangan jabatan hidupan liar Sri Lanka menyelamatkan seekor buaya, dipercayai antara yang terbesar ditemui di negara itu, selepas reptilia berkenaan tersangkut di dalam terusan ketika mencari makanan.

Haiwan ditemui di Matara, selatan Sri Lanka itu dipercayai seberat hampir satu tan dan sepanjang 5.18 meter, lapor media tempatan.

Pencinta alam sekitar, Uppala Jayatissa berkata: “Kami menemui seekor buaya sama saiz kira-kira empat atau lima bulan lalu di Sungai Polathumodrara. Inilah saiz maksimum buaya spesies ini.”

Buaya berkenaan ditemui terperangkap di dalam terusan yang bersambung dengan Sungai Nilawala, Isnin lalu.

Menurut laporan media, buaya itu dipercayai mencari makan dan sesat akibat paras air meningkat disebabkan hujan lebat.

Sementara itu, jurucakap jabatan hidupan liar, Ravindra Kumar berkata, pihaknya menangkap haiwan itu dengan bantuan polis serta penduduk kampung.

“Apa yang penting adalah kami berjaya menghantar buaya itu kembali ke tempat asalnya tanpa mencederakannya.

“Reptilia itu terlalu besar dan tidak mungkin dapat keluar dengan sendiri,” katanya.

Katanya, buaya gergasi itu ditolak ke arah sungai dengan bantuan jengkaut dan treler yang disambungkan pada traktor. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 November 2016 @ 11:14 AM

Monday, October 31, 2016

Perjalanan ke sekolah paling menakutkan di dunia


31 OKTOBER 2016
Perjalanan ke sekolah paling menakutkan di dunia

Perjalanan ke sekolah paling menakutkan di dunia Foto yang viral sebelum ini.
SICHUAN - CHINA. Kecut perut apabila melihat gambar kanak-kanak berpaut pada tangga yang diperbuat dari akar pokok di tebing sebuah gunung semata-mata untuk ke sekolah.

Gambar berkenaan viral selepas media kerajaan, Beijing News mendedahkan perkara tersebut.

Menurut laporan CNN, tangga yang digunakan berukuran 800 meter panjang dan penduduk dan murid dari kampung atas gunung terpencil, Atule terpaksa melaluinya setiap hari.

Pada masa lampau, terdapat kes penduduk dan murid maut akibat terlepas pautan dari tangga berkenaan.

Walau bagaimanapun, penduduk kampung Atule sudah memulakan pembinaan tangga baru yang menggunakan 1,500 batang paip Ogos lepas.

Tangga baru dijangka siap awal November tahun ini.

Rai 14 pasangan poligami



MOHD Reza bersama Siti Zinnirah (kanan) dan Nurul Hana.



Rawang: Seramai 14 pasang pengantin poligami yang diraikan dalam satu majlis anjuran Global Ikhwan Holdings Sendirian Berhad (GISB) di sini, semalam mencuri perhatian tetamu.

Lebih menarik, isteri pertama turut diraikan dengan memakai busana pengantin sedondon dengan madunya dalam majlis berkenaan sempena sambutan ulang tahun ke-16 Pusat Perniagaan Ikhwan Bandar Country Homes, di sini.

Kebanyakan pengantin lelaki berpoligami dirai itu berusia antara 20-an hingga 30-an, begitu juga dengan isteri mereka dan kakitangan GISB Holdings Sendirian Berhad.

Ahli Lembaga Pengarah syarikat berkenaan Mohd Reza Mahar, 31, berkata, beliau menikahi isteri keduanya Nurul Hana Burhanudin, 23, pada 21 Jun lalu dengan restu isteri pertamanya Siti Zinniriah Omar, 27, yang dinikahinya 10 tahun lalu.

“Isteri pertama (Siti Zinniriah) yang meminangkan Nurul Hana menjadi madunya dan beliau sendiri menyarungkan cincin pertunangan kami iaitu sebulan sebelum bernikah.

“Isteri pertama dan kedua saling mengenali sebagai rakan biasa dan mereka menjadi akrab ketika dalam tempoh kami (saya dan Nurul Hana) bertunang,” katanya kepada Metro Ahad.

Katanya, dia bersama kedua-dua isterinya tinggal di bawah satu bumbung termasuk empat anak berusia antara tiga bulan hingga tujuh tahun, hasil perkahwinan pertamanya.

“Kami tidak mempunyai sebarang masalah tinggal sebumbung dan sebaliknya dapat menikmati lebih banyak kemanisan berpoligami.

“Bercintalah kerana Allah, insya-Allah rumah tangga yang dibina aman dan bahagia,” katanya.

Sementara itu, Siti Zinniriah berkata, dibesarkan dalam persekitaran keluarga berpoligami iaitu bapanya yang berkahwin dua menjadikan dirinya sentiasa bersedia berkongsi suami.

“Hubungan saya dengan madu sangat akrab. Dia (madu) panggil saya kakak dan saya memanggil madu, adik.

“Anak saya rapat dengan madu dan mereka memanggil Nurul Hana, bonda,” katanya.

Sementara itu, penyelaras program Mohd Kamil Abdullah berkata, program berkenaan paling unik kerana meraikan 14 pasangan pengantin poligami berbanding 50 pasangan pengantin dirai pada Mei lalu.

“Kami mengetengahkan perkara ini (pengantin poligami) kerana menggalakkan masyarakat menjalani kehidupan dengan lebih berkasih sayang melalui perkongsian suami,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Oktober 2016 @ 5:27 AM

Saturday, October 29, 2016

Wanita tertua di dunia gemar makan telur

EMMA MORANO
EMMA MORANO

29 Oktober 2016 11:15 PM

VERBANIA, Itali 29 Okt. - Wanita tertua di dunia yang dijangka menyambut hari lahir ke-117 bulan depan dikenali sebagai seorang yang gemar memakan telur.


“Saya makan dua biji telur sehari, itu sahaja. Saya juga menjamah biskut tapi tidak banyak kerana saya tidak mempunyai gigi,” kata Emma Morano yang lahir pada tahun 1899 itu.

Morano dikatakan telah mengamalkan pemakanan itu sejak 90 tahun lalu dan sepanjang tempoh tersebut, wanita itu dipercayai telah memakan lebih daripada 100,000 telur. - AFP

Friday, October 28, 2016

Dulu dibuli kerana berkulit gelap kini jadi model


27 OKTOBER 2016
Dulu dibuli kerana berkulit gelap kini jadi model

Dulu dibuli kerana berkulit gelap kini jadi model Khoudia Diop.
PARIS - PERANCIS. Ketika kecil, model yang berasal dari Senegal, Khoudia Diop sering dibuli dek kerana kulitnya yang sangat gelap.

Namun kini, remaja dengan tona kulit yang unik ini menjadi model yang berjaya dan menggunakan popularitinya di media sosial untuk memberi inspirasi kepada wanita lain.

"Saya sering diejek ketika kanak-kanak kerana warna kulit saya," kata Khoudia yang kini berusia 19 tahun.

"Namun saya belajar untuk menyayangi diri sendiri setiap hari dan tidak memberi perhatian kepada orang yang mempunyai pemikiran negatif dan ia sangat membantu," katanya.

Menurut Khoudia, pada usia 15 tahun, dia berpindah dari Senegal ke Perancis dan mula menjadi model dua tahun kemudian iaitu pada usia 17 tahun.

Minggu lalu, beberapa foto remaja ini mula viral dikongsi di Twitter, Instagram dan Facebook.

Sejak gambarnya mula viral, jumlah pengikutnya mencecah 280,000 dan kini mengunakan kemasyurannya untuk memberi inspirasi kepada orang lain untuk menyukai wana kulit sendiri dan berusaha untuk meningkatkan kepelbagaian dalam industri kecantikan.

"Kita perlukan kepelbagaian warna kulit dalam industri kecantikan dan saya mahu memberi inspirasi kepada wanita muda.

"Saya mahu mereka tahu bahawa mereka boleh lakukan apa yang mereka impikan dan tidak menjadikan warna kulit sebagai penghalang," ujarnya.

Khoudia kini bekerja sebagai model di New York dan Paris.

Tuesday, October 25, 2016

Pandai cakap Sepanyol lepas sedar dari koma


25 OKTOBER 2016

Rueben Nsemoh


Rueben Nsemoh Rueben Nsemoh
ATLANTA - AMERIKA SYARIKAT. Seorang remaja boleh bercakap bahasa Sepanyol dengan fasih dan lupa bahasa ibundanya iaitu bahasa Inggeris selepas sedar dari koma.

Menurut laporan CNN, Reuben Nsemoh, 16, sebelum ini koma akibat ditendang di kepala secara tidak sengaja ketika menjaga gol dalam sebuah perlawanan bola sepak bulan lepas.

Ibu bapa Reuben memberitahu, anak mereka 'tahu beberapa perkataan dalam bahasa Sepanyol, tetapi tidak fasih'.

Dari segi perubatan, gejala yang dialami oleh Reuben dikenali sebagai 'Foreign Accent Syndrome' di mana kecederaan otak telah mengubah corak percakapan pesakit.

"Ia adalah kegagalan kawalan otak," kata Dr. Karen Croot, salah seorang pakar dalam Foreign Accent Sydrome.

"Percakapan adalah perkara rumit yang kita buat, dan banyak bahagian otak terlibat dalam aktiviti tersebut.

"Jika salah sebuah bahagian tersebut rosak, ia akan memberi kesan kepada percakapan pesakit," jelas Dr Karen.

Monday, October 24, 2016

Wanita paling gemuk



IMAN hanya terlantar di atas katil sejak 25 tahun lalu. Gambar kiri, Iman ketika kanak-kanak.



Agensi
Kaherah: Seorang wanita Mesir yang seberat kira-kira 500 kilogram dipercayai perempuan paling gemuk di dunia ketika ini.

Iman Ahmad Abdulati, 36, tidak pernah keluar dari rumah keluarganya di Iskandariah sejak 25 tahun lalu kerana kegemukan melampaunya.

Lebih buruk lagi, dia tidak pernah turun dari katil atau berguling di atasnya sepanjang tempoh itu.

Dia bergantung kepada ibu dan adiknya, Chaymaa Abdulati untuk membantunya melakukan kehidupan seharian, termasuk makan, menukar pakaian dan mandi.

Menurut akhbar El Arabiya, Iman memang gemuk sejak kecil. Berat badannya mencecah lima kilogram apabila dia dilahirkan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Oktober 2016 @ 5:35 AM

Wanita paling gemuk

Wanita paling gemuk | Harian Metro:



 

IMAN hanya terlantar di atas katil sejak 25 tahun lalu. Gambar kiri, Iman ketika kanak-kanak.





Agensi

Kaherah: Seorang wanita Mesir yang seberat kira-kira 500 kilogram dipercayai perempuan paling gemuk di dunia ketika ini.



Iman Ahmad Abdulati, 36, tidak pernah keluar dari rumah keluarganya di Iskandariah sejak 25 tahun lalu kerana kegemukan melampaunya.



Lebih buruk lagi, dia tidak pernah turun dari katil atau berguling di atasnya sepanjang tempoh itu.



Dia bergantung kepada ibu dan adiknya, Chaymaa Abdulati untuk membantunya melakukan kehidupan seharian, termasuk makan, menukar pakaian dan mandi.



Menurut akhbar El Arabiya, Iman memang gemuk sejak kecil. Berat badannya mencecah lima kilogram apabila dia dilahirkan.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Oktober 2016 @ 5:35 AM

'via Blog this'

Monday, October 17, 2016

Batu jed gergasi bernilai RM715j ditemui di Myanmar


AHAD, 16 OKTOBER 2016 @ 7:01 PM  YANGON: Sebuah batu jed gergasi seberat 175 tan ditemui oleh pelombong di Myanmar. Objek sepanjang 5.8 meter dan setinggi 4.3 meter itu serta dianggarkan bernilai AS$170 juta (RM715.02 juta) ditemui di bahagian utara negara berkenaan. Myanmar menjadi sumber batu jed utama dunia dengan kualiti terbaik, iaitu batu hijau yang hampir ditembusi cahaya. Industri perlombongan batu ini menyumbang hampir separuh Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara itu. Salah sebuah pasaran terbesarnya adalah negara jiran China yang menganggap batu itu sebagai batu syurga. - AGENSI

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/202796

Tuesday, October 11, 2016

Rotan tak solat Jumaat




SITI Hindun sedang meronda di kawasan kampungnya bagi mencari lelaki yang tidak solat Jumaat. - Jawa Pos


Agensi
Puwakarta (Jawa Barat): Pada setiap Jumaat, kelibat seorang wanita berjubah hitam dan memegang rotan sambil berjalan dengan wajah garang sangat digeruni kaum lelaki di kampung Empangsari di Desa Plered di sini.

Apabila wanita itu muncul, kaum lelaki yang leka melepak di warung atau di tepi jalan raya segera bergegas ke masjid untuk solat Jumaat.

Sejak hampir 10 tahun lalu, itulah aktiviti Siti Hindun, 64, yang meronda di setiap ceruk kampungnya bagi memastikan tiada lelaki dewasa ponteng solat Jumaat.

Siti Hindun atau lebih dikenali sebagai Mak Gober oleh penduduk kampung berkata, dia membuat rondaan itu semata-mata kerana ibadah.

“Apa yang penting kaum lelaki wajib solat Jumaat dan tiada yang berkeliaran di jalan raya,” katanya ketika dipetik akhbar Radar Karawang.

Menurutnya, sejak 2007, dia dan beberapa rakannya meronda setiap ceruk kampung termasuk kedai, restoran dan lorong kecil bagi mencari lelaki yang ponteng solat Jumaat.

“Kalau ada yang saya jumpa berkeliaran ketika waktu solat Jumaat saya akan pukul mereka.

“Saya bukannya pukul dengan kuat tetapi hanya mahu membuatkan mereka malu dan sedar kewajipan sebagai orang Islam,” jelasnya.

Siti Hindun memberitahu, dia mengambil tindakan itu selepas ramai orang kampung mengadu sikap sebilangan lelaki yang tidak pergi ke masjid untuk solat Jumaat.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Oktober 2016 @ 7:30 AM

Monday, October 10, 2016

Nombor plat D5 bernilai RM37.2 juta


9 OKTOBER 2016
Nombor plat D5 bernilai RM37.2 juta


Nombor plat D5 bernilai RM37.2 juta Balwinder Sahani
DUBAI - UAE. Ahli perniagaan India di Dubai, Balwinder Sahani membeli nombor plat D5 yang menjadi rebutan dengan harga Dh33juta (RM37.2j) pada sesi bidaan oleh Lembaga Pengangkutan Jalan.

Sahani atau juga dikenali sebagai Abu Sabah adalah pemilik RSG International, sebuah syarikat pengurusan hartanah dengan kepentingan di UAE, Kuwait, India dan Amerika Syarikat.

"Saya suka mengumpul nombor plat unik dan saya berbangga kerana telah mendapat nombor ini," katanya dipetik Gulfnews.com

Sahani berkata, pada tahun lepas dia membeli nombor plat O9 dengan harga Dh25juta (RM 28.2j)

"Saya telah mengumpul 10 nombor plat setakat ini dan saya tidak sabar untuk menambahkannya lagi.

"Ia adalah satu keinginan. Nombor plat ini adalah untuk salah sebuah kereta Rolly Royces," ujarnya.

Nombor ini menarik minat ramai orang dengan bidaan bermula Dh20juta (RM22.6j)

Lebih daripada 300 pembida mengambil bahagian dalam bidaan yang berlaku setiap dua bulan menyaksikan saingan sengit untuk beberapa nombor.

Sebanyak 80 nombor unik itu ditawarkan dalam sesi bidaan semalam di antara satu hingga lima digit.

"Ini adalah bidaan terbesar yang kita dapat lihat setakat ini," kata  Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Pelesenan RTA, Ahmad Hashim Behroozian.

Saturday, October 8, 2016

Bola rambut dalam perut




BEBOLA rambut yang ditemui di dalam perut wanita berkenaan.



Agensi
London: Selepas pemeriksaan gagal untuk memastikan punca perut seorang wanita membesar, hilang selera makan dan sering muntah, doktor mengambil keputusan menjalankan pembedahan.

Dan mereka terkejut apabila menemui puncanya - segumpal bebola rambut sebesar buah tembikai di dalam perutnya.

Wanita berusia 38 tahun itu disahkan menghidap sindrom Rapunzel - keadaan yang amat jarang berlaku.

Ia dikaitkan dengan trichotillomania - membabitkan pesakit yang tidak dapat mengawal tabiat mencabut rambut, dan trichophagia, nafsu untuk memakannya.

Tabiatnya itu menyebabkan rambut itu terkumpul di dalam perutnya dan sebahagian lagi di dalam usus.

Kes itu didedahkan di dalam edisi terbaru Jurnal Perubatan Britain (BMJ).

Ia bagaimanapun tidak menyebut identiti pesakit atau tempat kejadian. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Oktober 2016 @ 5:09 AM

Friday, October 7, 2016

Guna jengkaut angkut sawa


WARTAWAN SINAR HARIAN
7 OKTOBER 2016
Ular Sawa

Ular Sawa Ular sawa sepanjang kira-kira enam meter dan berat lebih 100 kilogram yang ditemui di kebun Kampung Solok Itik, Legong Ulu, petang kelmarin.
KOTA - Seorang lelaki terpaksa menggunakan khidmat jentera berat (JCB) bagi mengangkat ular sawa seberat lebih 100 kilogram yang ditangkap di kawasan kebun Solok Itik, Legong Ulu, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, Amri Deraman, 51, atau lebih dikenali sebagai Awe sedang membersihkan kawasan kebun milik penduduk kampung.

Dia kemudiannya terkejut apabila pemandu JCB yang turut membersihkan kebun melaungkan “Allahuakbar” dan bertindak melarikan diri dari kawasan itu.

“Saya pun ingat nak larikan diri kerana sangka ada penyengat tapi pemandu JCB beritahu ada ular sawa yang terlalu besar dan panjang keluar dari semak. Saya sempat tengok ekornya sahaja.

“Saya terus hubungi rakan untuk minta bantuan dan cuba mencari ular sawa berkenaan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Legong Ulu, di sini, semalam.

Amri berkata, dengan berbekalkan pengalaman lebih tujuh tahun menangkap ular, dia sudah bersedia dengan tali untuk menjerut kepala ular sawa berkenaan.

Menurutnya, ular sawa yang kelaparan lebih agresif berbanding ular sawa yang baru menelan makanan kerana tenaganya banyak digunakan untuk melemahkan lawannya sebelum ditelan.

“Namun, ular sawa yang ditemui ini tidak agresif kerana saiznya agak besar, jadi susah hendak bergerak.

“Kami berjaya menangkap ular ini selepas hampir setengah jam mencarinya,” katanya.

Kata Amri, dia cuba memasukkan ular berkenaan ke dalam guni tetapi tidak berjaya.

“Jadi terpaksalah saya guna khidmat JCB untuk bawanya ke rumah saya di sini (PPRT Legong Ulu) sejauh hampir dua kilometer.

“Bagaimanapun, ular sawa ini mati kerana cedera setelah bergelut untuk diletakkan di dalam jengkaut JCB," katanya.

Menurutnya, ini pengalaman pertamanya menangkap ular sawa paling besar iaitu kira-kira enam meter panjang dan berat lebih 100 kilogram.

“Kepala ular sawa ini sahaja sudah sebesar kepala lutut saya dan badannya juga sebesar dahan pokok,” katanya.

Thursday, October 6, 2016

Besarnya kucing




Jonathan Zurbel bersama Samson yang kini terkenal di Instagram dengan lebih 104,000 pengikut.

Daily Mail
New York: Seekor kucing bernama Samson kini menjadi selebriti kerana saiznya yang luar biasa, seberat 12.7 kilogram dengan sepanjang 1.2 meter menyebabkan ia kelihatan sebesar anjing.

Kucing baka Maine Coon berumur empat tahun itu kini mempunyai lebih 104,000 pengikut di Instagram.

Pemiliknya, Jonathan Zurbel, 42, berkata dia mendapat kucing itu daripada abangnya sebelum menjadikan haiwan itu selebriti di Instagram selepas menyedari pembesarannya yang luar biasa.

“Doktor haiwan menyatakan ia adalah kucing terbesar pernah ditemuinya,” katanya.

Samson ternyata berselera besar kerana makan enam tin makanan setiap hari menyebabkan Zurbel perlu membelanjakan sekitar RM500 setiap bulan untuk keperluan kucing itu.

“Walaupun besar Samson kucing yang lembut, tidak marah dan boleh berkawan dengan anjing.

“Samson juga mempengaruhi kehidupan cinta saya kerana menarik ramai wanita datang untuk bertemunya dan mereka kemudian menjadi teman wanita saya,” kata Zurbel yang bekerja sebagai deejay.

Menurutnya, ketika di jalanan ramai yang terkejut melihat Samson dan mereka biasanya mengeluarkan kata-kata “Ini kucing?”.

“Jika saya membawanya dalam kereta sorong mereka menyangka saya membawa bayi,” katanya sambil ketawa.

Bagi Zurbel, kucing itu tiada nilainya dan dia menganggap Samson seperti anak.

“Saya tiada anak dan kucing ini adalah ahli keluarga. Saya tidak akan melepaskannya,” katanya yang menunggu cabaran jika ada kucing yang lebih besar berbanding Samson.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Oktober 2016 @ 4:53 PM

Gates masih paling kaya



GATES



Agensi
New York: Bill Gates mengekalkan statusnya sebagai lelaki terkaya di Amerika Syarikat tahun ini dengan nilai bersih hartanya berjumlah AS$81 bilion (RM336 bilion), lapor majalah Forbes.

Majalah itu mengumumkan senarai tahunannya mengenai orang paling kaya di Amerika Syarikat, semalam, dengan ramai nama terkenal di tempat teratas.

Pengasas Microsoft itu sekali lagi menduduki tempat teratas pada 2016, mengekalkan kedudukan itu selama 23 tahun berturut-turut.

Tempat kedua melihat perubahan apabila pengasas Amazon, Jeff Bezos mengalahkan Ketua Pengarah Eksekutif Berkshire Hathaway, Warren Buffett dengan nilai bersih hartanya sebanyak AS$67 bilion (RM278 bilion).

Buffett menduduki tempat kedua selama 15 tahun berturut-turut tetapi senarai semalam meletakkannya di tempat ketiga dengan nilai bersih hartanya sebanyak AS$65 bilion (RM269 bilion).

Dua lagi tersenarai dalam lima tempat teratas ialah pengasas Facebook Mark Zuckerberg - AS$55.5 bilion (RM230 bilion) serta pengasas Oracle, Larry Ellison - AS$49.3 bilion (RM204 bilion).

Donald Trump jatuh ke tempat 156 dengan hartanya sebanyak AS$3.7 bilion (RM15.3 bilion) - kurang AS$800 juta (RM3.3 bilion) berbanding tahun lalu disebabkan kelembapan dalam pasaran hartanah New York. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Oktober 2016 @ 8:00 AM

Wednesday, October 5, 2016

Jalan kaki dari Paris ke Makkah untuk tunai umrah




Ishaq


Agensi
Kuwait: Seorang warga Sepanyol yang berjalan kaki dari Paris ke Makkah untuk menunaikan umrah berlepas dari Kuwait dan memasuki sempadan Arab Saudi kelmarin.

Ishaq dilapor sudah berjalan sejauh 9,000 kilometer sejak meninggalkan Paris kira-kira lima bulan setengah lalu dan dipercayai mengambil masa kira-kitra 50 hari lagi, berdasarkan pengiraan saintifik sebelum untuk tiba di bandar suci itu, lapor akhbar Kuwait, Al Rai.

Ketika diwawancara akhbar berkenaan, Ishaq berkata, cabaran utama yang dihadapinya ialah menyeberang kawasan pergunungan.

Laporan itu bagaimanapun tidak menyebut negara yang dilaluinya.

Untuk pengembaraannya itu, Ishaq memperuntukkan perbelanjaan sebanyak 5,000 euro (RM24,000) dan dia dilapor enggan menerima sumbangan daripada orang ramai yang ditemui sepanjang perjalanannya.

Ogos lalu, seorang warga China tiba di Makkah selepas mengayuh sejauh 8,500 kilometer dari kediamannya di Xinjiang, barat laut China, untuk menunaikan haji.

Pada 2014, sekumpulan rakyat Malaysia yang menunggang motosikal dari Kuala Lumpur tiba di Madinah. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Oktober 2016 @ 7:51 AM