Pages

Wednesday, October 5, 2016

Jalan kaki dari Paris ke Makkah untuk tunai umrah




Ishaq


Agensi
Kuwait: Seorang warga Sepanyol yang berjalan kaki dari Paris ke Makkah untuk menunaikan umrah berlepas dari Kuwait dan memasuki sempadan Arab Saudi kelmarin.

Ishaq dilapor sudah berjalan sejauh 9,000 kilometer sejak meninggalkan Paris kira-kira lima bulan setengah lalu dan dipercayai mengambil masa kira-kitra 50 hari lagi, berdasarkan pengiraan saintifik sebelum untuk tiba di bandar suci itu, lapor akhbar Kuwait, Al Rai.

Ketika diwawancara akhbar berkenaan, Ishaq berkata, cabaran utama yang dihadapinya ialah menyeberang kawasan pergunungan.

Laporan itu bagaimanapun tidak menyebut negara yang dilaluinya.

Untuk pengembaraannya itu, Ishaq memperuntukkan perbelanjaan sebanyak 5,000 euro (RM24,000) dan dia dilapor enggan menerima sumbangan daripada orang ramai yang ditemui sepanjang perjalanannya.

Ogos lalu, seorang warga China tiba di Makkah selepas mengayuh sejauh 8,500 kilometer dari kediamannya di Xinjiang, barat laut China, untuk menunaikan haji.

Pada 2014, sekumpulan rakyat Malaysia yang menunggang motosikal dari Kuala Lumpur tiba di Madinah. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Oktober 2016 @ 7:51 AM

No comments: