Pages

Saturday, April 11, 2015

Bahana tamak

Amsterdam: Seekor singa mengalami nasib malang apabila kepalanya tersekat dalam tong makanan di sebuah zoo di Belanda.
Video yang dirakam seorang pengunjung di Zoo
Dierenrijk menunjukkan singa berkenaan memasukkan kepalanya di dalam tong untuk mendapatkan daging.
Penjaga zoo meletakkan makanan di dalam tong itu untuk merangsang singa dalam zoo berkenaan, seolah-olah mereka berdepan dengan situasi sebenar di habitat mereka.
Singa malang itu berebut dengan dua singa lain dan bertindak terlalu rakus sehingga kepalanya melekat pada tong itu.
Dia hanya diselamatkan selepas doktor haiwan menembaknya dengan ubat pelali sebelum pekerja zoo memotong tong itu. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 April 2015 @ 8:24 AM


GAMBAR menunjukkan singa dengan tong yang melekat pada kepalanya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/42717#sthash.SfXF4MZj.dpuf

600 peluk Islam

Riyadh: Seramai 600 pekerja warga China memeluk Islam apabila mendapat hidayah selepas beberapa bulan bekerja membina kereta api yang membawa jemaah ke tempat suci di Makkah.
Akhbar Sabq melaporkan pekerja dan jurutera terbabit memeluk Islam selepas diperkenalkan kepada ajaran agama itu oleh ulama dari pejabat Taneem Dakwah.
Ulama terbabit merancang jadual setiap malam yang menawarkan kursus intensif mengenai Islam selama 12 jam.
Program itu turut dihadiri saudara baru warga China bagi menyokong usaha ulama terbabit.
Sebelum pelancaran program itu, sudah wujud perancangan untuk menpelawa ketua jurutera dan kumpulan memeluk Islam dengan mengadakan beberapa lawatan khas dan perjumpaan untuk tempoh beberapa bulan.
Risalah menjelaskan Islam dalam bahasa Cina turut diedarkan.
Januari lalu, 500 warga China memeluk Islam selepas terharu melihat kesederhanaan majlis pengebumian Almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz.
Kumpulan pekerja China itu terbabit dalam pembinaan projek perkhidmatan kereta api Haramain yang akan menghubungkan kawasan tanah suci di Makkah.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 April 2015 @ 10:17 AM


ANTARA pekerja warga China yang memeluk Islam di Arab Saudi.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/42762#sthash.UZjg7yvQ.dpuf

Kanak-kanak malukan Presiden Ecuador



Correa ketika merakam gambar dengan seorang kanak-kanak yang akhirnya menyebabkan beliau dimalukan di laman sosial.


NEW YORK – Sikap mesra yang ditunjukkan oleh Presiden Ecuador, Rafael Correa memakan diri apabila beliau dimalukan dengan tulisan yang tertera pada baju seorang kanak-kanak.
Correa dikatakan sebelum itu menerima permintaan seorang kanak-kanak untuk merakam gambar kenangan tanpa menyedari tulisan pada baju yang dipakai oleh kanak-kanak itu tertulis Saya bersama si bodoh dengan anak panah yang ditujukan kepada pemimpin No. 1 Ecuador itu.
Gambar tersebut kemudian menjadi viral di media sosial dan tersebar dengan begitu meluas di bawah hashtag #IAmWithStupidMashi iaitu merujuk kepada akaun Twitter beliau yang menggunakan nama @mashirafael.
“Seorang pengintip CIA kanak-kanak telah cuba menjejaskan nama baik kerajaan,” komen seorang pengguna Twitter terhadap gambar berkenaan.
Para penyokong Presiden Ecuador itu bagaimanapun telah bertindak balas dengan menyebarkan kembali kempen di bawah hashtag #WeAreWithYouMashi bagi menunjukkan sokongan ke atas Correa. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0411&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3WxHbZlbX 
Hakcipta terpelihara 

Kanak-kanak malukan Presiden Ecuador



Correa ketika merakam gambar dengan seorang kanak-kanak yang akhirnya menyebabkan beliau dimalukan di laman sosial.


NEW YORK – Sikap mesra yang ditunjukkan oleh Presiden Ecuador, Rafael Correa memakan diri apabila beliau dimalukan dengan tulisan yang tertera pada baju seorang kanak-kanak.
Correa dikatakan sebelum itu menerima permintaan seorang kanak-kanak untuk merakam gambar kenangan tanpa menyedari tulisan pada baju yang dipakai oleh kanak-kanak itu tertulis Saya bersama si bodoh dengan anak panah yang ditujukan kepada pemimpin No. 1 Ecuador itu.
Gambar tersebut kemudian menjadi viral di media sosial dan tersebar dengan begitu meluas di bawah hashtag #IAmWithStupidMashi iaitu merujuk kepada akaun Twitter beliau yang menggunakan nama @mashirafael.
“Seorang pengintip CIA kanak-kanak telah cuba menjejaskan nama baik kerajaan,” komen seorang pengguna Twitter terhadap gambar berkenaan.
Para penyokong Presiden Ecuador itu bagaimanapun telah bertindak balas dengan menyebarkan kembali kempen di bawah hashtag #WeAreWithYouMashi bagi menunjukkan sokongan ke atas Correa. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0411&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3WxHbZlbX 
Hakcipta terpelihara 

Microsoft ambil pekerja autisme



Smith


NEW YORK – Syarikat gergasi perisian komputer, Microsoft bercadang mahu mengambil sekurang-kurangnya 10 pekerja autisme dalam program perintis terbaharunya bagi memperluaskan kepelbagaian dalam syarikat itu.
“Individu yang menghidap autisme sebenarnya mampu memberi kekuatan kepada kami di sini (Microsoft). Segelintir daripada mereka mempunyai kebolehan yang luar biasa iaitu mempunyai buah fikiran yang lebih mendalam dan terperinci dalam matematik serta kod sistem komputer.
“Mereka merupakan kumpulan berbakat yang kami mahu bawa terus ke Microsoft,” kata Timbalan Presiden Korporat Microsoft, Mary Ellen Smith melalui blognya.
Smith turut mempunyai seorang anak lelaki berusia 19 tahun yang merupakan seorang autisme.
Bagi memenuhi hasrat itu, Microsoft akan bekerjasama dengan sebuah firma Denmark, Specialisterne bagi membantu melatih penghidap autisme untuk mendapatkan kerja.
Profil syarikat Specialisterne pernah disiarkan di majalah New York Times pada 2012.
Ia memaparkan mengenai bagaimana sesebuah syarikat teknologi boleh mendapat manfaat daripada pekerja autisme disebabkan kemahiran mereka sesuai dengan tugas-tugas yang memerlukan penelitian dan kadangkala membosankan. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0411&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3WxGa0HL7 
Hakcipta terpelihara 

Lubang api bimbangkan penduduk Urumqi


Lubang api yang mengeluarkan haba panas, membimbangkan penduduk
Lubang api yang mengeluarkan haba panas, membimbangkan penduduk Urumqi di Xinjiang. Agensi
BEIJING 10 April – Penduduk yang tinggal di sekitar bukit di luar bandar Urumqi, Xinjiang melahirkan kebimbangan dengan kemunculan sebuah lubang yang mengeluarkan haba panas dan api di kawasan itu sejak beberapa minggu lalu.
Portal berita People’s Daily Online melaporkan, haba panas sehingga mencecah 792 darjah Celsius itu boleh dirasai sejauh dua kilometer dari lubang tersebut.
Portal berita Mail Online pula melaporkan, rakaman video me­nunjukkan dahan pokok terbakar apabila penduduk menolaknya ke arah lubang seluas kira-kira 910 sentimeter lebar itu.
Penduduk tempatan membe­ritahu media China bahawa mereka menyedari kawasan ber­kenaan agak panas sebelum lubang ber­kenaan muncul.
Biro Geologi Meitian Xinjiang memaklumkan, kawasan tersebut tidak terletak di kawasan gunung berapi.
Seorang jurutera biro itu, Huang Wei berkata, lubang tersebut mungkin muncul selepas lapisan arang batu di dalam tanah habis terbakar yang menyebabkan lapisan permukaan runtuh.
“Fenomena ini telah wujud di kawasan berkenaan sejak beberapa dekad lalu,’’ katanya kepada stesen televisyen China Sentral TV Station.
Beliau berkata, asap boleh dilihat keluar dari tanah di bukit ber­kenaan ketika musim bunga dan musim luruh.
Penyelia Biro Kejuruteraan Kebakaran Meitian Xinjiang, Chen Long berkata, kawasan itu dipenuhi lombong arang batu pada 1970-an.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/lubang-api-bimbangkan-penduduk-urumqi-1.79767#sthash.q3uMRf16.dpuf

Friday, April 10, 2015

Arnab Terbesar Di Dunia Sebesar Kanak-Kanak 6 Tahun




MELIHAT arnab sebesar seorang kanak-kanak berusia 6 tahun, ia mungkin akan membuatkan sesiapa yang menemuinya melarikan diri kerana terkejut.
Tetapi binatang itu benar-benar wujud di Worcester, England dan Guinness World Records menilai arnab tersebut sebagai yang terbesar pernah ditemui setakat ini.
Arnab yang dinamakan sebagai Darius itu mempunyai ketinggian 1.3 meter dan seberat 22.2 kilogram (kg).
Pemiliknya Annette Edwards, 62, berkata, Darius yang merupakan arnab biasa telah diberikan 12 batang lobak merah sehari atau 4,000 batang setahun.
Jelasnya, selain itu, Darius juga diberikan sayur-sayuran, buah epal dan dua mangkuk besar susu arnab setiap hari. Kesemua kos makanan arnab itu bernilai £2,400 (RM13,00) setahun.
"Saya juga agak sukar untuk mempercayai bahawa Darius kini seberat  22 kg dan setinggi seorang kanak-kanak berusia 6 tahun.
"Kerana dimanjakan dengan makanan, arnab itu juga kini menjadi tamak dan mahukan makanan yang lebih banyak," katanya.
Tambahnya, walaupun Darius sering mencuri makanan namun dia tidak akan memarahi arnab itu kerana terlalu sayangkannya.

Ketinggian Pengaruhi Kebarangkalian Menghidap Penyakit Jantung


Diterbitkan: Khamis, 9 April 2015 4:00 PM

MIAMI: Kajian berkaitan penyakit jantung dan ketinggian mengesahkan bahawa individu yang dikategorikan rendah lebih mudah terdedah kepada risiko arteri tersumbat.
Kajian Jurnal Perubatan New England itu mendapati kepelbagaian genetik yang mempengaruhi ketinggian seseorang itu untuk lebih berisiko menghidap arteri tersumbat, bukan disebabkan faktor kemiskinan atau amalan pemakanan yang buruk.
Hasil kajian itu diperoleh menerusi penyelidikan yang dilakukan ke atas 200,000 orang yang memiliki 180 genetik berbeza.
Penyakit jantung adalah musuh utama di seluruh negara kerana menyebabkan kematian awal dan disamakan dengan nisbah 1:6 untuk lelaki dan 1:10 wanita yang menghidapinya.
Tambah lagi, penyelidik mendapati setiap 2.5 inci  (6.3 sentimeter) ketinggian seseorang mempengaruhi risiko untuk menghidap penyakit jantung koronari sebanyak 13.5 peratus.
Menurut kajian tersebut, seseorang yang mempunyai ketinggian lima kaki (1.5 meter) akan mempunyai purata 32 peratus risiko untuk menghidap penyakit jantung koronari berbanding dengan seorang yang tingginya hingga 1.68 m.
"Semakin bertambah ketinggian seseorang, semakin berkurangan risiko untuk menghidap penyakit jantung koronari, sebaliknya, jika seseorang secara genetiknya mempunyai kurang ketinggian akan menghadapi risiko lebih tinggi," kata pensyarah Universiti Leicestar yang menulis untuk Yayasan Jantung British, Christopher Nelson.
Penyelidik menyimpan harapan bahawa kajian selanjutnya berkaitan genetik meliputi aspek ketinggian dan penyakit jantung dapat memberi petunjuk kepada pencegahan serta rawatan lebih baik pada masa hadapan.
"Hampir lebih 60 tahun kajian ini dijalankan dan mendapati terdapat hubungan songsang di antara ketinggian dan risiko penyakit jantung koronari," kata ketua pengarang dan Professor Kardiologi universiti sama, Nilesh Samani.
Menurutnya lagi, kaedah pendekatan genetik menunjukkan bahawa kaitan antara ketinggian lebih rendah dan risiko tinggi penyakit jantung koronari adalah punca utama, bukan faktor lain untuk seseorang itu menghidapi penyakit itu.

Landasan rentas Gunung Everest



PEMANDANGAN Gunung Everest dilihat dari Tibet.


BEIJING – Satu laluan kereta api antara China dan Nepal termasuk pembinaan sebuah terowong di bawah Gunung Everest kini dalam pertimbangan, ujar media rasmi China semalam.
Menurut akhbar China Daily, landasan kereta api Qinghai-Tibet telah meng­hubungkan China dengan ibu kota Tibet, Lhasa dan lebih jauh lagi dengan tambahan laluan tersebut hingga ke sempadan antarabangsa sudah dirancang atas permintaan Nepal.
“Projek ini dijangka siap menjelang 2020,” menurut akhbar berkenaan yang memetik kenyataan seorang pegawai Tibet.
Menteri Luar China, Wang Yi melawat ibu kota Nepal, Kathmandu pada Disember tahun lalu, manakala landasan itu menurut media Nepal, boleh dipanjangkan hingga ke Kathmandu dan lebih jauh sekali gus menjadi laluan utama untuk China menerokai pasaran besar di India.
Projek itu memerlukan sebuah terowong dibina di bawah Gunung Everest, lapor China Daily.
“Landasan itu berkemungkinan besar akan merentasi Everest. Justeru, kami perlu menggali beberapa terowong yang amat panjang,” kata seorang jurutera, Wang Mengshu kepada akhbar berkenaan.
Beliau memberitahu, Banjaran Himalaya yang memiliki bentuk mukabumi mencabar akan menyebabkan kereta api menuju ke Kathmandu dapat bergerak pada kelajuan maksimum cuma 120 kilometer sejam.
Pelan itu bagaimanapun menerima kritikan pelbagai pihak yang bimbang projek itu berbahaya daripada aspek keselamatan selain berisiko memusnahkan ekosistem Banjaran Himalaya. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0410&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3WrPCC9Zb 
Hakcipta terpelihara 

Bapa tidurkan bayi dengan bantuan sehelai tisu



VIDEO menunjukkan Seth kelihatan masih segar dan ingin bermain-main. - YOUTUBE


SYDNEY – Seorang bapa di sini hanya mengambil masa selama 42 saat untuk menidurkan bayi lelakinya yang berusia tiga bulan dengan menggunakan sehelai tisu muka.
Bapa berkenaan, Nathan Dailo telah memuat naik satu rakaman video di laman web perkongsian video YouTube mengenai cubaannya menidurkan anaknya yang bernama Seth itu.
Rakaman pada mulanya menunjukkan Seth kelihatan begitu segar sebelum Nathan mengusap muka anaknya beberapa kali dengan tisu,
Percubaan awal kelihatan tidak memberi sebarang kesan kepada bayi itu, namun usapan kali kelima menyebabkan Seth mula kelihatan mengantuk.
Bagaimanapun, bayi itu dilihat masih membuka matanya sehinggalah usapan kali ke-14 menyebabkan bayi berkenaan akhirnya tidur dengan nyenyak.
Video yang dimuat naik sejak dua minggu lalu berjaya menarik perhatian pengguna YouTube dan ditonton 26,000 kali. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0410&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3WrOuEsw0 
Hakcipta terpelihara 

Thursday, April 9, 2015

Kanak-kanak autisme lukis peta dunia


Kanak-kanak autisme lukis peta dunia
Kanak-kanak yang sedang melukis peta dunia.
Kanak-kanak autisme lukis peta dunia
Peta dunia yang dilukis oleh seorang kanak-kanak autisme.
NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Siapa sangka, seorang kanak-kanak Autisme mampu untuk melukis peta dunia tanpa merujuk mana-mana buku atau imej.

Perkara tersebut telah dibuktikan oleh seorang kanak-kanak lelaki Autisme yang berusia 11 tahun apabila dia melukis sebuah peta dunia merangkumi pulau-pulau kecil di atas sebuah papan putih di dalam sebuah kelas.

Perkara tersebut dikongsi oleh salah seorang pengguna laman perkongsian Reddits yang menggunakan nama Bobitis.

Menurut Bobitis yang juga salah seorang bapa kepada pelajar kelas terbabit memberitahu, kanak-kanak tersebut adalah anak kepada seorang profesor yang mengajar anak perempuannya.

“Dia datang ke dalam bilik darjah dan melukis peta dunia tersebut.

"Saya sangat kagum dengan bakat yang ditunjukkan pelajar ini terutamanya sebagai salah seorang bapa yang mempunyai anak autisme,” katanya dipetik Metro.uk.

Sementara itu, ScienceAlert melaporkan bahawa sesetengah pakar percaya kebolehan mengingat kanak-kanak Autisme berkaitan dengan perubahan dalam otak mereka namun begitu pemahaman penuh mengenai perkara ini masih belum dipastikan.

Gumpalan rambut dalam perut budak


Gumpalan rambut seberat hampir dua kilogram yang menyekat sistem
Gumpalan rambut seberat hampir dua kilogram yang menyekat sistem pencernaan Niuniu, dikeluarkan melalui pembedahan oleh doktor di China, baru-baru ini. AGENSI
BEIJING 8 April - Perubahan sikap seorang kanak-kanak perempuan di China yang tidak berselera untuk makan, mengejutkan pakar perubatan yang melakukan pemeriksaan kesihatan apabila mendapati terdapat gumpalan rambut seberat hampir dua kilogram di dalam badan budak itu.
Menurut laporan New York Daily News, kanak-kanak bernama Niuniu Liang berusia lapan tahun itu sering mengadu sakit apabila cuba menjamah makanan, menyebabkan ibu ba­panya membawa dia ke hospital untuk menjalani pemeriksaan.
Hasil ujian imbasan doktor mendapati, gumpalan rambut yang besar menyekat sistem pencernaan Niuniu disebabkan kanak-kanak terbabit sering me­ngunyah rambut sendiri.
Bapanya, Cai Liang, 36, berkata, dia dan isteri sering menasihati anaknya agar tidak meng­amalkan tabiat buruk tersebut, tetapi tidak pernah terfikir perbuatan itu akan menjejaskan sistem penghadaman anak mereka.
“Gumpalan rambut itu seberat hampir dua kilogram. Jadi tidak hairanlah anak saya tidak mahu menjamah makanan,” katanya.
Niuniu dibesarkan oleh datuk dan neneknya di sebuah kampung dekat bandar Zhoukou di wilayah Henan, tengah China, manakala ibu bapanya sering ke luar kawasan untuk bekerja.
Cai hanya me­nye­dari perubahan fizikal Niuniu yang se­makin kurus pada Tahun Baharu Cina yang lalu apabila melawat anaknya itu.
“Saya difahamkan doktor bahawa tabiat Niuniu yang sering mengunyah rambut di­sebabkan tekanan perasaan kerana saya dan isteri tiada bersamanya.
“Kejadian ini membuatkan saya dan isteri memberi lebih masa agar anak kami tidak lagi merasa tertekan dan tidak me­ngunyah rambutnya,” kata lelaki terbabit.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/gumpalan-rambut-dalam-perut-budak-1.79016#sthash.RGbl6xnb.dpuf

Wednesday, April 8, 2015

Tasik Teller, Kolam Ikan Emas Terbesar Di Dunia


Diterbitkan: Rabu, 8 April 2015 11:45 AM

SEBUAH tasik di Boulder, Colorado bakal menjadi kolam ikan emas terbesar di dunia apabila ia dipenuhi ikan peliharaan itu.
Tasik Teller pada asalnya tidak menjadi daya tarikan penduduk sehingga dijadikan lokasi membuang ikan peliharaan.
Bermula dengan empat atau lima ekor ikan emas dibuang ke dalamnya, kini tasik tersebut dihuni oleh 3,000 hingga 4,000 ikan emas.
Kehidupan baru itu turut mengubah suasana tasik berkenaan yang kini dilihat lebih cantik dengan aksi ikan emas di permukaan air.
Jurucakap Hidupan Liar dan Taman Colorado, Jennifer Churchill berkata, pembiakan pantas ikan peliharaan yang dibuang itu turut menjejaskan kehidupan asal tasik berkenaan.
Jelasnya, keadaan itu memaksa mereka bertindak mengurangkan pembiakan ikan emas berkenaan dengan melakukan renjatan elektrik di kolam tersebut.
Katanya, dengan usaha itu, pihaknya mampu mengawal ikan emas sedia ada daripada terus membiak dan memusnahkan keseluruhan hidupan asal tasik tersebut.

Pasu bunga RM54 juta

Hong Kong: Seorang taikun sanggup membayar hampir HK$114 juta (RM54 juta) untuk membeli pasu bunga antik yang dilelong di Hong Kong, semalam.
Liu Yiqian, 51, - bekas pemandu teksi yang menjadi ahli perniagaan berjaya - membeli pasu berbentuk segi lapan berusia 800 tahun dari Dinasti Song dalam lelongan yang diadakan Sotheby’s.
Pasu setinggi 20 sentimeter itu antara koleksi yang jarang ditemui yang dibuat khas untuk istana China.
Liu mengalahkan tujuh pembida dalam bidaan melalui telefon, kata ketua seramik dan hasil seni China antarabangsa Sotheby’s, Nicolas Chow.
“Kami amat gembira dengan harga diperoleh. Ia membuktikan permintaan tinggi bagi barangan antik China,” katanya.
Menurutnya, pasu itu akan dipamerkan di Muzium Long milik Liu di Shanghai.
Liu yang juga pengerusi kumpulan pelaburan Sunline kini antara orang terkaya China dan pengumpul barangan seni berharga dari seluruh dunia.
Dia memecah rekod bidaan dunia untuk porselin China pada April tahun lalu apabila membeli cawan dari era Dinasti Ming - dikenali sebagai cawan minuman keras dengan harga AS$36 juta (RM117 juta) dan kemudian menggunakannya untuk minum teh.
November lalu, dia membeli dewangga sutera Tibet berusia 600 tahun dengan harga AS$45 juta (RM163 juta) di Christie’s, Hong Kong - satu lagi rekod dunia bagi karya seni China yang dijual rumah bidaan antarabangsa.
Liu yang turut mempunyai muzium di Shanghai berkata, misinya adalah untuk membawa pulang artifak China ke negara itu.
“Saya dan muzium ini akan terus aktif membida pada masa akan datang apabila melihat hasil seni yang baik,” katanya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 April 2015 @ 7:17 AM


CHOW menunjukkan pasu bunga ‘Guan’ dibeli Liu dengan harga RM54 juta.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/42239#sthash.oFCBeKgp.dpuf

Manusia paling tua pegang rekod enam hari


Gertrude Weaver
Gertrude Weaver
TEXAS - AMERIKA SYARIKAT. Seorang warga emas sempat memegang rekod manusia paling tua di dunia selama enam hari sebelum meninggal dunia, semalam.

Menurut Reuters, Gertrude Weaver, 116 meninggal dunia di sebuah pusat jagaan orang tua-tua di Arkansas.

Weaver yang sebelum ini berkongsi rahsia umur panjangnya memberitahu, beliau seronok dengan liputan yang diberikan oleh pihak media kepadanya.

Antara rahsia umur panjang yang berjaya dikongsi adalah sentiasa berbuat baik kepada orang lain.

Weaver dilahirkan pada 4 Julai 1898.

Gadis terkuat Maghribi


Gadis terkuat Maghribi
SEORANG remaja dari Maghribi dinamakan sebagai individu paling berbakat di dunia selepas dia berjaya menarik sebuah kereta seberat 1,500 kilogram dengan menggunakan rambutnya. 

Menurut DailyMail, Ikram Salhi yang bercita-cita untuk menjadi wanita terkuat di negaranya menunjukkan kebolehan luar biasanya itu ketika menyertai sebuah program realiti TV, World’s Most Talented.

Kejayaan Ikram menarik kereta Mercedes-Benz sejauh 10 meter itu dengan tali diikat pada rambutnya turut disambut sorakan penonton yang menyaksikan rakaman rancangan terbabit.

“Saya langsung tidak berasa sakit ketika melakukan aksi itu, malah saya sangat berbangga kerana dapat mewakili wanita Maghribi,” jelasnya.

Menurutnya lagi, dia mula melakukan aksi tersebut sejak berusia sembilan tahun dan kenderaan paling berat pernah ditarik olehnya adalah kenderaan pacuan empat roda, Range Rover.

Remaja tersebut bakal berentap dengan pesaing dari Jerman dalam program sama pada 28 April depan.

Serah surat cerai melalui Facebook



BAIDOO dibenarkan oleh mahkamah menyampaikan dokumen penceraian kepada suaminya hanya melalui perkhidmatan mesej di laman Facebook.


NEW YORK – Sebuah mahkamah di sini membenarkan seorang jururawat ‘menyampaikan’ dokumen penceraiannya hanya melalui laman sosial Facebook.
Tindakan itu dibuat oleh hakim Mahkamah Agung Manhattan, Matthew Cooper selepas jururawat berkenaan, Ellanora Baidoo melalui peguamnya memberitahu bahawa suaminya sukar ditemui selain tidak mempunyai alamat tetap.
“Wanita berusia 26 tahun ini diberi kebenaran menyerahkan surat perceraian kepada defendan, Victor Sena Blood-Dzraku melalui mesej peribadi di akaun Facebook lelaki berkenaan,” ujar Cooper.
Menurutnya, mesej tersebut akan dihantar oleh peguam plaintif kepada defendan seminggu sekali bagi tempoh tiga minggu berturut-turut atau sehingga diakui oleh suaminya itu.
“Saya menganggap perkara ini sebagai satu undang-undang baharu dan cara ini perlu dipandang serius,” kata peguam Baidoo, Andrew Spinnell.
Pasangan yang berasal dari Ghana ini telah berkahwin pada 2009, namun hubungan mereka mula retak apabila Blood-Dzraku memungkiri janji untuk mengadakan upacara perkahwinan secara tradisional mengikut adat mereka. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0408&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3WfgDis2g 
Hakcipta terpelihara 

PM Singapura peroleh gaji tahunan paling tinggi


Lee Hsien Loong
Lee Hsien Loong
SINGAPURA 7 April – Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dilaporkan memperolehi gaji tahunan kira-kira AS$1.7 juta (RM6.1 juta), pendapatan paling tinggi dalam kalangan pemimpin dunia, lapor akhbar The Independent dan International Business Times, baru-baru ini.
Pendapatan Hsien Loong yang merupakan anak kepada Perdana Menteri pertama Singapura, mendiang Lee Kuan Yew itu adalah me­nyamai gabungan pendapatan tahunan pemimpin-pemimpin Perancis, Jerman, Itali, Jepun dan United Kingdom (UK).
Perdana Menteri Singapura itu, bagaimanapun telah memotong gajinya sebanyak 28 peratus berikutan ramai yang tidak berpuas hati selepas beliau memperolehi pendapatan lebih AS$2.8 juta (RM10.1 juta) dari 2008 hingga 2012.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama berada di tempat kedua dengan pendapatan sebanyak AS$400,000 (RM1.4 juta) setahun, diikuti Perdana Menteri Kanada, Stephen Harper dan Canselor Jerman, Angela Merkel dengan masing-masing memperoleh pendapatan tahunan sebanyak AS$260,000 (RM942,232) dan AS$234,400 (RM849,459).
Perdana Menteri India, Narendra Modi dan Presiden China, Xi Jinping pula dilaporkan memperoleh pendapatan paling sedikit dalam kalangan pemimpin dunia dengan hanya memperoleh gaji di bawah AS$50,000 (RM181,199) setahun.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pm-singapura-peroleh-gaji-tahunan-paling-tinggi-1.78663#sthash.NrOrXQe2.dpuf