Pages

Saturday, April 11, 2015

Microsoft ambil pekerja autisme



Smith


NEW YORK – Syarikat gergasi perisian komputer, Microsoft bercadang mahu mengambil sekurang-kurangnya 10 pekerja autisme dalam program perintis terbaharunya bagi memperluaskan kepelbagaian dalam syarikat itu.
“Individu yang menghidap autisme sebenarnya mampu memberi kekuatan kepada kami di sini (Microsoft). Segelintir daripada mereka mempunyai kebolehan yang luar biasa iaitu mempunyai buah fikiran yang lebih mendalam dan terperinci dalam matematik serta kod sistem komputer.
“Mereka merupakan kumpulan berbakat yang kami mahu bawa terus ke Microsoft,” kata Timbalan Presiden Korporat Microsoft, Mary Ellen Smith melalui blognya.
Smith turut mempunyai seorang anak lelaki berusia 19 tahun yang merupakan seorang autisme.
Bagi memenuhi hasrat itu, Microsoft akan bekerjasama dengan sebuah firma Denmark, Specialisterne bagi membantu melatih penghidap autisme untuk mendapatkan kerja.
Profil syarikat Specialisterne pernah disiarkan di majalah New York Times pada 2012.
Ia memaparkan mengenai bagaimana sesebuah syarikat teknologi boleh mendapat manfaat daripada pekerja autisme disebabkan kemahiran mereka sesuai dengan tugas-tugas yang memerlukan penelitian dan kadangkala membosankan. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0411&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3WxGa0HL7 
Hakcipta terpelihara 

No comments: