Pages

Thursday, January 16, 2014

Kisah Hassan Al-Basri



Pada suatu hari, terjadi suatu peristiwa yang sangat membekas pada dirinya..............
Ditepi sungai Dajlah, Hassan Al-Basri melihat seorang pemuda duduk berduaan dengan seorang wanita. di samping mereka terletak sebotol arak.

Hassan berkata, "Alangkah jahatnya orang itu dan alangkah baiknya kalau ia seperti aku!"tiba-tiba beliau melihat sebuah perahu di tengah sungai perlahan-lahan tenggelam. lelaki yang duduk di tepi sungai tadi segera terjun untuk menolong penumpang perahu yang hampir mati kelemasan. ia berhasil menyelamatkan enam dari tujuh penumpang perahu itu, kemudian ia berpaling ke arah Hassan Al-Basri seraya berkata,"Jika engkau memang lebih mulia dari saya, maka Dengan nama Allah, selamatkanlah seorang lagi yang belum sempat saya tolong.

Engkau diminta untuk menyelamatkan satu orang saja,sedangkan saya telah menyelamatkan enam orang." Namun sayang, Hassan Al Basri tidak berhasil menyelamatkan yang seorang itu. Maka lelaki itu berkata kepadanya, "Tuan, sebenarnya wanita yang duduk di samping saya ini adalah ibu saya, sedangkan botol itu hanya berisi air biasa, bukan arak.ini hanya untuk menguji tuan". Hassan Al-Basri terpegun, lalu ia berkata,"Kalau begitu, sebagaimana engkau telah menyelamatkan enam orang tadi dari bahaya tenggelam ke dalam sungai, maka selamatkanlah pula saya dari tenggelam ke dalam kebanggaandan kesombongan."orang itu menjawab, "Mudah-mudahan Allah mengabulkan permohonan tuan."semenjak hari itu, Hassan Al-Basri selalu merendahkan diri bahkan ia menganggap dirinya sebagai makhluk yang paling hina.

Antara pengajaran dari kisah ini adalah:-jangan berburuk sangka dengan orang lain serta memandang rendah padanya-apabila kita melihat orang lain membuat maksiat kepada Allah,jangan kita menghina orang itu (dan jangan pula kita redho dengan perbuatannya)serta cuba mencari keaibannya.kerana mungkin orang itu jahil tentang perbuatannya itu sedangkan kita patut malu pada diri kita sendiri yang telah Allah kurniakan ilmu ini masih juga melakukan perkara2 yang Allah larang.- 2 perkara yg patut kita ingat tentang diri kita ialah:perbuatan baik orang pada kita dan perbuatan jahat kita pada orang lain.-2 perkara yang patut kita lupakan ialah:kebaikan kita pada org dan kejahatan org pada kita.

***********************************************

Sesungguhnya orang-orang yang percaya kepada keterangan Kami, ialah orang yang apabila dibaca ayat-ayat itu kepada mereka, mereka sujud, tasbih memuji Tuhan dan mereka tidak menyombongkan diri.Mereka meninggalkan tempat tidurnya menyeruTuhannya dengan perasaan yang penuh kecemasan dan pengharapan dan mereka membelanjakan (dijalan kebaikan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. As-Sajdah ayat 15-16.

Wassalam
sumber

Hasan al-Basri dan jubah 4000 dinar


Semalam saya ada menonton rancangan Muqaddimah di TV9. Di dalamnya, ada suatu kisah menarik yang diceritakan berkenaan zuhud. Kisahnya adalah mengenai seorang ulamak tersohor umat islam, anak seorang hamba yang lahir di zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab pada tahun 21 Hijrah (642 Masihi), iaitu Hasan al-Basri. Beliau pernah berguru dengan beberapa orang sahabat nabi, menjadi seorang guru di Basrah (Iraq) dan merupakan seorang yang sangat mementingkan nilai hidup zuhud.

Seorang yang zuhud menahan dirinya daripada berlebih-lebihan di dalam perkara-perkara yang halal. Biasanya orang yang zuhud mengelakkan diri daripada segala macam kemewahan. Ini tanggapan umum mengenai zuhud dan inilah yang difahami oleh anak murid Hasan Al-Basri.

Diceritakan pada suatu hari, di dalam suatu kuliah, Hasan al-Basri mengenakan sebuah jubah yang dihadiahkan oleh salah seorang anak muridnya yang hartawan. Jubah tersebut merupakan sebuah jubah yang sangat mahal dan diberitakan bernilai kira-kira 4000 dinar. Dinar adalah matawang emas tulen (24 karat, 99.9%) dimana 1 dinar bersamaan dengan 4.25 gram emas. Jika kita mengambil kira harga emas semasa di Malaysia ini, 1 gram = RM 160, maka 4000 dinar adalah bersamaan 4000 x 4.25 = 17000 gram (17 kg) emas. Ini bermakna, 4000 dinar bersamaan dengan 17000 x 160 = RM 2,720,000 atau hampir 2.7 juta Ringgit Malaysia ! Rasanya, tiada baju di Malaysia ini yang bernilai 2.7 juta ringgit !

Berbalik kepada kisah tadi, ketika Hasan al-Basri sedang mengajar, beliau ditegur muridnya kerana mengenakan pakaian yang sangat mahal, walhal beliau selalu mengajar supaya muridnya menghampiri cara hidup zuhud. Tiba-tiba, datang seorang miskin menemui Hasan al-Basri memohon sedikit bantuan kerana beliau orang susah. Mendengarkan hal itu, Hasan al-Basri lantas menyerahkan jubah 4000 dinar (RM 2.7 juta) yang dipakainya kepada orang miskin tersebut, supaya dijualkan jubah tersebut bagi mendapatkan wang untuk membantu si miskin tadi.

Bergegaslah si miskin tadi ke pasar untuk menjualkan jubah tersebut. Saban hari si miskin menunggu di pasar, menantikan pembeli jubah namun tiada yang sudi membeli jubah tersebut kerana nilainya yang sangat mahal. Tiba-tiba datang seorang lelaki menyapa si miskin yang sedang menjual jubah tersebut, "Wahai saudara, dari mana saudara mendapatkan jubah ini ?". "Jubah ini aku berikan kepada Hasan al-Basri", sambungnya lagi.

"Jubah ini diberikan kepadaku oleh Hasan al-Basri dan disuruh aku menjualnya", jawab si miskin tadi. Lelaki tadi kemudiannya membeli jubah tersebut pada harga 4000 dinar daripada si miskin tadi dan menghadiahkan jubah itu semula kepada gurunya Hasan al-Basri.

Kesesokan harinya ketika Hasan al-Basri mengajar, muridnya terkejut kerana beliau masih mengenakan jubah yang mahal tersebut, walapun semalam, beliau telah menyedekahkannya. Beliau menceritakannya kepada muridnya tentang apa yang telah berlaku. Benarlah akan kata-kata, "sesiapa yang hidupnya tidak bermatlamat untuk mencari dunia maka dunia akan datang mencarinya".

Erti zuhud sebenarnya bukan terhad kepada tidak memilih untuk hidup secara mewah, namun yang lebih penting ialah, tiada ikatan atau kecenderungan hati terhadap kemewahan dunia. Seseorang mungkin mempunyai harta yang sedikit, dan hidup secara sederhana namun belum boleh dikatakan seorang yang hidup dengan sifat zuhud sehinggalah dia tidak meletakkan sebarang rasa cinta kepada harta yang dimilikinya.

Ingatlah, semua harta kekayaan adalah milik Allah. Semua rezeki yang kita perolehi baik wang ringgit, kesihatan, pangkat, anak, dan sebagainya adalah anugerah dari Allah. Kesemua harta tersebut tidak dapat kita miliki jika Allah tidak mengizinkannya dan begitu juga sebaliknya, jika Allah telah menetapkan bahawa sesuatu harta itu bakal milik kita, maka tiada siapa yang boleh menyebabkan kita kehilangan akan harta tersebut.

Jika kita berada di posisis Hasan al-Basri, sanggupkah kita menyerahkan harta bernilai RM 2.7 juta kepada orang yang tidak dikenali sebagai sedekah ?

Fikir-fikirkanlah....sumber

KISAH HASAN AL-BASRI DAN WANITA CANTIK



HASAN AL-BASRI pada zaman mudanya, kelihatan bagus dan tampan, lebih-lebih apabila memakai pakaian yang mahal. Beliau sering berjalan-jalan sekeliling kampung di kota Basrah kerana sangat senang kerana keindahan dan ramainya penduduk tinggal di kota itu.

Pada suatu hari, ketika Hasan berjalan, secara tiba-tiba beliau melihat seorang wanita cantik. Melihat wanita cantik itu, Hasan lalu berjalan mengikutinya. Wanita itu menoleh, sambil berkata kepadanya: "Apakah engkau tidak malu?" Jawab Hasan: "Malu pada siapa?" Wanita itu berkata: "Malu kepada Zat Yang Maha Mengetahui, mata yang khianat dan apa-apa yang terlintas di dalam hati."

Tertanam rasa cinta di dalam hati Hasan terhadap wanita itu sehingga tidak sabar dan tidak boleh menguasai nafsunya. Akhirnya ia terus mengikuti di belakang wanita itu. Wanita itu berkata lagi kepadanya: "Mengapa engkau mengikuti aku?" Jawab Hasan: "Sungguh, aku terpesona dengan pandangan matamu itu." Wanita itu berkata: "Tunggulah di sini, nanti akan aku kirim apa yang engkau kehendaki." Hasan beranggapan wanita itu menaruh cinta kepadanya, sebagaimana dia jatuh cinta kepada wanita itu. Beliau pun menunggu di tempat itu.

Tidak beberapa lama kemudian, datanglah seorang pelayan wanita itu kepadanya membawa bekas bertutup sehelai sapu tangan. Ketika Hasan membuka tutup bekas itu, ternyata dua mata wanita itu ada di dalamnya. Melihat hal sedemikian, maka pelayan tersebut berkata: "Sungguh tuan puteri berkata: "Aku tidak ingin mata yang memuatkan fitnah dan mempesonakan orang." Sebaik Hasan mendengar kenyataan ucapan daripada pelayan wanita itu, dia gementar dan berdiri bulu romanya, lalu memegang janggutnya dan berkata kepada dirinya: "Celaka engkau, sebab sudah berjanggut mengapa tidak malu terhadap wanita cantik itu." Dia pun menyesal dan bertaubat pada saat itu sebelum pulang ke rumahnya dan menangis semalaman.

Keesokan paginya, Hasan ke rumah wanita itu untuk meminta maaf atas segala kesalahannya. Sebaik tiba di rumah wanita berkenaan, rumahnya tertutup dan mendengar suara tangisan wanita dari dalam rumah itu. Akhirnya, beliau pun bertanya apa yang berlaku. Dikatakan bahawa pemilik rumah itu telah meninggal dunia. Hasan kembali ke rumahnya dan menangis selama tiga hari. Pada malam ketiga, dia bermimpi melihat wanita cantik itu sedang berada di dalam syurga. Hasan berkata kepada wanita itu dalam mimpiya: "Hai wanita yang cantik, maafkan olehmu semua kesalahanku." Jawab wanita itu: "Sungguh, semua sudah kumaafkan kerana aku memperoleh kebaikan daripada Allah sebab engkau."

Hasan berkata: "Berikanlah kepadaku akan nasihatmu." "Kalau engkau sendirian, berzikirlah atau ingatlah kepada Allah. Dan pada setiap pagi mahupun petang, beristighfar memohon ampun kepada Allah serta bertaubat kepadaNya," kata wanita berkenaan. Mendengar nasihat daripada wanita itu, Hasan menerima dan melaksanakan nasihat tersebut sehingga dia menjadi seorang Sufi yang masyhur di kalangan masyarakat dengan sifat zuhud dan taatnya kepada Allah SWT. Akhirnya, dia pun memperoleh darjat yang tinggi dan mulia serta menjadi seorang wali dan kekasih Allah SWT.
sumber

SAYIDINA ALI DAN HASAN BASRI


Hasan Al-Basri berkata - Barangsiapa yang mencintai Allah akan menganggap dunia ini sebagai musuh dan barangsiapa yang mencintai dunia secara tidak langsung akan menjadi musuh kepada Allah
Bila kita kaji sejarah bagaimana peranan masjid di zaman Rasulullah dan salafussoleh (300 tahun selepas Rasulullah), kita akan nampak betapa masjid telah mengambil peranan dan memberi jasa yang sangat besar pada pembangunan masyarakat Islam. Imam yang dipilih bukan sebarang imam. Guru yang mengajar bukan sebarang guru.
Ketika Sayidina Ali bin Abu Talib k.w.j. yang menjadi khalifah masuk ke sebuah masjid besar, waktu itu masjid masih menjadi gudang ilmu, dilihat di setiap sudut ada kelompok-kelompok pengajian. Guru-guru yang mengajar di waktu itu adalah tokoh-tokoh besar di zamannya. Sayidina Ali bertanya  untuk menguji setiap ulama atau guru yang mengajar di masjid itu. Banyak yang tidak dapat menjawab pertanyaan Sayidina Ali itu. Padahal pertanyaannya mudah saja iaitu ,”Apa yang merosakkan manusia.” Maka beliau sebagai khalifah, orang yang paling bertanggung jawab dalam mendidik masyarakat berkata,” Engkau tidak layak untuk mengajar”.
Di salah satu sudut masjid dia lihat seorang anak berusia 12 tahun yang sedang mengajar. Padahal yang sanggup mengajar di masjid waktu itu bukan sebarang orang. Sebagai guru, tempat duduk dia lebih tinggi dari murid-muridnya yang duduk di lantai beralaskan karpet. Bukan sekadar untuk menghormati guru tetapi juga untuk memuliakan ilmu. Murid-murid yang mendengar kuliah anak itu sudah tua-tua.
Sayidina Ali terkejut melihat anak kecil itu lalu berkata,”Saya ingin bertanya satu pertanyaan, kalau engkau dapat menjawabnya, maka engkau boleh terus mengajar, kalau tidak engkau tidak layak untuk mengajar di masjid ini. Pertanyaan saya adalah apa yang merosakkan manusia?” Anak kecil itu menjawab, ”Yang merosakkan manusia ialah kerana cintakan dunia.” Sayidina Ali terkejut mendengarnya kerana jawapan itu betul, cinta dunia merupakan ibu kejahatan.
Rupanya anak yang berusia 12 tahun itu ialah Hassan Al Basri seorang tokoh yang menjadi besar akhirnya. Bahkan dia salah seorang imam mazhab, tetapi hari ini ajarannya sudah banyak hilang dan dilupakan orang. Kalau kita sebut Hassan Al Basri, kebanyakan orang akan kenal, umur 12 tahun sudah dikagumi orang dan sudah mengajar. Di antara orang yang mendengar kuliahnya adalah Sahabat Rasulullah.
Peristiwa ini untuk menggambarkan peranan masjid yang sebenarnya dalam Islam. Masjid merupakan sumber segala kebaikan. Untuk mengkaderkan dan melahirkan pemimpin, didikan bermula di masjid, untuk menjadi pejuang dibina di masjid. Tetapi setelah dunia Islam rosak, lebih-lebih lagi setelah kejatuhan empayar Islam, umat Islam dijajah pula, selepas itu merdeka setelah 700 tahun rosak, maka peranan masjid sudah tidak ada, sekadar tempat solat dan belajar membaca Al Quran sahaja.
Di akhir zaman ini, kalau hendak membangunkan Islam jangan bermula di masjid tetapi berperananlah di pasar, di restoran, di tengah-tengah orang ramai, rapat dengan pemuda-pemudi, kalau boleh buat di hotel-hotel, gedung-gedung besar, bangunan-bangunan besar.

Kisah Pengajaran Sheikh Hassan Al Basri dengan Khalifah Harun Al Rashid.

Kerajaan Bani Abbasiyyah ialah nama yang diberi bagi Khalifah Baghdad iaitu empayar kedua Islam selepas penyingkiran pemerintahan Kerajaan Bani Ummaiyyah. Kerajaan ini merampas kuasa pada tahun 750 selepas mereka berjaya mengalahkan tentera Ummaiyyah dalam medan peperangan. Kerajaan ini berkembang selama dua kurun tetapi secara perlahan-lahan mengalami zaman kejatuhan selepas kebangkitan tentera berbangsa Turki yang mereka cipta. Kerajaan ini akhirnya berakhir pada tahun 1258 selepas Hulagu Khan iaitu seorang panglima tentera Mongol menghancurkan Baghdad.


Sewaktu menjelang hari perlantikan Harun Al Rashid menjadi khalifah, dia telah mengarahkan seorang Menterinya untuk mengutus surat jemputan kepada rakan-rakan rapatnya ke majlis meraikan perlantikannya. Dalam majlis tersebut, rakan-rakannya akan diraikan oleh Harun Al Rashid dengan jamuan yang lazat-lazat. Harun Al Rashid juga menghadiahkan kepada mereka dengan hadiah yang cantik dan mahal di penghujung majlis. Antara yang dijemput ialah Hasan Al Basri. 

Setelah tarikh majlis keraian tersebut menjelang, kesemua jemputan pun hadir. Seperti dirancang, mereka diraikan dengan jamuan yang enak dan lazat, serta dihadiahkan dengan barangan yang cantik dan mahal di penghujung majlis. Setelah hadirin bersurai, Harun Al Rashid mendapati ada satu hadiah yang masih tinggal dan tidak diberikan kepada jemputan. Maka bertanyalah Harun Al Rashid kepada Menterinya. 

 Harun Al Rashid : Milik siapakah hadiah ini ? Apakah masih ada jemputan yang belum menerimanya ? Atau jemputan tersebut tidak sudi menerima hadiah ku ini ? Atau apakah ada jemputan yang tidak hadir ?

Menteri : Wahai khalifah, sebenarnya ada seorang jemputan yang tidak hadir. Maka dengan itulah terdapat satu lagi hadiah yang tinggal. 

Harun Al Rashid : Siapakah jemputan yang tidak hadir tersebut ?

Menteri : Hassan Al Basri, wahai khalifah.

Harun Al Rashid terdiam sejenak setelah nama Hassan Al Basri disebut. Setelah berfikir sejenak, maka dia pun berkata kepada Menterinya.

Harun Al Rashid : Akan aku tulis surat peribadi ku khas untuk Hassan Al Basri. Mungkin kerana dia seorang berilmu tinggi, maka dia inginkan jemputan khusus dan majlis untuknya yang khusus, baru dia senang menerima hadiah anugerah ku. Setelah ku tulis surat itu, kau pergilah ke madrasahnya dan serahkan sendiri surat itu ke tangannya. 

Harun Al Rashid pun menulis surat tersebut dan mengarahkan Menterinya untuk menyerahkan sendiri ke tangan Hassan Al Basri. Sang Menteri pun segera bertolak ke Madrasah Hassan Al Basri membawa surat tulisan tangan Harun Al Rashid, sambil diringi beberapa orang pegawai istana.

Sewaktu Menteri tersebut sampai ke Madrasah, Hassan Al Basri sedang memberikan kuliah pengajian kepada murid-muridnya. Menteri tersebut terus berjalan menuju ke pintu madrasah.Hassan Al Basri, sewaktu terpandang Menteri dari istana datang menuju ke tempatnya berubah riak muka Hasan Al Basri. Dia terus memalingkan mukanya dari Sang Menteri dengan riak muka yang marah dan benci. 

Menteri : Assalamu a'laikum wahai Hassan Al Basri

Tiada jawapan dari Hassan Al Basri. Malah Hassan Al Basri meneruskan saja memberikan kuliah kepada murid-muridnya sambil memalingkan mukanya dari Sang Menteri. Seolah-olah Sang Menteri tidak wujud di situ.

 Menteri : Assalamu a'laikum wahai Hassan Al Basri

Sang Menteri memberi salam buat kali ke-2. 

Masih tiada jawapan dari Hassan Al Basri. Malah Hassan Al Basri meneruskan saja memberikan kuliah kepada murid-muridnya. Murid-muridnya juga berasa kehairanan.

Menteri : Assalamu a'laikum wahai Hassan Al Basri. Kedatangan ku membawa surat peribadi milik Khalifah Harun Al Rashid.

Sang Menteri memberikan salam buat kali ke-3.

Maka berkatalah salah seorang murid tua kepada Hassan Al Basri.

Murid : Wahai tuan guru, ada Menteri diutuskan khalifah kepada Tuan, membawa surat dari khalifah. 

Setelah mendengar kata-kata muridnya, barulah Hassan Al Basri menjawab salam Menteri tersebut.

Hassan Al Basri : Salam (Jawab Hassan Al Basri ringkas dengan nada yang marah). Untuk apa kau ke mari? 

Menteri : Kedatangan ku membawa surat peribadi tulisan tangan khalifah buat mu. Aku harap kau terimalah surat ini. 

Jawab Menteri, sambil menghulurkan surat tersebut kepada Hassan Al Basri. Hassan Al Basri apabila dihulurkan surat tersebut, dengan segera mengelak dan menepis, agar surat tersebut tidak menyentuh dirinya.Hal ini juga mengejutkan murid-muridnya.

Murid : Wahai Tuan guru, apakah surat ini bernajis sehingga kau enggan menerimanya ? Kasihanilah Menteri ini kerana dia hanya menunaikan arahan Tuannya. Nanti dia pasti akan dihukum kerana kegagalannya menyampaikan surat Tuannya.

Hassan Al Basri : Kalau begitu kau saja yang baca surat ini. Biar ku dengar.

Maka muridnya pun mengutip surat tersebut yang jatuh ke lantai Madrasah. Lalu dibuka surat tersebut dan dibaca. Salam sejahtera buat sahabat ku, Sheikh Hassan Al Basri.

Tujuan ku tulis surat ini, adalah untuk menjemput mu ke majlis meraikan perlantikan ku sebagai khalifah. Mungkin engkau sibuk sewaktu hari pertama perlantikan ku, maka engkau tidak sempat hadir ke majlis tersebut. Maka atas dasar persahabatan kita, maka akan ku adakan sekali lagi majlis keraian tersebut hanya buat mu. Akan ku jamu engkau dengan hidangan yang enak dan lazat. Dan akan ku anugerahkan kepada mu hadiah yang cantik dan mahal. Aku harap engkau akan hadir ke istana ku esok hari untuk majlis ini. 
Sekian.

Daripada Khalifah Umat Islam, Khalifah Harun Al Rashid Dengan riak muka yang marah, dan nada yang tegas Hassan Al Basri mengarahkan muridnya. 

Hassan Al Basri : Kau tulis jawapan ku kepada Harun Al Rashid dibelakang suratnya.

Salam, 
Harun,
Apakah kau sangka dengan menjamu aku dengan hidangan enak dan lazat, serta anugerah hadiah yang mahal, mampu menjadikan aku menyokong perbuatan mungkar mu ? 

Tahukah kamu, perbelanjaan majlis meraikan perlantikan mu sebagai khalifah, datangnya dari pembiayaan Baitul Mal ? Engkau tergamak menggunakan harta Baitul Mal yang hakikatnya milik rakyat bagi membiayai majlis peribadi mu. Kau nafikan hak rakyat yang fakir dan miskin, anak-anak yang yatim dan piatu serta janda-janda yang tiada tempat bergantung. Kau biarkan mereka tidur dalam kelaparan bersama fikiran yang rungsing memikirkan, "Dimanakah akan ku cari rezeki keesokan hari ?"

Di waktu yang sama, kau menjamu sahabat-sahabat mu dengan hidangan yang enak dan lazat walaupun mereka mampu mengenyangkan diri mereka sendiri dengan kekayaan mereka. Di waktu yang sama, kau anugerahkan mereka dengan hadiah yang mahal-mahal, sedangkan rakyat mu ada yang daif dalam kemiskinan. Kehidupan mereka tenggelam dalam lautan air mata penderitaan dan kesedihan akibat kemiskinan.

Belum pun genap sehari engkau menjadi khalifah, sudah banyak dosa yang telah engkau lakukan. Amanah rakyat telah engkau khianati. Apatah lagi jika semakin banyak dan lama hari engkau memerintah, maka akan semakin banyaklah dosa dan kemungkaran yang bakal engkau lakukan. Apakah untuk ini engkau dijadikan Allah ? Mulai saat ini, jangan sesekali engkau melafazkan bahwa Hassan Al Basri adalah sahabat mu. Mulai hari ini dan saat ini, ku putuskan persahabatan ku dengan mu !!!
 Sekian. Hassan Al Basri 

Tersentuh hati Menteri mendengar ketegasan jawapan yang dilafazkan oleh Hassan Al Basri. Setelah murid Hassan Al Basri selesai menulis jawapan gurunya, surat tersebut pun diserahkan kepada Menteri untuk dikembalikan kepada Harun Al Rashid.

Hassan Al Basri : Ambillah surat ini dan kembalikannya kepada Tuan mu.

Menteri itu pun mengambil surat tersebut dan berlalu. Kata-kata Hassan Al Basri terus bermain di dalam hati dan fikirannya. Kini hatinya menjadi rungsing. Dalam perjalanan pulang ke istana, dia melalui pasar jualan. Di hentikan kudanya, dan turun sambil diiringi pegawai-pegawai yang mengikutinya. Lalu bekatalah Menteri tersebut kepada para pedagang di pasar itu.

Menteri : Wahai para saudagar, mahukah kamu membeli jubah yang kupakai ini ? Jubah yang bermutu tinggi, lagi ranggi dan cantik ini merupakan anugerah Khalifah kepada ku sebagai salah seorang Menteri di istana. Akan ku jualkan kepada mu dengan harga yang murah.

Para pedagang di pasar tersebut berasa hairan dengan kata-kata menteri tersebut. Berkatalah salah seorang daripada mereka. 

Pedagang : Mengapa engkau ingin menjual jubah kebesaran mu itu ? Berapakah harganya ?

Menteri : Mengapa ingin ku jualkannya, adalah urusan ku dengan Tuhan ku. Harganya amat murah. Aku hanya memerlukan pakaian yang diperbuat dari kain yang kasar seperti yang dipakai oleh ahli sufi.

Maka urusniaga itu pun berjalan lancar antara Menteri dan saudagar di situ. Setelah Menteri mengenakan jubah dari kain yang kasar, dia pun kembali ke istana untuk mengembalikan surat dari Hassan Al Basri. Setibanya Menteri di istana, dia terus pergi menemui khalifah dengan pakaiannya yang kasar dan murah. Harun Al Rashid tersentak kehairanan, melihat Menterinya berpakaian demikian. Lalu dia bertanya kepada Menteri. 

Harun Al Rashid : Mengapa engkau berpakaian demikian ? Ke manakah perginya jubah kebesaran mu sebagai seorang menteri di istana ku ?

Menteri : Wahai khalifah. Sekembalinya aku dari Madrasah Hassan Al Basri, aku telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan ku sebagai Menteri. Maka ku tukarkan jubah kebesaran seorang menteri anugerah mu kepada pakaian yang kasar dan murah ini. Anggaplah aku membawa surat jawapan Hassan Al Basri merupakan tugas dan khidmat ku yang terakhir buat mu. Kerana selepas ini, aku akan mengikuti tuan ku yang baru, iaitu Tuan Hassan Al Basri. Agar aku dapat dididik untuk mentaati Allah dan Rasul Nya.

Menteri itu pun menyerahkan surat jawapan Hassan Al Basri kepada Harun Al Rashid dan terus berlalu dari situ. Menteri itu telah pergi ke Madrasah Hassan Al Basri dan menjadi salah seorang muridnya.Harun Al Rashid, setelah menerima surat jawapan dari Hassan Al Basri, terus membuka dan membacanya. Tersentaklah Harun Al Rashid buat kali kedua di hari itu. Tidak disangka oleh Harun Al Rashid, jawapan yang diberikan oleh Hassan Al Basri amat tegas. Jawapan Hassan Al BAsri telah menyebabkan Harun Al Rashid menangis dan terus menangis. Tangisan keinsafan. 

Di beritakan, Sesudah peristiwa itu, Harun Al Rashid akan meletakkan surat Hassan Al Basri di sebelahnya sewaktu solat. Sesudah selesai solat, Harun Al Rashid akan membaca surat jawapan Hassan Al Basri dan terus menangis. Dia melakukan ini sehinggalah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir. Dia menjadikan surat tersebut sebagai peringatan buat dirinya yang sering lupa agar dia tidak tergelincir dalam pentadbirannya. Maka tidak hairanlah, Harun Al Rashid merupakan salah seorang khalifah Abbasiah yang yang dikenali kewarakannya. 

Kredit : "Petikan daripada Buku Imam-Imam Yang Benar"
sumber

Ikan paus hidup terdampar di Bintulu

Ikan paus hidup terdampar di Bintulu16 Januari 2014
 BINTULU - Seekor ikan paus yang masih hidup ditemui terdampar di pantai Kuala Tatau awal pagi semalam oleh sebuah keluarga ketika mereka sedang berjalan-jalan di pantai berkenaan.

Rosmiros Mesral, 50, berkata beliau dan keluarganya mendapati ikan paus itu terdampar di tepi pantai dan tidak bergerak.

"Pada mulanya saya tak sangka objek besar itu ikan paus tetapi bila mendekati objek itu, saya dapati ia seekor ikan paus dan saya terus panggil suami serta anak-anak saya," katanya ketika dihubungi hari ini.

Ibu kepada tiga anak itu berkata ikan paus itu mula bergerak selepas anak lelakinya menyiram air di kepala mamalia berkenaan.

"Ekor ikan paus mula bergerak dan saya sekeluarga terkejut melihat di mata ikan paus itu ada air mata mengalir.

"Simpati dengan keadaan ikan paus itu, kami sekeluarga cuba menolaknya supaya dapat ke laut semula tetapi mengalami kesukaran, namun sekitar jam 11 pagi, ikan paus itu dapat ditolak ke laut semula," katanya.

Rosmiros menyifatkan kejadian itu sebagai ganjil kerana belum pernah ada kejadian ikan paus terdampar di pantai Kuala Tatau sebelum ini.

"Saya dilahirkan di Bintulu, dan ini kali pertama kejadian pelik ini berlaku, mungkin faktor cuaca dan keadaan laut menyebabkan ikan paus itu terdampar," katanya.

Berita penemuan ikan paus itu tersebar luas di media sosial sejak semalam sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan penduduk tempatan.

Antara lain, kebimbangan kemungkinan berlaku tsunami dan ada juga yang mengaitkannya dengan fenomena semasa musim tengkujuh. - Bernama

Jurufoto bergambar bersama harimau bintang


Chris Du Plessis menunjukkan gambar melalui paparan skrin kamera sambil diperhatikan harimau bintang betina, Mtombi. - AGENSI
CAPE TOWN 15 Jan. - Seorang jurufoto profesional mempamerkan beberapa keping gambar mengagumkan merakamkan dia sedang bergambar bersebelahan dengan seekor harimau bintang di sebuah hutan simpan di Afrika Selatan, baru-baru ini.
Chris Du Plessis mengambil gambar tersebut di Tshukudu Game Lodge, Hoedspruit, Afrika Selatan menggunakan alat kawalan kamera ketika bergambar dengan pemangsa betina itu, yang diberi nama Mtombi.
Harimau bintang itu kelihatan tenang ketika duduk bersebelahan Du Plessis sambil melihat skrin paparan kamera yang dipegang jurufoto dari Jerman itu.
Du Plessis turut berpeluang mengusap kepala Mtombi yang ternyata tidak bertindak liar atau ganas ketika diperlakukan begitu.
Jurufoto berusia 39 tahun itu berkata, Mtombi merupakan harimau bintang yang diselamatkan di Kem Marula, Tshukudu Game Lodge di Afrika Selatan.
"Bunyi dengkuran kuat daripada harimau bintang itu sangat mengerunkan dan saya dapat merasa kepanasan badannya.
"Binatang tersebut juga sangat tenang apabila berada di sebelah saya, namun saya tetap mengambil langkah berhati-hati takut ia bertindak ganas," katanya. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140116/lu_06/Jurufoto-bergambar-bersama-harimau-bintang#ixzz2qX46616U
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Mata wang kertas disusun sepanjang dua meter di kampung Jianshe



AFP
BEBERAPA penduduk berdiri dekat timbunan wang kertas di kampung Jianshe, Sichuan kelmarin.


SICHUAN, China - Sejumlah mata wang kertas disusun sepanjang dua meter telah dibina di kampung Jianshe di sini kelmarin.
Wang tersebut akan diagih-agihkan kan kepada penduduk kampung yang merupakan pemegang saham sebuah koperasi.
Ia merupakan bonus untuk pemegang saham tersebut.
Koperasi itu melabur dalam beberapa buah syarikat dan memiliki syarikat perladangan.
Lebih 13 juta yuan (RM7.07 juta) diagih-agihkan kepada 340 buah keluarga dari kampung tersebut yang merupakan pemegang saham koperasi itu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0116&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2qVNepFGX 
Hakcipta terpelihara 

Wednesday, January 15, 2014

Teratai paling kecil di dunia hilang

15 Januari 2014
Teratai paling kecil di dunia hilangTeratai paling kecil di dunia ini boleh mencecah nilai lumayan.

LONDON - Salah satu spesies teratai air terkecil di dunia yang semakin pupus dilaporkan dicuri dari Royal Botani Garden di Kew, United Kingdom.

Menurut jurucakap polis Nymphaea Thermarun, bunga itu didakwa dicuri dari sebuah rumah kaca Princess of Wales Conservatory, barat daya ibu negara.

"Pegawai kami dimaklumkan, tumbuhan itu mungkin digali atau dikail dari atas kolam dari jarak jauh," katanya kepada AFP.

Menurutnya, nilai bungan terbabit dianggarkan mencecah ribuan pound memandangkan spesies bunga itu sukar diperoleh dan ianya tersenarai sebagai bunga perlindungan. 

Kura-kura tewaskan arnab

Beijing: Seekor kura-kura dilaporkan berjaya menewaskan arnab dalam pertandingan ski yang dianjurkan untuk haiwan peliharaan di utara China semalam.
Pelbagai jenis haiwan seperti kucing, anjing, ayam jantan dan itik saling bersaing ke garisan penamat di cerun bersalji di Hunan, lapor akhbar China News Service.
Seramai 40 pemilik haiwan dibenar meletakkan haiwan peliharaan mereka di atas peralatan ski atau luncuran salji.

Dalam keputusan yang tidak dijangka menyerupai kisah dongeng Greek, seekor kura-kura mengalahkan arnab dengan haiwan reptilia itu mendapat tempat ketiga secara keseluruhan.
Foto
KURA-KURA dan arnab bersaing sesama sendiri dalam pertandingan ski membabitkan haiwan peliharaan di Hunan, China, semalam.

Akhbar melaporkan arnab tewas kerana ia suka melompat dan tidak mematuhi arahan pemiliknya.

“Keadaan itu membolehkan arnab dipintas kura-kura,” lapornya.

Kura-kura yang biasanya dijangka berhibernasi ketika musim sejuk dilihat bergerak di atas peralatan ski pemiliknya.

Akhbar itu turut menyiarkan gambar seekor itik kuning memakai tali leher merah yang diberi sijil penghargaan kerana berjaya menamatkan perlumbaan. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/15

Nelayan ‘kesal’ tangkap sotong gergasi

Tokyo: Sekumpulan nelayan Jepun yang menangkap seekor sotong gergasi semalam mengaku kesal dengan cara mereka menangani hidupan berkenaan.
Ketua nelayan terbabit, Shigenori Goto berkata, dia tidak menyangka tangkapan itu menjadi perhatian ramai, termasuk daripada pihak media. 
“Saya sepatutnya mengaturkan supaya sotong itu lebih dihormati,” katanya.

Sotong berkenaan ditangkap Goto dan kru kapalnya di Niigata, utara Jepun.
Foto
SOTONG gergasi yang ditangkap Goto dan rakannya.

Mereka keluar ke laut dengan harapan dapat menangkap ikan besar.

Kata Goto, mereka sudah berada di laut selama 30 minit ketika haiwan besar merah kecoklatan muncul dari dasar laut.

“Saya sangat terkejut dan tidak dapat berkata-kata.

“Kemudian kami mula menjerit serentak ‘sotong gergasi, sotong gergasi,” katanya.

Sotong jantan seberat 163 kilogram itu bagaimanapun mati sejurus selepas ditarik ke permukaan Rabu minggu lalu.

Pakar berkata, sotong yang sudah kehilangan sesungut panjangnya ketika ditangkap mungkin berukuran 8 meter secara keseluruhan.

Bagaimanapun, ia masih dianggap kecil menurut standard sotong gergasi.

Sotong terbesar pernah ditangkap berukuran sepanjang 18 meter.

Sotong gergasi yang juga makhluk misteri yang diinspirasikan daripada kisah mitos julung kali muncul berhampiran kepulauan Jepun. - Reuters
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/15

Tuesday, January 14, 2014

HADIAH SEMPENA MAULIDUR RASUL SELAWAT SULTAN MAHMUD AL-GHARNAWI

HADIAH SEMPENA MAULIDUR RASUL 
SELAWAT SULTAN MAHMUD AL-GHARNAWI 

Telah Diriwayatkan Bahawa Sultan Al-Gharnawi Di Awal Pemerintahannya, Beliau Duduk Setelah Solat Subuh Sibuk Membaca Selawat Kepada RASULULLAH Sebanyak 300 RIBU KALI Sehingga Siang Hari Dan Rakyatnya Menunggu Di Pintu Sehingga Sultan Mahmud Al-Gharnawi Keluar. Keadaan Ini Menyukarkan Mereka Bagi Melaporkan Sebarang Hajat.

Setelah Keadaan Ini Berlangsung Lama, Beliau Telah Melihat RASULULLAH Di Dalam Tidurnya Berkata : "Apakah Pemanjangan Waktu Ini Sehingga Menyusahkan Rakyat Mu Yang Lemah Lama Menunggumu Di Pintu". Lalu Sultan Mahmud Menjawab : "Saya Duduk Menghabiskan Waktu Lama Kerana Berselawat Kepada Mu Dalam Jumlah Tertentu (300 RIBU KALI) Dan Saya Tidak Berdiri Sebelum Ianya Selesai. Maka RASULULLAH Berkata : "Ini Menyusahkan Rakyat Mu Yang Lemah Dan Yang Mempunyai Hajat.

Saya Akan Mengajarkan Kepada Mu Satu Selawat Ringkas Yang Mana Apabila Engkau Membacanya Sekali Seumpama Engkau Membaca Selawat 100 RIBU KALI. Maka Engkau Bacalah 3 KALI Seumpama 300 RIBU KALI Dan Setelah Itu Keluarlah Bagi Menyelesaikan Urusan-Urusan Rakyat Mu, Dengan Ini Engkau Mendapat Ganjaran Ganjaran 300 RIBU KALI Selawat Dan Ganjaran Memberi Manfaat Kepada Orang Muslimin".

Lalu Sultan Mahmud Mempelajari Selawat Itu Daripada RASULULLAH Dan Mengamalkannya Sebagai Amalan Rutin Harian. Setelah Itu Beliau Melihat RASULULLAH Buat Kali Kedua Di Dalam Tidurnya Dan Mengatakan : "Amalan Apakah Yang Engkau Amalkan Sehingga Meletihkan Malaikat Yg Mencatat Pahala Amalan Mu ? Lalu Sultan Mahmud Menjawab :"Saya Tidak Mengamalkan Sesuatu Melainkan Selawat Yang Telah Engkau Ajarkan Kepada Ku".

==============

DiNukil Oleh
FB @[100000563200979:2048:Raja Mahadi Raja Ahmad] 
Dari Kitab Al-Qirtas Fi Manaqib Al-'AttasTelah Diriwayatkan Bahawa Sultan Al-Gharnawi Di Awal Pemerintahannya, Beliau Duduk Setelah Solat Subuh Sibuk Membaca Selawat Kepada RASULULLAH Sebanyak 300 RIBU KALI Sehingga Siang Hari Dan Rakyatnya Menunggu Di Pintu Sehingga Sultan Mahmud Al-Gharnawi Keluar. Keadaan Ini Menyukarkan Mereka Bagi Melaporkan Sebarang Hajat.

Setelah Keadaan Ini Berlangsung Lama, Beliau Telah Melihat RASULULLAH Di Dalam Tidurnya Berkata : "Apakah Pemanjangan Waktu Ini Sehingga Menyusahkan Rakyat Mu Yang Lemah Lama Menunggumu Di Pintu". Lalu Sultan Mahmud Menjawab : "Saya Duduk Menghabiskan Waktu Lama Kerana Berselawat Kepada Mu Dalam Jumlah Tertentu (300 RIBU KALI) Dan Saya Tidak Berdiri Sebelum Ianya Selesai. Maka RASULULLAH Berkata : "Ini Menyusahkan Rakyat Mu Yang Lemah Dan Yang Mempunyai Hajat.

Saya Akan Mengajarkan Kepada Mu Satu Selawat Ringkas Yang Mana Apabila Engkau Membacanya Sekali Seumpama Engkau Membaca Selawat 100 RIBU KALI. Maka Engkau Bacalah 3 KALI Seumpama 300 RIBU KALI Dan Setelah Itu Keluarlah Bagi Menyelesaikan Urusan-Urusan Rakyat Mu, Dengan Ini Engkau Mendapat Ganjaran Ganjaran 300 RIBU KALI Selawat Dan Ganjaran Memberi Manfaat Kepada Orang Muslimin".

Lalu Sultan Mahmud Mempelajari Selawat Itu Daripada RASULULLAH Dan Mengamalkannya Sebagai Amalan Rutin Harian. Setelah Itu Beliau Melihat RASULULLAH Buat Kali Kedua Di Dalam Tidurnya Dan Mengatakan : "Amalan Apakah Yang Engkau Amalkan Sehingga Meletihkan Malaikat Yg Mencatat Pahala Amalan Mu ? Lalu Sultan Mahmud Menjawab :"Saya Tidak Mengamalkan Sesuatu Melainkan Selawat Yang Telah Engkau Ajarkan Kepada Ku".

==============

DiNukil Oleh
FB Raja Mahadi Raja Ahmad
Dari Kitab Al-Qirtas Fi Manaqib Al-'Attas

Nelayan Jepun tangkap sotong gergasi



BENTUK sotong gergasi yang terperangkap di dalam pukat nelayan Jepun.


NIIGATA, Jepun - Seorang nelayan, Sigenori Goto tergamam apabila dia mendapati seekor sotong gergasi bere- nang di dalam pukatnya ketika dia menangkap ikan di luat pantai Pulau Sado, Niigata Jepun pada Rabu lalu.
Sotong gergasi seberat 150 kilogram dengan panjang 3.96 meter itu akhirnya berjaya ditangkap dengan menggunakan jaringnya tetapi ia mati tidak lama kemudian.
"Apabila saya mengangkat jaring tersebut, saya dapati sotong jantan berada di dalam jaring," katanya yang juga pertama kali melihat sotong sebesar itu kepada media tempatan.
Beberapa pegawai kemudian meng- ambil sotong jantan itu ke sebuah institut penyelidikan di Niigata untuk melakukan kajian terhadap haiwan tersebut. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0114&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2qJgK06N4 
Hakcipta terpelihara 

Israel beri penghormatan terakhir kepada Sharon


BENTUK kubur Sharon di sebelah kubur isterinya di ladang miliknya dekat Sderot, selatan Israel.


BAITULMUQADDIS - Para pegawai Israel dan beberapa pemimpin dunia hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada bekas Perdana Menteri ke-11 Israel, Ariel Sharon (gambar) sebelum pemimpin yang turut dikenali sebagai 'Penyembelih Beirut' itu dikebumikan di ladang miliknya di selatan Israel.
Keranda yang mengandungi mayat Sharon diletakkan di luar bangunan parlimen Israel untuk majlis penghormatan terakhir yang turut dihadiri oleh Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dan bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair
Turut hadir pada upacara itu ialah Perdana Menteri Republik Czech, Jirí Rusnok dan seorang pegawai diplomat dari Mesir.
Selepas upacara itu, keranda yang mengandungi mayat Sharon dibawa menaiki kereta menuju ke sebuah ladang miliknya di selatan Israel untuk dikebumikan.
Mayat Sharon dikebumikan di sebelah kubur isteri- nya, Lily.
"Mendiang merupakan salah seorang pahlawan terbilang Israel dan kematiannya merupakan suatu kehilangan yang besar kepada negara,'' kata Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dalam majlis itu.
Pemimpin Yahudi yang digelar sebagai 'Penyembelih Beirut' itu koma selepas diserang strok dan pendarahan otak pada 4 Januari 2006 semasa berkempen untuk partinya menjelang pilihan raya umum di Israel.
Beliau yang merupakan seorang bekas jeneral, menjadi Perdana Menteri Israel dari tahun 2001 hingga 2006.
Sharon yang terkenal kerana kekejamannya, pernah dikutuk oleh masyarakat antarabangsa berhubung pembunuhan beramai-ramai penduduk Palestin di Beirut, Leba- non pada tahun 1982. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0114&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2qJg0be1R 
Hakcipta terpelihara 

Jengkaut digunakan alih bangkai ikan paus sperma



SEBUAH jengkaut (kanan) berada dekat bangkai ikan paus tersebut.


MONTEVIDEO, Uruguay - Pihak berkuasa di sini menggunakan beberapa buah jengkaut untuk mengalihkan bangkai seekor ikan paus sperma yang ditemui di sini kelmarin.
Beberapa jengkaut itu digunakan untuk mengalihkan bangkai ikan tersebut untuk diletakkan di tepi pantai Carrasco.
Pihak berkuasa akan melakukan siasatan untuk mengetahui punca haiwan tersebut mati.
Seorang pegawai daripada sebuah pertubuhan perlindungan ikan paus, Rodrigo Garcia berkata, ikan paus jantan tersebut mati pada Sabtu lalu.
Menurutnya, badan ikan paus itu tidak mempunyai tanda-tanda ia mengalami kecederaan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0114&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2qJfZF7i7 
Hakcipta terpelihara 

Monday, January 13, 2014

Matinya sang penyembelih

Baitulmaqdis: Berita kematian bekas Perdana Menteri Israel Ariel Sharon kelmarin mendapat reaksi sekata daripada pemimpin dan media Arab.
Tidak seperti kelaziman, kematian Sharon diraikan banyak pihak. 
Ia bukanlah aneh jika melihat kepada pelbagai kejahatan dan kezaliman pernah dilakukannya sebelum ini. Agensi berita Safa melaporkan rakyat Palestin di Semenanjung Gaza secara terbuka meraikan kematian Sharon, malah penduduk Khan Younis dilihat berpesta sambil membakar gambar Sharon dan berkongsi manisan.

Pelbagai ulasan menampakkan kebencian masyarakat Arab dan Palestin terhadap Sharon yang memegang jawatannya selama lima tahun bermula 2001.
Foto
SHARON bersama bekas Menteri Pertahanan Moshe Dayan (kiri) dengan kepalanya dibalut akibat cedera ketika Peperangan Enam Hari pada Jun 1967.

Hamas - yang berjaya mengambil alih Semenanjung Gaza pada 2007, dua tahun selepas Sharon menarik balik tentera serta peneroka Israel - menganggap kematian bekas jeneral dan ahli politik itu ‘bersejarah’.

Berikut adalah antara reaksi mengenai kematian Sharon:

Khalil al-Haya (Hamas): “Tamatlah riwayat penjenayah yang tangannya dipenuhi darah Palestin.

“Nyata selepas lapan tahun dia tidak terlepas daripada takdirnya, samalah seperti penjenayah dan pemerintah kuku besi lain.”


Jibrail Rajoub (Pegawai kanan Fatah): “Saya kecewa kerana kematiannya bererti Sharon ‘mengelak’ dihadapkan ke tribunal antarabangsa bagi setiap kesalahan kemanusiaan dilakukannya termasuk kematian bekas Presiden Palestin Yasser Arafat.”


Dr Mustafa Barghouti (Pegawai Pertubuhan Pembebasan Palestin): “Kematian tidak sepatutnya diraikan. Malangnya Sharon tidak meninggalkan apa-apa kenangan manis untuk masyarakat Palestin.

“Dia memilih jalan peperangan selain bersikap agresif tanpa mempedulikan langsung perdamaian dengan Palestin.”


Wael Abu Faour (Menteri Hal Ehwal Sosial Lubnan: “Saya tidak meraikan kematian Sharon, namun dia penjenayah yang hidup atas kesengsaraan dan kematian jutaan manusia tidak berdosa.”

“Dengan kematiannya boleh dikatakan sedikit kejahatan di dunia ini juga terhapus.


Mohammed el-Srour (Penduduk Sabra): “Saya kecewa kerana sudah lama mengharapkan dia mati dibunuh budak atau perempuan Palestin yang menjadi mangsa Zionis sebagai balasannya membunuh ribuan kanak-kanak dan wanita kami.


Human Rights Watch (Pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa): “Sayangnya Sharon meninggal dunia tanpa balasan atas jenayah peperangan yang dilakukannya, selain pembabitannya dalam kejadian pertumpahan darah di kem pelarian Sabra dan Shatila pada September 1982.


Di Twitter satu mesej yang dikaitkan dengan Hamas turut mengucapkan “Selamat tinggal kepada penyembelih Sabra dan Shatila.”


Yousef Munayyer (Pengarah Eksekutif Pusat Palestin di Washington): “Sharon hanya meninggalkan kenangan buruk kemusnahan, kekejaman dan jenayah perang.”


Hussein Ibish (Pasukan Petugas Amerika Untuk Palestin): “Bagi kebanyakan masyarakat Arab, Ariel Sharonlah Yahudi yang paling sinonim dengan keganasan dan peluasan kuasa Israel.

“Sebut saja namanya kita terbayang pembunuhan paling dahsyat, penaklukan kuasa peneroka melampau selain provokasi paling ekstrim terhadap Palestin.


Agensi Berita Ma’an Palestin: “Gelaran “bulldozer” (jentolak) memang sesuai untuk Sharon yang hanya diingati kerana peranannya dalam pembunuhan dan penindasan warga Palestin selama beberapa dekad.”


Nabil al-Halafwi (Pelakon Mesir): “Sharon sudah lama meninggal dunia, cuma hari ini dia menghadap Pengadilan.”


Khayri Ramadan (Pembaca berita Mesir): “Si pembunuh Ariel Sharon mati hari ini dan namanya boleh dibakulsampahkan saja sebagai balasan kekejamannya terhadap saudara kita di Palestin dan Lebanon.

Sementara itu, agensi berita Wafa tidak langsung menyiarkan berita mengenai kematian Sharon.- Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/13

Meragut rumput atas nama tuhan


Pretoria: Seorang paderi mempunyai cara tersendiri untuk mengajak pengikutnya ‘mendekati Tuhan’ - iaitu dengan meragut rumput seperti haiwan ternakan.

Lesego Daniel dari Afrika Selatan yang menjadi paderi di Pusat Rabboni di Garankuwa, utara Pretoria turut didakwa memijak dan menendang pengikutnya ketika mereka melakukan upacara keagamaan baru-baru ini.



Media semalam melaporkan, paderi kontroversi itu sudah melakukan pelbagai kekasaran atas nama agama, tetapi pengikutnya tetap mempertahankan perbuatannya itu.

Bagaimanapun, pengguna media sosial menggelar Daniel “gila” apabila lelaki terbabit memuat naik gambar menunjukkan dia memijak pengikutnya di laman Facebook.

Foto
PENGIKUT Daniel pertahan tindakannya menyuruh makan rumput.






Lesego Daniel dari Afrika Selatan
Berdasarkan gambar itu, ada antara pengikutnya dilihat menahan sakit ketika dipijak.Sebelum ini, Daniel pernah mengarahkan pengikutnya melelapkan mata ketika dia cuba memulihkan seorang wanita yang menghadapi kehamilan ‘syaitan.’

Sambil mempertahankan tindakan paderi itu, pengikutnya menjelaskan kepada media mengapa mereka mentaati arahannya.

Pelajar undang-undang, Rosemary Phetha, 21, berkata mereka rela memakan rumput kerana ia menunjukkan - dengan kuasa Tuhan - apa saja boleh dilakukan.

“Memakan rumput menyembuhkan sakit tekak yang saya hidapi sejak lebih setahun,” katanya.

Pengakuannya itu turut disokong Doreen Kgatle, 27, dari Garankuwa.

“Saya tidak boleh berjalan tetapi selepas memakan rumput seperti diarahkan, saya mula mendapat kekuatan dan sejam kemudian, saya boleh berjalan semula,” katanya.

Sementara itu, pengguna Facebook Melvin Jeddy Bowtie berkata, dia melihat banyak perkara tidak masuk akal dilakukan paderi itu dan ia tidak lucu.

“Daniel sudah menukar pengikutnya menjadi kambing,” katanya dalam satu kenyataan.- AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/13

Bas pelancong diubah suai jadi hotel tujuh bintang



Agensi
BAS pelancongan berkenaan diubah suai menjadi suite penginapan mewah bertaraf hotel tujuh bintang.



Agensi
PENGINAPAN satu malam di dalam bas berkenaan berharga AS$8,000.


LONDON - Sebuah bas pelancongan lama yang pernah digunakan oleh pemandu Formula Satu (F1), Jenson Button kini ditawarkan sebagai penginapan bertaraf hotel tujuh bintang.
Mereka yang berminat boleh menginap di dalam bas berkenaan pada kadar bayaran AS$8,000 (RM26,148) untuk penginapan satu malam.
Tetamu 'hotel' tersebut akan diberi layanan istimewa oleh satu pasukan pelayan peribadi yang sedia berkhidmat pada setiap masa.
Bas mewah itu dilengkapi televisyen plasma bersaiz 106 sentimeter, dapur mewah gaya Amerika, almari pakaian dan bilik mandi bersalut emas.
Dinamakan Icon, bas berkeluasan 46.4 meter persegi itu boleh menempatkan sehingga empat tetamu pada sesuatu masa.
Ia merupakan kediaman bermotor terbesar di Britain.
"Kediaman bergerak ini dibina untuk kehidupan di litar perlumbaan di Eropah dan pernah menjadi tempat tinggal beberapa pemandu F1 termasuk Jacques Villeneuve dan Jenson Button," kata pemiliknya, Andrew Morris. - Agensi.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0113&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2qGtjQi7b 
Hakcipta terpelihara 

Sinabung terus hambur lahar, gas



AFP
GUNUNG SINABUNG memuntahkan lahar dekat Karo 
di Sumatera Utara baru-baru ini.


JAKARTA - Gunung Sinabung di barat Sumatera terus memuntahkan batu panas dan lahar sehingga memaksa lebih 25,000 penduduk meninggalkan kediaman mereka, kata seorang pegawai semalam.
Pengarah Mitigasi Bencana Kebangsaan, Tri Budiarto berkata, gunung berapi setinggi 5,000 meter berulang kali memuntahkan batu panas dan gas sejak kelmarin.
"Sehingga kini, seramai 25,516 penduduk telah dipindahkan dan tiada sesiapa dibenarkan untuk berada dalam lingkungan lima kilometer dari kawasan letusan," kata Budiarto.
"Kami juga meminta mereka yang tinggal dalam lingkungan tujuh kilometer dari gunung berkenaan supaya berpindah atas faktor keselamatan," tambahnya.
Menurut Budiarto, lahar panas yang mengalir dari gunung tersebut sejak beberapa minggu lalu kini melimpah ke dalam beberapa batang sungai di sekitarnya.
"Berlaku letupan apabila lahar panas ini memasuki sungai tetapi tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.
"Kami menasihati penduduk tidak menjalankan sebarang aktiviti di kawasan sungai yang terjejas,'' katanya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0113&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2qGsDk4FG 
Hakcipta terpelihara