Pages

Friday, July 27, 2012

Kopitiam didakwa masak katak dikompaun



SITI NADIAH AHMAD ZAMLUS
27 Julai 2012
Kopitiam didakwa masak katak dikompaun
Ah Teong bertanya sesuatu kepada salah seorang pekerja kedai sambil diperhatikan Mohd Saiful Hamizi.
GEORGETOWN - Laporan Sinar Harian berhubung pekerja sebuah kopitiam yang memasak dan memakan katak di dapur mendapat tindak balas segera daripada pihak berkuasa yang melakukan operasi mengejut di premis berkenaan semalam.
Serbuan dibuat Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bersama Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp) dan juga Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) jam 2.30 petang.

Sepanjang pemeriksaan selama sejam itu, pihak berkuasa tempatanmengeluarkan 15 kompaun serta-merta.
Kesalahan serius dilakukan ialah mengelirukan orang ramai dengan meletakkan perkataan halal di depan kedai. Untuk kesalahan ini, pemilik kopitiam itu akan dihadapkan ke mahkamah bawah Akta Perihal Dagangan pindaan 2011. Jika didapati bersalah boleh dikenakan denda RM200,000 atau penjara lima tahun atau keduaduanya sekali.
Ahli Majlis MPPP, Mohd Rashid Hasnon berkata, notis yang tertulis perkataan halal itu mengelirukan orang ramai, khasnya pelanggan Islam.
“Dari jauh pelanggan hanya akan nampak perkataan halal sedangkan sebenarnya notis tersebut adalah pemberitahuan bahawa kopitiam berkenaan dalam proses memohon sijil halal.
“Notis ini mudah diperoleh kerana hanya dengan membuat permohonan mereka akan dapat, namun ia mengelirukan orang ramai,” katanya dalam sidang media selepas operasi.
Hadir sama, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Jaipp, Mohd Saiful Hamizi Mohd Yusof; Penolong Pegawai Penguatkuasa KPDNKK, Mohd Hussein Bahari; Pengerusi Jawatankuasa Gantian Tetap Kesihatan Awam MPPP, Ong Ah Teong dan Ahli Majlis MPPP, Lim Siew Kim.
Semalam, Sinar Harian melaporkan bahawa tukang masak di sebuah kedai kopitiam dekat sini disyaki memasak dan memakan katak di dapur premis itu.
Perkara tersebut didedahkan oleh salah seorang pekerja kopitiam itu kerana dia tidak mahu pelanggan kamah bawah Akta Perihal Dagangan pindaan 2011. Jika didapati bersalah boleh dikenakan denda RM200,000 atau penjara lima tahun atau keduaduanya sekali.
Ahli Majlis MPPP, Mohd Rashid Hasnon berkata, notis yang tertulis perkataan halal itu mengelirukan orang ramai, khasnya pelanggan Islam.

“Dari jauh pelanggan hanya akan nampak perkataan halal sedangkan sebenarnya notis tersebut adalah pemberitahuan bahawa kopitiam berkenaan dalam proses memohon sijil halal.
“Notis ini mudah diperoleh kerana hanya dengan membuat permohonan mereka akan dapat, namun ia mengelirukan orang ramai,” katanya dalam sidang media selepas operasi.
Hadir sama, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Jaipp, Mohd Saiful Hamizi Mohd Yusof; Penolong Pegawai Penguatkuasa KPDNKK, Mohd Hussein Bahari; Pengerusi Jawatankuasa Gantian Tetap Kesihatan Awam MPPP, Ong Ah Teong dan Ahli Majlis MPPP, Lim Siew Kim.
Semalam, Sinar Harian melaporkan bahawa tukang masak di sebuah kedai kopitiam dekat sini disyaki memasak dan memakan katak di dapur premis itu.
Perkara tersebut didedahkan oleh salah seorang pekerja kopitiam itu kerana dia tidak mahu pelanggan

Jualan senjata di Colorado naik 43% susulan tragedi Aurora




26 Julai 2012
Pawagam yang menjadi sasaran suspek James Holmes melepaskan tembakan secara rambang minggu lalu.
Pawagam yang menjadi sasaran suspek James Holmes melepaskan tembakan secara rambang minggu lalu.
AURORA - Jumlah permohonan untuk membeli senjata api di Colorado telah meningkat sejak minggu lalu susulan tragedy serangan di sebuah pawagam Aurora.
Dalam tempoh tiga hari selepas kejadian itu, permohonan untuk pemeriksaan latar belakang  diperlukan untuk pembelian senjata api meningkat kepada 43 peratus.
Kejadian tembakan semasa tayangan filem Batman telah menyebabkan 12 maut dan 58 lagi tercedera.
Suspek yang bersenjata muncul di mahkamah pada Isnin lalu.
James Holmes, 24, dituduh membaling dua gas pemedih mata semasa tayangan tengah malam Batman The Dark Knight Rises sebelum melepaskan tembakan rambang ke arah penonton.
Menurut data Biro Siasatan Colorado, 880 orang yang telah memohon untuk pemeriksaan latar belakang telah diluluskan oleh kerajaan negeri pada 13 Julai lalu, hari sebelum kejadian itu berlaku.
Pada Jumaat, 29 Julai hari berikutan temabakan itu, jumlahnya mencecah 1,216 dan pada Sabtu ialah 1,243.
Kesemuanya sebanyak 2,887 permohonan telah diluluskan  sepanjang tempoh seminggu itu dan meningkat 43.5 peratus berbanding seminggu sebelum itu, kata biro tersebut.
Namun begitu, biro tersebut tidak dapat mengesahkan berapa ramai yang membeli senjata selepas tempoh itu, tetapi dilaporkan ada peningkatan dalam penjualan senjata api.
Dick Ruta, pemilik Den Gunners di bandar Colorado Arvada berkata, jualannya melebihi daripada hari biasa.
"Apa yang mereka katakan, mereka mahu peluang (mempertahankan diri)," katanya kepada Pos Denver.
"Mereka nak keupayaan lindungi diri dan keluarga mereka jika berada dalam keadaan seperti belaku dalam teater baru-baru ini," katanya.
Pekerja kedai Baker, Jake Meyers berkata, setiap hari hampir 20 pelanggan menunggu untuk mendapatkan senjata api.

OIC gesa Myanmar lihat nasib suku Rohingya



WARTAWAN SINAR HARIAN
26 Julai 2012
KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Ekmeleddin Ihsanoglu mengutus sepucuk surat kepada Presiden Myanmar Thein Sein untuk menggesa beliau mengambil berat nasib buruk yang menimpa masyarakat Islam Rohingya, sejajar dengan standard hak asasi manusia antarabangsa.

Ihsanoglu meminta presiden itu memberi jaminan tentang keselamatan dan kesejahteraan hidup masyarakat Rohingya sebagai warganegara Myanmar dan menghentikan semua bentuk ugutan serta penindasan terhadap mereka.  

Pertubuhan 57 negara anggota itu dalam kenyataannya berkata Ihsanoglu juga menggesa Presiden Thein menyiasat kekejaman yang dilakukan terhadap masyarakat Islam Rohingya sejak 3 Jun, 2012 dan membawa pelakunya ke muka pengadilan.

Beliau memberi jaminan kepada presiden itu bahawa OIC bersedia bekerjasama dengan Myanmar dalam urusan penghantaran pulang anggota masyarakat minoriti Islam itu ke kampung halaman mereka dan membantu memulihkan suasana aman dan meyakinkan di kawasan terbabit.

Ihsanoglu juga mengutus surat kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon dan Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB Navi Pillay untuk menggesa mereka menggunakan pengaruh masing-masing dalam mencari penyelesaian segera terhadap isu berkenaan, kata kenyataan itu.
  
Sehubungan itu, kata beliau, OIC, yang merupakan pertubuhan antarabangsa terbesar di luar PBB, akan memberi sokongan dan kerjasama penuh kepada kedua-dua pertubuhan itu untuk menyelesaikan isu tersebut.

Rohingya adalah rakyat Myanmar beragama Islam yang tinggal di wilayah Arakan. Pada 2012, dianggarkan 800,000 anggota masyarakat ini tinggal di Myanmar dan menurut PBB, mereka adalah antara kumpulan minoriti yang paling teruk dizalimi di dunia.

Dalam kenyataan bertarikh 11 Julai, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Kebangsaan Myanmar berkata sekurang-kurangnya 78 orang terbunuh sejak keganasan itu bermula, tetapi menurut anggaran tidak rasmi, lebih 100 nyawa terkorban, manakala kira-kira 50,000 hingga 90,000 orang – dengan angka lebih rendah diberi agensi kerajaan dan PBB -- dianggar diusir dari kampung halaman masing-masing. - Bernama

Arab minta resolusi Syiria




27 Julai 2012
Arab minta resolusi Syria
Sebahagian pelarian Syria tiba di sempadan Al-Qaim, Iraq.
NEW YORK - Negara-negara Arab mengumumkan akan menyertai Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan mendapatkan sendiri pengesahan terhadap resolusi baru untuk Syria.
Tindakan itu dibuat selepas Majlis Keselamatan gagal menangani krisis yang berlaku di negara bergolak itu dengan meminta peralihan terhadap politik dan penubuhan semula sebuah kerajaan demokrasi.

Duta Arab Saudi, Abdullah Al-Mouallimi dan diplomat Qatar, Abdulrahman Al- Hamadi mengumumkan Arab yang disertai 193 ahli seluruh dunia itu sedang merancang mencari penyelesaian yang mana tidak melibatkan sebarang kuasa veto semasa majlis perdebatan Majlis Keselamatan di Timur Tengah.
Minggu lalu, Russia dan China mengeluarkan kuasa veto mereka terhadap resolusi Majlis Keselamatan yang sebelum ini bertujuan menekan kerajaan Syria agar menghentikan keganasan terhadap rakyatnya dengan menyekat perlindungan.
Dalam pada itu, Arab Saudi dan Qatar dipersalahkan oleh wakil PBB Syria, Bashar Ja'afar susulan campur tangan ketenteraan, kewangan dan politik di Syria dengan dakwaan kedua-dua pihak itu berpakat menentang pelan damai duta antarabangsa, Kofi Annan 

Pemberontak kuasai separuh bandar Aleppo



BEIRUT 26 Julai - Pemberontak Syria mendakwa mereka berjaya menguasai separuh daripada bandar Aleppo, namun menghadapi serangan kuat daripada tentera pimpinan Presiden, Bashar al-Assad.
Komander Tentera Pembebasan Syria (FSA), Abu Omar al-Halabi berkata, pejuang-pejuangnya kini menguasai 50 peratus daripada bandar itu.
''FSA berjaya menangkis sekurang-kurangnya dua serangan tentera kerajaan.
''Jet pejuang kerajaan melancarkan serangan bom sejak awal pagi ini di Salaheddine dan Mashaad, luar bandar Aleppo bagi menghalang pasukan sokongan pemberontak,'' katanya ketika dihubungi dpa.
Badan Pemantau Hak Asasi Syria berkata, pertempuran sengit berlaku antara tentera kerajaan dan FSA di daerah al-Muhafaza, Aleppo.
Seorang pegawai FSA, Kolonel Abdel Jabbar al-Oqaidi berkata, sejumlah besar tentera telah dipindahkan dari wilayah Idlib ke Aleppo.
''Beratus-ratus pemberontak dari seluruh utara Syria akan tiba di Aleppo,'' katanya.
Aktivis berkata, pertempuran turut berlaku di kem pelarian Palestin, Yarmouk di Damsyik ketika tentera kerajaan cuba mengusir saki-baki pemberontak dari ibu negara Syria. - dpa/AFP
''Ia bermula pada kira-kira pukul 7 pagi ini. Mereka menggunakan bom tangan berpelancar roket dan mesingan,'' kata seorang penduduk di kem tersebut.
Aktivis berkata, selepas seminggu pertempuran sengit di Damsyik, tentera Assad menguasai kembali sebahagian besar ibu negara ini. - DPA/AFP

Militan Taliban ancam serang Myanmar



ISLAMABAD 26 Julai - Rangkaian pengganas Taliban di negara ini, Tehreek-e-Taliban (TTP) mengancam menyerang Myanmar bagi membalas dendam terhadap penindasan ke atas etnik Rohingya, jika Pakistan tidak menghentikan semua hubungan dengan Yangon dan menutup kedutaan Myanmar di sini.
Tehreek-e-Taliban dalam satu kenyataan mengenai penderitaan penganut Islam di luar negara, berkata, mereka akan membalas dendam dengan 'menumpahkan darah'.
Jurucakap kumpulan itu, Ehsanullah Ehsan mendesak kerajaan Pakistan menghentikan semua hubungan dengan Yangon dan menutup kedutaan Myanmar di sini.
''Jika tidak, kami tidak hanya akan menyerang kepentingan Yangon tidak kira di mana pun, termasuk menyerang rakyat Myanmar di Pakistan,'' katanya dalam satu kenyataan.
Kedutaan Myanmar di Islamabad tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan penjelasan.
Kumpulan itu sering mendakwa melancarkan serangan ke atas pasukan keselamatan di Pakistan tetapi kemampuannya untuk berbuat demikian di luar negara dipersoalkan.
Bagaimanapun, pegawai Amerika Syarikat (AS) berkata, terdapat bukti kumpulan itu mendalangi satu cubaan untuk melancarkan bom di Times Square, New York yang menyaksikan seorang rakyat AS-Pakistan, Faisal Shahzad dipenjarakan seumur hidup.
Ketua Tehreek-e-Taliban, Hakimullah Mehsud juga didakwa di AS kerana membunuh tujuh ejen Agensi Perisikan Pusat (CIA) yang maut apabila seorang ejen talam dua muka al-Qaeda meletupkan dirinya di pangkalan AS di Afghanistan pada Disember 2009.
Pertempuran baru-baru ini di Rakhine antara penduduk Buddha dan etnik Rohingya menyebabkan berpuluh-puluh orang maut dan berpuluh ribu orang kehilangan tempat tinggal.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Ekmeleddin Ihsanoglu menggesa Presiden Myanmar, Thein Sein menangani isu penderitaan etnik Rohingya mengikut standard hak asasi antarabangsa.
Beliau dalam sepucuk surat yang dihantar kepada pemimpin Yangon itu, mahu Thein Sein memberi jaminan keselamatan di atas etnik Rohingya sebagai penduduk Myanmar dan menamatkan semua bentuk penindasan. - AFP/BERNAMA

Tentera Syria bersedia serang pemberontak



DAMSYIK 27 Julai - Tentera Syria semalam, bersedia untuk melancarkan serangan besar-besaran terhadap pemberontak yang menakluk bandar Aleppo.
“Pasukan khas dikerahkan sejak semalam ke pinggir bandar itu dan dijangka lebih ramai tentera akan tiba untuk mengambil bahagian pada hari Jumaat atau Sabtu ini," kata satu sumber.
Menurut sumber tersebut, pihak pemberontak telah membawa anggota bantuan yang dianggar seramai 1,500 hingga 2,000 orang.
Tambah sumber berkenaan, anggota tambahan tersebut datang dari luar Syria bagi membantu pemberontak yang dipercayai berjumlah sekitar 2,000 orang. - AFP

Kehidupan di Syria semakin sukar, bahaya



SEPANG 26 Julai - Masalah bekalan elektrik terputus dua kali sehari selain catuan gas memasak menyebabkan urusan kehidupan seharian di Damsyik, Syria semakin sukar.
Menceritakan pengalaman itu, penuntut jurusan Dakwah Islamiah di Universiti Sheikh Ahmad Kiftaro, Siti Nur Afiqah Zahari, 20, bagaimanapun berkata, dia bernasib baik kerana semasa menghadapi peperiksaan bekalan elektrik pulih seperti sedia kala.
“Nasib baik bekalan elektrik tidak terputus ketika saya sedang menghadapi peperiksaan kerana jika tidak sudah tentu sukar untuk mengulang kaji pelajaran.
“Mengenai masalah mendapatkan gas memasak, saya dan teman serumah terpaksa memasak menggunakan elektrik. Walaupun sukar, ia tetapi terpaksa dilakukan untuk meneruskan hidup," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.
Siti Nur Afiqah merupakan salah seorang daripada kumpulan kedua seramai 100 penuntut Malaysia di Syria yang tiba di tanah air hari ini menerusi tiga penerbangan berasingan dengan penerbangan komersial.
Kepulangan mereka berikutan arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ekoran krisis yang semakin meruncing antara Tentera Pembebasan Syria (FSA) dan tentera kerajaan.
Seorang pelajar Maahad Fatah Islami, Khairul Nizam Mohd. Said, 31, pula berkongsi pengalaman mencemaskan melihat kereta kebal melintasi pintu rumah dan tembakan dilepaskan.
Khairul Nizam berkata, pengalaman menakutkan itu dialami bersama tiga lagi rakan serumahnya selama seminggu apabila pertempuran semakin sengit di antara kedua-dua pihak.
“Semasa pertempuran, rakan-rakan tidak tahu nak buat apa, kami hanya berdoa agar rumah tidak menjadi sasaran bom mahupun tembakan.
“Kami juga tidak berani untuk meninjau keadaan semasa di luar rumah, pada masa sama kami hanya berharap pihak FSA dan tentera kerajaan beredar dari kawasan kediaman," katanya.
Khairul Nizam bagaimanapun memberitahu, dia dan rakan-rakan tidak berhadapan dengan masalah mendapatkan bekalan makanan kerana telah membuat persiapan sekiranya berlaku perkara tidak diingini.
“Kami juga berpuasa seperti biasa, dan melakukan solat tarawih secara bersama di rumah," kata pelajar tahun pertama jurusan Syariah Islamiah itu.
Sementara itu, lepasan Universiti Fatah Islami, Nursuriati Zakaria, 27, berkata, risiko berhadapan dengan peluru sesat ekoran pertempuran FSA dan tentera kerajaan adalah detik paling mencemaskan sepanjang berada di Syria.
Katanya, dia bersama suami Mohd. Nasiruddin Jumain, 30, dan anak Mohd. Fatieh berusia setahun menjadikan rumah sebagai tempat berlindung dan sentiasa berkurung bagi mengelakkan situasi tidak diingini.
Nursuriati berkata, bunyi letupan dan tembakan yang kuat juga menyebabkan perasaan takut semakin menjadi-jadi sehingga tiada siapa berani keluar dari rumah.
“Keadaan tersebut menyebabkan saya sekeluarga sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga untuk menyelamatkan diri.
“Bunyi tembakan dapat didengari dengan jelas dari tempat tinggal saya di kota Damsyik, malah ia lebih kerap berlaku menjelang tengah malam," katanya.

OIC gesa Presiden Myanmar prihatin hak asasi




         
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Ekmeleddin Ihsanoglu mengutus sepucuk surat kepada Presiden Myanmar Thein Sein menggesa beliau mengambil berat nasib buruk yang menimpa masyarakat Islam Rohingya, sejajar dengan standard hak asasi manusia antarabangsa.

Ihsanoglu meminta presiden itu memberi jaminan keselamatan dan kesejahteraan hidup masyarakat Rohingya sebagai warganegara Myanmar dan menghentikan semua bentuk ugutan serta penindasan terhadap mereka.


Pertubuhan 57 negara anggota itu dalam kenyataannya berkata, Ihsanoglu juga menggesa Presiden Thein menyiasat kekejaman dilakukan terhadap masyarakat Islam Rohingya sejak 3 Jun, 2012 dan membawa pelakunya ke muka pengadilan.

Beliau memberi jaminan kepada presiden itu OIC bersedia bekerjasama dengan Myanmar dalam urusan penghantaran pulang anggota masyarakat minoriti Islam itu ke kampung halaman mereka dan membantu memulihkan suasana aman dan meyakinkan di kawasan terbabit.

Program nuklear Teheran diserang cecacing baru


HELSINKI: Seorang saintis yang mendakwa bekerja dengan Pertubuhan Tenaga Atom Iran semalam memberitahu kumpulan keselamatan siber Finland bahawa program nuklear Teheran menjadi mangsa serangan baru siber.
Mikko Hypponen, ketua syarikat Finland, F-Secure berkata, beliau menerima beberapa e-mel dari Iran hujung minggu lalu.

“Apa yang kami boleh sahkan ialah e-mel itu datang dari Pertubuhan Tenaga Atom Iran. Kami tidak dapat pastikan sama ada ia benar atau tidak,” katanya.
Menurut Hypponen, saintis itu mendakwa program nuklear Iran diserang cecacing baru yang menjejaskan rangkaian komputer dan peralatan menggodam yang dikenali sebagai Metasploit digunakan.

“Katanya, kakitangan teknologi maklumat menghantar e-mel dalaman, menjelaskan bahawa berlaku serangan dan mempunyai beberapa butir serangan, termasuk yang merujuk kepada Metasploit,” kata Hypponen. - AFP

Tel Aviv perancang serangan di Bulgaria


PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: Duta Iran ke badan dunia ini semalam menuduh Israel merancang dan melakukan serangan berani mati terhadap sebuah bas di Bulgaria minggu lalu yang meragut nyawa tujuh orang, termasuk lima pelancong Yahudi.
Seorang penyerang berani mati meletupkan bas berkenaan berhampiran Lapangan Terbang Burgas, kawasan pelancongan terkenal di pantai Laut Hitam. Israel menuduh Iran dan Hizbullah dari Lubnan bertanggungjawab terhadap kejadian itu. Iran menafikannya.

“Sungguh menghairankan. Hanya beberapa minit selepas serangan pengganas itu, pegawai Israel menuduh Iran yang melakukannya,” kata duta itu, Mohammad Khazaee ketika perbahasan Majlis Keselamatan mengenai Asia Barat. - AFP

Kuasa besar digesa segera serang Iran


BAITULMAQDIS: Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak semalam menggesa kuasa besar dunia menyegerakan usaha menyekat program nuklear Iran serta-merta.
Dia memberi amaran, keadaan akan menjadi lebih sukar apabila Teheran berjaya menghasilkan senjata atom. 
Media Israel mentaktrifkan kenyataan Barak itu sebagai gesaan untuk Israel melancarkan serangan terhadap Iran.

Amerika Syarikat, Israel dan Barat menuduh projek nuklear Iran itu sebagai usaha untuk menghasilkan senjata atom.

Iran menafikan dakwaan itu sebaliknya berkata, program itu bertujuan untuk keamanan semata-mata.

“Saya amat sedar dan tahu secara mendalam kesukaran dan kerumitan dalam usaha menghalang Iran daripada memperoleh senjata nuklear.

“Bagaimanapun, adalah jelas bahawa keadaan akan menjadi lebih sukar dan lebih berbahaya, lebih-lebih lagi dari segi nyawa manusia dan sumber sekiranya Iran sudah berjaya memperoleh senjata itu.

“Inilah masanya bagi seluruh dunia untuk bersedia bertindak bersama-sama, bersatu bagi menghentikan segera projek nuklear Iran,” kata Menteri Pertahanan Israel itu pada satu majlis tamat latihan pegawai keselamatan.

Portal berita Internet Israel, Ynet memetik seorang pegawai kanan yang namanya tidak dinyatakan sebagai berkata, kenyataan Barak boleh disifatkan sebagai cubaan bersungguh-sungguhnya untuk mendesak Israel menyerang Iran.

Media Israel sebelum ini berkata, Kabinet Israel sudah menimbang sama ada untuk melancarkan serangan itu dalam masa beberapa minggu lalu. - AFP

Saudi minat senjata nuklear Pakistan


JEDDAH: Satu laporan mendedahkan pegawai Arab Saudi berusaha untuk mencapai persetujuan dengan Pakistan bagi membeli senjata nuklear dari negara itu.
Memetik mesyuarat antara Raja Abdullah dari Arab Saudi dan Perdana Menteri Pakistan, Raja Pervez Ashraf di Jeddah baru-baru ini, agensi berita United Press International (UPI) berkata, ia meningkatkan spekulasi bahawa Riyadh cuba menandatangani perjanjian dengan Islamabad untuk mendapatkan senjata nuklear.

Mesyuarat itu berlangsung ketika Riyadh mula menghantar pasukan khas tenteranya untuk menjalani latihan di Pakistan.
“Langkah mengejut Abdullah pada 19 Julai lalu untuk melantik Putera Bandar bin Sultan, bekas duta negara itu ke Washington dan veteran dalam menguruskan dasar keselamatan sulitnya.

Menurutnya, Bandar memainkan peranan penting dalam melengkapkan pejuang Afghanistan dengan senjata sepanjang pencerobohan tentera Soviet pada 1979 hingga 1988 menerusi perkhidmatan perisikan Pakistan.

“Sejak dulu lagi Saudi dipercayai membiayai program nuklear Pakistan pada 1970-an dan 80-an dan kini mahu balasan dalam bentuk senjata nuklear yang sudah siap dan dibayar dengan bantuan kewangan besar-besaran kepada Islamabad,” lapor UPI.
Menulis dalam majalah The American Interest, bekas Penasihat Dasar Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat mengenai Asia Selatan dan Asia Barat, Christoper Clary berkata: “Pakistan dan Arab Saudi mungkin mendapati kerjasama tentera dan nuklear yang diperbaharu sebagai cara terbaik untuk memenuhi kepentingan masing-masing.

“Ketika Amerika Syarikat mengkaji peranan tenteranya di Asia Selatan dan Asia Barat dalam konteks mengundurkan askar dari Iraq dan Afghanistan, ia perlu melihat mengenai kemungkinan hubungan nuklear antara Saudi dengan Pakistan.” - Agensi

Pengasas Facebook warga Brazil antara 40 terkaya di Singapura


SINGAPURA: Pengasas bersama Facebook, Eduardo Saverin membuat kemunculan pertama semalam dalam senarai 40 individu terkaya di Singapura majalah Forbes dengan kekayaan dianggarkan bernilai AS$2.2 bilion (RM6.9 bilion).
Warga Brazil yang berpindah ke republik kaya itu pada 2009 kini adalah penduduk tetap. Dia menduduki tangga kelapan dalam senarai yang didominasi oleh rakyat tempatan dengan kekayaan mereka daripada hartanah, kewangan dan perniagaan lain.

Saverin, 30, dikritik kerana menyerahkan kewarganegaraan Amerika Syarikat miliknya sebelum pelancaran pasaran saham laman rangkaian sosial itu pada Mei lalu, tetapi dia dengan tegas menolak dakwaan mengelak daripada cukai. - AsiaOne

5 polis maut, seorang parah akibat bom kereta


YALA: Lima anggota polis terbunuh akibat bom kereta di daerah Raman semalam dalam satu serangan yang dipercayai pihak berkuasa berkaitan dengan penahanan suspek dadah, baru-baru ini.
Insiden itu berlaku tengah hari ketika trak pikap yang membawa enam pegawai polis antidadah diketuai Leftenan Sutham Onthong melalui sebuah terusan di Jalan Wang Phaya-U Po, di Ban Buke Yaera.

Letupan itu membunuh Onthong dan empat anggotanya, manakala seorang anggota, Sarjan Prasoet Rotkun cedera parah. Letupan juga menyebabkan trak pikap berkenaan tercampak ke dalam terusan itu.
Menurut siasatan, bom di sembunyikan dalam silinder gas 50 kilogram yang diletakkan dalam pikap dicuri yang diparkir dekat terusan itu. - BP

Batang balak kononnya ada kuasa


PHNOM PENH: Sebatang balak yang ditemui tertanam dalam tanah baru-baru ini menjadi perhatian ramai kerana dipercayai memiliki hikmat menyembuhkan penyakit serta meramal loteri, lapor media semalam.
Setakat ini kira-kira 5,000 orang datang ke kampung Prey Yeang, Pursat, untuk melihat kayu balak sepanjang 13 meter itu.

Ia ditemui awal bulan ini apabila sebuah keluarga menggali perigi di situ.
Ketua kampung itu, Hun Nov, berkata orang ramai yakin kayu balak itu memiliki kuasa ajaib.

“Ramai pelawat datang membawa pengeras seperti kepala babi dan ayam rebus apabila sesetengah penduduk memenangi loteri selepas menyentuh kayu berkenaan,” katanya.

Hun Nov berkata, pihak berkuasa tiada hak menghalang orang ramai datang ke situ. Dianggarkan beratus-ratus pengunjung datang ke situ untuk mencuba nasib dan sesetengahnya menyapu bedak ke kayu berkenaan dengan harapan dapat mengesan sebarang nombor di situ. - AFP

Taliban Pakistan mahu pertahan Rohingya

Islamabad: Pergerakan Taliban Pakistan semalam mengancam untuk menyerang Myanmar bagi membalas dendam jenayah yang dilakukan terhadap penduduk Islam Rohingya. 

Pada masa sama, ia juga mendesak kerajaan Pakistan memutuskan hubungan dengan kerajaan Myanmar selain menutup kedutaannya di sini sebagai syarat tidak meneruskan niatnya itu.

Dalam satu kenyataan mengenai nasib penduduk Islam di luar negara yang jarang disuarakannya sehingga hari ini, kumpulan Tehreek-e-Taliban (TTP) cuba menunjukkan diri mereka sebagai pembela wanita dan lelaki Islam di Myanmar. 
“Kami akan balas dendam terhadap kematian anda,” menurut kenyataan pergerakan itu. Sehubungan itu, jurucakap TTP. Ehsanullah Ehsan menuntut kerajaan Pakistan menamatkan semua hubungan dengan Myanmar dan menutup kedutaannya di Islamabad. 

Ancam serangan 

“Jika tidak, kami bukan hanya akan menyerang kepentingan Burma di mana-mana saja tetapi juga akan menyerang rakan Burma mereka di Pakistan satu persatu,” katanya dalam kenyataan itu lagi. 

TTP sering kali mendakwa bertanggungjawab atas serangan terhadap pasukan keselamatan di Pakistan tetapi keupayaan mereka untuk melancarkan keganasan di luar negara itu diragui. 
Tetapi, pegawai Amerika Syarikat berkata, ada bukti bahawa kumpulan terbabit adalah dalang dalam satu cubaan serangan di Times Square di New York yang menemui kegagalan pada 2010 apabila seorang warga Amerika berketurunan Pakistan, Faisal Shahzad dipenjarakan seumur hidup. 

Pemimpin TTP, Hakimullah Mehsud juga didakwa di Amerika berhubung pembunuhan tujuh ejen Agensi Perisikan Pusat (CIA) yang mati apabila seorang ejen al-Qaeda dari Jordan meletupkan bom di sebuah pangkalan tentera Amerika di Af- 
ghanistan pada Disember 2009. 

Pertempuran yang meletus baru-baru ini di bahagian barat Myanmar antara etnik Buddha Rakhine dan penduduk Islam Rohingya menyebabkan 78 maut dan berpuluh ribu lagi hilang tempat tinggal. 

Dianggarkan 800,000 etnik Rohingya tinggal di Myanmar pada masa ini. 
AFP

Awas kesan buruk merokok sebaik berbuka


Al Ain: Berbuka puasa dengan menghisap rokok boleh membawa maut, kata seorang pakar yang menggesa orang Islam membuang tabiat merokok ketika Ramadan. 

Perbuatan merokok boleh memberi bahaya kepada seseorang yang berpuasa kerana anggota badan mereka cuba untuk pulih selepas tidak minum atau makan dalam tempoh yang lama, katanya.
Pakar itu juga menekankan, perokok dikira bernasib baik sekiranya mereka tidak mempunyai masalah jantung berpunca daripada tabiat berkenaan. 
Merokok adalah perkara buruk yang dilakukan seseorang terhadap badan mereka terutama selepas berbuka puasa di bulan Ramadan, kata seorang pakar perubatan dalaman di Pusat Perubatan dan Klinik Emirates di Al Ain, Dr Riaz Ahmad Minhas. 

Disebabkan berpuasa, badan amat memerlukan air, glukos dan oksigen. Sebaliknya, merokok boleh menyekat saluran darah, menghalang aliran oksigen yang diperlukan. Merokok pada waktu kritikal juga boleh menyebabkan darah menjadi beku. 

Ini boleh menyebabkan pembuluh darah tersekat sekali gus meningkatkan tekanan darah, spasms (kesesakan arteri) mengganggu degupan jantung dan meningkatkan kolesterol. 

Ia boleh menyebabkan perokok maut. Sebab itu, perokok perlu berhati-hati dalam perkara ini, kata Dr Minhas. Agensi

Pemberontak Syria dibantu


Anggota FSA menahan anggota polis, seorang daripadanya cedera di muka, selepas menawan daerah Shaar di utara Aleppo. - AFPAnggota FSA menahan anggota polis, seorang daripadanya cedera di muka, selepas menawan daerah Shaar di utara Aleppo. - AFP
Bab Al-Hawa: Orang asing yang menyokong pemberontakan di Syria untuk menggulingkan Presiden Bashar al-Assad dilaporkan sudah mula masuk ke negara itu untuk membantu pemberontak Tentera Syria Merdeka (FSA). 

Di lintasan sempadan ini dekat Turki yang dikuasai FSA minggu lalu, berpuluh-puluh lelaki mendakwa mereka adalah warga negara asing yang datang untuk membantu pemberontak.

Ada yang berkata mereka berasal dari Algeria, dan ada mendakwa datang dari Maghribi, Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Mesir, Libya, Tunisia sehingga Chechnya dan Somalia. 
Tidak jelas berapa ramai orang asing yang sudah masuk ke Syria. Selain itu, mereka tidak melakukannya kerana demokrasi seperti FSA tetapi percaya pemerintah Syria daripada mazhab Alawiyah, serpihan Syiah, adalah kafir dan perlu dijatuhkan. 

Sejak awal pemberontakan 16 bulan, pentadbiran Bashar sudah menuduh pergerakan al-Qaeda bersubahat dengan pemberontak dan pemberontakan mereka adalah satu konspirasi luar. 

Di NEW YORK, negara Arab kelmarin mengumumkan pelan mendapatkan kelulusan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung resolusi mendesak peralihan politik dan penubuhan kerajaan demokratik di Syria selepas Majlis Keselamatan badan dunia itu gagal menamatkan krisis. 

Duta Arab Saudi, Abdallah al-Mouallimi, dan diplomat Qatar, Abdulrahman Al-Hamadi, mengumumkan pelan mendapatkan sokongan 193 anggota badan dunia itu. AP

Rangka bot firaun ditemui di Abu Rawash




SEORANG pekerja mengukur lebar rangka sebuah bot Firaun.


KAHERAH - Rangka sebuah bot kayu yang digunakan pada zaman firaun dan berusia 5,000 tahun ditemui di kawasan arkeologi Abu Rawash, barat Kaherah oleh beberapa ahli arkeologi Perancis.
Panjang bot solar itu ialah 6 meter (m) panjang dan 1.5m lebar.
Pendedahan penemuan itu dibuat oleh Kementerian Antikuiti Mesir kelmarin.
Pada kebiasaannya, bot itu ditanam dekat mumia firaun kerana ia dipercayai mampu membawanya kepada tuhan di syurga. - AGENSI