Pages

Monday, June 11, 2012

sedikit kisah yg boleh diambil pengajaran dan iktibar betapa Maha Kuasa ZatNya, apabila Dia berkehendak 'jadilah, maka jadilah"




BOULDER, Amerika Syarikat (AS) – Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil.

Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik.

Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka.

Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil.

Kini, dengan menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air.

Satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup semalamam ke atas air sedalam beberapa meter itu.

Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km. Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami.

Hasil kajian saintis berkenaan disiarkan di Internet oleh Jurnal Public Library of Science ONE.

Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal.
[ Surah an-Anfal : 2 ]

kisah bau KASTURI dan ZINA.

 

Ada seorang pemuda yang menjual kain dari rumah ke rumah. Ia mempunyai susuk tubuh yang tegap dan rupa yang tampan.

Suatu hari ia lewat di jalan-jalan dan seorang wanita telah memanggilnya dan memintanya untuk masuk ke dalam rumah, apabila pemuda itu masuk ke dalam rumah maka wanita itu terus mengunci pintu. Terkejut dengan perbuatan wanita tersebut, pemuda itu mengingatkanya dengan Allah dan azab yang pedih..

Tapi sia-sia.. Amarah wanita itu semakin bertambah. Wanita itu menyatakan betapa ia ingin melepaskan perasaan rindu dendamnya yang terpendam sejak sekian lama terhadap lelaki tersebut.

Wanita itu berkata pada pemuda penjual kain: “Jika anda tidak melakukan apa yang aku perintahkan pada kamu nescaya aku akan menjerit minta tolong. Aku akan beritahu kepada semua orang bahawa kamu menceroboh masuk dan memaksa ku melakukan perkara sumbang. Sudah tentu orang akan mempercayai kata-kataku ini.”

Melihat sikap wanita itu yang nekad. Pemuda itu menyuruhnya pergi bersiap-siap dan ia minta izin untuk masuk ke bilik air dengan alasan kononya ia juga ingin mempersiapkan diri. Apabila masuk ke bilik air, tubuh pemuda itu dengan sendiri rasa gementar daripada rasa takut dan jatuh dalam lumpur dosa dan tiba-tiba timbul dalam fikirannya satu jalan keluar.

Pemuda itu pun buang air besar dan ia lumurkan seluruh badan dengan najisnya sendiri. Sambil menangis ia berkata: “Daripada aku terjerumus dalam najis dosa dan kemurkaan Allah maka lebih baik aku lumurkan diriku dengan najis dunia yang busuk ini.”

Apabila pemuda itu keluar dari bilik mandi, ia dapati wanita itu sudah menunggunya. Ia melihat sendiri betapa terperanjatnya wanita itu dan wanita itu merasa sangat merasa jijik dengan keadaannya. Lalu wanita itu menjerit marah dan menyuruh pemuda itu keluar dari rumahnya dengan segera.

Lepaslah si pemuda dari dugaan yang amat berat. Dalam perjalanan pulang ia terdengar azan berkumandang.Ia terus balik ke rumah membersihkan diri. Dan dengan perasaan malu dengan bauan yang tak enak pada tubuhnya ia terus melangkahkan kakinya ke masjid.

Setelah selesai solat, pemuda itu menjadi panik apabila semua mata para jemaah tertumpu ke arahnya. Dalam keadaan tersipu-sipu ia mohon maaf. Apabila ia ingin beredar, jemaah masjid mengerumuninya dan bertanya kepadanya dari mana ia mendapat bauan yang sangat wangi itu. Semua ahli jemaah dapat mencium bauan kasturi yang semerbak harumannya..
Dikatakan bahawa bauan itu kekal dalam diri pemuda itu sampai akhir ajalnya. Ia di kenali dengan panggilan Abu Bakar “Al Miski” bermaksud Pemuda Kasturi..

Ingatlah, apabila seseorang melakukan zina ia terjerumus dalam najis dosa yang amat jijik di sisi Allah. Tapi sebelum itu, apabila hatimu tergerak untuk melakukan zina, ia sudah terlebih dahulu terpalit noda walaupun kamu tidak melakukannya. Itulah zina hati namanya.

Jeneral AS mohon maaf susulan korban Afghanistan

Jeneral AS mohon maaf susulan korban Afghanistan - Global - Sinar Harian:

Pasukan tentera Nato dan Afghanistan
Pasukan tentera Nato dan Afghanistan percaya lelaki yang diburu berada di rumah mangsa. (Gambar kecil) John Allen.
KABUL - Komander tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) Amerika Syarikat (AS) di Afghanistan, semalam memohon maaf di atas kematian orang awam dalam serangan udara di kediaman seorang warga tua minggu lalu.

Jeneral John Allen dilaporkan mengambil tindakan berlepas ke wilayah Logar untuk bertemu dengan pemimpin, penduduk serta mengucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa.

"Saya tahu kemaafan tidak akan mengembalikan mereka yang terkorban di dalam tragedi itu tetapi saya mahu anda tahu bahawa pihak kami meminta maaf dan akan menuntut keadilan buat keluarga terlibat," kata Allen kepada sekumpulan penduduk Afghanistan ketika mengadakan pertemuan di wilayah Pul-i-Alam.

Ketika kejadian, tentera bersekutu diarahkan melakukan serangan udara di rumah mangsa selepas mempercayai seorang komander Taliban yang diburu mengadakan pertemuan di situ.

Serangan itu menyebabkan seorang warga tua dan 16 saudara-maranya termasuk kanak-kanak terbunuh.

Perarakan bantah situasi sosial di Israel

Perarakan bantah situasi sosial di Israel:


Seorang peserta perarakan memegang gambar tahanan Palestin semasa perarakan memperingati ulang tahun ke-45 Perang Enam Hari di Tel Aviv, kelmarin. - AFP
BAITULMAQDIS 10 Jun - Beribu-ribu penduduk Yahudi dan Arab berarak di Tel Aviv sebagai memperingati ulang tahun ke-45 Perang Enam Hari yang menyaksikan Israel merampas Tebing Barat, Semenanjung Gaza dan timur Baitulmaqdis.
Laman web akhbar Haaretz melaporkan, kira-kira 1,000 penduduk berarak dari Dataran Rabin.
Radio ketenteraan Israel pula melaporkan, penduduk yang menyertai perarakan itu turut membawa kain rentang berbunyi 'Tiada keadilan jika tiada pekerjaan' sebagai protes terhadap situasi sosial di Israel.
Rakyat Palestin awal minggu ini turut melancarkan protes bagi memperingati peristiwa yang berlaku pada Jun 1967 itu.
Tengah hari semalam, kira-kira 300 warga Palestin melangsungkan bantahan, memprotes pembinaan penempatan haram Israel di Tebing Barat dengan membaling batu ke arah pasukan keselamatan serta membakar tayar di kampung Beit Nuba, utara Ramallah.
Beberapa saksi memberitahu, terdapat segelintir warga Palestin cedera terkena tembakan peluru getah dan gas pemedih mata yang dilepaskan tentera Israel.
Seorang tentera Israel turut cedera apabila dibaling batu oleh tunjuk perasaan.
Dalam perkembangan lain, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas semalam berkata, beliau sudah bersedia untuk mengadakan sesi dialog bersama Israel jika ia membebaskan 123 tahanan Palestin yang ditahan sebelum perjanjian damai Oslo pada 1993.
"Jika Israel membebaskan kesemua tahanan tersebut, Palestin bersedia untuk mengadakan sesi dialog bersama Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, namun ia bukan satu perbincangan," katanya.
Abbas memberitahu, Palestin berkemungkinan menerima status negara bukan anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selepas mendapat tentangan dari Amerika Syarikat. - AFP

Konflik Syria ragut lebih 14,000 nyawa

Konflik Syria ragut lebih 14,000 nyawa:


BEIRUT 11 Jun - Sekurang-kurangnya 29 orang terbunuh dalam siri keganasan terbaru di Syria, menjadikan angka korban keseluruhan sejak konflik di negara itu meletus pada Mac tahun lalu, meningkat lebih 14,000 orang.
Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia yang beribu pejabat di Britain berkata, kesemua mangsa yang terbunuh sejak krisis yang bermula pada Mac lalu terdiri daripada 9,862 orang awam, 3,470 askar dan 783 pemberontak.
Angka kematian dijangka terus meningkat walaupun Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah mengerahkan 300 anggota pemerhati di Syria untuk memantau perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui kerajaan Presiden Bashar al-Assad dan pemberontak pada April lalu. - AFP

Gempa sederhana landa Turki, 6 cedera

Gempa sederhana landa Turki, 6 cedera:



ISTANBUL 11 Jun - Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.8 skala Ritcher menggegarkan barat daya Turki, semalam, menyebabkan kira-kira enam orang tercedera selepas kesemua mangsa melompat keluar melalui tingkap dan beranda akibat panik.
Timbalan Gabenor Mugla, Necmi Kurt berkata, sejumlah kecil bangunan turut dilaporkan rosak dalam gempa yang melanda kawasan persisiran pantai wilayah itu, yang sering menjadi tumpuan pelancong luar.
Kesemua mangsa yang cedera kini dirawat di hospital tempatan dan tiada kematian dilaporkan dalam kejadian tersebut. - REUTERS

Remaja parah didera kekasih


XIAO Ping mengalami cedera teruk di badan akibat  didera oleh teman lelakinya.
XIAO Ping mengalami cedera teruk di badan akibat didera oleh teman lelakinya.
KEJAM... Huang ditahan polis 5 Jun, lalu.
KEJAM... Huang ditahan polis 5 Jun, lalu.
BEIJING: Selama lebih sebulan, Xiao Ping (bukan nama sebenar) yang berusia 16 tahun, dikurung di apartmen yang disewa dan didera tanpa perikemanusiaan oleh teman lelakinya di, wilayah Fujian.
Dia bertemu dengan Huang, 29, melalui kawan mereka, Februari lalu. Apabila Huang mendapat tahu dia pernah bekerja sebagai pelayan di pusat karaoke (KTV Princess), dia menjadi curiga dengan setiap panggilan atau pesanan ringkas yang dibuat atau diterima.
Dia percaya, Xio Ping menghubungi pelanggan lamanya dan itu menjadikan dia berang.

Akhirnya, pada 25 April lalu, mimpi ngeri Xiao Ping bermula. Huang memukulnya buat pertama kali.

Huang terus memukulnya sekali setiap hari atau dua hari, sebelum dia mengurung Xiao Ping di dalam bilik dan memukulnya dengan tali pinggang, batang besi dan pisau pemotong daging untuk mencederakannya.

Xiao Ping berjaya melarikan diri akhir Mei lalu, ketika Huang keluar bersama rakan-rakannya.

Pegawai polis terperanjat melihat tubuhnya yang dipenuhi dengan luka, lebam, bengkak dan kuping bekas luka.

Seorang pegawai polis berkata, “Anda tidak dapat melihat kulit di belakang tubuhnya kerana dipenuhi kuping bekas luka.”

Terdapat enam atau tujuh luka yang belum sembuh di mukanya dan satu daripadanya antara tujuh hingga lapan sentimeter panjang.

Xiao Ping dalam kesakitan yang amat sangat sehingga dia tidak boleh duduk dengan betul kerana pakaiannya akan melekat pada lukanya.

Apabila dia dimasukkan ke hospital, dia tidak boleh jalan atau mendepangkan tangannya dengan baik.

Pihak polis yang geram dengan perbuatan Huang, segera menahannya. Dia ditangkap kira-kira jam 11.30 malam pada 5 Jun lalu. - Agensi

Pengantin lelaki ditembak mati di majlis kahwin


PATTANI: Pengantin lelaki ditembak mati di hadapan isterinya dan lebih 100 tetamu di majlis perkahwinan di daerah Khok Pho, Pattani, semalam.
Serangan itu berlaku kira-kira jam 11 pagi di rumah, di mana majlis kahwin itu diadakan, di Jalan Naket-Khok Pho, di tambun Makrut. 
Pengantin lelaki, Yutthana Juyure, 27, dan isterinya Nurasatilah Masae sedang beramah mesra dengan tetamu dan bergaya di hadapan jurugambar.

Pada satu ketika, pengantin lelaki bergerak jauh sedikit daripada isterinya untuk bertemu dengan tetamu yang sedang makan di khemah berhampiran.

Ketika kembali, dia diekori oleh seorang lelaki yang menembaknya enam kali dengan pistol 9mm pada jarak dekat. Yutthana mati di tempat kejadian.

Penyerang itu melarikan diri dengan motosikal meninggalkan pengantin perempuan dan tetamu dalam keadaan panik - Bangkok Post 

Obama, Hillary sama nilai 10 ekor unta, 20 ayam

myMetro | Obama, Hillary sama nilai 10 ekor unta, 20 ayam:


WASHINGTON: Kumpulan militan Islam Somalia menawarkan ganjaran ayam dan unta atas maklumat mengenai keberadaan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dan Setiausaha Negara itu, Hillary Clinton, mempersendakan jutaan dolar yang ditawarkan AS terhadap tertangkapnya pemimpin kumpulan yang mempunyai kaitan dengan al-Qaeda itu.
Fuad Muhammad Khalaf dari Pergerakan Shabaab al-Mujahideen di Somalia membuat tawaran itu selepas solat Jumaat, menurut Kumpulan Perisikan SITE yang memantau organisasi militan. 
“Sesiapa saja mendedahkan tempat persembunyian si bodoh Obama akan diberikan ganjaran 10 unta dan sesiapa jua mendedahkan tempat persembunyian wanita tua Hillary Clinton akan diberikan 10 ayam betina dan 10 ayam jantan,” katanya menurut kenyataan SITE.

Khamis lalu, Jabatan Negara AS menawarkan ganjaran AS$5 juta (RM15.9 juta) setiap seorang bagi maklumat mengenai keberadaan Fuad dan tiga sekutunya, begitu juga dengan AS$7 juta (RM22.3 juta) untuk maklumat mengenai pengasas dan komander al-Shabaab, Ahmed Abdi aw-Mohamed. Sejumlah AS$3 juta (RM9.5 juta) ditawarkan untuk lokasi dua lagi pegawai organisasi itu. - Reuters

Si cilik berbulu disisih kawan

Pancaroba:



BULU kasar yang menutupi 60 peratus daripada tubuh Jiangli.
BULU kasar yang menutupi 60 peratus
 daripada tubuh Jiangli.
 
myMetro | Si cilik berbulu disisih kawan:



GUIZHOU (China): Keadaan dialami seorang kanak-kanak, Liu Jiangli menyebabkan dia terpaksa melalui enam tahun pertama kehidupannya dengan trauma berbanding kanak-kanak lain sebayanya.

Murid sekolah itu dilahirkan dengan lapisan bulu kasar hitam di wajah dan lebih 60 peratus di seluruh tubuhnya.


Foto
JIANGLI bersama Mingying yang menjaganya.

Foto
JIANGLI berkeadaan aneh sejak lahir.



Namun, jika keadaan itu tidak cukup teruk, yang terburuk bakal menyusul.

Disebabkan keadaannya yang aneh itu dan dialami oleh hanya seorang daripada satu bilion orang, dia ditinggalkan oleh kedua-dua ibu bapanya.


Ketika baru berusia dua tahun, ibunya meninggalkan kediaman keluarga dan sejurus selepas itu bapanya membawa Jiangli ke taman bimbingan kanak-kanak dan tidak pernah lagi pulang untuk mendapatkannya.


Pusat bimbingan kanak-kanak itu membuat pengumuman di akhbar meminta sauda-mara kanak-kanak itu mengambilnya dan enam bulan kemudian, datuk kepada seorang daripada sepupunya tampil mendapatkannya.

Sejak itu, Liu Mingying menjaga Jiangli yang berasal dari bandar Guiyang, di wilayah Guizhou di barat daya China.

Bagaimanapun, Mingying bimbang Liu akan sentiasa dicemuh akibat penampilannya itu.

Jiangli tidak mempunyai kawan kerana kanak-kanak lain sama ada takut atau mempersendakannya.

Buat masa ini, tiada penjelasan mengenai keadaan dialami Jiangli itu.

Bagaimanapun, ia sama seperti sindrom dikenali sebagai Hypertrichosis Universalis yang menyebabkan pesakit dilitupi bulu di seluruh tubuh mereka dan hanya dihidapi oleh seorang dalam satu bilion orang. - DM

Syria di ambang kehancuran

Berita Harian Online | Syria di ambang kehancuran:


PENDUDUK Syria berhimpun melihat mayat didakwa dibunuh oleh kumpulan yang setia kepada Presiden Bashar al-Assad, semalam. - Foto REUTERS
PENDUDUK Syria berhimpun melihat mayat didakwa dibunuh oleh kumpulan yang setia kepada Presiden Bashar al-Assad, semalam. - Foto REUTERS
DAMSYIK: Pemimpin baru pembangkang Syria semalam berkata rejim Presiden Bashar al-Assad kini hampir tumbang walaupun Russia memberi amaran bahawa ia akan menghalang sebarang langkah yang diambil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menentang sekutunya. 

Kerajaan Barat melancarkan desakan bagi sekatan terbaru terhadap Damsyik di tengah kemarahan berikutan pembunuhan beramai-ramai ketika pemantau PBB menyalahkan pasukan pro rejim selepas tentera membunuh sekurang-kurangnya 83 orang awam Sabtu lalu.
“Kita memasuki satu fasa sensitif. Rejim kini sudah hampir tumbang,” kata aktivis Kurdis, Abdel Basset Sayda sebaik saja beliau dinamakan sebagai pemimpin baru pembangkang, Majlis Kebangsaan Syria.
“Pembunuhan beramai-ramai dan pengeboman menunjukkan ia sedang berada dalam keadaan sukar,” katanya mengulas pembunuhan besar-besaran penduduk awam, terbaru menyaksikan 20 orang kebanyakan mereka wanita dan kanak-kanak, terbunuh dalam pengeboman di sebuah kawasan penduduk di bandaraya selatan Daraa pada Sabtu. 

Sayda dipilih sebagai pemimpin baru SNC pada persidangan di Istanbul, menggantikan pemimpin pembangkang pertama, Burhan Ghaloun yang meletak jawatan bulan lalu berikutan perpecahan yang menjejaskan wibawa kumpulan itu. 

Aktivis mendakwa Ghalioun mengabaikan Jawatankuasa Penyelaras Tempatan, yang menyebarkan bantahan anti kerajaan di Syria, dan memberikan Ikhwan Muslimin satu peranan besar. 

Sayda, yang tinggal dalam buangan di Sweden selama dua dekad dilihat sebagai satu calon sesuai dalam SNC dan meningkatkan rayuannya di kalangan etnik Syria dan kumpulan lain. 
Lelaki 55 tahun itu tidak terbabit dalam mana-mana parti politik. Walaupun namanya tidak biasa di kalangan penduduk Syria, pegawai SNC menyifatkan beliau sebagai seorang tokoh yang bebas dan jujur. 

Pembangkang sebelum ini menerima kritikan kerana tidak mewakili semua puak Arab, Kurdis, Sunnah Islam, Alawites, Kristian, Druze dan kumpulan etnik lain di Syria. 

Ditanya mengenai cita-citanya sebagai pemimpin SNC, Sayda berkata, blok pembangkang akan memfokus kepada usaha masyarakat antarabangsa mengambil langkah tegas menentang rejim. 

“Kami mahu menguatkan rantaian dengan aktivis pada peringkat bawah dan Tentera Bebas Syria yang akan kami sokong,” katanya. 

“Rancangan Annan masih wujud tetapi tidak dilaksanakan,” katanya merujuk kepada pelan damai wakil PBB-Liga Arab, Kofi Annan yang sepatutnya bermula dengan satu gencatan senjata bermula 12 April tetapi setiap hari dicabuli. 

“Kami akan memastikan rancangan ini termasuk di bawah Bab VII Piagam PBB, untuk memaksa rejim melaksanakannya dan membiarkan semua pilihan terbuka,” katanya. – AFP

Cara baharu mengemis di Madrid

Kosmo! Online - Dunia:



SEORANG lelaki berdiri di tepi kadbod yang mengandungi penjelasan kenapa dia mengemis di laluan pejalan kaki di Madrid kelmarin.


MADRID - Seorang lelaki menggunakan sekeping kadbod yang mengandungi penjelasan kenapa dia mengemis di laluan pejalan kaki di sini kelmarin.
Lelaki itu duduk di tepi kadbod semasa dia mengemis.
Kadbod itu mengandungi tulisan dalam bahasa Sepanyol yang menyatakan dia tidak mempunyai sebarang pekerjaan dan pendapatan.
Menurut keterangan pada kadbod itu, dia yang merupakan seorang rakyat Sepanyol meminta sebarang bantuan daripada orang ramai termasuk makanan. - Agensi

Sekolah, kilang diperbuat daripada buluh

Kosmo! Online - Dunia:



Bangunan kilang Big Tree Farms yang diperbuat daripada buluh di Sibang Kaja.


SIBANG KAJA, Pulau Bali - Bangunan sekolah dan kilang coklat di sini dibina daripada buluh bagi menggantikan keluli sebagai usaha untuk menjaga alam sekitar.
Kilang Big Tree Farms setinggi tiga tingkat itu dibuka pada tahun lalu dan ia merupakan bangunan komersial yang terbesar di dunia dibina daripada buluh.
Menurut pengasas bersama kilang itu, Ben Ripple, 37, tiada bahan binaan lain setanding buluh dan ia tidak merosakkan tanah.
Sebanyak 25 bangunan Sekolah Hijau yang menempatkan 240 pelajar dibina daripada buluh.
Kebanyakan daripada pelajar itu merupakan anak ekspatriat asing. - Agensi

Seorang maut bangunan runtuh di Ukraine

Kosmo! Online - Dunia:

SEBAHAGIAN bangunan apartmen yang runtuh di Lutsk semalam.



KIEV - Beberapa pegawai kecemasan menyatakan seorang terbunuh dan seorang lagi cedera apabila sebahagian struktur bangunan apartmen lima tingkat runtuh di barat negara ini semalam.
Kejadian itu berlaku di bandar Lutsk, 150 kilometer ke utara bandar Lviv yang menjadi tuan rumah bersama kejohanan bola sepak Eropah (Euro) 2012.
Kementerian Situasi Kecemasan menyatakan lapan apartmen musnah apabila struktur di tengah bangunan berkenaan runtuh.
Bangunan tersebut didirikan pada tahun 1971.
Beberapa pegawai menyatakan, seorang terbunuh manakala seorang lagi dihantar ke hospital.
Menurut mereka, seramai 18 orang telah diselamatkan.
Bangunan runtuh merupakan kejadian yang sering berlaku di negara ini.
Kejadian runtuhan bangunan itu kerap berlaku disebabkan infrastruktur yang sudah ketinggalan zaman dan peraturan keselamatan kerap diabaikan. - Agensi

Bangunan bersejarah terbakar di Amsterdam

Kosmo! Online - Dunia:


BEBERAPA anggota bomba memadamkan kebakaran sebuah bangunan bersejarah di Amsterdam semalam.



AMSTERDAM - Dua orang cedera dan seorang lelaki dilaporkan meninggal dunia selepas satu kebakaran berlaku di sebuah bangunan kecil di pusat bersejarah Amsterdam.
Menurut Jabatan Bomba di sini menerusi laman Twitter, kebakaran yang mencederakan dua orang itu berjaya dipadamkan.
Beberapa saksi yang dipetik sebuah stesen televisyen tempatan berkata, mangsa yang maut ialah seorang lelaki muda yang melompat dari tingkap untuk mengelak daripada dijilat api.
Namun, pihak bomba gagal dihubungi bagi mengesahkan kematian.
Seorang jurugambar di tempat kejadian itu melihat bangunan berusia 200 tahun yang musnah itu hanya beberapa ratus meter dari Dataran Dam. - Agensi

Sunday, June 10, 2012

KISAH TSA'LABAH BIN HATIB - ZAKATNYA TIDAK DITERIMA ALLAH....



Hadith yang diriwayatkan oleh Al-Bawardi, Al-Baghawi, Ibnu Qani’, Ibnu Sakan, Ibnu Syahiin, Thabrani, Dailami dan Al-Wahidi dari jalan Mu`aan bin Rifa`ah As-Salami dari Ali bin Yazid dari Al-Qasim bin Abdur Rahman dari Abu Umamah Al-Baahili:-

“Bahawasanya Tsa’labah bin Hatib Al-Ansari datang kepada Rasulullah s.a.w. lalu ia berkata: “YA RASULULLAH, BERDOALAH KEPADA ALLAH, AGAR AKU DIKURNIAKAN HARTA... ”. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: “Celaka engkau wahai Tsa’labah! Sedikit (harta yang) engkau syukuri itu lebih baik dari harta banyak yang engkau tidak sanggup mensyukurinya... Apakah engkau tidak suka menjadi seperti Nabi Allah? Demi yang diriku di tangan-Nya, seandainya aku mahu gunung mengalirkan perak dan emas, nescaya akan mengalir untukku”. Kemudian ia (Tsa’labah) berkata: “Demi zat yang mengutusmu dengan benar, seandainya engkau memohon kepada Allah agar aku dikurniai harta (yang banyak) sungguh aku akan memberikan haknya (zakat/sedekah) kepada yang berhak menerimanya”. 

Lalu Rasulullah s.a.w. berdoa: “Ya Allah, kurniakanlah harta kepada Tsa’labah”. Kemudian ia mendapatkan seekor kambing, lalu kambing itu tumbuh beranak, sebagaimana tumbuhnya ulat... Kota Madinah terasa sempit baginya... Sesudah itu, ia (Tsa’labah) menjauh dari Madinah dan tinggal di satu lembah... KERANA KESIBUKANNYA, IA HANYA SEMPAT BERJEMAAH ZHUHUR DAN ASAR sahaja, dan tidak pada solat-solat lain-lainnya... Kemudian kambing itu semakin banyak, maka mulailah ia meninggalkan solat berjemaah sampai solat Jumaat pun ia tinggalkan...

Suatu ketika Rasulullah s.a.w. bertanya kepada para sahabat: “Apa yang dilakukan Tsa’labah?” Mereka menjawab: “Ia mendapatkan seekor kambing, lalu kambingnya bertambah banyak sehingga kota Madinah merasa sempit baginya…” Maka Rasulullah s.a.w. mengutus dua orang untuk mengambil zakatnya seraya berkata: “Pergilah kamu ke tempat Tsa’labah dan tempat fulan dari Bani Sulaiman, ambillah zakat mereka berdua”... Lalu keduanya pergi mendatangi Tsa’labah untuk meminta zakatnya... Sesampainya di sana dibacakan surat dari Rasulullah s.a.w. Serta merta Tsa’labah berkata: “Apakah yang kamu minta dari saya ini pajak (upti) atau sebangsa pajak? Aku tidak tahu apa yang sebenarnya yang kamu minta ini!” ... Lalu keduanya pulang dan mengadap Nabi s.a.w... Tatkala Baginda melihat keduanya (pulang tidak membawa hasil), sebelum berbicara, Baginda s.a.w. bersabda: “Celaka engkau, wahai Tsa’labah!”... 

Lalu turun ayat: "Dan di antara mereka ada orang-orang yang membuat perjanjian kepada Tuhan: Jika Tuhan memberikan kurnia-Nya kepada kami, pastilah kami akan memberi sedekah, dan masuk golongan orang-orang yang soleh. Apabila Tuhan memberikan kurnia-Nya kepada mereka, lantas mereka menjadi kikir dengan (kurnia) itu. Mereka berpaling dan engkar (akan janjinya). Maka tercetuslah penyakit nifaq di dalam hati mereka sampai hari mereka bertemu dengan Allah, disebabkan mereka telah memungkiri apa yang mereka janjikan, dan kerana mereka berdusta" (SURAH AT-TAUBAH 9:75-77)... 

Setelah ayat ini turun, Tsa’labah datang kepada Nabi s.a.w., ia mohon agar diterima zakatnya... Baginda s.a.w. langsung menjawab: “Allah telah melarangku menerima zakatmu”... Sampai Rasulullah s..a.w. wafat, beliau tidak mahu menerima sedikit pun zakat dari Tsa'labah..... Dan Abu Bakar, Umar serta Uthman pun tidak mahu menerima zakatnya di masa kekhalifahan mereka”....

20 banduan Taliban letupkan penjara untuk larikan diri

20 banduan Taliban letupkan penjara untuk larikan diri:


MAZAR-E-SHARIF, Afghanistan 9 Jun - Sekurang-kurangnya 20 banduan yang kebanyakannya merupakan anggota Taliban melarikan diri dari penjara selepas meletupkan bangunan penjara menggunakan bahan letupan di utara negara ini, lapor gabenor wilayah semalam.
Abdul Jabar Haqbeen berkata, kejadian itu berlaku pada malam kelmarin di wilayah Sar-e dan menyebabkan empat banduan terbunuh manakala 28 yang lain cedera apabila warden penjara melepaskan tembakan selepas letupan berlaku.
"Kami akan menjalankan siasatan bagaimana bahan letupan tersebut boleh dibawa masuk ke dalam penjara," katanya. - REUTERS

Myanmar kuat kuasa darurat di Rakhine

Myanmar kuat kuasa darurat di Rakhine:


Dua wanita Islam berjalan di hadapan sebuah masjid di Sittwe, ibu negeri Rakhine di barat Myanmar pada 6 Jun lalu, - AFP
YANGON 9 Jun - Pihak berkuasa Myanmar, hari ini menguatkuasakan perintah darurat di negeri Rakhine, barat Myanmar selepas perusuh bertindak membakar beratus-ratus kediaman dan membunuh sekurang-kurangnya lima orang.
Media kerajaan melaporkan, daerah Maung Thau, kira-kira 230 kilometer ke barat Yangon, diletakkan di bawah perintah darurat.
"Sebanyak 19 kedai, 386 kediaman dan sebuah hotel dibakar. Empat lelaki dan seorang kanak-kanak turut ditikam sampai mati," kata laman web rasmi Presiden Thein Sein.
Menurut penduduk kampung, jumlah sebenar yang maut sukar dipastikan kerana ramai penduduk kampung telah melarikan diri ke kawasan bukit.
"Kira-kira 100 lagi cedera dalam kejadian itu dan tentera masih meneruskan usaha mencari mangsa yang bersembunyi di kawasan bukit," kata seorang penduduk, Zaw Than.
Tentera ditempatkan sepenuhnya di daerah itu dan pasukan doktor dihantar menggunakan pesawat pagi ini.
Rusuhan dilaporkan tercetus apabila penduduk Islam menyerang perarakan majlis pengkebumian seorang penganut Buddha.
Enam hari sebelum kejadian, satu kumpulan perusuh telah membunuh 10 penganut Islam di perkampungan berhampiran Taunggup bagi membalas dendam satu kes pembunuhan dan rogol yang didakwa dilakukan oleh penganut Islam. - dpa

Perangkan kulit anak untuk kekal status ratu cilik

Perangkan kulit anak untuk kekal status ratu cilik - Global - Sinar Harian:


Perangkan kulit anak untuk kekal status ratu cilik
Savannah turut menggunakan khidmat jurusolek profesional.
MICHIGAN - Jika ibu lain lebih gemar melihat wajah asli anak mereka tanpa sebarang solekan, Lauren Jackson pula sanggup menghabiskan wang untuk memerangkan kulit anaknya yang baru berumur tiga tahun bagi mengekalkan status ratu ciliknya.

Tindakan Jackson, 26, memerangkan kulit Savanna pada setiap bulan turut dikritik ramai ibu bapa kerana bahan kimia yang digunakan itu didakwa sememangnya memudaratkan kulit kanak-kanak.

"Saya tidak kisah menghabiskan sehingga 3,000 pound (RM15,000) sebulan untuk memastikan dia kekal cantik di setiap pertandingan ratu cilik," menurutnya.

Difahamkan, kanak-kanak tersebut mula menceburkan diri dalam pertandingan ratu cilik seawal umur 10 bulan dan kini ibunya turut menggunakan perkhidmatan jurulatih model untuk mengasah lagi bakatnya.

Tasik Retba kaya garam

Tasik Retba kaya garam - Global - Sinar Harian:

Tasik Retba kaya garam
Tasik merah jambu ini digunakan oleh penduduk sebagai sumber utama menghasilkan garam di Senegal.
DAKAR - Sekali pandang, ia mungkin kelihatan seperti sebuah kolam dipenuhi dengan susu strawberi, tetapi sebenarnya ia adalah tasik garam semula jadi.

Pakar Bakteria Universiti Bath, Michael Danson berkata, kandungan air Tasik Retba di Senegal itu didakwa mengandungi 40 peratus garam dan warna merah jambu tersebut terhasil daripada tindak balas cahaya matahari dengan organisma Dunaliella salina.

"Dakwaan sesetengah pihak bahawa hidupan akuatik tidak boleh hidup dalam tasik mengandungi garam yang tinggi seperti Retba dan Laut Mati adalah tidak benar kerana ia turut menjadi habitat beberapa spesies," katanya.

Tasik yang menjadi sumber mineral kepada penduduk setempat itu juga boleh mengapungkan manusia.