Pages

Sunday, June 10, 2012

Myanmar kuat kuasa darurat di Rakhine

Myanmar kuat kuasa darurat di Rakhine:


Dua wanita Islam berjalan di hadapan sebuah masjid di Sittwe, ibu negeri Rakhine di barat Myanmar pada 6 Jun lalu, - AFP
YANGON 9 Jun - Pihak berkuasa Myanmar, hari ini menguatkuasakan perintah darurat di negeri Rakhine, barat Myanmar selepas perusuh bertindak membakar beratus-ratus kediaman dan membunuh sekurang-kurangnya lima orang.
Media kerajaan melaporkan, daerah Maung Thau, kira-kira 230 kilometer ke barat Yangon, diletakkan di bawah perintah darurat.
"Sebanyak 19 kedai, 386 kediaman dan sebuah hotel dibakar. Empat lelaki dan seorang kanak-kanak turut ditikam sampai mati," kata laman web rasmi Presiden Thein Sein.
Menurut penduduk kampung, jumlah sebenar yang maut sukar dipastikan kerana ramai penduduk kampung telah melarikan diri ke kawasan bukit.
"Kira-kira 100 lagi cedera dalam kejadian itu dan tentera masih meneruskan usaha mencari mangsa yang bersembunyi di kawasan bukit," kata seorang penduduk, Zaw Than.
Tentera ditempatkan sepenuhnya di daerah itu dan pasukan doktor dihantar menggunakan pesawat pagi ini.
Rusuhan dilaporkan tercetus apabila penduduk Islam menyerang perarakan majlis pengkebumian seorang penganut Buddha.
Enam hari sebelum kejadian, satu kumpulan perusuh telah membunuh 10 penganut Islam di perkampungan berhampiran Taunggup bagi membalas dendam satu kes pembunuhan dan rogol yang didakwa dilakukan oleh penganut Islam. - dpa

No comments: