Pages

Thursday, February 2, 2012

Angkara berebut lelaki, gadis dibelasah



NOOR yang cedera selepas dibelasah 15 pelajar perempuan dirawat di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar semalam.


KANGAR – Seorang pelajar perempuan tingkatan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perlis di sini teruk ‘dikerjakan’ sekumpulan 15 pelajar perempuan lain gara-gara pertelingkahan berebut teman lelaki sehingga mangsa terpaksa dimasukkan ke hospital.

Dalam kejadian antara pukul 5 hingga 6 petang kelmarin berhampiran sekolah itu yang terletak dekat sebuah taman perumahan, mangsa yang hanya dikenali sebagai Noor, 15, mendakwa dia ditampar, dipukul dan dipijak oleh kumpulan pelajar tersebut yang mengamuk selepas menuduhnya merampas kekasih mereka.

Serangan ganas itu berlaku ketika mangsa baru keluar dari sekolah untuk pulang dengan menunggang basikal selepas selesai mengikuti latihan sukan.

Kumpulan pelajar perempuan itu didakwa sudah menunggu mangsa sebelum mereka terus membelasahnya. Pada masa itu mangsa yang tinggal di Pangsapuri Sena kira-kira 500 meter dari sekolahnya dalam perjalanan pulang seorang diri.

Setelah puas dikerjakan hampir 15 minit, Noor yang dalam kesakitan terpaksa mengagahkan diri mengayuh basikal pulang ke rumah. Kejadian malang yang menimpanya tidak dimaklumkan kepada ibunya.

Bagaimanapun, pada pukul 12 tengah malam, mangsa terpaksa dikejarkan ke hospital oleh ibunya setelah dia muntah-muntah.

Mengimbas kejadian itu, Noor memberitahu, pertelingkahan tersebut berpunca apabila dua orang daripada kumpulan pelajar perempuan yang dikenalinya itu mendakwa dia mempunyai hubungan dengan teman lelaki mereka.

“Saya beritahu saya tiada apa-apa hubungan namun kedua-dua pelajar itu tidak berpuas hati dan terus menarik rambut dan memukul saya sebelum rakan lain ikut serta membelasah saya,” kata pelajar itu ketika ditemui di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini semalam.

Noor, anak kedua daripada tiga beradik, baru sebulan belajar di SMK Perlis itu setelah berpindah dari Sungai Petani, Kedah bagi mengikuti ibunya yang bekerja di kedai makan di sini. Mangsa telah pun kematian bapa.

Katanya, dia langsung tidak menyangka kumpulan pelajar terbabit akan bertindak bagaikan orang hilang akal apabila tergamak membelasahnya sehingga dia hampir terjatuh ke dalam longkang.

“Malah ketika itu ada dua remaja lelaki iaitu teman lelaki kepada dua pelajar yang menuduh saya menjalin hubungan dengan kekasih mereka.

“Namun, kedua-dua remaja lelaki itu termasuk seorang yang bersekolah di sekolah sama dengan saya tidak membantu menjelaskan keadaan sebenar, sebaliknya kedua-dua lelaki itu turut menonton dan bersorak apabila melihat saya dibelasah.

“Hanya tiga pelajar perempuan dalam kumpulan itu yang saya kenal termasuk dua pelajar yang menuduh saya mempunyai hubungan dengan kekasih mereka. Ketiga-tiga pelajar itu sebaya dengan saya dan sama kelas dengan saya,” ujarnya.Kosmo! Online - Negara:

'via Blog this'

Puak asli aneh berkeliaran di tebing sungai di tenggara Peru



GELAGAT beberapa orang asli Mashco-Piro yang berada di tebing sungai Madre de Dios, di tenggara Peru dirakamkan menerusi teleskop oleh seorang pengembara Sepanyol, Diego Cortijo pada 16 November tahun lalu tetapi didedahkan Survival International kelmarin.


LIMA - Pihak berkuasa Peru menyatakan, mereka sukar membendung orang luar daripada mendekati satu kumpulan suku kaum pribumi hutan Amazon di Amerika Latin yang mula berkeliaran di tepi tebing sungai selepas mereka terasing daripada peradaban manusia.

Puak itu dikenali sebagai Mashco-Piro, kumpulan kecil orang asli berkenaan mula berkeliaran di tebing sungai sebuah hutan yang popular dalam kalangan pelancong sejak tahun lalu.

Tingkah laku mereka mengelirukan ramai saintis.

Adalah dipercayai bahawa kemunculan suku Mashco-Piro itu adalah disebabkan pencerobohan hutan oleh pembalak serta bunyi bising pesawat yang terbang rendah dari kawasan eksplorasi minyak dan gas asli di sekitarnya.

Setakat ini, suku kaum Mashco-Piro dipersalahkan berhubung kejadian serangan anak panah terhadap orang ramai yang berada di tebing sungai berkenaan di negeri Madre de Dios, tenggara Peru apabila puak berkenaan muncul buat pertama kali pada Mei tahun lalu.

Pada bulan berikutnya, sebilah anak panah menusuk jantung seorang penduduk pribumi tempatan, Nicolas "Shaco" Flores yang sudah lama menjalin hubungan baik dengan suku kaum Mashco-Piro.

"Kini sukar buat kami untuk mengetahui punca suku kaum Mashco-Piro keluar dari rimba kerana satu-satunya individu yang dapat bertutur dengan mereka sudah mati," kata seorang pakar arkeologi Sepanyol, Diego Cortijo.

Pada Selasa lalu, sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Survival International menyiarkan gambar-gambar orang asli Mashco-Piro berkeliaran di tebing sungai tersebut.

Sehingga kini dipercayai terdapat beberapa ratus orang asli Mashco-Piro hidup di hutan Taman Negara Manu di Peru. - AgensiKosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

Facebook jual saham





NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Lapan tahun selepas penubuhannya, gergasi rangkaian sosial Facebook bakal mengemukakan permohonan tawaran awam bagi menjual sahamnya di pasaran terbuka.

Menurut laporan media tempatan, Facebook yang mempunyai lebih 800 juta pengguna dijadualkan mengemukakan prospektus untuk tawaran awam awal (IPO) kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa AS seawal pagi semalam.

Berita berhubung permohonan IPO oleh Facebook didedahkan akhbar Wall Street Journal pada minggu lalu, lapor agensi berita AFP.

Menurut akhbar berkenaan, syarikat berpangkalan di Palo Alto, negeri California itu merancang mengumpulkan sebanyak AS$10 bilion (RM30.4 bilion).

Namun, sasaran AS$10 bilion itu dikurangkan kepada hampir separuh dalam beberapa laporan baharu yang disiarkan kelmarin dalam akhbar The New York Times dan International Financing Review.

Namun, Facebook yang diterajui bilionair muda, Mark Zuckerberg tidak mendedahkan bilangan saham atau senarai harga tawaran awam tersebut. - AgensiKosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

Romney kini kian hampir tentang Obama





TAMPA, Amerika Syarikat (AS) - Mitt Romney semakin hampir mewakili Parti Republikan dalam pilihan raya Presiden hujung tahun ini selepas beliau menewaskan pencabar terdekatnya, Newt Gingrich dalam pengundian parti berkenaan di negeri Florida.

Kemenangan itu sekali gus menjadikan Romney yang merupakan seorang jutawan hampir menjadi calon Parti Republikan untuk menentang Presiden AS, Barack Obama dalam pilihan raya Presiden pada November depan.

Penggundian empat penjuru kelmarin menyaksikan Romney memperoleh 46 peratus undi berbanding 32 peratus undi Gingrich.

Dua lagi pesaing iaitu bekas Senator negeri Pennsylvania Rick Santorum dan ahli Kongres Texas, Ron Paul masing-masing memperoleh 13 peratus dan 7 peratus undi.

Dengan kemenangan tersebut, Romney memperoleh semula momentum politiknya selepas tewas kepada Gingrich dalam pengundian di negeri Carolina Selatan pada 21 Januari lalu.

Gingrich yang merupakan bekas Speaker Dewan Perwakilan bagaimanapun berikrar untuk meneruskan perjuangannya dalam menentang Romney.- AgensiKosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

Bangunan gergasi AS terdapat kecacatan


GAMBAR menunjukkan bangunan One World Trade Centre yang sedang dalam pembinaan di New York pada Isnin lalu. - AFP


NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Agensi yang membina bangunan One World Trade Centre bagi menggantikan bangunan berkembar World Trade Centre (WTC) yang runtuh akibat serangan pengganas pada 11 September 2001 di sini menyatakan kelemahan dalam reka bentuk bangunan menyebabkan pihaknya terpaksa menampung kos tambahan berjumlah ratusan juta dolar, lapor agensi berita AP.

Pada Isnin lalu, akhbar Wall Street Journal melaporkan kos pembinaan bangunan One World Trade Center kini mencecah AS$3.8 (RM11.5 bilion), AS$700 juta (RM2.1 bilion) lebih tinggi berbanding anggaran asal pada 2008.

Agensi yang membina pencakar langit baharu berkenaan, Pihak Berkuasa Pelabuhan New York dan New Jersey kelmarin memberitahu, dek pemunggahan barang di bawah One World Trade Center tidak dapat disiapkan mengikut jadual bagi membolehkan penyewa memindahkan peralatan mereka ke dalam menara setinggi 104 tingkat itu dan setinggi 541 meter.

Masalah itu berpunca daripada stesen sementara yang dibina untuk laluan bawah tanah Pihak Berkuasa Pelabuhan Trans Hudson.

Stesen sementara itu tidak dapat dirobohkan bagi membina dek pemunggahan itu sehingga stesen tetap Pihak Berkuasa Pelabuhan Trans Hudson siap dibina.

Namun, menurut Pihak Berkuasa Pelabuhan New York dan New Jersey, pihaknya yakin dapat menyiapkan One World Trade menjelang 2013.

Bangunan berkembar WTC runtuh selepas dua pesawat yang dirampas pengganas merempuh bangunan berkenaan sehingga mengakibatkan lebih 3,000 orang mati. - AgensiKosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

Wednesday, February 1, 2012

6 Perkara yang wajib kita sibukkan diri...



1- Jika manusia sibuk memperbanyakkan amal, maka hendaklah kamu sibuk menyempurnakan sebaik-baik amal.

2- Jika manusia sibuk dengan perkara-perkara sunat, maka hendaklah kamu sibuk menyelesaikan perkara-perkara fardhu.

3- Jika manusia sibuk memperbaiki perkara-perkara zahir, maka hendaklah kamu sibuk memperbaiki perkara-perkara batin.

4- Jika manusia sibuk mencari kesalahan orang lain, maka hendaklah kamu sibuk mencari kesalahan diri sendiri.

5- Jika manusia sibuk mencari kesenangan dunia, maka hendaklah kamu sibuk mencari kemakmuran Akhirat.

6- Jika manusia sibuk mencari keredhaan dunia, maka hendaklah kamu sibuk mencari keredhaan Akhirat.


Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2 . M/S : 849.

Gempa bumi sederhana gegar Samar, Filipina

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.1 pada skala Richter menggegar Samar, Filipina pada pukul 12.30 tengah hari ini.

Menurut satu kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi itu berlaku di 22km utara Pulau Samar di Filipina dan 1,032km timur laut Sandakan, Sabah.
Gempa bumi tiada membawa ancaman tsunami. -- BERNAMA

Gempa bumi sederhana landa selatan Sumatera

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi sederhana dengan kekuatan 5.9 pada skala Richter melanda bahagian selatan Sumatera, Indonesia pada pukul 3.14 petang Rabu.

Jabatan Meteorologi Malaysia berkata gempa bumi itu berlaku di 31km selatan Sumatera, 31km barat daya Bengkulu, Indonesia dan 631km barat daya Pontian, Johor.
Gempa itu tidak membawa ancaman tsunami, kata kenyataan itu. -- BERNAMA

Langkah ketat berjaya halang pengguguran janin perempuan

TAIPEI: Pihak berkuasa kesihatan Taiwan berkata semalam, pemeriksaan ke atas pengguguran memilih jantina yang menyalahi undang-undang, berjaya menghalang hampir 1,000 pengguguran janin perempuan, tahun lalu.

Pihak berkuasa kesihatan mengetatkan larangan pengguguran haram tahun lalu, memberi amaran kepada doktor yang didapati bersalah melakukan amalan itu atau lesen mereka akan ditarik balik.
Pegawai Biro Promosi Kesihatan, Lee Tsui-feng berkata, “Langkah tersebut berjaya.”

Walaupun pengguguran pemilihan jantina haram, amalan ini dipercayai menjadi sesuatu yang normal kerana tradisi yang mengutamakan anak lelaki.


Lee berkata, ia mungkin empat atau lima tahun lagi sebelum mereka berjaya menghentikan amalan ini sepenuhnya. - AFPmyMetro | Langkah ketat berjaya halang pengguguran janin perempuan:

'via Blog this'

AS perluas pelan hukum Iran

WASHINGTON: Kecewa dengan kedegilan Iran terhadap tekanan global untuk menghentikan program nuklearnya, ahli politik utama Amerika Syarikat semalam menggariskan pelan sekatan ekonomi dan politik tambahan baru ke atas Teheran.

Pengerusi Jawatankuasa Perbankan Senat Demokrat, Tim Johnson, dan pemimpin panel itu dari Republikan, Richard Shelby, berkata mereka akan mengundi untuk “Akta Sekatan, Akauntabiliti dan Hak Asasi Manusia Iran” pada Jumaat ini.


Menurut Johnson, Iran terus berdegil terhadap tanggungjawab perundangan antarabangsa dan keengganan mendedahkan program nuklearnya mendorong pemimpin serta negara itu dipulaukan lagi.

Shelby pula berkata, akta berkenaan akan memberi isyarat jelas kepada Iran supaya meninggalkan program senjata nuklearnya.


“Iran juga mesti menghentikan rancangannya menyebarkan keganasan antarabangsa,” katanya.


Melalui akta itu, sekatan ekonomi dan politik sedia ada akan diperluas ke atas individu dan firma yang menjalankan perniagaan dengan Iran atau dilihat membantu republik berkenaan memajukan program nuklearnya.

Langkah itu mewajibkan larangan perjalanan ke AS dan membekukan aset individu serta firma yang menyediakan teknologi untuk Teheran - daripada peluru getah hingga peralatan perisikan - yang digunakan untuk menekan penentang kerajaan.


Ia juga akan mengetatkan sekatan ke atas Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC), termasuk larangan perjalanan ke AS, pembekuan aset dan menyasarkan “sesiapa yang membantu secara material pasukan tentera elit itu.

Ia memerlukan firma yang bersaing untuk memperoleh kontrak kerajaan AS mendapat pengesahan bahawa mereka dan anak syarikat tidak menjalankan sebarang transaksi signifikan dengan IRGC atau sebarang entiti yang berkaitan dengannya.


Akta terkini itu juga membolehkan Presiden Barack Obama mengenakan sekatan baru ke atas mana-mana eksekutif kanan sesebuah firma yang berdepan dengan sekatan atas tindakan mereka berurusan dengan Iran.


Sekatan juga boleh dikenakan ke atas pemegang saham utama firma itu. - AFPmyMetro | AS perluas pelan hukum Iran:

'via Blog this'

Kerajaan nafi beri kebenaran wanita Arab Saudi kunjungi stadium saksi sukan

JEDDAH: Pegawai Kebajian Belia Arab Saudi menafikan laporan media mendakwa kerajaan membenarkan wanita memasuki stadium dan menyaksikan sesuatu perlawanan sukan.

Pengarahnya, Ahmad Rawzi, berkata jabatan itu setakat ini tidak mengeluarkan sebarang arahan berkenaan.


“Jika ada arahan rasmi membenarkan wanita memasuki stadium, ia mesti diumumkan pihak berkuasa,” katanya.

Kenyataan Ahmad itu dibuat sebagai reaksi terhadap laporan media mendakwa wanita dibenarkan menyaksikan perlawanan Kejohanan Bola Baling Lelaki Asia yang kini dilangsungkan di Jeddah.


Menurut Ahmad, wanita yang hadir menyaksikan perlawanan itu adalah wartawan dari beberapa akhbar harian tempatan.


“Wartawan wanita biasanya hadir dalam majlis sebegitu,” katanya. Sementara itu, seorang daripada wanita yang hadir menyaksikan perlawanan bola baling itu berkata, ia sangat simbolik walaupun jumlahnya tidak ramai.

Katanya, dia sangat gembira ketika pengacara televisyen - untuk kali pertama - mengalu-alukan kedatangan wanita ke perlawanan berkenaan.


“Saya masih ingat bagaimana pengacara lelaki itu memulakan pengumuman dengan berkata: Tuan-tuan dan puan-puan,” katanya.

Perlawanan pertama di kejohanan itu berlangsung di antara Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu.


Penyelia kejohanan, Turki al-Khilaiwi, juga gembira apabila wanita Arab Saudi hadir untuk menyokong pasukan negara itu.


“Ini satu kemajuan dan menandakan wanita negara ini mungkin dibenarkan menyaksikan semua perlawanan selepas ini,” katanya. - AN

Israel tingkat operasi rahsia

TEL AVIV: Laporan terbaru mendedahkan, rejim Israel meningkatkan jumlah operasi rahsia seberang laut di beberapa negara seperti Sudan, Lubnan dan Iran sejak tahun lalu.

Akhbar Israel, Jurusalem Post, melaporkan kebanyakan butiran operasi itu dirahsiakan, termasuk jumlah sebenarnya.


“Bagaimanapun, menurut laporan asing, Pasukan Pertahanan Israel (IDF) beroperasi di Sudan, Lubnan dan Iran,” kata Jurusalem Post.

Akhbar harian itu mendakwa, tentera Israel memiliki “sejumlah unit yang dikhususkan dalam operasi rahsia.” Menurut Jurusalem Post, Panglima Tentera Israel, Benny Gantz, pada Disember lalu menubuhkan “Kor Sulit” satu unit baru yang memantau operasi di tengah-tengah wilayah musuh.


Laporan itu disiarkan selepas pegawai Iran beberapa kali mendakwa Israel mendalangi serangan ganas ke atas saintisnya.


Pada 11 Januari lalu, saintis nuklear Iran, Mostafa Ahmadi Roshan, terbunuh selepas seorang penunggang motosikal melekatkan bom ke kereta dinaikinya. - Press TV

Mahmoud rasmi saluran televisyen terbaru berbahasa Sepanyol

TEHERAN: Presiden Mahmoud Ahmadinejad semalam melancarkan secara rasmi saluran berita berbahasa asing terbaru Iran yang menyasarkan penutur bahasa Sepanyol di seluruh dunia.

Mengadakan siaran 24 jam sehari, saluran HispanTV itu merancang “berhubung dengan jutaan penonton di Amerika Latin, Amerika Syarikat dan Eropah.


Saluran itu berikrar untuk mengamalkan ketelusan dalam programnya usaha mereka memperkenalkan realiti kebudayaan Iran, Timur Tengah dan Amerika Latin.

Ia menyertai saluran Press TV yang bersiaran menggunakan bahasa Inggeris tetapi operatornya di London kehilangan lesen pada Januari lalu atas alasan, kandungan editorialnya dikawal dari Teheran.


Selain Press TV dan Hispan TV, Iran juga membiayai saluran berbahasa Arab, al-Alam, dan tiga lagi saluran yang menawarkan program berbahasa Turki, Perancis dan Urdu.


Ketika di hujung ucapannya, Mahmoud mengakhiri perasmian itu dengan kata-kata: “Viva Espa�a, viva America Latina.” Menurut Teheran, siaran berbahasa asing itu bertujuan menangkis laporan berat sebelah ke atas Iran, terutama dari media Barat dan Arab. - AFPmyMetro | Mahmoud rasmi saluran televisyen terbaru berbahasa Sepanyol:

'via Blog this'

Bapa, ibu tiri kurung anak 9 tahun didakwa

BAITULMAQDIS: Pejabat Pendakwa Raya di Wilayah Tel Aviv semalam, memfailkan tuduhan ke atas pasangan Arab-Israel kerana mengurung anak mereka selama sembilan tahun.
Menurut dakwaan yang dibuat di Mahkamah Daerah Petah Tikva, ayah dan ibu tirinya, mengurung gadis yang berusia 20 tahun itu di dalam bilik mandi atau bilik kecil dalam tiga rumah yang berbeza di Tebing Barat.

Mereka dikatakan pertama kali mengurung gadis itu ketika usianya 11 tahun dan hanya dibenarkan keluar pada waktu malam untuk membersihkan rumah, membasuh pakaian dan memasak.

Bapanya didakwa memukul gadis itu dan kadang-kadang dibuat atas dorongan isterinya.

Pasangan itu juga dikatakan menggalakkan gadis itu untuk membunuh diri, malah berkata dia perlu menggunakan pisau cukur ayahnya untuk berbuat demikian.

Kedua-duanya akan didakwa kerana mendera kanak-kanak, mengurung dan percubaan mendesak seseorang untuk membunuh diri.

Bapa gadis itu ditahan oleh pasukan keselamatan Palestin di bandar Qalqilya di Tebing Barat, awal bulan ini.

Jurucakap pasukan keselamatan berkata, lelaki itu “membuat keputusan mengurung anaknya kerana bimbang menjadi mangsa penderaan seksual.”

Gadis itu dihantar ke khidmat sosial Palestin dan kemudian diserahkan kepada ibu kandungnya, seorang warga Palestin yang tingga di Tebing Barat dan bercerai dengan bapa anaknya beberapa tahun lalu.

Ibu tiri gadis itu ditahan di Israel. - AFPmyMetro | Bapa, ibu tiri kurung anak 9 tahun didakwa:

'via Blog this'

Asteroid 433 Eros paling dekat sejak 37 tahun

Asteroid 433 Eros paling dekat sejak 37 tahunSHAH ALAM - Asteroid 433 Eros berada pada kedudukan paling hampir dengan bumi sejak 37 tahun lalu di mana ia bergerak merentasi langit malam dalam buruj Leo, Sextans dan Hydra pada kedudukan kira-kira 26.7 juta kilometer.

Menurut kenyataan Agensi Angkasa Negara, asteroid bersaiz 34 kilometer ini dapat dilihat, walaupun menerusi teleskop kecil dengan kecerahannya sekitar magnitud lapan dan mencecah sehingga magnitud tujuh.

"Asteroid 433 Eros tidak pernah berada sedekat sekarang sejak 1975, melainkan akan berlaku semula, kemungkinan pada 2056.

"Kejadian kali ini memberikan peluang baik untuk melakukan pencerapan kerana ianya boleh membantu kita melakukan pengiraan jarak dari Bumi ke Matahari dengan lebih tepat," katanya dalam kenyataan semalam. Imej Asteroid 433 Eros dirakamkan pada 30 Januari 2012 menerusi teleskop berdiameter 20 inci di Observatori Negara Langkawi ini dijumpai pada 13 Ogos 1898, oleh ahli-ahli astronomi Carl Gustav Witt di Berlin dan Auguste Charlois di Nice.Asteroid 433 Eros paling dekat sejak 37 tahun - Nasional - Sinar Harian:

'via Blog this'

Lelaki ateis mahu bertaubat

Lelaki ateis mahu bertaubatJAKARTA - Seorang pengguna laman sosial, Facebook yang sebelum ini mencetuskan kemarahan orang Islam di Indonesia kerana tidak percaya dengan kewujudan Tuhan mungkin bakal berhadapan dengan dakwaan baru, menurut polis, semalam.

Ketua Polis Dharmasraya, Chairul Aziz berkata, Alexander Aan, 31, dituduh memalsukan dokumen kerana mengaku dirinya sebagai orang Islam semasa dia memohon jawatan sebagai penjawat awam.

Akhbar dalam talian, Padang Ekspres turut mendedahkan semasa Alexander disoal siasat polis, pemilik akaun ‘Ateis Minang’ itu telah menyatakan hasratnya untuk memeluk agama Islam dan menolak kepercayaan Ateisme.

“Dia mahu memeluk agama Islam dan bertaubat tetapi kami masih belum dapat memastikan bila dia akan melaksanakan perkara tersebut,” menurutnya.

Chairul berkata lagi, walaupun Alexander sudah insaf dan ingin bertaubat, dia tetap akan didakwa kerana menghina agama dan bakal berhadapan hukuman lima tahun penjara jika didapati bersalah. Sebelum ini, Majlis Ulama Indonesia (Mui) mendakwa Alexander telah mencemari kesucian agama Islam dengan menggunakan beberapa ayat dari Al-Quran untuk menolak kewujudan Tuhan yang dipaparkan menerusi halaman Facebook miliknya.Lelaki ateis mahu bertaubat - Global - Sinar Harian:

'via Blog this'

Populasi di Jepun makin mengecil pada 2110

Populasi di Jepun makin mengecil pada 2110TOKYO - Populasi di Jepun dijangka akan mengecil kepada dua pertiga dari jumlah pada masa ini dalam tempoh seabad lagi, menurut laporan kerajaan, kelmarin.

Laporan Kementerian Kesihatan dan Kebajikan menunjukkan jumlah penduduk dijangka akan menurun dari 127.7 juta kepada 86.7 juta menjelang 2060 dan terus berkurangan 42.9 juta pada 2110 jika keadaan masih tidak berubah.

Unjuran oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Sosial dan Populasi Penduduk meramalkan secara purata hanya 1.35 bayi akan dilahirkan dalam tempoh 50 tahun lagi. Laporan itu juga menyebut bencana berganda di utara-timur Jepun, Mac lalu yang telah menyebabkan lebih 19,000 orang maut atau hilang tidak menjejaskan jangka hayat purata sebaliknya dijangka akan terus meningkat.Populasi di Jepun makin mengecil pada 2110 - Global - Sinar Harian:

'via Blog this'

Mangsa kapal Costa Concorda tuntut pampasan RM1.3b

Tragedi kapal karam ragut tiga nyawaGIGLIO, Itali - Mangsa kapal pelayaran, Costa Concorda yang karam di perairan Itali dua minggu lalu menuntut pampasan AS$460 juta (RM1.3 bilion) daripada pemilik kapal, Costa Cruise Lines, lapor The Guardian.
Tuntutan pampasan dikemukan lebih dua minggu selepas nahas yang menyebabkan 17 penumpang maut dan sekurang-kurangnya 16 penumpang masih hilang.
Kapal itu karam pada 13 Januari lalu.
Seorang peguamdari New York, Mitchell Proner berkata, firmanya Proner & Proner, bersama gabungan beberapa peguam antarabangsa lain akan mewakili lebih 500 penumpang yang terlibat.
Beliau mengumumkan perincian awam mengenai tuntutan undang-undang yang difailkan di Florida, pada satu sidang media di Genoa, Italy, semalam, kata laporan BBC.
Syarikat kapal terbabitmembuat tawaran awal pampasan AS$14,460 (RM43,000) kepada penumpang kerana kehilangan bagasi dan trauma psikologi.
"Mereka mesti bertanggungjawab untuk apa yang mereka lakukan.
“Merekasengaja meletakkan penumpang yang berada dalam bahaya. Kami percaya bahawa kami boleh menang di Florida dan kita akan pergi sehingga mereka tidak tahu apa yang melanda mereka ... sama seperti kapal Concordia,” kata Mitchell.Mangsa kapal Costa Concorda tuntut pampasan RM1.3b - Global - Sinar Harian:

'via Blog this'

'Suara dari langit' terjawab

LangitSHAH ALAM - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) menafikan dengkuran kuat diselang seli bunyi nyaring frekuensi radio di Kota Semarahan pada 11 an 12 Januari lalu berpunca daripada High Frequancy Active Auroral Research Programme(HAARP) yang dijalankan di Amerika Syarikat.
Sebaliknya bunyi berkenaan datang daripada sebuah kilang kelapa sawit di Kampung Endap.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Fadillah Yusof berkata, kilang berkenaan telah membuat pengujian terhadap tekanan dandang secara automatik pada 11 dan 12 Januari 2012 sehingga menyebabkan kewujudan bunyi seolah-olah orang sedang menjerit dan mengejutkan penduduk kampung di sekitarnya.
“Ekoran itu, Mosti telah menubuhkan satu jawatankuasa Siasatan Ngauman Langit (Sky Roar) dikendalikan Agensi Angkasa Negara (Angkasa) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM). Siasatan mendapati aduan beberapa penduduk berkaitan bunyi yang tidak diketahui bukan seperti yang disangka.
“Ia juga tiada kaitan dengan gempa bumi di Sumatra dan High Frequancy Active Auroral Research Programme(HAARP) yang dijalankan di Amerika Syarikat,” katanya dalam kenyataan, semalam.
Dalam laporan muka depan Sinar Harian 21 Januari lalu, mengatakan bunyi berkenaan berkait dengan HAARP, iaitu program penyelidikan ionosfera dan dinaungi sepenuhnya oleh US Air Force, US Navy, University of Alaska dan Defense Advanced Research Projects Agency (DARPA).
DARPA adalah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk membina pelbagai senjata berteknologi tinggi untuk kegunaan ketenteraan Amerika Syarikat.
HAARP berselindung dengan aktiviti penyelidikan saintifik yang kononnya menyelidik lapisan ionosfera bagi meningkatkan lagi penggunaan sistem komunikasi dan pemantauan cuaca.
Tapak penyelidikan HAARP yang berada di Gakona, Alaska menempatkan peralatan berteknologi tinggi iaitu Ionospheric Research Instrument (IRI).
Fadillah berkata, pihaknya telah melakukan beberapa siasatan dengan menemu bual saksi-saksi kejadian, orang kampung dan membuat siasatan mengenainya serta mendapatkan khidmat pakar untuk menganalisis bunyi itu.
Bagi membuktikan kebenaran ini, katanya, Penolong Pengurus kilang, Yusmizan Desa mengakui kilangnya ada melakukan penentu kuran secara berkala yang melibatkan perlepasan wap secara besar-besaran dan menghasilkan tekanan sehingga muncul ‘Nyauman Langit’.
“Yusmizan memberitahu pihak kami tujuan perlepasan tekanan dandang dilakukan semasa aktiviti pemprosesan kelapa sawit. Kami diberi penjelasan melalui corong lepasan wap ke arah kampung itu dan mereka juga melakukan demonstrasi untuk membuktikan perkara ini.
“Pihak kami dan juga saksi-saksi, terutama penduduk kampung telah berpuas hati dengan demonstrasi itu. Begitu pun, kami masih menjalankan analisis secara saintifik untuk mengkaji frekuensi itu,” katanya.'Suara dari langit' terjawab - Nasional - Sinar Harian:

'via Blog this'

Tahanan Palestin nekad mogok lapar

Khader AdnanTEL AVIV - Tahap kesihatan seorang pejuang Palestin yang berada dalam tahanan Israel dilaporkan semakin merosot selepas dia nekad untuk melakukan mogok lapar selama 46 hari, menurut aktivis antarabangsa, kelmarin.

Ketua gerakan Jihad Islam di Tebing Barat, Khader Adnan, 34, telah ditahan oleh tentera rejim Zionis pada 17 Disember lalu dan dipenjarakan tanpa melalui sebarang proses perbicaraan yang adil.

Adnan yang berang dengan tindakan melulu Israel kerana memenjarakannya tanpa sebab bertekad melakukan protes dengan memutuskan untuk mogok lapar sehari selepas dia ditahan di bawah ‘tahanan pentadbiran’ rejim Zionis itu.

Sebuah kumpulan aktivis hak asasi manusia mula menyuarakan kebimbangan mereka dengan menyatakan kesihatan dan sistem tubuh Adnan akan semakin terjejas jika dia masih berdegil untuk meneruskan mogok lapar tersebut. Bagamainapun, dalam satu kenyataan, jurucakap perkhidmatan penjara Israel, Sivan Weizman berkata, doktor di pusat tahanan itu kini sedang memantau tahap kesihatan Adnan dan dia dilaporkan stabil.Tahanan Palestin nekad mogok lapar - Global - Sinar Harian:

'via Blog this'