Pages

Wednesday, February 1, 2012

Israel tingkat operasi rahsia

TEL AVIV: Laporan terbaru mendedahkan, rejim Israel meningkatkan jumlah operasi rahsia seberang laut di beberapa negara seperti Sudan, Lubnan dan Iran sejak tahun lalu.

Akhbar Israel, Jurusalem Post, melaporkan kebanyakan butiran operasi itu dirahsiakan, termasuk jumlah sebenarnya.


“Bagaimanapun, menurut laporan asing, Pasukan Pertahanan Israel (IDF) beroperasi di Sudan, Lubnan dan Iran,” kata Jurusalem Post.

Akhbar harian itu mendakwa, tentera Israel memiliki “sejumlah unit yang dikhususkan dalam operasi rahsia.” Menurut Jurusalem Post, Panglima Tentera Israel, Benny Gantz, pada Disember lalu menubuhkan “Kor Sulit” satu unit baru yang memantau operasi di tengah-tengah wilayah musuh.


Laporan itu disiarkan selepas pegawai Iran beberapa kali mendakwa Israel mendalangi serangan ganas ke atas saintisnya.


Pada 11 Januari lalu, saintis nuklear Iran, Mostafa Ahmadi Roshan, terbunuh selepas seorang penunggang motosikal melekatkan bom ke kereta dinaikinya. - Press TV

No comments: