Pages

Thursday, December 24, 2015

Wanita lahirkan anak ketika tidur

Jody Robson tidur lena walaupun keadaan bising di sekitarnya.

Jody Robson tidur lena walaupun keadaan bising di sekitarnya. AGENSI
BIRMINGHAM 23 Dis. – Seorang wanita dari Birmingham dilapor melahirkan anak sulungnya ketika tidur disebabkan masalah gangguan tidur luar biasa yang dihida­pinya sejak kecil.
Menurut portal mirror.co.uk, sindrom aneh itu menyebabkan Jody Robson, 24, langsung tidak mengingati detik kelahiran anak sulungnya beberapa tahun lalu selepas tertidur dan hanya mengetahui perkara itu setelah diberitahu oleh suaminya 11 hari kemudian.
Selain tertidur selepas melahirkan anaknya, Robson turut terlepas pelbagai lagi perkara bermakna di dalam hidupnya kerana masalah yang dihadapi itu.
“Saya hanya akan terjaga dua atau tiga minggu selepas menutup mata. Saya pernah terlepas waktu cuti dan hari jadi kakak saya yang ke-18 kerana masalah ini.
“Namun, amat mengecewakan apabila saya langsung tidak mengingati detik-detik melahirkan anak sulung saya, Harley yang sepatutnya menjadi waktu paling berharga. Saya fikir itu episod pa­ling menyakitkan yang pernah saya alami,” katanya.
Robson dipercayai menghidap sindrom Kleine Levin iaitu sejenis gangguan neurologi yang jarang berlaku, menyebabkan pesakit tidak dapat bangun daripada tidur sehingga berminggu-minggu.
Masalah tersebut juga menyebabkan ibu kepada dua anak itu terpaksa mengambil masa beberapa minggu untuk kembali sedar dan mengingati semula siapa diri serta keluarganya akibat lena yang panjang.
“Apabila saya bangun daripada tidur, segala-galanya seperti mimpi. Apabila orang bercakap, tiada apa yang masuk ke dalam fikiran saya, jadi saya hanya melihat mereka dengan wajah yang pelik.
“Episod tidur yang panjang itu tidak begitu menakutkan, tetapi apa yang lebih membimbangkan ialah pemulihan selepas itu. Risau jika tidak mampu kembali normal lagi dan hari-hari saya berlalu begitu sahaja,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/wanita-lahirkan-anak-ketika-tidur-1.172203#sthash.HRdudWVX.dpuf

Al-Quran tertua berasal dari Mesir


Disahkan menerusi manuskrip yang sepadan di Perancis
24 Disember 2015 1:00 AM




PARIS 23 Dis. - Manuskrip al-Quran di Universiti Birmingham, England yang dipercayai naskhah tulisan tangan ayat suci umat Islam tertua dunia, dikenal pasti berasal dari sebuah masjid tertua di Mesir.
Agensi berita BBC melaporkan, manuskrip yang berusia sekurang-kurang 1,370 tahun itu pernah disimpan di Masjid Amr ibn al-As di Fustat, Mesir.
Pakar Sejarah al-Quran Kolej de France, Profesor Francois Deroche berkata, lokasi asal itu dikenal pasti kerana salinan tersebut sepadan dengan manuskrip yang terdapat di Perpustakaan Kebangsaan Perancis, Bibliotheque Nationale de France.
Perkara tersebut turut dipersetujui oleh seorang pengkaji, Alba Fedel yang merupakan individu pertama meneliti keaslian dan kesahihan manuskrip yang dijumpai di Universiti Birmingham terbabit.
Manuskrip al-Quran yang berada di Perancis dibawa ke Eropah oleh Asselin de Cherville, yang ber­khidmat sebagai naib konsul di Mesir ketika negara tersebut berada di bawah penguasaan tentera Napoleon Bonaparte pada awal kurun ke-19.
Deroche berkata, bekas isteri De Cherville pernah cuba untuk menjual manuskrip tersebut serta beberapa manuskrip kuno Islam yang lain kepada Perpustakaan Britain sekitar tahun 1820-an.
Jelasnya, manuskrip al-Quran abad ke-19 itu kemudian dihantar ke Perpustakaan Kebangsaan Kaherah dari Masjid Amr ibn al-As di Fustat, dan ketika dalam perjalanan, beberapa helaian manuskrip telah hilang atau dijual di pasar barangan antik.
Sehinggalah pada sekitar tahun 1920-an, seorang lelaki Iraq, Alphonse Mingana yang merupakan seorang peneroka yang dibiayai oleh keluarga Cadbury membeli manuskrip tersebut dan membawanya ke Birmingham.
“Sudah tentu tiada sebarang kesan rasmi tentang penjelajahan tersebut, namun perkara itu sedikit sebanyak menjelaskan kepada kita tentang bagaimana Mingana membawa barangan bernilai dari Fustat,” ujar Deroche.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/al-quran-tertua-berasal-dari-mesir-1.172210#sthash.uEAic2jS.dpuf

Wednesday, December 23, 2015

Dulu gelandangan, kini jutawan

Dulu gelandangan, kini jutawan

22 DISEMBER 2015

Tambah manis, buku tersebut berjaya meraih gelaran 'National Bestseller Book' di negara kelahirannya itu.
Buku hasil tulisan Jean-Marie Roughal yang berjudul My Life as a Panhandler: A Life on the Streets (Je Tape La Manche: Une Vie Dans La Rue) bercerita mengenai kehidupannya sejak kecil diabaikan ibu dan dibesarkan bapanya seorang kaki botol.
Sehingga kini sebanyak 50,000 naskhah buku biografi hasil tulisannya itu yang berkisarkan kepada kisah benar kehidupannya di jalanan berjaya dijual sejak ia dilancarkan beberapa bulan lalu.
Walaupun kini Roughol, 47, mampu untuk hidup senang lenang hasil jualan laris bukunya itu, namun dia tetap memilih untuk terus menjalani kehidupan sebagai seorang gelandangan.
Roughol menjalani kehidupan sebagai gelandangan selama 27 tahun di bandar Paris. - Telegrap

Tuesday, December 22, 2015

Sungai terpendek di dunia



SUNGAI 
Tamborasi didakwa sebagai sungai terpendek di dunia.
Panjang sungai ini hanya 20 meter sahaja dan terletak di Sulawesi Tenggara, Indonesia.
Ukuran mini tersebut membuat Tamborasi tidak kelihatan seperti sungai, melainkan seperti tasik.
Laman web ensiklopedia terbesar di dunia, Wikipedia juga mengakui catatan tersebut.
Untuk mencapai sungai mini tersebut, anda boleh mengaksesnya melalui jalan darat.
Jaraknya hanya kira-kira 9 kilometer dari bandar Kolaka. - Tripadviso
r

Potong rambut dengan pedang



LAZIMNYA
, pendandan rambut menggunakan gunting untuk memotong rambut pelanggannya.
Namun, berbeza dengan Alberto Olmedo, dia menggunakan pedang samurai, penyepit logam yang panas, kuku pemotong rambut dan penyumpit gas dengan suhu 1,300 darjah Celsius bagi menyempurnakan tugasnya.
Pendandan rambut luar biasa yang mempunyai sebuah salon di Madrid ini turut dianggap sebagai Edward Scissorhands dalam dunia sebenar.
“Saya menggunakan alat zaman pertengahan bagi memastikan potongan tepat dari setiap sudut. Satu-satunya cara untuk mendapatkan potongan yang sama kiri dan kanan adalah dengan memotong kedua-duanya secara serentak,” katanya.
Katanya lagi, kadang kala dia perlu menggunakan sedikit imaginasi untuk mendapatkan hasil yang positif. – Oddity Centra
l

Britain lahir 200 jutawan hartanah sehari


britain melahirkan lebih 200 jutawan segera setiap hari sepanjang
Bitain melahirkan lebih 200 jutawan segera setiap hari sepanjang tahun ini dalam industri hartanah ekoran peningkatan nilai hartanah di negara itu sehingga mencecah jutaan pound. Agensi
LONDON 21 Dis. - Sebanyak 200 orang jutawan segera berjaya dihasilkan di negara ini setiap hari sepanjang 2015 ekoran peningkatan nilai hartanah di Britain sehingga mencecah nilai jutaan pound.
Portal berita Mirror Online melaporkan, lebih 75,000 jutawan hartanah segera telah dilahirkan di Britain sepanjang tahun ini berikutan harga hartanah di negara ini terus melonjak naik terutama di luar kota London.
Sebuah laman web hartanah, zoopla.co.uk melaporkan, analisis yang dilakukan zoopla mendapati, jumlah pemilik rumah di Britain meningkat kepada 75,796 orang atau 14 peratus sejak Januari lalu, berikutan kenaikan nilai hartanahnya kepada satu juta pound atau lebih, sekali gus menjadikan pemilik kediaman berkenaan sebagai jutawan hartanah.
Peningkatan ini bersamaan dengan lebih 200 jutawan hartanah baru dicipta setiap hari.
Jurucakap Zoopla, Lawense Hall berkata: “Ia sesuatu yang menarik untuk melihat bahawa kawasan-kawasan seperti Timur England dan Yorkshire menyaksikan peningkatan peratusan yang lebih besar bilangan jutawan hartanah dalam tempoh 12 bulan lepas, berbanding kawasan selatan yang biasanya mendominasi pasaran setiap tahun.
Bagaimanapun, bilangan hartanah bernilai lebih satu juta pound di selatan mengatasi hartanah lain di seluruh Britain, dengan jumlah hartawan hartanah tertinggi dicatat di Westminster sebanyak 51,607 diikuti Kensington dan Chelsea (44,972).
“Dengan ekonomi yang bertambah baik dan kekurangan berterusan bekalan perumahan, ini terus memberi tekanan menaik terhadap harga rumah di semua peringkat pasaran dan telah melonjakkan penjualan hartanah melebihi 1 juta pound,” katanya.
“Satu tanda harga yang pernah dianggap bernilai eksklusif seperti rumah mewah atau rumah agam kini menjadi sesuatu yang biasa terutama di ibu negara ini,” ujarnya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/britain-lahir-200-jutawan-hartanah-sehari-1.171584#sthash.RaQAEDHm.dpuf

Monday, December 21, 2015

Pasu RM2.3 juta

Leicestershire: Sebuah pasu yang selama ini dijadikan barang perhiasan di sebuah rumah di sini dijual pada harga RM2.3 juta selepas didapati ia dibuat untuk seorang maharaja China.
Nilai pasu setinggi 30.5 sentimeter itu diketahui selepas pemiliknya meninggal dunia dan jurulelong dipanggil untuk menilai harta peninggalannya.
Mereka menyedari pasu yang disimpan di atas pendiangan di rumah di Leicestershire itu memiliki tanda mohor enam karektor, menunjukkan ia dibuat untuk Maharaja Qianlong antara 1736 dan 1795.
Ia dinilaikan pada RM190,000 tetapi dijual pada harga RM1.9 juta, tidak termasuk cukai dan yuran berjumlah RM400,000.
Jurulelong dari Hansons di Derbyshire, Adrian Rathbone berkata: “Pasu itu sudah bertahun-tahun terletak di atas pendiangan. Ia sudah pasti dilihat setiap hari oleh mereka yang berada di rumah itu. Tetapi mereka tidak tahu menilainya.
“Masyarakat Cina memang berminat membeli semula warisan mereka. Dan yang membeli pasu ini juga dari China.”
Pasu itu dihiasi dengan tujuh simbol yang didakwa boleh membawa nasib yang baik kepada pemiliknya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Disember 2015 @ 5:11 AM

PASU RM2.3 juta.

Bayi lebih cerdik, sihat jika dilahirkan ibu usia 30an


Gambar Hiasan.LONDON - UNITED KINGDOM. Ibu yang melahirkan anak mereka pada usia 30 tahun atau lebih dikatakan cenderung untuk memperoleh bayi yang lebih sihat dan cerdik, menurut sebuah kajian.
Manakala ibu yang melahirkan anak mereka pada usia 40 tahun atau lebih dikatakan cenderung untuk memperoleh bayi yang mempunyai masalah obesiti.
Memetik laporan portal antarabangsa, Metro.co.uk, kajian tersebut yang diterbitkan dalam jurnal bertajuk Biodemography dan Biologi sosial.
Memetik laporan itu lagi, kajian tersebut menyimpulkan bahawa usia ibu boleh memberi kesan kepada perkembangan anak-anak mereka.
Para saintis mendapati bayi yang berada dalam kandungan ibu yang berusia 30-an mempunyai tahap kognitif tertinggi.
Menerangkan keadaan tersebut, seorang pakar penyelidik, Dr Alice Goisis berkata, para ibu yang mengandung dan melahirkan anak pada usia 30-an mungkin lebih berpendidikan, mempunyai pendapatan yang lebih tinggi, mempunyai gaya hidup sihat dan lebih cenderung untuk berada dalam hubungan yang stabil.
Menurut Dr Goisis, kenyataan tersebut disokong oleh data yang diperoleh daripada kajian daripada Millennium Cohort iaitu satu program yang mengikuti perkembangan 18,000 kanak-kanak di United Kingdom.

Beri bonus RM428,852


Syarikat minyak hargai pekerja dengan ganjaran lumayan

Syarikat Hilcorp pernah memberi pilihan kepada pekerja sama ada
Syarikat Hilcorp pernah memberi pilihan kepada pekerja sama ada mahukan wang tunai RM214,426 atau sebuah kereta sebagai bonus pada tahun 2010. AGENSI
TEXAS 20 Dis. - Sebuah syarikat penerokaan, pengeluaran minyak dan gas asli mengambil keputusan untuk memberikan bonus sebanyak AS$100,000 (RM428,852) kepada setiap orang pekerjanya sempena perayaan Krismas.
Laman web Oddity Central me­laporkan, bonus tersebut diberikan oleh Hilcorp kerana syarikat ber­kenaan berjaya menjana pendapatan lumayan sepanjang tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Jeff Hildebrand berkata, setiap 1,381 orang pekerjanya akan menerima wang bonus lumayan itu sebagai ganjaran kerja kuat mereka selama ini.
“Ini adalah hadiah yang sangat bermakna. Saya rasa kami sebagai pekerja telah memberikan segala-galanya kepada syarikat ini.
“Dengan hadiah seperti ini, tidak menghairankan jika Hilcorp diiktiraf sebagai satu daripada 100 buah syarikat terbaik dalam majalah Fortune untuk tiga tahun berturut-turut,” kata Amanda Thompson yang sudah berkhidmat dengan syarikat tersebut selama 10 tahun.
Kata Thompson lagi, ini bukanlah kali pertama syarikatnya memberi bonus yang mewah kepada pekerja kerana pada tahun 2010 syarikat pernah memberi hadiah yang tidak kurang lumayan.
“Pada tahun 2010 pihak pengurusan syarikat memberi pilihan kepada kami sama ada untuk memiliki sebuah kereta pada harga AS$50,000 (RM214,426) atau mahukan wang tunai sebanyak AS$35,000 (RM150,098),” ujarnya lagi.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/beri-bonus-rm428-852-1.171163#sthash.zhi6puTd.dpuf

Sunday, December 20, 2015

Kajian mengapa kita ditegah dari melewatkan solat


Ditanya Nabi SAW, apakah amalan yang sebaiknya, maka bersabda Nabi : Solat di awal waktunya” ( Riwayat oleh At-Tirmidzi dan Abu Daud, Al-Albani menshohihkannya)
Nabi SAW bersabda. Ertinya : “Tangguhlah sehingga sejuk bagi solat zohor, kerana… kekuatan panas (matahari) adalah dari bahang neraka jahannam.” ( Hadith shohih riwayat Al-Bukhari).
 
SUBUH
Waktu solat subuh adalah dimulai setelah terbit fajar shadiq sampai terbitnya matahari.
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi …warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi. 
ZUHUR

Waktu solat zuhur adalah dimulai sejak matahari tergelincir ke barat dan berakhir di saat bayangan sesuatu benda seperti kayu panjang itu sama betul panjangnya dengan kayu tersebut.
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq &… dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?
ASAR
Waktu solat asar adalah dimulai setelah waktu Zuhur tamat, iaitu ketika bayangan sesuatu benda seperti kayu panjang, sama panjang dengan bendanya dan berakhir setelah matahari terbenam.
Warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu …). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita ;) 
MAGHRIB

Waktu solat mahgrib adalah dimulai setelah terbenamnya matahari dan berakhir apabila mega merah telah hilang dan tidak kelihatan.
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka bergema dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la …) kerana banyak interference(pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang. 
ISYA’

Waktu solat isya’ adalah dimulai setelah hilangnya mega merah sampai terbitnya fajar shadiq iaitu subuh.
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail. 

Kisah Tassawuf dan tareqat digeruni dajjal, orang kafir dan pengikutnya:



Kenapa dajjal, eropah, freemason,illuminati sangat benci kepada ilmu tasawwuf dan tareqat..???

Sebabnya, tasawwuf mengajarkan kita penyucian hati dan taqarrub (dekat) dengan Allah dan apabila hati suci dan dekat dengan Allah, maka nusrah (pertolongan Allah) akan terzahir seperti yang berlaku kepada para Sahabat Nabi SAW yang hanya dengan 313 tentera dalam keadaan kelengkapan yang kurang, dapat hancurkan 1000 tentera kafir yang lengkap bersenjata pada perang badar, begitu juga yang berlaku kepada Sayyidina Khalid Al-Walid r.a, hanya dengan membawa 59 orang tentera dari para Sahabat, mereka dapat menghancurkan tentera Rom seramai 60 000 orang yang lengkap berbaju besi dan bersenjata canggih.

Sejarah telah membuktikan peperangan demi peperangan Islam dengan kafir adalah asbab amalan-amalan mendekatkan diri kepada Allah SWT yang para Ulama' namakan dengan ilmu "Tasawwuf" dan aqidah yang shohih iaitu aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang disusun melalui mazhab oleh Asya'irah dan Maturidiyyah. Cuba baca sejarah Sultan Salahuddin al-Ayubi yang merupakan seorang sufi (ahli tasawwuf) dan berakidah Asy'ari dan bermazhab Syafi'e, baca sejarah sultan Muhammad al-Fatih yang juga seorang sufi dan bermazhab Hanafi dan berakidah maturidi dan ramai lagi para Mujahid lain.

Begitu juga peperangan moden seperti perang Afghan dengan Russia yang lengkap bersenjata dapat dikalahkan oleh orang Afghan yang pakai senjata murah tapi mereka bermazhab hanafi, beraqidah maturidi dan ahli tareqat (sufi) chisty dan lain-lain tareqat maka tentera lengkap bersenjata itu hancur lebur. Begitu juga dengan para mujahid chechen yang menentang Russia juga dalam keadaan kelengkapan perang yang sedikit tetapi mereka bermazhab Syafi'e, beraqidah Asy'ari dan mengikut tareqat naqshabandi, dan mereka hancurkan musuh dengan zikir.

Di tanah Melayu juga, para pejuang Melayu yang menentang orang kafir penjajah semuanya bermazhab Syafi'e, beraqidah Asy'ari dan Ahli Sufi. Kepada yang biasa dengan sejarah Islam, tentu tahu kisah Nabi Sulaiman a.s. yang mahukan istana Balqis dibawa ke depannya lalu jin ifrit memnawarkan diri untuk bawa, tapi masa yang dia perlukan agak lama, kemudian seorang ahli ibadat yang merupakan seorang sufi mempelawa untuk bawa istana tersebut hanya dengan sekelip mata.

Sejak dari hari itu syaitan, jin,dajjal, iblis sangat ANTI kepada Ahli Sufi kerana "teknologi" mereka lebih hebat. Ahli sufi yang memang terkenal sebagai jemaah zikir yang sangat digeruni dajjal dan pengikutnya kerana nusrah Allah sentiasa bersama mereka kerana Allah berfirman mafhumnya ingatlah aku maka pasti aku akan mengingatiMu.

Dajjal dan illuminati berusaha keras untuk hapuskan fahaman sufi dan tareqat dari umat Islam tapi selama ratusan tahun mereka tidak berjaya. Akhirnya mereka sedar yang jemaah sufi tidak boleh dihapuskan dengan kekerasan tentera sepertimana mereka tidak boleh hapuskan para Sahabat dengan kekerasan.

Selepas itu apa yang dajjal cuba lakukan..???

1) Mereka jauhkan Ahli Sufi dengan amalan-amalan sufi mereka dengan memperkenalkan pelbagai hiburan, politik, wang dan sebagainya sehingga umat Islam pun leka dan sibuk hendak berpolitik juga. Sedangkan sejak dahulu kaum Sufi sangat terkenal dengan prinsip zuhud yang tidak ada kebesaran dunia dalam hati seperti hiburan, politik, wang dan lain-lain lagi. Bila Ahli Sufi dijauhkan dari amalan sufi, maka Allah tidak akan membantu mereka lagi lalu mereka dihancurkan oleh tentera kafir.

2) Dajjal dan illuminati tahu mereka tidak dapat fitnah kaum sufi kerana mereka orang kafir, tidak ada orang Islam yang akan percaya mereka, maka mereka wujudkan 3 jemaah seperti yang diceritakan oleh Syeikh Ramadhan al-Butti iaitu jemaah wahabi untuk menyesatkan benua arab,
jemaah qadiani untuk menyesatkan benua india dan jemaah baha'iyyah untuk sesatkan benua asia.

ketiga-tiga jemaah ini wujud secara serentak dalam satu masa dan mereka berjaya menyesatkan umat Islam secara besar-besaran.

Tapi di Nusantara, jemaah bahaiyyah tidak berjaya sesatkan bangsa Melayu yang beragama Islam kerana bangsa Melayu yang beragama Islam sangat terkenal berpegang teguh pada mazhab Syafi'e, aqidah Asya'ari dan amalan-amalan Sufi. Zikir-zikir mereka sentiasa bertalu sehingga ke hari ini.

Tapi di benua Arab, dajjal berjaya menapak di sana dengan membawa fahaman wahabi. Jadi jangan hairan lah kenapa budak-budak wahabi sangat elergi dan anti dengan tareqat, sufi, zikir dan tasawwuf. Kini di Nusantara jemaah bahaiyyah yang gagal telah diganti dengan jemaah wahabi dan budak-budak wahabi berusaha keras untuk hapuskan amalan-amalan sholeh di Nusantara dengan alasan bid'ah, kufur, syirik, tahayul, dan bla bla bla... Zikir selepas solat pun dituduh bid'ah dan masuk neraka.

Kini jemaah sufi semakin pudar kerana fahaman wahabi telah menyusup, dan bila ahli sufi mula terpedaya dengan tipu helah wahabi, mereka akan tinggalkan zikir. Maka sekali lagi pada zaman milenium ini, dajjal menghantar tenteranya di negara-negara umat Islam untuk menyerang mereka dan terbukti jelas umat Islam telah dizalimi dengan teruk. Kerana mereka dulu yang berpegang teguh pada amalan-amalan sholeh, kini mereka tinggalkan kerana tipu helah wahabi yang mengatakan ia adalah perbuatan "bid'ah". Maka nusrah Allah pun hilang, dan tentera-temtera sufi seperti ikhwan muslimin yang diasaskan oleh imam Hasan Albanna yang bermazhab Hanafi, beraqidah asyari dan ahli tareqat tijani (tak silap saya) kini sudah mula tidak mahu bermazhab, menolak zikir, bida'ahkan orang lain sana sini dan mula pukul canang dengan slogan "islam itu mudah" dan mereka hanya mengikuti "al-qur'an dan as-Sunnah". Mereka sudah lupakan perjuangan asal imam Hassan Albanna yang pegang teguh pada manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Namun percayalah satu hari nanti Jemaah Ahli Sufi akan kembali diberi nafas baru, yang zuhud dan tiada kebesaran dunia dalam hatinya, dan hatinya penuh kebesaran hanya kepada Allah SWT dan mereka akan muncul seperti yang dikhabarkan dalam sebuah Hadith contohnya sebuah Hadith yang menceritakan bahawa umat Islam akan ditimpa bencana kemarau dan tiada makanan selama bertahun-tahun ketika dajjal datang, dan hanya pengikut dajjal sahaja yang dapat makanan kerana mereka mengikuti dajjal. Para sahabat bertanya apa makanan umat Islam yang tidak mengikuti dajjal ketika itu wahai Rasulullah..??? Nabi SAW menjawab ZIKIR.

Begitu juga dalam Hadith yang lain Rasulullah SAW khabarkan tentera-tentera Islam dari kalangan Ahli Sufi akan hancurkan musuhnya hanya dengan TAKBIR dan ZIKIR.

Tidak mungkin tentera-tentera Islam yang kuat bezikir ini akan datang dari kalangan wahabi kerana mereka mengkafirkan jemaah zikir dan mereka sendiri tidak berzikir kecuali zikir "bid'ah bid'ah bid'ah bid'ah bid'ah apa dalil apa dalil apa dalil apa sanad apa sanad tahyul tahyul tahyul khurafat khurafat syirik syirik syirik kafir kafir kafir" yang tidak pernah dicontohkan oleh Rasulullah SAW, atau para Sahabat mahupun mana-mana Salafus Sholeh.

Maka Jemaah Zikir yang manakah Rasulullah SAW maksudkan yang akan menghancurkan dajjal serta sekutunya..???

Semoga Allah tetapkan hati kita dan seluruh keluarga kita serta keturunan kita dengan "Zikirrullah" yang sangat digeruni oleh dajjal dan sekutunya.

Ameen... ya Rabb.

Syaikh Muhammad Wang Zi Ping







THE LEGEND OF GRAND MASTER WUSHU SYAIKH WANG ZI PING HE IS HUI MUSLIM
==================================

Wang Zi Ping ( 1881 - 1973 ) adalah seorang Ulama sekaligus Grand master Wushu

180 kilometer dari utara Ibu Kota China Beijing terletak Changzhou, tempat tinggal suku Hui. Hui adalah suku Muslim di Cina. Namun, selain Islam, ada hal yang menjadi kecintaan anggota suku, yakni tradisi seni bela diri.

Saat itu masjid-masjid, bagi suku Hui, bukan hanya tempat untuk beribadah, tapi juga medan latihan bagi grandmaster untuk menempa dasar-dasar Wushu kepada murid-murid yang antusias.

Seperti banyak Hui yang lain, Wang Ziping lahir di tengah keluarga miskin. Ayahnya bekerja sebagai petinju bayaran. Saat masih bocah, Ziping menunjukkan keinginan kuat belajar Wushu. Bela diri ini adalah identitas Hui. Tidak ada Hui--yang saat itu hanya senilai upah garam--akan berani menjalani hidup tanpa "Latihan Delapanbelas Pukulan Pertempuran" dan "Tinju Diagram Delapan" melekat pada tubuh dan pikiran.

Selain Wushu, Hui juga mendalami ajaran Islam. Dengan demikian kehidupan Hui adalah campuran antara buruh miskin, latihan keras dan spiritual mendalam. Kemampuan luar biasa mereka dalam Wushu bukan sesuatu yang datang sekejap mata.

Begitu pula yang dialami Ziping. Di tengah pelajaran mengaji Al Qur'an, Ziping juga harus mengangkat batu berat untuk membangun stamina, kekuatan dan galian parit yang kian lama kiat luas begitu kemampuannya melompat meningkat. Keseimbangan yang baik diasah dengan cara berbahaya. Zipping ditanam dalam tanah.

Saat itu pula Zipping membaca lantunan zikir. Kekuatan dan keseimbangannya pun bertambah berlipat ganda. Konsentrasi yang biasa dilakukan saat shalat sebagai tuntutan dalam Islam menjadi tulang punggung sesolid batu bagi gerakan mengalir Wushu.

Iklim di Changzou cukup sejuk ketika musim panas, namun dingin saat musim salju. Dalam bulan-bulan musim dingin salju jarang turun sehingga memungkina latihan tetap digelar. Zipping berlatih dengan seluruh elemen untuk membuat tangguh tubuhnya. Begitu ia menginjak usia 14 tahun, ia sudah bisa melompat lebih dari 3 meter dari posisi berdiri.

Sayang bocah dengan tubuh setegap pria dewasa dan kualitas petarung itu tak memiliki guru. Ayahnya yang keras kepala menolak memasukkan Zipping ke sekolah Wushu. Setengah putus asa mencari guru dan teman, ia jatuh ke dalam komunitas rahasia yang menyebut diri mereka "Jurus Kebenaran dan Keharmonian".

Akhirnya Wang Zipping memutuskan pergi dan mengembara ke selatan Jinan, di mana ia menjadi musafir yang tinggal di sebuah Masjid Besar. Dalam ruang utama masjid itulah, Zipping bertemu pria seperti dirinya, seorang petinju. Ia bernama Yang Hongxiu, grandmaster Wushu yang akhirnya menjadi gurunya.

Dan Zipping pun dengan serius mulai mempelajari gerakan burung dan mamalia, seperti elang menukik menyambar mangsa, gerakan kelinci melintas padang rumput, hingga lompatan jitu anjing menghindar dari bahaya. Ia menyerap semua karakter gerakan itu kemudian menciptakan gayanya sendiri. Stamina dan refleksnya yang kian berkembang, membuat Zipping tak hanya kuat tetapi juga cepat--sebuah kombinasi mematikan dalam Wushu.

Seorang dianggap Grandmaster ketika ia mampu menggunakan alat apa pun sebagai senjata. Pengembangan kemampuan ini adalah seni sekaligus kebutuhan dalam Wushu. Zipping, menjadi luar biasa fasih dengan semua senjata utama.

Gadis Brazil seiras Puteri Elsa


RIO DE JANEIRO 18 Dis. – Seorang gadis dari Brazil yang digelar sebagai ‘Elsa’ dari filem Frozen mendakwa, penampilannya adalah asli dan tidak menjalani sebarang pembedahan plastik serta berlapar untuk kelihatan kurus.
Andressa Damiani
Mail Online melaporkan, Andressa Damiani dari Blumena memiliki penampilan tidak ubah seperti anak patung dengan mata besar dan pinggang ramping, yang turut menyerupai patung Barbie.
Katanya, penampilan itu kadang-kala mengundang rasa takut orang ramai jika dia bersiar-siar di bandar.
“Masyarakat tidak mempercayai apabila saya menyatakan bahawa saya tidak menjalani sebarang pembedahan dan tidak berlapar untuk kelihatan kurus. Mereka kata saya menipu.
“Ada sesetengah daripada mereka berterus terang tidak suka dengan penampilan saya. Saya juga dapat lihat raut wajah orang ramai yang terkejut apabila melihat saya berjalan di hadapan mereka,” jelasnya.
Damiani turut popular di YouTube dengan video tutorial solekan antaranya satu rakaman yang memaparkan wajah asalnya yang berubah seperti anak patung selepas disolek.
“Saya tidak kisah apa orang lain kata, asalnya apa yang saya lakukan dapat menggembirakan hati saya,” ujarnya lagi.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/gadis-brazil-seiras-puteri-elsa-1.170500#sthash.o2uDiGdr.dpuf

Saturday, December 19, 2015

Kudung bukan penghalang cari rezeki


Kudung bukan penghalang cari rezeki
Lelaki berkenaan melukis menggunakan kakinya yang telah menarik minat ramai orang ramai.

CHONGQING - CHINA. Walaupun kehilangan kedua belah tangan, namun ia bukan penghalang seorang lelaki mencari rezeki sendiri dengan melukis menggunakan kaki.
Lelaki yang berusia 24 tahun yang namanya tidak didedahkan kehilangan kedua belah tangannya sejak dilahirkan namun dia tidak pernah berputus asa untuk mencari rezeki tanpa mengharapkan belas kasihan orang ramai.
Lelaki berkenaan dilihat melukis menggunakan kakinya di jalan di Chongqing yang telah menarik minat ramai orang untuk melihat kebolehannya itu.
Memetik China News, lelaki berkenaan mengambil masa lebih empat tahun untuk mempelajari teknik melukis menggunakan kaki yang kini menjadi sumber pendapatannya
.

Jalani pembedahan sambil main saksafon


Carlos Aguilera menjalani pembedahan sambil meniup saksafon

MALAGA - SEPANYOL. Seorang lelaki yang juga seorang pemuzik menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada otaknya sambil meniup alat muzik saksafon.
Carlos Aguilera, 27, memainkan beberapa muzik jazz seperti "Misty" ketika menjalani pembedahan yang mengambil masa kira-kira 12 jam.
Seramai 16 pakar pembedahan yang terlibat dalam pembedahan itu membiarkan lelaki berkenaan menjalani pembedahan dalam keadaan sedar untuk memastikan fungsi otaknya tidak terjejas terutamanya berkaitan percakapan, pendengaran dan pergerakan.
Jurucakap Hospital Wilayah Malaga berkata, teknik pembedahan ini merupakan kali pertama pernah dilakukan di Eropah
.

Jumpa ketulan emas bernilai AS$3.7 juta



SATU ketulan emas seberat 10.7 kilogram bernilai AS$3.7 juta. - AGENSI


SYDNEY, Australia – Satu ketulan emas seberat 10.7 kilogram bernilai AS$3.7 juta (RM15.8 juta) ditemui semula selepas tersimpan di dalam sebuah kotak wiket untuk menyimpan permainan kriket selama bertahun-tahun.
Ketua Menteri New South Wales, Mike Baird mendedahkan bagaimana turutan kejadian pelik yang menyebabkan ketulan emas sebesar buku roti yang diamanahkan kepada Perbendaharaan New South Wales itu ‘tersorok’ di depan mata.
“Seseorang secara teliti menyimpan emas itu dalam sebuah kotak. Masalahnya, mereka lupa untuk memberitahu sesiapa dan kotak itu menjadi peralatan untuk menyimpan alatan sukan kriket amatur,” jelas Baird.
Emas itu ditemui selepas seorang kakitangan jabatan berkenaan membuat keputusan untuk membuka kotak tersebut dan terperanjat apabila menemui ketulan emas yang digali di bandar Maitland pada 1887 itu.
Baird telah meminjamkan ketulan emas itu kepada Muzium Australia di Sydney Selasa lalu untuk pameran selama empat hari di samping mengarahkan jabatan perbendaharaan tersebut membuka semua kotak dalam simpanan mereka.
Ketulan emas itu pada asalnya dibeli Jabatan Perlombongan New South Wales pada tahun ia ditemui dan disimpan untuk memperingati kemuncak kegemilangan perlombongan emas abad ke-19. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1219&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3uiIW09DN 
Hakcipta terpelihara 

Lelaki cipta katil kalis gempa bumi


Katil kalis gempa bumi yang dilengkapi bekalan makanan dan air
Katil kalis gempa bumi yang dilengkapi bekalan makanan dan air dipercayai dapat mengurangkan jumlah kematian setiap kali bencana itu berlaku. AGENSI
BEIJING 18 Dis. – Seorang pereka cipta China merancang untuk membangunkan katil kalis gempa bumi yang dipercayai dapat memberi penyelesaian mengurangkan jumlah kematian setiap kali bencana itu berlaku.
Katil yang diperbuat daripada logam itu direka Wang Wenxi selepas dua kejadian bencana sama yang meragut kira-kira 87,000 nyawa di Wenchuan pada 2008, manakala hampir 2,700 orang maut dalam gempa di Yushu pada 2010.
Meskipun Wenxi telah mendapatkan paten bagi pembangunan katil itu pada 2010, namun dia hanya mendedahkan video konsep terbaharu kelengkapan berkenaan di laman perkongsian YouTube, baru-baru ini.
Akhbar The Telegraph melapor­kan, katil itu mampu bertindak balas terhadap gegaran dengan melindungi individu yang berada di atas tilam ke dalam ruang bawah katil, sekali gus menjadikannya seperti sebuah kotak besi mini.
Individu yang berada di dalam kotak besi itu hanya perlu menunggu di dalam struktur yang dianggap seperti sebuah bilik panik kecil tersebut sehingga bantuan tiba.
Bagaimanapun, mereka yang berada di dalam ruang kecil itu tidak perlu risau kerana katil kalis gempa tersebut turut dilengkapi dengan ruang penyimpanan air, makanan dalam tin, dan beberapa keperluan lain.
Namun, video itu tidak menunjukkan bagaimana individu yang berada di dalam kotak tersebut dapat keluar sekiranya kelengkapan berkenaan dihempap serpihan konkrit besar.
Bercakap kepada media pada 2010, Wenxi berkata, gempa bumi di Wenchuan dan Yushu mengakibatkan kemusnahan besar di China dan kejadian itu mendatangkan idea kepadanya.
“Oleh itu, saya berfikir tentang sesuatu perkara yang boleh saya lakukan dengan mencipta sesuatu yang dapat mengurangkan kematian,’’ katanya.
Jelas pereka itu, katil tersebut sesuai untuk kegunaan di rumah banglo dan pangsapuri yang diperbuat daripada batu bata dan kon­krit.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/lelaki-cipta-katil-kalis-gempa-bumi-1.170506#sthash.6XdeKhEn.dpuf

Friday, December 18, 2015

Gadis teruja jumpa ‘kembar seiras’


Shannon Lonergan dan Sara Nordstrom kelihatan seperti kembar seiras.
Shannon Lonergan dan Sara Nordstrom kelihatan seperti kembar seiras. Agensi
LONDON 17 Dis. – Bagaimana reaksi anda dan ahli keluarga jika dipertemukan dengan seseorang yang memiliki paras rupa seiras anda?
Itulah yang terjadi apabila dua orang gadis bernama Shannon Lonergan dan Sara Nordstrom dipertemukan baru-baru ini, sehinggakan bapa kepada Lonergan tidak dapat mengenali anak pe­rempuannya.
Lonergan, 21, yang berasal dari Ireland dan Nordstrom, 17, dari Sweden dipertemukan di Dublin baru-baru ini selepas kedua-dua­nya mendaftar dalam laman po­pular Twin Strangers yang diper­kenalkan awal tahun lepas yang mempertemukan individu dengan wajah seiras di seluruh dunia.
Akhbar Daily Mail melaporkan, kedua-dua gadis itu bukan sahaja kelihatan seperti kembar, malah senyuman, kelakuan, serta penampilan mereka juga hampir sama.
Menurut Lonergan, pada awalnya, dia resah dan tidak sedap hati apabila diberitahu akan dipertemukan dengan ‘kembarnya’.
“Namun, apabila saya melihat wajah Nordstrom, saya bukan sahaja terkejut dan hairan kerana seolah-olah melihat diri sendiri dalam cermin, tetapi rasa takut itu bertukar menjadi teruja.
“Kami duduk sehari suntuk bercakap tentang diri masing-masing dan baru kami sedar, persamaan kami terlalu banyak,” katanya.
Nordstrom yang juga penuntut sekolah tinggi berkata, dia merasakan seperti sudah lama mengenali Lonergan.
“Memang benar dakwaan ada tujuh orang yang serupa dalam dunia ini.
“Kami berdua seperti kembar, mempunyai minat dalam sukan yang sama. Kami seperti sudah lama kenal, seperti adik-beradik kembar,” ujarnya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/gadis-teruja-jumpa-8216-kembar-seiras-8217-1.170054#sthash.pSvDiQkq.dpuf