Pages

Wednesday, February 25, 2015

Warga emas bersubahat bunuh 1944 tahanan Nazi


BERLIN – JERMAN. Seorang warga emas berusia 94 tahun dihadapkan ke mahkamah di Jerman baru-baru ini atas pelbagai tuduhan membabitkan 3,681 dakwaan bersubahat membunuh tahanan semasa suspek berkhidmat di sebuah kem Nazi.

 Jurucakap pendakwa di Bandar Schewerin, Stefan Urbanek berkata, suspek yang tidak dinamakan itu merupakan bekas sarjan yang berkhidmat sebagai pegawai perubatan di sebuah kem hospital yang dikendalikan oleh unit separa tentera di Auschwitz.

 “Semasa bertugas di kem itu, suspek didakwa membantu membunuh tahanan kem melibatkan 1944 tahanan.

 “Suspek merupakan salah seorang daripada 30 bekas kakitangan di Auschwitz yang didakwa dan digesa untuk diambil tindakan oleh pendakwa negeri di bawah undang-undang Jerman baharu,” katanya seperti yang dipetik menerusi portal The Independent, semalam.

Bagaimanapun, berkata kepada sebuah akhbar baru-baru ini,  Peguam suspek, Peter-Michael Diestel menegaskan bahawa pihak pendakwaraya tidak mempunyai bukti yang konkrit dalam memperkukuhkan tuduhan ke atas kliennya.

Awal bulan Februari, seorang bekas pengawal kem Nazi dihadapkan ke mahkamah atas pelbagai tuduhan membabitkan 300,000 dakwaan bersubahat membunuh.

Bekas pengawal kem Nazi itu akan menyambung perbicaraannya di mahkamah April ini.

Tak suka teman lelaki, kurung anak 6 tahun


Tak suka teman lelaki, kurung anak 6 tahun
Zhang Qi
HUBEI - CHINA. Seorang wanita dikurung dan dilayan seperti binatang selepas ibu dan bapanya tidak menyukai teman lelaki anak perempuan mereka itu.

Pada 2009, Zhang Qi, 24, disuruh berpisah dengan teman lelakinya dan dikurung di sebuah pondok.

Menurut Mirror UK, Zhang cuba melarikan diri beberapa kali sebelum itu namun berjaya ditangkap ibu bapanya.

Ibu dan bapanya kemudian memberitahu orang kampung bahawa anak perempuan mereka sakit jiwa dan mula mengurungnya.

Polis memulakan siasatan selepas beberapa keping gambar Zhang yang hidup terseksa tersebar di internet.

Pulih selepas kulit kepala terkoyak

Pulih selepas kulit kepala terkoyak
Petra Novotna
TRESMONA - CZECH. Seorang wanita berjaya sembuh walaupun separuh kulit kepalanya terkoyak dan menampakkan separuh tengkorak.

Menurut Mirror UK, dalam kejadian awal Februari itu, Petra Novotna, 27, sedang menggunakan mesin pengorek lubang apabila rambutnya tersangkut pada mesin tersebut.

Selepas beberapa saat, mesin tersebut menggulung rambut Novotna dan mula menarik kulit kepala mangsa, menyebabkan ia terkoyak.

Novotna yang merupakan seorang ahli bomba sukarelawan dihantar ke hospital dalam keadaan kritikal oleh jiran selepas terdengar jeritan perempuan malang tersebut.

Menurut doktor, separuh tengkorak Novotna terdedah dan kulit kepalanya yang sudah terpisah tidak dapat disambungkan.

Doktor kemudian menggunakan kulit dari lengan dan kaki Novotna untuk menggantikan kulit kepalanya.

Selepas beberapa minggu, Novotna berjaya sembuh dan akan dibenarkan pulang ke rumah.

Tetap popular lepas 1,009 minggu

Mumbai: Filem popular Bollywood, Dilwale Dulhania Le Jayenge yang dijadualkan dihentikan tayangannya di sebuah panggung di bandar ini selepas 1,009 minggu diteruskan selepas orang ramai membantah keputusan itu.
Filem komedi romantik yang membawa maksud ‘Si Berani Larikan Pengantin’ pertama kali ditayangkan di panggung Maratha Mandir, Mumbai, pada 20 Oktober 1995. Ketika itu, bintangnya Datuk Shah Rukh Khan masih belum popular.
Ia menjadi antara filem blockbuster Bollywood paling popular, namun selepas sambutan minggu ke-1,000 tayangannya, panggung itu memutuskan untuk menamatkannya disebabkan semakin kurang penonton.
Bagaimanapun, pengumuman tarikh akhir penayangannya menimbulkan bantahan mendesak ia terus ditunjukkan, kata syarikat penerbitan filem, Yash Raj Films dalam satu kenyataan. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Februari 2015 @ 7:27 AM


ADEGAN daripada filem Dilwale Dulhania Le Jayenge.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/32698#sthash.zuqTw4cJ.dpuf

Nelayan pancing ikan keli terbesar


Nelayan Dino Ferrari bergambar bersama ikan keli Wels yang berjaya
Nelayan Dino Ferrari bergambar bersama ikan keli Wels yang berjaya dipancingnya di perairan Po Delta, Itali. – AGENSI
ROM 24 Feb. – Seorang nelayan berjaya menangkap seekor ikan yang dipercayai ikan terbesar yang berjaya ditangkap menggunakan joran dan alat kekili di perairan Po Delta di Itali.
Ikan keli jenis Wels yang ditangkap Dino Ferrari pada minggu lepas itu adalah seberat 120 kilogram, namun ianya tidak memegang rekod sebagai ikan terbesar di dunia.
Menurut portal Mirror. UK ikan terberat di dunia seberat 139 kilogram dan 2.78 meter panjang berjaya dipancing di perarian yang sama tidak lama lalu, namun tidak dapat dikenal pasti bagaimana ikan tersebut ditangkap.
Ikan keli Wels ini mempunyai selera makan yang besar, ia dilaporkan suka membaham burung merpati yang terbang rendah.
Seekor ikan keli Wels mampu membesar sehingga lebih 300 kilogram, manakala panjangya boleh mencecah sehingga 2.78 meter. – AGENSI
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/nelayan-pancing-ikan-keli-terbesar-1.63109#sthash.WLQeKaW4.dpuf

Monday, February 23, 2015

Dialog Seorang Syeikh Dengan Seorang Guru tentang Rokok


rokok

GURU : “Syeikh, menurut saya rokok itu tidak haram.”
Syeikh : “Kenapa?”
Guru : “Tak ada dalilnya. Saya ingin tahu, satu ayat saja yang menyebutkan ‘diharamkan atas kalian rokok’.”
Syeikh : “Apakah Anda makan jeruk, apel, maupun pisang?”
Guru : “Iya.”
Syeikh : Apakah” ada ayat yang menyebutkan bahwa jeruk, apel maupun pisang itu halal?”
Guru : “Tidak ada.”
Syeikh : “Bagaimana tidak ada, bagaimana Al Qur’an tidak menyebutkan mana yang halal dan mana yang haram, padahal Qur’an itu pedoman umat. Coba perhatikan firman Allah Ta’ala dalam surat al-A’raf : (Yaitu) orang-orang yang mengikut Rasul, Nabi yang ummi yang (namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka, yang menyuruh mereka mengerjakan yang ma’ruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan MENGHALALKAN bagi mereka segala yang BAIK dan MENGHARAMKAN bagi mereka segala yang BURUK..(QS al A’raf 157).”
“Maka segala yang baik semisal daging, jeruk, apel, susu dan lain lain itu termasuk yang baik-baik sehingga termasuk yang dihalalkan. Adapun yang buruk-buruk, maka Allah mengharamkannya.”
Guru : “Menurut kami, rokok itu termasuk thayyibaat (yang baik-baik), meskipun menurut Anda tidak baik.”
Syeikh : “Anda punya istri?”
Guru : “Ya…”
Syeikh : “Anda punya anak?”
Guru : “Ya …”
Syeikh : “Jika kaulihat anakmu mengunyah permen, apakah kamu ridha?”
Guru : “Ya, tidak masalah…”
Syeikh : “Kalau kaulihat anakmu sedang menghisap rokok, apakah kamu ridha?”
Guru : “Tidak…”
Syeikh : “Kenapa?”
Guru : “Karena itu tidak baik (yakni termasuk sesuatu yang buruk).”
Syeikh : “Jika itu sesuatu buruk, bukankah masuk yang haram? Bagaimana pula jika yang merokok itu istrimu?”
Tiba-tiba sang guru mengeluarkan bungkusan rokok dari sakunya, ia meremas dengan tangannya lalu menginjak dengan kakinya, lalu ia berkata, “Mulai sekarang wahai Syeikh, saya bertaubat kepada Allah dari rokok.” [Sumber: http://abuthalhah.wordpress.com]

Banduan wanita jalani hukuman mati minta lapan menu makanan


GEORGIA 21 Feb. – Seorang wanita yang akan menjalani hukuman mati di negeri ini telah mengemukakan pelbagai menu makanan daripada pihak penjara sebagai permintaan terakhirnya, sebelum tiba tarikh hukuman ke atasnya dilaksanakan.
1

Agensi berita ABC News memetik kenyataan Jabatan Kesalahan Georgia sebagai berkata, Kelly Renee Gissendaner (gambar) berharap pihak penjara dapat menyediakan lapan jenis makanan yang dimintanya.
Makanan tersebut ialah burger keju, kentang goreng, air limau, aiskrim ceri vanila, bertih jagung, salad dan minuman susu.
Gissendaner dijatuhi hukuman mati pada 1998 atas kesalahan membunuh suaminya dan dia akan menjalani hukuman tersebut menggunakan kaedah suntikan pada 25 Februari ini.
Sebelum ini, pihak penjara Amerika Syarikat (AS) memenuhi setiap permintaan banduan yang dijatuhi hukuman mati untuk mendapatkan makanan yang lazat.
Namun, amalan itu dihentikan pada 2011 selepas seorang banduan, Lawrence Russell Brewer enggan makan makanan yang dipesannya daripada pihak penjara Texas.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/banduan-wanita-jalani-hukuman-mati-minta-lapan-menu-makanan-1.61977#sthash.8JyBnGoO.dpuf

Arab Saudi dilanda salji


22 Februari 2015 12:21 AM
snow in tabuk dec'13_7

Wilayah Al-Aqlan di Tabuk, Arab Saudi menerima taburan salji, semalam. – AGENSI


RIYADH 21 Feb. – Sebahagian besar wilayah Al-Aqlan di Tabuk, Arab Saudi menerima taburan salji semalam.
Kejadian itu dipercayai ekoran cuaca sejuk yang melanda Turki, Jordan, wilayah Palestin dan Lebanon.
Jurucakap media bagi Jabatan Pertahanan Awam Tabuk, Kolonel Mamdouh Al-Enzi berkata, pihak­nya sedang membuat persiapan menghadapi kemungkinan cuaca buruk.
Katanya, penduduk di daerah itu dinasihatkan supaya berhati-hati semasa memandu dan mengelak kawasan lembah dan kawasan berbahaya.
Salji dijangka meliputi beberapa kawasan di utara Arab Saudi mi­nggu ini termasuk di Al-Jouf, Rafah dan Tareef. - AGENSI
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/arab-saudi-dilanda-salji-1.61984#sthash.9WJmsFqk.dpuf

Imej UFO dirakam di pantai Cornwall


Kelibat UFO di Cornwall sempat dirakam baru-baru ini. – AGENSI
Kelibat UFO di Cornwall sempat dirakam baru-baru ini. – AGENSI
LONDON 22 Feb. – Sebuah objek terbang tidak dikenal pasti (UFO) dilihat berlegar-legar di ruang udara pantai Cornwall pada Selasa lalu, sekali gus mengundang misteri dalam kalangan saintis.
Imej objek tersebut sempat dirakam dan pakar sains kini menjalankan kajian bagi mengetahui rahsia di sebalik ‘pesawat’ misteri tersebut.
Pengasas badan UFO Cornwall, Dave Gillham berkata kepada portal West Briton, ‘pesawat’ itu berbentuk tiga segi, tapi pihaknya masih belum mengenal pasti apakah objek tersebut.
Menurut portal Daily Mirror, Kementerian Pertahanan sebelum ini pernah mewujudkan satu jawatankuasa untuk menyiasat penampakan UFO, namun membubarkannya pada Disember 2009 untuk menjimatkan perbelanjaan.
Satu kenyataan kementerian itu menjelaskan, keputusan tersebut dibuat selepas tiada bukti menunjukkan penampakan UFO membawa ancaman kepada United Kingdom.
Data tentang UFO kini dikumpulan badan bebas seperti Persatuan Penyelidikan UFO Britain.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/imej-ufo-dirakam-di-pantai-cornwall-1.62396#sthash.kSG3Nn4v.dpuf

Sunday, February 22, 2015

Harga rumah satu bilik RM1.2 juta?


Harga rumah satu bilik RM1.2 juta?
LONDON - BRITAIN. Bunyi macam mustahil namun, hakikatnya, harga rumah dengan satu bilik di tengah kota London ketika ini berharga £280,000 (RM 1.2 juta).

Bagaimanapun, dengan harga itu, adalah perkara biasa bagi mereka yang membeli rumah di bandaraya itu, lapor Metro.uk.

Bonus bagi pembeli rumah ini, mereka memiliki kediaman yang terletak di kawasan sedang membangun di Forest Hill, Tenggara London.

Menurut ejen hartanah, Kinleigh dan Folkard, binaan rumah ini disifatkan sebagai 'terang dan lapang dengan satu bilik tidur‎ dibina di antara Honor Oak and Peckham Rye’.‎

Pembinaan rumah kecil ini juga dikatakan telah mendapat kebenaran dan perancangan penuh dari Majlis Southwark.

Selain ruang tamu, rumah ini turut dilengkapi keperluan asas lain termasuk bilik tidur, bilik mandi dan taman di bahagian depan serta belakang rumah.

5 warga Timur Tengah disenarai pendek


5 warga Timur Tengah disenarai pendek
AMSTERDAM - BELANDA. Kira-kira 100 permohonan termasuk lima individu dari Timur Tengah telah disenarai pendek dalam pusingan ketiga untuk menyertai pengembaraan sehala ke planet Marikh.

Misi yang dianjurkan oleh syarikat bukan berasaskan keuntungan di Belanda, Mars One itu bertujuan untuk membuka penempatan manusia di planet merah tersebut menjelang 2023.

Difahamkan, lebih 200,000 permohonan telah diterima sejak tawaran itu dibuka pada April 2013.

Kesemua calon tersebut bakal berdepan satu lagi ujian saringan yang akan menyenarai pendek 24 nama calon akhir di mana mereka dibahagikan kepada empat kumpulan untuk menjalani latihan selama lapan tahun.

Pada Februari tahun lalu, Majlis fatwa Emiriyah Arab Bersatu (UAE) mengeluarkan larangan kepada umat Islam daripada mempromosi atau terlibat dalam misi tersebut kerana ia disifatkan sebagai berbahaya dan sama seperti 'membunuh diri'.

Kajian terbaharu Institut Teknologi Massachusetts (Mit) mendapati kumpulan angkasawan yang menyertai misi tersebut mungkin dapat bertahan hanya selama 68 hari. - Al-Arabiya

Saturday, February 21, 2015

Baju Modi RM2.5j

New Delhi: Sut dipakai Perdana Menteri India, Narendra Modi ketika menemui Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dengan jaluran monogram tertulis namanya dijual semalam dengan harga 43 juta rupee (RM2.5 juta).
Sut itu dibeli peniaga berlian Lalji Patel - juga berasal dari Gujarat seperti Modi - selepas memenangi bidaan diadakan semalam.
Sut itu dianggarkan bernilai lebih 1 juta rupee (RM59,000) dan diselar pembangkang kerana dianggap tidak sensitif kerana dilelong ketika jutaan rakyat India hidup dengan belenggu kemiskinan.
Pegawai Gujarat, Milind Toravane berkata, sut berkenaan dan barangan lain yang dijual sebenarnya hadiah diterima Modi selepas menjadi perdana menteri pada Mei tahun lalu.
Antara hadiah lain termasuk barangan perhiasan perak dan gangsa.
Wang hasil jualan akan digunakan untuk mencuci Sungai Ganges.
Sepanjang menjadi Ketua Menteri Gujarat dari 2001 hingga 2014, Modi kerap menjual barangan dihadiahkan kepadanya dengan wang jualan digunakan untuk program pendidikan kanak-kanak perempuan di negeri itu. -AP
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Februari 2015 @ 5:07 AM


BAJU yang dipakai Modi ketika menemui Presiden Amerika Syarikat.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/32097#sthash.EUY2rpm8.dpuf

Nelayan cipta alat pemanas badan sambil memancing


Aleks MIJATOVIC mencipta alat pemanas khas untuk mengelakkannya
Aleks MIJATOVIC mencipta alat pemanas khas untuk mengelakkannya dari kesejukan ketika memancing. – AGENSI
BELGRADE 20 Feb. – Seorang nelayan, bertindak kreatif mencipta sebuah alat pemanas mudah alih yang boleh dipakai seperti beg galas untuk memanaskan badan ketika memancing dalam cuaca sejuk.
Paling menarik, rekaan Aleks Mijatovic, 45, itu juga boleh digunakan untuk memasak hasil tangkapannya, sambil dia terus memancing.
Menurut portal Daily Mail, alat pemanas mudah alih itu dicipta daripada besi terbuang dan menggunakan arang batu sebagai bahan api.
“Saya selalu pergi memancing ikan pada waktu Subuh atau malam. Walaupun saya memakai baju tebal, pakaian itu tidak mampu melindungi saya dari kese­jukan”, katanya yang berasal dari Leskovac, selatan Serbia.
Mijatovic berkata, idea untuk membuat alat pemanas yang unik itu tercetus apabila dia bermimpi mempunyai ‘ketuhar’ mudah alih yang boleh dipakai seperti beg galas yang bukan sahaja mampu memanaskannya, malah memasak hasil tangkapannya.
Walaupun rekaan itu menjadi kebanggaan nelayan tersebut, penduduk kampung menyifatkan ciptaan Mijatovic sebagai berbahaya.
Rakannya, Ilija Kovacevic, 40, berkata, dia bimbang alat pemanas itu boleh mendatangkan bahaya kepada Mijatovic.
“Dia berkata, alat itu selamat dan boleh memanaskan badannya. Namun, saya tetap bimbang,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/nelayan-cipta-alat-pemanas-badan-sambil-memancing-1.61813#sthash.FvMD29PS.dpuf

Kerana sambal, suami 
penggal kepala isteri


Gara-gara dimarahi kerana menghabiskan sambal, Hendi sanggup bertindak
Gara-gara dimarahi kerana menghabiskan sambal, Hendi sanggup bertindak kejam memenggal kepala isterinya, Riska dalam pergaduhan di Jambi, baru-baru ini. – Gambar hiasan
SAROLANGUN, Jambi – Hanya kerana sambal, seorang suami sanggup bertindak kejam memenggal kepala isterinya sehingga putus dalam kejadian tragis di Desa Taman Bandung dekat daerah Paud, di sini baru-baru ini.
Ketua Polis Pauh, AKP Darmawan berkata, pembunuhan sadis itu berlaku di kebun milik pasangan suami isteri terbabit, Hendi, 35, dan Riska, 37, ketika waktu makan tengah hari.
Jelas Darmawan, pada awalnya mangsa dan suspek bertengkar selepas makan bersama, tetapi tindakan Riska memarahi suaminya kerana menghabiskan sambal, membuatkan Hendi berang sehingga bertindak melibas parang ke leher mangsa sehingga luka.
“Tidak cukup setakat itu, 
Hendi terus mengayunkan 
parang sebanyak dua kali lagi 
ke bahagian leher isterinya 
sehingga putus.
“Apabila selesai, Hendi ­meninggalkan lokasi kejadian dengan membawa kepala Riska dan me­ninggalkan tubuh mangsa,” katanya seperti yang dilaporkan portal berita Tribunjogja.
Polis kemudiannya dimaklumkan tentang hal tersebut oleh orang ramai dan bertindak menahan Hendra untuk tindakan lanjut.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/kerana-sambal-suami-8232-penggal-kepala-isteri-1.61729#sthash.VnV2Tp6X.dpuf

Monyet bakal jutawan


Suami isteri wariskan harta kepada haiwan peliharaan

Shabista memberi makanan kepada anak angkatnya yang juga merupakan
Shabista memberi makanan kepada anak angkatnya yang juga merupakan seekor monyet yang diberi nama Chunmun. – AGENSI
NEW DELHI 20 Feb. - Sepasang suami isteri hartawan India, mengambil keputusan menamakan seekor monyet sebagai waris tunggal harta bagi memastikan haiwan yang dianggap sebagai ‘anak’ itu hidup selesa selepas ketiadaan mereka nanti.
Brajesh Srivastava dan isterinya, Shabista tidak memiliki zuriat dan mengambil keputusan menjadikan monyet yang diberi nama Chunmun sebagai anak angkat mereka.
Srivastava merupakan pemilik sebuah syarikat penyiaran termasuklah kilang tepung dengan kesemuanya diberi nama Chunmun, manakala isterinya, Shabista merupakan seorang peguam terkenal.
Jelas lelaki itu, perkahwinannya dan isteri diaturkan keluarga dan hidup mereka sangat susah sehinggalah Chunmun muncul pada 2004.
“Orang ramai mungkin fikir kami sudah gila. Tapi itulah hakikatnya. Chunmun begitu bermakna dalam hidup kami.
“Saya tidak memiliki zuriat dan Chunmun adalah satu-satunya anak yang saya ada. Kami mahu pastikan hidupnya tidak terjejas sekiranya kami tiada nanti,” jelasnya.
Srivastava berkata, sekiranya monyet kesayangannya itu mati, segala harta yang diwasiatkan atas namanya akan digunakan bagi melindungi semua monyet di negara ini yang sering didera oleh manusia.
Bagaimanapun, jumlah harta itu tidak pula didedahkan. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/monyet-bakal-jutawan-1.61811#sthash.UR221NTl.dpuf

SALJI DI BAITULMAQDIS


Kawasan pekarangan Kubah As-Sakhrah di Kompleks al-Aqsa, Baitulmaqdis,
Kawasan pekarangan Kubah As-Sakhrah di Kompleks al-Aqsa, Baitulmaqdis, diselaputi salji berikutan cuaca sejuk melampau, semalam. - AFP
Cuaca sejuk melampau menyaksikan Baitulmaqdis di Palestin dan Bukit Height yang dikuasai tentera Israel di Syria, diselaputi salji setebal berpuluh-puluh sentimeter pada awal pagi semalam.
Laluan trafik ke Baitulmaqdis termasuk perkhidmatan bas, tergendala buat sementara waktu sehingga salji setebal 25 sentimeter itu dibersihkan.
Laman web jabatan kaji cuaca, Meteo-Tech meramalkan, cuaca sejuk, hujan, dan ribut diramal berlaku di Baitulmaqdis dan kawasan sekitarnya sehingga hujung minggu ini.
Selain lokasi itu, sebahagian besar Tebing Barat turut mengalami cuaca sejuk.
Salji juga dilaporkan berlaku di Lebanon dan Amman, Jordan sejak kelmarin.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/salji-di-baitulmaqdis-1.61820#sthash.Bgh7Eio1.dpuf

Friday, February 20, 2015

Air Terjun Niagara beku akibat cuaca sejuk

FENOMENA luar biasa apabila Air Terjun Niagara bertukar menjadi beku. - AGENSI


NEW YORK, Amerika Syarikat – Cuaca yang melampau menyebabkan Air Terjun Niagara menjadi beku selepas suhu jatuh pada paras 8 Celsius kelmarin.
Pengurus Komunikasi dan Perhubungan Awam kawasan air terjun tersebut, Michelle Blackley berkata, fenomena yang menakjubkan itu telah menarik banyak kunjungan orang ramai yang ingin menyaksikan sendiri keadaan air terjun tersebut yang sedang membeku.
“Berikutan air terjun itu yang cukup popular dan sering mendapat perhatian, ia telah menarik minat ramai pengunjung untuk menyaksikan sendiri keindahan air terjun tersebut ketika membeku,” katanya.
Cuaca sejuk itu dikatakan akan berterusan dan berkemungkinan besar seluruh bahagian timur termasuk sebahagian Florida akan dilanda suhu melampau yang jatuh bawah tahap beku.
Pejabat-pejabat kerajaan di Washington DC ditutup baru-baru ini ekoran ancaman salji tebal dan ais yang mengakibatkan perjalanan menggunakan kenderaan bertambah sukar, manakala Coleman, Kentucky dikatakan dilanda salji paling teruk. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0220&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3SFaxBniN 
Hakcipta terpelihara 

Jam tangan RM16 dijual RM94,000


Jam tangan RM16 dijual RM94,000
ARIZONA - AMERIKA SYARIKAT. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Itulah yang dapat digambarkan apabila seorang lelaki yang membeli jam tangan berharga cuma RM16 dan kemudian menjualnya semula dengan harga RM94,000.



Zach Norris pada mulanya ingin membeli beg golf di sebuah kedai barangan terpakai, tetapi kemudian mendapati seutas jam tangan vintaj Jaeger-LeCoultre 1959 dijual pada harga RM16.



Zach berkata, dia kemudiannya menjual jam tersebut dengan harga RM94,000 di sebuah laman web pengumpul jam tangan Hodinkee.com.



"Hanya 900 utas jam tangan ini di buat," katanya dipetik Metro.co.uk.



Tambah Zach, duit hasil jualan tersebut akan digunakan untuk menampung perbelanjaan perkahwinannya.

Harga teddy bear setaraf kereta mewah?


Harga teddy bear setaraf kereta mewah?
MEMILIKI patung beruang atau teddy bear merupakan impian bagi yang menyukai boneka berbulu tebal ini.

Tetapi siapa sangka harga satu patung beruang yang dikeluarkan oleh salah sebuah syarikat pembuat patung ini mampu menyamai harga sebuah kereta mewah?

Dibuat dari syarikat Steiff di Jerman, patung beruang yang berharga mencecah sehingga RM 298,124.24 itu merupakan jenis patung beruang pertama yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut.

Syarikat Steiff yang didakwa sebagai kilang pengeluar patung beruang pertama itu mengeluarkan patung tersebut bersempena dengan ulang tahunnya yang ke-125.

Menurut sumber dari portal luar negara, patung beruang tersebut diperbuat daripada benang emas, manakala mulut patung itu diperbuat daripada emas tulen.

Manakala matanya pula dihias dengan permata.

Menurut syarikat tersebut, patung tersebut dikeluarkan dalam kuantiti yang sedikit berikutan harganya yang terlalu mahal dan tidak ramai mampu membelinya.

Lukisan paling mahal di dunia


Lukisan paling mahal di dunia
SEBUAH lukisan abad ke 19 telah dijual pada harga RM813 juta dalam satu lelongan baru-baru ini dan dipercayai lukisan paling mahal di dunia.

Lukisan yang diberi nama Nafee Faa ipoipo (bilakah anda akan berkahwin?) adalah sebuah lukisan tahun 1892 yang memaparkan dua orang wanita Tahiti.

Lukisan ini dilukis Paul Gauguin dan beliau menghabiskan masa menyiapkan lukisan di sebuah pulau pada abad ke 19.

Bekas pemilik lukisan tersebut, Rudolf Staechelin mengesahkan penjualan tersebut.

Apabila ditanya mengapa baru menjual lukisan itu, dia menjawab "ia adalah kerana kami mendapat tawaran yang lumayan," katanya dipetik Metro.co.uk.

Bagaimanapun, Rudolf enggan mendedahkan identiti pembeli tersebut tetapi dipercayai di jual kepada seorang jutawan minyak dari Qatar.

Sebelum ini, sebuah lukisan pernah dijual pada harga RM702 juta.