Pages

Tuesday, October 14, 2014

Cakera bibir terbesar dunia


Cakera bibir terbesar duniaKETIKA sekumpulan kru filem dari Australia diketuai sinematografer Abrahem Joffe membuat penggambaran di sebuah kawasan terpencil selatan Ethiopia, mereka menemui seorang gadis yang mempunyai cakera bibir terbesar di dunia.

“Ketika kami sedang membuat lawatan bersama beberapa pemandu tempatan, kami menemui gadis yang sangat aneh. Saya adalah seorang peminat Rekod Dunia Guinness dan saya tahu apa yang dilihat adalah sesuatu yang luar biasa,”katanya kepada Mail Online .

Ataye Eligidagne, 20, memiliki cakera bibir dengan ukur lilit 60 sentimeter (cm) dan diameter 20 cm, iaitu dua kali lebih besar daripada saiz purata cakera bibir. Ukuran tersebut sekali gus mengalahkan Rekod Dunia Guinness sebelum ini dengan diameter 15 cm.

Difahamkan, baru-baru ini kerajaan Ethiopia mengambil langkah untuk mengharamkan penggunaan cakera dan kekerapan generasi muda yang menggunakan cakera tersebut juga semakin berkurangan. 

Trek atas bumbung


Trek atas bumbungSEBUAH sekolah rendah di Tintai di wilayah Zhejiang, China terpaksa membina trek olahraga di atas bumbung kerana kekurangan tanah di sekitar sekolah itu.

Guru Besar sekolah tersebut, Qiu Tianguo berkata, pembinaan trek 200 meter itu adalah untuk memenuhi keperluan 1,600 pelajar untuk subjek pendidikan jasmani lapor Daily Mail.

Bagi memastikan keselamatan pelajar, ia dibina dengan tiga lapisan pelindung di mana lapisan paling luar adalah dinding kaca setinggi 1.8 meter, dan bahagian paling dalam berdekatan trek setinggi 1.2 meter.

Selain itu, terdapat juga beberapa kamera pengawasan bagi memantau aktiviti pelajar.

Menurut ketua arkitek Ruan Hao, keadaan atas tanah yang terhad tidak memberi ruang cukup kepada pelajar untuk membuat latihan di luar kelas. Justeru pihaknya memilih untuk mencuba konsep baharu iaitu taman permainan dan trek tidak semestinya berada di atas tanah.

Reka bentuk berkenaan telah mendapat pengiktirafan di seluruh dunia setelah mewakili China ke Pameran Senibina Vanice ke-14 tahun ini.

Pelancongan angkasa lepas


Pelancongan angkasa lepasINDUSTRI pelancongan kini melangkah setapak lagi dengan menawarkan percutian ke angkasa lepas selepas angkasawan Rusia, Yuri Gagari menjadi manusia pertama menyertai penerbangan bersejarah yang menjadi lambang kemajuan sains dan teknologi pada 1961.

Sejajar dengan usaha itu, firma swasta kini berlumba-lumba menyediakan perkhidmatan terbaik kepada mana-mana individu berkemampuan yang mahu merasai pengalaman melancong ke angkasa lepas dengan menaiki pesawat komersial yang berkelajuan seperti roket.

Mereka akan dibawa menaiki pesawat suborbital sehingga berada pada ketinggian kira-kira 100 kilometer (Garisan Karman) sebelum kembali ke bumi.

Ia turut memberi peluang kepada pelancong merasai keajaiban angkasa lepas termasuk pengalaman graviti kosong dalam tempoh beberapa minit.

Pakej pelancongan yang bernilai jutaan ringgit pula memberi peluang kepada individu untuk terbang lebih tinggi ke orbit rendah bumi dan berkunjung ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).

Perkembangan rancak industri pelancongan angkasa tersebut dilihat bakal memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat kerana kos percutian terbabit dikatakan akan menjadi lebih murah berbanding sebelum ini.

Wanita bawa beruang kutub di tengah bandar Tokyo



RAKAMAN video ini menunjukkan seorang wanita berjalan bersama seekor beruang kutub di sebatang jalan di Tokyo, Jepun baru-baru ini.


TOKYO – Satu klip video yang memaparkan seorang wanita bersama seekor beruang kutub berjalan dan melintas sebatang jalan yang sibuk di bandar ini mencetuskan persoalan kepada orang ramai di Jepun.
Video berkenaan yang dimuat naik di laman sosial Facebook baru-baru ini mencetuskan perdebatan sama ada haiwan ganas berkenaan adalah benar atau palsu serta tujuan video berkenaan dimuat naik.
Beberapa pengguna laman sosial berpendapatan haiwan itu bukan beruang kutub sebenar kerana kelihatan jinak dan tidak menghiraukan orang ramai yang berdekatan.
Banyak pengguna percaya video berkenaan merupakan satu promosi untuk satu persembahan oleh satu kumpulan dari Rusia yang dikenali sebagai Lalsh.
“Mustahil haiwan itu adalah beruang kutub sebenar kerana kelihatan jinak dan tidak berinteraksi dengan orang ramai di sekelilingnya,” kata seorang pengguna Facebook. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1014&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3G4ZhmaL8 
Hakcipta terpelihara 

Monday, October 13, 2014

Datuk 81 Tahun Tukar Jantina


Diterbitkan: Ahad, 12 Oktober 2014 4:46 PM
Ruth Rose kini bukan lagi James pada usia 81 tahun.

BEKAS pemandu arah pesawat Tentera Udara Diraja British menjadi individu paling tua di negara itu yang menjalani pembedahan tukar jantina pada usia 81 tahun.


Pembedahan bagi menukar penampilan James kepada Ruth Rose itu bagaimanapun menimbulkan pelbagai kritikan kerana usia lanjutnya.

Bagaimanapun, wanita itu berkata: "Saya sentiasa tahu saya berada dalam tubuh yang salah."

Ruth mengakui dia hanya ada satu kekesalan ketika melakukan pembedahan itu iaitu mengimpikan untuk memiliki payu dara yang lebih besar.

Tetapi, dia gembira kerana penantian sejak berusia lapan tahun untuk menjadi seorang wanita itu akhirnya menjadi kenyataan baru-baru ini.



Dahulu dia dikenali sebagai James, seorang duda beranak tiga dan juga datuk kepada empat cucu.

Dia kemudiannya mula menjalani kehidupan sebagai Ruth empat tahun lalu dan mula menerima terapi hormon wanita sebelum menjalani transfomasi dirinya menerusi pembedahan.

Pada Julai lalu, Ruth yang bertugas sebagai petugas kebajikan menjalani pembedahan untuk membuang organ seks lelaki.

"Saya merasakan diri ini lebih sempurna sekarang," katanya dengan Sunday People dalam temubual baru-baru ini.

Ruth yang mendapat sokongan doktonya berkata, setiap saat kini akan dinikmati sebagai seorang wanita, seperti mana yang diimpikan selama ini.

Berasal dari Newhaven, East Sussex, Ruth yang aktif dalam kegiatan kebajikan bercerai 11 tahun lalu.

"Ketika berkahwin, hidup saya di rumah sebagai seorang lelaki dan ketika keluar untuk bersama rakan, saya akan berpakaian seperti wanita," katanya.

Prosedua dan rawatan yang dijalani Ruth mencecah £4,000 dan dia adalah individu paling tua untuk melalui proses rumit itu.

"Pakar bedah memberitahu, melalui pembedahan seumpama itu mereka dapat menyelamatkan ratusan nyawa daripada membunuh diri," katanya.

Pembedahan bagi menukar penampilan James kepada Ruth Rose itu bagaimanapun menimbulkan pelbagai kritikan kerana usia lanjutnya.

Bagaimanapun, wanita itu berkata: "Saya sentiasa tahu saya berada dalam tubuh yang salah."

Ruth mengakui dia hanya ada satu kekesalan ketika melakukan pembedahan itu iaitu mengimpikan untuk memiliki payu dara yang lebih besar.

Tetapi, dia gembira kerana penantian sejak berusia lapan tahun untuk menjadi seorang wanita itu akhirnya menjadi kenyataan baru-baru ini.

Dahulu dia dikenali sebagai James, seorang duda beranak tiga dan juga datuk kepada empat cucu.

Dia kemudiannya mula menjalani kehidupan sebagai Ruth empat tahun lalu dan mula menerima terapi hormon wanita sebelum menjalani transfomasi dirinya menerusi pembedahan.

Pada Julai lalu, Ruth yang bertugas sebagai petugas kebajikan menjalani pembedahan untuk membuang organ seks lelaki.

"Saya merasakan diri ini lebih sempurna sekarang," katanya dengan Sunday People dalam temubual baru-baru ini.

Ruth yang mendapat sokongan doktonya berkata, setiap saat kini akan dinikmati sebagai seorang wanita, seperti mana yang diimpikan selama ini.

Berasal dari Newhaven, East Sussex, Ruth yang aktif dalam kegiatan kebajikan bercerai 11 tahun lalu.

"Ketika berkahwin, hidup saya di rumah sebagai seorang lelaki dan ketika keluar untuk bersama rakan, saya akan berpakaian seperti wanita," katanya.

Prosedur dan rawatan yang dijalani Ruth mencecah £4,000 dan dia adalah individu paling tua untuk melalui proses rumit itu.

"Pakar bedah memberitahu, melalui pembedahan seumpama itu mereka dapat menyelamatkan ratusan nyawa daripada membunuh diri," katanya.

Kuda 'ceroboh' ibu pejabat polis di Britain



SEORANG anggota polis cuba menghalau seekor anak kuda yang masuk ke sebuah ibu pejabat polis di Cheshire, Britain baru-baru ini. - YouTube


WINSFORD, Britain – Beberapa anggota polis di ibu pejabat polis di Cheshire di sini terkejut selepas seekor anak kuda tiba-tiba menceroboh bangunan berkenaan, lapor Mirror Online kelmarin.
Sebuah kemera keselamatan merakamkan aksi seekor kuda itu yang masuk ke bangunan berkenaan melalui pintu hadapan.
Seorang anggota polis yang menyedari kejadian tersebut cuba menghalau kuda berkenaan tetapi haiwan itu terus berkeliaran di dalam bangunan.
Bagaimanapun, seorang lagi anggota polis kemudiannya datang membantu dan berjaya membawa kuda tersebut keluar.
Seorang anggota polis yang memuat naik video berkenaan di internet memberitahu bahawa kuda itu berkeliaran selepas terlepas dari jagaan pemiliknya.
Haiwan itu akhirnya berjaya diserahkan kepada pemiliknya yang berada berhampiran banggunan berkenaan. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1013&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3FzZBwXOx 
Hakcipta terpelihara 

Ratu cantik biri-biri di Taif

SEEKOR biri-biri yang yang menyertai pertandingan ratu cantik di Taif, semalam.

Taif: Penternak dan ahli perniagaan Arab Saudi serta dari beberapa negara Arab lain semalam berkumpul di bandar ini untuk menghadiri acara terbesar ratu cantik biri-biri di rantau itu.

Acara itu hanya membabitkan biri-biri jantan dan betina paling cantik dan baka yang jarang ditemui.
Akhbar Ajel memetik penganjur acara itu, Mashaal Al Zahrani sebagai berkata, ia juga menjadi acara lelongan biri-biri terbesar pernah di adakan di Asia Barat.
Dia menjangka sejumlah besar wang akan terbabit dalam urusan jual beli sementara seekor biri-biri mungkin dijual dengan harga terendah SR410,000 (RM356,000). - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Oktober 2014 @ 5:09 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/1455#sthash.YdhLkiji.dpuf

Kasih sejati bawa ke mati

Italvino (kiri) dan Diva, meninggal dunia selang 40 minit. 


Brasilia: Selepas berkahwin selama 65 tahun, ikatan cinta sepasang suami isteri ini begitu kukuh hingga mereka meninggal dunia hampir serentak.
Italvino dan Diva Poss meninggal dunia di bilik sebuah hospital yang sama, selang 40 minit antara satu sama lain.
Italvino, 89, dirawat di hospital itu kerana menghidap leukemia sejak Ogos lalu.
Manakala Diva menjalani kemoterapi kerana ketumbuhan.
Minggu lalu, Diva meminta anggota keluarganya berkumpul selepas menyedari dia tidak akan hidup lebih lama.
"Dia berasa masanya sudah sampai dan mahu berjumpa dengan semua ahli keluarga.
"Datuk saya menerima rawatan di bilik sama. Mereka berbual kali terakhir dan kelihatan tenang," kata cucu mereka, Rafael Max.
Menurut laporan media, jururawat memindahkan Italvino ke katil kosong bersebelahan Diva dan mendekatkan katil berkenaan supaya mereka boleh berpegang tangan.
Italvino mati terlebih dulu.
"Selepas datuk meninggal dunia, emak saudara saya berbisik kepada nenek, mengatakan datuk pergi dengan tenang. Ketika itu nenek juga nampak lebih aman seolah-olah datuk sudah membuka pintu untuknya pergi bersama," kata Max.
Empat puluh minit kemudian, Diva pula meninggal dunia.
Pasangan berkenaan berkenalan di satu majlis tarian pada 1948.
"Datuk sentiasa berkata mereka sudah berkahwin lebih setahun sebelum itu kerana menganggap perkahwinan mereka terjalin dari hari pertama ketika mereka bertemu," kata Max lagi. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Oktober 2014 @ 5:09 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/1460#sthash.z4nRPhrf.dpuf

Sunday, October 12, 2014

KHUTBAH GEREJA MENGGEMPARKAN DARI IMAM BESAR KATOLIK ORTODOX (Dimitriv Smirnov)


Ia mngatakan masa depan Rusia akan mnjadi milik pemeluk islam yg berbicara di hadapan ratusan jemaatnya

“kalian lihat..ketika umat islam merayakan hari besar keagamaannya tidak satu pun orang yg berani melewati mereka karna di seluruh dunia di masjid-masjid dan jalan-jalan kota di padati jutaan ribu umat islam yg sedang bersujud kepada Tuhannya..”

“saksikanlah..barisan juta umat manusia yg beribadah dgn sangat teratur dan mngikuti shaf mereka masing-masing dan hal itu tidak perlu di ajarkan..mereka berbaris dgn tertib tanpa harus di perintah..”

“lalu dimana kalian..melihat pemeluk kristen seluruh dunia bisa beribadah bersama dan hal itu tidak ada dalam kristen..kalian tidak akan pernah melihatnya..”

Ujar Imam besar katolik ortodok di depan ratusan ribu jemaatnya seperti di kutip dari The World Buletin News-Rusia

“Lihatlah mereka..orang muslim kerap mmbantu dgn sukarela tanpa brharap imbalan tapi pemeluk kristen malah sebaliknya..”

“kalian tanyakan pada wanita tua itu (sambil menunjuk wanita yg lumpuh yg berada di gerejanya) menurut wanita tua itu seorang pengemudi muslim sering mnyediakan jasa transportasinya utk mngantarnya ke gereja di mokswa..”

“dan tiap wanita tua itu ingin mmberinya upah tapi pengemudi muslim selalu menolaknya dgn alasan bahwa islam melarang mngambil upah pada wanita lansia, jompo, dhuafa dan anak-anak yatim di berbagai panti dan yayasan..”

“dengarkanlah persaksiannya..padahal wanita tua itu bukan ibu atau kerabatnya tapi pengemudi muslim mngatakan dalam islam wajib mnghormati orang yg lebih tua apalagi orang tua yg lemah dan tak berdaya trsebut..”

“Keikhlasan pribadi pengemudi muslim trsebut tidak ada di temukan dalam pemeluk kristen yg mngajarkan kasih..tapi pengemudi kristen bisa tanpa belas kasih meminta upah atas jasa transportasinya pada wanita tua itu..dia mngatakan layak mndapat upah karna itu adalah profesinya sebagai jasa transportasinya..”

“seorang muslim justru lebih dekat dgn sang mesiah tapi orang kristen hanya ingin uang..apakah kalian tidak merasakan..?”

“bagaimana dalam prosesi penebusan dosa siapa aja harus mmbayar pada pendetamu entah itu miskin atau manula wajib memaharkannya sebagai ritual pengampunan dosa..”

Ratusan jemaat yg mngikuti misa imam besarnya hanya terdiam dan merenung

“saksikan juga..seorang muslim tidak tertarik utk mngambil upah pada orang-orang lansia..mereka begitu ikhlas dgn sukarela mmbawakan barang-barang serta belanjaan wanita tua itu..sampai sang wanita tua itu hendak berdoa ke gereja sang pengemudi muslim setia antar jemput wanita tua itu..”

“inilah kenapa saya mngatakan masa depan Rusia akan mnjadi mayoritas pemeluk Islam dan negri ini akan mnjadi milik islam..kalian lihat pribadi yg brbudi luhur dan santun mampu mmbuat dunia tercengang ternyata akhlak muslim lebih mulia daripada jemaat kristen..”

“Kalian mndengar bahwa islam di tuduhkan sebagai agama teroris tapi itu hanya isu belaka yg pada kenyataannya umat islam lebih mngedepankan tata krama serta kesopanan..”

“walau mereka di fitnah sebagai teroris tapi populasi jumlah mualaf di Eropa dan Rusia makin ramai berdatangan ke tempat ibadah orang muslim utk memeluk islam..karna para mualaf tahu betul bahwa islam tidak sekejam yg dunia tuduhkan..”

“sekarang dan selamanya di masa depan Rusia akan milik umat islam..di masa depan adalah kembalinya kejayaan islam..lihat populasi muslim di Rusia telah brjumlah 23 juta dan pemeluk kristen mngalami penurunan mnjadi 18 juta lalu sisa yg lainnya masih tetap komunis..”

“ini sebuah fakta bahwa islam sekarang mnjadi agama trbesar di Rusia..di utara bekas pecahan negara uni soviet mayoritas muslim yaitu republik Chechnya, Tarjikistan, kajakhstan, uzbeckistan dan dagestan..lalu umat islam telah mnjamah di kota-kota besar Rusia termasuk moskwa”

Ia mengakhiri khutbahnya dan turun ke mimbarnya dgn mata yg berair serta para jemaatnya masih trpaku dan haru..tidak mnyangka seorang imam besar katolik bisa mngagungkan orang muslim..sebagian jemaat ada yg menangis melihat cara ajaran islam ternyata berbudi luhur dan tidak layak di sebut Teroris..

Dari kiriman ustadz abu saad

Utk yg mau nonton langsung video nya:
Watch “Russian priest praises Muslims قس روسي يشيد باخلا…” on YouTube – Russian priest praises Muslims قس روسي يشيد باخلا…: 
Dakwah islam dimenangkan allah melalui akhlaq mulia, amal shalih dan komitmen pemeluknya terhadap ajaran Islam (seperti menjaga shalat berjamaah). Bukan dengan hinaan, menebarkan teror dan ancaman. Semoga menjadi pelajaran untuk kita semua (khusus nya saya pribadi)

Fosil ikan usia 100 juta tahun ditemui


Pakar Palaeontologi, Paul Stumkat meneliti fosil ikan kuno yang dijumpain di barat laut Queensland
Pakar Palaeontologi, Paul Stumkat meneliti fosil ikan kuno yang dijumpain di barat laut Queensland
CANBERRA - AUSTRALIA. Fosil ikan kuno yang dianggarkan berusia lebih 100 juta tahun telah ditemui di satu kawasan di barat laut Queensland.

Fosil berukuran dua meter itu yang dikenali sebagai Richmondichthys sweeti telah dijumpai oleh dua orang pelancong tempatan di dasar sungai kering di wilayah Marathon yang terletak 50 kilometer di barat Richmond.

Pakar paleontologi, Paul Stumkat berkata pembentukan kalsium karbonat berjaya mengekalkan bentuk fosil itu selama berjuta-juta tahun.

"Penemuan fosil di dasar sungai yang hampir terhakis amat jarang berlaku. Ini memberi gambaran kemungkinan ada lagi fosil  lain yang terpelihara di sekitar kawasan itu," katanya dipetik ABC Australia

Paderi terjaga dari koma peluk agama Islam

Catholic priest Eduardo Vincenzo Maria Gomez After the accident


JAKARTA 11 Okt. - Seorang paderi Katolik yang koma selama 17 bulan, mengambil keputusan memeluk agama Islam selepas terjaga dari keadaan itu selepas mendakwa dia bercakap dengan Allah dan ditunjukkan keindahan syurga.
Laman web World News Daily Report melaporkan, Eduardo Vincenzo Maria Gomez (gambar), 87, yang berasal dari Sepanyol dan sudah menetap serta mengajar agama Kristian di Pulau Jawa selama 43 tahun, merupakan seorang ahli agama yang sangat dihormati di kawasan berkenaan.
Gomez yang mengalami masalah jantung, koma selepas dia terjatuh dari tingkat dua gereja ketika penduduk tempatan membantunya membaiki rumah ibadatnya itu.
Bagaimanapun, dia tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan tiada satu pun daripada tulangnya patah.
"Saya tidak tahu apa-apa tentang Islam, saya juga tidak pernah membaca al-Quran. Apa yang saya ingat, saya bertemu Allah. Sebelum itu, satu cahaya terang bersinar memancar ke badan saya sebelum saya dapat melihat pintu syurga yang berwarna keemas-emasan," kata Gomez kepada Kalimantan Press.
Berita tentang keputusan Gomez untuk bertukar agama, mengejutkan ramai pengikutnya, namun apa yang menarik lebih separuh daripada mereka sudah menunjukkan minat untuk mendekati Islam.
"Jika Allah merupakan tuhan yang benar, saya tidak mahu berada dalam jalan yang sesat di hari akhirat nanti. Saya percayakan Gomez, kami semua percayakan dia," kata seorang pengikutnya.
Gomez yang masih mendapatkan rawatan perubatan sudah mengarahkan pembinaan sebuah masjid baharu dan pengikutnya kini sedang berusaha untuk mencari dana bagi merealisasikan cita-cita tersebut.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20141012/lu_03/Paderi-terjaga-dari-koma-peluk-agama-Islam#ixzz3FsCNTrL3
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Selfie terakhir sebelum tragedi


Bintang pop Mexico, Jenni Rivera sempat mengambil gambar ini bersama anak-anak kapal sebelum jet peribadi yang dinaiki terhempas.
Bintang pop Mexico, Jenni Rivera sempat mengambil gambar ini bersama anak-anak kapal sebelum jet peribadi yang dinaiki terhempas
Courtney Sanford mengambil gambar ini beberapa saat sebelum mendapat kemalangan.
Courtney Sanford mengambil gambar ini beberapa saat sebelum mendapat kemalangan.
Gadis Rusia berusia 17 tahun ini hilang imbangan ketika mengambil gambar di jambatan.
Gadis Rusia berusia 17 tahun ini hilang imbangan ketika mengambil gambar di jambatan.
KEGILAAN ‘selfie’ kini menjadi satu trend global yang bukan hanya melanda golongan muda, malah pelbagai golongan di dunia ini.

Tidak kira di mana jua, siang atau malam, pasti ada yang menggunakan kesempatan yang ada untuk berselfie demi mengabadikan kenangan terindah.

Namun, siapa sangka, bagi sesetengah individu, foto ‘selfie’ yang diambil mungkin menjadi gambar terakhir buat rakan dan keluarga mereka.

Dipetik dari sebuah blog, Sinar Harian Online hari ini menghimpunkan beberapa koleksi ‘selfie’ yang berakhir dengan tragedi memilukan.

Pada 3 Ogos lalu, mangsa dari Mexico, Oscar Otero Aguilar yang berusia 21, didapati mati akibat tertembak dirinya sendiri dengan menggunakan sepucuk pistol.

[ARTIKEL BERKAITAN: Maut tertembak diri sendiri ketika 'selfie']

Menurut laporan pihak berkuasa, Aguilar didapati berada di dalam keadaan mabuk ketika cuba berselfie dengan sepucuk pistol sebagai pelengkap gayanya.

Mangsa kedua pula merupakan seorang lelaki berusia 21 tahun dari Sepanyol yang dikatakan cuba untuk berselfie di atas landasan kereta api.

Namun padah diterima apabila dia dikatakan terkena renjatan elektrik ketika berada di atas landasan tersebut.

Mangsa ketiga pula adalah antara mangsa nahas pesawat MAS, MH17 yang ditembak jatuh berhampiran sempadan Rusia.

Gary Slok dan ibunya sempat bergambar bersama-sama sebelum berlepas dari lapangan terbang di Ukraine menuju ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA).

Menurut laporan berita, kedua anak-beranak itu dalam perjalanan ke Malaysia untuk menikmati percutian musim panas mereka sebelum menjadi mangsa tragis akibat nahas terbabit.

Sementara itu, Xenia Ignatyeva, 17, merupakan mangsa keempat ‘selfie’ yang membawa maut.

Memetik laporan portal, remaja Rusia ini dilaporkan hilang keseimbangan sewaktu cubaannya untuk berselfie di atas sebuah jambatan.

Ignatyeva meninggal dunia akibat renjatan elektrik melalui kabel yang cuba dipautnya sewaktu terjatuh.

Tragedi tersebut berlaku pada April lalu di Saint Peterburg, Rusia.

Selain itu, pada Disember 2012, bintang pop Mexico, Jenni Rivera dikatakan mengambil gambarnya bersama krew dan rakannya sebelum mereka berlepas ke Bandar Mexico dengan menggunakan jet peribadi.

Sejurus selepas itu, jet tersebut dikatakan terhempas di pergunungan Monterrey di utara Mexico.

Media barat melaporkan, tidak ada yang terselamat daripada kemalangan tersebut.

Saturday, October 11, 2014

Nyaris Maut: Besi Pada Kemaluan Tertusuk Pundi


Diterbitkan: Sabtu, 11 Oktober 2014 2:33 PM

SEORANG lelaki hampir menempah maut selepas memasukkan batang besi sepanjang 13 sentimeter pada kemaluannya kerana menghadapi masalah eraksi.

Tindakan keterlaluan Kang Niu yang berusia 52 tahun itu bagaimanapun tidak memberi kesan, sebaliknya besi itu terkena pundi kencingnya ketika mengadakan hubungan seks.

Jurucakap Second Hospital di bandar Hengyang berkata: "Lelaki itu percaya dengan memasukkan batang besi itu dapat membantunya mengatasi masalahnya selama ini."



Bagaimanapun, hanya pada percubaan pertama, batang besi itu tiba-tiba tertusuk dan mengenai pundi kencingnya.

Walaupun menderita kesakitan, lelaki itu masih tidak mendapatkan rawatan untuk mengeluarkan besi itu untuk beberapa bulan dengan harapan dapat mengeluarkannya sendiri.

Hanya selepas tidak dapat menahan kesakitan, lelaki itu bergegas ke sebuah hospital untuk mendapatkan bantuan.

Doktor melakukan x-ray dan mengenal pasti punca yang mengakibatkan lelaki itu mengalami kesakitan.

Pembedahan dilakukan untuk mengeluarkan besi itu, bagaimanapun pihak hospital tidak memaklumkan sama ada perbuatannya itu boleh memberi kesan jangka panjang atau menyebabkan kerosakan pada organ dalamannya.

Anak kerdil bongkar rahsia


Valencia: Rahsia seorang wanita yang melakukan seks dengan seorang penari bogel kerdil sehari sebelum majlis perkahwinannya terbongkar selepas dia melahirkan anaknya, kelmarin.

Wanita terbabit terpaksa mengaku curang terhadap suaminya selepas anak yang dilahirkan itu kerdil seperti penari itu.

Suami wanita itu selama ini percaya anak yang dikandung isterinya adalah anaknya sehingga anak itu dilahirkan.

Wanita itu dikatakan melakukan seks dengan penari kerdil itu pada majlis praperkahwinannya awal tahun ini.


“Tidak ada wanita yang meniduri penghibur pada majlis praperkahwinannya akan mendedahkan perbuatan mereka. Mereka sudah pasti akan merahsiakan kejadian itu hingga mati.


“Tetapi dalam kes ini, wanita itu tidak ada pilihan lain kecuali mengaku kerana anak yang dilahirkannya kerdil, sama dengan penghibur kerdil pada malam sambutan praperkahwinannya,” kata laporan sebuah akhbar temparan. - Agensi


Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/11

Pemegang ‘ijazah’ merompak dijel


Ashley De Luca, 27, mengaku mencuri arak, manisan dan makan dari pasar raya di seluruh bandar Faversham di Kent sejak Mac lalu. 
Dia juga memakai pakaian seragam polis pada 13 Mac lalu untuk mencuri dari sebuah garaj tetapi melarikan diri selepas gagal melakukannya. 

De Luca mengaku bersalah terhadap tujuh tuduhan mencuri, merompak dan dua tuduhan gagal menyerah diri serta memakai pakaian seragam polis dengan niat untuk menipu di Majkamah Majistret Mid Kent bulan lalu.Foto
DE Luca bergaya seperti penjenayah dalam gambar yang dimuat naik dalam Facebooknya.
Foto
DE Luca.

De Luca dipenjara 119 hari dan diarah membayar denda sebanyak £150 (RM785).

Dalam laman Facebooknya, De Luca bercakap besar mengenai gaya hidupnya sebagai penjenayah. 

Dalam ruang pekerjaan dan pelajaran, dia menulis: ‘Ijazah sarjana dalam merompak dan mencuri.’
Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/11

6 batang besi tusuk leher

Xiangyang: Seorang pekerja nyaris maut selepas enam batang besi tertusuk menembusi lehernya.

Xie Mo yang dijangka pulih sepenuhnya terselamat kerana besi itu tidak mengena saluran darah utama atau tenggoroknya.
Kejadian berlaku ketika Xie Mo bekerja membina jambatan di Xiangyang di wilayah Hubei, timur China minggu lalu.

Xie Mo berada di atas jambatan itu apabila mesin yang digunakan untuk meluruskan besi di depannya tidak berfungsi.Foto
KEADAAN Xie Mo sebelum menjalani pembedahan.
Foto
BESI yang dicabut keluar dari leher Xie Mo.

Dia tidak sempat mengelak apabila besi itu melayang dan menusuk bahagian kanan lehernya.

“Leher saya tiba-tiba kebas sebelum saya rebah. Mujur saya tidak jatuh terus ke tanah,” katanya.

Dia dikejarkan ke hospital sambil memegang besi itu bagi mengelak ia bergerak.

Doktor terpaksa meminta bantuan bomba untuk memotong sebahagian besi itu, lima daripadanya lebih satu meter.

Xie Mo kemudian menjalani pembedahan untuk membuang baki besi itu dan dijangka pulih dalam masa beberapa minggu lagi. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/11

Tukar tandas terbiar jadi kafe



Restoran ini masih mengekalkan keadaan reka bentuk asal tandas. - Agensi


LONDON – Seorang ahli perniagaan di Britain membelanjakan £100,000 (RM525,592) untuk menukar sebuah tandas awam yang terbiar sejak tahun 1890menjadi sebuah kafe, lapor MailOnline semalam.
Tandas awam yang terbiar itu terletak di pusat bandar raya ini.
Fasiliti itu menjalani pengubahsuaian menjadi sebuah kafe dikenali sebagai Attendant.
Keunikan premis itu menyebabkan kafe berkenaan meningkat popular selepas dibuka kepada orang ramai pada tahun lalu.
Selain Attendant terdapat beberapa restoran di sini yang diubah suai daripada tandas lama termasuk tandas stesen kereta api bawah tanah. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1011&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3Fmnjqrbh 
Hakcipta terpelihara 

Lincoln dipercayai kuda tertinggi di Britain



KUDA setinggi 2.43 sentimeter ini memiliki selera luar biasa. - AGENSI


LONDON – Seekor kuda setinggi 2.43 meter yang diselamatkan oleh dua petani daripada disembelih dipercayai kuda tertinggi di Britain, lapor MailOnline semalam.
Kuda itu yang dinamakan Lincoln mempunyai selera makan yang besar. Haiwan itu makan 12 kilogram (kg) lobak merah, 24 biji epal, 5kg bayam dan lima biji kubis sehari.
Lincoln yang sebelum ini sakit telah diselamatkan dari sebuah rumah sembelihan oleh seorang petani, Ruth Blair.
Haiwan itu turut dijaga oleh seorang pemilik syarikat buah-buahan dan sayur-sayuran, James Mackie.
“Apabila saya dan rakan saya menemui Lincoln, haiwan itu amat kurus. Pada mulanya kami menganggap Lincoln tidak dapat diselamatkan lagi tetapi kuda itu semakin pulih selepas dirawat,” kata Mackie.
Dia membelanjakan kira-kira £28.50 (RM150) sehari jika membeli makanan Lincoln di pasar raya di sini atau bersamaan dengan £10,374 (RM54,502) setahun.
Sebelum ini, seekor kuda bernama Clydesdale di Kanada diiktiraf oleh Rekod Dunia Guinness sebagai kuda tertinggi kerana mempunyai ketinggian 3 meter. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1011&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3FmnECoEH 
Hakcipta terpelihara 

Pengukir hasilkan kereta daripada kayu jati


Pekerja sedang menyiapkan ukiran model kereta Mercedes Benz Gullwing yang ditempah pelanggan.
BOYOLALI, Jawa Tengah - Sekumpulan pengukir berkemahiran tinggi di sini, mempamerkan kehebatan mereka apabila menghasilkan ukiran kayu jati berbentuk kereta mewah dalam saiz sebenar termasuk model kenderaan klasik seperti Jaguar, Roll Royce, Limosin, Ferrari dan Harley Davidson.
Pemilik bengkel seni ukiran, Eko Lukistyanto, 43, berkata, ukiran yang dihasilkan mendapat sambutan hebat daripada pembeli luar negara termasuk Amerika Syarikat (AS), England, Jerman dan beberapa negara Eropah lain.
Tinjauan suaramerdeka.com baru-baru ini di bengkel Tetap Jaya Art mendapati, mereka menghasilkan model kereta Bugatti Veyron Super Sport yang melibatkan proses ukiran yang sangat teliti dan seolah-olah menyamai model sebenar kereta tersebut.
Lebih mengagumkan ukiran itu mempamerkan butiran terperinci kereta tersebut termasuk rim aloi, bahagian dalam yang dilengkapi stereng kayu yang dicat dengan kemas sehingga tidak menampakkannya dihasilkan daripada kayu.
Menurut Eko, kebiasaannya model yang ditempah pelanggan mengambil masa tiga minggu sehingga sebulan untuk menyiapkan arca kereta atau motosikal, bergantung kepada kerumitan model berkenaan.
"Pada mulanya, ayah saya, Widodo mula terlibat dalam ukiran model mini motor dan kereta klasik pada 1994 sebelum saya memberi idea kepadanya untuk menghasilkan model dalam saiz sebenar pada 2005.
"Saya tidak sangka perbualan orang tentang usaha kami ini mendapat sambutan sehingga ke luar negara terutamanya syarikat automotif dan restoran yang mahu mempamerkan seni tersebut di bilik pameran dan premis perniagaan mereka," katanya.
Setiap ukiran yang dihasilkan dijual dengan harga antara 35 juta rupiah (RM9,346) dan 75 juta rupiah (RM20,028), bergantung kepada model yang ditempah oleh pelanggan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20141011/lu_08/Pengukir-hasilkan-kereta-daripada-kayu-jati#ixzz3FmkA1ng7
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wanita Surma pakai cakera pikat suami


Ataye Eligidagne menggunakan cakera besi untuk memikat hati suami.- AGENSI
LEMBAH OMO ROVER, Ethiopia 10 Okt. - Wanita dari suku kaum Surma yang menetap di kawasan pedalaman di negara ini, mempunyai cara tersendiri untuk memikat hati suami iaitu dengan mengepit sebuah cakera besi di bahagian bibir bawah mereka.
Mail Online melaporkan, amalan tradisi yang dikenali sebagai 'cakera bibir' itu sudah diamalkan sejak 1896 dan hanya akan dilakukan oleh wanita berusia 15 tahun ke atas.
Menurut seorang wanita kaum Surma yang dikenali sebagai Ataye Eligidagne, 20, mereka menggunakan cakera besi tersebut sebagai sebahagian perhiasan diri untuk memikat hati suami.
Cakera berkenaan juga merupakan mas kahwin daripada keluarga sebelah wanita kepada keluarga pengantin lelaki.
"Bagi penduduk tempatan, tradisi ini merupakan maruah mereka, lebih besar cakera yang dipakai, mereka merasa lebih menarik," kata seorang krew stesen penyiaran dari Australia, Abrahem Joffe yang membuat liputan tentang tradisi pelik kaum terbabit.
Kata Joffe, cakera besi yang digunakan oleh kaum Surma secara puratanya memiliki ukuran lilit 59.5 sentimeter dan ukuran lebar 19.5 sentimeter.
Bagaimanapun, kerajaan Ethiopia telah bertindak mengharamkan amalan turun-temurun itu baru-baru ini atas alasan keselamatan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20141011/lu_07/Wanita-Surma-pakai-cakera-pikat-suami#ixzz3FmjIxLAC
© Utusan Melayu (M) Bhd