Pages

Tuesday, August 20, 2013

Gunung berapi Sakurajima meletus

GUNUNG SAKURAJIMA menghambur kepulan abu setinggi 5 km ke udara. Kagoshima di Pulau Kyushu, selatan Jepun meletus kelmarin. - AP

KAGOSHIMA - Gunung Sakurajima di selatan Jepun meletus dan menghambur kepulan abu setinggi 5 kilometer (km) ke udara kelmarin.
Sakurajima membentuk awan abu tertinggi sejak Agensi Meteorologi Jepun (JMA) mula mengumpul rekod letusan gunung berapi itu pada tahun 2006.
JMA menyatakan, Sakurajima turut memuntahkan lahar serta batu-batan yang bergerak sejauh sekitar 1km ke lereng-lereng di bawah gunung.
Sebelum ini, penduduk di bandar ini sudah biasa mendengar gunung berapi aktif itu meletus.
Gunung berapi setinggi 1,117 meter itu terletak kira-kira 10km ke timur bandar ini yang dihuni oleh 600,000 penduduk.
"Ini merupakan letusan ke-500 Sakurajima sepanjang tahun ini tetapi letusan kali ini adalah yang paling kuat," kata seorang pegawai tempatan.
Penduduk di bandar ini memakai topeng muka dan baju hujan serta menggunakan payung untuk melindungi diri daripada ditimpa hujan abu gunung berapi.
Para pemandu turut menyalakan lampu kenderaan manakala perkhidmatan kereta api di bandar itu dihentikan buat sementara waktu.
Penutupan itu bagi membersihkan abu gunung berapi yang melitupi landasan di bandar ini.
Menurut pihak berkuasa, tiada kecederaan dan kerosakan dilaporkan akibat letusan tersebut setakat ini.
Menjelang pagi semalam, ruang udara di bandar itu semakin pulih dengan penduduk turut bergotong-royong membersihkan abu gunung berapi.
Dalam pada itu, JMA menyatakan, tiada letusan lebih besar diramalkan setakat ini.
Namun, orang ramai diberi amaran agar tidak menghampiri gunung berapi berkenaan secara bersendirian.
Jepun berada dalam zon Lingkaran Api Pasifik yang kerap mengalami gempa bumi dan letusan gunung berapi. - AP

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0820&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2cVmSmbCl 
Hakcipta terpelihara 

Ferrari dilelong RM90.37 juta untuk kebajikan

KERETA ini dibeli oleh Eddie Smith pada tahun 1967 pada harga £5,000 (RM25,692) dan dijual dengan harga £17.6 juta (RM90.37 juta)di Monterey, California.- Agensi

MONTEREY - Sebuah kereta klasik jenama Ferrari dilelong pada harga £17.6 juta (RM90.37 juta) oleh firma lelongan RM Auctions di sini, dalam negeri California sekali gus mencatat rekod jualan kereta tertinggi di dunia untuk kereta sport jenama berkenaan, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.
Lapor akhbar itu lagi, hasil jualan tersebut akan didermakan untuk tujuan kebajikan.
Ferrari model 275 GTB/4*S NART Spyder itu dijual oleh keluarga seorang ahli perniagaan dan dermawan, Eddie Smith yang meninggal dunia pada 2007.
Sebelum ini, kereta tersebut dibeli oleh Smith pada 1967 pada harga serendah £5,000 (RM25,692).
Kereta sport unik itu mula mendapat perhatian umum apabila beberapa pakar menjangkakan ia mampu mencecah harga lelongan £10 juta (RM51.3 juta).
Ia dijual minggu ini pada harga jualan melebihi rekod tertinggi yang pernah dicatatkan sebelum ini iaitu s £6 juta (RM30.8 juta) untuk sesebuah kereta jenama Ferrari.
Bidaan kereta itu bermula pada harga AS$16 juta (RM52.55 juta) dan ia meningkat sebanyak AS$1 juta (RM3.28 juta) sehingga mencecah angka AS$25 juta (RM82.1 juta) pada hari Sabtu lalu.
Nilai keseluruhan harga kereta tersebut termasuk premium adalah £17.6 juta (RMRM90.37 juta).
Identiti pembeli kereta itu kekal misteri. Ia dipercayai akan di hantar ke Switzerland sebagai salah satu koleksi peribadi pemilik baharunya. - Agensi

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0820&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz2cVlhsCN0 
Hakcipta terpelihara 

Gempa bumi lemah berlaku di Kupang, Kedah

Gempa bumi lemah berlaku di Kupang, Kedah: "KUALA LUMPUR 20 Ogos - Gempa bumi lemah berukuran 3.8 pada skala Ricther berlaku di Kupang, Kedah pada 8.26 pagi ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Gempa bumi itu berpusat di 11 kilometer selatan Baling dan gegaran kesan boleh dirasai di sekitarnya, menurut kenyataan jabatan itu di sini. - BERNAMA"

'via Blog this'

Monday, August 19, 2013

KISAH NABI IBRAHIM A.S. DENGAN MENANTUNYA

Bismillaa hir rohma nir rohim
SANTAPAN ROHANI - PAGI ISNIN 19 OGOS 2013:
KISAH NABI IBRAHIM A.S. DENGAN MENANTUNYA

SATU HARI, NABI IBRAHIM A.S DATANG ke rumah anaknya Nabi Ismail a.s... Ketika itu, Nabi Ismail tidak ada di rumah... Yang ada hanyalah isteri Nabi Ismail.... Baginda bertanya kepada perempuan itu tentang Nabi Ismail... Perempuan itu memberitahu bahawa Nabi Ismail keluar memburu... Apabila ditanya tentang suasana kehidupan mereka, maka perempuan itu menjawab : " KAMI HIDUP SUSAH DAN KESEMPITAN".... Nabi Ibrahim bertanya lagi : " Adakah kamu mempunyai tetamu? Adakah kamu mempunyai bekalan makanan dan minuman?"... Jawab perempuan tadi : "Kami tidak mempunyai tetamu, dan kami juga tidak mempunyai bekalan makanan dan minuman".... Setelah duduk sekian lama, Nabi Ibrahim yang tidak memperkenalkan dirinya siapa kepada isteri anaknya itu, berasa kurang senang dengan sikap dan perilaku isteri anaknya itu... Lalu baginda meminta diri dan berpesan, "KHABARKAN KEPADA SUAMIMU BAHAWA ADA SEORANG TUA DATANG, rupanya begini dan begini, dan khabarkan kepada suamimu bahawa ORANG TUA TERSEBUT TIDAK MENYUKAI ALANG PINTU RUMAH INI... MINTA DITUKAR SEGERA.".....

Apabila Nabi Ismail pulang, isterinya pun menceritakan tentang perihal "orang tua" tersebut dan menyampaikan pesannya.... Nabi Ismail lantas bersuara, "ITU ADALAH AYAHKU NABI IBRAHIM, dan ternyata DIA TIDAK SENANG DENGAN PERILAKU KAMU.... Maka kamu aku ceraikan pada saat ini juga."...

Tidak lama kemudian, Nabi Ismail berkahwin lain, dan sekali lagi Nabi Ibrahim datang berziarah.... ketika Nabi Ismail juga tiada di rumah, dan hanya tinggal isterinya sahaja.... Kemudian baginda bertanya mengenai kehidupan mereka berdua, lalu perempuan itu menjawab : "KAMI BERADA DALAM KEADAAN BAIK DAN BAHAGIA"... SAMBIL ITU DIA MEMUJI-MUJI ALLAH... Setelah duduk sekian lama, Nabi Ibrahim yang juga kali ini tidak memperkenalkan dirinya, meminta diri, lalu berkata, "SAMPAIKAN SALAMKU PADA SUAMIMU, dan khabarkanlah padanya seorang tua yang begini dan begini telah datang melawatnya.... Dan khabarkan padanya bahawa ALANG PINTU RUMAHNYA INI SEDANG ELOK SAHAJA DAN TIDAK PERLU DITUKAR."....

Apabila Nabi Ismail yang pulang kemudiannya diberitakan tentang pesanan itu oleh isterinya, Nabi Ismail pun berkata, "ITU ADALAH AYAHKU NABI IBRAHIM, dan ternyata dia amat menyenangi kamu.... MAKA BERBAHAGIALAH WAHAI ISTERIKU."....
 
Sunday, August 18, 2013

Pesawat buru nyamuk

Pesawat buru nyamuk
Senjata rahsia. Florida menggunakan pesawat pengintip tanpa manusia berbentuk helang memburu naymuk.
Pesawat buru nyamuk - Global - Sinar Harian: "JABATAN Kawalan Nyamuk Florida, Amerika Syarikat (AS), menggunakan pesawat pengintip tanpa manusia berbentuk helang sebagai senjata memburu serangga penghisap darah iaitu nyamuk di seluruh negeri.

Dipetik laporan MSN, pesawat pemburu itu bukan sahaja memburu nyamuk yang berterbangan, malah ia turut mengesan lokasi pembiakan jentik-jentik.

Menurut jabatan kawalan serangga perosak, pesawat pemburu helang berkos AS$80,000 (RM262,159) itu direka khas dan dilengkapi dengan kamera inframerah bagi mengesan punca pembiakan nyamuk.

"Jika kita dapat mengesan takungan air yang mengandungi jentik-jentik, ia sudah cukup untuk membunuh nyamuk," kata ketua daerah, Michael Doyle. Setakat ini, wilayah Florida berhadapan masalah pembiakan nyamuk sejak 1929 susulan tindakan pendatang haram membina menara kelawar yang terbiar sehingga ke hari ini.

Keadaan lebih membimbangkan apabila jumlah kematian penduduk meningkat disebabkan jangkitan virus oleh nyamuk. "

'via Blog this'

Jahit lidah untuk kurus

Jahit lidah untuk kurus
Keadaan fizikal Marlene sebelum (kanan) dan selepas menjahit lidahnya.
London: Pelbagai cara dilakukan wanita untuk menurunkan berat badan dan mengekalkan bentuk tubuh menarik, namun tindakan Marlene Beltran, 20, dan Lysander Lanusa, 27, boleh dianggap ekstrem.

Kedua-dua mereka menjalani pembedahan menjahit lidah bagi mengekang selera makan yang besar.
“Ia bukan pembedahan menjahit lidah biasa, sebalik sejenis peranti daripada plastik dipasang di atas lidah dan dijahit untuk mencegah makanan berat daripada ditelan.

“Walaupun berasa sakit dan tidak selesa, mereka melakukannya dengan gembira kerana hasil yang diperoleh juga tidak mengecewakan,” lapor akhbar Daily Mail.
Sebagai contoh, Lysander yang pada awalnya mempunyai berat kira-kira 90.7 kilogram berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 10,4 kilogram dalam tempoh sebulan.

Marlene yang mempunyai berat badan 70 kilogram pula berjaya mengurangkan lapan kilogram dalam tempoh sama.

Kaedah menjahit lidah diperkenalkan pakar bedah plastik dari Beverly Hills, Nikolas Chugay pada 2009. Peranti yang dilekatkan pada lidah memerlukan enam jahitan.
Pembedahan hanya mengambil masa 10 minit untuk diselesaikan dan bayaran yang dikenakan ialah sebanyak AS$2,000 (RM6,550).

Hilang deria rasa

Jahitan terbabit menyebabkan cubaan untuk mengambil makanan keras menjadi begitu menyakitkan sehingga terpaksa mengehadkan pengambilan makanan cair hanya kepada 800 kalori setiap hari.

Pembedahan itu juga menyebabkan lidah kehilangan deria rasa dan mereka akan berasa sakit jika makan apa juga makanan kecuali cecair.

“Rasa sakit pada lidah menyebabkan saya tidak boleh makan,” kata Lysander.
Marlene pula berkata beliau mendapat perhatian daripada pakar sebelum membuat keputusan.

Pakar penurunan berat badan Dr Robert Huizenga berpendapat, kaedah yang digunakan Beltran dan Lysander adalah primitif tetapi beliau yakin ia boleh menjadi kaedah berkesan.

“Pendekatan digunakan sangat primitif. Ia seolah-olah anda mengupah seseorang memegang pistol yang diacu di kepala setiap kali anda makan,” katanya.
AGENSI 

Saturday, August 17, 2013

Gempa kuat di New Zealand

WELLINGTON - Satu gempa bumi kuat berukuran 6.5 pada skala Richter, dilaporkan melanda wilayah tengah New Zealand dan memusnahkan sebahagian kediaman, jambatan selain menggegarkan bangunan pejabat di Wellington, semalam.

Jurucakap polis, Barbara Dunn berkata, gempa yang berlaku pada pukul 2.30 petang waktu tempatan berdekatan kawasan utara negara tidak mencetuskan sebarang kecederaan mahupun kematian.

"Gegaran dilabelkan sebagai bahaya dan berlaku pada kedalaman 8 kilometer bersamaan gegaran yang pernah meragut nyawa penduduk dalam insiden sama di bandar Christchurch, dua tahun lalu," katanya.

Tambah Dunn, beberapa struktur jambatan di lebuh raya bandar Seddon turut rosak apabila ketulan batu besar menghempap jalan sekali gus memaksa pihak berkuasa menutup laluan tersebut.  - Al-Jazeera

Lelaki tertua dunia di Bolivia?

Laura
 Laura didakwa menjadi lelaki paling tua di dunia kerana berusia 123 tahun selain masih sihat seperti lelaki dewasa.
Laura
Bukti, kad pengenalan Laura menunjukkan lelaki ini lahir pada 1890 yang dikeluarkan sendiri oleh kerajaan Bolivia.
Seorang lelaki Bolivia yang dilahirkan dalam tahun 1890 dan masih bertenaga, didakwa menjadi lelaki paling tua di dunia sekali gus mendahului rekod dunia sebelum ini.

Lapor jabatan pendaftaran Bolivia, Carmelo Flores Laura, baru menyambut ulang tahun ke 123 pada bulan lalu.

Laura nampak seperti lelaki 80-an dan paling menarik penglihatan warga tua yang tinggal di kawasan pergunungan, 80 kilometer di luar bandar La Paz itu masih jelas.

Lelaki dari puak Aymara itu, dikurniakan tiga cahaya mata, 16 cucu dan 39 cicit selain pernah menempuhi zaman perang Perang Dunia Pertama iaitu ketika berumur 24 tahun dan 64 tahun sewaktu Ratu Elizabeth menaiki takhta Britain.

Stesen TV tempatan, Rede Uno melaporkan, Laura yang turut kehilangan isteri pada 10 tahun lalu, percaya amalan senaman jalan kaki setiap hari dan tidak memakan semua jenis pasta dan gula telah memanjangkan tempoh hayatnya.

"Saya hanya makan cananhua (sejenis kuinoa liar yang kaya dengan protein dan asid amino), malah saya tidak malas dan sering berkongsi makanan bersama isteri ketika dia masih hidup," katanya yang turut mengaku amat menggemari masakan daging skunk. - MailOnline

Jagung mutasi di AS

IMEJ menunjukkan sebiji jagung unik yang bercambah empat batang dari satu tangkai di Hanover, Pennsylvania.- Agensi

HANOVER, Pennsylvania – Seorang petani di Negeri Pennsylvania di sini dikejutkan dengan penemuan sebiji jagung mutasi di ladangnya di sini, lapor akhbar The Evening Sun kelmarin.
Ben Klunk berkata, terdapat empat tongkol jagung tersebut dalam tangkai yang sama .
Petani itu memberitahu, dia kemudian memetik dan menyimpan buah jagung bercabang empat itu di dalam peti sejuk di kediamannya.
“Saya seperti tidak percaya kerana terdapat empat tongkol jagung dalam satu tangkai tersebut,” kata isteri Klunk, Marie Klunk.
Petani yang berusia 81 tahun itu pula memberitahu, dia tidak pernah melihat jagung bercambah sedemikian rupa sepanjang hayatnya.
“Saya tidak pernah lagi melihat jagung bercambah menjadi dua apatah lagi, tiga atau empat tongkol dalam satu tangkai,” kata Klunk.
“Saya telah banyak memetik jagung sebelum ini,” tambahnya.
Klunk memberitahu, dia tidak merancang untuk memakan jagung tersebut dan akan membawa hasil tanaman itu untuk menyertai satu pertandingan dalam waktu terdekat. – Agensi

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0817&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2cBc5WF97 
Hakcipta terpelihara 

Pakai penutup kepala untuk elak meniru

SERAMAI 100 pelajar Universiti Kasetsart, Bangkok memakai penutup mata semasa menduduki peperiksaan pada Rabu lalu.- Agensi

BANGKOK – Pihak pengurusan sebuah universiti di Thailand mengambil langkah drastik dengan memperkenalkan sejenis penutup kepala khas bagi menghalang pelajarnya meniru dalam peperiksaan.
Penutup kepala itu diperkenalkan bagi menghalang calon yang menduduki kertas peperiksaan daripada mencuri pandang kertas peperiksaan rakan mereka.
Hiasan aneh itu diperbuat daripada dua helai kertas saiz A4 yang disambung menggunakan dawai kokot untuk dipakai di kepala.
Penutup kepala itu telah digunakan oleh hampir 100 pelajar yang menduduki peperiksaan di Universiti Kasetsart, ibu kota Thailand di sini pada Rabu lalu.
Dalam pada itu, seorang pakar pendidikan, Somphong Chitradub menyatakan, pemakaian penutup kepala itu membayangkan bahawa penipuan berleluasa dalam sistem pendidikan Thailand.
“Sudah menjadi lumrah pelajar di negara ini membantu rakan-rakan lain dengan membenarkan mereka meniru,” katanya. – AFP

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0817&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2cBbdUKzt 
Hakcipta terpelihara 

Friday, August 16, 2013

Lelaki tertua di dunia dari Bolivia

CARMELO FLORES LAURA bergambar di samping cicitnya di luar rumahnya di perkampungan Frasquia, Bolivia.- AFP

FRASQUIA, Bolivia - Seorang lelaki berbangsa Aymara di sini mencatat rekod terbaharu sebagai orang paling tua di dunia pernah direkodkan dalam rekod pendaftaran Bolivia.
Lelaki itu, Carmelo Flores Laura didakwa berusia 123 tahun pada bulan lalu oleh rekod pendaftaran umum negara tersebut.
Laura tinggal di sebuah pondok beratapkan jerami dan berlantaikan tanah pada kedudukan 4,000 meter di sebuah kawasan desa di pergunungan terpencil dekat Tasik Titicaca.
Warga emas itu bertutur dalam bahasa Aymara dan tidak mempunyai gigi, namun, dia masih mampu berjalan tanpa menggunakan tongkat, tidak memakai cermin mata serta mempunyai masalah pendengaran.
"Penglihatan saya sedikit kabur, Saya boleh melihat dengan baik sebelum ini tetapi saya nampak kamu datang," katanya kepada sekumpulan wartawan yang melawatnya.
Guinness World Records memberitahu, individu paling tua yang masih hidup direkodkan ialah Misao Okawa dari Jepun yang berusia 115 tahun.
Umur manusia paling tua direkodkan adalah 122 tahun dan 164 hari milik Jeanne Calment dari Perancis. Dia meninggal dunia pada tahun 1997.
"Saya sepatutnya berusia 100 tahun atau lebih," kata Carmelo.
Pengarah pendaftaran sivil Bolivia, Eugenio Condori menunjukkan sijil pendaftaran yang mencatatkan tarikh lahir Carmelo adalah pada 16 Julai 1890. - AP

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0816&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz2c5eOfvno 
Hakcipta terpelihara 

Labu air gergasi seberat 54 kilogram

CUCU Vowles mengambil kesempatan bergambar bersama labu air gergasi yang berjaya dihasilkan Vowles dalam tempoh lima minggu.- Agensi

CARDIFF, Wales - Seorang pesara berjaya membesarkan beberapa biji sayur labu air sehingga bersaiz gergasi di kawasan kebun rumahnya di Llanharry, lapor sebuah akhbar semalam.
Pesara itu, Phil Vowles, 65, telah membesarkan sayur labu air gergasi tersebut sehingga mencecah berat 54 kilogram dalam tempoh hanya lima minggu.
Vowles menjelaskan, pembesaran sayur labu air itu dilakukan menggunakan teknik pendebungaan silang khas.
Dia juga terkejut dengan kepantasan sayur labu air tersebut membesar melalui teknik pendebungaan berkenaan.
Vowles dipercayai pernah memegang rekod untuk timun paling berat di dunia dengan catatan 8.34 kilogram.
"Sangat luar biasa untuk sayur itu membesar dengan cepat. Ia merupakan sayur labu paling besar saya pernah hasilkan.
"Saya terpaksa meminta bantuan anak saya untuk mengangkatnya," katanya.
Berasal dari Llanharry, South Wales, Vowles berharap labu airnya mampu mencecah berat 68 kilogram dan memperoleh satu lagi rekod dunia. - Agensi

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0816&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2c5djIUo1 
Hakcipta terpelihara 

Main mahjung dalam air elak cuaca panas melampau

SERAMAI empat orang penyelam menyusun strategi ketika bermain mahjung di dalam sebuah kolam renang di Changsha, China.- Agensi

CHANGSHA, China - Keadaan cuaca panas yang melanda China baru-baru ini telah memaksa empat orang penyelam bertindak kreatif dengan bermain mahjung di dasar sebuah kolam renang untuk menyejukkan badan masing-masing, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Keempat-empat penyelam tersebut bertindak demikian ketika suhu panas mula mencecah 41 darjah Celsius pada minggu lalu.
"Bermain mahjung di dalam air hanya untuk bersuka ria. Alasan sebenarnya adalan untuk menyejukkan badan," kata salah seorang penyelam, Zhang Pin di bandar Xiangtan.
Menurutnya, pada kedalaman 5.5 meter, suhu berada pada serendah 24 darjah Celsius dan boleh menjadi lebih sejuk lagi.
Semua penyelam tersebut memakai pakaian renang dan kelengkapan pernafasan semasa menyelam. Mereka juga menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi dan bermain mahjung.
Meja dan buah mahjung yang digunakan diperbuat daripada bahan-bahan berat bagi memastikannya tidak terapung. - Agensi

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0816&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2c5cGqXes 
Hakcipta terpelihara 

Thursday, August 15, 2013

Mahu minum air mangkuk tandas?

myMetro | Mahu minum air mangkuk tandas?:
New York: Dahaga mungkin bukan lagi masalah kepada sesiapa dengan penciptaan sejenis penyedut minuman mudah alih yang membolehkan seseorang minum daripada sumber apa saja, termasuk dari mangkuk tandas.
Dikenali sebagai LifeStraw alat sepanjang 22 sentimeter itu kini boleh dibeli secara dalam talian melalui Firefox asalnya direka pengilang Denmark pada 2005 dan menjadi penyelesaian kepada masalah air minuman yang tidak selamat di dunia ketiga.
Pada tahun itu, ia dinamakan sebagai Penciptaan Terbaik 2005 oleh majalah Time dan Penciptaan Terbaik Abad ini oleh Gizmag. Pada 2006, ia diiktiraf oleh New York Times sebagai “pembersih air yang dapat menyelamatkan nyawa”. Majalah Forbes menggelarnya sebagai “satu daripada 10 benda yang akan mengubah cara kehidupan kita.”

Kuasa paip pembersihan penyedut berkenaan mampu menyingkirkan sebanyak 99.9999 peratus bakteria dalam air, selain parasit lain termasuk e-coli, kampilobakter, jangkitan kolera, pseudomonas aeruginosa, shigella dan salmonella yang menyebabkan demam kepialu.
Foto
ALAT penapis air berbentuk penyedut minuman LifeStraw dapat menyingkirkan 99.9999 peratus bakteria dan parasit dalam air.

Ia juga boleh digunakan untuk menapis sehingga 1,000 liter air. - Agensi
'via Blog this'

Tak hirau segala cemuhan

Tak hirau segala cemuhan
Azmi dan Halija tidak kisah pandangan serong masyarakat terhadap usaha mereka melindungi haiwan-haiwan itu.

Tak hirau segala cemuhan
Azmi menunjukkan kucingnya yang sakit yang sering dibawa bersamanya
Tak hirau segala cemuhan
Perbelanjaan untuk menguruskan haiwanhaiwan ini mencecah RM20,000 sebulan.
Tak hirau segala cemuhan
Halija menunjukkan anak anjing yang sakit yang sering dibawa mereka ke mana sahaja
ALOR SETAR - Atas dasar belas kasihan, sepasang suami isteri di sini sanggup membela kira-kira 700 ekor anjing dan 100 ekor kucing terbiar di kabin milik mereka.

Bekas kontraktor, Md Azmi Ismail, 55, dan isterinya Halija Idris, 65, membawa balik haiwan yang sakit, cacat, tua dan mengalami pelbagai masalah lain untuk diberi penjagaan sebaik mungkin.

“Dulu, kami hanya memelihara kira-kira 60 kucing sahaja. Namun, ketika itu kami tidak membela anjing berikutan tinggal di kawasan perumahan, sebaliknya hanya memberi makanan dan merawat anjing terbiar.

“Namun, atas dasar prihatin dan sayang pada haiwan berkenaan, hati saya terdetik untuk menyediakan tempat berteduh buat mereka. Jadi saya berpindah ke kawasan lapang di Jalan Tanjung Bendahara, dekat sini. Lantas, membawa pulang dan merawat anjing terbiar ini,” katanya.

Menurutnya, dia telah menganggap semua haiwan terbabit bagaikan anak-anaknya sendiri, malah tidak sanggup menjual anjing dan kucing terbiar peliharaan mereka ini walaupun ditawarkan dengan pelbagai harga oleh pihak tertentu.

Malah, mereka menumpang teduh di tanah berkenaan yang terletak bersebelahan dengan sungai bagi memudahkan mereka menyamak selepas memegang anjing.

Tak lepas daripada cemuhan

Tidak semua perbuatan kita akan dipandang tinggi, pasangan suami isteri ini juga tidak terlepas daripada berdepan dengan cemuhan dan pandangan serong masyarakat.

Menurutnya, ada sesetengah pihak mendakwa mereka tidak tahu hukum halal dan haram sebagai seorang yang beragama Islam.

"Kami dikatakan pengotor selain isteri saya juga pernah diludah.

"Dia menangis kerana terlalu sedih diperlakukan sebegitu selain mengenangkan tanggapan negatif masyarakat," katanya.

Azmi berkata, demi niatnya yang hanya mahukan haiwan-haiwan berkenaan dilindungi, dia sanggup menerima hinaan dan cemuhan masyarakat.

“Saya tak hirau apa pandangan mereka. Jika tindakan saya menyelamatkan nyawa anjing terbiar ini berdosa. Bagaimana pula jika ia dibandingkan dengan perbuatan anak muda yang terjebak dengan lembah maksiat yang setiap hari gejala itu dilihat makin membimbangkan,” katanya.

Katanya, dia mengharapkan segelintir masyarakat dapat mengubah persepsi mereka, sebaliknya memahami keadaan sebenar.

Berhutang nyawa pada anjing

Sementara itu, Halija berkata, dia terhutang nyawa sebanyak dua kali kepada anjing peliharaannya di mana  nyawanya pernah diselamatkan oleh haiwan itu daripada mengalami kecelakaan dalam dua kejadian berbeza pada tahun 2011 lalu.

Dalam kejadian pertama, dia hampir dipatuk ular senduk namun diselamatkan anjing bernama Poppy, kemudia dia diselamatkan pula seekor anjing digelar Adik ketika dia hampir lemas akibat tergelincir dan jatuh ke dalam sungai.

“Saya tak pandai berenang. Masa itu, semua ahli keluarga juga tidak ada. Jadi apabila diselamatkan anjing peliharaan, saya rasa seolah-olah macam mati hidup semula kerana ketika itu saya rasakan tiada harapan lagi untuk hidup,” katanya.

Latih cucu ambil alih rumah perlindungan

Azmi berkata, dia memerlukan kira-kira 50 kilogram (kg) beras untuk anjing terbiar peliharaannya, manakala 10 kg ikan dan makanan kucing untuk haiwan peliharaan lain pada setiap hari supaya semuanya berada dalam keadaan sihat.
“Bayangkan perbelanjaan menguruskan pusat perlindungan ini melebihi RM20,000 sebulan.

“Namun, rezeki haiwan peliharaan kami tidak pernah putus-putus kerana setiap kali memerlukan, pastinya ada bantuan dihulurkan pihak tertentu,” katanya kepada Sinar Harian.

Azmi menambah, dia juga telah melatih cucunya yang dijaga sejak kecil, Affendi Shamsul, 28, untuk membantu menjaga haiwan peliharaannya itu.

Katanya, dia juga tidak memaksa Affendi  mengurus rumah perlindungan itu.

Ia berikutan perkara yang menyentuh tanggungjawab seperti itu lahirnya dari hati seseorang.

Mereka sememangnya tidak pernah mengajar anak dan cucu untuk membenci anjing kerana ia juga adalah makhluk ALLAH SWT.

Dalam pada itu, Pak Mie melahirkan hasratnya untuk memiliki tanah lapang yang digazet menjadi tanah rumah perlindungan haiwan supaya mereka dapat meneruskan usaha menyelamatkan haiwan terbiar ini daripada terseksa.
'via Blog this'

Wednesday, August 14, 2013

Iblis dan di saat kematian

[Iblis dan di saat kematian]

Pada suatu malam pengajian, Tuan Guru Haji Abdullah Pondok Lubuk Tapah berpesan. Perbanyakkan zikir sebelum datangnya saat di mana diri tidak mampu lagi untuk berzikir.

Di saat itu, Ayah angkat saya terlintas difikirannya. Bagaimana saat yang dikatakan tidak mampu untuk berzikir. Hatta demam sekalipun hati masih mampu untuk berzikir.

Kehendak Allah, membuatkan beliau sakit terlantar di ICU. Memang nak berzikir dengan hati pun tidak mampu. Sedar apa yang diperlakukan orang,  tetapi tidak tidak terdaya nak buat apa. 

Antara gangguan Iblis yang datang ketika itu, Iblis masuk dari pintu lagi dah nampak dengan berekornya, telanjang, kulit mengerutu lalu duduk di atas bahu beliau. 

Iblis berkata ikutlah dia jika nak selamat, apa yang dikata oleh ayah angkat saya kepadanya, "Kamu golongan yang terlaknat sejak dari dari zaman Nabi Adam lagi, bagaimana mahu ikut kamu. Berpakaian pun tidak pakai. Jawaban itu membuatkan iblis terdiam panjang.

Iblis mendatangkan berbagai-berbagai ujian seperti menyuruh kita mengaku salib itu ugama kita, bila dijawab tidak, ia mendatangkan dewa seperti dewa india yang bertongkat, jika dijawab tidak, Iblis mendatangkan Buddha. Selepas itu barulah didatangkan kalimah la ilaha illallah, bila mengaku inilah ugama aku, Iblis membisingkan suasana dengan kalimah la ilaha illallah dengan harapan kita menarik balik itu bukan ugama kita.

Yang membuatkan ayah angkat saya tersenyum di dalam hati, bila Iblis menipu. Dimainkan alat elektronik pembantu pernafasan sehingga doktor kelam kabut. Disangka telah kehilangan nyawa.

Dikatakan Iblis sanggup dirinya terbakar walaupun dibaca surah Yasin bagi menyesatkan Umat Rasulullah di saat kematian.

Iblis gemar dan makin gembira bila Nurse ketawa dan gelak sesama mereka.

Bila mahu Keluar dari ICU ke wad biasa, Doktor kata ICU seronok kerana ada Nurse yang tolong jaga. Ayah angkat saya bagitahu, jika katil dibuat dari emas sekalipun tidak mahu masuk lagi ICU. Dikata dalam hati, jika tahu apa yang aku alami, nescaya tidak mahu pun doktor bekerja di tempat berkumpulnya Iblis.

[Ingkar terhadap Iblis jika Iblis menyuruh mengakunya sebagai Tuhan, kerana Allah Kalam-Nya tidaklah berhuruf, bersuara, berbunyi, tidak berbahasa. Ingkarlah Iblis kerana Allah tidaklah zat-Nya bertempat, berjisim, beranggota]

[Perbanyakkan ingat mati, kerana mati itu membuat kita banyakkan amal]

[Perbanyakkan bacaan al-Quran ketika keluarga sakit]

Bayi terbakar sendiri 4 kali

New Delhi: Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan dilaporkan kian pulih selepas badannya didakwa terbakar tiba-tiba empat kali.
Rahul dimasukkan ke unit rawatan rapi hospital di Chennai minggu lalu akibat melecur teruk pada seluruh badannya. 
Doktor di hospital itu berkata, Rahul mengalami “pembakaran spontan.”

Kakitangan perubatan mendakwa buat kali keempat dalam hidupnya, tubuh Rahul terbakar tanpa sebab seperti cucuhan atau percikan luaran.
Foto
RAHUL ditemani ibunya dirawat di sebuah hospital di Chennai, India, semalam.

Kata doktor, kejadian itu mungkin berpunca daripada pembuangan gas pada kulitnya dan menyebabkan dada dan kepala bayi terbabit terbakar.

Ketua pediatrik hospital tempat Rahul dirawat, R Narayana Babu berkata, keadaan bayi berkenaan stabil dan masih dirawat akibat melecur.

“Rahul dibantu dengan sistem pernafasan di unit rawatan rapi,” katanya.

Dia memberitahu rancangan IBN Live bahawa Rahul masih di bawah pemerhatian dan akan keluar hospital selepas dua minggu bergantung pada keadaannya.

Rahul berasal dari Villupuram kira-kira 100 kilometer dari Chennai mengalami kejadian pertama ketika berusia sembilan hari.

Ibunya Rajeswari berkata, orang ramai menyangka dia yang sengaja membakar anak lelakinya itu.

“Penduduk kampung memulau kami dan keadaan Rahul menyebabkan kami sekeluarga kehilangan segala-galanya,” katanya ketika ditemui.

Rajeswari mendakwa Rahul sudah mengalami empat episod terbakar dengan insiden terakhir berlaku bulan lalu.

Bagaimanapun, doktor di Hospital Kolej Perubatan Kilpauk di Chennai yang merawat Rahul berkata, mereka hanya bergantung kepada keterangan ibunya kerana bayi itu tidak mempunyai rekod perubatan.

Profesor Jabatan Pediatrik di Hospital Kolej Perubatan Kilpauk R Jayachandran berkata Rahul perlu dipantau dengan rapi.

“Kami akan menyiasat sama ada penyakitnya itu berpunca daripada genetik dan akan menjalankan ujian bagi mengetahui jenis gas yang dikeluarkan bayi itu,” katanya. - Agensi

Tuesday, August 13, 2013

Gunung Rokatenda meletus

  • Gunung Rokatenda meletusAnggota penyelamat membantu memindahkan orang ramai akibat letupan gunung berapi Rokatenda di Pulau Palue.

JAKARTA - INDONESIA, Lebih daripada 500 orang dipindahkan selepas gunung berapi Rokatenda terus aktif memuntahkan lahar dan debu panas di Pulau Palue wilayah Timur Indonesia, semalam.

Ketua daerah Sikka   Yosep Ansarera berkata, debu panas daripada lahar itu dapat dirasai pada jarak dua kilometer.

“Operasi menyelamat sukar dilakukan kerana masih ramai penduduk di dua kampung enggan berpindah kerana tidak mahu meninggalkan haiwan ternakan mereka. Kami terpaksa melakukan pemindahan secara berperingkat,” katanya.

Sementara itu, jurucakap agensi bencana negara Sutopo Purwo Nugroho berkata kepada Antara News, sehingga kini lebih 3,000 penduduk telah dipindahkan berikutan tidak tahan dengan bahang panas yang membawa debu kecil  ke kediaman mereka.

“Masih ramai enggan berpindah. Mereka yang berada  lebih dari tiga kilometer dari kawasan letupan masih diberi pengecualian untuk berbuat demikian,” katanya.

Beliau berkata, masih terdapat 2,500 orang berada dalam zon bahaya.

“Dua bot digunakan untuk mengangkut mereka untuk keluar dari kawasan terbabit. Pemindahan juga sukar dilakukan berikutan jambatan utama telah musnah akibat gegaran ketika letupan pertama minggu lalu,” katanya.

Monday, August 12, 2013

6 korban Rokatenda

myMetro | 6 korban Rokatenda:
Kupang: Penyelamat Indonesia semalam berusaha keras untuk memindahkan ribuan penduduk dari pulau kecil Palue di Nusa Tenggara Timur ketika letusan gunung berapi yang mengorbankan enam orang kelmarin terus memuntahkan batu dan abu “pada paras berbahaya”.
Pegawai agensi valkonologi Indonesia, Surono berkata, Gunung Rokatenda mengeluarkan abu merah panas hingga 600 meter ke udara. 
“Tiada tanda-tanda ia akan berhenti meletus dalam tempoh terdekat,” katanya kepada media.

Kelmarin gunung berapi itu mengeluarkan batu dan abu setinggi 1.2 batu ke udara dan melimpahkan lava yang lebur ke pantai, membunuh tiga orang dewasa dan tiga kanak-kanak ketika mereka tidur.
Foto
PENDUDUK Pulau Palue menunjukkan mayat saudaranya yang terbunuh akibat letusan gunung berapi, semalam.

Aktiviti gunung berapi Rokatenda, satu daripada pelbagai gunung berapi di kepulauan Indonesia meningkat sejak Oktober lalu dan terdapat beberapa siri letusan kecil sebelum kelmarin.

Pasukan penyelamat mencari jalan untukk memindahkan kira-kira 2,000 orang ke zon selamat seluas tiga kilometer dan sekumpulan penduduk yang panik sudah pun meninggalkan pulau berkenaan, kata pegawai agensi pengurusan bencana tempatan, Eduardus Desa Pante.

Petugas penyelamat, Bakri Kari berkata, usaha menyelamat sukar kerana jalan raya dihalang oleh abu dan penduduk enggan meninggalkan kediaman mereka.

“Memang sukar untuk melangkah melalui tanah yang panas diliputi oleh abu setebal 10 hingga 20 sentimeter.

“Semuanya terbakar akibat terkena lava,” katanya. - AFP
'via Blog this'