Pages

Thursday, June 30, 2011

‘Nak tunggu raya lambat lagi’


USUNG...anggota polis dan keluarga mengangkat mayat Mohd Zamzuri Irwan (gambar kecil).
USUNG...anggota polis dan keluarga mengangkat mayat Mohd Zamzuri Irwan (gambar kecil).

KUALA TERENGGANU: Naluri seorang ibu yang tidak sedap hati apabila anaknya memohon maaf ketika keluar rumah sedangkan sebelum ini tidak pernah berbuat demikian, bagaikan petanda anak lelakinya itu pergi menyahut seruan Ilahi selepas terbabit dalam kemalangan malam kelmarin.
Suri rumah, Ramlah Ramli, 55, berkata, dia tidak menyangka kata yang disangka gurauan itu sebenarnya ‘permohonan terakhir’ daripada anaknya Mohd Zamzuri Irwan Mamat, 27, supaya dimaafkan segala kesalahannya sebelum ini.

“Petang semalam (kelmarin), selepas membasuh motosikalnya yang baru dibeli sebulan lalu, arwah meminta maaf dan terkejut dengan kelakuan peliknya itu saya bertanya semula kenapa cakap begitu.

“Kemudian arwah beritahu kalau nak tunggu raya lambat lagi, jadi baik minta maaf sekarang sambil saya memberitahu sentiasa memaafkannya,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), malam kelmarin.

Mohd Zamzuri Irwan yang menunggang motosikal Yamaha LC 135 maut di tempat kejadian manakala rakannya, Mohd Arif Muhammad, 25, yang membonceng bersamanya parah apabila kenderaan dinaiki mereka bertembung dengan kereta Proton Wira di simpang tiga lampu isyarat Jalan Kampung Pasir Panjang, kira-kira jam 9 malam kelmarin.


Difahamkan, mangsa yang dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Belukar Jambu, Chendering menuju ke pasar raya gagal mengawal kenderaan apabila kereta Proton Wira dipandu buruh, Yusof Rani, 53, bersama isteri dan tiga anak dalam perjalanan dari pusat bandar dikatakan membelok ke kanan memasuki simpang secara mengejut.

Akibat pelanggaran itu, Mohd Zamzuri Irwan yang bekerja sebagai buruh melambung sejauh lima meter dan topi keledar dipakainya turut tercabut serta cedera parah di badan, muka dan kepala.

Manakala, Mohd Arif pula terseret sejauh 10 meter parah di badan dan sehingga kini masih koma serta mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi HSNZ.

Sementara itu, Mohd Zulkarnain Imran, 24, adik kepada Mohd Zamzuri Irwan berkata, dia pelik apabila abangnya tergesa-gesa keluar rumah selepas Maghrib tanpa bercakap sepatah pun.

“Biasanya dia bergurau dan beritahu hendak ke mana, tetapi semalam (kelmarin) dia senyap dan hanya melihat adik-beradik lain di rumah, sedangkan dia jenis yang banyak bercakap.


“Malah apa yang menghairankan dia juga tidak menggunakan motosikal Yamaha RXZ yang baru dibasuhnya seolah-olah sayang hendak keluar kerana baru sebulan dibeli, tetapi menggunakan motosikal Yamaha LC135 milik saya,” katanya.



Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana kemalangan menyebabkan kematian manakala pemandu kereta Proton Wira terbabit diambil keterangan selama dua jam sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.myMetro | ‘Nak tunggu raya lambat lagi’

Ayah, anak bertempur

LAPOR...Aishah menunjukkan laporan polis.
LAPOR...Aishah menunjukkan laporan polis
PASIR MAS: Suasana di perkarangan sebuah kedai makan berdekatan Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam kecoh apabila seorang bapa bergaduh dengan anak lelakinya sehingga menterbalikkan meja dan kerusi, memecahkan pinggan mangkuk serta melempar makanan dan minuman ke arah satu sama lain.
Kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu menggemparkan kira-kira 20 pelanggan yang sedang menikmati hidangan di kedai berkenaan.

Menurut saksi, dua beranak terbabit dilihat mengadakan perbincangan secara baik, tetapi keadaan tiba-tiba berubah apabila kedua-dua mereka gagal mengawal perasaan masing-masing dan mula bergaduh sehingga mencetuskan suasana kecoh.

Difahamkan, si anak berusia 20-an mahu membela nasib ibunya sering diugut bapanya, berusia 50-an, dan bengang dengan sikap bapanya yang berdolak-dalik ketika mahu menyelesaikan kes perceraian dengan isterinya itu.



Seorang saksi yang juga pemilik kedai makan berkenaan, Fadzilah Ismail, 52, berkata ketika kejadian, dia sedang membancuh minuman untuk pelanggan.myMetro | Ayah, anak bertempur

Serang hendap tukul kepala majikan

CEDERA...kepala Kartena yang berjahit. Gambar kecil, Fitriani.
CEDERA...kepala Kartena yang berjahit. Gambar kecil, Fitriani.

SEREMBAN: “Saya merayu berkali-kali supaya berhenti memukul, tetapi pembantu rumah itu seperti ‘naik hantu’ apabila membelasah saya bertubi-tubi menggunakan tukul besi dan kayu,” kata suri rumah, Kartena Kamaruddin, 31, yang parah dibelasah pembantu rumahnya di Bandar Enstet, Nilai, dekat sini, Isnin lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, Kartena yang hendak memasuki kereta untuk menghantar anak sulungnya ke tadika berhampiran terkejut apabila dipukul lebih 30 kali di kepala dan badan oleh pembantu rumahnya yang baru sebulan bekerja.

“Ketika itu saya memasukkan anak bongsu berusia dua tahun ke dalam kereta dan tiba-tiba diserang dari belakang sebelum dipukul bertubi-tubi,” katanya ketika ditemui di Hospital Pakar Seremban, di sini, semalam.

Menurutnya, pembantu rumah dikenali sebagai Fitriani, 19, dari Aceh, Indonesia, menarik rambut dan mengheretnya ke dalam rumah dan memukulnya.


“Ketika itu saya melihat dia mengambil gunting, tetapi saya menggigit tangannya membuatkan gunting itu terlepas. Kalau tidak pasti saya mati,” katanya.myMetro | Serang hendap tukul kepala majikan

Spratly hak kami: China

BEIJING: China semalam mengulangi kenyataan bahawa hak kedaulatannya ke atas rangkaian pulau di Laut China Selatan tidak boleh dipertikai.

Kenyataan itu dibuat selepas Amerika Syarikat berikrar untuk membantu Filipina yang turut menuntut hak terhadap kawasan berkenaan.


Jurucakap Pejabat Hal Ehwal Taiwan, Yang Yi juga mengulangi pendirian kerajaan China bahawa mengawal keselamatan kawasan berkenaan termasuk kepulauan Spratly adalah tanggungjawab bersama Beijing dan Taipei.

“China mempunyai hak kedaulatan terhadap kepulauan di Laut China Selatan dan kawasan perairannya yang tidak boleh dipertikai,” kata Yang kepada wartawan.


China, Filipina, Vietnam, Brunei, Malaysia dan Taiwan terbabit dalam tuntutan bertindih terhadap sebahagian daripada Laut China Selatan yang dipercayai kaya dengan minyak dan gas sementara laluan perkapalannnya amat penting untuk perdagangan dunia.


Vietnam dan Filipina sebelum ini menuduh China meningkatkan tindakan agresif dalam usaha menguasai kawasan berkenaan.

China pula mendakwa ia mahu menyelesaikan pertikaian itu secara aman tetapi tetap bertegas dalam menuntut hak terhadap hampir keseluruhan Laut China Selatan, termasuk perairan dalam zon ekonomi eksklusif Filipina. Amerika Syarikat dan Filipina kelmarin memulakan latihan tentera laut bersama di perairan berhampiran kawasan yang menjadi rebutan itu. - AFPmyMetro | Spratly hak kami: China

50 cedera polis, penunjuk perasaan bertempur di Dataran Tahrir

KAHERAH: Kira-kira 50 orang cedera selepas penunjuk perasaan dan polis bertempur di tengah Kaherah, kata pihak berkuasa semalam.

Sumber berkata, polis antirusuhan dihantar ke Dataran Tahrir dan berhampiran bangunan Kementerian Dalam Negara di ibu negara Mesir.


Pagi semalam, katanya, penunjuk perasaan melontar batu ke atas pasukan keselamatan yang kemudian membalasnya dengan gas pemedih mata.

“Bagaimanapun, pertempuran itu kecil berbanding malam kelmarin,” katanya.


Majlis Pemerintahan Tentera Mesir yang berkuasa selepas kejatuhan Hosni Mubarak memberi amaran bahawa ada cubaan dibuat bagi menggugat kestabilan negara itu.


“Ia dilakukan bagi mencetuskan huru-hara dan mencabar polis,” kata kenyataan itu. - AFPmyMetro | 50 cedera polis, penunjuk perasaan bertempur di Dataran Tahrir

Perancis hantar senjata

PARIS: Perancis mula menggugurkan senjata untuk pemberontak Barbar menentang tentera Muammar Gaddafi di kawasan pergunungan selatan Tripoli, lapor akhbar Le Figaro, semalam.

Menurut akhbar harian itu, penghantaran senjata berkenaan dibuat bagi membantu pemberontak mengepung Tripoli dan menggalakkan kebangkitan rakyat di ibu negara Libya itu.


Mendakwa melihat sendiri nota perisikan rahsia dan berhubung dengan sumber dipercayai, Le Figaro mendakwa, jika pemberontak berjaya menghampiri pinggir Tripoli, kemungkinan besar rakyat di bandar raya itu akan bangkit menentang rejim Gaddafi.

“Jentera kerajaan kini tidak mendapat gaji dan kebanyakannya bertambah bosan dengan keadaan semasa. “Berlaku kekurangan minyak serius dan penduduk Tripoli bertambah muak dengan keadaan itu,” lapor akhbar berkenaan.


Menurut Le Figaro, penghantaran senjata itu dibuat melalui pesawat di ruang udara wilayah Djebel Nafusa yang menjadi pusat kebangkitan suku Barbar.


Setakat ini beberapa bandar di sekitar wilayah itu dilaporkan jatuh ke tangan mereka.

Laporan mendakwa, kargo berkenaan berisi raifal, mesingan dan pelancar roket.


Turut dihantar, misil antikereta kebal Milan buatan Eropah yang mampu memusnahkan kereta kebal atau kubu. - AFPmyMetro | Perancis hantar senjata

Rakam rakan sekerja di tandas

HOPKINS.
HOPKINS.
RACHEL.
RACHEL.

LONDON: Seorang wanita yang menemui cakera digital video (DVD) dalam beg teman lelakinya terkejut apabila melihat kadungannya, rakaman sulit aksi 14 wanita rakan sepejabat lelaki itu dalam tandas.

Rachel Jones, 27, dari Swansea, Wales Selatan, kemudian menghantar mesej menerusi telefon kepada wanita terbabit, memberi amaran kepada mereka mengenai kewujudan kamera tersembunyi dalam tandas di pejabat mereka.


Sebuah mahkamah diberitahu, ia menjadi mimpi ngeri bagi setiap wanita apabila Rachel, pekerja sebuah kedai, membongkar kegiatan teman lelakinya, Matthew Hopkins, 29.

Mahkamah juga diberitahu, Rachel mahu melindungi 14 wanita itu. Dia merampas telefon bimbit lelaki itu untuk menghantar mesej kepada wanita berkenaan: “Saya ada sesuatu yang menyedihkan untuk memberitahu anda. “Dia merakam gambar anda di tandas pejabat. Saya mohon maaf kerana terpaksa memberitahu anda. Dia begitu teruk.” Bagaimanapun, Hopkins, semalam hanya dihukum melakukan kerja kemasyarakatan selama tiga tahun selepas didapati bersalah merakam 14 wanita dalam tandas di Jabatan Pelajaran Swansea, Wales Selatan.


Pendakwa raya, Natasha Morgan berkata: “Hopkins membeli kamera mengintip menerusi eBay dan memasangnya di tandas, di sebalik dinding. “Kamera itu mula meramkam apabila ada orang memasuki tandas itu.” - AgensimyMetro | Rakam rakan sekerja di tandas

PETRONAS bayar kerajaan RM594.6b

DATUK Seri Najib Razak berkata PETRONAS membayar RM594.6 bilion kepada kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dalam bentuk dividen, cukai, duti eksport dan perolehan petroleum sejak penubuhannya hingga Mac lalu.

Perdana Menteri berkata, daripada jumlah itu, RM65.7 bilion adalah pembayaran bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac lalu.
“Jumlah sumbangan PETRONAS kepada Kumpulan Wang Amanah Nasional (KWAN) adalah sebanyak RM3 bilion.
“Dana ini aktif dan dilaburkan dalam pelbagai instrumen kewangan, manakala saiz dana kini berjumlah RM5.43 bilion,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) di Dewan Rakyat di sini, semalam.

Beliau menjawab soalan Nurul Izzah yang mahu mengetahui jumlah sumbangan PETRONAS kepada tabung KWAN, status penggunaan dan baki terkini berkenaan.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, KWAN ditubuhkan untuk memastikan penggunaan optimum hasil sumber asli negara yang merosot supaya dapat memberi sumber pendapatan berterusan dan stabil demi faedah generasi akan datang.

“Pengurusan dan pentadbiran hal ehwal KWAN ini dipertanggungjawabkan ke atas Bank Negara Malaysia (BNM) yang memastikan dana KWAN dilaburkan dengan wajar, manakala operasi kumpulan wang diselia panel KWAN,” katanya.
Menjawab soalan lain mengenai kesediaan kerajaan menetap 30 peratus keuntungan tahunan PETRONAS dimasukkan ke dalam tabung pendidikan kebangsaan untuk pemberian biasiswa, Najib berkata, kerajaan sudah menyediakan dana bagi tujuan pendidikan menerusi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

“Pemberian biasiswa atau pinjaman tertakluk kepada syarat yang ditetapkan. Oleh itu, kerajaan tidak bercadang menubuhkan tabung pendidikan baru seperti tabung pendidikan kebangsaan,” katanya.
Berita Harian Online | PETRONAS bayar kerajaan RM594.6b

Medan Tahrir bermandi darah rakyat


KAHERAH: Pertempuran berdarah berlaku di antara penunjuk perasaan dan polis antirusuhan Medan Tahrir di sini, berikutan kehampaan memuncak berhubung kelewatan pemerintah tentera memperkenalkan pembaharuan yang dijanjikan.

“Beratus-ratus penunjuk perasaan berkumpul di depan Kementerian Dalam Negeri di tengah-tengah Kaherah, membakar tayar dan membaling batu ke arah polis,” kata pegawai keselamatan.Saksi berkata, kira-kira 80 cedera dalam pertempuran itu antara perhimpunan paling ganas dilihat sejak bantahan rakyat yang menggulingkan presiden kuku besi, Hosni Mubarak, Februari lalu.Kementerian Kesihatan pula melaporkan sehingga 590 orang cedera dalam pertempuran itu dan 75 pula dimasukkan ke hospital.

Kumpulan 6 April yang terbabit dalam penganjuran perhimpunan berkenaan mendesak agar rakyat Mesir menuju ke Medan Tahrir pada 8 Julai bagi mempercepatkan pembaharuan ke arah demokrasi. – AFP Berita Harian Online | Medan Tahrir bermandi darah rakyat

Kempen guna internet halang konsert Shakira

pix_gal0
Penduduk Mesir bantah penyanyi kunjung Israel


KAHERAH: Sekumpulan penduduk Mesir melancarkan kempen melalui internet bagi menghalang penyanyi kelahiran Colombia, Shakira, daripada memasuki negara itu dan membatalkan konsertnya di Kaherah pada November, sebagai reaksi balas berikutan kunjungannya ke Israel seminggu lalu.
Sebilangan besar peminatnya di negara itu mengecam kunjungan Shakira ke Israel dan melawat kanak-kanak Yahudi di sebuah sekolah di Baitulmaqdis, tetapi tidak mempedulikan kanak-kanak Palestin yang menderita akibat penjajahan rejim Zionis.
Shakira juga ditegur berikutan lawatannya, kerana dia mempunyai darah kacukan Lubnan, sedangkan wujud permusuhan yang kuat di antara Lubnan dan Israel.

Laman web yang dihasilkan bagi kempen itu menyatakan serangan tidak ditujukan kepada Shakira sebagai seorang individu, sebaliknya bagi menunjukkan penolakan keras terhadap apa juga bentuk hubungan dengan Israel.

“Konsert Shakira tidak akan memberi sebarang kelebihan kepada Mesir, sebaliknya adalah lebih baik jika dia tidak mengadakan konsert itu,” kata seorang anggota penganjur kempen.

Penganjur kempen turut melahirkan kemarahan berikutan kesediaan Shakira menerima undangan daripada Presiden Israel Shimon Peres dan kenyataannya untuk membuka ‘lembaran baru’ dengan penduduk Israel.
“Kenyataan Shakira adalah mengejutkan dan kami menuntut agar dia diharamkan daripada memasuki Mesir untuk selama-lamanya,” kata anggota kumpulan penganjur itu.

Shakira melawat Israel bersama teman lelakinya, bintang bola sepak Barcelona, Gerard Pique dan menginap di sebuah hotel di Baitulmaqdis. – Agensi Berita Harian Online | Kempen guna internet halang konsert Shakira

Iran uji misil bawa bom nuklear




ANTARA satu daripada  14 misil yang dilancarkan Iran dalam satu latihan, baru-baru ini.
ANTARA satu daripada 14 misil yang dilancarkan Iran dalam satu latihan, baru-baru ini.

Peluru berpandu mampu sasar Israel

LONDON: Iran dilaporkan sudah melaksanakan ujian rahsia peluru berpandu yang boleh membawa bom nuklear yang menurut Setiausaha Pertahanan Britain, William Hague, satu tindakan yang melanggar resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Kenyataan Hague itu dibuat sehari selepas pasukan elit, Pengawal Revolusi Iran berkata, ia berjaya melancarkan 14 misil dalam satu latihan, antara satu daripadanya berupaya menyasarkan Israel atau kemudahan Amerika Syarikat di perairan Teluk.
Dalam satu kenyataan kepada Ahli Parlimen, Hague berkata: “Iran sudah melaksanakan ujian rahsia misil balistik dan pelancaran roket, termasuk menguji misil yang boleh membawa bom nuklear, sekali gus melanggar resolusi PBB 1929.”

Beliau berkata, Iran juga sudah mengumumkan rancangannya untuk meningkatkan tiga kali ganda keupayaannya mengeluarkan uranium diperkayakan 20 peratus.

“Paras ini lebih tinggi daripada keperluan penggunaan kuasa nuklear secara aman. Kami akan meneruskan tekanan terhadap Teheran agar duduk berunding berhubung program nuklearnya,” katanya.

Kelmarin jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Victoria Nuland, berkata Iran bertindak bongkak berhubung asetnya, tetapi tidak menyatakan sama ada Washington berpendapat misil itu boleh membawa bom nuklear.
Program misil Iran yang dikawal Pengawal Revolusi dan program angkasa lepas negara Teluk membimbangkan negara Barat.

Negara Barat mencurigai kenyataan Iran bahawa program nuklearnya untuk kegunaan awam, sebaliknya mendakwa ia sebenarnya untuk membangunkan senjata nuklear. – AFP
Berita Harian Online | Iran uji misil bawa bom nuklear

21 terbunuh serangan hotel di Kabul


Foto
API dan asap kelihatan dari Hotel Intercontinental ketika pertempuran di antara NATO dan pejuang Taliban yang melancarkan serangan bunuh diri, semalam.
Komando Afghanistan dibantu helikopter NATO bertempur dengan 9 lelaki bersenjata
Foto
ASKAR asing meninggalkan Hotel Intercontinental selepas pasukan tentera berjaya mengawal keadaan di hotel berkenaan terhadap Taliban, semalam.


KABUL: Sekurang-kurangnya 21 orang terbunuh, apabila sembilan pejuang Taliban lengkap bersenjata, menyerbu sebuah hotel utama di Kabul, sebelum bertempur selama beberapa jam dengan anggota komando Afghanistan yang dibantu helikopter Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) semalam.
Ketua Polis Kabul, Ayub Salangi berkata dalam kejadian itu, sembilan orang awam kebanyakannya pekerja hotel dan dua pegawai polis antara yang terbunuh manakala 18 yang lain cedera.
Beliau berkata, semua sembilan penyerang terbabit terbunuh selepas mereka menyerbu Hotel Intercontinental yang sering menerima tetamu daripada kalangan pegawai asing dan Afghanistan lewat kelmarin.

Saksi berkata, bunyi tembakan senjata api jelas kedengaran ketika kejadian, manakala sebahagian daripada bangunan hotel itu terbakar.

“Selepas beberapa letupan, penyerang memasuki hotel dan menuju ke dewan besar.

“Ada di antara mereka membawa pembesar suara yang membunyikan lagu perang Taliban dan menembak sesiapa saja yang mereka lihat kelibat mereka.
“Penghuni hotel di tingkat tiga dan dua melompat keluar untuk menyelamatkan diri,” kata seorang penyambut tetamu.

Hotel milik kerajaan yang dibina pada 1960-an itu tidak mempunyai kaitan dengan rangkaian Hotel Intercontinental antarabangsa, menempatkan delegasi yang menghadiri persidangan keselamatan Afghanistan, manakala satu majlis perkahwinan meriah sedang diadakan ketika serangan berlaku.

“Sembilan pengganas bersenjata menyerang hotel Intercontinental, kira-kira jam 11 malam tadi (waktu tempatan).

“Operasi berakhir kira-kira jam 3 pagi selepas semua pengganas dibunuh,” kata kementerian dalam negeri dalam satu kenyataan.

Antara tetamu di hotel berkenaan termasuk pegawai kerajaan dari seluruh negara yang berada di Kabul bagi menghadiri persidangan mengenai penyerahan kuasa tentera asing kepada pasukan keselamatan Afghanistan.

Proses dijadual bermula bulan depan.

Penghuni hotel yang panik diminta bersembunyi di bilik masing-masing, selepas penyerang yang dipercayai memakai jaket kalis peluru, membawa mesingan dan pelancar roket, berjaya melepasi kawalan keselamatan.

Jurucakap Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF), Mejar Tim James, berkata pihaknya menghantar sebuah helikopter selepas mendapat permintaan pihak berkuasa Afghanistan.

“Ia terbang rendah di bumbung hotel dan berlegar beberapa kali. Anggota kami dapat mengenal pasti dengan jelas sekumpulan pemisah yang bersenjata dan memakai jaket kalis peluru lalu melepaskan tembakan menggunakan senjata kecil.

“Kami mendapat laporan beberapa letupan berlaku mungkin berpunca daripada pemisah yang meletupkan bom di tubuh mereka atau tembakan yang dilepaskan dari helikopter,” katanya.

Sementara itu jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid mengaku kumpulan itu bertanggungjawab ke atas serangan yang dilakukan di hotel itu.

Beliau mendakwa militan berjaya menawan hotel dan membunuh 50 tetamu termasuk pegawai kerajaan dan asing, malah menahan 300 lagi sebagai tebusan.

Laporan itu bgagaimanapun tidak dapat disahkan. – AFP/Reuters

INFO
KRONOLOGI SERANGAN


  • Lima penyerang bersenjata dan empat pengebom bunuh diri menyerbu masuk Hotel Intercontinental.

  • Taliban mengaku terbabit dalam serangan nekad di tengah-tengah Kabul itu

  • Helikopter NATO menembak ke arah penyerang yang berada di bumbung hotel Intercontinental.

  • Semua sembilan penyerang terbunuh dalam operasi.
Berita Harian Online | 21 terbunuh serangan hotel di Kabul

Budak mati lemas dalam tali air

ALOR SETAR – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun mati lemas selepas terjatuh ke dalam tali air ketika bermain basikal kira-kira 10 meter dari rumahnya di Kampung Parit Buaya, Alor Janggus di sini kelmarin.

Mayat Mohammad Fahmi Kamaruddin, 5, ditemui bapanya, Kamaruddin, 44, di dasar tali air kira-kira 10 minit selepas kanak-kanak itu disedari hilang pada pukul 7 petang.

Ibu mangsa, Nor Azalina Ahmad, 39, berkata, dia tidak menyangka anak bongsunya itu mengayuh basikal ke kawasan tali air kerana kanak-kanak itu biasanya hanya akan pergi ke rumah neneknya yang terletak bersebelahan rumah mereka.

“Fahmi baru pandai kayuh basikal, saya rasa dia kayuh ke sana (sungai) sebab terlalu seronok bermain bersama abangnya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Menurut Nor Azalina, sebelum kejadian dia berada di luar rumah namun masuk semula ke dalam rumah selepas itu.

Kosmo! Online - Negara

Dituduh gigit kemaluan isteri

KUANTAN - Seorang penoreh getah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap isterinya dengan menggigit kemaluan wanita itu yang enggan mengadakan hubungan seks pada April lalu.

Bagaimanapun, tertuduh Mohd. Shakri Ismail, 28, dari Felda Bukit Goh di sini membuat pengakuan tidak bersalah atas dakwaan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noradidah Ahmad.

Mengikut kertas pertuduhan, Mohd. Shakri didakwa menyebabkan kecederaan terhadap isterinya, Roshapida Mat Sidik, 23, dengan menggigit kemaluan mangsa untuk mengadakan persetubuhan antara pukul 12 tengah malam hingga pukul 3.30 pagi pada 21 April lalu di sebuah rumah di Felda Bukit Goh di sini.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 375A Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan untuk mengadakan persetubuhan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun.

Terdahulu, selepas kertas pertuduhan dibacakan tertuduh memberitahu mahkamah bahawa dia tidak melakukan perbuatan itu dan mempersoalkan tuduhan yang dikenakan terhadapnya.

"Saya tidak mencederakan dia," kata Mohd. Shakri.

Mendengar kata-kata tertuduh itu, Noradidah menyoal semula Mohd. Shakri dengan berkata:

"Jika kamu tidak melakukan perbuatan itu mengapa ada kesan gigitan pada mangsa."

Kata-kata hakim itu menyebabkan tertuduh terus mendiamkan diri sebelum mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Kosmo! Online - Negara

Serang ayah enggan ceraikan ibu



SEORANG pembantu kantin menunjukkan kerusi dan meja yang rosak akibat pergaduhan anak dengan bapa di Pasir Mas semalam.


PASIR MAS - Pekarangan kantin Mahkamah Syariah Pasir Mas di sini, kecoh semalam apabila seorang anak bergelut dengan bapanya setelah tidak berpuas hati dengan tindakan bapanya yang enggan menceraikan isterinya selepas permohonan dibuat di mahkamah tersebut.

Dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi, lelaki berusia sekitar 50-an itu sedang minum di kantin terbabit sebelum didatangi anak lelakinya dan berlaku pertengkaran antara mereka sehingga menyebabkan berlaku pergelutan di antara mereka berdua.

Menurut peniaga kantin terbabit, Fadzilah Ismail, 52, pada mulanya kedua-dua beranak itu berbincang mengenai masalah mereka namun ia bertukar tegang apabila lelaki berusia 50-an terbabit mempersoalkan tindakan anaknya yang terlalu menyebelahi ibu.

Maka bermulalah pertelingkahan antara mereka dengan si anak mengambil jag air dan menyimbah ke arah bapanya.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.Kosmo! Online - Negara

Pub jual air sperma kuda jantan



SEORANG pelayan wanita memegang dulang yang berisi gelas mengandungi air sperma kuda jantan di pub Green Man di Wellington, New Zealand baru-baru ini.


WELLINGTON - Sebuah pub di New Zealand memperkenalkan minuman terbaharu dalam menunya iaitu air sperma kuda berperisa epal, lapor sebuah akhbar semalam.

Pub Green Man di sini menawarkan minuman itu pada harga £12 (RM58) untuk setiap hidangan 30 mililiter.

Bahan mentah minuman itu diambil dari sebuah ladang kuda di sini dengan setiap hidangan mengandungi sekitar 300 juta sperma kuda.

Pemilik bersama pub berkenaan, Steven Drummond berkata, minuman itu yang dihidangkan sejuk, popular dalam kalangan pengunjung lelaki dan wanita.

Dia mendapat idea untuk menggunakan sperma kuda semasa cuba mencipta minuman baharu dalam satu pertandingan makanan tempatan. - AgensiKosmo! Online - Dunia

Anak ular sawa berkepala dua



STEFAN BROGHAMMER memegang seekor anak ular sawa berkepala dua.


BERLIN - Seekor anak ular sawa berkepala dua dilahirkan di Villingen-Schwenningen, selatan Jerman, lapor sebuah akhbar semalam.

Ular itu milik Stefan Broghammer yang kini sepanjang 50.8 sentimeter dan berumur setahun.

Menurut Broghammer, haiwan itu merupakan ular yang kedua diketahuinya mempunyai dua kepala.

Ia tidak mempunyai bisa selain dikenali sebagai ular sawa diraja dan popular sebagai haiwan peliharaan. - AgensiKosmo! Online - Dunia

Spekulasi tunang Putera Albert larikan diri



PUTERA ALBERT II berjalan bersama tunangnya, CharleneWittstock di Monaco semalam.


MONACO - Pemerintah Monaco, Putera Albert II dan tunangnya, Charlene Wittstock yang merupakan atlet renang dari Afrika Selatan keluar bersama di bandar raya ini semalam.

Mereka keluar bersama selepas timbul spekulasi bahawa tunang Putera Albert II itu cuba melarikan diri pulang ke negaranya walaupun majlis perkahwinan mereka akan berlangsung pada bulan depan.

Sebuah akhbar semalam memetik laporan sebuah majalah Perancis bahawa Wittstock, 33, didakwa mahu pulang ke negaranya selepas mendengar pendedahan bahawa Putera Albert II seorang kaki perempuan.

Majalah L'Express menyatakan Wittstock cuba menaiki sebuah pesawat untuk menuju ke Afrika Selatan tetapi sempat dihalang oleh polis Perancis di Nice, Perancis.

Putera berusia 50 tahun itu dilaporkan membelanjakan sebanyak £50 juta (RM243.1 juta) untuk majlis perkahwinan tersebut yang akan diadakan secara besar-besaran.

Putera Albert memiliki dua anak luar nikah iaitu seorang anak lelaki dan anak perempuan.

Anak lelakinya, Alexandre, 6, lahir hasil hubungannya dengan bekas peragawati syarikat penerbangan Air France, Nicole Coste manakala anak perempuannya yang kini berusia 19 tahun, Jazmin merupakan anaknya bersama seorang ejen hartanah Amerika Syarikat, Tamara Rotola. - AgensiKosmo! Online - Dunia

Pejabat Facebook tidak mewah disangkakan


Kanan: SEBUAH meja dan bangku dalam sebuah bilik untuk pekerja di ibu pejabat Facebook.


MENLO PARK, California - Ibu pejabat baru Facebook di , Amerika Syarikat (AS) tidak mempunyai ciri-ciri kemewahan walaupun ia merupakan antara laman web paling kaya di dunia, lapor sebuah akhbar semalam.
Tiada permaidani dan hiasan dalaman yang mewah dalam pejabat tersebut.
Terdapat banyak paip terdedah yang dibaluti kertas kerajang perak dengan wayar bergantungan dalam bangunan ibu pejabat berkenaan.
Gambar-gambar ruang dalaman ibu pejabat baru Facebook yang dibina di kawasan seluas 23 hektar di sini disiarkan dalam laman web berkenaan awal bulan ini.
Para pengunjung mungkin terkejut kerana kedatangan mereka disambut dengan siling terbuka dan lantai konkrit tanpa karpet atau sofa mewah.
Ruang dalaman itu yang lebih menyerupai kilang banyak menggunakan kotak kayu yang diubah suai sebagai meja manakala susun atur tempat duduknya pelik kerana ada yang menghadap dinding.
Walaupun bangunan berkenaan mempunyai kapasiti untuk menempatkan 9,000 pekerja, Facebook kini mempunyai sekitar 2,000 kakitangan yang bekerja di premis barunya itu.
Laman Facebook yang bernilai AS$70 bilion (RM212.3 bilion) diramalkan memperoleh pendapatan sekitar AS$2 bilion (RM6 bilion) pada tahun ini.
Berdasarkan maklumat majalah Forbes, Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Marck Zuckerberg merupakan orang ketiga paling kaya di dunia dalam sektor teknologi maklumat.
Zuckerberg yang berusia 27 tahun dilaporkan memiliki kekayaan sehingga mencecah AS$18 bilion (RM54.5 bilion). - AgensiKosmo! Online - Dunia

Pemberontak Libya terima bantuan asing RM303 juta

BEBERAPA wanita yang memegang pelbagai jenis senjata menjerit slogan pro-Muammar Gaddafi di bandar Bani Walid, LIbya pada Selasa lalu.


LONDON - Setiausaha Luar Britain, William Hague menyatakan para pemberontak Libya menerima sumbangan wang daripada para penderma asing untuk membayar gaji kakitangan sektor awam di kawasan-kawasan yang dikuasai mereka.

Hague memberitahu ahli-ahli Parlimen Britain semalam bahawa sumbangan pertama berjumlah AS$100 juta (RM303 juta) telah disalurkan kepada kepimpinan pemberontak Majlis Peralihan Nasional (TNC) di Libya.

TNC menyatakan wang itu akan digunakan untuk membayar gaji para guru, tukang sapu dan pekerja lain yang memberikan perkhidmatan yang penting.

Sumbangan wang berkenaan akan turut digunakan untuk membeli petrol dan diesel.

Pada satu pertemuan di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dalam awal bulan ini, para penderma berjanji akan menyalurkan bantuan lebih AS$1.3 bilion (RM3.9 bilion) untuk membantu pihak pemberontak Libya.

Sementara itu, sejumlah wanita termasuk nenek menjalani latihan menggunakan senjata api termasuk pelancar roket di Bani Walid, 200 kilometer ke tenggara Tripoli.

Wanita-wanita itu merupakan penyokong kuat pemimpin Muammar Gaddafi yang kini berdepan tentangan daripada pemberontak yang mahu menyingkirkannya sejak Februari lalu. - AgensiKosmo! Online - Dunia