DENISE BOSTOCK memegang sepasang kasut bersaiz 21 yang ditemui di sebuah stesen minyak di Ilkeston, Britain pada bulan lalu. |
Friday, February 18, 2011
Polis cari pemilik kasut gergasi ditemui
Sanggup tunggu kereta diselamatkan dalam sungai
| LIN FU memegang tali kren yang digunakan untuk menyelamatkannya dari sebatang sungai di Shuangxiu, China baru-baru ini. |
BEIJING - Seorang lelaki, Lin Fu sanggup menggadai nyawanya sendiri apabila dia berdiri di atas keretanya yang terjunam ke dalam sebatang sungai di Shuangxiu, China, lapor sebuah akhbar semalam.
Sudah 249 hari Belgium tiada kerajaan
Steve Jobs mungkin hidup enam minggu lagi
STEVE JOBS kelihatan kurus semasa dia menyampaikan syarahan mengenai syarikat Apple di Cupertino, California pada 20 Oktober 2010. |
Dua maut di Libya
Tentera kawal ibu kota Bahrain
Hosni dilihat bersarapan pagi
HOSNI MUBARAK |
SHARM EL SHEIKH - Bekas presiden Mesir, Hosni Mubarak yang dilaporkan sakit dilihat bersarapan pagi di sebuah pantai di sini kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.
Satu sumber berpengaruh memberitahu stesen televisyen ABC, Hosni kini berada di resort miliknya di sini dengan ditemani oleh dua anak lelakinya, Gamal dan Alaa.
Kedua-dua isteri dan anak lelaki mereka, bagaimanapun telah meninggalkan Mesir.
Sumber itu berkata, memang benar Hosni, 82, menghadapi masalah kesihatan kerana doktor peribadinya turut menemaninya di sini.
Namun, kata sumber itu, Hosni yang meletak jawatan selepas memerintah Mesir hampir 30 tahun dilihat sihat bersarapan pagi di tepi pantai.
Kebimbangan mengenai kesihatan pemimpin itu timbul pada minggu lalu selepas terdapat laporan bahawa beliau berada dalam keadaan koma setelah meletak jawatan.
Sementara itu, Majlis Tertinggi Angkatan Tentera yang mengambil alih pentadbiran Mesir menyatakan, ia terkejut dengan gejala rasuah yang begitu berleluasa dalam pentadbiran Hosni sebelum ini.
Tidak lama selepas mengambil alih kuasa, pihak tentera telah meminta aset beberapa pegawai tertinggi pentadbiran negara dibekukan sehingga siasatan yang dilakukan terhadap mereka selesai dilakukan. - Agensi
Yemen bergolak akibat tunjuk perasaan
PARA penentang pemerintah (membelakangi kamera) membaling batu ke arah kumpulan penyokong kerajaan di Sanna, Yemen semalam. |
Thursday, February 17, 2011
Balik jalan kaki 25 km
Waktu-Waktu Mustajab untuk Berdoa
Penjara sesiapa yang cetuskan tunjuk perasaan seperti di Mesir
2011/02/17
ENTEBBE: Presiden Uganda, Yoweri Museveni berkata, beliau akan memenjara sesiapa saja yang cuba mencetuskan tunjuk perasaan seperti di Mesir menjelang pilihan raya kebangsaan yang dijangka menyaksikan pemimpin itu melanjutkan pemeritahannya yang kini sudah mencapai 25 tahun. "Tidak akan ada tunjuk perasaan seperti di Mesir," kata Museveni pada sidang akhbar semalam."Tiada sesiapa boleh menggunakan cara yang luar biasa daripada Perlembagaan untuk mengambilalih kuasa di sini. Itu terkeluar daripada persoalan," katanya.Menjelang pilihan raya Presiden, pencabar utama, Kizza Besigye mengulangi bahawa proses pengundian tidak kemas dan mengancam untuk mengadakan tunjuk perasaan sekiranya pengiraan yang dibuat partinya tidak sama seperti keputusan rasmi.
Bagaimanapun Museveni berkata, dia akan menahan sesiapa yang cuba mencetuskan tunjuk perasaan. - AP
Banduan bina penjara sendiri selepas dibebas
2011/02/17
PHILADELPHIA: Seorang bekas banduan mengambil keputusan membina penjaranya sendiri berhampiran rumahnya selepas dibebaskan dari penjara baru-baru ini. Michael Ta’Bon yang dijatuhi hukuman penjara hampir 10 tahun kerana melakukan rompakan bersenjata berkata dia berbuat demikian selepas mendapat pengalaman berguna ketika di penjara.Ta’Bon sudah tinggal di penjara buatan sendiri itu sejak 1 Februari lalu lengkap dengan pakaian seragam banduan berwarna oren dan gari yang tidak berkunci. – Agensi
'Mak maafkan Yah'
Oleh Hamzah Osman
bhnews@bharian.com.my
2011/02/17
LANGKAWI: Nooriah Abdullah, 30, yang dilaporkan lari mengikut seorang lelaki ke Mataram, Lombok, Indonesia sejak 13 tahun lalu kini tidak sabar untuk pulang ke tanah air kerana terlalu rindukan keluarga, terutama ibunya.Nooriah menyatakan perkara itu selepas berpeluang bercakap menerusi telefon dengan ibunya, Dayah Sibun, 64, hasil bantuan Pergerakan Pemuda UMNO Langkawi di rumahnya Kampung Bohor Tok Ad, di sini, semalam.Anak keempat daripada tujuh beradik itu dilaporkan ditemui sepasukan perisik yang dihantar Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO di sebuah kampung terpencil di Cakranegara, Mataram, Lombok.
Nooriah yang meninggalkan rumahnya di sini ketika berusia 17 tahun, berkahwin dengan seorang lelaki penduduk asal pulau berkenaan dan dikurniakan dua anak berusia 12 dan 8 tahun.
Kisah Nooriah pernah dilaporkan Berita Harian pada 1 Februari lalu apabila ibunya, Dayah tampil meminta bantuan orang ramai untuk menjejaki dan membawa anak perempuannya yang dilarikan lelaki Lombok supaya dapat kembali ke pangkuan keluarga.
Susulan itu, Ketua Pemuda UMNO Langkawi, Nor Saidi Nanyan menggerakkan jawatankuasanya sehingga Nooriah berjaya dikesan dengan bantuan Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO diterajui Datuk Muhammad Khairun Aseh.
Semalam, Nor Saidi bersama 10 ahli jawatankuasanya mengunjungi semula rumah Dayah untuk memaklumkan khabar gembira berkenaan, selain memberi peluang ibu tunggal itu bercakap sendiri dengan anaknya di Lombok.
“Mak dah maafkan Yah (Nooriah). Kakak, abang dan adik-adik sedang tunggu kepulangan Yah. Baliklah cepat, mak rindu sangat dan selalu mimpi Yah saja setiap malam,” kata warga emas itu teresak-esak ketika bercakap menerusi telefon dengan Nooriah di depan wakil media di sini.
Dayah berkata, dia dan ahli keluarga menerima kepulangan anaknya itu dengan hati yang terbuka.
“Saya akan adakan kenduri sebaik Nooriah pulang ke sini. Terima kasih kepada semua yang membantu dan saya difahamkan Nooriah akan pulang dalam tempoh sebulan lagi,” katanya.
Dua mati dalam tunjuk perasaan di Bahrain
2011/02/17
MANAMA: Dua terbunuh di Bahrain ketika polis anti rusuhan melepaskan peluru getah dan gas pemedih mata untuk meleraikan penunjuk perasaan di Dataran Manama, kata ahli keluarga mangsa dan pembangkang, semalam. Dalam pada itu, kira-kira 70 penunjuk perasaan cedera ketika operasi mengejut berkenaan termasuk dua serius dan pasukan keselamatan bertempur dengan salah satu kumpulan terbesar penunjuk perasaan di negara berkenaan."Mereka menyerang dataran, di mana ratusan orang bermalam di dalam khemah," kata seorang saksi, Fadel Ahmad, 37.Di Hospital Salmaniya, kakitangan perubatan bekerja keras ketika ambulans dan kereta persendirian membawa mereka yang tercedera, lebih tiga jam selepas pertempuran tercetus.
Wanita menangis adalah antara ahli keluarga kepada mangsa berkumupul di luar.
Ketika pertempuran itu, kedengaran bunyi letupan dan siren ambulans pada jarak 100 meter dari dataran itu yang ditutup. - AFP
Mubarak enggan tinggalkan Mesir hingga mati
2011/02/17
SHARM EL-SHEIKH: Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak ditawarkan ke Arab Saudi tetapi menolaknya kerana sudah berputus asa dan mahu mati di resort Laut Merah di Sharm el-Sheikh di mana beliau menginap sejak digulingkan. Mubarak, 82, yang menderita akibat masalah kesihatan sejak beberapa tahun lalu, menjalani pembedahan hempedu di Jerman Mac lalu.Pegawai rasmi di Arab Saudi berkata negara itu menawarkan tempat untuk Mubarak tetapi beliau tetap mahu berada di Mesir sehingga digulingkan.“Beliau belum mati tetapi tidak sihat langsung, malah enggan meninggalkan negara. Pada dasarnya, beliau sudah putus asa dan mahu mati di Sharm,” kata pegawai rasmi Arab Saudi yang enggan namanya disiarkan.
Mubarak bersumpah akan mati di Mesir semasa beliau berucap di hadapan 80 juta rakyatnya semasa masih dalam pemerintahan.
Sumber yang rapat dengan keluarga Mubarak berkata bekas presiden itu berada dalam keadaan baik dan masih menjawab telefon.
Mubarak banyak menghabiskan masa di kediamannya di Sharm el-Sheikh di akhir tempohnya sebagai pemimpin untuk mendapatkan udara bersih dan angin laut bagi memulihkan penyakitnya.
Di seberang laut, pelancong boleh melihat persisiran pantai Arab Saudi di mana bekas Presiden Tunisia Zine al-Abidine Ben Ali terbang ke negara itu selepas digulingkan.
Pengalaman Tunisia turut memberi ilham kepada per gerakan bantahan di Mesir yang menyebabkan peletakan jawatan Mubarak.
Di bandar hujung semenanjung Sinai ini, Mubarak pernah menerima kunjungan pemimpin dunia dan ia menjadi pentas bagi persidangan antarabangsa dan rundingan damai Israel - Palestin.
Mereka yang kecewa dengan pemerintahan kuku besi Mubarak menyifatkan Sharm el Sheikh sebagai bandar bekas pemimpin itu mengasingkan diri daripada kekusutan yang melanda rakyat Mesir biasa. – Reuters
Doktor hadapi hukuman mati
Syarif Usman ketika dihadapkan ke Mahkamah Daerah Jakarta Selatan, November tahun lalu. – Agensi |
JAKARTA 16 Feb. – Seorang doktor dan seorang pekerja perkhidmatan kiriman cepat dibicarakan di Mahkamah Daerah Jakarta Selatan hari ini atas tuduhan terlibat dengan aktiviti keganasan.
Dr. Syarif Usman dipercayai membiayai kegiatan pengganas manakala Abdul Haris dituduh menghantar wang untuk aktiviti tersebut, lapor tempointeraktif.com.
Pendakwa raya Mayasari berkata, Syarif menyalurkan 200 juta rupiah (RM70,000) dan sebuah kamera video Sony kepada guru agama, Abu Bakar Bashir (yang turut dibicarakan secara berasingan) menerusi Haris pada Februari tahun lepas.
Wang itu didakwa digunakan oleh Abu Bakar untuk membiayai kegiatan latihan pengganas di Aceh Besar, Aceh.
Jika didapati bersalah, Syarif seperti Abu Bakar boleh dikenakan hukuman mati.
Kedua-dua lelaki itu dijadual dibicarakan minggu lepas, tetapi kes itu ditangguhkan kerana pendakwa raya berkata, mereka belum bersedia.
Perbicaraan tersebut merupakan antara kes keganasan yang dikemukakan ke mahkamah Indonesia, negara yang dihuni majoriti penduduk Islam.
Isnin lalu, Abu Bakar menyifatkan tuduhan keganasan terbaru ke atasnya sebagai satu konspirasi, apabila perbicaraan kesnya kerana didakwa membiayai kumpulan militan ala al-Qaeda disambung semula.
Abu Bakar, 72, yang didakwa menjadi pengasas pertubuhan Jemaah Islamiah (JI) tersenyum dan melambaikan tangan ke arah penyokongnya yang melaungkan takbir setibanya dia di mahkamah di Jakarta Selatan.
“Saya faham bahawa pada dasarnya saya dituduh menjadi ketua sebuah kumpulan militan di Aceh.
“Dakwaan sedemikian telah diada-adakan dan hanyalah omong kosong,” katanya kepada panel hakim selepas mendengar tuduhan dibacakan kepadanya. – Agensi
365 maut sepanjang demonstrasi selama 18 hari di Mesir
KAHERAH 17 Feb. - Sekurang-kurangnya 365 orang terkorban dalam insiden tunjuk perasaan yang yang berlaku selama 18 hari sejak 25 Januari lalu, menurut kementerian kesihatan Mesir hari ini.
Itu adalah jumlah menyeluruh pertama yang diberikan oleh kerajaan dalam pemberontakan yang menggulingkan pemimpin lama Hosni Mubarak.
Menterinya, Ahmed Sameh Farid berkata jumlah tersebut hanya bilangan awal orang awam yang terbunuh dan tidak termasuk polis dan tahanan. - Agensi
Ikhwan tidak mahu peroleh majoriti
KAHERAH: Pemimpin kanan Ikhwan Muslimin di Mesir berkata, semalam mereka tidak akan berusaha untuk mendapatkan majoriti di Parlimen dalam pilihan raya yang akan berlangsung kelak.
Kumpulan pembangkang yang berhasrat membina negara Islam secara aman itu menjadi musuh utama kerajaan hinggalah revolusi memaksa Presiden Hosni Mubarak berundur pada 11 Febrauri lalu. “Kami tidak berazam untuk mendapatkan majoriti dalam Parlimen baru kelak dan ini mesej kami kepada semua parti politik,” kata pemimpin kumpulan itu, Essam al-Erian. “Ini bukan masanya untuk bersaing,” tambahnya.
Pemimpin kedua kumpulan itu, Mahmud Ezzat berkata, Ikhwan tidak akan bertanding bagi semua kerusi Parlimen dalam pilihan raya yang dijadualkan kelak sebelum majlis tertinggi tentera menyerahkan kuasa kepada kerajaan yang dipilih rakyat. - AFP
Era regim boneka AS sudah berakhir: Mahmoud
TEHERAN: Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad berkata, era regim boneka sudah berakhir dan revolusi di Timur Tengah berlaku bagi menentang diktator yang disokong Amerika Syarikat di rantau berkenaan.
Ketika berucap kepada rakyat di Bushehr, sebuah bandar di baratdaya negara itu dalam lawatan ke-86 di situ, pemimpin Iran itu berkata, terdapat kuasa luar biasa yang semakin berkembang bagi menentang kuasa syaitan di rantau itu. “Kami sudah katakan kebebasan berucap, hak menentukan masa depan serta hak untuk menuntut keadilan dan kerohanian menjadi hak semua negara,” ujarnya. Beliau menyifatkan revolusi yang tercetus di Timur Tengah semuanya menentang diktator yang mengabaikan negara mereka, beliau merujuk kepada revolusi di Mesir dan Tunisia.
“Diktator terbabit tidak setia kepada negara mereka dan dibenci rakyatnya. Lebih banyak mereka berbuat demikian, lebih banyak mereka bergantung kepada kuasa yang angkuh itu,” tambahnya lagi.
-hmetro