Pages

Thursday, September 24, 2015

Model bikini kudung kaki dapat bayaran RM4,500 sehari


AGENSI - WALAUPUN kedua-dua kakinya kudung, wanita itu mampu melonjak dalam dunia peragaan.


LOS ANGELES – Seorang model berusia 23 tahun di Amerika Syarikat (AS) yang kudung kedua-dua kakinya, Kanya Sesser mampu meraih pendapatan lebih AS$1,000 (RM4,500) sehari hanya dengan memperagakan pakaian dalam wanita.
Sesser yang cacat anggota badan sejak lahir berkata, dia mula berkecimpung dalam dunia peragaan sejak berusia 15 tahun.
Dia seterusnya menerima tawaran daripada pelbagai jenama pakaian sukan terkenal seperti Billabong. Sesser juga diminta untuk menjadi model pakaian dalam dan bikini. Kegigihannya menjadi bukti kepada masyarakat bahawa orang kelainan upaya mampu melakar kejayaan sebagai model.
Selain terlibat dalam bidang peragaan, Sesser kini menjalani latihan untuk menyertai Sukan Paralimpik Musim Sejuk 2018.
“Saya dahulunya memperagakan pakaian atlet, namun apabila usia saya semakin meningkat, saya berminat menjadi model pakaian dalam wanita.
“Saya seorang model seksi yang berbeza, saya tidak memerlukan kaki untuk kelihatan seksi.
“Saya seronok menjana pendapatan lumayan menerusi bidang ini. Saya gemar menunjukkan kepada orang ramai tentang kecantikan sebenar. Gambar-gambar yang dirakam itu sebenarnya menunjukkan kekuatan diri saya,” tambahnya. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0924&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3mbOjzdBx 
Hakcipta terpelihara 

Kilang enggan cetak New York Times



AGENSI - Raja Bhumibol Aduyadej.


BANGKOK – Penerbit tempatan New York Times di Thailand enggan men­cetak edisi Asia akhbar ber­kenaan kerana memaparkan artikel mengenai Raja Bhumibol Aduyadej yang sedang sakit.
Akhbar itu menyatakan, syarikat percetakan tersebut mendapati artikel muka hadapan itu terlalu sensitif. Keseluruhan akhbar terbitan kelmarin itu bagaimana­pun boleh dibaca secara dalam talian di Thailand.
“Keputusan ini dibuat sepenuhnya oleh syarikat per­cetakan tersebut dan tidak disokong oleh New York Times,” kata akhbar ber­kenaan dalam satu kenyataan.
Artikel itu menyatakan bahawa Raja Bhumibol kerap keluar masuk hospital sejak beberapa bulan lalu. Monarki tersebut dilapor turut membincangkan tentang beberapa pewaris takhta terutamanya Putera Mahkota Vajiralongkorn.
Raja Bhumibol, 87, kini dirawat di sebuah hospital di Bangkok.
Thailand mempunyai undang-undang dikenali sebagai lese mejeste. Di bawah undang-undang tersebut, sesiapa yang didapati bersalah menghina raja dan kerabat diraja Thailand boleh dikenakan hukuman penjara.
Kes terbaharu melibat dua pesalah masing-masing dihukum penjara 28 dan 30 tahun kerana komen ntimonarki di Facebook. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0924&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3mbOSVOgc 
Hakcipta terpelihara 

Popular selepas mesin taip kena tendang


AFP - KISHAN (kiri) bergambar bersama mesin taip baharunya di sebatang jalan di Lucknow, Uttar Pradesh, utara India kelmarin.


NEW DELHI – Seorang lelaki yang popular dalam sekelip mata selepas gambar seorang anggota polis menendang mesin taipnya menjadi viral di internet menyatakan, dia bosan dengan status ‘selebritinya’ dan mahu kembali menaip surat.
Gambar anggota polis mengganggu Kishan Kumar yang mencari rezeki sebagai jurutaip jalanan di bandar Lucknow, utara India mencetus kemarahan orang ramai yang bersimpati dengan lelaki tersebut.
Pihak berkuasa tempatan bertindak pantas dengan menggantung tugas anggota polis tersebut dan menjanjikan ganti rugi 100,000 rupees (RM6,602). Kishan diberikan sebuah mesin taip baharu.
Namun, Kishan yang berusia lingkungan 60-an memberitahu bahawa dia bosan dengan popularitinya kerana menyukarkannya bekerja.
“Saya tidak boleh bekerja kerana dikerumuni orang ramai. Saya tidak mendapat pendapatan sejak dua hari lepas.
“Apa yang akan saya berikan kepada keluarga jika tidak mendapat wang. Saya datang ke sini untuk bekerja bukan ditemu ramah wartawan,” kata Kishan di luar pejabat pos tempat dia bekerja.
Walaupun mesin taip jarang digunakan di kebanyakan negara, jurutaip jalanan masih kelihatan di serata bandar di India.
Mereka menggunakan mesin lama itu untuk menaip surat sumpah dan permohonan mahkamah dengan kadar bayaran 10 rupees (60 sen) untuk setiap muka surat.
– AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0924&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3mbNzLfsn 
Hakcipta terpelihara 

Tiga juta jemaah haji wukuf di padang Arafah


AFP - JEMAAH haji tiba di padang Arafah dengan menaiki bas, dekat kota suci Mekah kelmarin.


Mekah – Lebih tiga juta jemaah haji dari seluruh dunia termasuk kira-kira 22,000 dari Malaysia berhimpun di padang Arafah semalam untuk mengerjakan wukuf yang merupakan rukun utama ibadat haji.
Tempoh wukuf bermula dari tergelincirnya matahari pada 9 Zulhijjah (semalam) sehingga terbit fajar keesokan harinya.
Umat Islam berbilang bangsa dan keturunan tanpa mengira pangkat serta darjat memakai ihram semasa melaksanakan rukun Islam kelima itu.
Sebahagian besar jemaah bergerak ke Arafah dengan menaiki bas, manakala ramai antara mereka berjalan kaki dari kota suci Mekah sejauh 15 kilometer (km) menuju ke kawasan berkenaan.
Sementara itu, polis Arab Saudi mengadakan sekatan jalan raya untuk memastikan jemaah Haji memiliki permit menunaikan haji. Kebanyakan mereka keletihan dan kehausan berbanding jemaah yang tiba lebih awal dari Mekah.
“Sistem pengangkutan, penempatan dan makanan sangat teruk walaupun kami telah membayar kira-kira AS$4,000 (RM17,256).
“Kami keletihan namun, ia bukan masalah besar kerana ibadah kami untuk Allah,” kata jemaah haji Tunisia, Abu Salim.
Kebanyakan umat Islam singgah di Mina yang merupakan sebuah bandar khemah sebelum menuju ke Arafah di mana Nabi Muhammad menyampaikan khutbah haji terakhir lebih 14 abad lalu.
Pada tahun ini, kira-kira 100,000 anggota polis dan tentera dikerahkan untuk menjaga keselamatan jemaah haji berikutan meningkatnya serangan kumpulan militan Islamic State (IS) di Arab Saudi.
“Pasukan keselamatan telah mengambil langkah-langkah untuk menghalang IS daripada melakukan tindakan sabotaj pada musim haji,” kata jurucakap menteri dalam negeri, Mansur al-Turki.
Selain itu, pihak berkuasa Arab Saudi turut berhadapan risiko wabak Sindrom Pernafasan Virus Korono Asia Barat (MERS-Cov).
– Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0924&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3mbNOVcxe 
Hakcipta terpelihara 

Wednesday, September 23, 2015

Bina pulau mudah alih untuk bilionair



REKA bentuk konsep sebuah pulau bergerak yang akan dibina khusus untuk golongan kaya.


LONDON– Sebuah syarikat merancang membina pulau mudah alih khusus untuk golongan bilionair yang lengkap dengan kemudahan rumah emper, air terjun dan tapak pendaratan helikopter.
Menurut Pengarah Urusan, Migaloo Private Submersible Yachts, Christian Gumpold, spesifikasi sebenar reka bentuk pulau tersebut terpulang kepada permintaan pelanggan.
“Kami kini sedang mengadakan rundingan dengan beberapa pelanggan yang berminat dengan projek ini. Kami bangunkan dulu reka bentuk konsep sebelum membina mengikut permintaan mereka,” katanya.
Katanya, pulau mudah alih dikenali sebagai Kokomo Ailand itu boleh digerakkan ke lokasi tertentu itu dan sesuai dijadikan sebagai hotel kelas mewah, pejabat operasi syarikat dan kasino.
Pemilik pulau tersebut bukan sahaja boleh menikmati pemandangan 360 darjah di rumah emper tetapi juga memiliki kemudahan tangga bergerak setinggi 80 meter.
Selain itu, penghuninya turut disediakan kemudahan termasuk spa, gim, salon kecantikan, tempat minum dan kolam renang serta dikelilingi taman dan pokok-pokok kelapa. – AGENSI


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0923&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3mVYecT41 
Hakcipta terpelihara 

Puteri Jepun ‘menyamar’ jadi rakyat biasa


PUteri Mako telah menuntut di Universiti Leicester sejak setahun
Puteri Mako telah menuntut di Universiti Leicester sejak setahun lalu. Agensi
LONDON 22 Sept. – Cucu Maharaja Jepun, Maharaja Akihito sempat menyamar sebagai rakyat biasa selama setahun ketika menuntut di Universiti Leicester, Britain.
Menurut Independent.co.uk, Puteri Mako, 23, me­lanjutkan pe­ngajian dalam Ijazah Sarjana Kajian Muzium dan Galeri Seni.
Puteri Mako merupakan cucu pertama Maharaja Akihito yang jarang sekali muncul di khalayak umum di negaranya.
Menariknya, di Britain, beliau telah menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar biasa di timur Midlands selama setahun.
Puteri Mako menginap di bangunan yang disediakan pihak universiti serta berjalan bebas di sekitar kampus, malah sempat menjalani latihan praktikal selama dua bulan di Muzium Coventry.
Keluarga diraja Je­pun me­ngam­bil keputusan mendedahkan beliau kini berada di England selepas bakal bergraduat pada Januari tahun depan.
“Ini adalah satu pengalaman yang hebat,” kata Puteri Mako, seperti yang dilaporkan akhbar, Leicester Mercury.
Menurut penyelia gadis diraja itu, Profesor Simon Knell, Puteri Mako merupakan seorang pelajar yang hebat.
“Kami suka dengan pelajar yang sopan sepertinya yang se­ring melibatkan diri dengan idea yang bernas.
“Puteri Mako seorang individu yang sederhana dan sangat baik hati,” katanya.
Sepanjang pengajian di universiti tersebut, akhbar Jepun jarang menulis tentang Puteri Mako.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/puteri-jepun-8216-menyamar-8217-jadi-rakyat-biasa-1.139255#sthash.uxizYCeS.dpuf

Tuesday, September 22, 2015

Gua Kristal terbesar di dunia


WARTAWAN SINAR HARIAN
22 SEPTEMBER 2015
Gua Kristal terbesar di dunia

GUA Kristal adalah sebuah gua yang menghubungkan dengan Lombong Naica terletak di Chihuahua, Mexico.

Ruang utama gua mengandungi  kristal selenite terbesar yang pernah ditemui. Kristal palingbesar pernah dijumpai di gua ini adalah berukuran 12 meter panjang dan 4 meter lebar dengan berat mencapai lebih 55 tan.

Disebabkan suhu gua yang sangat panas mencecah sehingga 58 darjah celcius dengan 90 hingga 99 peratus kelembapan, ia menjadi antara faktor utama mengapa gua ini belum diterokai sehingga kini.  Meskipun gua ini telah terbentuk sejak ribuan tahun lalu, namun ia hanya ditemui pada tahun 2000 oleh sebuah syarikat perlombongan Mexico, Penoles, ketika kerja-kerja menggali terowong dilakukan.

Pada tahun Februari 2011, sebuah program Discovery Channel berjudul Naica: Beyond The Crystal Cave telah diterbitkan.

Difahamkan, gua ini hanya boleh dilawati di bawah pengurusan profesional sahaja. – Tourism on the edge

Penyelidik dedah tiket tunai haji kurun ke-19


London: Seorang penyelidik dari Kolej St John, University of Cambridge mendedahkan tiket menunaikan haji ke Makkah dari kurun ke-19 dipercayai antara pakej percutian pertama di Britain.

Kajian Dr John Slight mendapati tiket itu dikeluarkan syarikat pelancongan Thomas Cook & Son pada 1886 untuk perjalanan menaiki kapal api dari Jeddah ke Bombay (kini Mumbai) selain tiket kereta api tambahan dengan keseluruhan pakej pergi dan balik merangkumi pelbagai kawasan di India ke Makkah serta Madinah.

Satu risalah turut ditemui bertajuk ‘The Mecca Pilgrimage’ yang menghuraikan proses perjalanan bagi jemaah haji.

Menurut kajian Dr Slight, Thomas Cook & Son dilantik ejen pelancongan rasmi bagi mereka yang mahu menunaikan haji oleh kerajaan British ketika itu untuk memudahkan penyelarasan jemaah dari India ke Makkah bagi mengekang pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan terhadap golongan itu.

Syarikat itu diberi kontrak untuk menguruskan tiket, perjalanan kereta api, kapal dan logistik lain bagi membolehkan umat Islam di India menunaikan haji.

Bagaimanapun, projek itu tidak kekal lama apabila pada 1893, firma itu menanggung kerugian dan terpaksa menarik diri. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 September 2015 @ 7:22 AM

Tiket bagi perjalanan ke Makkah bertarikh 1886.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/79256#sthash.VZHV07p0.dpuf

Permohonan Mustafa Ali ditolak

 Oleh Murni Wan Omar

murni@hmetro.com.my


Putrajaya: Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan empat lagi yang memohon kebenaran untuk merayu terhadap perintah membayar ganti rugi RM100,000 kepada FELDA kerana memfitnah agensi itu menerusi dua artikel kononnya menjual minyak sawit mentah ke Israel.


Panel tiga hakim yang diketuai Tan Sri Md Raus Sharif sebulat suara menolak permohonan Mustafa dan empat defendan lain iaitu ketua pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman, editor Taufek Yahya, penulis artikel Mohd Arif Atan dan pencetak Harakah Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd.

Mahkamah juga memerintahkan defendan membayar kos sebanyak RM10,000 kepada Felda.

Turut bersidang adalah Hakim Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Tan Sri Abdull Hamid Embong.

FELDA diwakili peguam Wan Azmir Wan Majid manakala Mustafa diwakili peguam Nadzratun Naim.

Pada 30 April 2014 Mahkamah Tinggi memerintahkan lima defendan itu membayar ganti rugi RM100,000 dan kos RM30,000 kepada Felda.

Dalam keputusannya Hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa FELDA berjaya membuktikan bahawa mereka tidak menjual minyak sawit mentah kepada Israel, manakala lima defendan lain gagal mengemukakan bukti pembelaan mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 September 2015 @ 3:17 PM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/79106#sthash.A3q8KRqi.dpuf

Gordon Blacklock 
Raja Muka Terhodoh Dunia


Gordon Blacklock dinobatkan sebagai Raja Muka Terhodoh Dunia 2015,
Gordon Blacklock dinobatkan sebagai Raja Muka Terhodoh Dunia 2015, baru-baru ini. AGENSI
EGREMONT, England 21 Sept. – Seorang penduduk tempatan Gordon Blacklock tidak menyangka dirinya dinobatkan sebagai Raja Muka Terhodoh Dunia, baru-baru ini.
Menurut portal Mail Online, Blacklock menewaskan juara bertahan, Tommy Mattinson yang juga merupakan juara 16 kali berturut-turut pada Pertandingan Muka Terhodoh, sebelum ini.
“Saya tidak pernah menyangka akan menang. Saya hanya melakukan yang terbaik dan selebihnya terpulang kepada pengadil,” ujar­nya.
Sementara itu, Clare Spedding, yang juga penduduk tempatan di pekan ini mempertahankan kejuaraan dalam kategori wanita, sebagai Ratu Muka Terhodoh, buat kali kedua berturut-turut.
Ratu Muka Terhodoh sebelum Spedding dipegang Anne Woods, yang meninggal dunia pada musim bunga lalu, selepas menjadi juara sebanyak 28 kali sejak 1977.
Pertandingan itu diperkenalkan di Egremont, Cumbria, sejak 1267, sebagai sebahagian daripada acara sempena Festival Ketam yang diadakan di pekan itu pada setiap tahun.
Menjadi kelaziman bagi penduduk tempatan di Cumbria, utara England untuk menyambut festival pelik pada pertengahan September setiap tahun, yang dikenali sebagai ‘Gurn’ atau mempamerkan mimik muka paling hodoh.
Sebelum memulakan pertan­dingan, peserta dikehendaki menyarung sejenis alat khas berbentuk gegelung di leher mereka yang dipanggil ‘Horse Collar’.
Gegelung tersebut berfungsi se­bagai bingkai bagi menambahkan lagi kehodohan ekspresi wajah yang dipamerkan peserta sebelum pihak juri memilih pemenangnya
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/gordon-blacklock-8232-raja-muka-terhodoh-dunia-1.138912#sthash.SrfRRTCy.dpuf

Monday, September 7, 2015

Mati main permainan komputer 22 hari

Moscow: Seorang remaja mati kelmarin selepas bermain permainan komputer secara online selama 22 hari terus-menerus.
Remaja berusia 17 tahun itu yang patah kaki dan bosan duduk di rumah hanya duduk dengan menghabiskan masa bermain permainan Defence of the Ancients secara berterusan, hanya berhenti untuk tidur seketika dan makan.
Penyiasat mendapati budak itu yang dikenali sebagai Rustam menghabiskan masa lebih 2,000 jam bermain permainan itu.
Doktor percaya dia mungkin mati akibat megalami trombosis, kesan daripada duduk terlalu lama dan tidak banyak bergerak.
Jurucakap polis Svetlana Aramobva berkata: “Sepanjang 22 hari lalu dia hanya bermain komputer, berhenti seketika hanya untuk tidur dan makan. Dia patah kaki akibat satu kemalangan pada 8 Ogos dan sejak itu menghabiskan masa di hadapan komputer.” - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 September 2015 @ 6:54 AM


RUSTAM habiskan masa bermain komputer kerana bosan selepas patah kaki.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/75675#sthash.04sUFc8P.dpuf

Senjata anti-Islam lengkap ayat dari Injil

lorida: Sebuah syarikat pengeluar senjata yang juga terkenal kerana membenci Islam menghasilkan senjata yang diberi nama ‘ AR-15 ‘Crusader’ Rifle (Raifal Perang Salib AR-15) yang direka khas supaya tidak ada umat Islam dapat menggunakannya.
Senjata itu dibuat lengkap dengan ayat yang dipetik dari kitab injil berbunyi: ‘Blessed be the Lord my Rock, who trains my hands for war, my fingers for battle.’
Jurucakap syarikat berkenaan yang juga bekas komando tentera laut Amerika Syarikat, Ben ‘Mookie’ Thomas memberitahu akhbar Orlando Sentinel: “Tidak akan ada umat Islam yang berani menyentuh senjata ini.
“Sudah sekian lama saya impikan untuk memiliki satu senjata yang jika digunakan oleh orang Islam, ia akan meletup seperti kilat dan membunuhnya.”
Pengarah eksekutif Majlis Perhubungan Muslimin Amerika Syarikat cawangan Florida Hasan Shibly menyelar pembuatan senjata itu dengan bertanya: “Adakan ia direka untuk pengganas Kristian?”
Menurut Hasan, daripada 205 pembunuhan beramai-ramai di Amerika Syarikat, hanya satu yang membabitkan seorang Muslim.
Senjata itu dijual dengan harga AS$1,395 (RM6,000) setiap satu dengan jaminan sepanjang hayat daripada syarikat berkenaan. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 September 2015 @ 6:55 AM


SENJATA yang direka bukan untuk orang Islam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/75679#sthash.mBhOV1u8.dpuf

Kelambu Kaabah dengan 120kg benang emas

Makkah: Lebih 150 pekerja di Arab Saudi bergelut untuk menyiapkan kelambu Kaabah atau kiswah yang disulam dengan hampir 120 kilogram benang emas.
Kiswah baru itu akan dipasang pada Kaabah untuk menggantikan yang lama pada 9 Zulhijjah atau 23 September ini.
Mohammed bin Abdullah, pengarah kilang kelambu Kaabah yang terletak di Makkah itu berkata: “Kiswah baru ini akan dibuat dengan menggunakan 700 kilogram kain sutera, 120 kilogram benang emas dan 25 kilogram benang sutera.
Menurutnya, kerja menghasilkan kiswah itu mengambil masa beberapa minggu dan biasanya dapat disiapkan beberapa hari sebelum musim haji.
Mohammed bagaimanapun tidak menyebut kos kelambu baru itu.
Menurut pegawai Saudi, kiswah tahun lalu berharga kira-kira SR17 juta (RM19.54 juta).
Kelambu itu dijahit menggunakan mesin baru berteknologi tinggi yang dikhususkan untuk menyiapkan proses pembuatan kelambu dengan pantas.
Mesin jenis Tajma-tfmz-602 mampu menjahit sehingga 1,000 jahitan seminit.
Dalam pada itu, Mohammed juga berkata, pekerja kilang berkenaan juga terbabit dalam penjagaan kiswah selepas ia diselubungkan pada Kaabah.
“Kami ada pasukan yang menjaga kelambu itu 24 jam sehari bagi memastikan ia tidak rosak atau kotor. Kerja membaiki kain yang terkoyak akan dilakukan serta merta,” katanya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 September 2015 @ 6:56 AM


SEORANG pekerja tekun menjahit kiswah.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/75681#sthash.Iy3TMloG.dpuf

Beruk masuk kelas agama jadi viral di FB



AKSI beruk jantan yang memanjat bahu salah seorang peserta kelas agama di sebuah pondok pengajian Islam di Jitra kelmarin.


JITRA – Kira-kira 300 peserta kelas agama gempar selepas seekor beruk jantan dewasa tiba-tiba masuk ke dalam masjid di sebuah pondok pengajian Islam di Malau di sini kelmarin.
Aksi beruk itu menjadi perhatian apabila ia bertindak seperti turut sama ‘mengikuti’ kelas pengajian agama Islam selama hampir setengah jam anjuran Maahad Dar Mujahirin yang lebih dikenali sebagai Pondok Gajah Teriak itu.
Aksi-aksi beruk berkenaan menjadi viral di laman Facebook sejak semalam.
Penghuni pondok tersebut, Ummi Kalsom Ismail, 32, berkata, beruk jantan dewasa itu mula memasuki kawasan masjid tersebut pada pukul 9.30 pagi kelmarin.
“Pada mulanya, ramai peserta kelas agama ketakutan melihat saiz beruk itu yang besar, tetapi mereka mula tenang selepas haiwan itu tidak bertindak agresif.
“Beruk itu hanya melihat peserta mengikuti kelas agama dan duduk diam. Paling menarik, beruk itu seperti mahu bermanja apabila ia naik ke atas bahu seorang peserta,” ujarnya ketika ditemui di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0907&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz3l0M58QNp 
Hakcipta terpelihara 

Penduduk Queensland diancam ular sawa


Budd memegang ular sawa yang ditangkapnya di Mount Stewart, kelmarin.
Budd memegang ular sawa yang ditangkapnya di Mount Stewart, kelmarin. AGENSI
SYDNEY 6 Sept. – Penduduk Queensland di timur laut Australia diminta lebih berwaspada ketika menggunakan tandas selepas ini apabila peniaga di negeri itu menemukan seekor ular sawa bersaiz besar sedang bersembunyi di dalam sebuah mangkuk tandas, semalam.
Penemuan mengejutkan itu memaksa mereka menghubungi seorang penangkap ular sukarela, Elliot Budd dari Townsville untuk datang ke sebuah premis di Mount Stewart bagi mengeluarkan dan menangkap reptilia berkenaan.
“Ular itu kira-kira tiga meter panjang dan mungkin merupakan seekor daripada reptilia berkenaan yang pernah saya pindahkan sebelum ini.
“Mereka tidak menerangkan tentang kedudukan ular itu sehinggalah saya tiba dan saya tidak menjangka ular tersebut berada di dalam tandas,’’ katanya kepada Daily Mail Australia.
Bagaimanapun, usaha Budd menangkap ular itu tidak semudah seperti yang disangka kerana reptilia yang besar dan agak kuat itu cuba bersembunyi dengan masuk ke tangki air tandas.
“Kami mengangkat penutup tangki tandas itu namun reptilia tersebut berdegil dengan mengukuhkan cengkamannya pada saluran tandas tersebut.
“Akhirnya kepala ular itu terjulur keluar dan saya dapat menariknya dan mengeluarkan reptilia itu sepenuhnya,’’ kata Budd.
Budd meminta penduduk Queensland supaya berwaspada kerana pada musim panas ini, ular sawa akan mencari perlindungan di tempat yang sejuk dan mencari sumber air untuk minum.
Budd berkata, penemuan ular yang bersembunyi di mangkuk tandas di sebuah premis di Mount Stewart bukanlah yang pertama kali berlaku kerana dua hari sebelum itu, seorang penangkap ular berjaya menangkap seekor ular sawa sepanjang 2.3 meter juga di dalam tandas, dalam kejadian di Telso.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/penduduk-queensland-diancam-ular-sawa-1.132412#sthash.kgLOvIWB.dpuf

Jurutera 
tidak mandi selama 
12 tahun


Dave WhitlockL
Dave WhitlockL
LONDON 6 Sept. – Seorang jurutera kimia mendakwa dia sudah berbelas tahun tidak mandi kerana mahu bakteria membiak dengan baik pada kulit badannya.
Mail Online melaporkan, Dave Whitlock bekas graduan Institut Teknologi Massachusetts (MIT) telah tidak mandi lebih 12 tahun, selain turut menyemburkan ubat mengandungi bakteria hidup pada kulit badannya sebanyak dua kali sehari.
Whitlock berkata, dia menggunakan produk semburan Mother Dirt ciptaannya yang mengandungi sebatian AOBiome bagi menghasilkan kulit yang lebih sihat dan menarik.
“Saya tidak mandi lebih 12 tahun kerana tiada sesiapa pernah melakukan ujian klinikal bagi membuktikan mandi setiap hari merupakan perbuatan yang sihat.
“AOBiome akan menjadikan kulit sukar dijangkiti penyakit, selain meningkatkan kekuatan kulit,” dakwanya, sambil menambah kata, dia akan mencuci kulitnya dengan span sekali-sekala.
Tambah Whitlock, idea menghasilkan ‘bakteria baik’, timbul selepas seorang wanita bertanya kepadanya kenapa kuda suka berguling di atas tanah dan mandi lumpur ketika musim panas.
“Kuda tidak akan melakukan sesuatu perkara yang tidak mendatangkan manfaat dan kajian yang dijalankan mendapati bakteria mampu memberi kesan baik kepada kesihatan kulit,” dakwa­nya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/jurutera-8232-tidak-mandi-selama-8232-12-tahun-1.132414#sthash.MQaVbT7V.dpuf

Sunday, September 6, 2015

2 pakar bedah bergabung rancang lakukan pemindahan kepala


Beijing: Seorang pakar bedah China merancang bergabung dengan pakar Itali untuk melakukan pembedahan pemindahan kepala pertama di dunia dalam masa dua tahun.

Pakar bedah neuro Itali Dr Sergio Canavero mengumumkan rancangannya mencari doktor yang sanggup membantunya melakukan pembedahan itu ketika berucap di Amerika Syarikat awal tahun ini.

Dia akhirnya menemui Ren Xiaoping, pakar bedah di Universiti Perubatan Harbin.

“Kejayaan melakukan pemindahan kepala akan mengubah sejarah perubatan manusia. Ren Xiaoping adalah satu-satunya orang yang dapat mengetuai projek ini,” kata Canavero pada satu persidangan akademik di wilayah Heilongjiang.



Ren sebelum ini dilapor melakukan pembedahan pemindahan kepala ribuan tikus.

Bagaimanapun, paling lama seekor tikus hidup selepas menjalani pembedahan itu ialah sehari.

Canavero dan Ren bercadang mewujudkan satu pasukan perubatan antarabangsa dan setakat ini sudah mengenal pasti saintis komputer Russia berusia 30 tahun yang menghadapi masalah distrofi otot sebagai pesakit pertama mereka.

Bagaimanapun, kedua-duanya mengaku akan menghadapi banyak kerumitan teknikal berhubung dengan sistem saraf, saluran darah dan saraf tunjang yang akan menghalang tubuh menerima kepala lain.

“Jika semua berjalan lancar, projek itu dapat dilaksanakan dalam masa dua tahun,” kata Canavero. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 September 2015 @ 5:04 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/75553#sthash.PcFimtjc.dpuf

Boeing 777-9X kapal terbang terbesar di dunia

Everett (Amerika Syarikat: Ia akan menjadi pesawat penumpang terbesar pernah dibina sehinggakan rentang sayapnya terpaksa dilipat ke atas untuk membolehkan ia muat di lapangan terbang.
Dalam kenyataannya, Boeing berkata, pesawat Boeing 777-9X itu akan menjadi kapal terbang paling besar selepas ini dan pesawat dua enjin paling efisien di dunia, kata Boeing.
Menurutnya, walaupun akan mula dikeluarkan pada 2017, sebanyak 320 pesanan sudahpun diterima daripada pelbagai syarikat penerbangan di seluruh dunia.
Boeing berkata, pesawat itu akan memiliki kabin yang lebih lebar dan tingkap lebih besar berbanding pesawat yang dikeluarkannya sebelum ini, Boeing 787 Dreamliner.
Pesawat itu juga akan mempunyai rentang sayap paling lebar berbanding pesawat lain - 71.8 meter.
Di dalam, 777-9X akan mempunyai 400 tempat duduk, lebih 34 berbanding pesaing terdekatnya - Airbus A350-1000.
Kilang pesawat itu di Everett di Amerika Syarikat begitu besar, cukup untuk memuatkan 25 padang bola sepak di dalamnya.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 September 2015 @ 5:05 AM

LAKARAN pesawat Boeing 777-9X.

Saturday, September 5, 2015

Lelaki Paling Pendek Di Dunia Mati Semasa Pembedahan


Diterbitkan: Sabtu, 5 September 2015 2:30 PM
Chandra Bahadur Dang (kiri) ketika lawatannya ke i-City pada 2013. Bersama beliau adalah Pengerusi Eksekutif i-Bhd Tan Sri Lim Kim Hong. -foto THE STAR

KATHMANDU: Seorang warga Nepal, Chandra Bahadur Dangi yang telah disahkan oleh Guinness Book of World Records sebagai lelaki paling pendek di dunia, meninggal dunia di Kepulauan Samoa, wilayah Amerika di Pasifik Selatan pada Jumaat.

Guinness World Records mengiktiraf Dangi sebagai lelaki terpendek di dunia pada 26 Feb 2012.

Beliau berukuran 54.6 sm (21.5 inci) tinggi, dan ketika  pengesahan oleh pasukan Guinness itu dilakukan, beliau berumur 72 tahun.

Dangi yang berasal dari Dang, daerah di sebelah barat Nepal berada di Amerika untuk lawatan singkat, meninggal dunia semasa menjalani rawatan fenomena di hospital, kata pengurusnya Thaneshwar Guragain, yang juga pemegang rekod dunia Guinness.

Dangi berumur 75 tahun.

Selepas jatuh sakit, Dangi dimasukkan ke Lyndon B. Johnson Tropical Medical Centre di Pago Pago, kepulauan Samoa dan menghembuskan nafas terakhir pada tengah hari Jumaat, kata Guragain.

"Saya amat sedih dengan kematiannya," kata Guragain.

Pihak hospital berkenaan sedang menyediakan sijil kematian sebelum menyerahkan mayat Dangi kepada keluarga atau wakil mereka, katanya.

Selain menjadi lelaki terpendek, Dangi juga memegang rekod orang dewasa terpendek dunia yang pernah diukur.

KISAH PENDEK PENUH INSPIRASI DI MALAM HARI

Khas buat suami isteri




Ini adalah Sebuah kisah di jeddah, ketika ada sepasang suami istri yg sedang bertengkar, tiba2 suami mengangkat tangannya tinggi2 dan menampar sang istri.. istripun menangis, makhluk yg lembut, yg terlarang untuk di sakiti...
Dalam keadaan berantakan,Tiba2 terdengar ketukan pintu, sang istri masih terisak tangisannya...

Diintipnya di lubang pintu oleh sang suami, ternyata mertua dan keluarga istrinya yg datang. Dengan bingungnya dia membukakan pintu dan sang istri dengan cepat lari ke belakan dan mencuci mukanya supaya tdk tetlihat dia sedang menangis...

Akan tetapi sang ibu tetap menangkap putrinya habis menangis, dan bertanyalah sang ibu, apa engkau habis menangis duhai putriku? Kenapa engkau menangis?,

sang putri menjawab, "iya ibu, aku menangis, karena rinduku pada ibu, dan akhirnya Allah mengirimkan juga ibu datang ke sini, hingga tersampaikanlah rinduku ini, sembari memeluk ibunya dlm keadaan masih menangis..
Sang suami tdk menduga istrinya akan ber ucap seperti itu, dia fikir, habislah rumah tangganya dgn sang istri mengadukan perbuatannya pada ibunya, ternyata justru sebaliknya..

Dan setelah itu, sang suami keluar rumah menuju kepasar, membeli makanan untuk tamu yg datang, dan dia membeli sebuah perhiasan emas bernilai 1000 real ( sekitar 33 juta). Sesampainya di rumah, dia menjamu tamunya... dan setelah tamunya pulang, dia mendatangi istrinya dan memberikan perhiasan tsb,,
Sang istri berkata, "subhanallah, ini kan terlalu mahal untukku wahai suamiku,"
sang suami mnjawab, "engkau telah menyelamatkan rumah tanggaku, engkau sungguh2 wanita sholihah, engkau wahai istriku, bahkan engkaupun berhak mendapatkan nyawaku...

Pesan moral :
- Di perintahkannya merahasiakan permasalahan rumah tangga kpd orang tua, karena itu akan menjadi beban orang tua, setelah seumur hidup kita sudah membebani orangtua
- Di anjurkan, hargailah setiap kebaikan yg sudah di lakukan oleh pasangan kita.,
- Dianjurkannya sesekali memberikan hadiah kepada sang istri, sebagai tanda terima kasih kita atas perjuangannya, jerih payahnya,...mengurus keluarganya,
Di sadur dari Kajian ust syafiq riza hafizhahullah...

Semoga yang menuliskan Aamiin di kotak komentar dibawah ini diberikan keluarga sakinah mawaddah warahmah dan dikaruniai putra-putri yang shaleh dan shalehah. Aamiin

Makan Makanan Mesin Layan Diri Setelah Dipindahkan Majlis Perbandaran


Diterbitkan: Sabtu, 5 September 2015 10:40 AM
Keluarga tanpa tempat tinggal berkata mereka terpaksa makan makanan ringan di Travelodge ini setelah diusir keluar dari kediaman tiga bilik mereka. -foto SWNS

SEBUAH keluarga yang kehilangan tempat tinggal berkata, mereka terpaksa bergantung dengan mesin makanan layan diri selama sembilan hari selepas dipindahkan ke sebuah hotel bajet oleh majlis perbandaran.

Gina dan Peter Dougan serta tiga anak mereka yang berusia 11, tujuh dan lima tahun, dipindahkan ke hotel bajet selepas diusir dari rumah tiga bilik tidur mereka.

Pasangan itu merayu kepada Majlis Perbandaran Milton Keynes untuk meletakkan mereka di kawasan tempatan tetapi mereka sebaliknya telah dipindahkan ke sebuah Travelodge di pinggir Cambridge, sejauh 45 batu.

Mereka berkata kedai makanan yang terdekat adalah lapan batu dari tempat mereka dan kerana tidak mempunyai pengangkutan dan tidak mampu membayar teksi, mereka hanya makan makanan ringan dari mesin layan diri.

Kini mereka diberitahu bahawa mereka akan dipindahkan lagi ke sebuah Travelodge lain di Lapangan Terbang Birmingham, 70 batu dari Cambridge.

Isteri Dougan berkata: "Saya tidak berhenti menangis. Belanja untuk perjalanan ke stesen perkhidmatan di A14 dengan teksi adalah £33 jadi kami terpaksa makan makanan yang ada di mesin layan diri.

"Anak-anak saya jatuh sakit kerana mereka begitu lapar. Ini adalah keterlaluan."


Katanya anak-anaknya terpaksa tinggal dengan rakan-rakan pada hujung minggu supaya mereka mempunyai tempat untuk berteduh sebelum perpindahan seterusnya.

Dia menambah: "Majlis perbandaran seolah-olah tidak mempunyai sebarang belas kasihan - mereka berkeras.

"Sekarang kami perlu pergi ke Birmingham tetapi anak-anak perlu kembali ke sekolah. Bagaimana kami mahu berdepan dengan keadaan ini?

Majlis Perbandaran Milton Keynes  menghadapi krisis perumahan dengan 148 keluarga (kira-kira 400 orang) kini menginap di hotel-hotel bajet, asrama yang terletak dikawasan jauh seperti Stansted, Reading dan Cambridge.

Jurucakap Majlis menjelaskan: "Kami sedang bercakap dengan Ms Dougan dan sedang berusaha untuk meletakkan keluarganya di tempat dekat secepat yang mungkin.

"Kami menghargai dan memahami keadaan dan ini bukanlah keadaan yang kita mahu untuk penduduk di Milton Keynes.

"Kami mahu meletakkan mereka di penempatan tempatan dan mengalu-alukan mana-mana tuan-tuan tanah yang ingin tampil dan bekerjasama dengan kami untuk menawarkan penginapan tempatan."