Pages

Friday, March 20, 2015

Kalau ajal belum sampai

Islamabad: Seorang lelaki yang disabitkan kesalahan membunuh ketika dia masih kanak-kanak dipersiapkan untuk menjalani hukuman mati sebelum pelaksanaannya ditangguhkan pada saat terakhir.
Shafqat Hussain diarah memakai seragam putih dan diminta menulis pesanan terakhir sebelum dibawa ke tempat hukuman.
Namun, hukuman itu ditangguhkan sekurang-kurangnya selama tiga hari.
Peguam Shafqat berkata, tertuduh baru berusia 14 tahun pada 2004 apabila dia diseksa - termasuk dicucuh dengan rokok dan kukunya dicabut - bagi mendapatkan pengakuannya membunuh seorang kanak-kanak lain.
Kes itu menimbulkan kemarahan kumpulan hak asasi manusia dan mendorong ahli keluarganya membuat rayuan menyayat hati.
Abang Shafqat, Gul Zaman berkata hukuman itu ditangguh untuk selama-lamanya tetapi akhbar The Dawn melaporkan ia ditangguh hanya selama tiga hari.
Menurut Gul Zaman, dia bersama Shafqat ketika pemuda terbabit bersedia untuk menerima hukuman yang ditetapkan mahkamah.
“Mereka memakaikan seragam putih dan mengarahnya menulis wasiat,” katanya.
Melalui pesanan yang sepatutnya menjadi terakhir itu, Shafqat menulis: “Saya tidak bersalah. Mereka menghukum saya atas kesalahan yang saya tidak lakukan untuk membebaskan pelaku sebenar.”
Ibu Shafqat, Makhani Begum semalam memberitahu mereka berjaga sepanjang malam untuk berdoa kepada Tuhan supaya menyelamatkan pemuda terbabit.
“Kami putus harapan untuk melihat Shafqat hidup lagi, namun kami bersyukur kerana Tuhan menyelamatkan anak saya daripada hukuman kejam,” katanya.
The Dawn melaporkan, siasatan terhadap kes berkenaan akan dijalankan bagi melihat bagaimana Shafqat membuat pengakuan. - Reuters
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Mac 2015 @ 5:16 AM


KAKAK Shafqat (kiri) menyuap manisan kepada ibu mereka sebagai meraikan penangguhan hukuman mati dibuat pihak penjara Pakistan di rumah mereka di Muzaffarabad, Kashmir semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/38136#sthash.ClijBKYq.dpuf

Ikan keli bertaburan atas jalan raya


Ikan keli bertaburan atas jalan raya

GUIZHOU - CHINA. Lebih kurang 6,800 kilogram ikan keli bertaburan di atas jalan raya di Zon Pembangunan Kaili di wilayah ini selepas pintu lori yang membawa muatan ikan tersebut tiba-tiba terbuka di tengah jalan.

Menurut laporan NetEase, anggota bomba bergegas ke tempat kejadian untuk membantu memasukkan semula ikan-ikan tersebut ke dalam lori terbabit.

Orang ramai yang berada di sekitar jalan raya turut membantu pihak bomba menangkap ribuan ikan keli tersebut.

Setelah dua jam, kesemua ikan tersebut dimasukkan kembali ke dalam lori.

Sami kebal gerudi kepala untuk buktikan kehandalan



ZHAO RUI menggerudi kepalanya selama 10 saat bagi menunjukkan kemampuannya dalam seni mempertahankan diri di rumahnya di Mianzhu, China baru-baru ini. - AGENSI


MIANZHU, China – Seorang sami Shaolin melakukan aksi ngeri menggerudi kepala sendiri selama 10 saat dengan mesin gerudi elektrik bagi menunjukkan kejayaannya berlatih ilmu mempertahankan diri.
Zhao Rui, 24, turut membengkokkan sebatang besi menggunakan tengkuk selain berbaring di atas pacak besi sambil memecahkan batu menggunakan kepalanya ketika beraksi di rumahnya di sini baru-baru ini.
Menurut laman web People’s Daily Online, kulit kepala Rui cuma sedikit kemerahan di tempat gerudi itu dikenakan. Rui bagaimanapun mengakui pernah luka ketika berlatih dengan mesin gerudi itu sehingga menyebabkan sebahagian kulit kepalanya terkoyak.
“Memang agak menyakitkan ketika itu tetapi saya sudah pulih dan belajar daripada pengalaman. Sekarang saya boleh menggerudi kepala tanpa sebarang masalah.
“Saya mahu mempunyai badan yang sangat kuat. Percaya atau tidak, saya agak gugup semasa kecil tetapi saya kini mampu memecahkan batu menggunakan kepala. Kekuatan ini memberikan keyakinan diri yang tinggi kepada saya,” katanya.
Pakar kungfu itu mula mempelajari ilmu mempertahankan diri sejak kecil dan menjelang usia 16 tahun, Rui meninggalkan rumahnya untuk menyertai Kuil Shaolin. Selepas dua tahun, dia meninggalkan kuil tersebut untuk menyambung latihan bersama pakar-pakar kungfu lain. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0320&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3Use0EEUK 
Hakcipta terpelihara 

Thursday, March 19, 2015

Ribut geomagnet: Gangguan kuasa, telekomunikasi


Ribut geomagnet: Gangguan kuasa, telekomunikasi
Ribut geomagnet yang disebabkan oleh letusan solar berkembar tersebut didakwa boleh menyebabkan gangguan kepada bekalan kuasa dan perkhidmatan telekomunikasi di bumi.
MIAMI - Letusan solar berkembar pada Ahad lalu telah menyebabkan ribut geomagnet yang didakwa boleh menyebabkan gangguan bekalan kuasa dan perkhidmatan telekomunikasi di bumi.

Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Angkasa, Thomas Berger memaklumkan ribut solar tersebut dikategorikan sebagai G4 daripada skala 1 hingga 5 oleh Pentabdiran Atmosfera dan Lautan Kebangsaan (NOAA).

"Bumi turut menerima tempias daripada fenomena letusan solar tersebut dan ribut tersebut bergerak lebih cepat daripada yang diramalkan oleh Pusat Ramalan Kaji Cuaca Angkasa," katanya.

Menurutnya lagi, mereka menjangkakan ribut geomagnet kategori G1 melanda bumi pada hari ini. - AFP

Wanita tertidur dalam cuaca sejuk kena frostbite


Wanita tertidur dalam cuaca sejuk kena frostbite
Foto yang dimuatnaik di laman sosial.
SASKATCHEWAN - CANADA. Seorang wanita warganegara Australia terkena Frostbite selepas dijumpai tertidur di tepi sebuah bangunan kerana mabuk, minggu lalu.

Frostbite merupakan satu kondisi di mana kulit dan tisu anggota badan rosak akibat pembekuan terlampau.

Wanita berkenaan yang menggunakan nama TheBassistMuse di laman foto Imgur.com memberitahu beliau bersama dengan beberapa orang rakan di sebuah pub sebelum kejadian.

Menurut Dailymail.uk, wanita berkenaan yang tidak mendedahkan namanya, memuatnaik satu siri foto yang menunjukkan bagaimana jari-jemarinya mula membengkak, menggelembung dan kemudian diubati oleh doktor.

Selain daripada menyesal dengan apa yang berlaku, beliau juga menasihatkan pelayar dan pembaca supaya tidak 'gila' seperti dirinya (mabuk dan tidur dalam cuaca sejuk).

Kanak-kanak terpaksa naik kuda selama 3 jam ke sekolah



SETIAP hari kanak-kanak ini perlu menunggang kuda selama tiga jam untuk ke sekolah. – Agensi


GUANGGXI, China – Demi mendapatkan ilmu, tiga kanak-kanak berusia lapan tahun terpaksa menunggang kuda selama tiga jam setiap hari semata-mata mahu pergi ke sekolah yang terletak kira-kira 16 kilometer dari rumah mereka di Kampung Mudong di sini.
Kanak-kanak itu, Huang Shijun, Huang Chenbin dan Huang Lingyan akan ditemani oleh datuk mereka iaitu Huang Fengjun yang akan berjalan kaki merentas jalan berbukit, berlumpur dan berliku sebelum sampai ke Sekolah Rendah Liuli.
“Selepas menghantar mereka, saya akan berjalan kaki semula ke rumah untuk menyambung kerja harian sebagai petani manakala kuda tersebut akan diikat berhadapan dengan kawasan sekolah,” ujarnya.
Kanak-kanak ini berkongsi dua ekor kuda untuk ke sekolah yang mempunyai seorang guru dan dua buah kelas terdiri daripada 19 orang pelajar setiap satunya.
Menurut Fengjun, denai tersebut merupakan satu-satunya jalan yang ada di kampung tersebut dan kadang kala ia tidak boleh dilalui terutama ketika musim sejuk. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0319&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3UmqHvQIq 
Hakcipta terpelihara 

Kereta terbang 
mula dijual 2017

Kereta terbang AeroMobil 3.0, bakal dipasarkan pada harga yang
Kereta terbang AeroMobil 3.0, bakal dipasarkan pada harga yang masih belum didedahkan pada 2017. AGENSI
TEXAS 18 Mac - Hasrat untuk melihat kereta terbang bakal tercapai apabila syarikat pengeluar Slovakia, Aeromobil, mengumumkan bakal memasarkan kenderaan ber­kenaan pada tahun 2017.
Akhbar Daily Mirror melaporkan Ketua Pegawai Eksekutif­nya, Juraj Vaculik sebagai berkata, pihaknya yakin dapat menjual kenderaan dua tempat duduk itu dua tahun lagi.
“Anda tidak perlu menggunakan lapangan terbang untuk memandu kereta ini. Saya yakin pengguna akan menggemari keberkesanan kenderaan ini,” katanya pada persidangan filem, muzik, dan interaktif South by Southwest di Texas, ke­lmarin.
Kereta yang digelar AeroMobil 3.0 itu, mampu mencecah kelajuan sehingga 160 kilometer sejam di jalan raya dan boleh di­terbangkan dengan kelajuan sehingga 199 kilometer sejam.
Kenderaan yang mempu­nyai sayap yang boleh ‘dilipat’ itu boleh didaratkan di kawasan seluas 45.72 meter dan hanya memerlukan jalan raya yang le­ngang sejauh 228.6 meter untuk terbang.
Menggunakan petrol sebagai bahan api, prototaip kereta terbang tersebut telah dibangunkan sejak tahun 90-an.
Tanpa menyebut anggaran harga AeroMobil 3.0, Vaculik bagaimanapun mengakui, terdapat beberapa cabaran perlu dihadapi pihaknya sebelum kereta itu boleh dijual.
“Antara cabarannya adalah undang-undang melibatkan jalan raya dan ruang udara,’’ katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/kereta-terbang-8232-mula-dijual-2017-1.71019#sthash.oHdjUDyH.dpuf

Sedar dari koma selepas 
dengar perbualan suami, doktor

Jenny Bone pulih semula selepas mendengar perbualan suaminya yang
JENNY Bone pulih semula selepas mendengar perbualan suaminya yang enggan memenuhi permintaan doktor bagi menutup alat bantuan pernafasannya. AGENSI
LONDON 18 Mac – Seorang wanita Britain yang hanya mempunyai harapan tipis untuk hidup akibat sejenis penyakit ganjil, kembali tersedar daripada koma apabila terdengar doktor meminta kebenaran suaminya bagi memadamkan alat sokongan hidup.
Portal berita Mail Online me­laporkan, kisah dramatik itu dialami Jenny Bone yang me­ngalami kerosakan otak teruk akibat serang­an jantung dan sekadar mampu terbaring serta mende­ngar perbu­alan tentangnya.
Ketika menceritakan detik-­detik cemas itu, Jenny, 40, berkata, segalanya bermula pada 14 Mac tahun lalu apabila dia pengsan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah di Bedfordshire akibat rasa pening.
Tambahnya, apabila dimasukkan ke Hospital Dunstable and Luton, doktor mendapati dia mungkin menghidap sindrom Guillain-Barre yang menyebabkan sistem imun badannya menyerang sistem saraf, sekali gus mengakibatkan otak tidak mampu mengawal otot.
Jelas wanita itu, beberapa jam kemudian, dia mengalami sera­ngan jantung dan pernafasannya terhenti menyebabkan doktor terpaksa menggunakan alat sokong­an hidup selain ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
“Beberapa hari kemudian, doktor membangkitkan perso­alan sama ada mahu menutup alat sokongan hidup kerana mereka tidak pasti otak saya masih berfungsi akibat kekurangan oksigen dan cuba menghidupkan semula jantung saya.
“Saya juga tidak memberikan sebarang maklum balas ketika dirawat, membuatkan doktor berfikir saya tidak mempunyai peluang untuk sembuh,” kata­nya.
Malah Jenny mengakui, dia pernah menyuruh suaminya, John untuk mengakhiri hidup­nya jika dia hilang upaya akibat sindrom tersebut, tetapi dia rasa bersyukur kerana pasang­annya itu menolak permintaan doktor.
“Walaupun koma, saya masih mampu mende­ngar perbualan di sekeliling saya dan paling diingati ketika doktor meminta kebenaran John untuk mema­damkan alat sokongan hidup kerana merasakan saya tidak mempunyai ­harapan untuk hidup secara normal semula.
“Malah, saya rasa bersyukur kerana suami saya tidak bersetuju dengan permintaan tersebut,” kata Jenny yang kini semakin pulih dan sihat.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/sedar-dari-koma-selepas-8232-dengar-perbualan-suami-doktor-1.71021#sthash.f0FsawFn.dpuf

Wednesday, March 18, 2015

Memungut Kertas Bertuliskan Bismillah, Basyar al-Hafi Dikenal Orang Seperti Nama Nabi

https://www.islampos.com/memungut-kertas-bertuliskan-bismillah-basyar-al-hafi-dikenal-orang-seperti-nama-nabi-170334/

Bismillah

DALAM peristiwa zamannya para Nabi akan didapati pula para insan Allah yang tersembunyi mereka biasa disebut dengan julukan waliyullah yang memiliki jiwa dan berakhlak terpuji. Mereka tidak lepas dari suatu peristiwa ataupun sebuah riwayat yang di dalamnya menceritakan kisahnya yang mengagungkan.
Ada Mu’adz bin jabal dengan cerita seekor keledai yang mempelajari hikmah mengenai prinsip dan keyakinan. Adapula kisah  dari Basyar bin Harits, namun sebelumnya sebagian dari anda pasti ada yang belum mendengar ataupun mengenal sosoknya, siapakah dia? Kenapa ia termasuk dalam golongan seseorang yang diriwayatkan dalam kisah nabi?
Ya, karena ia dikisahkan dengan selembar kertas bertuliskan bissmillahirrahmanirrahiim.
Tidak banyak tahu orang-orang disekitarnya mengenalnya, hanya segelintir oranglah yang mengetahuinya, ia adalah sosok seorang yang saleh yang selalu menunaikan kewajiban yang diperintah Allah dan mengerjakannya sesuai dengan perintah Rasulullah SAW.
Adapun riwayatnya bagaimana ia sampai dijadikan sosok yang diagungkan pada zamannya. “Pada suatu waktu ketika ia sedang melakukan perjalanan, ia mendapati selembar kertas bertuliskan “Bissmillahirrahmanirrahiim”. Karena ia adalah seorang yang saleh tentu ia mengerti hukum yang berkaitan dengan agama, tanpa pikir panjang ia pun mengambilnya dan membersihkannya dengan tangannya.
Begitulah sesudah memungut kertas tersebut, Basyar sengaja membeli minyak wangi untuk kemudian dioleskan minyak wangi tersebut pada kertas yang bertuliskan nama Allah .
Setelah aktivitas Basyir terselesaikan lantas ia istirahat dan kemudian tertidur dan bermimpi di malam harinya. dalam mimpinya kertas itu berkata pada Basyir “Hai Basyir bin Harits, engkau telah mengangkat nama Kami dari jalanan sebagai penghormatan agar tidak diinjak oleh manusia. Bahkan engkau juga memberikan wewangian, oleh karena itu sebagai balasannya, akan Aku harumkan namamu di dunia dan di akhirat.”
Subhanallah, kisah yang sungguh mengharukan dan sangat bermanfaat hingga mengandung nilai yang mulia di hadapan Allah. Tidak sedikit bahkan manusia hari ini banyak meremehkan bacaan Al-Qur’an yang tanpa disadari itu adalah perbuatan yang dzolim bahkan nista, mereka sulit untuk membacakan kalam-kalam Allah karena sering sekali mengurusi kehidupan duniawinya, sehingga lupa akan membacanya sekalipun banyak ceceran ayat suci Al-Qur’an kebanyakan mereka acuh dan seolah tidak peduli.
Hari ini kita mendapat hikmah yang luar biasa dari sosok riwayat Basyir bin Harits yang sangat mengagungkan ayat Allah, sehingga bukti kecintaan Allah padanya menjamin keselamatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat, atas dasar kesalehannya Muhammad Ibnush Shalt berkata, “Nama Basyar bin Harits dikenal orang seperti nama Nabi”. Wallahu a’alam [Sumber: 40 Kisah Pengantar Anak Tidur/Karya: Najwa Husein Abdul Aziz/Penerbit: Gema Insani]

Air Zam-Zam Miliki Mukjizat - Saintis Jepun


Diterbitkan: Sabtu, 6 September 2014 1:26 PM
Molekul air zam-zam.

KAJIAN seorang saintis Jepun mendapati bahawa air zam-zam mempunyai keajaiban dan kandungan airnya berbeza dengan yang lain.

Dr Masaru Emoto dari Universiti Yokohama, Jepun menjalankan kajian ke atas perubahan bentuk molekul air yang didedahkan kepada pengaruh-pengaruh positif dan negatif.

Beliau mendapati apabila air didedahkan kepada kata-kata, tulisan dan pesanan yang berbentuk positif, air-air tersebut membentuk molekul yang berbentuk kristal indah.

Sebagai contoh, dalam salah satu eksperimen beliau, air didedahkan dengan bacaan doa agama Islam dan molekul air yang terhasil membentuk kristal indah berbentuk segi enam dengan lima cabang daun yang berkilauan indah.

Beliau turut mendapati molekul air yang terhasil menerusi eksperimen ke atas air zam-zam adalah bercabang-cabang dan berkilauan.

Emoto mendedahkan hasil penemuannya itu dalam persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Mac 2005 di New York.
Dr Masaru Emoto.
Dalam eksperimen tersebut turut mendedahkan pengaruh unsur-unsur negatif terhadap air.
Menurut Emoto, apabila air didedahkan kepada perkataan syaitan dan muzik heavy metal, kristal molekul air yang terhasil tidak mempunyai bentuk dan kelihatan hancur serta buruk.
"Ternyata, air boleh 'mendengar, membaca dan memahami' kata dan doa," katanya.
Pada Persidangan Air Sedunia di salah sebuah universiti di negara ini beberapa tahun lalu turut membuktikan segala fakta mengenai air.
Sewaktu persidangan itu, air dari merata dunia diambil dan diperiksa akan 'kehebatannya'.
Kamera berfrekuensi tinggi berjarak jauh digunakan untuk melihat akan gambaran yang terjadi kepada air yang sedang diuji itu.

Maka air dari Sungai Ganges dan juga termasuk air zam-zam diuji dan dikenal pasti.

Uniknya, air zam-zam membentuk molekul yang begitu kukuh, strukturnya tidak berubah disebabkan apa jua tekanan.

Malah, kehebatan air zam-zam didapati mampu merakam dengan tepat gelombang warna alam yang sering bertukar pada waktu tertentu.

Dalam penyelidikan ilmiah yang dilakukan di makmal Eropah, terbukti bahawa air zam-zam memang lain daripada yang lain.
 
Kandungan airnya berbeza dengan telaga-telaga yang ada di sekitar Mekah.
Telaga air zam-zam.

Ia mengandungi kadar kalsium dan garam magnesiumnya lebih tinggi dibanding telaga lain, berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan penyembuhan.
Air zam-zam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.
Lebih menakjubkan, tidak ada sedikitpun lumut di telaga zam-zam dan ia sentiasa bebas dari pencemaran kuman.
Justeru, dalam perubatan Islam, penggunaan air penawar dalam rawatan adalah satu aspek penting untuk diamalkan pesakit. 
Air penawar biasanya dibacakan Surah al-Fatihah atau ayat suci al-Quran yang berkaitan dengan penyakit dialami pesakit. 
Selepas pesakit membaca ayat al-Quran, mereka dikehendaki membaca doa memohon kepada Allah untuk penyembuhan dan doa ini turut dibacakan ke air penawar.
Teori Emoto mengenai perubahan kristal molekul air jelas menerangkan kemujaraban air penawar yang didedahkan kepada bacaan ayat suci al-Quran. 
Pembacaan ayat suci al-Quran ke atas air penawar menyebabkan kristal molekul air penawar berubah kepada bentuk kristal indah dan memberi kesan positif kepada peminumnya.

Sam, kucing berkening yang sentiasa susah hati


Sam, kucing berkening yang sentiasa susah hati
Sam
NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Sam merupakan seekor kucing berkening yang kelihatan sentiasa mempunyai masalah besar dan susah hati, membuatkan peminat kucing menjadi sayu dan mahu membantu.

Menurut pemilik Sam, Amanda Collado, dia tidak perasaan apa-apa keistimewaan pada Sam ketika mula-mula terjumpa kucing tersebut.

"Kawan saya yang perasan 'kening' kucing tersebut.

"Perangai Sam seperti anjing, dia sentiasa mahu bermain. Jika anda biarkan dia atas sofa, beliau akan menyentuh anda, memberitahu anda bahawa ia bersedia untuk bermain," kata Collado dipetik ABC.

Collado kemudian membuat akaun di laman Instagram dan memuatnaik gambar Sam ke laman tersebut dan menarik perhatian lebih 150,000 pelayar.

Lawan jadi kawan

Oleh Norjuliana Yaacob 
am@hmetro.com.my

Sik: “Saya cuma membaca petikan ayat al-Quran sebelum menjinakkan ular tedung selar itu walaupun pergelangan tangan kiri kesakitan akibat dipatuk, ” kata Zahhariman Abdul Razak, yang ‘bertarung’ selama 10 minit untuk menewaskan ular tedung yang cuba masuk ke rumahnya di Kampung Belantik, dekat sini, kelmarin.
Kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 malam ketika bekas kakitangan FELCRA itu keluar ke halaman rumah sebelum menyedari kelibat reptilia sepanjang 4.2 meter dengan berat kira-kira sembilan kilogram itu sedang menyusur di tepi dinding.
Zahhariman, 54, berkata, dia terkejut melihat seekor ular di luar rumah lalu mengacah menangkapnya tetapi dipatuk pada pergelangan tangan kiri.
Menurutnya, pada masa sama dia langsung tidak mengendahkan kesakitan dan berusaha menangkapnya sambil membacakan petikan ayat al-Quran untuk menjinakkan ular berkenaan walaupun berdepan kesukaran.
“Ular itu cuba mengelak menyebabkan saya membaca ayat al-Quran dan menghembus ke arahnya menyebabkan reptilia itu menjadi lemah sebelum saya mencekak dan dimasukkan ke dalam guni.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Mac 2015 @ 5:27 AM


ZAHHARIMAN bersama ular tedung selar sepanjang 14 kaki yang dipelihara di rumahnya di Kampung Belantik.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/37541#sthash.Vgt8Uifg.dpuf

Kerapu RM10,000

Miri: Seekor ikan kerapu bersaiz luar biasa dengan berat 168 kilogram berjaya ditangkap nelayan di perairan Tukau, di sini, kelmarin.
Ikan kerapu yang dijual lebih RM10,000 itu menjadi rebutan pengusaha restoran di bandar ini selain turut menjadi tumpuan orang ramai yang tidak melepaskan peluang melihat ikan bersaiz luar biasa terbabit.
Pembeli bertuah yang juga pengusaha makanan laut, Ah Tai Chian, 55, berkata, dia gembira apabila berjaya membeli ikan kerapu itu walaupun terpaksa berebut dengan pengusaha restoran lain.
“Ramai yang tidak ingin melepaskan peluang membeli ikan ini kerana ia satu yang pelik dan dipercayai membawa tuah kepada pembeli serta orang yang memakannya.
“Saya tidak kisah walaupun terpaksa menghabiskan wang ribuan ringgit asalkan ikan ini menjadi milik saya,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Ketika ditanya harga sebenar ikan itu, Ah Tai enggan mendedahkan jumlah wang yang dilaburkan untuk membeli ikan berkenaan, namun dipercayai dia menghabiskan lebih RM10,000 untuk membeli ikan berkenaan.
Ah Tai berkata, ikan itu akan dijadikan hidangan istimewa di restorannya khusus untuk pelanggan yang inginkan hidangan berbeza.
“Saya difahamkan nelayan terpaksa mengambil masa lebih empat jam untuk membawa ikan ini naik ke atas kapal dan umpannya hanya ikan hidup,” katanya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/37760#sthash.YygIPzE3.dpuf
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Mac 2015 @ 5:42 AM



KERAPU yang berjaya dipancing di kawasan perairan Tukau, Miri.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/37760#sthash.wRu97iLF.dpuf

Bas guna tenaga najis

London: Bas pertama yang menggunakan tenaga najis manusia dan sisa buangan isi rumah akan memulakan perkhidmatannya hujung bulan ini.
Bagaimanapun, ia dijamin tidak akan berbau busuk atau kotor.
Dengan menggunakan kuasa gas biomethane, bas itu yang dikenali ‘Bio-Bus’ akan menggunakan sisa buangan daripada 32,000 rumah di sepanjang laluannya sejauh 24 kilometer.
Dikendalikan oleh syarikat bas First West of England, bas itu akan mengisi bahan tenaganya di Avonmouth, Bristol, tempat najis dan sisa makanan ditukar menjadi gas biomethane.
Bas yang boleh membawa 40 penumpang itu mula diperkenalkan di Bristol untuk khidmat cubaan tahun lalu.
Menurut syarikat berkenaan, bas itu bagaimanapun akan digunakan selama empat hari seminggu bermula 25 Mac.
Jika berjaya, syarikat berkenaan akan menimbang untuk memperkenalkan lebih banyak bas seumpamanya.
Pengarah Urusan First West of England James Freeman berkata: “Sejak diperkenalkan tahun lalu, Bio Bus mendapat tumpuan dunia. Kami akan memastikan ia beroperasi dengan baik.”
Menurutnya, kejayaan penggunaan bas itu akan membantu memulakan perbahasan mengenai cara penggunaan bahan tenaga bagi kenderaan dalam usaha untuk meningkatkan mutu alam sekitar. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Mac 2015 @ 5:24 AM


SEBUAH daripada bas yang akan memulakan perkhidmatan menggunakan gas biomethane.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/37708#sthash.NWWEcsdo.dpuf

Rakam gambar hantu melutut di wad gila



RUMAH Sakit Jiwa Beechworth dipercayai mempunyai misteri tersendiri oleh penduduk tempatan. - AGENSI


VICTORIA, Australia – Seorang pemburu hantu, Allen Tiller menemui imej seorang kanak-kanak perempuan dalam keadaan melutut ketika melakukan penggambaran rancangan televisyen Haunting: Australia di sini baru-baru ini.
Rakaman video tersebut diambil ketika Tiller bersama rakannya, Rayleen Kable berada di Rumah Sakit Jiwa Beechworth yang terkenal sebagai salah satu destinasi berhantu di negara tersebut.
"Kami juga sempat merakamkan hentakan pintu dan bunyi orang berjalan ketika berada di bahagian yang dikenali sebagai bull pen, ujar Tiller.
Tiller menambah, menerusi rakaman ‘Fenomena Suara Elektronik’, jelas kedengaran suara orang ramai menjerit meminta mereka untuk keluar.
Sejak Januari lepas, pasangan itu mengetuai kumpulan pemburu hantu untuk mengambil gambar, bacaan elektromagnet dan rakaman suara di tempat-tempat misteri di sekitar Austalia. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0318&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3UgUOf7A4 
Hakcipta terpelihara 

Tuesday, March 17, 2015

Kisah Dua Pemuda Mabuk Disuruh Menjadi Imam!!!





  Arak merupakan ibu kepada kejahatan kerana apabila kita mabuk akibat arak kita tidak akan sedar apa yang kita lakukan. Kisah ini di kongsikan oleh Ustaz Farid Ravi di FB beliau. Ianya berkisahkan tentang 2 orang pemuda Arab yang berasal daripada Madinah datang bercuti ke Turki. Apa yang mengejutkan adalah, Imam Masjid di hotel berkenaan meminta mereka untuk mengimamkan solat Subuh, namun ketika itu mereka dalam keadaan mabuk kerana meminum arak pada malam hari sebelumnya.. Baca kisahnya....


Dua orang lelaki dari Madinah al-Munawarah bercuti ke Turkey untuk rehat dan minum arak. Apabila kedua mereka tiba di Istanbul, mereka check in hotel, petugas di reception meminta alamat bagi tujuan pendaftaran, mereka menjawab:

"Kami dari Madinah al-Munawarah." Petugas di kaunter pendaftaran itu sangat gembira mendengar kedua mereka dari Madinah, lalu di beri bilik yg luas dan view yg sangat cantik, kerena mereka berdua dari Madinah kota suci tempat bersemadinya kekasih kita Rasulullah saw. ...

Selepas masuk kedalam bilik, kedua lelaki ini minum arak, salah seorang dari mereka minum sepuasnya, mabuk tak terhingga, seorang lagi separuh mabuk....

Tepat jam 4pagi bilik mereka diketuk, salah seorang yg tak berapa mabuk dalam keadaan tak larat, membuka pintu lalu didapati seorang lelaki memberitahu:

"Selepas Imam kami mengetahui kamu berdua dari Madinah al-Munawarah, imam kami tidak mahu mengimamkan solat fajar, kerana ada org arab dari Madinah di hotel ini," kami harap saudara dapat imamkan kami". Lelaki itu memberitahu dengan nada yg penuh harapan:

"cepat-cepat turun yea, kami tunggu kat bawah."

Lelaki yg mabuk itu kebingungan, lantas dikejutkanya kawan dia yg seorang lagi ( mabuk sangat), sambil bertanya:" engkau hafal al-Quran tak?"....

sayang, kawan dia dah macam mayat, tak sedar diri dek kerana mabuk. Selang beberapa minit, bilik hotel diketuk lagi, suara dari luar berkata:

"Cepat sikit tuan kami dah lama tunggu ni, jgn lambat nak syuruq dah ni...".

Tanpa berlengah lelaki yg separuh mabuk, masuk bilik air mandi dan berwudu lalu turun ke masjid untuk solat dgn pendudk setempat.

Ketika masuk kedalam masjid lelaki itu sangat terkejut, kerana jemaah yg berkumpul untuk solat fajar seperti jemaah solat jumaat. Kedatangan lelaki ini disambut dengan penuh kemulian, jemaah berbaris dan bersalam dgn penuh penghormatan, kerana pemuda ini datang dari Madinah al-Munawarah. Pemuda itu mengimamkan solat fajar, rakaat pertama dan kedua dibacanya surah al-Ikhlas, kerana itu sahaja yg dihafalnya.

Selesai solat, sekali lagi jemaah salam dan berpeluk dgn pemuda tersebut. Peristiwa ini menjadikan kedua2 mereka bertaubat dari minum arak. Mereka memulakan kehidupan baru, dengan menpelajari agama, menghafal al-Quran. Alhamdulillah, kini kedua mereka menjadi pendakwah yg tersohor.

Maha Kaya Allah swt yg memberi peluang untuk manusia kembali ke pangkal jalan hidayah...

SUMBER:

China pengeksport senjata ketiga dunia


China pengeksport senjata ketiga dunia
China menjadi negara Asia terbesar di dunia mengeksport senjata
STOCKHOLM - SWEDEN . China mendahului Jerman dan Perancis untuk menjadi pengeksport senjata ketiga di dunia selepas Amerika Syarikat dan Rusia, menurut badan pemikir yang berpangkalan di Stockholm, Sweden.

Laporan Institut Penyelidikan Keamanan Antarabangsa Stockholm (SIPRI) menyebut, jumlah perdagangan dunia bernilai berbilion dolar meningkat 16 peratus antara 2010 hingga 2014 dalam tempoh lima tahun lalu.

AS mendahului eksport global senjata konvensional dengan 31 peratus, diikuti Rusia di tempat kedua dengan 27 peratus.

Tiga pengeksport seterusnya berada jauh di belakang dengan kira-kira 5 peratus setiap satu, di mana China di tempat ketiga, Jerman keempat dan Perancis kelima.

Antara pengeksport tertinggi itu, jualan China mencatatkan 143 peratus sejak lima tahun lalu. - AFP        

Petani bina robot Transformer guna besi terpakai



LINGYUN (kiri) bersama bapanya, Zhilin bergambar dengan dua replika Transformer. - Agensi


SHANDONG, China – Seorang petani, Yu Zhilin dan anaknya, Yu Lingyun membina replika karakter filem Transformer menggunakan besi terpakai dengan cuma berpandukan maklumat yang diperoleh daripada internet.
Replika robot yang menyamai watak Optimus Prime dan Bumblebee itu dijual pada harga 1 juta Yuan (RM591,800).
Menurut Zhilin yang tinggal di Kampung Xiaoye di timur wilayah Shandong, idea membina replika besar itu timbul selepas melihat kejayaan filem Transformers: Age of Extinction di negara itu.
“Kami mula membina replika ini menggunakan besi-besi terpakai terutama daripada badan kereta sejak tahun 2007 kerana menyedari robot itu sangat bernilai di sini,” ujarnya.
Filem tersebut meraih kutipan tertinggi di China yang menggunakan Hong Kong sebagai salah satu lokasi penggambaran selain mempamerkan jenama kereta-kereta buatan China. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0317&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3UafUQ3zs 
Hakcipta terpelihara