Portal berita Mail Online me­laporkan, kisah dramatik itu dialami Jenny Bone yang me­ngalami kerosakan otak teruk akibat serang­an jantung dan sekadar mampu terbaring serta mende­ngar perbu­alan tentangnya.
Ketika menceritakan detik-­detik cemas itu, Jenny, 40, berkata, segalanya bermula pada 14 Mac tahun lalu apabila dia pengsan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah di Bedfordshire akibat rasa pening.
Tambahnya, apabila dimasukkan ke Hospital Dunstable and Luton, doktor mendapati dia mungkin menghidap sindrom Guillain-Barre yang menyebabkan sistem imun badannya menyerang sistem saraf, sekali gus mengakibatkan otak tidak mampu mengawal otot.
Jelas wanita itu, beberapa jam kemudian, dia mengalami sera­ngan jantung dan pernafasannya terhenti menyebabkan doktor terpaksa menggunakan alat sokong­an hidup selain ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
“Beberapa hari kemudian, doktor membangkitkan perso­alan sama ada mahu menutup alat sokongan hidup kerana mereka tidak pasti otak saya masih berfungsi akibat kekurangan oksigen dan cuba menghidupkan semula jantung saya.
“Saya juga tidak memberikan sebarang maklum balas ketika dirawat, membuatkan doktor berfikir saya tidak mempunyai peluang untuk sembuh,” kata­nya.
Malah Jenny mengakui, dia pernah menyuruh suaminya, John untuk mengakhiri hidup­nya jika dia hilang upaya akibat sindrom tersebut, tetapi dia rasa bersyukur kerana pasang­annya itu menolak permintaan doktor.
“Walaupun koma, saya masih mampu mende­ngar perbualan di sekeliling saya dan paling diingati ketika doktor meminta kebenaran John untuk mema­damkan alat sokongan hidup kerana merasakan saya tidak mempunyai ­harapan untuk hidup secara normal semula.
“Malah, saya rasa bersyukur kerana suami saya tidak bersetuju dengan permintaan tersebut,” kata Jenny yang kini semakin pulih dan sihat.