Pages

Monday, February 16, 2015

Pengantin Thailand kahwin dalam keranda


Pasangan pengantin baring dalam keranda dalam upacara untuk mengelak
Pasangan pengantin baring dalam keranda dalam upacara untuk mengelak nasib malang di Bangkok, kelmarin. – Agensi
BANGKOK 15 Feb. – Kebanyakan pasangan kekasih menganggap hari perkahwinan mereka sebagai permulaan hidup baharu yang biasanya disambut dengan majlis penuh kegembiraan, namun berlainan bagi pasangan pengantin di Thailand yang memilih upacara berbeza.
Portal berita Bangkok Post melaporkan, ada pasangan pe­ngantin baharu memilih untuk baring di dalam keranda ketika mengucapkan ikrar perkahwinan mereka.
Acara perkahwinan yang dijalankan oleh sami-sami itu dipercayai membolehkan pa­sang­an pengantin membuang nasib malang selain mengukuhkan cinta sejati, kemakmuran, dan perlindungan daripada sebarang ancaman ketika memulakan bahtera rumah tangga.
Malah, baru-baru ini, sebanyak 10 pasangan pengantin baharu mengadakan majlis perkahwinan unik itu di sebuah kuil di luar Bangkok.
Majlis perkahwinan unik itu menyaksikan setiap pasangan pengantin memasuki keranda besar berwarna merah jambu dan berbaring sambil meletakkan jambangan bunga di dada ma­sing-masing.
Sami kemudian akan menutup keranda itu dengan kain besar sebagai simbolik kepada kematian mereka, dan membacakan doa-doa kematian.
Acara berakhir dengan sami membacakan doa restu kehidupan baharu buat pengantin berkenaan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pengantin-thailand-kahwin-dalam-keranda-1.59959#sthash.oBpD81JB.dpuf

Saturday, February 14, 2015

‘Sorok’ sebalik kubu wang

Beijing: Seorang pemaju hartanah membina kubu daripada wang untuk mengelak diserang pekerjanya selepas tersebar khabar angin dia muflis dan tidak dapat memenuhi bayaran kepada petani yang menyerahkan tanah mereka untuk pembinaan tapak komersial.
Cheng Hsiao, 45, diserbu petani yang bimbang kerugian bersama 1,000 pekerjanya di Guiyang, kelmarin.
Petani, Kong Lu berkata, mereka hendak memastikan dia tidak melarikan diri.
Bagaimanapun, setibanya di situ, mereka terkejut melihat pintu pejabat terbuka dan Cheng berdiri di sebalik dinding diperbuat sepenuhnya daripada wang.
Dia kemudian terus menyerahkan wang, melangsaikan hutang dan membayar bonus kepada pekerjanya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Februari 2015 @ 5:17 AM


CHENG membina tembok daripada wang kertas.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/30743#sthash.Gx9zUrtl.dpuf

Rusia kekalkan larangan berhijab


Larangan berhijab di sekolah mendapat tentangan dan mencetuskan kemarahan banyak pihak.
Larangan berhijab di sekolah mendapat tentangan dan mencetuskan kemarahan banyak pihak.
MOSCOW - RUSIA . Mahkamah Agung Rusia mengekalkan larangan berhijab untuk pelajar perempuan beragama Islam di sekolah di seluruh Republik Mordovia.

Menurut laporan agensi berita RT, pengharaman pemakaian hijab telah mencetuskan bantahan daripada masyarakat Islam dan ulama di peringkat serantau dan persekutuan.
Mereka menegaskan larangan memakai hijab di sekolah adalah bercanggah dengan perlembagaan dalam kebebasan hati nurani.

Susulan daripada itu, pemimpin Islam Mordovia, Fagim Shafiyev membuat surat rayuan kepada pendakwa raya Rusia, menuntut agar keputusan itu ditarik balik.

Sementara itu, Mufti Besar Sheikh Ravil Gainutdin turut mengemukakan surat kepada Presiden Vladimir Putin, menggesa beliau untuk menyokong hak wanita Islam terhadap pemakaian hijab di sekolah dan universiti.

Bagaimanapun, kerajaan Mordovia bukan sahaja mengharamkan hijab, tetapi juga apa sahaja paparan jelas yang menggambarkan agama seseorang itu. - Press TV

Friday, February 13, 2015

Rezeki teramat muda

Beijing: Paras rupanya tidak ubah seperti kanak-kanak berusia tujuh tahun, namun Zeng Yushan sebenarnya remaja yang ‘terawet muda’ disebabkan ketumbuhan pada kelenjar pituitarinya.
Zeng, 19, dilahirkan pada Jun 1994 di pekan Huzhu namun berhenti membesar pada usia tujuh tahun.
Apabila dirujuk ke hospital, doktor mendapati dia mengalami masalah kecacatan hormon pertumbuhan.
Gadis itu tidak pernah bersekolah, sebaliknya ‘kecacatan’ itu digunakan bapanya untuk meminta sedekah.
Ketika pertama kali didiagnos dengan keadaan itu, ibu bapa Zeng tidak mampu membayar kos rawatannya dan kerap bertengkar sehingga akhirnya bercerai.
Zeng kemudian dijaga ayahnya, Yul Wei, namun lelaki itu juga sakit tidak lama selepas bercerai menyebabkan dua beranak itu mengemis.
Yul mati akibat kanser perut dan Zeng dibela sepasang suami isteri yang bersimpati.
Ayah angkatnya, Guo Liu, 50, berkata, ketika pertama kali melihatnya dia dan isteri tidak dapat memastikan jantina Zeng disebabkan botak selain mengalami pelbagai masalah kesihatan.
Zeng mendapat rawatan tetap, namun malangnya mempunyai daya fikiran kanak-kanak berusia lima tahun.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Februari 2015 @ 8:47 AM


ZENG (kiri) bersama ibu angkatnya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/30295#sthash.3BE73OSV.dpuf

Thursday, February 12, 2015

Kisah Islami Berhikmah: Pencuri Kok Malah Dicuri




Kisah Berhikmah: Pencuri Kok Malah Dicuri
Malik bin Dinar adalah seorang ahli ibadah yang terkenal kezuhudannya. Dia tak hanya zuhud dalam hal makanan, kediamannya pun sangat sederhana. Di rumahnya tidak ada apa pun kecuali mushaf dan pakaiannya. Tentang rumahnya ini, ia berkata, “Siapa yang masuk ke rumahku lalu mengambil sesuatu, maka itu halal baginya. Saya tak butuh tembok atau kunci.”

          Suatu ketika seorang pencuri masuk ke rumahnya. Namun ia tidak menemukan sesuatu pun. Malik bertanya, “Hai pencuri, engkau tidak menemukan apa-apa dari harta dunia. Apakah engkau ingin bagian dari akhirat?”

          “Ya,” jawab pencuri.

          “Berwudhulah dan shalat dua raka’at.”

          Pencuri itu pun melaksanakannya. Kemudian dia pergi menuju masjid bersama Malik bin Dinar. Ketika Malik ditanya tentang siapa yang bersamanya, ia lantas menjawab, “Dia datang untuk mencuri. Maka dia yang kita curi.”

Disadur dari: 101 Kisah Tabi’in, hal.370

Wednesday, February 11, 2015

Anak babi ada objek misteri di dahi

Beijing: Seorang petani terkejut apabila babi peliharaannya melahirkan anak ‘mutan’ dengan wajah seakan manusia serta kemaluan lelaki pada dahinya.
Tao Lu, 40, berkata, anak babi itu dilahirkan hidup, tetapi tidak diterima ibunya. Haiwan ganjil itu mati selepas enggan minum susu dari botol.
Tao kemudian memuat naik gambar haiwan malang itu ke Internet sebelum menjadi viral dan dibeli agensi berita China.
Katanya, sebaik gambar itu viral dia mendapat pelbagai tawaran wang yang tinggi daripada pihak yang mahu membeli haiwan itu kerana disangka masih hidup.
“Sayang anak babi itu mati, jika tidak pasti kami sekeluarga dapat merasa habuannya,” katanya.
Sebanyak 18 lagi anak babi dilahirkan tidak menunjukkan sebarang kecacatan.
Berikutan itu, Tao berkata dia akan mempamerkan bangkai babi itu untuk mereka yang berminat melihatnya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Februari 2015 @ 8:49 AM


HAIWAN ganjil ini mati selepas enggan minum susu dari botol.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/30025#sthash.HKUBWTKm.dpuf

Pekerja kilang berjalan 32km sehari terima hadiah kereta



Agensi - Robertson bersama Pollock (kanan) dan Leedy yang membantu menjadikan impiannya untuk memiliki kereta baharu satu realiti.


DETROIT – Seorang pekerja kilang, James Robertson yang berjalan kaki lebih daripada 32 kilometer (km) setiap hari untuk ke tempat kerja hampir sedekad yang lalu menerima kejutan apabila dihadiahkan sebuah kereta Ford model terbaharu.
Robertson yang menjadi sensasi di internet dan media massa mengenai kegigihannya berjalan kaki setiap hari untuk bekerja turut menerima sumbangan daripada orang ramai lebih AS$310,000 (RM1.1 juta).
Dia terpaksa berjalan kaki berikutan tidak mampu membeli kereta baharu selepas keretanya rosak sejak sembilan tahun lalu, manakala laluan ke tempat kerja tidak mempunyai kemudahan pengangkutan bas.
Walaupun wang sumbangan yang dikumpulkan bertujuan untuk membolehkan dia membeli sebuah kereta baharu, pengedar kereta memutuskan memberikan sebuah kereta model terbaharu, Ford Taurus bernilai AS$37,000 (RM132,357).
“Sejak kereta rosak, saya memang tidak mampu untuk membeli yang baharu. Oleh itu, saya terpaksa berjalan kaki sejauh 32km setiap hari demi meraih pendapatan sebanyak AS$10.55 (RM37.70) untuk satu jam di sebuah kilang,” katanya.
Sumbangan kereta berkenaan diberikan oleh wakil pengedar Ford, Blake Pollock, manakala inisiatif dana bantuan pula dilakukan oleh seorang pelajar universiti, Evan Leedy.
Wang sumbangan pula akan dijadikan dana bagi perubatan, penyelenggaraan kereta dan kos petrol Robertson. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0211&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3RO5yOMst 
Hakcipta terpelihara 

Tuesday, February 10, 2015

Lelaki terkejut disahkan boleh mengandung


Gambar hiasan
Gambar hiasan
LANCASHIRE - BRITAIN. Seorang lelaki terkejut apabila diberitahu oleh doktor bahawa dia mempunyai rahim; yang membawa maksud dia juga berpontensi untuk hamil seperti wanita lain.

Memetik laporan daripada Telegraph.co.uk kelmarin, penemuan tersebut dilaporkan doktor ketika lelaki itu menjalani ujian MRI bagi mengesan punca pendarahan yang terdapat dalam kandungan air kencingnya.

Hasil imbasan MRI mendedahkan penemuan organ pembiakan wanita yang berpotensi menyebabkan kehamilan, haid dan PMT (senggugut).

Lelaki berusia 37 tahun ini dipercayai mempunyai sindrom salur Müllerian (PMDS) yang mana penghidap sindrom berkenaan mempunyai organ pembiakan lelaki dan wanita dalam satu-satu masa.

“Ia merupakan kes yang sangat jarang berlaku. Pesakit kini diletakkan dibawah jagaan dan akan dibedah untuk membuang organ pembiakan wanita yang terdapat dalam tubuhnya,” katanya seperti yang dipetik menerusi laporan tersebut.

Menurut doktor lagi, darah yang terdapat air kencingnya dipercayai darah haid.

Sekurang-kurangnya 120 bayi dilahirkan dengan sindorm tersebut setiap tahun di Britain  dan ia juga dilaporkan berlaku pada haiwan seperti anjing.

Dicerai kerana tak mahu tinggalkan anak


Leo. - Sumber foto GoFundMe/Bring Leo Home
Leo. - Sumber foto GoFundMe/Bring Leo Home
YEREVAN - ARMENIA. Buat pertama kali, seorang lelaki diceraikan isterinya yang tidak mahu menerima kehadiran anak kandung mereka kerana bayi tersebut disahkan menghidap sindrom down.

Memetik laporan Metro.co.uk, isterinya bertindak mengakhiri perkahwinan mereka selepas Samuel Forrest menerima baik kehadiran bayi itu.

Bagaimanapun Ruzan yang terlalu malu untu menjadi ibu kepada bayi istimewa bernama Leo itu bertindak mahu memutuskan perkahwinan mereka.

“Doktor di hospital juga memberitahu saya, isteri tidak mahu menjaga anak kami dan meminta Leo diletakkan di bawah jagaan jururawat.

“Dia memfailkan proses perceraian kami seminggu selepas melahirkan Leo, sejurus selepas saya memberitahunya bahawa saya ingin menjaga anak kami,” katanya.

Forrest kini menubuhkan laman web bagi memohon bantuan derma daripada orang ramai untuk membolehkannya keluar dari timur Eropah dan pulang ke New Zealand untuk menjaga Leo.

Bayi hamil anak kembar


Gambar yang menunjukkan tulang belakang setiap janin.
Gambar yang menunjukkan tulang belakang setiap janin.
HONG KONG - Satu kejadian unik berlaku ke atas seorang bayi yang baru dilahirkan kerana didapati sedang ‘hamil’ anak kembar.

Menurut laporan Mirror.uk, bayi yang baru berusia 3 minggu tersebut dilahirkan di Hospital Queen Elizabeth, Hong Kong terpaksa menjalani pembedahan untuk membuang janin berkenaan.

Janin kembar yang berusia dari lapan hingga 10 minggu itu didakwa mempunyai kaki, tangan, tulang belakang, tulang rusuk dan usus.

Kembar tersebut masing-masing mempunyai berat 14.2 gram dan 9.3 gram dan mempunyai tali pusat berasingan.

Pembedahan itu berjaya dilakukan dan bayi itu dilapor dalam keadaan stabil dan telah dibenarkan keluar dari hospital lapan hari kemudian.

Keadaan yang dikenali sebagai ‘janin dalam janin’ berlaku dalam hanya satu dalam 500,000 kelahiran di dunia dan kurang daripada 200 kes pernah dilaporkan.

Menurut Pakar Sakit Puan, Dr Yu Kai percaya ia adalah kes pertama seumpama ini berlaku di sini.

Beliau berkata, ia adalah hampir mustahil untuk mengesan semasa pemeriksaan pranatal kerana embrio dalam bayi itu terlalu kecil.

“Mustahil seorang bayi hamil. Persenyawaan mungkin hasil benih ibu bapanya yang pergi ke salah tempat,” katanya.

Jentera bomba berkepala dua


Sebuah jentera bomba berkepala dua baru-baru ini mengejutkan pengguna jalan raya di China.
Sebuah jentera bomba berkepala dua baru-baru ini mengejutkan pengguna jalan raya di China.
IA bukan teknik photoshop! Tapi gambar di atas adalah asli.

Sebuah jentera bomba berkepala dua baru-baru ini mengejutkan pengguna jalan raya di Nanjing, China.

Reka bentuk unik jentera bomba itu membolehkan ia membuat pusingan U tanpa perlu berpusing dan memberi kelebihan terutamanya di kawasan sempit.

Ia juga boleh dipandu dari kedua-dua arah.

Difahamkan, Nanjing merupakan sebuah bandar yang mempunyai sejumlah besar laluan sempit yang menyukarkan pergerakan jentera bomba.

Jentera baharu itu, merupakan satu-satunya kenderaan terdapat di bandar tersebut diimport dari Austria dengan harga 9 juta yuan (RM5 juta). - Chinanews.com

Mana pintu?


Sebuah kampung di India yang memiliki 300 bangunan kediaman termasuk sekolah dan bank tidak memiliki
pintu.
Sebuah kampung di India yang memiliki 300 bangunan kediaman termasuk sekolah dan bank tidak memiliki pintu.
PERCAYA atau tidak, ada sebuah kampung di India yang memiliki 300 bangunan kediaman termasuk sekolah dan bank tidak memiliki pintu!

Malah, kebanyakan tandas di kampung Shani Shingnapur yang terletak di negeri Maharashtra juga tidak dipasang dengan pintu.

Untuk keselesaan penghuni wanita, rumah di kampung tersebut hanya dipasang langsir.

Pada waktu malam pula, papan lapis atau pagar sementara digunakan bagi menutup pintu bertujuan menghalang anjing liar masuk ke dalam rumah.

"Kami tidak memasang pintu kerana ia bertentangan dengan kepercayaan kami," kata pemilik kedai runcit, Parmeshwar Mane.

Difahamkan, penduduk Shani Shingnapur tidak memerlukan pintu kerana percaya dewa Shani menjaga keselamatan rumah dan premis perniagaan di kawasan itu. - Odditycentral

Nelayan raih RM1,100 jual ikan



ORANG ramai tidak melepaskan peluang merakamkan gambar bersama ikan labang yang berjaya dinaikkan oleh Is Tingak di Saratok semalam.


SARATOK – Seorang nelayan di Kampung Melango Lama di sini tidak menyangka membawa pulang hasil tangkapan yang luar biasa apabila berjaya memancing seekor ikan labang seberat 18.1 kilogram (kg) di Sungai Krian di sini semalam.
Lebih menarik apabila hasil tangkapannya itu dijual pada harga RM1,100 seekor iaitu kira-kira RM60 sekilogram kepada seorang peniaga ikan di Pasar Basah Saratok di sini.
Nelayan yang ingin dikenali sebagai Is Tingak, 30, menceritakan, dia terpaksa mengambil masa lebih sejam untuk mendaratkan spesies ikan air tawar tersebut pada pukul 4.30 petang


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0210&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz3RIFxuOAF 
Hakcipta terpelihara 

Monday, February 9, 2015

Lukisan termahal di dunia RM1.06 bilion



LUKISAN Paul Gauguin yang dijual pada harga RM1.06 bilion dalam satu acara lelongan, sekali gus menjadikannya paling mahal di dunia. - AGENSI


BASEL, Switzerland – Lukisan yang dihasilkan Paul Gauguin pada abad ke-19 berjaya memecahkan rekod karya seni paling mahal apabila dijual pada harga mencecah £197 juta (RM1.06 bilion) pada satu lelongan di sini baru-baru ini.
Lukisan yang diberi nama Nafea faa ipoipo itu memaparkan dua wanita Tahiti selepas Paul menghabiskan masa di pulau tropika itu pada penghujung abad ke-19.
Bekas pemiliknya, Rudolf Staechelin yang merupakan seorang pengumpul hasil seni dan berasal dari sini mengesahkan penjualan tersebut. Dia menyatakan, lukisan itu dijual berikutan harga yang ditawarkan cukup lumayan.
“Persoalannya, mengapa sekarang? Ia adalah kerana harga yang ditawarkan kepada kami cukup lumayan,” katanya kepada New York Times.
Rudolf bagaimanapun enggan mendedahkan identiti pembeli tersebut, namun ada dakwaan yang mengatakan lukisan itu dibeli oleh kerajaan Qatar.
Jika laporan mengenai jualan tersebut disahkan, ia sekali gus akan memadam rekod sebelum ini yang dipegang artis seni Paul Cezanne selepas lukisannyayang bertajuk The Card Players dilelong pada harga £170 juta (RM918 juta).
Gauguin dan Cezanne merupakan sebahagian daripada pelukis kelahiran Perancis yang melonjak reputasi selepas kematian mereka.– Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0209&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3RCNThnID 
Hakcipta terpelihara 

Potong rambut hampir botak didik anak nakal


Gaya potongan ‘Benjamin Button Special’ yang diperkenalkan oleh
Gaya potongan ‘Benjamin Button Special’ yang diperkenalkan oleh Russell Fredrick sebagai hukuman kepada kanak-kanak nakal. – AGENSI
SNELLVILLE 8 Feb. – Sebuah kedai gunting rambut di sini mempunyai kaedah tersendiri bagi mendidik kanak-kanak nakal dengan memotong rambut mereka sehingga hampir botak, menjadikan mereka kelihatan seperti seorang datuk.
Menurut laman web odditycentral.com, potongan gaya ‘Benjamin Button Special’ itu melibatkan kaedah cukur di bahagian tengah kepala dan meninggalkan rambut di bahagian kiri dan kanan kepala menjadikan kanak-kanak itu menyerupai orang tua yang botak.
Perkhidmatan itu ditawarkan tiga kali seminggu secara percuma oleh Russell Fredrick dan pekerjanya di kedai gunting rambut miliknya di kawasan pinggir bandar di A-1 Kutz, Snellville.
Menurut Fredrick, dia menyedari gaya rambut tersebut mampu mengubah tingkah laku kanak-kanak nakal selepas memotong rambut anak lelakinya, Rushwan, 12, yang tidak mendengar tegurannya.
Dia kemudian mengiklankan perkhidmatan itu di Internet menyebabkan ramai ibu bapa lain mahu mencuba kaedah tersebut.
Fredrick juga memuat naik gambar anaknya ‘sebelum’ dan ‘selepas’ memotong rambut gaya ‘Benjamin Button Special’ bersama iklan itu.
Gambar-gambar tersebut turut tersebar di laman sosial Facebook dan Instagram.
Menurut Fredrick, dia menerima respon positif daripada ibu bapa dan menyatakan tindakan memotong rambut itu adalah hukuman yang paling sesuai kepada kanak-kanak yang mahu berlagak seperti orang dewasa.
“Tetapi ada juga ibu bapa yang berpendapat tindakan itu adalah penderaan emosi kepada kanak-kanak,” ujarnya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/potong-rambut-hampir-botak-didik-anak-nakal-1.57440#sthash.qvU28FOM.dpuf

Sunday, February 8, 2015

Lahir bayi 6.4kg secara normal


Ford (kiri) bersama bayi dan suaminya.
Ford (kiri) bersama bayi dan suaminya.
FLORIDA – AMERIKA SYARIKAT . Seorang wanita melahirkan bayi secara normal seberat 6.4 kilogram di Hospital Bersalin St Joseph di Tampa, Florida.

Lebih mengejutkan, wanita berkenaan tidak mengetahui yang dia sebenarnya mengandung selama ini!

Maxxandra Ford, 26, tidak menyangka berat badannya yang naik secara mendadak rupanya kerana berbadan dua.

Bayi itu, Avery Denton, dicatatkan sebagai bayi terberat yang pernah dilahirkan di hospital berkenaan, lapor Tampa Bay Times.

Apabila ditanya mengenai berat badan bayinya yang berat itu, Ford tidak banyak merungut.

 “Saya sayangkan bayi saya. Dia sangat comel,” katanya lagi.

Jualan al-Quran makin laris di Perancis

Foto sumber Islampos
Foto sumber Islampos
PARIS - PERANCIS. Jualan naskah al-Quran dan buku-buku agama Islam laris di pasaran Perancis semenjak serangan bersenjata terhadap syarikat penerbit, Charlie Hebdo, 7 Januari lepas.

Menurut Islampos, al-Quran terjemahan bahasa Perancis juga berada dalam kelompok 100 jualan terbaik di Amazon dalam tempoh 26 hari lalu.

"Sejak serangan itu, angka jualan al-Quran bertambah. Orang ramai memerlukan maklumat (mengenai Islam) dan mereka mahukan terjemahan (al-Quran) dari kami," kata Francois Maillot.

[ARTIKEL BERKAITANCharlie Hebdo: Jolok sarang tebuan]

Maillot merupakan seorang pengarah kepada rangkaian kedai buku La Procure, yang merupakan antara rangkaian buku umum dan agama terbesar di Perancis.

Menurut beliau, warga Perancis mahukan terjemahan al-Quran dari beberapa penerbit seperti Denise Masson (Penerbit Folio), Jacques Berque (Penerbit Albin Michel) dan Malek Chebel (Penerbit Livre de Poche).

Eric Jibril Mason Masuk Islam Setelah 30 Tahun Di Saudi

Eric3NAMA saya Eric Mason, setelah masuk Islam nama saya menjadi Jebril (Gabriel) Mason, diambil dari nama Malaikat Jibril. Saya tinggal di Arab Saudi dan memiliki sebuah restoran dan fasilitas rekreasi. Kami membawa tamu dari luar negeri untuk menyelam dengan kami di perusahaan yang disebut Dream Divers.

Ketika masih muda, saya tinggal di Nigeria, ibu saya adalah seorang Katholik Roma, dan ayah saya adalah seorang Protestan Anglikan. Mereka bertemu pasca-perang dan memiliki empat anak. Saya adalah anak bungsu mereka. Ayah saya bekerja untuk pemerintah Nigeria selama bertahun-tahun, dan kami semua tinggal dengan orangtua kami.

Di tempat itu saya melihat, banyak pekerja ayah orang-orang muslim. Salah satunya Hausa, yang berasal dari utara. Mereka masih muda, sangat mengesankan. Lalu saya bertanya kepada ayahku, mengapa semua anggota keamanan, pengemudi truk, dan semua pembantu adalah orang-orang muslim. Ayah mengatakan, “Karena mereka adalah orang-orang yang baik, kamu dapat mempercayai mereka.”
Sekarang ini media membahas banyak tentang Islam. Muslim sama juga dengan penganut agama lain. Ada muslim yang baik tapi ada pula muslim yang buruk. Namun sebagian besar kaum muslimin adalah orang-orang yang baik. Dan harus menjadi baik.
Saya sendiri masuk Islam sekitar lima atau enam tahun yang lalu, tapi saya punya Al-Qur’an sejak masih di Nigeria. Dan saya tidak pernah bepergian tanpa membawa kitab suci itu. Saya ingin menjadi penganut Islam yang sebenar-benarnya. Tidak untuk hal lain. Hanya untuk saya dan Tuhan. Hanya ada satu Tuhan, yaitu Allah, dan Muhammad adalah rasul-Nya. Itu saja. Jadi itulah mengapa saya masuk Islam.
Ketika saya masuk Islam, beberapa orang tidak percaya, dan bahkan merasa sulit untuk menerimanya. Beberapa mengatakan, “Eric, kok Anda menjadi seorang muslim? Anda memakai celana pendek, rambut Anda pirang, Anda mengatakan ‘Dude’. Bukankah itu satu hal yang bagus? Tapi jangan berlaku seperti mereka. Jangan pernah punya ide melemparkan bom.”
Tentu saja, ada banyak “preman” di semua agama. Anda tidak bisa menghentikannya. Hal-hal yang tidak sama. Ada muslim yang baik dan ada muslim yang tidak baik, juga ada orang Katholik yang baik dan orang Katholik yang buruk. Saya katakan siapa saja yang merugikan orang tak bersalah adalah “preman”. Dan ini bukan masalah tentang membunuh orang. Ini tentang wacana dan pemahaman, dan itulah apa yang kita miliki di sini, di Arab Saudi. Ini adalah negara yang indah dan sangat halus. Ucapan saya ini benar. Jika tidak, saya tidak akan berada di sini selama 36 tahun. Saya akan meninggalkannya sejak 30 tahun yang lalu.
Saya akan melakukan ibadah haji tahun depan dengan beberapa rekan Eropa saya. Kami semua berkumpul dan kami semua ingin melakukannya bersama-sama. Kami berasal dari bangsa yang berbeda-beda: Amerika, Jerman, Prancis, Italia, dan Inggris. Tapi saya telah melakukan umrah dua kali pada tanggal 27 di Ramadhan. Saya juga telah mengunjungi Masjid Nabawi di Madinah.
Jadilah orang yang baik. Tidak perlu banyak. Baca Al-Qur’an. Berdoalah. Jadilah orang yang baik. Itu saja. [sa/islampos/onislam]

Gorila 190kg belasah jurugambar



GAMBAR terakhir yang dirakam oleh Courteau menunjukkan gorila jenis Silverback bernama Akarevuro ini menggenggam tangan sebelum melepaskan tumbukan di Taman Negara Volcanoes, Rwanda baru-baru ini.


KIGALI, Rwanda – Seorang jurugambar hidupan liar dibelasah seekor gorila jantan seberat 190 kilogram (kg) yang tiba-tiba mengamuk semasa gambarnya dirakam di Taman Negara Volcanoes dekat sini.
Gorila setinggi kira-kira 2 meter yang dikenali dengan nama Akarevuro itu dilihat sedang makan sejenis tumbuhan sebelum meluru ke arah jurugambar, Christophe Courteau beberapa saat selepas dia mula merakam gambar haiwan berkenaan.
Courteau, 46, ditumbuk oleh gorila itu pada muka sebelah kiri sebelum dirempuh dan dipijak, dia bagaimanapun bernasib baik kerana cuma mendapat parut kecil pada dahi sebagai ‘cenderamata’ pertemuannya dengan raja kumpulan gorila Kwitonda yang dilindungi di sini.

COURTEAU kelihatan dirempuh oleh Akarevuro.


“Akarevuro tiba-tiba meluru ke arah saya tetapi saya tidak boleh mengelak kerana sedang melutut untuk mengambil gambarnya. Kurang satu saat dia sudah campak saya ke tepi dengan mudah, umpama dilanggar sebuah kereta api,” katanya.
Beberapa keping gambar saat-saat jurugambar itu dibelasah Akarevuro berjaya dirakamkan seorang lagi jurugambar, Christophe Vasselin.
Gorila jenis Silverback itu dikatakan menyerang kerana berasa terancam dengan kehadiran Courteau dan mungkin me­nganggap jurugambar itu sebagai pesaing kedudukan sebagai ketua dalam kumpulannya. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0208&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3R6czCF53 
Hakcipta terpelihara 

Tali menggantung Saddam jadi rebutan


Gambar tidak bertarikh merakamkan Dr. Mowaffak al-Rubaie bergambar
Gambar tidak bertarikh merakamkan Dr. Mowaffak al-Rubaie bergambar bersama tali yang digunakan untuk menggantung Saddam pada 30 Disember 2006. – AGENSI
LONDON 7 Feb. – Tali yang digunakan untuk mengantung bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein yang dijatuhi hukuman gantung kini menjadi rebutan ramai pihak, dengan ada daripada mereka sanggup membida harga sehingga 4.6 juta pound (RM21.64 juta).
Mail Online melaporkan, ketika ini berlaku `peperangan’ antara pembida yang berusaha memiliki tali yang disifatkan sebagai artifak bersejarah itu.
Tali tersebut ketika ini dimiliki oleh bekas penasihat Pasukan Keselamatan Iraq, Dr. Mowaffak al-Rubaie, dan mula menjadi perhatian selepas laman web Al-Araby Al-Jadeed memuat naik gambar Mowaffak bersama tali gantung itu di Internet.
“Beberapa orang pembida ada menunjukkan minat untuk mendapatkan bahan bersejarah itu, antara mereka ialah dua orang usahawan dari Kuwait, keluarga hartawan dari Israel dan kumpulan agama yang berpusat di Iran.
“Bidaan tertinggi yang diterima ketika ini adalah 4.6 juta pound (RM21.64 juta),” jelas web Al-Araby Al-Jadeed.
Bidaan tersebut mendapatkan kritikan daripada seorang anggota kumpulan hak asasi manusia, Ahmeed Saheed yang memberitahu laman web Al-Araby Al-Jadeed, wang hasil bidaan itu perlu diserahkan kepada Jabatan Perbendaharan Iraq dan bukannya menjadi hak milik peribadi.
Saddam dijatuhi hukuman gantung pada 30 Disember 2006 selepas Tribunal Khas Iraq mendapati beliau bersalah melakukan jenayah kemanusiaan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/tali-menggantung-saddam-jadi-rebutan-1.57080#sthash.kSqdylkW.dpuf