Pages

Friday, November 28, 2014

Jutawan bina kediaman mewah untuk penduduk kampung



Agensi - PERMANDANGAN kompleks kediaman mewah yang dibina Shuihua untuk penduduk kampungnya di Xiongkeng di wilayah Jiangxi, China.


BEIJING – Seorang jutawan merobohkan rumah-rumah usang milik penduduk di kampung halamannya di Xiongkeng di wilayah Jiangxi selatan China sebelum membina sebuah kawasan perumahan mewah untuk mereka.
Jutawan itu, Xiong Shuihua (gambar kecil), 54, berkata, dia membina kompleks kediaman mewah bernilai RM21 juta itu sebagai membalas jasa penduduk kampung yang sentiasa melayan keluarganya dengan baik.
Kompleks kediaman itu kini didiami kira-kira 72 keluarga, malah golongan warga emas dan penduduk miskin di situ turut diberikan makanan percuma tiga kali sehari.

Agensi - PENDUDUK warga emas dan miskin yang mendiami kompleks kediaman mewah itu turut diberi makanan percuma tiga kali sehari.


Keluarga Shuihua hidup dalam kemiskinan ketika menetap di kampung berkenaan tetapi lelaki itu mula meraih kekayaan selepas membuka kilang besi.
“Saya kini memiliki terlalu banyak wang tetapi saya tetap ingat di mana saya membesar dan kesusahan keluarga saya hadapi sebelum ini.
“Saya mahu membalas jasa penduduk kampung ini kerana mereka pernah membantu saya dan keluarga saya ketika kami miskin dahulu,” katanya. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1128&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3KJHBkT9h 
Hakcipta terpelihara 

Khidmat robot ganti pelayan di restoran


Beberapa pelanggan kagum dengan perkhidmatan robot pelayan yang
Beberapa pelanggan kagum dengan perkhidmatan robot pelayan yang disediakan di sebuah restoran di Ningbo dekat wilayah Zhejiang, timur laut China. – AGENSI
BEIJING 27 Nov. – Sebuah restoran di China tidak lagi menggunakan khidmat manusia bagi menjalankan tugas sebagai pelayan apabila ‘menggaji’ dua buah robot bagi menjalankan tugas melayan pelanggan.
Dengan mengambil konsep sebuah kafe di Amerika Syarikat (AS), pemilik restoran di Ningbo, Lu Dike, 48, sanggup mengeluarkan belanja yang besar sebanyak 60,000 yuan (RM32,711) bagi setiap robot itu yang dilengkapi sistem deria optik dan boleh berbahasa Mandarin.
Malah menurut laporan portal berita Mail Online, kafe yang terletak di tingkat pertama kompleks beli-belah Liangsheng Square di wilayah Zhejiang, ti­mur laut China itu, sepenuhnya beroperasi menggunakan pelayan robot yang ditugaskan mengambil pesanan pelanggan dan menghidangkan makanan.
Menurut Dike, robot setinggi satu meter itu mempunyai jaminan selama lima tahun dan hanya perlu dicas selama empat jam sahaja pada setiap hari sebelum mula bekerja selama lapan jam.
Jelasnya, perkhidmatan robot itu juga menjadikan restorannya sangat popular sehingga ramai pe­langgan datang untuk merasai pe­ngalaman dilayan oleh mesin yang boleh bercakap sehingga 40 ayat dalam bahasa Mandarin seperti ‘sila nikmati hidangan anda’ atau ‘minta maaf, saya sedang sibuk bekerja.’
“Ada pelanggan mendesak saya menjual robot berkenaan kepada mereka yang mahu menggunakannya di rumah, tetapi saya hanya akan menjualnya pada satu hari nanti apabila tidak lagi memerlukan khidmat robot di restoran ini,” katanya tanpa memberitahu syarikat yang menjual robot itu.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/khidmat-robot-ganti-pelayan-di-restoran-1.29978#sthash.gFm3z1HL.dpuf

Pil ubah kentut jadi harum


Saintis Perancis, Christian Poincheval menghasilkan pil yang boleh
Saintis Perancis, Christian Poincheval menghasilkan pil yang boleh mengubah kentut menjadi wangi. – AGENSI
LONDON 27 Nov. – Seorang saintis dan pereka cipta yang berasal dari Perancis, berjaya mencipta sejenis pil yang mampu meng­ubah bau kentut manusia menjadi wangi.
Portal berita mirror.com melaporkan, Christian Poincheval, 65, mendakwa pil tersebut bukan sahaja memudahkan penghadam­an, tetapi mampu membuatkan kentut berbau seperti coklat atau bunga ros.
Jelas beliau, pil itu sangat sesuai untuk hadiah Hari Krismas.
Sebelum ini Poincheval telah menjual pil kentut dengan bauan mawar, tetapi kali ini dia mengeluarkan versi coklat hanya untuk perayaan itu.
Katanya, sebotol pil kentut itu dijual pada harga 7.90 hingga 9.99 pound (RM52.14-RM89.50) dan menawarkan beberapa manfaat lain seperti mengurangkan angin dan baik untuk perut kembung.
Poincheval berkata, dia mula menjual pil itu yang diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi melalui laman webnya, pilulepet.com pada tahun 2006 dan mendakwa jualan pil tersebut sa­ngat menggalakkan.
“Ada yang membelinya kerana masalah perut kembung dan ada juga sebahagian mereka membelinya sebagai jenaka untuk dihantar kepada rakan-rakan. Setiap kali Hari Krismas, jumlah jualan sentiasa meningkat.
“Pil ini diperbuat daripada campuran sayur-sayuran, arang, Adas, lithothamne (rumpai laut), propolis (resin tumbuhan) dan blue­berry,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pil-ubah-kentut-jadi-harum-1.29980#sthash.gjqmuAxy.dpuf

Thursday, November 27, 2014

Lelaki China bina Lamborghini kayu


Beijing: Seorang lelaki di Putian, wilayah Fujian mereka cipta dan membina kereta hodoh ini yang diilhamkan daripada kereta Lamborghini.

Menurut China Daily yang memetik laporan portal berita fjsen.com, tukang kayu Yu Jietao mengukir semua bahagian diperlukan untuk kereta itu sebelum menggabungkannya dan meraut corak untuk menghiasinya.

Mujur kereta itu mempunyai ciri lain untuk menjadikannya lebih menarik.

Ini termasuk tayar dan motor elektrik yang mampu menggerakkan kereta berkenaan pada kadar 30 kilometer sejam.

Yu mengambil masa hampir setahun dan berbelanja sebanyak lebih 100,000 yuan (RM55,000) untuk membina kereta ‘Lamborghini’ kayu berkenaan.

Khabarnya rekaannya itu sudah pun menarik beberapa pengumpul yang menawarkan sehingga 220,000 yuan (RM120,000) untuk memiliki kereta kayu itu. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 November 2014 @ 5:12 AM


Kereta kayu ciptaan Yu.

Gadis ketagih makan span cuci pinggan

Pernah dibedah untuk keluarkan gumpalan span

ROSIE SKINNER ketagih makan span sejak dia berumur lima tahun
ROSIE SKINNER ketagih makan span sejak dia berumur lima tahun lagi. – AGENSI
LONDON 26 Nov. - Seorang remaja perempuan di daerah Surrey di tenggara England, mempunyai tabiat pemakanan pelik iaitu ketagih makan span yang biasanya digunakan untuk mencuci pinggan.
Demi memenuhi ketagihannya itu, Rosie Skinner, 19, akan makan sekurang-kurangnya dua keping span besar seminggu yang dipotong dalam bentuk kepingan kecil.
Skinner yang juga seorang pelajar dari kawasan perumahan Epson, mengalami sindrom ‘Pica’ iaitu satu keadaan di mana individu memakan objek yang tidak sesuai untuk dimakan dan tidak mempunyai nilai pemakanan.
“Saya sentiasa menyukai bau span basah. Saya ketagih akan rasa lembap dan rasa span itu di dalam mulut saya sehinggakan saya menganggap saya sedang makan kek.
“Saya mungkin akan cuba makan span dengan aising pada satu hari nanti kerana bila saya rasa tertekan, saya akan makan span bagi membuatkan saya rasa tenang,’’ katanya sebagaimana lapor Mail Online.
Bagaimanapun, diet pelik Skinner itu pernah membuatkannya menjalani pembedahan membuang gumpalan besar span dari perutnya semasa dia berusia 13 tahun.
Malah, Skinner pernah kehilangan sebatang gigi ketika asyik menguyah span dalam satu kejadian semasa berumur 10 tahun.
“Saya memang mahu menghentikan tabiat ini, namun terlalu sukar,’’ katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/gadis-ketagih-makan-span-cuci-pinggan-1.29559#sthash.oNcBOUuS.dpuf

Wednesday, November 26, 2014

Empangan hidro terbesar di Tibet mula beroperasi



AFP - STESEN Elektrik Hidro Zangmu yang terletak di daerah Shannan di wilayah Tibet, China yang mula beroperasi pada Ahad lalu.


BEIJING – Sebuah empa­ngan elektrik hidro terbesar di Tibet mula beroperasi pada Ahad lalu bagi membekalkan tenaga elektrik di wilayah berkenaan, lapor agensi berita Xinhua kelmarin.
Lapor Xinhua, unit pertama penjana elektrik di Stesen Hidroelektrik Zangmu yang berharga AS$1.6 bilion (RM5.35 bilion) mula beroperasi pada Ahad lalu.
Empangan di Sungai Yarlung Zangbo yang mengalir terus ke India itu bakal mempunyai ketinggian mencecah 116 meter apabila siap sepenuhnya pada tahun depan.
Menurut agensi itu, stesen yang terletak pada ketinggian lebih 3,300 pada aras laut tersebut merupakan empa­ngan terbesar yang pernah dibina di banjaran Tibet.
Seorang pegawai syarikat Tibet Electric Power berkata, apabila beroperasi sepenuhnya empangan berkenaan mampu mengeluarkan hampir 510,000 kilowatt tenaga elektrik.
“Stesen hidroelektrik ini bakal menyelesaikan masalah kekurangan tenaga elektrik di Tibet terutama ketika musim sejuk,” katanya.
Kerajaan India sebelum ini menyuarakan kebimbangan bahawa pembinaan empa­ngan di sungai berkenaan yang dikenali sebagai Brahmaputra di India boleh menjejaskan kawasan pertanian negara itu.
Bagaimanapun, bekas Menteri Luar India, S.M. Krishna berkata, pihaknya mendapati, empangan tersebut tidak menyimpan air sekali gus tidak mengganggu aliran sungai ke negara itu. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1126&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3K7ZjP0W3 
Hakcipta terpelihara 

Tuesday, November 25, 2014

Penduduk di Longyearbyen di larang meninggal dunia


Kepulauan Artik
Kepulauan Artik
ANEH dan pelik! Itulah ungkapan sesuai untuk mengambarkan mengenai undang-undang yang terdapat di sebuah bandar terpencil yang berada di kepulauan Artik di Svalbard, Longyearbyen Norway.

Manakan tidak, hanya di bandar ini  penduduknya di larang untuk meninggal dunia.

Bagi yang 'melanggar' undang-undang ini, ia dikategorikan sebagai melanggar undang-undang. Yang pastinya menjadi satu persoalan besar, kenapa tidak boleh meninggal dunia di Longyearbyen?

Menurut Wikipedia, larangan tersebut hakikatnya bersebab kerana tanah di Longyearbyen merupakan tanah permafrost.

Dalam ilmu geologi , permafrost adalah suatu jenis tanah yang terletak di lintang tinggi atau yang berada di sekitar kutub utara dan selatan. Tanah jenis ini berada di titik beku pada suhu 0 darjah Celsius.

Tanah-tanah jenis permafrost akan muncul atau terbentuk ketika suhu sekitar mencapai rata-rata -2' Celsius. Tanah permafrost biasa ditemui di sebahagian besar Siberia, Kanada, Alaska dan Greenland.

Justeru sekiranya mayat dikebumikan di kawasan berkenaan, mayat tidak boleh hancur atau reput seperti mayat-mayat yang dikuburkan dikawasan lain di dunia ini.

Sebagai penyelesaiannya, bagi siapa saja yang meninggal atau kerana sakit, kemalangan atau lain, mayat yang bersangkutan akan diangkut dengan menggunakan kapal atau helikopter dan dibawa ke Pulau Utama Norway.

Bagi sesiapa yang dalam keadaan tenat bolehlah pergi kawasan lain selain daripada Longyearbyen.

Serba sedikit mengenai Svalbard, menurut Wikipedia Longyearbyen merupakan penempatan terbesar dan pusat pentadbiran di Svalbard, Norway.

Pada tahun 2008, bandar ini mempunyai jumlah penduduk seramai 2,040 orang.

Ia terletak di lembah Longyeardalen  dan di pinggir Adventfjorden  serta di teluk Isfjorden  yang berada di pantai barat Spitsbergen.

Sejak tahun 2002, Majlis Tempatan Longyearbyen  bertanggungjawab sebagai sebuah majlis perbandaran  tempatan seperti menyediakan kemudahan, pendidikan,
jabatan bomba, jalan raya dan pelabuhan.

Kediaman Gabenor Svalbard  juga berada di bandar yang antara paling utara di dunia ini.

Kota purba ditemui ‘terkubur’ di laut Mesir

Kota purba ditemui ‘terkubur’ di laut Mesir


Kota purba ditemui ‘terkubur’ di laut Mesir
Kota purba ditemui ‘terkubur’ di laut Mesir
25 November 2014


ALEXANDRIA - MESIR. Sebelum ini ramai menyangka bahawa kota purba, Thonis-Heracleion hanyalah sebuah kota lagenda.

Namun penemuan ke atas kota tersebut pada tahun 2000 sekaligus menyangkal dakwaan pelbagai pihak, menjadikan kota yang selama ini dikatakan mitos, sebenarnya wujud di bumi ini!

Kota purba ini dikatakan lenyap di sekitar kawasan Mediterranean sekitar 1,200 tahun dahulu.

Menurut laporan yang dipetik menerusi portal Mirror.co.uk, ciri-ciri yang terdapat pada sejarah, ukiran dan binaan yang terdapat di kota tersebut hampir menyerupai kota purba Atlantis.

Sekumpulan penyelidik yang merupakan ahli arkeologi berkata, penemuan tersebut bermula di bahagian utara pantai Mesir.

Kata seorang penyelidik, Franck Goddio, kumpulannya mula menjejak semula kota tersebut sebelum menemui bahagian-bahagian kota lama itu yang berada jauh di dasar laut.

“Setakat ini, pihak kami telah menemui serpihan-serpihan yang mempunyai hubung kait dengan kota tersebut.

“Pihak kami menemui 64 bangkai kapal pedagang yang dipercayai menjalankan urus niaga dengan penduduk kota tersebut, syiling emas dan patung-patung gergasi sebesar 16 kaki," katanya.

Selain itu, pihaknya melaporkan turut menemui kepingan batu berukir tulis purba Yunani dan Mesir Purba di tapak penemuan kota tersebut.

Berdasarkan teori awal penyelidik, kota tersebut dikatakan ‘tergelincir’ ke dasar laut 1,000 tahun selepas ia dibina pada abad kelapan sebelum Masihi.

Sebelum kota Thonis-Heracleion hilang, ia dikatakan dibina di sekitar muara Sungai Nil.

“Andaian itu dibuat berdasarkan patung granit merah Dewa Hapi iaitu dewa Sungai Nil yang dijumpai bersama dengan penemuan kota tersebut.

“Patung tersebut juga merupakan antara patung terbesar pernah ditemui oleh pihak kami,” jelasnya seperti yang dipetik menerusi laporan tersebut.

 Antara teori lain yang turut dikemukakan termasuklah kenaikan paras air laut dan tragedi bencana alam yang menimpa, menyebabkan kota tersebut ‘terkubur’ ribuan tahun lamanya.

7 ZIKIR PEMBUKA PINTU REZEKI



1. Memperbanyak Membaca – La hawla Wala
Quwwata Illa billah – Barangsiapa yang
lambat datang Rezekinya hendaklah banyak
mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa
billah (HR. At- Tabrani)

2. Membaca – La Ilaha Illallahul Malikul
Haqqul Mubin -
Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha
illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan
itu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran dan
menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam
Kubur (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).

3. Membaca – Subhanallah wabihamdihi
Subhanallahil adziim . Dari setiap Kalimat itu
seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada
ALLAH Ta’ala sampai hari Kiamat yang
Pahala Tasbihnya itu diberikan Untukmu.
(HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

4. Membaca Surat Al-IKHLA S:
Barangsiapa membaca Surat AlIkhlas ketika
masuk rumah maka berkah bacaan
Menghilangkan Kefakiran dari penghuni rumah
dan tetangganya (HR. AtTabrani)

5. Membaca Surat Al-WAQIA’AH :
Barangsiapa membaca surat Al-Waqiaah
setiap malam…maka TIDAK akan diTimpa
Kesempitan Hidup” (HR. Al-Baihaqi dalam
Syu’ab Al-Iman)

6. Memperbanyak SELAWAT KEATAS NABI :
Dari Umar bin Khaththab dari Nabi
Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda
bersabda: Barangsiapa Berselawat kepadaku
satu kali Selawat maka ALLAH akan
membalas sepuluh kali Selawat dan
Mengangkatnya Sepuluh DARJAT.
(Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul
Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu
Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)

7. Melazimkan BERISTIGHAFAR :
Barangsiapa melazimkan Beristighfar nescaya
ALLAH akan Mengeluarkan dia dari segala
Kesusahan dan Memberikan Rezki dari arah
yang tidak diDuga-Duga” (HR. Ahmad, Abu
Dawud dan Ibnu Majjah)

Ya ALLAH berikanlah kami Rezki yang Luas…
yang Halal lagi Baik tanpa Memberatkan
kami….Jika Rezki kami ada diLangit maka
Turunkanlah.

Jika ada diBumi maka
Keluarkanlah. Jika jauh maka Dekatkanlah.
Jika Dekat maka Mudahkan lah.
Jika sedikit maka Banyakanlah.
Jika banyak
maka BERKATI LAH agar kami dapat
menolong ANAK-ANAK YATIM – FAKIR
MISKIN – MEREKA YANG DALAM KESUSAHAN
& KEDHAIFAN.

YA ALLAH……Kabulkanlah doa kami…Aamiiin
YA ALLAH Ya Robbal ‘Alamin.
Semoga ALLAH Mengabulkan Do’a kita.
Semoga Bermanfaat. In shaa ALLAH....

Anak Kecil Yang Takut Kepada Allah


anak sholat
SUATU hari ketika Abu Yazid al-Busthami menunaikan shalat tahajud. Tiba-tiba anaknya yang masih kecil berdiri shalat di sampingnya.
Abu Yazid merasa kasihan melihat anaknya yang masih kecil itu ikut shalat bersamanya, karena umumnya anak-anak kecil seusianya tidur di saat malam yang larut, apalagi malam itu udara terasa begitu dingin, orang-orang dewasa pun akan merasa berat meninggalkan tempat tidur mereka.
Abu Yazid berkata pada anaknya, “Tidurlah wahai anakku, malam masih panjang.”
Anaknya menjawab, “Lalu mengapa ayah shalat?”
Abu Yazid mengatakan, “Anakku, aku memang dituntut untuk shalat malam.”
Anaknya malah menjawab dengan hafalan ayat Alquran yang ia hafal, “Aku telah menghafal sebagian firman Allah yang berbunyi ‘Sesungguhnya Tuhanmu mengetahui bahwa kamu berdiri shalat kurang dari dua pertiga malam atau seperdua malam atau sepertiganya dan demikian pula segolongan orang-orang yang bersama kamu (Nabi)’. Lalu siapa orang-orang yang berdiri shalat bersama Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam?
Abu Yazid menjawab, “Tentu saja para sahabat beliau.”
Anak Abu Yazid kembali mengatakan, “Jangan menghalangiku untuk meraih kemuliaan menyertaimu dalam ketaatan kepada Allah.”
Abu Yazid dengan penuh kekaguman berkata, “Anakku kamu masih bocah dan belum mencapai usia dewasa.”
Anaknya menjawab, “Ayah, aku melihat ibu sewaktu menyalakan api dia memulai dengan potongan-potongan kayu kecil untuk menyalakan kayu-kayu yang besar. Maka aku takut Allah memulai dengan kami para anak kecil sebelum orang-orang dewasa pada hari kiamat nanti, jika kita lalai dari ketaatan kepada-Nya.”
Abu Yazid pun tersentak dengan ucapa anaknya itu dan kagum dengan rasa takut kepada Allah yang dimiliki anaknya walaupun masih sangat kecil. Abu Yazid berkata, “Anakku berdirilah. Kamu lebih berhak dengan Allah daripada bapakmu.”
Maha Suci Allah, yang mengubah keadaan. Hari ini anak-anak kita jauh dari Allah, mereka sibuk dengan hal-hal yang menjauhkan mereka dari Allah dan terbiasa dengan akhlak dan budi pekerti yang rendah. Kalau generasi dahulu sejak kecil mereka telah mengenal ketaatan, mungkin tidak berlebihan apabila kita katakan anak-anak sekarang sejak kecil telah mengenal kemaksiatan kecuali yang diselamatkan oleh Allah.
Oleh karena itu, para orang tua hendaknya menjadi teladan bagi anak-anak mereka, mencontohkan perbuatan ketaatan, dan menjauhkan mereka dari acara-acara dan program yang memuat akhlak yang hina, karena anak-anak meniru apa yang mereka saksikan. Mudah-mudahan Allah memberi taufik kepada kita dan keluarga kita untuk selalu menaatinya. [irma/islampos/kisahmuslim]

Tawaf, sa’i naik kereta golf

Agensi
Makkah: Kajian kini dibuat bagi penggunaan kereta golf untuk memudahkan jemaah kurang upaya dan berusia melakukan tawaf serta sa’i.
Perkara itu dimaklumkan Dr Faisal Wafa yang juga pengerusi jawatankuasa teknikal bagi projek pembesaran Masjidilharam.
Katanya, kereta golf pintar itu akan membantu 6,000 jemaah melakukan umrah dalam sejam.
Kereta golf itu akan mengambil jemaah kelainan upaya, berusia atau bermasalah fizikal di pelbagai lokasi di Masjidilharam untuk membantu mereka melakukan tawaf dan sa’i.
Berhubung jambatan bulat sementara yang kini digunakan jemaah berkerusi roda ketika melakukan tawaf, Dr Faisal berkata, pihak berkuasa akan membincangkan lanjut sama ada ia akan dikekalkan atau diropohkan sebaik projek pembesaran mataf disiapkan.
Dua fasa pertama Projek Raja Abdullah bagi pembesaran mataf berjaya disiapkan dalam tempoh ditetapkan.
Ia kini mampu menampung 70 peratus lebih ramai jemaah. Fasa pertama di arah timur akan dibuka sebaik sejadah, rak al-Quran dan saluran air zamzam dilengkapkan sepenuhnya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 November 2014 @ 5:02 AM


Jemaah menggunakan kereta golf di Masjid Nabawi.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/11452#sthash.7YwhrQIc.dpuf

Monday, November 24, 2014

Tidur sebelah mayat suami

BELGIUM – Seorang warga emas bernama Marcel H. dijumpai tidur bersebelahan dengan mayat suaminya yang separa reput di apartmen kecil yang terletak di Liege.
Suami Marcel H. diserang penyakit asma dan meninggal dunia pada November tahun lalu. Wanita berkenaan terlalu bersedih atas kematian pasangannya lantas tidak melaporkan kepada pihak berkuasa.
Wanita berusia 79 tahun itu kemudiannya memilih untuk membiarkan sahaja mayat suaminya sedemikian rupa lalu berterusan tidur bersebelahan selama setahun.
Polis Belgium mendapat laporan dari tuan rumah yang mengatakan bahawa dia tidak mendapat sewa rumah hampir setahun juga rungutan jiran sekeliling mengenai bau yang kurang menyenangkan datang dari apartmen itu.
Pihak berkuasa kemudiannya melakukan serbuan minggu lalu dan terkejut dengan penemuan mayat lelaki itu yang mengalami pereputan separa kerana dibiarkan dalam keadaan hangat dan kering.
Pakar patologi di Pusat Forensik Liege, Philippe Boxho, menerangkan bahawa mayat tersebut hanya memerlukan tempoh satu minggu untuk menjadi ‘mumia’ semulajadi.
“Dalam kes ini, jenazah telah mereput di atas katil maka organ dalamannya melebur dan mencair. Meskipun bau mayat yang mereput adalah sangat busuk tetapi selepas seketika, bau berkenaan akan mula berkurangan,” ujar Philippe lagi.

Wanita menderita kulit tumbuh kuku


SHANYMA Isom
Baltimore, Amerika Syarikat: Seorang wanita muda di sini menghidap penyakit kulit pelik sejak 2009 yang menyebabkan kuku tumbuh dari liang bulu roma di seluruh badannya.
Selepas menjalani beberapa siri ujian dan rawatan, doktor masih tidak menemui penawar untuk mengatasi masalah itu.
Malah, menurut pakar yang merawatnya di Pusat Perubatan Johns Hopkins di Baltimore, Shanyma Isom ialah satu-satunya orang di dunia yang mengalami keadaan pelik seperti ini, lapor odditycentral.com..
Shanyma, pelajar undang-undang, kemudian dikejarkan ke bilik kecemasan dan diberikan steroid.
“Ia seolah-olah mimpi ngeri dan anda cuba untuk bangun daripada itu,”kata  Isom dalam satu temu bual baru-baru ini.
Mimipi ngeri itu bermula sejak lima tahun lalu, ketika dia diserang asma yang teruk
Tidak lama selepas itu, Isom dibangunkan reaksi alahan dari ubat dan perasan kakinya menjadi hitam dan lebam.
Doktor tempatan tidak dapat mengawal ekzema daripada jangkitann tersebut
Pada bulan Ogos 2011, Isom dimasukkan ke Johns Hopkins di Baltimore. Di sana, doktor mendapati bahawa dia menghasilkan 12 kali ganda bilangan normal sel-sel kulit pada setiap folikel rambut dan, kemudiannya, menjadi kuku manusia
“Saya tidak dapat duduk, tidak boleh berjalan,” kata Isom. “Sekarang saya hanya menggunakan tongkat untuk bejalan.
Doktor telah menemui cara mengawal genjala tersebut tetapi memerlukan kos yang amat tinggi.Keluarga Isom tidak mampu untuk membayar memandang kan syarikat insuran tidak melindugi penyakit pelik sebegini
“Oleh itu, isom terpaksa bergantung kepada keluarga dan rakan-rakan bagi mengutip dana untuk membayar kos rawata tersebut,katanya lagi

Selfie dengan mayat

Beirut: Seorang penjaga tanah perkuburan, Deab Saiqly menggali kubur ibunya dan mengambil gambar bersama mayat berkenaan, menurut laporan TV MBC.
MBC TV Channel menemuramah lelaki itu dan menjemput pakar psikiatri untuk memberi keterangan mengenai kes berkenaan.
Bagaimanapun, dia kelihatan normal dan tidak menunjukkan sebarang tanda masalah mental.
Deab memberitahu pengacara dan pakar psikiatri bahawa dia suka menghabiskan masa di tanah perkuburan kerana suasana di situ membuat perasannya tenteram dan bahagia berada bersama orang yang sudah mati.
Dia juga menolak lamaran seorang wanita dari Amerika Syarikat kerana tidak mahu meninggalkan tanah perkuburan itu.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 November 2014 @ 5:20 AM


GAMBAR menunjukkan Deab bersama sebahagian wajah mayat ibunya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/11339#sthash.eoqKbFwE.dpuf

Ikan aneh ditemui di California


Ikan ini dianggap luar biasa memandangkan mampu mengeluarkan sejenis cahaya untuk menarik perhatian mangsa. - AGENSI


SACRAMENTO – Sejenis ikan yang dikenali sebagai Black Seadevil dikesan buat kali keenam dalam sejarah di sebuah perairan di sini, lapor Daily Mirror semalam.
Pusat Penyelidikan Akuarium, Monterey Bay yang merakam gambar hidupan laut itu berkata, haiwan itu merupakan sejenis spesies ikan yang luar biasa.
Ikan yang hidup di laut dalam Monterey Canyon itu memiliki wajah yang menakutkan selain boleh mengeluarkan cahaya untuk menarik perhatian mangsanya.
Malah, ikan itu akan menangkap mangsanya dengan menikam menggunakan sebatang sengat tajam yang keluar daripada kepalanya. Sengat itu mirip seperti mata kail.
Lazimnya, ikan pelik itu makan ikan-ikan lain yang lebih kecil dan sotong dengan menyambar menggunakan gigi yang tajam.

Ikan ini memiliki wajah yang menakutkan


Sementara itu, seorang saintis Pusat Penyelidikan Akuarium, Monterey Bay, Dr. Bruce Robison berkata, ikan itu merupakan antara ikan yang paling jarang ditemui di laut dalam.
“Walaupun kelihatan mengerikan, namun ikan itu hanya sepanjang 8.8 sentimeter,” katanya.
Gambaran mengenai ikan itu dirakam secara video buat pertama kali di sebuah laut dalam pada awal bulan ini. – AGENSI


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1124&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3JvqxnRxb 
Hakcipta terpelihara 

Sunday, November 23, 2014

100 tahun tak pernah lihat laut

Nashville, Tennessee: Ruby Holt sudah hidup selama 100 tahun dan mengalami sendiri dua perang dunia, tetapi kerana kemiskinan, dia gagal mengecap keindahan yang lazim kepada orang lain.
Beberapa bulan menjelang sambutan ulang tahun kelahiran ke-101, Ruby akhirnya memberitahu ahli keluarganya bahawa dia tidak pernah melihat laut seumur hidup.
Sebuah pertubuhan amal, Wish of a Lifetime, kemudian bekerjasama dengan pusat penjagaan yang menguruskan Ruby untuk menghantar wanita terbabit ke Teluk Mexico.
Dengan segala perbelanjaan ditanggung, Ruby akhirnya dapat merasai sendiri air laut dengan tubuhnya.
Dia dibawa ke tepi pantai menggunakan kerusi roda khas.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 November 2014 @ 5:03 AM


RUBY berjalan dengan bantuan tongkat di tepi pantai di Orange Beach, Alabama.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/11021#sthash.oqWph8Ns.dpuf

Kisah pulau ‘kapal perang’


Kisah pulau ‘kapal perang’
PULAU HASHIMA - JEPUN. Dari jauh kelihatan seperti kapal perang yang siap sedia melancarkan serangan, hakikatnya ia hanyalah salah sebuah dari 505 pulau tidak berpenghuni di Wilayah Nagasaki di Jepun.

Terletak 15 kilometer daripada Nagasaki, Pulau Hashima atau dikenali sebagai Gunkanjima dikatakan menyimpan sejarahnya yang tersendiri.

Ditemui pada tahun 1887, pulau yang didiami oleh 5,259 penduduk ini dibangunkan oleh syarikat Mitsubishi Corporation.

Pulau yang begitu kaya dengan sumber arang batu ini menjadi gemilang pada tahun  1959 dengan pembinaan bangunan serta kemudahan awam yang lengkap.

Oleh kerana ruang daratan yang begitu sempit, pemaju mengambil langkah membina bangunan tinggi untuk didiami pekerja arang batu yang bekerja di pulau tersebut.

Selain itu, kemudahan lain seperti pusat perubatan, bar, panggung wayang dan restoran turut dibina.

Ia menjadikan pulau tersebut sebagai petempatan yang mencatatkan jumlah penduduk paling padat di dunia dengan nisbah 835 orang dalam satu kilometer persegi.

Sebaik berakhirnya Perang Dunia Kedua, kemudahan di pulau tersebut ditambah baik dengan adanya kemudahan kabel, radio dan sebagainya.

Selain itu, penanaman taman-taman dan tanaman sayuran mula diwujudkan di atas bangunan-bangunan tinggi di pulau tersebut.

Namun pada  tahun 1974, penggunaan arang baru mengurang dengan wujudnya sumber tenaga utama dari minyak, menyebabkan lombong di Pulau Hashima ditutup dan penduduk akhirnya mula meninggalkan pulau tersebut.

 Kegemilangan pulau mewah ini surut perlahan-lahan. Pulau Hashima dibiar tanpa berpenghuni dan segala-galanya ditinggal sepi begitu sahaja.

Bangunan-bangunan tinggi di pulau tersebut mulai reput, buruk, runtuh dan rosak manakala tumbuh-tumbahan mulai menjalar liar.

Pulau tersebut masih menerima kunjungan daripada pelawat yang mahu menyaksikan sendiri tinggalan bangunan dan runtuhan di sana.

Sehingga kini tiada rancangan dibuat untuk membangunkan semula pulau tersebut.

Peserta Tunisia dinobat Ratu Cantik Muslimah


JAKARTA 22 Nov. – Peserta Tunisia, Fatma Ben Guefrache dinobatkan sebagai Ratu Cantik Muslimah pada edisi keempat pertandingan itu yang diadakan di Yogyakarta, malam semalam.
Fatma Ben Guefrache
Fatma, seorang pakar komputer, menewaskan 17 finalis lain sekali gus melayakkannya menerima hadiah seutas jam tangan emas, sekeping dinar emas dan pakej umrah ke Mekah.
Ketika diberi peluang berucap bagi menyatakan perasaannya menang dalam pertandingan itu, Fatma berharap, Palestin dan Syria dapat bebas daripada belenggu peperangan.
“Semoga Allah membantu saya dalam misi ini dan bebaskanlah Palestin. Tolonglah, tolonglah, bebaskan Palestin dan rakyat Syria,’’ kata wanita berusia 25 tahun itu sambil menangis.
Fatma dalam video promosi tentang dirinya di YouTube menyatakan bahawa dia gemar berzikir dan membaca al-Quran.
Dalam video itu juga, wanita tersebut memegang bendera Palestin bersama kapsyen gambar, ‘Katakan tidak kepada penjajahan!’.
Peserta Ratu Cantik Muslimah bukan sahaja dikehendaki memakai tudung dan diadili dari segi penampilan, malah kelancaran membaca al-Quran serta pandangan mereka tentang Islam di dunia moden turut diambil kira.
Pertandingan itu mula menarik perhatian global tahun lalu selepas pihak penganjur mengadakan acara berkenaan sebagai bantahan secara aman kepada pertandingan Ratu Cantik Dunia yang dilangsungkan di tempat dan masa yang sama di pulau peranginan di Bali. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/peserta-tunisia-dinobat-ratu-cantik-muslimah-1.27966#sthash.6HeP12qC.dpuf

Saturday, November 22, 2014

Kerang naik darat

FOTORosli Ilham
Oleh Rosli Ilham
Dungun: Rezeki musim hujan. Itu yang berlaku di Pantai Pantai Rhu Muda, Marang dan Pantai Sura Hujung Dungun, di sini, apabila orang ramai berpusu-pusu ke pantai terbabit untuk mengutip kerang yang memenuhi dua pantai berkenaan, semalam.
Kehadiran kira-kira 200 orang yang tidak melepaskan 'rezeki terpijak' itu menjadikan keadaan sekitar pantai seumpama pesta.
Difahamkan, lambakan kerang ditemui penduduk sejak jam 2 petang dan kejadian itu dipercayai disebabkan spesies bercengkerang itu dihanyutkan ombak kuat ke pantai.
Mizan Mamat, 36, dari Marang, berkata, dia menyedari kejadian itu selepas dimaklumkan seorang rakan sebelum segera ke pantai Rhu Muda untuk tidak melepaskan peluang keemasan itu.
"Saya memperoleh kira-kira 20 kilogram kerang dan ada antara penduduk yang mempeoleh lebih daripada 50 kilogram," katanya ketika ditemui di pantai Itu, semalam.
Mohamad Shafeeq Mohamad Nasir, 19, dari Dungun pula berkata, walaupun lambakan kerang di Pantai Sura tidak sehebat Pantai Rhu Muda, dia tetap mengumpulkan kira-kira lima kilogram.
"Saya dapati kerang naik di pantai ini dalam jarak 500 meter saja di depan Kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan tidaklah banyak sebagaimana yang dilaporkan di Marang," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 November 2014 @ 8:49 PM

Tidak sedar ‘bela’ cacing pita dalam otak


Imbasan menunjukkan gambar cacing pita dalam otak pesakit
Imbasan menunjukkan gambar cacing pita dalam otak pesakit
SEORANG warga emas berusia 50 tahun terkejut apabila mengetahui seekor cacing telah hidup di dalam otaknya selama empat tahun.

Kehadiran parasit yang dikenali sebagai cacing pita itu hanya dikesan setelah saintis daripada Hospital St Thomas di London melakukan biopsi ke atas otaknya.

Menurut warga emas itu, dia sering berulang alik ke hospital sejak tahun 2008 setelah dikatakan hilang ingatan dan mengalami sakit kepala yang agak teruk.

“Saya sering mengadu sakit di bahagian tangan kanan. Saya dapat mengingat semula peristiwa lampau dan deria bau saya berubah.

“Saya pernah didiagnos dan diperiksa untuk pengesahan HIV, sifilis, dan batuk kering, namun semuanya negatif,” katanya seperti yang dipetik melalui portal Metro.co.uk pada semalam.

Pakar perubatan kemudiannya melakukan pembedahan bagi mengeluarkan parasit tersebut dari otaknya.

Menurut pakar bedah, semasa melalui prosedur tersebut, cacing pita sepanjang 1 cm itu bergerak sejauh 5 cm ke bahagian kanan otak, menjadikan proses pembedahan lebih sulit dari jangkaan doktor.

Semasa pembedahan dilakukan, pakar bedah melaporkan turut menemui sebilangan telur cacing di dalam otak warga emas terbabit.

Menurut ketua pasukan saintis Institut Wellcome Trust Sanger, Dr Hayley Bennett, cacing pita jenis Spirometra erinaceieuropaei, adalah spesis parasit yang jarang ditemui.

Katanya, spesis itu hanya dilaporkan sebanyak 300 kali dalam tempoh 60 tahun lepas.

“Penemuan ia (cacing pita jenis ini) sangat  jarang berlaku tetapi yang paling biasa dijumpai di Asia Tenggara, China dan Jepun.

“Pesakit terdedah kepada parasit jenis ini dengan memakan makanan tercemar atau melalui bahan yang digunakan dalam perubatan Cina khusus untuk sakit mata termasuk katak mentah,” katanya.

Menurut doktor, mangsa mempunyai latar belakang dari keluarga Cina dan menetap di UK selama 20 tahun namun mangsa didapati sering melawat negara China.

Aliran lava gunung berapi ancam hutan Hawaii


Aliran lava yang memusnahkan hutan di pulau tersebut.
Aliran lava yang memusnahkan hutan di pulau tersebut.
PAHOA - HAWAII. Kawasan hutan hijau di pulau percutian Hawaii dilapor mengalami kebakaran akibat aliran lava Gunung Berapi Kilauea yang meletus secara berterusan sejak 31 tahun lepas.

Menurut laporan melalui portal FoxNews semalam, aliran lava yang mengalir ke kawasan hutan tersebut menyebabkan kebakaran dan mencemarkan kualiti udara di pulau tersebut.

“Imej aliran lava tersebut diperoleh daripada sebuah kajian yang dilakukan oleh pihak Geologi Amerika Syarikat,” katanya seperti yang dipetik melalui laporan tersebut.

Pulau Hawaii mempunyai lima gunung berapi dan gunung berapi Kilauea adalah gunung berapi paling aktif di pulau tersebut.

Dengan ketinggian 1247 meter, Kilauea juga dikatakan gunung berapi paling aktif di bumi.

Pada Jun lalu, aliran lava yang meletus daripada gunung tersebut telah mengancam bandar Pahoa, iaitu sebuah bandar kecil di pulau tersebut.

Setakat ini, hanya satu rumah dilaporkan musnah akibat bencana itu.

Bagaimanapun setakat ini tiada perkembangan terbaru dilaporkan oleh Pegawai Pertahanan Awam Hawaii.

Pertandingan ratu Muslimah cabar ratu cantik Barat


Dua finalis terakhir World Muslimah Awards menggayakan tekstil batik koleksi Danar Hadi di Yogyakarta, Indonesia. - Foto: AFP
Dua finalis terakhir World Muslimah Awards menggayakan tekstil batik koleksi Danar Hadi di Yogyakarta, Indonesia. - Foto: AFP
PRAMBANAN - INDONESIA. Pertandingan Ratu Muslim Indonesia yang disertai wanita dari seluruh dunia dilihat mempunyai daya tarikan tersendiri dan boleh dikatakan sebagai mencabar pertandingan ratu cantik Barat.

Seramai 18 peserta akhir dikehendaki memakai hijab dan dinilai bukan sahaja pada penampilan, tetapi juga kebolehan mereka membaca ayat suci al-Quran serta pandangan terhadap Islam dalam dunia moden lapor Channel News Asia.

"Kami mahu melihat pemahaman mereka tentang cara hidup Islam, melalui apa mereka makan, apa yang dipakai dan bagaimana mereka menjalani kehidupan seharian," menurut salah seorang penganjur, Jameyah Sheriff.

World Muslimah Awards pertama mula menarik perhatian global tahun lalu apabila penganjur menganjurkan pertandingan berkenaan sebagai bantahan secara aman terhadap pertandingan ratu cantik dunia.