Pages

Sunday, November 2, 2014

Kisah Gadis Cantik Menyesal Berkahwin Dengan Ustaz


Seorang gadis yang terlalu cantik hendak bernikah tapi dia tak nak couple-couple nih, tambahan lagi dia mahukan seorang suami yang 'ultra warak'. so dia pun buat hebahan yang dia sudi menerima sesiapa je yang ingin menikahinya dengan syarat:
1) lelaki tu kena puasa sepanjang tahun
2) lelaki itu kena khatam al Quran setiap hari
3) lelaki itu kena beribadah sepanjang malam setiap hari.
Tak ada seorang pun laki sanggup nak terima ketiga2 syarat tu kecuali seorang jejaka yang sederhana perwatakan dan penampilannya. Akhirnya bernikahlah si jelita itu dengan lelaki tersebut.Sepanjang perkahwinan mereka, perempuan tu perhatikan jejaka tu.
"Eh...tak puasa pulak laki aku hari ni. Macamana nak puasa setahun?"
"Hmm..aku tak nampak pun dia baca Quran hari ni..."
"Tak nampak pun laki aku bangun malam pagi ni. Dia tak solat malam ke?"
Selepas sebulan akhirnya permpuan tu tak tahan dah. Dia anggap jejaka tu menipu dia. Dia pun memohon cerai kat mahkamah sambil menyatakan alasan "ditipu oleh suaminya"
"Masa nak nikah dulu dia setuju syarat2 yang saya letak. Dah kawin langsung tidak tunaikan. Penipu!" Rungut si pempuan pada hakim.

Hakim pun tanya kepada jejaka tu, "kamu ingat apa syarat2 nikah yang isteri kamu letakkan?""Ingat, yang arif. Puasa sepanjang tahun, solat malam non stop setiap hari, khatam Quran setiap hari.." Jawab jejaka muda dengan nada lembut.

Hakim bertanya lagi. "Habis tu kamu tak buat ?"
pemuda tu selamba jawab, "buat."
Hakim menjerkah, "Isteri kamu kata kamu tak buat. Macam mana ni?"
Pemuda itu tak mau mengalah. "Sungguh saya buat yang arif. Takkan saya nak tulis report card nak bagi tahu saya buat apa hari ni? Nanti riak pulak !!!"Hakim tidak puas hati, "baik. Hari ni kamu puasa tak?"
"Tak."Hakim terus potong ayat, "hah! Kamu tidak puasa hari ni, habis macam mana kamu kata kamu puasa sepanjang tahun?"

Pemuda itu selamba menjawab, " Rasulullah telah bersabda sekiranya seorg itu menunaikan puasa Ramadhan sebulan dan kemudiannya menyambung dgn puasa sunat syawal 6 hari, maka seolah2 dia telah berpuasa sepanjang tahun. Saya puasa Ramadhan dan puasa 6 setiap tahun, jadi saya seolah2 berpuasa sepanjang tahun."
Hakim tu tersentak. "Habis tu mcm mana kamu khatam Al Quran setiap hari? Saya nak baca 3 muka surat sehari pun susah nak cari masa.Pemuda itu terus menjawab, "saya baca Surah Al Ikhlas 3 kali setiap kali saya sebelum tidur.

Rasulullah bersabda sesiapa yg membaca surah Al Ikhlas 3 kali maka seolah2nya dia telah membaca keseluruhan Al Quran." sambil buat senyuman lebar kepada hakim.

Hakim itu makin tergamam. "Solat malam pulak, bagaimana kamu buat?"Pemuda itu sekali lagi senyum. 
"Saya solat Isyak dan solat Subuh berjemaah.

Rasulullah bersabda, barangsiapa yang berjemaah pada waktu Isyak dan Subuh maka seolah2nya dia telah beribadah sepanjang malam"


dia terus menyambung,"Islam itu indah, yang arif. Tetapi kita selalu mengukur kewarakan dan kealiman seseorg itu berdasarkan banyaknya amalan seseorg itu yg dizahirkan sedangkan Allah mementingkan kualiti berbanding kuantiti. 

Kita cuma diberikan Allah 24 jam sehari semalam, maka pandai2lah kita bahagikan masa selaku manusia yg menghidupkan dunia serta mencari akhirat. Bukankah mencapai kejayaan di dunia juga merupakan ibadah, dan apa gunanya jika melakukan ibadah tanpa istiqamah, semua itu hanya sia-sia.
Hakim terangguk2 lalu memerintahkan si isteri bangun. "Awak sepatutnya beruntung. Awak telah dinikahi oleh seorang lelaki yang bukan sahaja amat warak tetapi amat berilmu.Dengan ini saya isytiharkan kes ini dibatalkan..."

Si suami tersenyum puas.. 

* amalan 3 ini bukan hanya dikhususkan kpd lelaki , perempuan juga boleh mendptkan nye peringatan bersama.. Mari kita lakukan bersama..Subhanallah‬ Islam Itu Indah

Semoga amalan2 baik didatangkan kekuatan utk saya dan seluruh ummat beramal dgn nya... Baca tau Dgn Niat baik ..Bismillah hirahmannirahim innaka la minal mursalin a'la siratim mustaqim tanzilal azizir rahim litunzira qaumamma unzira aba uhum fahum ghafilun . Kita berbagi doa ke sesama muslim....


Read more: http://hmetroo.blogspot.com/2014/09/kisah-gadis-cantik-menyesal-berkahwin.html#ixzz3HtnNdQAe

Gunung berapi berlava biru?

Gunung berapi berlava biru?

KABUPATEN BANYUWANGI - INDONESIA. Pelik tetapi ajaib! Gunung berapi biasa mungkin mengeluarkan lava merah panas dalam keadaan aktif.
Namun bagi Gunung Berapi Ijen yang terletak di Jawa Timur Indonesia, gunung ini mempunyai pemandangan yang cukup indah dan juga mengalirkan lavanya yang berwarna biru.
Terhasilnya lava berwarna unik itu disebabkan terhasilnya asid sulfurik yang dikatakan mengalir dan membentuk sebuah tasik semula jadi terbesar di dunia.
Tasik tersebut  dinamakan sebagai Kawah Ijen oleh penduduk setempat.
Kawah Ijen juga dijadikan sebagai lombong sulfur dan menghasilkan 160-200 kilogram sulfur setiap hari.
Menurut laporan yang dipetik melalui beberapa blog, nyalaan api biru yang terhasil daripada asid tersebut boleh mencapai sehingga lima meter.
Dengan ketinggian 2,443 meter, gunung ini telah dikatakan meletus sebanyak empat kali iaitu pada tahun 1796, 1817, 1913, dan 1936.

Difahamkan, Gunung Berapi Ijen merupakan satu-satunya gunung berapi yang mengeluarkan lava biru di Indonesia.

Pemandu pecah rahsia


Riyadh: Seorang lelaki terpaksa membayar harga yang mahal selepas mengecewakan pemandunya yang bertindak membalas dendam dengan membocorkan rahsia lelaki itu.
Pemandu warga Asia berkenaan sudah lima tahun bekerja dengan lelaki itu dan keluarganya di sini.
Tetapi apabila lelaki itu berdepan dengan masalah kewangan dan tidak dapat membayar gajinya, dia mengambil keputusan pulang ke negara asalnya.
Namun, sejurus sebelum berlepas pulang, pemandu yang tidak berpuas hati itu bertindak menelefon isteri bekas majikannya dan memberitahu bahawa suaminya baru saja berkahwin lain.
Apabila didesak wanita itu supaya dia mendedahkan nama madunya dan alamat isteri baru suaminya, pemandu berkenaan menuntut bayaran SR5,000 (RM4,300).
Si isteri yang terkejut kerana meyangka suaminya tidak pulang kerana urusan perniagaan, bersetuju membayarnya.
Pada hari pemandu itu berlepas ke lapangan terbang untuk berangkat pulang, wanita itu pergi ke alamat yang diberikan dan menemui suaminya dengan isteri keduanya.
Menurut laporan akhbar tempatan, si isteri menuntut cerai serta-merta, menuduh suaminya memusnahkan kepercayaannya selepas berkahwin selama 20 tahun. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 November 2014 @ 6:48 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/5914#sthash.NigcIxY9.dpuf

Kopi baja asli penawar kanser

Sekumpulan penduduk di kampung Jinshicun, wilayah Hunan beralih kepada ‘penawar’ baru untuk merawat penyakit barah - baja asli yang direndam dengan air.
Ia mungkin memeranjatkan. Tetapi, itulah yang dilakukan oleh sekurang-kurangnya 20 penduduk kampung berkenaan selepas seorang nenek di kampung itu yang disahkan menghidap barah paru-paru pulih selepas minum kopi baja asli itu selama lapan bulan.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan bagaimana dia memperoleh idea untuk menjadikan baja itu ubat penyakit yang dihidapnya itu.
Sejak nenek berkenaan pulih, penduduk kampung terbabit mengumpulkan najis kambing dan lembu, menjemurnya hingga kering, menggorengnya dan kemudian menumbuknya menjadi serbuk.
Mereka akan mengambil satu sudu sebuk baja itu dan mencampurkannya dalam air panas serta meminumnya dua kali sehari. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 November 2014 @ 6:51 AM


SEORANG penduduk
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/5919#sthash.FRSxQw4U.dpuf

Saturday, November 1, 2014

Fahami agenda Kristian Evangelis


Baru-baru ini, seorang bekas menteri Melayu zaman Tun Dr Mahathir Mohamad jemput Kunta Kinte ke pejabat dia sebab ada seorang rabbi nak jumpa dia. Rabbi adalah ketua agama Yahudi.Lebih kurang macam tok imam kita. Jadi kita pun jumpa dan bincang satu dua hal macam perdamaian di TimurTengah, rampasan tanah orang Palestin oleh peneroka Yahudi dan siapa dalangnya.
Kita juga bincang kemungkinan orang Islam dan Yahudi kerjasama wujudkan piawaian halal/kosher di negara- negara Eropah Timur di mana orang Islam dan Yahudi adalah minoriti. Bekas menteri itu kata, walaupun Presiden Barack Obama bukan kulit putih tapi dia pun tak berapa berminat dan tak berjaya bawa keamanan kepada Timur Tengah, khususnya antara Israel dengan negara-negara Arab.
Rabbi dari California, Amerika Syarikat itu kata, yang tentukan sama ada Israel dan Palestin berperang atau berdamai bukan orang Islam atau Yahudi. Juga bukan Israel atau negara-negra Islam. Yang tentukan perang dan damai di Timur Tengah adalah Amerika.
Rabbi itu kata lagi, di Amerika pula yang tentukan terhadap isu Arab-Israel dan Timur Tengah bukan presiden atau Kerajaan Amerika tetapi pelobipelobi Kristian. Pelobi-pelobi Kristian, kata rabbi itu, jadi kuat dan ekstrem masa pemerintahan Presiden George W Bush. Bush rapat dengan kelompok Kristian yang dikenali sebagai Christian Right dan golongan yang dipanggil Neo-Conservatives atau Neo-Cons.
Apa yang ditakutkan
Christian Right atau disebut juga Religious Right sangat cergas dalam politik. Pendirian mereka terhadap isuisu berkait Islam, Arab dan Palestin sangat keras. Bersama-sama dengan golongan Neo-Cons, mereka sokong dan desak Kerajaan Amerika guna kuasa tentera dalam krisis antarabangsa, khususnya yang babitkan dunia Islam.
Orang kita umumnya percaya Yahudi sangat berpengaruh ke atas dasar- dasar Amerika. Itu betul. Tapi yang gerakkan dasar pro-Israel adalah golongan Christian Right dan Neo-Cons. Kalau ikut logik, susah bagi orang Yahudi nak wujud dan pertahan negara Israel yang terletak di tengah-tengah dunia Arab kerana bilangan mereka tak ramai.
Ikut anggaran daripada badan amal Amerika, Carnegie Endowment for International Peace, pada tahun ini ada 2.01 bilion orang Kristian dan 2.08 bilion Islam. Bilangan orang Yahudi dianggarkan 13.9 juta orang saja pada tahun 2013. Inilah yang golongan Christian Right dan Neo-Con sangat takut - bilangan orang Islam mengatasi orang Kristian dan makin ramai orang Islam tinggal di negara-negara bangsa Eropah.
Balik kepada sejarah
Untuk lebih jelas mengenai peranan Christian Right dan Neo-Cons dalam isu Yahudi dan Israel, kita kena balik kepada sejarah. Mula-mula sekali, kita kena faham, iaitu bukan orang Yahudi yang wujudkan Israel.
Sebelum dan selepas Perang Dunia Kedua, orang Yahudi tak ada negara dan mereka bercempera di Eropah, Amerika Utara, Russia dan negaranegara Eropah Timur. Masa Perang Dunia Kedua mereka diseksa oleh Nazi Jerman. Masa itu, paling ramai orang Yahudi tinggal di Jerman. Yang sempat lari mereka cari perlindungan di United Kingdom (UK), Russia dan Amerika Utara. Lepas perang, dua kuasa besar Eropah - UK dan Perancis - bimbang orang Yahudi yang bercempera di negara mereka tuntut hak dan jadi lebih berpengaruh.
Salah satu cara atasi masalah itu ialah dengan hasut orang Yahudi berhijrah ke Palestin. Masa itu, UK dan Perancis kuasai sebahagian besar wilayah Arab yang dulunya milik Empayar Uthmaniyyah.
Hasil dasar dan tindakan British, Perancis serta Amerika itu lahirlah Israel sebagai negara Yahudi pada Mei 1948 walaupun ditentang keras oleh umat Islam. Asal usulnya bumi Israel adalah kawasan pelbagai kaum. Sehingga abad ketiga Masihi, majoriti penduduknya Yahudi. Selepas itu ia jadi wilayah Kristian. Daripada abad ketujuh sampailah pembentukan Israel, majoriti penduduknya Islam.
Hari ini, yang jamin kewujudan Israel adalah orang Kristian. Pada 14 Oktober lalu, seorang rabbi wanita Amerika bernama Jill Jacobs, menulis dalam surat khabar Washington Post mengatakan pembayar cukai Amerika adalah antara pihak yang bertanggungjawab membiayai pencerobohan Yahudi ke atas tanah dan harta milik orang Palestin di Tebing Barat.
Manakala penulis laman web Christian Science Monitor, Christa Case Bryant, pula dalam rencana 18 Disember 2012 berkata, gerakan Zionis semakin berpengaruh ke atas politik Amerika sejak 10 hingga 15 tahun dengan kerjasama Kristian Evangelis, khususnya dalam hal kepentingan Israel.
Konspirasi peringkat antarabangsa
Jadi dalam kita orang Islam bergaduh dan bertelagah sama sendiri, kita kena faham konspirasi yang sedang berlaku pada peringkat antarabangsa untuk terus laga-lagakan Islam dengan Yahudi hingga orang Islam terlupa atau terlepas pandang keadaan sebenar.
Cabaran terhadap umat Islam hari ini, termasuk di negara kita, adalah gerakan Kristian Evangelis, Neo-Cons dan golongan liberal. Mereka inilah yang menuntut pelbagai hak dan persamaan seperti penggunaan kalimah Allah, kebebasan seksual dan hak bersuara tanpa batasan.
Kalau orang Islam negara kita masih tak sedar dan bertelagah mengenai hal remeh macam sentuh anjing, jangan salahkan sesiapa kalau nasib mereka jadi macam nasib orang Palestin. Wallahuaklam.

Sekolah tidak benarkan rambut palsu merah jambu



AGENSI - SMITH memakaikan Ashanti yang menghidap sejenis penyakit penuaan dengan rambut palsu berwarna merah jambu.


SUSSEX, England – Seorang kanak-kanak yang dijangka tidak dapat hidup lama kecewa selepas seorang guru mengarahkannya supaya menanggalkan rambut palsunya yang berwarna merah jambu, lapor MailOnline semalam.
Pihak sekolah khuatir tindakan kanak-kanak itu, Ashanti Elliott-Smith, 11, yang menghidap sejenis penyakit penuaan yang jarang berlaku dan dikenali sebagai Hutchinson Gilford Progeria boleh menyebabkan pelajar lain akan turut mewarnakan rambut mereka.
Kanak-kanak itu yang kini kelihatan seperti seorang warga emas yang berusia 80 tahun dijangka tidak dapat meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-15.
Ibu kanak-kanak itu, Smith, 29, berkata, anaknya amat sedih apabila guru-guru di sekolahnya tidak membenarkan dia memakai rambut palsu.
“Warna rambut itu memang terang tetapi dia mempunyai hak untuk memakai apa sahaja warna rambut memandangkan dia tidak dapat hidup lama. Pihak sekolah menyuruhnya membuka rambut itu. Dia malu kerana keadaannya yang botak,” katanya.
Sementara itu, Pengetua Kolej Komuniti Oakmeeds, Colin Taylor berkata, pihaknya membenarkan kanak-kanak itu memakai topi atau rambut palsu pada musim sejuk tetapi cuma menggunakan warna semulajadi. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1101&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz3HllY4O7C 
Hakcipta terpelihara 

Budak hidap penyakit tidak lapar

Perbezaan wajah Landon Jones, 12, selepas menghidap penyakit misteri
Perbezaan wajah Landon Jones, 12, selepas menghidap penyakit misteri yang membuatkan dia tidak berasa lapar atau dahaga. Gambar kiri diambil pada tahun lalu, manakala gambar kanan merupakan gambar terbaharu. – AGENSI
NEW YORK 31 Okt. – Seorang budak lelaki di Amerika Syarikat (AS) menghidap sejenis penyakit misteri apabila dia tidak berasa lapar atau dahaga sejak lebih setahun lalu, sekali gus mengundang kebimbangan ibu bapanya terhadap kesihatan anak mereka itu.
Portal odditycentral.com melaporkan kanak-kanak tersebut, Landon Jones, 12, mula mengalami keadaan pelik itu sejak 14 Oktober tahun lalu selepas makan piza dan aiskrim dengan banyak pada malam sebelumnya.
Apabila dia bangkit dari tidur keesokan harinya, Landon telah kehilangan rasa lapar dan dahaga, menyebabkan keadaan badannya menjadi lemah tidak bertenaga dan sering mengalami pening kepala.
Meskipun Landon, yang berasal dari Iowa, dibawa ke banyak klinik dan hospital untuk mendapatkan rawatan, tetapi kebanyakan doktor buntu mencari punca sebenar kanak-kanak tersebut menghidap penyakit misteri itu.
Pakar perkembangan otak kanak-kanak di Klinik Mayo, Dr. Marc Patterson berkata, kes Landon mungkin satu-satunya kes di dunia dan dia mungkin mengalami gangguan fungsi hipotalamus iaitu bahagian otak yang bertanggungjawab untuk mengawal deria lapar, haus, suhu badan, tekanan darah dan kitaran tidur, namun tidak ada bukti kukuh menyokong teori itu.
Ayah Landon, Jones pula menyuarakan kebimbangan terhadap keadaan anaknya yang kehilangan berat badan daripada 47 kilogram kepada 30 kilogram, selain tidak bersemangat dan tidak menjamah walaupun sedikit roti atau seteguk air.
“Anak saya hanya hadir ke sekolah sebanyak 65 hari dalam tempoh setahun sejak menghidap penyakit tersebut dan banyak menghabiskan masa terbaring di atas sofa di rumah.
“Dia akan menjalani ujian kesihatan di Institut Kesihatan Negara, tempat yang hanya mengkaji kes unik seperti Landon dan saya berharap dia akan pulih semula menjadi kanak-kanak yang riang dan sihat seperti dahulu,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/budak-hidap-penyakit-tidak-lapar-1.19264#sthash.rXjayhDw.dpuf

Kumpulan militan IS bunuh 300 pengikut Sunnah


Orang ramai memerhati berpuluh-puluh mayat yang bergelimpangan
Orang ramai memerhati berpuluh-puluh mayat yang bergelimpangan dipercayai pengikut Sunnah yang ditembak mati oleh kumpulan militan IS di sebatang jalan di bandar Hit, 140 kilometer ke barat Baghdad, pada 29 Oktober lalu, – AP
BAGHDAD 31 Okt. - Kumpulan militan Negara Islam (IS) dilapor membunuh lebih 300 penduduk Iraq sepanjang minggu ini, sebagai membalas dendam terhadap tindakan puak kabilah di barat ibu negara ini membantu tentera pakatan menentang IS.
Menurut saksi, dua kubur besar turut ditemui di berasingan di wilayah Anbar mengandungi kira-kira 300 mayat pengikut Sunnah Muslim Albu Nimr dengan kesemua mangsa dipercayai berusia antara 18 dan 55 tahun.
Kesan tembakan jarak dekat turut ditemui ada mayat-mayat tersebut.
Selain itu, lebih 70 mayat lelaki daripada kumpulan yang sama ditinggalkan dekat pekan Hit yang merupakan kawasan majoriti penduduk Sunnah di wilayah tersebut.
Kebanyakan mangsa merupakan anggota polis atau pejuang anti-IS yang digelar sebagai Sahwa (kebangkitan).
Satu lagi kubur besar ditemukan dekat bandar Ramadi di wilayah yang sama, mengandungi 150 mayat pengikut tersebut.
“Militan IS mengarahkan pengikut kumpulan itu meninggalkan kampung mereka dan berpindah ke Hit, terletak kira-kira 130 kilometer di barat Baghdad dan memberi jaminan mereka tidak akan diapa-apakan.
“Tetapi militan IS bertindak kejam apabila menahan dan menembak mati kesemua mangsa tersebut,” kata saksi berkenaan yang enggan dikenali.
Dalam perkembangan di Syria, militan IS mendakwa menawan sebuah lapangan minyak di wilayah tengah Homs, selepas bertempur dengan tentera kerajaan, serta berjaya merampas lima kereta kebal, dua kenderaan berperisai, mesingan dan peluru.
Di pekan strategik Kobani pula, kumpulan pertama puak Kurdis Iraq tiba untuk membantu kumpulan bersenjata puak Kurdis Syria menentang kemaraan militan IS yang tidak terjejas, walaupun diserang tentera bersekutu yang diketuai Amerika Syarikat. – REUTERS/AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/kumpulan-militan-is-bunuh-300-pengikut-sunnah-1.19269#sthash.vBf8eOQE.dpuf

Friday, October 31, 2014

Budak dua tahun mendaki di 40 buah negara



AGENSI - BENNETT telah berjaya melakukan pendakian gunung yang ekstrem di sekitar Amerika Syarikat.


SACRAMENTO, California –Seorang kanak-kanak yang baru berusia dua tahun telah melakukan pendakian sejauh 482 kilometer di 40 buah negara dengan ibu bapanya, lapor MailOnline semalam.
Kanak-kanak itu, Bodhi Bennett telah menerokai kebanyakan gunung di taman negara sekitar Amerika Syarikat.
Ibunya, Shannon, 27, berkata, anak sulungnya itu telah dibawa melakukan pendakian pertama ketika berusia lima hari.
“Ketika mengandungkan Bodhi, saya dan suami tidak mahu kehidupan kami berubah selepas bergelar ibu bapa. Ramai yang mengatakan anak akan mengubah kehidupan pasangan suami isteri kerana selepas menjadi ibu dan bapa, kita dianggap tidak dapat lagi melakukan perkara-perkara yang menyeronokkan.

AGENSI - Shahnon tidak mahu anak menjadi penghalang dalam aktiviti pendakiannya.


Namun, tanggapan itu sama sekali tidak benar memandangkan sejak kecil lagi, kami telah mengajar Bodhi mendaki dan dia kelihatan seronok melakukannya,” katanya.
Namun demikian, Shahnon menegaskan dia amat menitikberatkan soal keselamatan ketika Bodhi melakukan pendakian kerana tidak mahu kejadian yang tidak diingini berlaku.
Dia yang telah mendokumentasikan pendakian mereka kini mempunyai beribu-ribu pengikut dalam laman Instagram. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1031&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz3HgDue9ul 
Hakcipta terpelihara 

Wanita hidap penyakit misteri disisih

Carly Findlay
Carly Findlay menghidap penyakit dikenali Ichthyosis yang sehingga kini pakar perubatan belum dapat mencari penawarnya. – AGENSI
MELBOURNE 30 Okt. – Seorang wanita di sini, sering kali dijadikan bahan jenaka, ekoran dia menghidap sejenis penyakit misteri yang jarang ditemui yang mengakibatkan kulitnya bertukar warna menjadi kemerah-merahan serta berminyak.
Portal Mail Online melaporkan, Carly Findlay menghidap penyakit yang dikenali sebagai Ichthyosis yang sehingga kini, pakar perubatan belum dapat mencari penawarnya.
Findlay berkata. penyakit yang dialaminya itu berlaku kepada setiap 10 atau 20 individu dalam satu juta penduduk dunia.
Katanya, Ichthyosis bukan sahaja menyebabkan kulitnya bertukar menjadi merah, tetapi turut mengakibatkan kulitnya mengelupas dan bersisik.
“Penyakit ini telah menyebabkan ramai orang takut kepada saya, ada sesetengah kanak-kanak menyorok apabila nampak saya. Perkara ini begitu menyedihkan saya.
“Saya tidak tahu kenapa mereka perlu takut, saya berharap persepsi sebegini akan berubah,” jelas Findlay.
Findlay bagaimanapun tidak menyatakan bilakah dia mula mengidap penyakit berkenaan.
Findlay berharap orang ramai akan dapat menerimanya seperti manusia normal, bagi membolehkan dia menikmati kehidupan dengan lebih sempurna.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/wanita-hidap-penyakit-misteri-disisih-1.18781#sthash.hGDeA36h.dpuf

Pakai baju T bertanda umur kerana menipu

31 Oktober 2014 12:55 AM

Kevin Jones

LOUSIVILLE 30 Okt - Kerana berang dengan sikap anak perempuannya yang menipu berkenaan umur sebenarnya di dalam akaun laman sosial rahsia untuk mengadakan temu janji dengan orang yang lebih dewasa daripadanya, seorang bapa memaksa anaknya itu memaksa anaknya itu memakai beg kanak-kanak dan baju T yang memaparkan umurnya yang sebenar.
Portal Mail Online melaporkan, Kevin Jones dari Louisville, Kentucky terkejut mendapati anaknya berusia 10 tahun itu cuba menipu tentang umurnya dan mendakwa mempunyai teman lelaki serta pernah bercinta.
Kanak-kanak itu yang mempunyai ketinggian 1.5 meter kelihatan lebih matang daripada umurnya yang sebenar. Kesempatan itu digunakannya untuk menyamar sebagai seorang yang berusia 15 tahun.
Menyedari perbuatan anaknya itu, Jones memutuskan untuk menghukum anak perempuannya itu supaya perbuatannya itu diketahui umum.
“Dia mendakwa sedang bercinta dan keluar bersama seorang teman lelaki yang menyalahi peraturan yang saya tetapkan.
“Saya mendapati dia telah melakukan perbuatan ini untuk tempoh yang lama. Maka hukuman ini adalah setimpal dengan perbuatannya itu,” kata Jones di laman Facebooknya.
Jones telah menempah sehelai baju T yang comel yang tertera umur sebenar anaknya itu, meletakkan penyepit rambut dan menyediakan sebuah beg bercorak puteri untuk anak kesayangannya itu.
Anaknya didapati tidak gembira dengan hukuman berkenaan.
Sementara itu, ibu bapa dari seluruh dunia menyokong tindakan Jones itu, sambil menyifatkan Jones melakukan tindakan yang betul dan menganggap dia seorang bapa yang baik.
Gambar anaknya itu dimuat naik di Internet pada 21 Oktober lalu dan seramai 250,000, pengguna menekan butang likes dan dikongsi hampir 77,000 kali.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pakai-baju-t-bertanda-umur-kerana-menipu-1.18785#sthash.rBtZL4Jx.dpuf

Kerana berang dengan sikap anak perempuannya yang menipu tentang umur sebenar di dalam akaun laman media sosial rahsia untuk janji temu bersama orang yang lebih dewasa, seorang bapa memaksa anaknya memakai beg kanak-kanak dan baju T yang memaparkan umurnya yang sebenar. – AGENSI -
Kevin Jones

Thursday, October 30, 2014

Si kecil penjinak gajah

Buon M’Lieng (Vietnam): Ini gambar mengagumkan, mengisahkan seorang budak perempuan yang berjaya menjinakkan seekor gajah liar dewasa.
Kim Luan dari etnik M'Nong yang mendiami kawasan tengah Vietnam kini tidak boleh berpisah dengan gajah peliharaannya itu atau erti kata lain, mereka berkawan baik.
Sudah menjadi perkara biasa dalam kalangan masyarakat M’Nong untuk menjinakkan gajah liar sebelum memperkenalkan kepada masyarakat dan mengekalkannya sebagai haiwan peliharaan.
Gajah itu kemudian digunakan untuk bekerja dengan penduduk kampung di ladang, mengangkut barang dan membina rumah.
Dan Kim yang baru berusia enam tahun, sudah menjalinkan hubungan akrab dengan gajah itu.
Jurugambar warga Perancis Rehahn, 35, merakam gambar Kim dan gajah itu di Buon M'Lieng baru-baru ini.
“Gajah dianggap sebahagian daripada anggota masyarakat M’Nong. Saya terkejut dengan kemesraan antara Kim dengan gajah itu. Malah, kanak-kanak perempuan itu lebih takut kepada saya daripada gajah berkenaan,” kata jurugambar itu.
Menurutnya, dia sudah menetap di Vietnam sejak tujuh tahun lalu, merakam kira-kira 45,000 gambar di negara berkenaan.
Bagaimanapun, ini kali pertama dia melihat interaksi antara masyarakat M’Nong dengan gajah mereka. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Oktober 2014 @ 5:28 AM


KIM bersama gajah liar yang dijinakkannya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/5311#sthash.dDrKdNIv.dpuf

Bela harimau di belakang rumah



AGENSI - BOVARD bermain dengan seekor harimau dan singa yang dipelihara di belakang rumahnya di Florida, Amerika Syarikat.


TALLAHASSEE, Amerika Syarikat – Seorang lelaki membela enam ekor harimau dan dua ekor singa di belakang rumahnya sebagai salah satu cara untuk mendidik orang ramai mengenai spesies terancam itu.
Lelaki tersebut, Carl Bovard menubuhkan sebuah syarikat yang dikenali sebagai Single Vision bagi menggalakkan orang ramai datang ke rumahnya di negeri Florida untuk melawat haiwan berkenaan.
Selain harimau dan singa, Bovard juga membela dua ekor anak beruang, seekor harimau bintang serta dua ekor buaya.
Bovard berkata, ketika pengunjung melawat kediamannya, dia akan bermain-main termasuk memeluk haiwan berkenaan bagi meningkatkan kesedaran berhubung pentingnya memastikan kewujudan haiwan terancam tersebut terus terpelihara.
“Membela haiwan seperti ini di belakang rumah anda memang sangat bahaya dan saya mengambil beberapa langkah untuk memastikan keselamatan saya serta orang ramai terjamin.
“Haiwan ini walaupun jinak tetapi mereka masih mempunyai naluri pembunuh dan saya perlu berhati-hati ketika bermain bersama mereka,” katanya. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1030&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz3HZgIUyZG 
Hakcipta terpelihara