Pages

Sunday, November 2, 2014

Pemandu pecah rahsia


Riyadh: Seorang lelaki terpaksa membayar harga yang mahal selepas mengecewakan pemandunya yang bertindak membalas dendam dengan membocorkan rahsia lelaki itu.
Pemandu warga Asia berkenaan sudah lima tahun bekerja dengan lelaki itu dan keluarganya di sini.
Tetapi apabila lelaki itu berdepan dengan masalah kewangan dan tidak dapat membayar gajinya, dia mengambil keputusan pulang ke negara asalnya.
Namun, sejurus sebelum berlepas pulang, pemandu yang tidak berpuas hati itu bertindak menelefon isteri bekas majikannya dan memberitahu bahawa suaminya baru saja berkahwin lain.
Apabila didesak wanita itu supaya dia mendedahkan nama madunya dan alamat isteri baru suaminya, pemandu berkenaan menuntut bayaran SR5,000 (RM4,300).
Si isteri yang terkejut kerana meyangka suaminya tidak pulang kerana urusan perniagaan, bersetuju membayarnya.
Pada hari pemandu itu berlepas ke lapangan terbang untuk berangkat pulang, wanita itu pergi ke alamat yang diberikan dan menemui suaminya dengan isteri keduanya.
Menurut laporan akhbar tempatan, si isteri menuntut cerai serta-merta, menuduh suaminya memusnahkan kepercayaannya selepas berkahwin selama 20 tahun. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 November 2014 @ 6:48 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/5914#sthash.NigcIxY9.dpuf

No comments: