Pages

Thursday, January 23, 2014

Ikan Unik 100 Peratus Tubuh Badannya Lutsinar di Temui.


" Kami tidak tahu itu apa dan tidak pernah melihat seperti ini sebelumnya , " kata Stewart lagi yang kemudian mengambil gambarnya . Dari  penemuan aneh ikan itu mengundang topik hangat di internet .



" Aku berfikir sama ada perlu menangkapnya , tapi rasa ingin tahu lebih kuat sehingga aku memutuskan melihatnya lebih dekat , " kata Stewart . " Rasanya bersisik dan tidak lembik , hampir seperti jeli , dan anda tidak boleh melihat apa - apa di dalamnya selain gumpalan kecil oren .


  Dunia selalu penuh kejutan , termasuk kekayaan ikannya di lautan . Baru - baru ini ada pemancing dikejutkan mencari ikan yang seluruh tubuhnya bagaikan plastik .

Ikan unik itu mempunyai nama Salpa Maggiore dan memang sangat jarang dijumpai . Pemancing berasal dari  New Zealand yang menangkapnya sedang berenang di permukaan laut . Saat itu Stewart Fraser sedang memancing dengan anaknya di 43 km sebelah utara Pulau Utara Karikari Peninsula dan mengiranya sebagai udang .



Sedangkan Deborah Cracknell dari Akuarium Nasional di Plymouth yakin ikan itu Salpa Maggiore atau Salpa maxima . Ikan itu memang jarang di temui dan lebih banyak hidup di Lautan Selatan atau laut bersuhu sejuk . Mereka makan fitoplankton dari lapisan atas yang diterangi  cahaya matahari  .
sumber







Wednesday, January 22, 2014

Misteri Api Abadi Tidak Pernah Terpadam Sejak 4,000 Tahun Lalu.




Fenomena alam memang kadang tidak boleh diterima oleh akal manusia . Tuhan mencipta sesuatu tanpa boleh kita duga sebelumnya . Salah satu fenomena alam yang mungkin pernah anda dengar adalah tentang api abadi .

Disiarkan dari amusingplanet.com , adalah Baba Gurgur sebuah lombong  minyak yang besar  dekat bandar Kirkuk . Lombong yang pertama kali ditemui di Iraq Utara pada tahun 1927 ini mempunyai api abadi . Api abadi yang terletak di tengah ladang ini dipercayai telah ada sejak 4000 tahun yang lalu .

Cerita tentang Baba Gurgur ini dipercayai sudah ada dalam Kitab Suci . Api ajaib ini dipercayai digunakan untuk menghangatkan binatang   ternakan  pada musim sejuk pada zaman dulu kala . Selain itu , banyak orang datang memuja api abadi ini jika mereka ingin mempunyai anak lelaki .

Api yang seakan tidak  pernah padam  ini berada di dekat dengan  telaga yang mengandungi lumpur . Telaga ini ditutup dengan sampah yang terkumpul dan mengandungi banyak sulfur . Beberapa ratus meter ke Timur dari telaga ini ada 100 lubang atau bahkan lebih . Lubang - lubang yang ditemui ini mempunyai diameter 50 meter . Api ini dijumpai oleh penduduk Iraq, dari mana asalnya asap yang setiap hari muncul . Setelah dicari tahu , ternyata dalam salah satu lubang ini dijumpai api yang terus menyala walaupun disiram air .
sumber 

Tawar RM430 juta kahwini lesbian


Taikun berpengaruh di Hong Kong, Cecil Chao menawarkan ganjaran HK$1 bilion (RM430 juta) kepada mana-mana lelaki yang berjaya mengahwini anak perempuannya, Gigi Chao yang merupakan seorang lesbian. - AGENSI
HONG KONG 21 Jan. - Taikun berpengaruh di Hong Kong, Cecil Chao menggandakan ganjaran kepada HK$1 bilion (RM430 juta) kepada mana-mana lelaki yang berjaya mengahwini anak perempuannya, Gigi Chao yang merupakan seorang lesbian.
Cecil berkata, Gigi masih bujang walaupun dia mengaku sudah 'berkahwin' dengan teman wanitanya, Sean Eav di Paris pada 2012.
Menerusi wawancara dengan sebuah akhbar perniagaan awal bulan ini, Cecil berkata, walaupun sebelum ini beliau membuat tawaran awal berjumlah HK$500 juta (RM215 juta) pada 2012 dan berjaya menarik lebih 20,000 lelaki untuk mencuba nasib, namun anak perempuannya masih tetap menyukai kaum sejenis.
Cecil bagaimanapun berkata, beliau tidak akan campur tangan dalam kehidupan peribadi anak perempuannya.
"Saya hanya mengharapkan agar dia menjalani alam perkahwinan dengan baik dan mempunyai cahaya mata bagi mewarisi perniagaan saya," kata Cecil.
Beliau juga percaya corak pemikiran Gigi akan berubah satu ketika nanti kerana anak perempuan itu baru berusia 33 tahun.
Menurut Cecil, Gigi pernah memberitahunya sebelum ini bahawa dia masih belum menemui lelaki yang sesuai. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140122/lu_11/Tawar-RM430-juta-kahwini-lesbian#ixzz2r4hYWLbE
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Bekerja syif jejaskan kesihatan


LONDON 21 Jan. - Satu kajian mendedahkan bahawa bekerja syif boleh merosakkan hampir 1,500 daripada 24,000 gen manusia, sekali gus menjelaskan mengapa masalah itu sering dikaitkan dengan pelbagai risiko kesihatan.
Gangguan masa tidur akibat bekerja syif dan gangguan ritma harian (jet lag) turut dikhuatiri meningkatkan risiko orang ramai menghidap barah payu dara, penyakit jantung, kencing manis dan penyakit-penyakit lain yang mengancam nyawa manusia.
Penyelidik dari Universiti Surrey mendapati, gangguan kepada kitaran 24 jam secara semulajadi ke atas badan manusia boleh mengganggu ritma gen-gen manusia.
Bagi menilai kesan ke atas manusia dengan ujian gangguan ini, penyelidik menggunakan sebanyak 28 responden yang diletakkan dalam jadual kerja selama 28 jam sehari tanpa kitaran semula jadi cahaya gelap.
Hasil ujian itu mendapati kitaran bangun tidur responden-rsponden itu tertunda selama empat jam setiap hari sehingga mereka tidur 12 jam lagi selari dengan hari-hari biasa.
Sampel darah turut menunjukkan selepas eksperimen ke atas responden-responden dijalankan, mereka mengalami pengurangan enam kali ganda gen yang memaparkan 'ritma sirkadian' atau kitaran aktiviti harian yang dipantau dalam kebanyakan benda hidup dalam tempoh 24 jam.
Prof. Derk-Jan Dijk dari Pusat Penyelidikan Tidur Universiti Surrey berkata, mereka menemui kira-kira enam peratus daripada gen-gen itu mengalami ritma sirkadian yang bermakna aktiviti mereka seharian lebih tinggi pada satu tempoh masa tertentu berbanding dengan orang lain.
''Kami berpendapat, mereka yang terlibat dalam syif siang sepatutnya rasa bimbang tentang fungsi lali dan mereka yang bekerja syif malam terlibat dalam mengawal selia gen lain.
''Kajian ini mempunyai kesan penting kerana kami kini perlu mencari mengapa ritma-ritma ini wujud dan berfikir tentang kesan seterusnya.
''Sekiranya kami meletakkan sesiapa menjalani protokol-protokol ini, kami mempengaruhi proses paling asas yang boleh menjelaskan mengapa bekerja syif mempunyai kaitan dengan peningkatan risiko kesihatan,'' tambah beliau. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140122/lu_12/Bekerja-syif-jejaskan-kesihatan#ixzz2r4hCoxAp
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pemandu merentasi sungai membeku di China, elak bayar tol


Seorang pemandu kereta bertindak merentasi sebatang sungai yang membeku di China, semata-mata mahu mengelak daripada membayar tol jambatan. - AGENSI
BEIJING 21 Jan. - Seorang pemandu kereta sanggup membahayakan diri sendiri apabila bertindak berani merentasi sebatang sungai yang membeku di China, semata-mata mahu mengelak daripada membayar tol jambatan.
Aksi berbahaya selama 10 minit itu sempat dirakamkan oleh seorang saksi di Sungai Kuning, Ordos di Mongolia Tengah, baru-baru ini, walaupun pemandu itu berdepan risiko tenggelam dalam air yang membeku di sungai itu, jika ais beku itu pecah.
Pada mulanya, pemandu berkenaan dilihat memandu perlahan dan berhati-hati untuk menguji tahap kekerasan ais di sungai itu.
Beberapa saksi lain berkata, mereka berasa cemas setiap kali terdengar bunyi rekahan ais ketika kenderaan berkenaan bergerak di permukaan sungai yang membeku itu.
Namun, tidak lama kemudian pemandu tersebut mula memandu dengan penuh yakin untuk melintasi sungai selebar satu kilometer itu dan berjaya merentasi sungai beku itu dengan selamat, sekali gus dia berjaya menjimatkan wang sebanyak AS$0.50 (RM1.60) untuk membayar tol.
Laluan terdekat untuk menyeberangi sungai sepanjang 5,464 kilometer itu adalah dengan menggunakan Lebuh Raya Jingsang dengan memandu sejauh kira-kira 111 kilometer melalui bandar Ordos.
Sungai itu bermula dari Pergunungan Bayan Har dan merentasi sembilan wilayah China serta dua wilayah autonomi menuju ke Laut Bohai, di wilayah Shandong, timur China. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140122/lu_13/Pemandu-merentasi-sungai-membeku-di-China-elak-bayar-tol#ixzz2r4gmmaAA
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tuesday, January 21, 2014

Piza wajah pengantin untuk kejutan

Manchester: Pasangan pengantin baru yang sangat menyukai makanan segera meraikan majlis perkahwinan dengan mengabadikan potret wajah mereka di atas dua keping piza.
Kieran dan Natasha Morris, dari Bury, Manchester, meminta restoran piza kegemaran mereka mengabadikan wajah mereka di atas dua piza yang berukuran 13 inci diperbuat daripada puri tomato, daging dan jagung.

Restoran piza itu pernah mengabadikan potret artis Nathan Wyburn yang pernah muncul dalam rancangan Britain's Got Talent, selain turut menghasilkan imej seperti ikan duyung, cokelat dan pelbagai lagi.
Dalam tempoh tiga jam, piza istimewa itu siap untuk dihantar kepada pasangan bahagia berkenaan Sabtu lalu.

Kieran berkata, mereka mendapat idea itu untuk memberi kejutan kepada tetamu yang hadir kerana rakan mereka sering berjenaka mengenai tabiat kedua-duanya yang gemar memakan piza.

“Piza yang menampilkan wajah kami menjadi hadiah perkahwinan kepada tetamu. Kami sangat gembira apabila melihat wajah kami di atas piza dan tetamu juga seronok dengan kejutan itu,” katanya dalam satu kenyataan. - Agensi
Foto
PIZA yang mengabadikan wajah Kieran dan Natasha.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/21

Gempa bumi kuat gegar New Zealand


WELLINGTON - Satu gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala ritcher menggegarkan New Zealand semalam menyebabkan beberapa bangunan rosak dan perkhidmatan kereta api terpaksa dihentikan.
Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (AS) memberitahu bahawa gempa yang melanda pukul 3.52 petang waktu tempatan itu berpusat di Pulau Utara Island, kira-kira 115 kilometer dari sini.
Pusat gempa dikesan pada kedalaman 27 kilometer di bawah tanah. Gempa bumi tersebut dirasai di seluruh Pulau Utara dan Pulau Selatan dengan disusuli beberapa gegaran susulan.
Seorang penduduk bandar Eketahuna, Brian Smith berkata, dia dan jiran-jiran yang lain ketakutan apabila kediaman mereka bergegar tetapi tiada sebarang kerosakan berlaku.
"Isteri saya yang berada di taman ketika kejadian tidak boleh berdiri dan terpaksa duduk kerana gegaran yang sangat kuat," katanya.
Pihak polis berkata, tingkap beberapa bangunan dan rumah di pekan kecil itu pecah tetapi tiada sebarang kecederaan dilaporkan.
Semua perkhidmatan kereta api di Wellington juga terpaksa dihentikan buat sementara akibat gempa berkenaan.
New Zealand pernah dilanda gempa kuat berukuran 6.3 pada skala Ritcher pada 2011 menyebabkan seramai 185 maut di bandar Christchurch. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0121&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2qyhELCor 
Hakcipta terpelihara 

Itik kudung dapat berjalan semula guna kaki bionik



Agensi
DUDLEY mendapat kaki palsu bionik yang dicipta daripada teknologi percetakan 3D.


SICAMOUS, Kanada - Seekor itik yang kudung kaki kanan kini mampu berdiri dan berjalan semula selepas dipakaikan kaki bionik.
Sebuah syarikat mencipta kaki palsu bionik menggunakan teknologi percetakan tiga dimensi (3D).
Itik berusia lima bulan itu, Dudley mengalami kecederaan teruk pada bahagian kakinya apabila diserang sekumpulan ayam ketika berada di sebuah pusat perlindungan haiwan di sini pada Ogos tahun lalu.
Menurut akhbar The Huffington Post, kaki bionik itu direka oleh seorang jurutera mekanikal, Terence Loring menggunakan teknologi percetakan 3D.
Kaki palsu yang diperbuat daripada bahan plastik tahan lasak itu mengambil masa selama dua minggu untuk dihasilkan oleh syarikat Proto3000 di Ontario, Kanada. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0121&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz2qyh2ULlP 
Hakcipta terpelihara 

Pantai Jurassic jadi tumpuan


Sebahagian daripada pencari harta karun membanjiri pantai Jurassic di Dorset, Britain, berikutan penemuan fosil reptilia marin (gambar kecil) bernilai RM81,517 baru-baru ini. - Agensi
LONDON 20 Jan. - Pantai Jurassic di Dorset, Britain kini dibanjiri ratusan pencari harta karun, selepas penemuan fosil reptilia marin gergasi bernilai 15,000 pound (RM81,517) di sebuah pulau itu pada Boxing Day, baru-baru ini.
Pencari harta karun yang datang dari seluruh dunia itu mencari fosil sepanjang hari di pulau tersebut yang terletak di tapak warisan dunia sepanjang 154 kilometer yang mendapat nama sempena cenuram di situ yang terbentuk sejak 180 juta tahun dahulu.
Rangka ichthyosaur yang hampir sempurna itu ditemukan seorang pengumpul, Alan Saxon, dari Chippenham dekat daerah Wiltshire yang sedang dalam lawatan ke pulau itu selepas Krismas.
Fosil berukuran 1.5 meter itu ditemukan selepas ribut kuat melanda kawasan pantai berkenaan sebelum ia dijumpai di kaki cenuram Black Ven berhampiran perkampungan Charmouth.
Fosil reptilia marin gergasi itu berjaya dikeluarkan selepas lebih lapan jam dan usaha tersebut turut dibantu pencari fosil profesional, Paul Crossley yang menyifatkannya sebagai ‘penemuan luar biasa’.
Crossley ketika ditemubual BBC berkata, bandar pesisir pantai Lyme Regis di Dorset Barat buat masa ini menjadi tumpuan utama pemburu fosil dengan lebih ramai orang membanjiri pantai itu berbanding hari biasa.
“Kami sering menasihati pencari harta karun supaya datang ke pantai ketika air surut dan sentiasa berhati-hati dengan cenuram serta lumpur,’’ katanya. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140121/lu_09/Pantai-Jurassic-jadi-tumpuan#ixzz2qyZuHRma
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Monday, January 20, 2014

Tangan dipotong kerana beri sedekah



DIKISAHKAN bahawa semasa berlakunya kekurangan makanan dalam kalangan Bani Israel, maka lalulah seorang fakir menghampiri rumah seorang kaya dengan berkata, "Sedekahlah kamu kepadaku dengan sepotong roti dengan ikhlas kerana ALLAH S.W.T."

Setelah fakir miskin itu berkata demikian maka keluarlah anak gadis orang kaya, lalau memberikan roti yang masih panas kepadanya.

Sebaik sahaja gadis itu memberikan roti tersebut maka keluarlah bapa gadis tersebut yang bakhil itu terus memotong tangan kanan anak gadisnya sehingga putus.

Semenjak dari peristiwa itu maka ALLAH S.W.T pun mengubah kehidupan orang kaya itu dengan menarik kembali harta kekayaannya sehingga dia menjadi seorang yang fakir miskin dan akhirnya dia meninggal dunia dalam keadaan yang paling hina.

Anak gadis itu menjadi pengemis dan meminta-minta dari satu rumah ke rumah.

Maka pada suatu hari anak gadis itu menghampiri rumah seorang kaya sambil meminta sedekah, maka keluarlah seorang ibu dari rumah tersebut.

Ibu tersebut sangat kagum dengan kecantikannya dan mempelawa anak gadis itu masuk ke rumahnya. Ibu itu sangat tertarik dengan gadis tersebut dan dia berhajat untuk mengahwinkan anaknya dengan gadis tersebut.

Maka setelah perkahwinan itu selesai, maka si ibu itu pun memberikan pakaian dan perhiasan bagi menggantikan pakaiannya.

Pada suatu malam apabila sudah dihidang makanan malam, maka si suami hendak makan bersamanya.

Oleh kerana anak gadis itu kudung tangannya dan suaminya juga tidak tahu bahawa dia itu kudung, manakala ibunya juga telah merahsiakan tentang tangan gadis tersebut.

Maka apabila suaminya menyuruh dia makan, lalu dia makan dengan tangan kiri. Apabila suaminya melihat keadaan isterinya itu dia pun berkata, "Aku mendapat tahu bahawa orang fakir tidak tahu dalam tatacara harian, oleh itu makanlah dengan tangan kanan dan bukan dengan tangan kiri."

Setelah si suami berkata demikian, maka isterinya itu tetap makan dengan tangan kiri, walaupun suaminya berulang kali memberitahunya.

Dengan tiba-tiba terdengar suara dari sebelah pintu, "Keluarkanlah tangan kananmu itu wahai hamba Allah, sesungguhnya kamu telah mendermakan sepotong roti dengan ikhlas kerana Ku, maka tidak ada halangan bagi-Ku memberikan kembali akan tangan kananmu itu."

Setelah gadis itu mendengar suara tersebut, maka dia pun mengeluarkan tangan kanannya, dan dia mendapati tangan kanannya berada dalam keadaan asalnya, dan dia pun makan bersama suaminya dengan menggunakan tangan kanan.

Hendaklah kita sentiasa menghormati tetamu kita, walaupun dia fakir miskin apabila dia telah datang ke rumah kita maka sesungguhnya dia adalah tetamu kita.

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud, "Barang siapa menghormati tetamu, maka sesungguhnya dia telah menghormatiku, dan barang siapa menghormatiku, maka sesungguhnya dia telah memuliakan ALLAH S.W.T.

Dan barang siapa telah menjadi kemarahan tetamu, dia telah menjadi kemarahanku. Dan barang siapa menjadikan kemarahanku, sesungguhnya dia telah menjadikan murka ALLAH S.W.T."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud, "Sesungguhnya tetamu itu apabila dia datang ke rumah seseorang mukmin itu, maka dia masuk bersama dengan seribu berkah dan seribu rahmat."


Dipetik daripada blog Detik Islam.com

Remaja Britain 16 tahun berjalan kaki takluki Kutub Selatan



REMAJA itu berjalan kaki merentasi kawasan ais dalam satu ekspedisi latihan di Greenland.


LONDON - Seorang pelajar Britain berusia 16 tahun semalam menjadi individu termuda berjalan kaki ke Kutub Selatan, kata pasukannya.
Lewis Clarke meraikan kejayaan tersebut bersama semangkuk pasta dan keju parmesan yang menjadi hidangan lengkap pertamanya sejak dia mengembara sejauh 1,129 kilometer dari Denmark pada 2 Disember 2013.
Remaja lelaki itu dan pemandu arahnya, Carl Alvey merentasi rantau Antartika menggunakan ski dan tanpa sokongan lain.
Mereka hanya membawa barang makanan semasa melakukan perjalanan jauh dengan menempuh suhu -50° Celsius di bawah paras beku.
"Saya benar-benar gembira dan lega kerana buat kali pertama sejak 48 hari lalu, saya tidak perlu bangun dan mengheret gelongsor salji merentasi lapisan ais dan angin sejuk selama sembilan jam setiap hari," kata Clarke.
Dua pengembara itu tiba di Kutub Selatan pukul 2 pagi semalam (waktu Malaysia).
Clarke yang melakukan perjalanan sukar itu untuk mengutip dana bagi mengisi tabung yayasan belia Putera Charles, akan pulang ke Britain pada Jumaat ini apabila rekodnya disahkan.
Terdahulu, Guinness World Records menyatakan, rekod orang paling muda berjalan kaki ke Kutub Selatan tanpa bantuan anjing atau kenderaan bermotor dicatat oleh gadis Kanada berumur 18 tahun, Sarah Ann McNair-Landry pada Januari 2005. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0120&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2qsjbU7kF 
Hakcipta terpelihara 

Pam tayar guna hidung



YONGBING sedang meniup udara ke dalam tayar menerusi saluran paip getah.


CHENGDU, Sichuan - Seorang lelaki China mencipta rekod dunia apabila dia mengepam empat biji tayar kereta menggunakan hidungnya, lapor sebuah akhbar tempatan.
Nie Yongbing, 63, mengambil masa 21 minit untuk melakukan tugas sukar tersebut.
Dia menggunakan kekuatan hidungnya untuk meniup udara ke dalam tayar kereta berkenaan dengan terdapat dua orang dewasa di atas setiap tayar itu.
Nie mula melakukan perkara ganjil itu selepas seorang doktor memberitahu yang dia dapat meningkatkan tahap kesihatannya dengan meniup belon menggunakan hidung.
Sehingga kini, lelaki tersebut masih belum menemui pencabar yang mahu menandinginya. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0120&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2qsjMMyxc 
Hakcipta terpelihara 

Sunday, January 19, 2014

Makam ‘firaun hilang’ ditemui

Makam ‘firaun hilang’ ditemuiKeranda Firaun Sobekhotep l ditemui di Abydos di pinggir Kaherah. 

Kaherah: Sekumpulan pakar arkeologi Universiti Pennsylvania, Amerika Syarikat berjaya menemui rangka Raja Senebkay, yang dikenali sebagai ‘firaun hilang’ di Abydos, wilayah Sohag, kira-kira 500 kilometer ke selatan Kaherah baru-baru ini.

Tidak pernah disebut di dalam mana-mana sejarah Mesir kuno, nama Raja Senebkay tercatat di dalam bentuk tulisan hiroglifik yang ditemui bersama barangan yang menggambarkan ia milik keluarga diraja,” kata kementerian dalam satu kenyataan.

Kenyataan berserta gambar penemuan itu juga menunjukkan keranda batu yang rosak teruk di dalam bilik pengebumian tanpa bumbung.

Dinding batunya dihias dengan imej berwarna. Rangka tulang firaun yang disusun diatas kain putih turut ditunjukkan.

“Pada asalnya ia di awet tetapi tubuhnya rosak dan terpisah akibat aktiviti pencuri makam zaman purba,” jelas kenyataan bergambar itu. 

Saturday, January 18, 2014

Rambut dalam perut

Beijing: Doktor berjaya mengeluarkan gumpalan rambut yang memenuhi hampir 70 peratus perut seorang kanak-kanak berusia 12 tahun di China.
Ibu kanak-kanak terbabit mendapatkan rawatan doktor setelah berat badan kanak-kanak berkenaan semakin susut dan rambutnya mulai gugur. 
Selepas menjalani imbasan CT, doktor mengesan sesuatu yang berukuran hampir satu kaki.

Setelah pembedahan dijalankan, doktor dan ibu mangsa terkejut apabila mendapati gumpalan besar rambut di dalam perut kanak-kanak terbabit.
Foto
DOKTOR menunjukkan gumpalan rambut yang berjaya dikeluarkan.

Ibu mangsa berkata, dia tidak menyangka perbuatan anaknya yang suka memasukkan rambut ke dalam mulut boleh mengakibatkan perkara berkenaan.

Sementara itu, doktor turut menjalankan satu ujian mental terhadap kanak-kanak berkenaan bagi mengesan punca dia gemar memakan rambut, habuk serta barangan pelik yang lain. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/18

Tentera sembunyi 30 tahun di hutan meninggal dunia

Tokyo: Seorang anggota tentera Jepun yang bersembunyi di hutan Filipina selama tiga dekad kerana tidak percaya yang Perang Dunia Kedua sudah berakhir meninggal dunia pada usia 91 tahun di Tokyo semalam.
Hiroo Onoda yang melancarkan perang gerila di Pulau Lubang dekat Luzon hanya mempercayai yang perang sudah berakhir pada 1974 selepas diarahkan bekas komandernya agar menyerah diri.
Onoda meninggal dunia di Tokyo akibat sakit jantung.

Dia ialah individu terakhir daripada puluhan anggota tentera yang bersembunyi di seluruh Asia yang setia berjuang untuk maharaja Jepun.
Foto
GAMBAR yang dirakam pada Mac 1974 menunjukkan Onoda (tengah) memberi tabik selepas menyerahkan pedangnya di Pulau Lubang, barat daya Filipina.

Dilatih sebagai pegawai risikan dan ketua gerila, Onoda dikerah ke Lubang pada 1944 dan diarahkan agar tidak menyerah diri, tidak membunuh diri dan tetap berjuang hingga pasukan bantuan tiba.

Dia dan tiga lagi anggota tentera terus mematuhi arahan itu walaupun Jepun sudah tewas dalam Perang Dunia Kedua pada 1945.

Tokyo mengisytiharkan mereka sudah mati selepas gagal mencari mereka selama sembilan tahun.

Bagaimanapun, pada 1972, Onoda dan beberapa rakannya terbabit dalam insiden berbalas tembakan dengan tentera Filipina. Rakan seperjuangannya maut tetapi Onoda berjaya melarikan diri.

Onoda menjelaskan yang dia percaya percubaan memujuknya itu ialah angkara regim boneka di Tokyo yang didalangi Amerika Syarikat. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/18

Biarawati Itali lahirkan bayi laki-laki

Biarawati lahirkan bayi laki-laki di Italia
gambar hiasan biarawati. 
huffingtonpost.com
Merdeka.com - Seorang biarawati dari El Salvador yang mengatakan dia tidak tahu yang dia sedang hamil telah melahirkan seorang bayi di Itali  minggu ini, setelah merasa kejang di bahagian perutnya dan dikejarkan ke rumah sakit.

Biarawati berusia 31 tahun itu dan bayi laki-lakinya dengan berat 3.5 kilogram dilaporkan dalam keadaan baik. Ibu-ibu baru melahirkan lainnya di rumah sakit Rieti mulai mengumpulkan pakaian dan sumbangan untuk dia, seperti dilansir   the Huffington Post, Sabtu (18/1).
"Saya tidak tahu saya sedang hamil. Saya hanya merasa sakit perut," kata biarawati tidak disebutkan namanya itu ketika berada di rumah sakit, seperti dikutip kantor berita Itali ANSA.

Surat khabar dari Itali  La Repubblica mengatakan sang biarawati melahirkan pada Rabu lalu.
ANSA mengatakan biarawati itu menamai bayinya Francesco (Fransiskus), di mana Paus ketika ini juga memilih nama itu sebagai nama gelarannya, dan menjadi salah satu nama paling popular di Itali , di mana Santo Fransiskus dari Assisi adalah santo pelindung.

Namun, pihak rumah sakit tidak dapat dihubungi untuk memberikan komentar.
Biarawati itu dilaporkan berasal dari biara Little Disciples of Jesus di Campomoro dekat Rieti, yang merawat para orang-orang jompo. Dikatakan juga biarawati itu akan menjaga bayinya.Sesama biarawati lainnya mengatakan mereka sangat terkejut mendengar khabar itu.
sumber

Friday, January 17, 2014

Doktor berjaya buang ketumbuhan 36 kilogram

Prague: Ketumbuhan seberat 36 kilogram berjaya dibuang dari dalam perut seorang wanita selepas ia membsar selama beberapa tahun.
Ketumbuhan itu menjadi besar kerana pesakit berusia 47 tahun itu terlalu takut untuk mendapatkan rawatan. 
Sekumpulan pakar bedah di bandar Zlin berjaya membuang ketumbuhan itu dalam pembedahan tujuh jam.

Tanpa ketumbuhan berkenaan, berat badan wanita terbabit turun mendadak daripada 66 kilogram kepada 51 kilogram.
Foto
KEADAAN pesakit wanita sebelum doktor membuang ketumbuhan seberat 36 kilogram dalam perutnya.

Ketua jabatan obstetrik dan ginekologi di Hospital Zlin, Zdenek Adamik berkata, agak pelik apabila keluarga dan rakan wanita terbabit tidak menyedari apa yang berlaku padanya.

“Ketumbuhan itu menyebabkan dia terlantar di katil dan tidak mampu menjalani kehidupan normal,” katanya.

Tidak dapat dipastikan sama ada dia akan sembuh dengan cepat selepas pembedahan. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/17

Tak mandi 60 tahun

Tak mandi 60 tahun17 Januari 2014

 FARS - IRAN. Seorang lelaki warga Iran dipercayai tidak pernah mandi sejak 60 tahun lalu kerana percaya ‘kebersihan itu sebagai punca penyakit’.
Haji, 80, dari Dejgah, berang jika beliau terkena air.
Keadaan itu menyebabkan kulitnya menyamai warna tanah dan berkerak.
Penduduk berkata, Haji lebih suka memakan daging landak busuk dan meminum 5 liter air sehari dari air takungan bekas karat.
“Dia mengisi rokok dengan najis haiwan,” katanya.
Menurutnya lagi, Haji tinggal di ‘rumah’ dalam lubang tanah seperti kubur.
"Haji mengalami tekanan emosi hingga membuatkan dia memilih cara kehidupan seperti itu,” katanya yang dipetik  TNews

Ibu tak sangka lahir bayi 5.1kg

Ibu tak sangka lahir bayi 5.1kgSINAR HARIAN
17 Januari 2014

Bayi lelaki seberat 5.1 kilogram yang selamat dilahirkan secara normal.

KUALA KRAI – "Syukur Alhamdulillah, saya dimaklumkan anak dalam kandungan sekitar 3.5 hingga 3.9 kilogram (kg), sebab tu berani bersalin normal, tapi agak terkejut doktor beritahu bayi saya seberat 5.1 kg,” kata Siti Maisarah

Md Nor, 32, yang selamat melahirkan anak kedua secara normal di Hospital Kuala Krai, walaupun saiz bayinya agak besar.

Bayi lelaki dilahirkan Siti Maisarah kira-kira jam 12.47 tengah hari 12 Januari lalu menarik perhatian orang ramai kerana agak besar berbanding bayi yang pernah dilahirkan di hospital ini.

Bayi yang belum diberikan nama itu bukan setakat menarik perhatian orang ramai tetapi juga doktor dan juga jururawat di hospital berkenaan memandangkan mereka jarang menemui bayi sebesar anak Siti Maisarah dan suami, Mohamad Khairul Anuar Abd Aziz, 31.

Bagi Siti Maisarah, dia gembira tidak mengalami sebarang masalah sepanjang mengandungkan dan melahirkan anak keduanya.

Bina bangunan paling tinggi


Sky City mempunyai ketinggian 10 meter mengatasi pemegang rekod dunia ketika ini iaitu Burj Khalifa.
CHANGSHA, China 16 Jan. - Hasrat bilionair China, Zhang Yue untuk membina bangunan tertinggi di dunia setinggi 838 meter dalam tempoh kurang setahun telah mendapat kritikan hebat terutamanya dari segi keselamatan.
Namun, tycoon China berkenaan tetap mahu meneruskan hasratnya membina bangunan itu dengan pelaburan sebanyak AS$1.46 bilion (RM4.672 bilion).
Hal ini kerana beliau telah mempunyai rekod kejayaan membina bangunan menyerupai piramid mesir dan replika Versailles dalam tempoh enam bulan.
Kejayaan membina bangunan tinggi dalam tempoh yang singkat itu disokong oleh teknologi pembinaan pasang siap dan syarikat Yue, Broad Sustainable Building telah mencatat rekod dunia dengan membina hotel setinggi 30 tingkat dalam tempoh 15 hari di bandar Changsha.
Beliau berkata, bangunan yang akan diberi nama Sky City berkenaan mempunyai ketinggian 10 meter mengatasi pemegang rekod dunia ketika ini iaitu Burj Khalifa yang mengambil masa lima tahun untuk dibina dengan kos AS$1.5 bilion (RM4.8 bilion).
"Kami merancang menyiapkan Sky City sebelum hujung tahun ini dan hasrat itu telah menerima tentangan yang hebat. Tidak ramai yang menyokong kami dan terlalu ramai yang dengki.
"Kami akan bina dulu baru mereka akan percaya," katanya kepada AFP.
Sumber rapat daripada pejabat Yue berkata, pekerja sedang bersemangat untuk menyediakan komponen bangunan berkenaan dan menegaskan tidak mempunyai masalah menggunakan teknologi pasang siap bagi membina Sky City.
"Kami boleh siapkannya sebelum Disember ini, malah mampu membina bangunan yang lebih tinggi lagi," kata pekerja-pekerja Yue.
Projek berkenaan telah dilancarkan tahun lalu tetapi dihentikan serta merta oleh pihak berkuasa Changsha kerana permit yang tidak lengkap.
Sementara itu, jurutera pakar bebas berkata, konsep Sky City akan berdepan dengan banyak masalah seperti, rekaan lif, sistem tebatan kebakaran dan kekukuhan struktur bangunan apabila siap.
Pengarah Bangunan Tinggi dan Kehidupan Bandar (CTBUH) iaitu sebuah majlis yang berpusat di Amerika Syarikat (AS), Antony Wood berkata, beliau masih sangsi dengan projek berkenaan tetapi sangat menyanjung tinggi apa yang telah dilakukan oleh Broad Sustainable Building sebelum ini.
"Dalam masyarakat sekarang, jika kamu mahu melakukan sesuatu yang baik, tiada siapa akan percaya. Masyarakat kekurangan sifat kepercayaan dan sentiasa melihat sesuatu yang baik dari sudut negatif," jelasnya.
Yue yang ketika ini berumur 53 tahun, memulakan kerjayanya sebagai penjual produk pendingin hawa sehingga menjadi usahawan pertama China yang memiliki helikopter sendiri.
Beliau merupakan seorang yang rendah diri, makan bersama kakitangan di kantin yang sama, meludah ke dalam tisu tanpa malu semasa bercakap tetapi beliau sentiasa mempunyai visi untuk mengubah bandar-bandar di China.
Beliau juga seseorang yang tidak mementingkan keuntungan semata-mata dalam setiap projeknya dan sangat mengambil berat mengenai alam sekitar - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20140117/ek_01/Bina-bangunan-paling-tinggi#ixzz2qbEkzt7M
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Remaja jumpai bom zaman perang



Kane Byrne (kiri) dan Alex Taylor (kanan) menemukan dua butir peledak zaman perang (gambar bawah) ketika melakukan aktiviti mengesan logam di Kent, England, baru-baru ini. - AGENSI
FOLKSTONE, England 16 Jan. - Seorang bapa di sini panik, apabila mendapati anaknya bersama seorang rakan membawa pulang dua peledak peninggalan Perang Dunia Kedua, selepas melakukan aktiviti mengesan logam di sebuah padang di Kent.
Kane Byrne dan Alex Taylor, kedua-duanya berusia 12 tahun, pada mulanya mahu mencari barang perhiasan dan duit syiling, sebelum mereka menjumpai peledak antikereta kebal itu.
Pelajar Sekolah Lelaki Dover Grammar itu dilaporkan melakukan aktiviti tersebut ketika hari cuti ekoran berlakunya banjir.
Karl Byrne, 42, bapa kepada Kane bertindak meletakkan peledak berkenaan di dalam beg dan menempatkannya di taman di belakang rumah supaya bahan letupan itu tidak terdedah kepada cuaca panas yang boleh menyebabkannya meletup.
"Kane mahu menunjukkan kepada saya apa yang dia temui, namun setelah melihat objek berkenaan air muka saya terus berubah.
"Saya berasa panik, namun tetap tenang di hadapan mereka, saya tahu apa sebenarnya objek itu,'' jelas Karl.
Peledak yang boleh membawa kemusnahan dalam lingkungan 1.8 meter jika meletup itu, kemudiannya dilupuskan oleh pihak polis.
"Perkara itu sama sekali tidak akan menghalang saya daripada terus melakukan aktiviti mengesan logam. Bagaimanapun, polis menasihati jika terjumpa sesuatu yang tidak diketahui, saya harus memberitahu ayah terlebih dahulu,'' ujar Kane.
Sementara itu, menurut Taylor, mereka mengorek tanah sedalam kira-kira 0.3 meter dan menemukan peledak pertama, sebelum membawanya pulang ke rumah Byrne.
"Kami bersihkan bom itu dan berhasrat untuk pergi semula ke tempat yang sama sebelum menjumpai peledak kedua bersebelahan tempat peledak pertama,'' terang Taylor. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140117/lu_08/Remaja-jumpai-bom-zaman-perang#ixzz2qbBjvet9
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Jerung sirip hitam masih belum pupus


Spesies jerung sirip hitam yang disangkakan pupus sejak 110 tahun lalu, ditemukan dijual secara terbuka di sebuah pasar di Kuwait, baru-baru ini. - AGENSI
KUWAIT CITY 16 Jan. - Sejenis spesies ikan jerung yang dipercayai telah pupus sejak sekian lama, ditemukan dijual di sebuah pasar di Kuwait, baru-baru ini.
Jerung bersirip hitam itu dikatakan tidak wujud lagi, malah hanya terdapat satu sampel ikan tersebut yang disimpan bagi tempoh 110 tahun lalu untuk tujuan penyelidikan.
Namun, satu tinjauan di pasar ikan di Kuwait City mengejutkan para saintis apabila sebanyak 47 ekor ikan jerung jenis itu yang sudah dibunuh, dijual secara terbuka kepada orang ramai.
Penduduk tempatan menggelar ikan pemangsa itu sebagai 'Sharg' yang membawa maksud timur dalam bahasa Arab.
Analisis selanjutnya mendapati, ikan itu merupakan ikan jerung bersirip hitam, walaupun pada mulanya dakwaan tersebut disangkal kerana haiwan itu ditemukan di pasar Kuwait City yang terletak 2,896 kilometer dari Yemen, lokasi pertama spesies berkenaan ditemukan.
Saintis mengambil peluang tersebut untuk mengumpul pelbagai maklumat tentang jerung itu sebagai persediaan melaksanakan pelan pemulihan termasuk mengkaji bagaimana haiwan tersebut membesar, jumlah anak yang dilahirkan dan habitatnya.
Malah, saintis juga mula menjalankan kajian terhadap ikan yang ditangkap di Kuwait, Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Yemen.
Sebelum ini saintis pernah menemukan dua ekor ikan jerung yang dipercayai daripada spesies yang sama.
Penemuan pertama pada 1985 didaftarkan sebagai spesies baharu, manakala ikan jerung kedua yang merupakan satu-satunya spesies jerung bersirip hitam ditemukan oleh pakar haiwan dan tumbuhan, Wilhelm Hein semasa mengembara ke Yemen pada 1902.
Namun, pada 2008, Persatuan Pemuliharaan Jerung mendedahkan satu lagi penemuan seekor ikan jerung yang disifatkan hampir sama seperti spesies jerung bersirip hitam itu selepas meneroka perairan Yemen. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140117/lu_07/Jerung-sirip-hitam-masih-belum-pupus#ixzz2qbBa2Ihv
© Utusan Melayu (M) Bhd 

'Paus Udara' pesawat masa depan


Pesawat 'Sky Whale' atau 'Paus Udara' mampu memuatkan seramai 755 penumpang pada satu-satu masa. - AGENSI
MADRID 16 Jan. - Seorang pereka bentuk dari Sepanyol berjaya menghasilkan konsep sebuah pesawat komersial futuristik yang menyerupai bentuk sebuah kapal angkasa lepas dan berpotensi untuk dijadikan kenyataan pada masa akan datang.
Pesawat digelar 'Sky Whale' atau 'Paus Udara' yang dilaporkan lebih besar daripada pesawat penumpang terbesar di dunia, Airbus A380 itu, mampu memuatkan seramai 755 orang penumpang yang ditempatkan pada tiga dek mengikut kelas masing-masing.
Setiap kelas yang ditawarkan itu pula iaitu, kelas ekonomi, kelas perniagaan dan kelas pertama masing-masing dilengkapi tingkap canggih bagi membolehkan penumpangnya menikmati pemandangan menarik daripada pesawat.
Bagaimanapun, konsep Sky Whale dipercayai masih belum menarik minat pembuat kapal terbang di dunia untuk membangunkannya.
Pesawat itu menurut pereka bentuknya, Oscar Vinals amat besar dengan mempunyai sayap berukuran 88 meter penjang berbanding 80 meter bagi pesawat Airbus A380 dan 64 meter bagi Boeing 747.
Katanya, pesawat itu akan diperbuat daripada bahan-bahan baharu yang dihasilkan daripada seramik dan gentian komposit, manakala badan pesawat mempunyai fiuslaj berkembar, sekali gus membolehkannya terbang lebih lama tanpa perlu mengisi minyak.
Selain itu katanya, enjin pesawat itu mampu condong sehingga 45 darjah, sekali gus membolehkan Sky Whale berlepas dari kedudukannya tanpa memerlukan sebuah landasan yang panjang seperti mana yang diperlukan pesawat Airbus A380.
Malah, menurut Vinals yang beribu pejabat di Barcelona, sekiranya pesawat itu terhempas, ia akan memisahkan bahagian penumpang dengan bahagian sayap atau enjin pesawat, sekali gus mampu mengurangkan jumlah kematian.
Tambahnya, kesemua teknologi itu adalah untuk mengurangkan seretan, penggunaan minyak dan berat, sekali gus menjadikannya sebuah pesawat paling mesra alam. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140117/lu_06/Paus-Udara-pesawat-masa-depan#ixzz2qbBG6lwm
© Utusan Melayu (M) Bhd 

RIWAYAT HIDUP AL HASAN AL BASRI


Hasan Al Basri nama penuhnya ialah ; Abu Sa'id al-Hasan ibn Abi-Hasan Yasar al-Basri. dilahirkan di Madinah pada masa pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab pada tahun 21 Hijrah (642 Masihi). Ibunya bernama Khairah merupakan seorang bekas hamba kepada isteri Nabi Muhammad saw (Ummu Mukminin) yang bernama Hindun binti Suhail atau lebih dikenali sebagai Ummu Salamah.

Ummu Salamahlah yang memberi nama Al Hasan. Beliau adalah seorang wanita Arab yang cerdik dan sangat berilmu. Ummu Salamah adalah diantara segelintir kecil kaum wanita yang celik huruf dan telah meriwayatkan sehingga 387 buah hadis. Beliau adalah ibu susuan Al Hasan

Ayahnya bernama Yasar merupakan bekas hamba kepada Zaid bin Thabit, seorang penulis wahyu Rasulullah saw. Al Hassan membesar dan dididik dirumah Ummu Salamah dan rapat dengan kesemua Ummu Mukminin (isteri Rasulullah) kerana rumah-rumah mereka berdekatan.

Al Hasan menerima hadis daripada Othman bin Affan, Ali bin Abi Talib, Abu Musa al Ash’ari, Abdullah bin Umar, Abdullah bin Abbas, Anas bin Malik, Jabir bin Abdullah dan ramai lagi. Ali bin Abi Talib merupakan idola Al Hasan yang kuat pegangan agama, kesempurnaan ibadah, kezuhudan menjauhi segala kesenangan dunia, kepetahan, kebijaksanaan, kefasihan dan tunjuk ajar yang mampu menyentuh hati manusia. Al Hasan cuba mencontohi segala akhlak, ketaqwaan dan ibadah Ali bin Abi Talib.

Pada umur 14 tahun mengikuti ayahnya berpindah ke Basrah dan menetap di sana. Dengan ini namanya dikaitkan dengan Basrah dan dikenali dengan Al Hasan Al Basri.

Beliau mempelajari tafsir, hadis dan qiraat Abdullah bin Abbas. Beliau juga mendalami ilmu fikah, bahasa dan sastera daripada sahabat lain.

Al Hasan menjadi ilmuan dan seorang fakih yang terkenal dan dipercayai. Beliau dapat melembutkan hati dan mampu membuat air mata masyarakat berlinangan.

Maslamah bin Abdul Malik merupaka jiran Al Hasan di Basrah, memceritakan mengenai Al Hasan; Hasan sama luar dan dalamnya. Ucapannya selari dengan perbuatannya. Apabila mengajak manusia kepada kebaikan beliaulah yang pertama melakukannya. Apabila melarang manusia melakukan kejahatan beliaulah yang pertama yang meninggalkannya. Beliau zuhud, menjauhi daripada mengambil segala yang ada di tangan manusia lain. Manusia amat mengharapkanya dan sentiasa meminta apa yang ada padanya.

Al Hajjaj bin Yusuf Al Thaqafi pemerintah Iraq yang zalim pernah ditegur kezalimannya oleh Al Hasan. Beliau juga melarang Al Hijjaj membina bangunan-bangunan mewah. Al Hijjaj marah dan ingin memenggal kepala Al Hasan. Setelah dihadapkan kepada Al Hijjaj, Al Hasan membaca doa,” Wahai Tuhanku yang memberikan nikmat dan menjadikan tempat aku berlindung ketika menghadapi malapetakaku, jadikanlah kejahatannya itu sejuk dan selamat untukku seperti mana Engkau jadikan api itu sejuk dan selamat unuk Ibrahim.”

Al Hijjaj terasa gementar dan mempersilakan Al Hasan duduk sambil bertanyakan beberapa masalah agama dan dijawab Al Hasan dengan tabah dan di hurainya sehingga mendalam. Al Hijjaj berkata, “Engkau adalah pemimpin ulama” sambil menghadiahkan Al Hasan minyak wangi.

Banyak kisah-kisah yang menceritakan pengalaman Al Hasan Al Basri ketika berhadapan dengan para pembesar dan pemimpin. Beliau semakin dihormati apabila berhadapan dengan mereka. Hasan menjadi guru di Basrah, (Iraq) dan menubuhkan madrasah di sana. Antara pengikutnya yang terkenal adalah Amr ibn Ubayd dan Wasil ibn Ata, pengasas mazhab Muktazilah.

Hasan adalah penyokong kuat nilai tradisional (orthodox) dan cara hidup zuhud. Menurut beliau takut adalah asas kepada moral dan kesedihan adalah ciri agama; kehidupan hanyalah perjalanan untuk ke akhirat, dan kesenangan hendaklah dinafikan untuk menewaskan nafsu. Hasan al-Basri juga dipandang tinggi oleh ahli sufi kerana sikap zuhudnya. Walau bagaimanapun, beliau bukanlah seorang sufi.

Hasan dikenali sebagai seorang yang suci jiwanya menyamai para sahabat. Dalam politik, beliau menentang sistem pewarisan khalifah dalam dinasti Umayyah tetapi percaya kepada pemilihan khalifah.

Al Hasan meninggal dunia pada usianya 80 tahun pada hari Jumaat di awal bulan Rejab pada tahun 110H, 728 Masihi di Basrah, Iraq. Selepas solat Jumaat jenazahnya disembahyangkan dan seluruh penduduk Basrah mengiringi jenazahnya sehingga di masjid Basrah tidak didirikan solah Asar berjemaah. Al Hasan Al Basir telah berjaya mengisi dunia dengan limpahan ilmu, kata nasihat yang menyentuh hati dan mampu menintiskan air mata.
sumber

NASA akan bina roket terbesar di dunia



GAMBAR yang menunjukkan roket Saturn (kiri) dan Shuttle serta Sistem Pelancaran Angkasa (kanan) milik Amerika Syarikat. - NASA


WASHINGTON - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) kelmarin mendedahkan beberapa gambar roket terbaharunya yang dikenali sebagai Sistem Pelancaran Angkasa (SLS).
Menurut NASA, SLS yang setinggi 98 meter itu merupakan roket terbesar di dunia.
Kenderaan angkasa lepas itu juga boleh membawa bebanan sebanyak 143 tan.
Ia akan digunakan untuk membawa angkasawan ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) selain membantu manusia meneroka sistem solar dengan lebih jauh.
"Potensi penggunaan SLS untuk bidang sains akan meningkatkan lagi sinergi bagi tujuan eksplorasi saintifik dan penjelajahan manusia," kata angkasawan dan pentadbir sains bersama di ibu pejabat NASA di sini, John Grunsfeld.
Katanya, selain misi ke ISS, roket berkenaan juga dapat digunakan untuk penerokaan asteroid dan menuju ke planet Marikh.
Roket SLS dijangka dilancarkan buat kali pertama oleh NASA pada tahun 2017. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0117&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2qb5gJJx9 
Hakcipta terpelihara 

Tiga orang jinakkan lembu jantan



TIGA orang cuba untuk menjinakkan seekor lembu jantan di Alanganallor, India semalam.


ALANGANALLOR, India - Seramai tiga orang peserta cuba untuk menjinakkan seekor lembu jantan pada satu pertandingan yang diadakan di sini semalam.
Pertandingan yang diadakan 424 kilometer ke selatan Chennai itu diadakan sempena festival menuai.
Pertandingan itu merupakan sukan yang popular dalam kalangan penduduk berketurunan Tamil. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0117&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2qb5YvMaF 
Hakcipta terpelihara 

Jutawan China miliki replika piramid



GAMBAR yang dirakamkan pada 31 Disember lalu menunjukkan replika piramid yang dimiliki Yue di Changsa.


CHANGSHA - Seorang jutawan dari China, Zhang Yue yang membina sebuah replika piramid dan istana Versailles bertekad untuk membina sebuah bangunan tertinggi di dunia dalam tempoh enam bulan.
Replika istana itu hampir sama dengan Istana Versailles di Versailles, Perancis.
Ahli peniagaan berusia 53 tahun itu merancang membina menara yang dikenali sebagai Sky City yang 10 meter lebih tinggi dari bangunan tertinggi dunia, Burj Khalifa di Dubai yang mempunyai ketinggian 829.8 meter.
Bangunan Burj Khalifa mengambil masa selama lima tahun untuk dibina.
Beliau yang dianggarkan mempunyai kekayaan bernilai AS$180 juta (RM593 juta) merancang membina bangunan berkenaan pada Jun ini dan dijangka siap pada Disember depan.
Syarikat beliau, Broad Sustainable Building sebelum ini berjaya membina sebuah hotel setinggi 30 tingkat di Changsha dalam tempoh 15 hari.
Bagaimanapun, rancangan beliau untuk membina bangunan tertinggi dunia dalam tempoh enam bulan itu mendapat halangan pihak berkuasa yang bimbang dengan faktor keselamatan bangunan berkenaan.
Pembinaan bangunan itu secara rasminya akan bermula pada tahun lalu tetapi terpaksa dihentikan atas arahan pihak berkuasa di bandar itu kerana masalah untuk mendapatkan permit. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0117&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2qb5MH7sP 
Hakcipta terpelihara 

Kisah Hassan Al-Basri & Jiran Nasrani


Kali ini saya ingin mengajak anda menelusuri kisah-kisah ahli sufi yang hebat. Salah seorang daripadanya ialah Hassan Al-Basri.

Hayati kisah ini.

Hassan al-Basri dan seorang jiran Nasrani

Dikisahkan, Hasan al-Basri memiliki jiran Nasrani yang memilki bilik kecil di atas loteng rumahnya. Oleh kerana atap rumah keduanya bersambung menjadi satu, maka air kencing yang berasal dari bilik kecil tetangganya itu mengalir dan menitis ke dalam bilik Hassan al-Basri. Melihat demikian, beliau terus bersabar dan tidak menjadikannya satu masalah. Beliau menyuruh isterinya meletakkan bekas untuk menadah titisan air kencing itu agar tidak mengalir ke mana-mana.

Selama dua puluh tahun perkara itu berlarutan dan Hassan al-Basri tidak mengatakan atau memberitahu mengenainya. Dia benar-benar ingin mengamalkan sabda Rasulullah saw: "Sesiapa yang beriman pada ALLAH dan hari akhirat, maka muliakanlah jiran tetangganya".

Suatu hari, Hassan al-Basri sakit. Jiran Nasraninya itu datang untuk menziarahinya.Dia merasa aneh ketika melihat ada air menitis dari atas bilik si imam. Dia melihat dengan teliti titisan air yang terkumpul dalam bekas.ternyata, itu air kencing.Dia terus faham bahawa air kencing yang mengalir tersebut berasal dari bilik kecil yang berada di atas loteng rumahnya. Dan yang membuatnya bertambah hairan, mengapa Hassan al-Basri tidak memberitahunya?

"Imam, sejak bila kamu bersabar dengan titisan air kencing kami ini?" tanya si jiran.Hassan al-Basri diam. tidak menjawab.Beliau tidak mahu jiran tetangganya berasa tidak selesa.
"Imam,katakanlah dengan jujur, sejak bila kamu bersabar dengan titisan air kencing kami ini?jika kamu tidak katakan, maka kami akan berasa sangat tidak selesa.,"desak tetangganya.
"Sejak dua puluh tahun yang lalu,"jawab Imam Hassan al-Basri dengan suara yang parau.
"Mengapa kamu tidak memberitahuku?"
"Nabi mengajar supaya memuliakan jiran tetangga, Rasulullah bersabda:" sesiapa yang beriman pada ALLAH dan hari akhirat, maka muliakanlah jiran tetangganya."

Seketika itu, si jiran terus mengucapkan dua  kalimat syahadah. Dia dan seluruh keluarganya memeluk Islam.

Subhanallah, kerana setia mengamalkan sunnah Rasulullah dan berakhlak seperti Rasulullah, jiran Nasrani itu diberi hidayah oleh ALLAH untuk memeluk agama Islam.

Jadi, Jom contohi akhlak Rasulullah s.a.w.
Selamat Beramal
sumber

Kisah Hasan Al-Basri dengan seorang budak perempuan


Pada suatu hari, sedang Hasan Al-Basri duduk di depan rumahnya, lalulah sekumpulan manusia yang sedang mengusung mayat. Di belakang mayat itu ada seorang perempuan yang sedang terurai rambutnya. Dia sedang menangis tentang kematian ayahnya. Hasan Al-Basri pun turut sama mengiringi mayat tersebut.

Budak perempuan itu berkata: “Aduhai ayah, sepanjang umurku, hari inilah yang paling menyedihkan dalam hidupku.” Berkata Hasan Al-Basri kepada budak perempuan itu.

"Engkau tidak akan lagi menghadapi ayahmu sebagaimana engkau menghadapinya hari ini." Setelah beliau selesai menyembahyangkan mayat itu, beliau terus pulang. Keesokkan harinya, setelah terbit matahari, sedang beliau duduk di muka pintu, sekali lagi beliau terserempak dengan budak perempuan itu. Dia sedang berjalan ke kawasan kubur sambil menangis.

“Baik aku ikut budak perempuan ini. Mungkin ia akan memperkatakan sesuatu yang member syafaat kepadaku.”  Kata Hasan Al-Basri dalam hatinya.

Beliau terus mengikutinya dari belakang. Beliau menyembunyikan diri di sebalik pohon yang berduri, melihatkan budak perempuan itu sampai ke kubur ayahnya. Sesampai budak itu ke kubur, terus dirangkul dan didakap kubur ayahnya. Mukanya diletakkan pada tanah sambil berkata:

“Wahai ayah, bagaimana engkau semalaman di dalam gelapnya kubur, tidak ada yang menerangi dan apa-apa yang boleh menghiburkan.”

“Wahai ayah, akulah yang menerangni lampu engkau kelmarin, siapakah yang menerangi lampu engkau malam tadi?”

“Wahai ayah, akulah yang memberikan alas tidur engkau kelmarin, maka siapakah yang memberikan alas tidur engkau malam tadi?”

“Wahai ayah, akulah yang menyelimuti kedua tangan dan kakimu malam kelmarin, maka siapakah yang menyelimutimu malam tadi?”

“Wahai ayah, akulah yang menyediakan minuman engkau kelmarin. Siapakah yang memberikan engkau minuman malam tadi?”

“Wahai ayah, akulah yang membalikkan engkau dari kanan ke kiri, siapakah yang membalikkan engkau malam tadi?”

“Wahai ayah, akulah yang menutup tubuhmu ketika engkau telanjang, siapakah yang menutupimu malam tadi?”

“Wahai ayah, akulah yang membayangkan wajahmu malam kelmarin. Siapakah yang membayangi wajahmu malam tadi?”

“Wahai ayah, ketika engkau ingin makan, akulah yang menyediakan, malam tadi siapa yang memberimu makan?”

“Wahai ayah, akulah yang memasakkan makanan engkau kelmarin, siapakah yang memasakkan ayah malam tadi?”
Setelah Hasan Al-Basri mendengar keluhan dari budak perempuan itu, diapun keluarlah dari tempat persembunyiannya. Sambil mendekati budak perempuan itu dia berkata: “Wahai perempuan, janganlah engkau berkata demikian tapi katakanlah:

“Kelmarin aku menghadapkan engkau ke kiblat, sekarang apakah engkau masih menghadap ke kiblat atau sedah berpaling?”

“Wahai ayah, aku mengkafani engkau dengan kafan yang baik, maka apakah kafan itu masih utuh atau sudah terkoyak?”

“Wahai ayah, aku meletakkan engkau ke dalam kubur, ketika itu dalam masih kuat jasadnya, apakah sekarang masih kuat atau sudah dimakan ulat?”

“Wahai ayah, para ulama mengatakan: Para hamba itu akan ditanya urusan iman, sebahagian hamba ada yang dapat menjawab dan ada yang tidak. Maka adakah engkau dapat menjawab atau tidak?”

“Wahai ayah, para ulama mengatakan: Kubur itu ada yang diperluaskan buat ahli kubur, ada yang disempitan. Maka apakah kubur ayah diperluaskan atau disempitkan?”

“Wahai ayah, para ulama mengatakan: Sebahagian kubur itu kafannya digantikan dengan kafan dari Syurga dan ada yang diganti dari neraka. Maka adakah kafanmu diganti dari Syurga atau neraka?”

“Wahai ayah, para ulama mengatakan: Kubur itu merupakan salah satu taman dari taman-taman-taman Syurga, atau salah satu lubang dari lubang-lubang neraka. Adakah kuburmu itu merupakan seperti taman syurga atau lubang neraka?”

“Wahai ayah, para ulama juga berkata: Semua orang yang berada di kubur pasti akan menyesal, bagi orang yang bertakwa, mereka menyesal kerana kurang mengerjakan amal kebajikan. Bagi ahli maksiat pula, mereka menyesal sama sekali kerana perbuatan jahat mereka. Maka apakah engkau menyesal kerana melakukan perkara buruk atau kurang melakukan amal kebaikan?”

“Wahai ayah, semalam aku memanggil-manggil engkau dan engkau terus jawab. Sudah lama sekali aku memanggil di atas kuburmu, tapi bagaimana aku tidak mendengar suaramu.”

“Wahai ayah, engkau sudah tidak dapat berjumpa denganku hingga datangnya Hari Kiamat. Ya Allah, janganlah engkau menghalangiku dari berjumpa dengan ayahku pada Hari Kiamat.”
Budak perempuan itu lalu berkata kepada Hasan Al-Basri: “Wahai Tuan Hasan, aku sangat berterima-kasih kepadamu kerana telah sudi menasihati rintihanku terhadap ayah. Terima kasih juga kerana engkau memberi nasihat dan mengingatkan dari tidur, dari orang yang lalai.”

Budak perempuan itu kemudian pulang bersama Hasan Al-Basri sambil menangis.
sumber

Kisah Hasan Al-Basri Dan Penyembah Api


Hasan mempunyai jiran yang bernama Simeon, seorang penyembah api. Suatu hari Simeon jatuh sakit dan ajalnya hampir tiba. Sahabat-sahabat meminta agar Hasan sudi mengunjunginya. Akhirnya Hasan pun mendapatkan. Simeon yang terbaring di tempat tidurnya dan badannya telah hitam disebabkan api dan asap.

"Takutlah kamu kepada Allah," Hasan menasihat. "Engkau telah mensia-siakan seluruh usiamu di tengah-tengah api dan asap."

"Ada tiga perkara yang telah menghalangku untuk menjadi seorang muslim. Pertama adalah kenyataan walaupun kamu semua membenci dunia tapi Siang dan malam mengejar harta kekayaan.

Kedua, kamu semua mengatakan bahawa mati adalah suatu kenyataan yang harus dihadapi namun tidak bersedia untuk meng hadapinya.

Ketiga, kamu semua mengatakan bahawa wajah Allah akan dilihat, namun hingga saat ini masih melakukan segala yang tidak diredhai-Nya," jawab Simeon penyembah api.

"Inilah ucapan dari manusia-manusia yang sungguh­ sungguh mengetahui. Jika setiap muslim berbuat begitu, apakah yang sepatutnya engkau katakan? Mereka mengakui keesaan Allah sedangkan engkau menyembah api selama tujuh puluh tahun, dan aku tidak pernah berbuat seperti itu. Jika kita sama-sama terseret ke neraka, api neraka akan membakar dirimu dan diriku.

Tetapi jika diizinkan Allah, api tidak akan berani menghanguskan walau sehelai rambut pada tubuhku. Ini disebabkan api diciptakan Allah dan segala ciptaan-Nya tunduk kepada perintah-Nya. Walaupun engkau menyembah api selama tujuh puluh tahun, marilah kita bersama-sama menaruh tangan kita ke dalam api agar engkau dapat menyaksikan sendiri betapa api itu sesungguhnya tidak berdaya dan betapa Allah itu. Maha Kuasa," jawab Hasan.

Setelah berkata demikian Hasan memasukkan tangannya ke dalam api. Namun sedikit pun tidak cedera atau terbakar. Melihatkan hal itu Simeon merasa hairan. Suatu ilmu telah diketahuinya.

"Selama tujuh puluh tahun aku telah menyembah api, kini hanya dengan satu atau dua helaan nafas saja yang tinggal, apakah yang harus kulakukan?" Simeon mengeluh.

"Jadilah seorang muslim," jawab Hasan.

"Jika engkau memberiku jaminan bahawa Allah tidak akan menghukum diriku, barulah aku menjadi muslim. dengan jaminan itu aku tidak mahu memeluk agama Islam," kata Simeon.
Hasan segera membuat satu surat jaminan.

Ramai orang-orang yang jujur di kota Basrah memberi kesaksian mereka di atas surat jaminan tersebut. Simeon menitiskan air mata dan menyatakan dirinya sebagai seorang muslim. Kepada Hasan ia berwasiat, "Setelah aku mati, mandikanlah aku dengan tanganmu sendiri, kuburkanlah aku dan selitkan surat jaminan ini di tanganku. Surat ini akan menjadi bukti bahawa aku adalah seorang muslim."

Setelah berwasiat demikian, ia mengucap dua kalimah syahadat dan menghembuskan nafasnya yang terakhir. Mereka memandikan mayat Simeon, men solatkannya dan menguburkannya dengan surat jaminan di tangannya. Di malam harinya Hasan berbaring sambil merenungi apa yang telah di lakukannya itu. "Bagaimana aku dapat menolong seseorang yang sedang tenggelam sedang aku sendiri dalam keadaan yang serupa. Aku sendiri tidak dapat menentukan nasibku, tetapi mengapa aku berani me mastikan apa yang akan dilakukan oleh Allah?"

Dalam keadaan memikirkan hal itu, Hasan terlena. Ia bermimpi bertemu dengan Simeon, wajah cerah dan bercahaya seperti sebuah pelita; di kepalanya ada sebuah mahkota. Ia memakai sebuah jubah yang indah dan sedang berjalan-jalan di taman syurga.

"Bagaimana keadaanmu Simeon?" Tanya Hasan kepadanya.

"Mengapakah engkau bertanya padahal kau menyaksikan sendiri? Allah Yang Maha besar dengan segala kemurahan-Nya telah menghampirkan diriku kepada-Nya dan telah memperlihatkan wajah-Nya kepadaku. Pemberian yang dilimpahkan-Nya kepada ku melebihi segala-galanya. Engkau telah memberi ku surat jaminan,terimalah kembali surat jaminan ini kerana aku tidak memerlukannya lagi," jawab Simeon.

Ketika Hasan terbangun ia mendapati surat itu telah berada di tangannya. Hasan berseru, "Ya Allah, aku menyedari bahawa segala sesuatu Engkau lakukan adalah tanpa sebab kecuali kerana kemurahan-Mu semata. Siapakah yang akan tersesat di pintu-Mu? Engkau telah mengizinkan seseorang yang telah menyembah api selama tujuh puluh tahun lamanya untuk menghampiri-Mu, semata-mata kerana sebuah ucapan. Betapakah Engkau akan menolak seseorang yang telah beriman selama tujuh puluh tahun?"

Semoga kita dapat ambil iktibar daripada apa-apa yang baik dalam artikel ini, dan jika terdapat mana-mana kesilapan fakta, jutaan maaf di pohon, dan sama-sama kita perbaiki, inyshaa Allah. Dan segala yang baik itu datangnya daripada Allah, dan yang tidak baik itu hakikatnya dari Allah jua tetapi atas kelemahan saya sebagai makhlukNya. Wallahua'lam...sumber