Thursday, May 23, 2013
Penyu diberikan rawatan akupunktur
MCMANUS memegang beberapa batang jarum yang akan ditusuk pada kulit dan kepala seekor penyu di Akuarium New England, Quincy pada 20 Mei lalu.
QUINCY, Massachusetts - Dua ekor penyu diberikan rawatan akupunktur oleh seorang pakar, Claire McManus pada 20 Mei lalu.
Haiwan-haiwan tersebut sebelum ini terperangkap di Cape Cod pada musim sejuk yang lalu.
Dua ekor haiwan tersebut menjalani rawatan itu di sebuah hospital penyu di Akuarium New England di sini.
Rawatan itu diberikan bagi mengurangkan keradangan dan meningkatkan semula selera makan haiwan tersebut.
Lebih 12 jarum halus digunakan oleh McManus untuk ditusuk di bahagian kulit dan kepala penyu itu.
Ketua pasukan penyelamat hidupan marin akuarium itu, Connie Merigo berkata, kedua-dua penyu tersebut tidak bertenaga selepas tidak makan selama beberapa minggu. - AP
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0523&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_10.htm#ixzz2U4BqGBAt
Hakcipta terpelihara
Ibu pejabat Amazon bercirikan alam sekitar
LAKARAN artis menunjukkan ibu pejabat syarikat Amazon yang berbentuk kubah berkaca di bandar raya Seattle. - AFP
BANDAR RAYA SEATTLE, Amerika Syarikat - Syarikat peruncitan terkenal di internet, Amazon akan membina ibu pejabatnya yang bercirikan alam sekitar di sini.
Ibu pejabat itu kelihatan seperti sebuah rumah hijau yang moden apabila keseluruhan bangunannya diliputi dengan kaca.
Syarikat itu mahu para pekerjanya bekerja dalam suasana seperti mereka berada di dalam sebuah taman.
Bagaimanapun, bangunan tersebut yang mempunyai dua buah kubah berkaca itu dijangka mengambil masa selama tiga tahun untuk dibina.
Pelan pembinaan ibu pejabat itu akan dihantar kepada pihak pentadbiran bandar raya Seattle dalam minggu ini. - Agensi
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0523&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_08.htm#ixzz2U4BckDvj
Hakcipta terpelihara
Buku edisi pertama Harry Potter dilelong £150,000
GAMBAR fail menunjukkan edisi pertama buku Harry Potter & the Philosopher's Stone yang dilelong pada harga £150,000 (RM690,620).- AfP
LONDON - Edisi pertama buku Harry Potter & The Philosopher's Stone keluaran tahun 1997 yang hasilkan oleh J.K Rowling dijual pada harga £150,000 (RM690,620) di sini kelmarin, sekali gus mencatat rekod baharu lelongan buku tertinggi yang dihasilkan oleh penulis itu.
Suasana di Rumah Lelongan Sotheby's menjadi meriah dengan tepukan gemuruh orang ramai apabila dua pembida bersaing hebat bagi mendapat buku tersebut.
Buku itu mengandungi nota dan 22 illustrasi Rowling. -
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0523&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz2U4BKfDnl
Hakcipta terpelihara
Puting beliung Oklahoma lebih kuat daripada bom atom
DUA orang berjalan di sebatang jalan raya yang dipenuhi dengan serpihan rumah yang ranap di Moore kelmarin.
WASHINGTON - Puting beliung yang melanda negeri Oklahoma pada Isnin lalu menghasilkan tenaga yang jauh lebih kuat daripada bom atom yang digugurkan di Hiroshima, Jepun.
Bencana tersebut membawa kemusnahan besar selepas ia melanda negeri Amerika Syarikat (AS) itu selama sejam.
Beberapa ahli meteorologi yang dihubungi agensi berita The Associated Press memberitahu, tenaga puting beliung tersebut ialah lapan hingga lebih 600 kali lebih kuat daripada bom atom.
Puting beliung tersebut selebar dua kilometer dan bergerak sejauh 27 kilometer selama 40 minit ketika ia melanda Moore di pinggir bandar Oklahoma.
Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan AS memberikan skala terkuat, EF-5 terhadap taufan itu berdasarkan kelajuan angin dan tahap kemusnahan yang berlaku.
Puting beliung tersebut dianggarkan bertiup selaju 320 kilometer sejam (km/j) hingga 337km/j.
Mengulas bencana tersebut, seorang pakar meteorologi AS, Harold Brooks berkata, kurang satu peratus daripada keseluruhan puting beliung yang melanda AS pada setiap tahun mendatangkan kemusnahan yang besar.
Puting beliung itu meranapkan sejumlah bangunan termasuk sekolah.
Angka kematian rasmi setakat ini ialah 24 orang selepas beberapa pegawai kelmarin menyatakan jumlah kematian mencecah sehingga 91 orang.
"Cuma sekitar 10 puting beliung tergolong ke dalam kategori kuat pernah melanda negara ini pada setiap tahun," kata Brooks.
Menurutnya, faktor iklim seperti angin panas dan kelembapan udara menyebabkan beberapa kawasan di tengah Oklahoma kerap dilanda puting beliung yang kuat.
Brooks berkata, saintis-saintis kini berusaha untuk menentukan sama ada kesan pemanasan global turut mempengaruhi pembentukan puting beliung. - Agensi
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0523&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2U49vSYOX
Hakcipta terpelihara
Lelaki Jepun berusia 80 tahun akan tiba di puncak Everest hari ini
GAMBAR yang disiarkan kelmarin menunjukkan Miura berehat selepas dia mendaki untuk menuju ke sebuah kem pada ketinggian 8,000 meter di Gunung Everest.
KATHMANDU - Seorang lelaki Jepun berusia 80 tahun yang mendaki Gunung Everest lima tahun lalu tetapi gagal mencatat rekod untuk menjadi lelaki tertua tiba di puncak dunia telah membuat percubaan buat kali kedua di Nepal semalam.
Warga emas itu, Yuichiro Miura diekori oleh lelaki tempatan berusia 81 tahun yang merupakan pemegang rekod tersebut, Min Bahadur Sherchan mendaki gunung tersebut.
Sherchan yang merupakan bekas askar Gurkha tiba di puncak gunung itu pada 2008 semasa berumur 76 tahun dan 340 hari.
Setakat semalam, Miura berada di zon curam berais yang kurang oksigen dan dia semakin hampir untuk tiba ke puncak gunung setinggi 8,850 meter itu.
Sherchan pula masih berada di bes kem dan bersiap sedia untuk mendaki puncak Everest pada minggu depan.
Di laman webnya, Miura berkata: "Saya mahu mencabar tahap keupayaan diri sendiri. Ia juga satu penghormatan buat ibu pertiwi."
Menurutnya, kejayaan mendaki puncak tertinggi di dunia itu akan meningkatkan lagi tahap pencapaian seseorang individu.
Miura kini berada dalam keadaan baik dan dijangka tiba di puncak Everest pada hari ini.
Namun, rekodnya hanya akan bertahan selama beberapa hari sahaja jika Sherchan dapat menakluki bumbung dunia itu pada minggu depan. - AP
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0523&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2U49i2ym7
Hakcipta terpelihara
Lelaki Poland terima muka baharu
PEMANDANGAN sisi muka Grzegorz.- AP
|
WARSAW - Seorang lelaki berusia 33 tahun di Poland menjalani pembedahan pemindahan keseluruhan muka tiga minggu selepas wajahnya cedera akibat kemalangan di tempat kerja, kata beberapa doktor.
Mereka memberitahu, jangka masa tersebut merupakan yang paling pantas pernah dibuat untuk pembedahan seperti itu.
Sebelum ini, pemindahan muka adalah rumit dan memerlukan persediaan rapi dan menyeluruh.
Persediaan itu mengambil masa selama berbulan-bulan sehingga beberapa tahun.
Namun, beberapa doktor berkata, mereka perlu segera melakukan pembedahan tersebut terhadap pesakit berkenaan bagi mengelakkan keadaannya menjadi lebih teruk.
Lelaki itu yang hanya dikenali sebagai Grzegorz menjalani pembedahan tersebut di Pusat Kanser dan Institut Onkologi di Gliwice, Poland.
Dia menjalani pembedahan pemindahan muka dan tulang selama 27 jam pada 15 Mei lalu selepas seorang penderma mahu mendermakan mukanya.
Pembedahan itu bagi memulihkan muka dan tulang rahang soket mata lelaki tersebut.
"Pembedahan ini akan membolehkan pesakit kembali menjalani kehidupan normal," kata seorang ketua pakar bedah yang melakukan pembedahan tersebut, Adam Maciejewski.
"Dia akan bernafas, makan dan melihat seperti orang lain," tambahnya.
Lebih 24 pembedahan pemindahan muka atau sebahagian muka telah dilakukan di seluruh dunia setakat ini.
Pembedahan pertama melibatkan seorang wanita yang digigit anjing peliharaannya pada 2005 di Perancis. - AP
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0523&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2U49DDsqB
Hakcipta terpelihara
Wednesday, May 22, 2013
Kisah Sufi :Sibuk Mengurus Hati
Suatu ketika, seorang Arab datang ingin berguru kepada Abu Said Abul Khair, seorang tokoh sufi yang terkenal karena karamahnya dan gemar mengajar tasawuf di pengajian-pengajian. Rumah guru sufi itu terletak di tengah-tengah padang pasir. Ketika orang itu tiba, Abul Khair sedang memimpin majlis simaan (acara mendengarkan orang membaca doa) di tengah para pengikutnya. Waktu itu Abul Khair membaca Al-Fatihah. Orang Arab itu berfikir, '?Bagaimana mungkin aku boleh berguru kepadanya. Baca Al-Quran saja, ia tidak boleh. Orang itu menyimpan niatnya untuk belajar kepada Abul Khair.
Begitu orang itu keluar, ia dihadang oleh seekor singa padang pasir yang buas. Ia mundur tetapi di belakangnya ada seekor singa lain yang menghalanginya. Lelaki Arab itu menjerit keras karena ketakutan. Mendengar teriakannya, Abul Khair turun keluar meninggalkan majlisnya. Ia menatap kedua ekor singa itu dan menegur mereka, Bukankah sudah kubilang jangan ganggu para tamuku!? Kedua singa itu lalu bersimpuh di hadapan Abul Khair.
Sang sufi lalu memulas telinga keduanya dan menyuruhnya pergi. Lelaki Arab itu kehairanan, Bagaimana Anda dapat menaklukkan singa-singa yang begitu liar? Abul Khair menjawab, Aku sibuk memperhatikan urusan hatiku. Untuk kesibukanku memperhatikan hati ini, Tuhan menaklukkan seluruh alam semesta kepadaku. Sedangkan kamu sibuk memperhatikan hal-hal lahiriah, karena itu kamu takut seluruh alam semesta.
Ular sawa paling panjang pernah ditangkap di Florida
BEBERAPA kakitangan berbaring di sebelah seekor ular sawa sepanjang 5.73 meter di Universiti Florida, Gainesville, Florida pada 15 Mei lalu.- AP
|
MIAMI - Seekor ular sawa Burma sepanjang 5.73 meter telah ditangkap di tepi sebatang jalan raya di Florida pada 11 Mei lalu.
Reptilia itu merupakan ular sawa yang paling panjang pernah ditangkap di negeri Florida.
Ular tersebut seberat 58.05 kilogram ditemui dan dibunuh oleh Jason Leon di sebuah kawasan luar bandar di tenggara Miami di negeri itu.
Sekumpulan penyelidik Universiti Florida kemudian melakukan bedah siasat ke atas ular betina itu tetapi mereka tidak menemui sebarang telur. - Agensi
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0522&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_10.htm#ixzz2TyFxK2LZ
Hakcipta terpelihara
Buaya air masin sambut hari lahir ke-110 tahun
BUAYA air masin terbesar di dunia yang dipelihara, Cassius mendekati kek hari lahirnya yang dibentuk daripada gumpalan leher ayam di dalam kurungannya di Pulau Green, Australia kelmarin.- AFP
MELBOURNE - Seekor buaya air masin terbesar di dunia, Cassius menyambut hari lahirnya yang ke-110 tahun kelmarin.
Buaya itu diberikan kek yang diperbuat daripada leher ayam seberat 20 kilogram (kg) di dalam kurungannya di Pulau Green, Queensland.
"Dia memakan kek itu kurang 30 minit," kata seornag pakar pengendali buaya, Billy Craig kepada agensi berita Australian Associated Press.
Buaya itu sepanjang 5.48 meter (m) kerap memakan ayam seberat 1kg dan ikan pada setiap hari.
Pada tahun 2011, buaya itu diisytiharkan oleh pihak Guinness World Records sebagai yang paling besar pernah dipelihara.
Haiwan itu dinobatkan sebagai buaya air masin terbesar di dunia selepas buaya Lolong sepanjang 6.17m mati di dalam kurungan di Filipina. - Bernama
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0522&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz2TyEu285e
Hakcipta terpelihara
Penduduk atur majlis pengebumian untuk kerbau jantan
BANGKAI seekor kerbau jantan diarak penduduk kampung ke kuburnya di daerah Leishan pada Ahad lalu.- REUTERS
BEIJING - Sejumlah penduduk mengebumikan bangkai seekor kerbau jantan di daerah Leishan, wilayah Guizhou, China pada Ahad lalu.
Haiwan berusia 28 tahun itu telah memenangi banyak pertandingan laga kerbau jantan sehingga ia dianggap sebagai wira di daerah tersebut.
Kerbau tersebut yang juga dikenali sebagai Raja Kerbau Jantan telah memenangi 11 kejuaraan sebelum ia bersara pada tahun 2009.
Bangkai haiwan itu juga diarak oleh penduduk yang mengangkatnya dengan menggunakan beberapa batang kayu sehingga ke lokasi tempat ia ditanam. - Agensi
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0522&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2TyCslGpr
Hakcipta terpelihara
Syiling Afrika ditemui di Australia
GAMBAR menunjukkan syiling yang mempunyai tulisan seperti huruf Arab yang ditemui di utara Australia. - AGENSI
LONDON - Lima syiling tembaga yang mempunyai perkataan seperti tulisan Arab yang ditemui di utara Australia pada tahun 1944 dipercayai berasal dari Afrika, lapor akhbar dalam talian MailOnline semalam.
Sekumpulan penyelidik dari Universiti Indiana, Amerika Syarikat kini mahu mencari jawapan bagaimana syiling berusia ribuan tahun itu boleh berada di Australia.
Menurut kajian mereka, Australia mungkin telah ditemui enam abad sebelum seorang penjelajah terkenal dari Britain, Kapten James Cook tiba pada tahun 1770.
Warga Eropah yang terawal tiba di Australia sebelum Cook ialah seorang ahli pelayaran dari Belanda, Willem Janszoon pada tahun 1606.
Penduduk asli Australia pula dipercayai tiba di Australia dengan perahu dari Kepulauan Melayu antara tahun 40,000 hingga 60,000 tahun lalu.
Ketua penyelidik itu, Ian McIntosh dari Australia menyatakan, syiling itu ditemui oleh seorang askar, Maurie Isenberg pada tahun 1944 semasa Perang Dunia Kedua.
Isenberg bertugas di Kepulauan Wessel di pantai utara Australia.
Askar Australia itu menemui syiling tersebut tertanam di dalam pasir.
Pada tahun 1979, Isenberg menghantar syiling tersebut ke sebuah muzium Australia supaya kajian dibuat tentang bagaimana ia boleh tiba di utara negara itu.
Isenberg juga menemui empat syiling pada era Syarikat Hindia Timur Belanda.
Penemuan itu menyokong dakwaan bahawa penjelajah Belanda menemui Australia lebih awal daripada Cook.
McIntosh percaya, syiling itu mungkin memberi petunjuk bahawa terdapat laluan perdagangan yang menghubungkan timur Afrika, Arab, India dan Kepulauan Spice lebih 1,000 tahun lalu.
Syiling itu mungkin berasal dari bekas Kesultanan Kilwa di Afrika.
Kilwa mempunyai pelabuhan perdagangan dan mempunyai hubungan dengan India pada abad ke-13 hingga ke-16.
Ia terletak di sebuah pulau di Tanzania.
Syiling itu mungkin wujud sejak tahun 900 Masihi.
Jika teori itu benar, ia bermakna terdapat peradaban lain yang telah membuat hubungan dengan penduduk Australia enam abad sebelum warga Eropah tiba.
Teori lain ialah syiling tersebut mungkin dihanyutkan ke pantai selepas sebuah kapal karam.
Namun, McIntosh akan melancarkan ekspedisi ke kepulauan itu pada Julai depan untuk melakukan kajian tentang bagaimana syiling tersebut boleh berada di Australia. - Agensi
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0522&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2TyCb15sW
Hakcipta terpelihara
Subscribe to:
Posts (Atom)






















































