Pages

Thursday, May 23, 2013

Penyu diberikan rawatan akupunktur



MCMANUS memegang beberapa batang jarum yang akan ditusuk pada kulit dan kepala seekor penyu di Akuarium New England, Quincy pada 20 Mei lalu.


QUINCY, Massachusetts - Dua ekor penyu diberikan rawatan akupunktur oleh seorang pakar, Claire McManus pada 20 Mei lalu.
Haiwan-haiwan tersebut sebelum ini terperangkap di Cape Cod pada musim sejuk yang lalu.
Dua ekor haiwan tersebut menjalani rawatan itu di sebuah hospital penyu di Akuarium New England di sini.
Rawatan itu diberikan bagi mengurangkan keradangan dan meningkatkan semula selera makan haiwan tersebut.
Lebih 12 jarum halus digunakan oleh McManus untuk ditusuk di bahagian kulit dan kepala penyu itu.
Ketua pasukan penyelamat hidupan marin akuarium itu, Connie Merigo berkata, kedua-dua penyu tersebut tidak bertenaga selepas tidak makan selama beberapa minggu. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0523&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_10.htm#ixzz2U4BqGBAt 
Hakcipta terpelihara 

Ibu pejabat Amazon bercirikan alam sekitar



LAKARAN artis menunjukkan ibu pejabat syarikat Amazon yang berbentuk kubah berkaca di bandar raya Seattle. - AFP


BANDAR RAYA SEATTLE, Amerika Syarikat - Syarikat peruncitan terkenal di internet, Amazon akan membina ibu pejabatnya yang bercirikan alam sekitar di sini.
Ibu pejabat itu kelihatan seperti sebuah rumah hijau yang moden apabila keseluruhan bangunannya diliputi dengan kaca.
Syarikat itu mahu para pekerjanya bekerja dalam suasana seperti mereka berada di dalam sebuah taman.
Bagaimanapun, bangunan tersebut yang mempunyai dua buah kubah berkaca itu dijangka mengambil masa selama tiga tahun untuk dibina.
Pelan pembinaan ibu pejabat itu akan dihantar kepada pihak pentadbiran bandar raya Seattle dalam minggu ini. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0523&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_08.htm#ixzz2U4BckDvj 
Hakcipta terpelihara 

Buku edisi pertama Harry Potter dilelong £150,000



GAMBAR fail menunjukkan edisi pertama buku Harry Potter & the Philosopher's Stone yang dilelong pada harga £150,000 (RM690,620).- AfP


LONDON - Edisi pertama buku Harry Potter & The Philosopher's Stone keluaran tahun 1997 yang hasilkan oleh J.K Rowling dijual pada harga £150,000 (RM690,620) di sini kelmarin, sekali gus mencatat rekod baharu lelongan buku tertinggi yang dihasilkan oleh penulis itu.
Suasana di Rumah Lelongan Sotheby's menjadi meriah dengan tepukan gemuruh orang ramai apabila dua pembida bersaing hebat bagi mendapat buku tersebut.
Buku itu mengandungi nota dan 22 illustrasi Rowling. -


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0523&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz2U4BKfDnl 
Hakcipta terpelihara 

Puting beliung Oklahoma lebih kuat daripada bom atom



DUA orang berjalan di sebatang jalan raya yang dipenuhi dengan serpihan rumah yang ranap di Moore kelmarin.


WASHINGTON - Puting beliung yang melanda negeri Oklahoma pada Isnin lalu menghasilkan tenaga yang jauh lebih kuat daripada bom atom yang digugurkan di Hiroshima, Jepun.
Bencana tersebut membawa kemusnahan besar selepas ia melanda negeri Amerika Syarikat (AS) itu selama sejam.
Beberapa ahli meteorologi yang dihubungi agensi berita The Associated Press memberitahu, tenaga puting beliung tersebut ialah lapan hingga lebih 600 kali lebih kuat daripada bom atom.
Puting beliung tersebut selebar dua kilometer dan bergerak sejauh 27 kilometer selama 40 minit ketika ia melanda Moore di pinggir bandar Oklahoma.
Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan AS memberikan skala terkuat, EF-5 terhadap taufan itu berdasarkan kelajuan angin dan tahap kemusnahan yang berlaku.
Puting beliung tersebut dianggarkan bertiup selaju 320 kilometer sejam (km/j) hingga 337km/j.
Mengulas bencana tersebut, seorang pakar meteorologi AS, Harold Brooks berkata, kurang satu peratus daripada keseluruhan puting beliung yang melanda AS pada setiap tahun mendatangkan kemusnahan yang besar.
Puting beliung itu meranapkan sejumlah bangunan termasuk sekolah.
Angka kematian rasmi setakat ini ialah 24 orang selepas beberapa pegawai kelmarin menyatakan jumlah kematian mencecah sehingga 91 orang.
"Cuma sekitar 10 puting beliung tergolong ke dalam kategori kuat pernah melanda negara ini pada setiap tahun," kata Brooks.
Menurutnya, faktor iklim seperti angin panas dan kelembapan udara menyebabkan beberapa kawasan di tengah Oklahoma kerap dilanda puting beliung yang kuat.
Brooks berkata, saintis-saintis kini berusaha untuk menentukan sama ada kesan pemanasan global turut mempengaruhi pembentukan puting beliung. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0523&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2U49vSYOX 
Hakcipta terpelihara 

Lelaki Jepun berusia 80 tahun akan tiba di puncak Everest hari ini



GAMBAR yang disiarkan kelmarin menunjukkan Miura berehat selepas dia mendaki untuk menuju ke sebuah kem pada ketinggian 8,000 meter di Gunung Everest.


KATHMANDU - Seorang lelaki Jepun berusia 80 tahun yang mendaki Gunung Everest lima tahun lalu tetapi gagal mencatat rekod untuk menjadi lelaki tertua tiba di puncak dunia telah membuat percubaan buat kali kedua di Nepal semalam.
Warga emas itu, Yuichiro Miura diekori oleh lelaki tempatan berusia 81 tahun yang merupakan pemegang rekod tersebut, Min Bahadur Sherchan mendaki gunung tersebut.
Sherchan yang merupakan bekas askar Gurkha tiba di puncak gunung itu pada 2008 semasa berumur 76 tahun dan 340 hari.
Setakat semalam, Miura berada di zon curam berais yang kurang oksigen dan dia semakin hampir untuk tiba ke puncak gunung setinggi 8,850 meter itu.
Sherchan pula masih berada di bes kem dan bersiap sedia untuk mendaki puncak Everest pada minggu depan.
Di laman webnya, Miura berkata: "Saya mahu mencabar tahap keupayaan diri sendiri. Ia juga satu penghormatan buat ibu pertiwi."
Menurutnya, kejayaan mendaki puncak tertinggi di dunia itu akan meningkatkan lagi tahap pencapaian seseorang individu.
Miura kini berada dalam keadaan baik dan dijangka tiba di puncak Everest pada hari ini.
Namun, rekodnya hanya akan bertahan selama beberapa hari sahaja jika Sherchan dapat menakluki bumbung dunia itu pada minggu depan. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0523&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2U49i2ym7 
Hakcipta terpelihara 

Lelaki Poland terima muka baharu


PEMANDANGAN sisi muka Grzegorz.- AP


WARSAW - Seorang lelaki berusia 33 tahun di Poland menjalani pembedahan pemindahan keseluruhan muka tiga minggu selepas wajahnya cedera akibat kemalangan di tempat kerja, kata beberapa doktor.
Mereka memberitahu, jangka masa tersebut merupakan yang paling pantas pernah dibuat untuk pembedahan seperti itu.
Sebelum ini, pemindahan muka adalah rumit dan memerlukan persediaan rapi dan menyeluruh.
Persediaan itu mengambil masa selama berbulan-bulan sehingga beberapa tahun.
Namun, beberapa doktor berkata, mereka perlu segera melakukan pembedahan tersebut terhadap pesakit berkenaan bagi mengelakkan keadaannya menjadi lebih teruk.
Lelaki itu yang hanya dikenali sebagai Grzegorz menjalani pembedahan tersebut di Pusat Kanser dan Institut Onkologi di Gliwice, Poland.
Dia menjalani pembedahan pemindahan muka dan tulang selama 27 jam pada 15 Mei lalu selepas seorang penderma mahu mendermakan mukanya.
Pembedahan itu bagi memulihkan muka dan tulang rahang soket mata lelaki tersebut.
"Pembedahan ini akan membolehkan pesakit kembali menjalani kehidupan normal," kata seorang ketua pakar bedah yang melakukan pembedahan tersebut, Adam Maciejewski.
"Dia akan bernafas, makan dan melihat seperti orang lain," tambahnya.
Lebih 24 pembedahan pemindahan muka atau sebahagian muka telah dilakukan di seluruh dunia setakat ini.
Pembedahan pertama melibatkan seorang wanita yang digigit anjing peliharaannya pada 2005 di Perancis. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0523&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2U49DDsqB 
Hakcipta terpelihara 

Wednesday, May 22, 2013

Kisah Sufi :Sibuk Mengurus Hati



Suatu ketika, seorang Arab datang ingin berguru kepada Abu Said Abul Khair, seorang tokoh sufi yang terkenal karena karamahnya dan gemar mengajar tasawuf di pengajian-pengajian. Rumah guru sufi itu terletak di tengah-tengah padang pasir. Ketika orang itu tiba, Abul Khair sedang memimpin majlis simaan (acara mendengarkan orang membaca doa) di tengah para pengikutnya. Waktu itu Abul Khair membaca Al-Fatihah. Orang Arab itu berfikir, '?Bagaimana mungkin aku boleh berguru kepadanya. Baca Al-Quran saja, ia tidak boleh. Orang itu menyimpan niatnya untuk belajar kepada Abul Khair.

Begitu orang itu keluar, ia dihadang oleh seekor singa padang pasir yang buas. Ia mundur tetapi di belakangnya ada seekor singa lain yang menghalanginya. Lelaki Arab itu menjerit keras karena ketakutan. Mendengar teriakannya, Abul Khair turun keluar meninggalkan majlisnya. Ia menatap kedua ekor singa itu dan menegur mereka, Bukankah sudah kubilang jangan ganggu para tamuku!? Kedua singa itu lalu bersimpuh di hadapan Abul Khair.

Sang sufi lalu memulas telinga keduanya dan menyuruhnya pergi. Lelaki Arab itu kehairanan, Bagaimana Anda dapat menaklukkan singa-singa yang begitu liar? Abul Khair menjawab, Aku sibuk memperhatikan urusan hatiku. Untuk kesibukanku memperhatikan hati ini, Tuhan menaklukkan seluruh alam semesta kepadaku. Sedangkan kamu sibuk memperhatikan hal-hal lahiriah, karena itu kamu takut seluruh alam semesta.

Ular sawa paling panjang pernah ditangkap di Florida



BEBERAPA kakitangan berbaring di sebelah seekor ular sawa sepanjang 5.73 meter di Universiti Florida, Gainesville, Florida pada 15 Mei lalu.- AP


MIAMI - Seekor ular sawa Burma sepanjang 5.73 meter telah ditangkap di tepi sebatang jalan raya di Florida pada 11 Mei lalu.
Reptilia itu merupakan ular sawa yang paling panjang pernah ditangkap di negeri Florida.
Ular tersebut seberat 58.05 kilogram ditemui dan dibunuh oleh Jason Leon di sebuah kawasan luar bandar di tenggara Miami di negeri itu.
Sekumpulan penyelidik Universiti Florida kemudian melakukan bedah siasat ke atas ular betina itu tetapi mereka tidak menemui sebarang telur. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0522&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_10.htm#ixzz2TyFxK2LZ 
Hakcipta terpelihara 

Buaya air masin sambut hari lahir ke-110 tahun




BUAYA air masin terbesar di dunia yang dipelihara, Cassius mendekati kek hari lahirnya yang dibentuk daripada gumpalan leher ayam di dalam kurungannya di Pulau Green, Australia kelmarin.- AFP


MELBOURNE - Seekor buaya air masin terbesar di dunia, Cassius menyambut hari lahirnya yang ke-110 tahun kelmarin.
Buaya itu diberikan kek yang diperbuat daripada leher ayam seberat 20 kilogram (kg) di dalam kurungannya di Pulau Green, Queensland.
"Dia memakan kek itu kurang 30 minit," kata seornag pakar pengendali buaya, Billy Craig kepada agensi berita Australian Associated Press.
Buaya itu sepanjang 5.48 meter (m) kerap memakan ayam seberat 1kg dan ikan pada setiap hari.
Pada tahun 2011, buaya itu diisytiharkan oleh pihak Guinness World Records sebagai yang paling besar pernah dipelihara.
Haiwan itu dinobatkan sebagai buaya air masin terbesar di dunia selepas buaya Lolong sepanjang 6.17m mati di dalam kurungan di Filipina. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0522&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz2TyEu285e 
Hakcipta terpelihara 

Penduduk atur majlis pengebumian untuk kerbau jantan




BANGKAI seekor kerbau jantan diarak penduduk kampung ke kuburnya di daerah Leishan pada Ahad lalu.- REUTERS


BEIJING - Sejumlah penduduk mengebumikan bangkai seekor kerbau jantan di daerah Leishan, wilayah Guizhou, China pada Ahad lalu.
Haiwan berusia 28 tahun itu telah memenangi banyak pertandingan laga kerbau jantan sehingga ia dianggap sebagai wira di daerah tersebut.
Kerbau tersebut yang juga dikenali sebagai Raja Kerbau Jantan telah memenangi 11 kejuaraan sebelum ia bersara pada tahun 2009.
Bangkai haiwan itu juga diarak oleh penduduk yang mengangkatnya dengan menggunakan beberapa batang kayu sehingga ke lokasi tempat ia ditanam. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0522&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2TyCslGpr 
Hakcipta terpelihara 

Syiling Afrika ditemui di Australia




GAMBAR menunjukkan syiling yang mempunyai tulisan seperti huruf Arab yang ditemui di utara Australia. - AGENSI


LONDON - Lima syiling tembaga yang mempunyai perkataan seperti tulisan Arab yang ditemui di utara Australia pada tahun 1944 dipercayai berasal dari Afrika, lapor akhbar dalam talian MailOnline semalam.
Sekumpulan penyelidik dari Universiti Indiana, Amerika Syarikat kini mahu mencari jawapan bagaimana syiling berusia ribuan tahun itu boleh berada di Australia.
Menurut kajian mereka, Australia mungkin telah ditemui enam abad sebelum seorang penjelajah terkenal dari Britain, Kapten James Cook tiba pada tahun 1770.
Warga Eropah yang terawal tiba di Australia sebelum Cook ialah seorang ahli pelayaran dari Belanda, Willem Janszoon pada tahun 1606.
Penduduk asli Australia pula dipercayai tiba di Australia dengan perahu dari Kepulauan Melayu antara tahun 40,000 hingga 60,000 tahun lalu.
Ketua penyelidik itu, Ian McIntosh dari Australia menyatakan, syiling itu ditemui oleh seorang askar, Maurie Isenberg pada tahun 1944 semasa Perang Dunia Kedua.
Isenberg bertugas di Kepulauan Wessel di pantai utara Australia.
Askar Australia itu menemui syiling tersebut tertanam di dalam pasir.
Pada tahun 1979, Isenberg menghantar syiling tersebut ke sebuah muzium Australia supaya kajian dibuat tentang bagaimana ia boleh tiba di utara negara itu.
Isenberg juga menemui empat syiling pada era Syarikat Hindia Timur Belanda.
Penemuan itu menyokong dakwaan bahawa penjelajah Belanda menemui Australia lebih awal daripada Cook.
McIntosh percaya, syiling itu mungkin memberi petunjuk bahawa terdapat laluan perdagangan yang menghubungkan timur Afrika, Arab, India dan Kepulauan Spice lebih 1,000 tahun lalu.
Syiling itu mungkin berasal dari bekas Kesultanan Kilwa di Afrika.
Kilwa mempunyai pelabuhan perdagangan dan mempunyai hubungan dengan India pada abad ke-13 hingga ke-16.
Ia terletak di sebuah pulau di Tanzania.
Syiling itu mungkin wujud sejak tahun 900 Masihi.
Jika teori itu benar, ia bermakna terdapat peradaban lain yang telah membuat hubungan dengan penduduk Australia enam abad sebelum warga Eropah tiba.
Teori lain ialah syiling tersebut mungkin dihanyutkan ke pantai selepas sebuah kapal karam.
Namun, McIntosh akan melancarkan ekspedisi ke kepulauan itu pada Julai depan untuk melakukan kajian tentang bagaimana syiling tersebut boleh berada di Australia. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0522&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2TyCb15sW 
Hakcipta terpelihara 

Tuesday, May 21, 2013

Stesen kereta api termewah



Foto
REKA bentuk stesen itu akan membenarkan kemasukan sinaran matahari, tetapi penghawa dingin membolehkan pengguna merasa sejuk.
Foto
RUANG pejalan kaki yang bermarmar membenarkan pengguna bergerak dengan selesa.
Riyadh: Pengguna kereta api bawah tanah London sudah pasti cemburu dengan gambar ini yang tidak lama lagi akan menjadi sistem kereta api antara bandar paling mewah di dunia.

Kelihatan lebih seperti berada di dalam hotel lima bintang, rangkaian yang dicadangkan di Riyadh, Arab Saudi itu akan mempunyai rekaan zaman angkasa dengan tempat laluan bermarmar, dinding bersalut emas dan berhawa dingin sepenuhnya.

Kawasan berkenaan akan direka untuk membolehkan cahaya memasukinya tetapi pada masa sama menghalang haba panas dari pancaran matahari.

Dalam pada itu, keseluruhan reka bentuknya bertujuan untuk mengingatkan mengenai bukit pasir yang membentuk muka bumi negara itu.



Lebih mengagumkan, rangkaian enam landasan berkenaan diarah untuk disiapkan oleh Raja Abdullah dalam masa hanya empat tahun.


Tempoh itu sama dengan masa yang diambil untuk mengubah suai hanya sebuah stesen di New York.

Apa yang akan lebih mengecewakan pengguna kereta api di London ialah ciri utama sistem baru, sebuah persimpangan bertingkat tiga hala di stesen paling sibuk di Riyadh itu direka oleh arkitek warga Britain, Zaha Hadid yang menjadi tunggak di sebalik perkembangan projek pembangunan di seluruh dunia.

Pereka yang berpangkalan di London itu dan mempunyai darah keturunan Iraq adalah orang bertanggung jawab di sebalik pembangunan di Dataran Hoxton dan Eaton Place, di London selain projek antarabangsa lain, termasuk di bandar raya New York, Singapura dan Dubai. - AP

Jejambat diruntuhkan guna bahan letupan di China




CAHAYA letupan dapat dilihat semasa jejambat sepanjang lebih 3,000 meter diruntuhkan dengan menggunakan bahan letupan di Wuhan, China pada Sabtu lalu.


WUHAN - Sebuah jejambat di Lebuh Raya Dunyang di sini diruntuhkan dengan menggunakan sejumlah bahan letupan di bandar ini pada Sabtu lalu.
Jejambat yang sepanjang lebih 3,000 meter itu diruntuhkan untuk memberi laluan kepada pembinaan sebuah lebuh raya baharu.
Menurut laporan media, ia merupakan letupan jejambat paling panjang dengan menggunakan bahan letupan pernah dilakukan di dunia.
Letupan itu digunakan dengan menggunakan alat kawalan jauh. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0521&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz2TsWmRBnP 
Hakcipta terpelihara 

Pemuda 26 tahun dari New York jadi bilionair




GAMBAR fail menunjukkan Karp (kanan) bersama Presiden Media Kabel Warner, Joan Gilman.- AP


NEW YORK - Seorang pemuda berusia 26 tahun, David Karp bakal menjadi bilionair apabila syarikat Yahoo! bersetuju untuk membeli laman rangkaian sosial ciptaannya, Tumblr pada harga AS$1.1 bilion (RM3.31 bilion).
Karp yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Tumblr dijangka mengekalkan sebahagian besar kawalannya ke atas syarikatnya itu selepas penjualan tersebut berlaku.
Pemuda yang berasal dari New York itu sebelum ini merupakan pelajar sekolah tinggi yang tercicir.
Karp mula mempelajari kod komputer semasa dia berumur 11 tahun.
Dia mencipta laman tersebut di sebuah unit apartmen kecil milik ibunya pada tahun 2007.
Sebelum ini, laman tersebut dianggarkan bernilai AS$800 juta (RM2.4 bilion).
Karp tinggal di sebuah apartmen yang sederhana bersama kekasihnya, Rachel Eakley yang merupakan seorang lulusan universiti dan chef.
Dia kemudian berpindah ke sebuah apartmen mewah bernilai AS$1.6 juta (RM4.82 juta) di Williamsburg, Brooklyn.
Syarikat Yahoo! turut mendedahkan tentang urus niaga itu menerusi ketuanya, Marrisa Mayer semalam.
Pada minggu lalu, kedua-dua buah syarikat itu mengesahkan spekulasi berhubung wujudnya perikatan melibatkan kedua-dua syarikat berkenaan.
Bagaimanapun, Tumblr dibenarkan untuk beroperasi sebagai sebuah syarikat yang bebas selepas penjualan tersebut.
"Tumblr merupakan rangkaian media yang berkembang dengan pesat di dunia.
"Ia memberikan sesuatu yang bermakna kepada para pengguna Yahoo!," kata Mayer. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0521&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2TsVC64RM 
Hakcipta terpelihara 

Monday, May 20, 2013

Kisah kedermawanan seorang budak hitam



Al-Imam Ibnu Qudamah Rohimahullaah mencantumkan kisah yang menakjubkan tentang kedermawanan seorang budak hitam dalam kitab beliau Mukhtashor Minhajul Qoshidin. Semoga bisa kita ambil pelajaran.

Al-Imam Ibnu Qudamah menuturkan,
“Abdullah bin Ja’far keluar melihat-lihat tanah miliknya, lalu beliau singgah di sebuah kebun milik suatu kaum. Di sana ada seorang budak hitam yang sedang bekerja, makanan budak tersebut disediakan, saat dia hendak makan, tiba-tiba seekor anjing masuk ke dalam kebun, anjing itu mendekat kepada budak hitam, budak tersebut melemparkan sepotong roti, maka anjing itu memakannya, kemudian budak itu melempar potongan kedua dan anjing itu memakannya, kemudian budak itu melempar potongan ketiga dan anjing itu memakannya sementara ibnu Ja’far melihatnya. 

Maka dia (Abdullah bin Ja’far) mendekat dan berkata (kepada budak itu), “Fulan, berapa banyak jatah makanmu dalam sehari?”

Dia menjawab, “Seperti yang engkau lihat.”

Ibnu Ja’far bertanya, “Lalu mengapa kamu memberikannya kepada anjing itu?”

Dia menjawab, “Daerah ini bukan daerah anjing, maka anjing itu sepertinya datang dari jauh, dia lapar, maka aku tidak ingin menolaknya.”

Ibnu Ja’far bertanya, “Lalu apa yang kamu lakukan?”

Dia menjawab, “Menahan lapar hari ini.”

Ibnu Ja’far berkata kepada dirinya sendiri, “Aku disalahkan karena banyak memberi, ternyata budak ini lebih murah hatinya daripada diriku.” Lalu Abdullah bin Ja’far membeli kebun sekaligus peralatannya, dia membeli budak itu, memerdekakannya dan memberikan kebun tersebut kepadanya.”


*Sungguh ini adalah perniagaan yang menguntungkan…!!!

Isteri ke-14 Raja Mswati?

Foto
TINTSWALO percaya dia boleh ditahan atau dibunuh
 jika kembali ke Swaziland.

London: Seorang gadis kini memohon suaka di Britain selepas dia ingin dijadikan isteri ke-14 pemerintah Swaziland, Raja Mswati III.

Tintswalo Ngobeni, 22, melarikan diri dari negara di selatan Afrika itu ke England ketika masih berusia belasan tahun selepas menarik perhatian raja berkenaan yang terkenal dengan gaya hidup mewahnya. Sebagai sebahagian daripada adat Swaziland, Mswati III, 45, dibenarkan memilih isteri baru pada setiap tahun. Tintswalo berkata, dia meninggalkan negara kelahirannya ketika berusia 15 tahun dan kini menetap di Birmingham.


Menceritakan pengalamannya dilamar, Tintswalo berkata, dia menarik perhatian raja itu ketika melawat istana isteri keempatnya, LaNgangaza.


Foto
SEBAGAI adat di Swaziland, Mswati III dibenarkan
memilih isteri baru setiap tahun.
“Sejak itu dia mula menghubungi saya di sekolah dan bertanya jika saya mahu menjadi sebahagian daripada keluarganya.


“Walaupun ketakutan, saya mendiamkan perasaan itu,” katanya.


Menurut Tintswalo, dia sedar jika memberi persetujuan menjadi isteri Mswati III, seluruh hidupnya akan ditumpukan kepada raja itu. Seperti isteri lain Mswati III, dia akan ditempatkan dalam istana dengan dijaga pengawal peribadi dan tidak boleh pergi ke mana-mana tanpa izin.


Satu-satunya lawatan yang dibenarkan Mswati III kepada isterinya ialah mengunjungi Amerika Syarikat setahun sekali untuk membeli-belah. Justeru, Tintswalo nekad mengetepikan hidup dan pendidikannya yang selesa di sebuah sekolah berasrama swasta dan merancang melarikan diri ke England.


Kata Tintswalo, rancangan itu dilakukan dengan bantuan ibu saudaranya.

“Saya tak ada pilihan.


“Tiada sesiapa pernah menolak kemahuan raja sebelum ini atau mengingkari hajatnya,” katanya.


Akhirnya Tintswalo meninggalkan Swaziland dan menuju ke England untuk menetap bersama ibunya yang sudah ke Birmingham lima tahun sebelum itu.


Ibu Tintswalo meninggalkan Swaziland untuk menjauhkan diri daripada suaminya yang suka mendera. Sejak tiba di England, Tintswalo menjadi pengkritik utama kepada rejim Swaziland - negara yang mengharamkan parti politik dan aktivis pula ditahan atau diganasi dari semasa ke semasa. - Daily Mail

Wanita Arab Saudi pertama takluki Everest



RAHA MOHARRAK (empat dari kiri) bersama beberapa 
pendaki lain mengibarkan bendera Arab Saudi sebelum memulakan pendakian.- Agensi


KATHMANDU - Seorang graduan universiti berusia 25 tahun menjadi wanita Arab Saudi pertama yang menakluki Gunung Everest, kata pihak berkuasa Nepal kelmarin.
Raha Moharrak tiba di puncak Everest sekitar pukul 8 pagi kelmarin, kata pegawai Jabatan Pendakian Gunung Nepal, Tilak Pandey.
Raha menganggotai kumpulan ekspedisi seramai empat pendaki termasuk seorang warga Qatar dan Palestin yang cuba menakluki gunung tertinggi di dunia itu.
Kumpulan tersebut, Arabs with Attitude, menyiarkan mesej di laman Twitternya untuk mengucapkan tahniah di atas kejayaan Raha.
"Wanita Arab Saudi pertama yang mendaki Gunung Everest telah tiba di puncak!! Hebat Raha Moharrak. Kami tabik anda," kata kenyataan tersebut.
Raha juga merupakan warga Arab Saudi paling muda yang sampai ke puncak dunia itu.
Mereka melakukan pendakian tersebut dalam usaha mengutip dana AS$1 juta (RM3 juta) untuk mengisi tabung pendidikan di Nepal.
Secara keseluruhan, seramai 35 warga asing dan 29 rakyat Nepal mendaki Gunung Everest pada minggu lalu.
Mei merupakan bulan pendakian paling sibuk kerana disifatkan waktu terbaik untuk mendaki gunung tersebut berbanding bulan-bulan lain.
Lebih 3,000 orang telah mendaki Gunung Everest sejak ia dibuka kepada dunia pada 1953 manakala beratus-ratus orang turut hilang nyawa dalam usaha menaklukinya.- dpa


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0520&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2TmJVfguo 
Hakcipta terpelihara 

Sunday, May 19, 2013

KISAH 100 ORANG PAHLAWAN PILIHAN


(salah satu bab dalam perang Hunain 8H-9H)

Pasukan tentera Islam diserang hendap dari belakang ketika turun ke Wadi Hunain oleh tentera Malik bin Auf. Ketika itu Malik bin Auf yg melihat keadaan tentera islam dalam keadaan kucar kacir segera mengerah 20,000 orang tentera menyerang tentera islam secara serentak. 

Keadaan yg kucar kacir ini menyebabkan banyak tentera Islam yg lari, tentera Islam yg berada di belakang turut terkesan dan turut melarikan diri melihat tentera Islam memanjat lembah. Sedikit Intro. kisahnya dibawah;- have fun ^^

kemudian, Abbas datang kepada Rasulullah saw. Baginda saw gembira dengan kedatangannya. Abbas mempunyai suara yg sangat kuat, tiada tandingan di kalangan arab.

Rasulullah saw berkata "wahai Abbas, panggil sahabat2ku."

Abbas mula memanggil, "wahai orang2 Islam, ini Muhammad."

Tidak ada org menyahut. Nabi saw menyuruhnya memanggil Ashabul Samurah iaitu orang Islam yg membuat perjanjian di bawah pokok samurah. Samurah adalah pokok tempat para sahabat melakukan perjanjian di Hudaibiah.

Abbas menjerit lagi, "wahai Ashabul Samurah, di mana perjanjian kamu? Wahai Ansar, wahai Muhajirin,"

Ahli Hudaibiah yg mendengar panggilan itu kembali kepada Muhammad saw. Ada di kalangan mereka yg tidak dapat memberhentikan kenderaan terjun daripada kenderaan dan kembali ke medan perang tanpa kenderaan. Oleh itu, terkumpul di sekeliling Nabi saw 100 orang pahlawan Islam sahaja.

100 orang inilah yg mempertahankan Baginda saw daripada 20,000 tentera Hawazin. Orang yg melihat 100 orang ini mengatakan mereka seperti taufan menyerang tentera Hawazin. Tentera seramai 20,000 orang itu tidak mampu menyekat kemaraan 100 pahlawan pilihan. Baginda saw sendiri memimpin mereka.

Saidina Ali berkata, "semasa peperangan berkecamuk, kami lari kepada Nabi saw kerana hanya Nabi saw yang paling berani. Dia tidak berundur dan tidak takut."

Nabi saw bersama 100 orang ini terus menyerang tentera Hawazin dan membunuh mereka. Malik bin Auf terpinga2 melihat hal itu. Hannya 100 orang mampu menyerang dan membunuh tentera mereka.

Pada masa itu, turun bantuan ghaib dari langit. Para malaikat turun dari langit. Ia adalah satu2nya peperangan selepas Badar yg melibatkan peristiwa malaikat turun. Orang2 Mukmin dapat melihat objek hitam besar turun dari langit ke lembah Hunain. Kemudian, objek hitam itu semakin mendekati mereka.

Mereka dapat melihat semut2 hitam besar memenuhi Lembah Hunain. Tentera Hawazin melihat begitu ramai tentera berpakaian putih menaiki kuda putih datang ke arah mereka.

Rasulullah saw dan 100 orang yg Allah pilih berjaya menewaskan tentera Hawazin seramai 20,000 orang.

Allahuakhbar

Saturday, May 18, 2013

Aku Meninggalkan Suami Kerana Ia Memintaku Meninggalkan Islam



Jika ada sebagian di antara wanita muslimah yang rela meninggalkan islam yang dianutnya demi cinta, ekonomi, harta, kekayaan, atau urusan dunia lainnya, maka dalam kisah nyata kali ini tidaklah demikian. Seorang wanita Jerman yang telah mendapat hidayah islam justru mengorbankan suaminya demi mempertahankan hidayah yang telah diraihnya! Sungguh hidayah itu adalah sangat mahal nilainya bagi orang-orang yang mau merenunginya dan mensyukurinya. Inilah dia kisahnya :

“Saya sampai di Saudi, sedangkan di pikiranku ada berbagai hal tentangnya. Sebelumnya saya sudah yakin bahwa akan terjadi perubahan besar pada diriku. Saya mulai memperhatikan hal-hal aneh di masyarakat yang ada di sekitarku. Ketika waktu shalat tiba, semua orang meninggalkan apa saja yang mereka kerjakan dan berdiri dishaf-shaf secara teratur (untuk melaksanakan shalat), mereka diliputi oleh kebahagiaan dan ketenangan.

Saya memperhatikan berbagai macam pergaulan antara anggota masyarakat, di pikiranku berkecamuk dan bertumpuk berbagai pertanyaan. Pada setiap jawaban yang saya dapatkan, saya merasakan adanya denyutan baru di dalam hati yang belum pernah saya rasakan sebelumnya. Saya membandingkan antara tatanan kehidupan di Jerman dan tatanan ke hidupan yang ada di sini. Di Jerman, kami menghabiskan waktu untuk hal-hal yang tak bermanfaat, sementara disini semua orang menghabiskan waktunya untuk bekerja dan beribadah.”

Selanjutnya perempuan ini menambahkan, “Insinyur Subhi Tiraji dan istrinya telah menerangkan Islam kepadaku secara terperinci. Mereka juga telah menjelaskan kepadaku perkara-perkara yang ghaib dan pemahaman-pemahaman yang salah supaya saya masuk Islam dengan penuh kerelaan. Saya menamakan diri dengan Hana.

Saya mengirim surat kepada suamiku di Jerman untuk memberitahukan hal ini dan menjelaskan kepadanya tentang kelebihan-kelebihan agama Islam, serta menjelaskan bahwa Islamlah agama yang benar. Akan tetapi sayang, suamiku malah memintaku untuk segera pulang dan meninggalkan Islam. Saya menolak permintaannya dan mengorbankan dirinya. Saya meminta untuk di talak dan saya pun mendapatkan hasilnya. Allah memberiku seorang suami yang shalih, berkebangsaan Amerika yang berasal dari Mesir.”

Kemudian Hana menceritakan kehidupan barunya, “Setiap minggu kami pergi ke Mekkah atau Madinah al-Munawwarah untuk menghabiskan waktu-waktu yang indah di berbagai tempat suci dan mendengarkan berbagai kaset, supaya dengan mudah kami mendapatkan pemahaman yang benar tentang Islam dengan lebih dalam dan lebih sempurna.”

Jin bangunkan manusia untuk Solat




Mahdi bin Maimun menceritakan seorang jiran beliau yang bernama Washil. Pada waktu malam Mahdi bin Maimun selalu mendengar suara jirannya itu membaca Al Quran. Sehingga, beliau tahu bahawa jirannya itu tidak tidur malam kecuali hanya sekejap.

Pada suatu hari ketika Washil melakukan perjalanan jauh daripergi ke Mekah, Mahid bin Maimun mendengar bacaan Al Quran yang sama dengan bacaan Washil sedangkan pintu rumah Washil terkunci.

Setelah Washil pulang, Mahdi bin Maimun pun memberitahu apa yang dialaminya dan Washil pun menjawab, "Apa yang engkau bimbangkan? Mereka itu adalah penghuni rumah, mereka solat seperti kita juga, mereka membaca Al Quran seperti kita juga."

Mahdi pun bertanya, "Apakah engkau melihat mereka?" Washil pun menjawab, "Tidak, tapi aku dapat merasakan kewujudan mereka, mendengar pengaminan mereka di saat berdoa. Ketika aku tidur, mereka membangunkan aku ". (Shifat Ash Shafwah, 4/359)

Diterjemahkan dari sumber fiqhislam.com

Suami rasai sendiri pengalaman bersalin



SEORANG daripada lelaki yang menjalani simulasi kontraksi bersalin, ditenangkan isterinya apabila dia tidak dapat menahan kesakitan di Michigan, Amerika Syarikat, baru-baru ini. - Agensi
MICHIGAN 17 Mei - Dua lelaki di Amerika Syarikat (AS), yang mahu membuktikan bahawa isteri mereka hanya 'membesar-besarkan cerita' tentang kesakitan ketika melahirkan anak, menjalani simulasi yang menyerupai pengalaman kontraksi dialami wanita semasa bersalin.
Sempena meraikan Hari Ibu, baru-baru ini, kedu-dua suami dari Troy, Michigan itu telah menghubungi pakar ginekologi, Dr. Julie Masters dan merakamkan pengalaman mereka sendiri.
"Saya mahu muntah", kata seorang daripada lelaki itu di hadapan isterinya yang turut berada di sampingnya ketika menjalani pengalaman 'bersalin' itu.
Dr. Masters berkata, dalam simulasi itu, abdomen kedua-dua lelaki tersebut dipasang dengan elektrod yang menyerupai kontraksi yang dialami wanita ketika bersalin.
Ketika dimulakan dengan peringkat awal kelahiran, tahap dua atau tiga skala kesakitan, lelaki itu mula berasa takut, tetapi tetap meneruskannya.
"Pada peringkat awal, saya telah berasa seperti seseorang menggunakan gergaji memotong abdomen saya," kata seorang daripada lelaki itu.
Ketika memasuki peringkat kelahiran aktif, mereka mula berteriak.
"Saya harap saya telah berada di peringkat tujuh kesakitan," kata seorang daripada mereka.
"Tidak, anda baru berada di peringkat empat," jawab seorang jururawat.
Akhirnya, kedua-dua lelaki itu membuat ucapan kepada ibu mereka dalam rakaman yang dipos di Vimeo itu dan menyifatkan mereka sebagai 'hero'.
"Kesakitan yang dialami adalah lebih teruk daripada yang saya jangkakan," menurut kedua-dua lelaki itu. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130518/lu_05/Suami-rasai-sendiri-pengalaman-bersalin#ixzz2TboNZkbj
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kejahatan-Kejahatan Mustafa Kamal Ataturk Terhadap Islam



By  on May 18, 2013

MustafaKemalAtaturk23 MARET 1924, Khilafah Uthmaniah dihapuskan secara resmi oleh Mustafa Kamal Ataturk dari bumi Turki. Ini adalah awal kelam sejarah Islam.
Setelahnya, selama 15 tahun (1923-1938) Ataturk berkuasa. Ia secara konstan dan terstruktur mengasingkan terhadap Khilafah Uthmaniah Turki.  Kamal Ataturk berpendirian bahwa segala masalah yang dihadapi oleh bangsa Turki ketika itu disebabkan oleh Islam. Islam dipersalahkan sebagai puncak kemunduran dan kehinaan yang dialami oleh bangsa Turki, walaupun sejarah dengan jelas telah membuktikan bahwa Islamlah yang membuat Turki begitu terpandang.
Menurut Dr Abdullah Azzam dan Dr. Mohammad Redzuan Othman, setelah berkuasa pada 29 Oktober 1932, Ataturk melahirkan republik Turki moden dengan cara-cara sebagai berikut:
1. Mengikuti segala model Barat dalam pemerintahan.
2. Sistem yang menjadi dasar adalah sistem republik sekular.
3. Menghapuskan sistem pemerintahan khilafah.
4. Pemakaian hijab dilarang di kalangan kaum wanita. Jika bersikeras dipakai, maka muslimah dihukum berat.
5. Pemakainan tarbusy oleh lelaki diganti dengan topi. Juga dianggap menentang hukum jika dipakai.
6. Menggantikan huruf arab dengan latin.
7. Menukar sistem pemerintahan Islam dengan sekular sebagaimana termaktub dalam perlembagaan tahun 1933.
8. Memansuhkan Artikel 2 yang menyatakan ‘Agama Bagi Negara Turki Adalah Islam.’
9. Memansuhkan Kementerian Kehakiman Syariah dan diganti dengan Badan Kehakiman Sipil.
10. Melarang poligami dan menyamaratakan hak pewarisan harta dan pernikanah antara lelaki dan wanita.
11. 3 Maret 1924 sistem pendidikan sekular menjadi dasar dan sebaliknya dia menutup dan memansuhkan semua madrasah, sekolah agama rakyat, gerakan tariqat dan amalan sufi.
12. Menggantikan budaya Islam dengan budaya berasaskan Turki dan Barat.
13. 6 Febuari 1933 azan harus digemakan dalam bahasa Turki dan tidak lagi dalam bahasa Arab.
14. Masjid Aya Sophia diubah statusnya menjadi musium.
15. Melatih tentera dengan latihan a la Barat.
16. Merobohkan semua masjid dekat istana disebabkan suara azannya dianggap bising dan menganggunya beristirihat.
17. Melarang kaum muslimin mengerjakan Haji di Makkah.
18. Mendirikan patungnya di setiap tempat.
19. Menghapuskan Kementerian Wakaf.
20. 26 November 1925 menghapuskan penggunaan Kalender Hijrah dan menggantikannya dengan kalender Barat.
22. Mengganti hari libu Jumat dengan hari Ahad sebagaimana hari libur di Barat. [seri perak pb]

Berlian merah milik syarikat Rio akan dijual




JOHNSON melihat sebuah berlian merah terbesar milik syarikat Rio Tinto di Sydney semalam.- AFP


SYDNEY - Gergasi perlombongan, Rio Tinto akan menjual berlian merah terbesar pernah dijumpai di lombongnya di Australia seiring dengan peningkatan permintaan dari Asia untuk batu permata tersebut yang jarang ditemui.
Batu permata seberat 1.56 karat itu, Argyle Phoenix merupakan antara tiga butir berlian merah yang ditawarkan dalam jualan Berlian Argyle Pink.
Jualan kali ini juga unik kerana ia menawarkan tiga butir berlian merah untuk kali pertama dalam tempoh 30 tahun.
"Ia berlian merah paling besar pernah dikeluarkan dari lombong berlian Argyle," kata Pengurus Berlian Argyle Pink, Josephine Johnson.
"Berlian seperti ini belum pernah dilihat dan mungkin tidak akan dapat dilihat lagi," tambahnya.
Jualan tender itu merangkumi 64 butir berlian termasuk 58 batu berlian merah jambu, tiga berlian biru dan tiga berlian merah.
Batu-batu pertama itu dianggarkan berharga antara AS$1 (RM3.02 juta) hingga AS$2 juta (RM6.04 juta) untuk setiap karat.
Lazimnya, nilai sebutir berlian merah jambu adalah sekitar 50 kali ganda lebih tinggi daripada berlian putih. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0518&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz2Tae2mwkV 
Hakcipta terpelihara 

Fosildiberi nama Johnny Depp




LAKARAN artis menunjukkan haiwan marin purba yang diberi nama Johnny Depp.- AFP


PARIS - Satu fosil haiwan marin purba yang mirip seperti udang karang dan kala jengking diberi nama Johnny Depp oleh seorang saintis.
Saintis itu, David Legg dari Kolej Imperial London berkata, dia memberi nama fosil berusia 505 juta tahun itu kerana Depp pernah berlakon dalam filem Edward Scissorhands pada tahun 1990.
Dalam filem itu, Depp memegang watak lelaki yang mempunyai tangan yang boleh berfungsi seperti gunting.
Menurut Legg dalam satu kenyataan kelmarin, dia juga merupakan peminat pelakon tersebut.
Fosil itu sebelum ini ditemui di Taman Negara Kootenay, British Columbia. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0518&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_08.htm#ixzz2TadhZGnP 
Hakcipta terpelihara 

Kereta Mercedes S-Class boleh bergerak sendiri




ZETSCHE duduk di ruang pemandu kereta tersebut.- AP


HAMBURG - Model baharu kereta Mercedes S-Class yang dilancarkan di sini pada Rabu lalu boleh bergerak secara automatik ketika berlaku kesesakan jalan raya.
Menurut akhbar The Sun kelmarin, Ia boleh bergerak menerusi pemanduan automatik pada kelajuan 48.28 kilometer sejam ketika kesesakan jalan raya
Kereta itu turut mempunyai sistem brek yang boleh berfungsi secara automatik apabila ia mengesan pejalan kaki atau kenderaan yang berada di hadapannya.
Ia juga mempunyai kamera yang dapat mengesan bonggol di depan kereta itu.
Kereta itu mungkin dijual pada harga antara £65,000 (RM298,244) hingga £170,000 (RM780,024). - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0518&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2TadTNgFw 
Hakcipta terpelihara 

Friday, May 17, 2013

Air manis tingkatkan risiko batu karang



Pengambilan setin air bikarbonat atau minuman manis setiap hari, boleh meningkatkan risiko penyakit batu karang. - AGENSI
BOSTON 16 Mei - Satu penyelidikan mendapati, tabiat suka minum setin air karbonat dan minuman manis dalam sehari, boleh meningkatkan risiko penyakit batu karang sebanyak hampir suku peratus.
Kajian terbaharu pakar perubatan Hospital Wanita dan Brigham di Boston, Amerika Syarikat (AS), Dr. Gary Curhan itu mendapati, hubungan antara jenis cecair dan batu karang mungkin bergantung kepada jenis minuman yang diambil.
“Kami mendapati pengambilan minuman yang mempunyai kandungan gula tinggi boleh meningkatkan risiko pembentukan batu karang.
“Individu yang minum air karbonat dan minuman manis sebanyak setin atau lebih dalam sehari, berdepan risiko sebanyak 23 peratus untuk membentuk batu karang dalam buah pinggang mereka," jelasnya.
Kira-kira tiga daripada 20 lelaki Britain dan seorang daripada 20 wanita mempunyai tanda-tanda batu karang pada peringkat tertentu dalam usia mereka dan mereka dinasihati minum air masak bagi mencegah pembentukan penyakit batu karang.
Malah kajian Curhan yang dijalankan terhadap 194,095 pesakit dalam tempoh lapan tahun mendapati, sesetengah jenis minuman boleh memberi manfaat kepada orang ramai.
Sebagai contoh katanya, air kopi, teh dan jus oren boleh mengurangkan tahap pembentukan batu karang. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130517/lu_05/Air-manis-tingkatkan-risiko-batu-karang#ixzz2TVVCxmh6
© Utusan Melayu (M) Bhd