Pages

Saturday, May 18, 2013

Suami rasai sendiri pengalaman bersalin



SEORANG daripada lelaki yang menjalani simulasi kontraksi bersalin, ditenangkan isterinya apabila dia tidak dapat menahan kesakitan di Michigan, Amerika Syarikat, baru-baru ini. - Agensi
MICHIGAN 17 Mei - Dua lelaki di Amerika Syarikat (AS), yang mahu membuktikan bahawa isteri mereka hanya 'membesar-besarkan cerita' tentang kesakitan ketika melahirkan anak, menjalani simulasi yang menyerupai pengalaman kontraksi dialami wanita semasa bersalin.
Sempena meraikan Hari Ibu, baru-baru ini, kedu-dua suami dari Troy, Michigan itu telah menghubungi pakar ginekologi, Dr. Julie Masters dan merakamkan pengalaman mereka sendiri.
"Saya mahu muntah", kata seorang daripada lelaki itu di hadapan isterinya yang turut berada di sampingnya ketika menjalani pengalaman 'bersalin' itu.
Dr. Masters berkata, dalam simulasi itu, abdomen kedua-dua lelaki tersebut dipasang dengan elektrod yang menyerupai kontraksi yang dialami wanita ketika bersalin.
Ketika dimulakan dengan peringkat awal kelahiran, tahap dua atau tiga skala kesakitan, lelaki itu mula berasa takut, tetapi tetap meneruskannya.
"Pada peringkat awal, saya telah berasa seperti seseorang menggunakan gergaji memotong abdomen saya," kata seorang daripada lelaki itu.
Ketika memasuki peringkat kelahiran aktif, mereka mula berteriak.
"Saya harap saya telah berada di peringkat tujuh kesakitan," kata seorang daripada mereka.
"Tidak, anda baru berada di peringkat empat," jawab seorang jururawat.
Akhirnya, kedua-dua lelaki itu membuat ucapan kepada ibu mereka dalam rakaman yang dipos di Vimeo itu dan menyifatkan mereka sebagai 'hero'.
"Kesakitan yang dialami adalah lebih teruk daripada yang saya jangkakan," menurut kedua-dua lelaki itu. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130518/lu_05/Suami-rasai-sendiri-pengalaman-bersalin#ixzz2TboNZkbj
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments: