Pages

Thursday, January 24, 2013

Tangan bionik pertama Britain

Foto
TANGAN bionik dibeli Taylor membolehkannya melakukan
 kerja harian seperti menseterika pakaian.
London: Apabila Chris Taylor kehilangan tangan akibat kemalangan jet ski empat tahun lalu, dia membayangkan kerjayanya sebagai jurutera bakal berakhir.
Namun, kini dia mampu memanjat tangga, memegang tali, malah menyiapkan pemasangan wayar yang kompleks selepas dia diberikan tangan bionik generasi baru.

Foto
TAYLOR menunjukkan bahagian dalam tangan bionik 
yang membolehkan dia melakukan pelbagai 
aktiviti dengan lebih berkesan.
Taylor juga boleh berbangga kerana dia menjadi manusia pertama di Britain memiliki tangan palsu unik digelar Tangan Michaelangelo yang dilengkapi jari elektronik. Dengan tangan baru itu, Taylor mampu menggerakkan semua lima jarinya menggunakan otot di tangan kanannya.
Alat berharga £47,000 (RM226,800) itu mempunyai elektrod yang mengesan pergerakan pada otot dan mencetuskan isyarat yang dihantar ke tangan.

Kini, Taylor boleh memegang objek pelbagai saiz dengan kukuh, selain melakukan tugasan mudah domestik yang selama ini dipandang remeh sesetengah individu seperti memasang butang atau mengambil set kunci.

Foto

Dia kehilangan tangan kanannya selepas terjatuh dari jet ski dalam kemalangan ngeri di Torquay, Devon, pada 2009.

Tayloy sedang memegang seutas tali panjang yang menarik anak lelakinya ketika ombak besar melanda jet ski berkenaan.

Ketika Taylor tercampak ke air, tali itu terbelit dan mencengkam tangannya sehingga putus. Sejak itu, dia mencuba beberapa tangan palsu disediakan hospital sebelum menemui Tangan Michaelangelo yang dibangunkan di Amerika Syarikat dan Jerman.
Taylor dirujuk kepada klinik swasta, Dorset Orthopaedic, yang kemudian menguruskan pemerolehan tangan berkenaan.

Ia dikenali sebagai Tangan Michaelangelo kerana mengambil nama pelukis terkenal Itali yang digelar sebagai “Tangan Tuhan.” Bapa kepada empat anak berasal dari Ivybridge itu berkata, dia menemui Tangan Michaelangelo selepas melayari Internet bagi mencari alternatif kepada tangan palsu disediakan hospital. - Daily Mail

Bayu dingin Artik badai AS

Orang awam memakai pakaian tebal untuk menahan suhu dingin ketika tiba di Gereja Kebangsaan Washington bagi  satu upacara keagamaan yang dihadiri Presiden Amerika Barack Obama dan Naib Presiden Joe Biden, semalam. - Foto REUTERSOrang awam memakai pakaian tebal untuk menahan suhu dingin ketika tiba di Gereja Kebangsaan Washington bagi satu upacara keagamaan yang dihadiri Presiden Amerika Barack Obama dan Naib Presiden Joe Biden, semalam. - Foto REUTERS Tiga maut, suhu turun hingga –46 darjah Celsius

New York: Angin kencang dari Kutub Utara membadai kawasan Midwest dan timur laut Amerika Syarikat kelmarin, menyebabkan sekurang-kurangnya tiga kematian akibat cuaca sejuk manakala beberapa lokasi berdepan suhu sehingga –46 darjah Celsius.
“Kita menyaksikan suhu yang mengancam nyawa di Minnesota dan utara Wisconsin. Ia hampir dengan sumber udara dingin dari Artik dan Kanada” kata pakar ramalan cuaca di Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan, Mike Sowko.


Fenomena dikenali ‘Arctic blast’ itu menyebabkan angin kencang bertiup merentasi Great Lakes sejak beberapa hari lalu sehingga kelmarin juga menyebabkan salji turun setebal 46 sentimeter di timur laut Ohio, barat laut Pennsylvania dan utara New York.

“Kebanyakan bahagian di tenggara Great Lake diselaputi salji,” kata Sowko.

Punca kemalangan

Keadaan dingin dipersalahkan sebagai punca kemalangan membabitkan 76 kenderaan di Lebuh Raya 275 Ohio berhampiran Cincinnati Isnin lalu, mengorbankan budak perempuan berusia 12 tahun dan mencederakan berpuluh lagi, kata pihak berkuasa.
Di beberapa tempat lain, dua kematian dilaporkan akibat terdedah kepada cuaca sejuk, menurut laporan media.

Di barat laut Minnesota, pejabat penguasa Mahnomen berkata seorang lelaki ditemui dalam bangunan penyimpanan Sabtu lalu, meninggal dunia akibat hiportemia, menurut laporan bedah siasat awal, lapor akhbar Bemidji Pioneer.

Kematian ketujuh

Lelaki dari Des Plaines, Illinois, meninggal dunia akibat hiportemia minggu lalu, kematian ketujuh dikaitkan dengan cuaca sejuk musim ini, lapor Chicago Tribune kelmarin, memetik kenyataan pejabat pemeriksa kesihatan Daerah Cook.

Sekolah, yang dijangka menyambung kelas kelmarin selepas cuti sehari sebelumnya bagi mengingati Dr Martin Luther King, dibatalkan di beberapa negeri termasuk Massachusetts dan Ohio.

Amaran mengenai angin sejuk dikeluarkan di seluruh Midwest dan timur laut negara itu kelmarin, dengan suhu panas pada musim sejuk lalu menjadikan Januari semakin dingin, kata Sowko. - REUTERS

INFO: Arctic blast
* Fenomena Artick blast menyebabkan angin kencang dan salji turun dengan lebat.

Kereta tanpa kawalan bantu pemandu tidur

Fierce Lion 3
Fierce Lion 3
Beijing: Tentera China sedang membangunkan kenderaan tanpa pemandu, lapor media rasmi tentera, semalam sambil menambah ia boleh digunakan oleh orang awam bagi mengurangkan keletihan memandu dan membolehkan pemandu tidur dengan aman.

Kemudahan canggih
Fierce Lion 3 dilengkapi dengan komputer canggih yang boleh mengesan trafik berdekatan, dilengkapi bersama-sama radar, kamera video dan satelit pengemudian, membolehkan ia memotong dan membuatkan pergerakan lain dengan selamat, menurut laporan.


Kereta itu yang kelihatan seperti kenderaan utiliti sukan biasa dengan tambahan kamera menamatkan uji pandu sejauh 114 kilometer dalam masa 85 minit dan mencecah kelajuan 105 kilometer sejam, menurut akhbar rasmi Tentera Pembebasan Rakyat, PLA Daily.

Latihan dianggap sebagai berada di lebuh raya dan kenderaan memotong kenderaan yang bergerak perlahan 33 kali, tambahnya, berkata pada keadaan itu ia tidak memotong kerana berbahaya.

“Penyelidik tidak membuat apa-apa tetapi menetapkan koordinasi destinasi kenderaan,” lapor akhbar.

Senjata penting
Buat masa ini, tentera menggunakan kenderaan kawalan jauh yang terkenal di Pakistan, yang dipercayai pegawai Amerika Syarikat serangan udara pesawat kawalan jauh adalah senjata penting dalam memerangi pejuang Islam.

Beberapa pengeluar kereta Barat menyelidik mengenai kereta tanpa pemandu.

PLA Daily berkata mengenai kereta itu: “Kenderaan itu boleh mengurangkan keletihan pemandu dengan berkesan apabila digunakan untuk tujuan awam. Apabila pemandu letih, ia boleh memasuki tahap tanpa pemandu bagi membolehkan mereka tidur dengan aman. - AFP

Satelit 'mati' akan dikitar semula

ILUSTRASI oleh DARPA menunjukkan sebuah satelit digunakan bagi mengesan
 komponen-komponen berharga pada satelit komunikasi yang tidak lagi berfungsi
di orbit Bumi.

WASHINGTON - Agensi Projek Penyelidikan Pertahanan Amerika Syarikat (DARPA) membelanjakan hampir AS$180,000.00 (RM540,00.00) untuk menguji teknologi bagi mengitar semula komponen satelit di orbit Bumi.
Menurut DARPA, apabila jangka hayat sesebuah satelit tamat, beberapa bahagian tertentu seperti antena dan panel solar masih lagi berfungsi seperti biasa.
Namun, sehingga kini, tiada usaha untuk menyelamatkan atau menggunakan kembali komponen-komponen tersebut
Menurut pengurus programnya, David Barnhart, penggunaan semula komponen-komponen itu mampu menjimatkan kos pembuatan satelit dalam jangka masa panjang.
"Kami sedang mencuba untuk menambah pelaburan bagi menguji teknologi itu di samping mencari pendekatan baharu yang mampu menjimatkan kos," katanya.
Teknologi tersebut katanya, melibatkan sebuah robot mekanik dan sebuah satelit mini dihantar ke orbit untuk mengesan komponen-komponen satelit yang masih boleh digunakan.
Robot mekanik itu akan menggabungkan komponen kitar semula itu dengan satelit mini bagi membina satu sistem komunikasi baharu. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0124&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2IqhFACz5 
Hakcipta terpelihara 

Kereta hibrid bergerak guna udara

KERETA hibrid keluaran PSA Peugeot Citroen yang bergerak
menggunakan tenaga udara mampat.- Agensi

PARIS - Gergasi pengeluar kereta Perancis, PSA Peugeot Citroen menyatakan rancangan untuk menjual kereta hibrid berkuasa udara mampat menjelang 2016.
Menurutnya, kereta hibrid itu mampu menjimatkan petrol sebanyak 45 peratus manakala penjimatan 85 peratus dapat dicapai bagi pemanduan dalam bandar.
Penjimatan tersebut, kata PSA Peugeot Citroen, dapat dicapai ekoran kereta itu bergerak menggunakan tenaga udara mampat untuk hampir keseluruhan pemanduan bandar melibatkan kelajuan kurang 70 kilometer sejam.
Kebanyakan kereta hibrid masa kini dijana oleh petrol dan tenaga elektrik.
Teknologi terbaharu itu juga tidak memerlukan kereta tersebut dicaj semula seperti kereta elektrik kerana udara mampat itu disedut dari persekitaran.
Kereta hibrid terbaharu itu juga lebih murah untuk diselenggara kerana tidak memerlukan pertukaran sel elektrik seperti kereta hibrid masa kini. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0124&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2IqgyCRph 
Hakcipta terpelihara 

Wednesday, January 23, 2013

Suami terpaksa merelakan isteri 'ditiduri' adik-beradik

Hal ini terjadi terutamanya di wilayah utara India, di daerah Baghpat, hanya sekitar dua jam dari kota metropolitan New Delhi. Munni, wanita pertengahan 40-an yang mengisahkan penderitaannya menjadi seorang isteri kepada seorang suami sekaligus pemuas nafsu adik-adik suaminya.

“Suami saya dan orang tuanya memberitahu, saya harus membahagikan diri saya (melayan) dengan adik-adiknya,” kata Munni.

Dua adik suaminya adalah bujang terlajak yang tidak memiliki isteri. Antara lain disebabkan jumlah wanita yang kurang di perkampungan tersebut. Munni ketika ini mepunyai tiga orang anak, hasil hubungannya dengan suami, dan dua adiknya.



“Kedua-duanya (adik suaminya) menyetubuhi saya bila mana mereka mahu, tidak kira siang atau malam. Jika saya menolak, mereka akan memukul saya dengan apa saja. Kadang-kala mereka mengusir saya untuk tidur di luar, saya juga pernah disiram minyak tanah dan dibakar
,” tutur Munni. 

Setelah tiga bulan menderita, Munni berjaya melarikan diri, setelah berpura-pura hendak pergi ke hospital. Tetapi, wanita yang telah memiliki tiga anak lelaki itu tidak membuat sebarang laporan polis. 


Munni hanyalah satu dari puluhan wanita di Baghpat yang mengalami nasib yang sama. Kes-kes penyiksaan dan penyimpangan ini kebanyakan tidak dilaporkan kepada polis. Wanita-wanita ini jarang dapat keluar rumah bersendirian, mereka dilarang keluar rumah tanpa ditemani kaum lelaki sehingga sukar untuk berhubung dengan dunia luar. 

Berbeza dengan wanita moden dan berdikari yang bekerja di kota besar seperti New Delhi, di desa tempat Munni tinggal, kaum wanita dikurung di dalam rumah. Mereka hanya berfungsi untuk melahirkan anak dan bertugas membuat kerja-kerja rumah. 


Sementara kaum lelaki pula bekerja sebagai petani atau hanya menganggur dan duduk-duduk seharian di rumah dan di bawah pokok. Minum teh dan merokok, serta saling membandingkan isteri yang jumlahnya terhad.

Penduduk kampung mengatakan tradisi berkongsi isteri ini memiliki banyak kelebihan. Salah satunya adalah menghindari perpecahan akibat perebutan pusaka dan aset di antara para pewaris keluarga. Selain itu, ia juga membebaskan wanita miskin dengan mengawininya, mendapatkan nafkah dari banyak lelaki. 

Menurut Bhagyashri Dengle, pengarah eksekutif Children”s Charity Plan India, mengatakan budaya ini terjadi akibat menurunnya jumlah wanita dibandingkan lelaki. Kebanyakan warga di India menggugurkan bayi perempuan kerana dianggap tidak berguna pada masa depan. 

Menurut kajian populasi di India pada tahun 2011, hanya terdapat 858 wanita untuk 1000 lelaki di Baghpat. Dan jumlah ini terus menurun. Hal ini juga terjadi di daerah Haryana, Punjab, Rajashtan dan Gujarat. 

“Di setiap kampung, terdapat lima atau enam lelaki bujang yang tidak dapat menemui isteri. Dalam satu keluarga, terdapat tiga atau empat lelaki yang belum berkahwin,” lanjut Dengle. 

Salah satu cara untuk mengatasinya adalah membeli pengantin dari daerah lain dengan harga 15000 rupee. Tetapi, ianya juga hanya membawa penderitaan kepada kaum wanita, kerana kebanyakan mereka harus berkahwin dengan lelaki yang berusia jauh lebih tua. 
sumber

Sanggup Cabul Mayat Kerana Terlalu Rindu

Seorang lelaki berusia 59 tahun yang mengunjungi rumah kekasihnya terkejut apabila mendapati wanita itu meninggal dunia kerana serangan jantung.


Bagaimanapun ketika dia baru terfikir hendak mendapatkan pertolongan, tiba-tiba nafsu menguasai dirinya sebaik saja melihat tubuh kekasihnya yang berumur 76 tahun itu.

Menurut polis, lelaki yang hanya dikenali sebagai Ho itu kemudiannya telah menanggalkan pakaian si mati dan meramas alat sulit wanita tersebut.

Sambil mencabul, Ho juga melakukan onani terhadap mayat itu.

”Saya tak dapat mengawal perasaan saya, dia sangat cantik,” kata Ho ketika disoal-siasat.

Ho mendakwa, dia telah beberapa kali mengadakan hubungan seks dengan mendiang sejak bertemu di sebuah pasar sebulan lalu.

” Isteri saya tidak mahukan melakukan hubungan kelamin dengan saya sejak tujuh bulan lalu, saya tertekan,” katanya.

Kisah tersebut terbongkar apabila seorang jiran ternampak Ho sedang berbogel sambil memeluk mayat wanita itu.

Laporan bedah siasat mendapati wanita itu memang mati disebabkan serangan jantung dan bukan disebabkan serangan fizikal.

Apapun, jika sabit kesalahan, Ho boleh dipenjarakan sehingga lima tahun akibat kesalahan berkenaan.

Sumber

Isteri rabai terabai



Sussex: Selama tiga tahun Tracey Sharp percaya dia akan gembira berkongsi suami dengan enam wanita lain.

Foto
TRACEY
Dia mencintai bekas rabai, Philip Sharp serta bekerja keras di ladang milik keluarga itu dan cuba berbaik-baik dengan ‘madunya.’ Bagaimanapun, selepas dipencilkan, dicemburui dan kesunyian, Tracey tidak dapat lagi menanggung penderitaan. Dia akhirnya mendapat keberanian meninggalkan ‘suaminya’ yang kini dikenali sebagai ‘rabai yang berang.’ Kini, selepas lebih dua tahun dan menetap bersama-sama anaknya di rumah pangsa dua bilik di Sussex, Tracey mendedahkan kisah buruk di sebalik keluarga ganjil itu.


Wanita berusia 46 tahun itu berkata, kehidupan keluarga itu tidak pernah bahagia, bertentangan dengan apa yang sering digambarkan oleh bekas rabai berkenaan.

Menurut Tracey, pergaduhan sering berlaku antara ‘isteri’ Sharp. Mereka bekerja enam hari seminggu dan diberi elaun RM150 sebulan untuk hidup sedangkan lelaki itu dilayan seperti ‘raja.’ Tracey mula berkenalan dengan Sharp pada 1998 ketika dia menjadi rabai di sebuah kuil Yahudi di Hove, Sussex, selepas berpisah dengan suaminya.


Ketika itu juga Sharp mendakwa menerima ‘perutusan’ daripada Tuhan yang memaklumkan kepadanya bahawa dia adalah ‘raja’ dan mengarahnya supaya menggandakan bilangan isterinya. Dakwaan dan tindakannya itu menyebabkan Sharp disingkir daripada agama Yahudi.


Selepas menceraikan isterinya yang sah, Sharp ‘mengahwini’ setiausahanya, Judith sebelum mengambil Tracey sebagai isterinya pada 2001.
Foto
TRACEY (dua dari kiri) bersama Sharp (berkemeja biru muda)
dan ‘isterinya’ yang lain.


Beberapa tahun selepas itu, dia ‘berkahwin’ dengan Hannah, Vreni, Margo, Chava dan Karyn. Lelaki itu mempunyai 12 anak hasil perkahwinan dengan tujuh wanita itu. Tidak satu pun perkahwinan itu dilakukan menurut undang-undang dan Sharp berkata, perkahwinan hanya berlaku ketika seks.


Keluarga itu kemudian membina sebuah rumah berharga RM3.4 juta di sebuah ladang di Whatlington, Sussex Timurmenggunakan elaun anak dan kredit cukai.

Tracey yang melahirkan dua anak Sharp - Naomi, kini 9 tahun dan Mischa, 3 tahun, berkata, dia mulanya mempercayai sepenuhnya lelaki itu dan ajarannya. Bercakap dalam wawancara dengan majalah Closer, Tracey berkata: “Saya mencintainya dan percaya ajarannya.” Ketika hamil kali pertama, Tracey berkata, dia dan Sharp begitu rapat menyebabkan madunya cemburu.


Katanya, perasaan cemburu wujud antara ‘isteri’ Sharp kerana sikapnya yang suka memilih wanita yang digemarinya serta berpindah dari satu katil ke katil lain.


Semua ‘isteri’ Sharp terpaksa melakukan kerja seperti membasuh dan memasak sementara anak mereka tidak ke sekolah, sebaliknya belajar di ladang berkenaan.


“Saya begitu sengsara. Tetapi, tidak boleh melakukan apa-apa, seolah-olah telah disihir olehnya,” kata Stacy.


Tetapi, pada 2010, Tracey bertindak berani, menyoal Sharp mengenai kekurangan tumpuan yang diberikan kepadanya dan anak mereka sebelum bertindak meninggalkan ladang itu.


Menurutnya, anaknya, Naomi, mulanya rindukan ‘isteri’ Sharp yang lain dan adik beradiknya. Tetapi katanya, anaknya kini hidup lebih gembira.


“Saya gembira mendapat kebebasan dan menyesal terjerumus dalam kehidupan dengan Sharp. Saya berharap menemui ‘orang baru’ dan saya tidak akan berkongsinya dengan wanita lain,” kata Tracey. - Daily Mail

37 warga asing, 29 militan maut

ANGGOTA bomba Algeria mengusung keranda salah seorang mangsa 
yang terbunuh dalam tragedi di kompleks pemprosesan minyak dan gas In Amenas kelmarin.


ALGIERS - Pihak berkuasa Algeria semalam bertindak meneruskan gerakan mencari lima lagi warga asing yang masih hilang selepas menjadi tebusan di kompleks pemprosesan minyak dan gas In Amenas di gurun Sahara, kata beberapa sumber keselamatan.
"Masih belum ada sebarang berita mengenai kelima-lima warga asing yang masih hilang itu," sumber tersebut memberitahu agensi berita AFP.
Sabtu lalu, skuad khas tentera Algeria bertindak menyerbu kompleks minyak dan gas tersebut dan berjaya menawan kembali daripada kumpulan militan Islam.
Sehingga semalam pemerintah Algeria mengesahkan 37 warga asing dan 29 militan Islam maut dalam krisis tebusan itu. Dua rakyat Malaysia pula dikuatiri masih hilang.
Drama tebusan kompleks kendalian syarikat minyak BP dari Britain, Statoil milik Norway dan firma Algeria, Sonatrach itu bermula pada 16 Januari lalu.
Sementara itu, menurut sumber yang sama, kerja-kerja memulihkan kompleks tersebut telah bermula.
Katanya, sekurang-kurangnya tempoh seminggu lagi diperlukan sebelum semuanya kembali beroperasi. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0123&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2IkBVvmpD 
Hakcipta terpelihara 

Bongkah batu dijadikan rumah

HERNANDEZ berdiri di luar kediamannya dekat San Jose de Las Piedras,
dalam negeri Coahuila, utara Mexico pada 16 Januari lalu.

COAHUILA, Mexico - Seorang lelaki di Mexico telah menukar seketul bongkah batu menjadi rumah untuk keluarganya sejak 30 tahun lalu.
Benito Hernandez membina kediaman unik itu dekat kawasan pergunungan San Jose de Las Piedras, dalam negeri Coahuila di utara Mexico.
Sebahagian daripada bongkah batu besar berdiameter 40 meter itu dijadikan bumbung rumah manakala beberapa bahagian lain dikorek untuk membina ruang tamu, dapur dan beberapa buah bilik.
Hernandez tinggal di rumah batu itu bersama isteri, Santa Martha de la Cruz Villarreal, seorang anak lelakinya, Omar Hernandez dan cucu perempuan mereka, Lucero Hernandez.
Kediaman Hernandez itu terletak dekat dengan bandar San Jose de Las Piedras.
Bandar itu merupakan sebuah komuniti terpencil di kawasan gurun Coahuila dan terletak sekitar 80 kilometer dari sempadan Texas, di Amerika Syarikat. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0123&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz2IkBsJalu 
Hakcipta terpelihara 

Pesawat pejuang bedil kubu penentang

SEORANG penduduk berjalan melintasi sebuah bangunan yang 
musnah selepas dibom pesawat pejuang rejim pemerintah Syria di Damsyik kelmarin.

BEIRUT - Pesawat pejuang dan kereta kebal tentera rejim Presiden Bashar Al-Assad mengebom kubu kuat kumpulan penentang di wilayah Damsyik semalam, kata Pemerhati Hak Asasi Manusia untuk Syria.
Kata badan pemerhati itu, jet-jet pejuang melancarkan serangan ke atas bandar Douma, timur Damsyik dan beberapa bahagian rantau Ghuta Timur yang merupakan kubu kuat Tentera Pembebasan Syria.
Ia merupakan sebahagian daripada kempen untuk menghapuskan terus kumpulan pejuang penentang yang berada di sekitar Damsyik.
Kereta kebal turut digunakan bagi membedil bandar Daraya dan Moadamiyat al-Sham yang terletak di barat daya Damsyik.
Turut dibedil tentera rejim ialah bandar Yalda dan Beit Sahem.
Sementara itu, akhbar pro-Presiden Bashar, Al-Watan membuat pengakuan secara terbuka mengenai serangan udara di wilayah Damsyik dalam laporannya.
Konflik di Syria meletus pada Mac 2011 selepas para penentang melancarkan tentangan ke atas rejim Bashar kerana tidak berpuas hati dengan pemerintahannya.
Mereka menuduh Bashar gagal untuk melakukan pembaharuan dalam pentadbiran dan hak kebebasan bersuara. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0123&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2IkC6DhVi 
Hakcipta terpelihara 

Tuesday, January 22, 2013

Tidak Akan Hancur 10 Golongan Mayat Ini


Tidak Akan Hancur 10 Golongan Mayat Ini
Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun ‘UMUR AKHIRAT’ dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya sahabat kepada Rasulullah SAW : “Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?” Maka jawabnya Rasulullah saw, “Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU’. “Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.

Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah SAW bahawa Sepuluh Golongan yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati:

TIDAK AKAN HANCUR 10 GOLONGAN MAYAT INI

Segala Nabi
Orang Yang Berperang Kerana Allah (Jihad)
Orang Alim (Ahli ulama’ Yang Diredhai oleh Allah)
Orang Yang Mati Shahid (mati ketika berperang menegakkan Islam)
Orang yang Menanggung Al-Quran (Orang yang Menghafal ayat-ayat Al-Quran)
Raja Yang Adil
Tukang Azan (Bilal yang azan selama 12 tahun harus masuk Syurga)
Orang yang mati Ketika Nifas (orang yang mati bersalin)-> Kelebihan para Ibu
Orang yang dibunuh dengan zalim
Orang yang mati Hari Jumaat @ malamnya (jumaat)
Tiap-tiap Yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. ketika itu sesiapa Yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka Sesungguhnya ia telah berjaya. dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi Segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya.” (Surah Ali Imran 3:185) -n.i-sumber

Taliban serang balai trafik Kabul

Orang awam menyelamatkan diri di bandar Kabul.
Orang awam menyelamatkan diri di bandar Kabul.

KABUL - Pejuang Taliban nekad melakukan serangan bom berani mati dengan menyasarkan Ibu Pejabat Polis Trafik Kabul, Afghanistan, sebelum menyerbu masuk ke bangunan empat tingkat itu.

Kejadian itu mencetuskan pertempuran lebih enam jam.

Menurut Ketua Polis Kabul, Ayoub Salangi, lebih 10 orang termasuk 6 orang awam dan empat anggota polis tercedera.

“Dua daripada penyerang ditembak mati dan dua penyerang lain terbunuh selepas berbalas tembakan,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Sediq Sediqi berkata, sejak pasukan keselamatan meningkatkan kawalan, banyak serangan berani mati berlaku di bandar itu.

“Kami tidak akan mengalah, operasi keselamatan akan ditingkatkan bagi menjaga keselamatan orang awam,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Taliban, Zabiullah Mujahid dalam kenyataan kepada media mendakwa bertanggungjawab terhadap serangan itu. - AP

Gempa bumi Aceh: Seorang maut, tujuh cedera



JAKARTA - Seorang kanak-kanak perempuan maut dan tujuh penduduk lagi cedera ditimpa serpihan runtuhan bangunan rumah dalam kejadian gempa bumi berkekuatan 6.0 pada skala Richter di Aceh pada pagi Selasa.

Kanak-kanak berusia lapan tahun itu adalah dari Kampung Mane, di daerah Pidie manakala mereka yang cedera pula adalah dari Kampung Mane, Kampung Pulo Loh dan Kampung Leupu, di daerah sama.

Menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia, gempa bumi di kawasan Barat daya Aceh pada pukul 5.22 pagi itu menyebabkan beberapa buah rumah penduduk di daerah Pidie hancur dan sejumlah rumah lain rosak.

Gempa bumi itu berlaku di dalam laut sekitar Pulau Penasi yang terletak antara Banda Aceh dan Pulau Breureh, 15 km ke barat daya kota Banda Aceh, pada kedalaman 84 km.

Gegaran gempa bumi selama dua hingga lima saat itu turut dirasakan oleh penduduk di sekitar Lhoknga, Peukanbada, Ulelhee di Banda Aceh, menyebabkan mereka bertempiaran keluar dari rumah masing-masing bagi menyelamatkan diri.

Dua puluh lima minit kemudian gempa susulan berkekuatan 5.1 pada skala Richter berlaku di tempat yang hampir sama, pada kedalaman 16 km. - Bernama

Kawah tasik purba di Marikh

Gambar NASA menunjukkan pemandangan lapisan berbatu dasar Kawah McLaughlin di Marikh. - Foto REUTERSGambar NASA menunjukkan pemandangan lapisan berbatu dasar Kawah McLaughlin di Marikh. - Foto REUTERS Washington: Sebuah kapal angkasa milik Amerika Syarikat yang mengorbit planet Marikh menemui bukti kewujudan sebuah kawah tasik purba mengandungi air bawah tanah.

Penemuan ini sekali gus menyokong teori bahawa Planet Merah itu mungkin satu ketika dulu pernah didiami hidupan, kata Agensi Angakasa Lepas Amerika (NASA) kelmarin
Data spektrometer dari Pengorbit Tinjauan Marikh NASA (MRO) menunjukkan kesan karbonat dan mineral tanah liat biasanya terbentuk dengan kehadiran air di bawah Kawah McLaughlin sedalam 2.2 kilometer itu.

Pemantauan baru itu mencadangkan pembentukan karbonat dan tanah liat di dalam sebuah tasik diisi air bawah tanah dalam lembangan kawah, kata NASA berhubung penemuan itu yang diterbitkan edisi online Nature Geoscience.

Sesetengah penyelidik mengatakan bahagian dalam kawah menadah air, kata agensi angkasa lepas itu, menambah bahawa zon bawah tanah yang menyalurkan air mungkin menjadi persekitaran lembap dan habitat potensi.

Kawah itu kekurangan saluran dalaman besar, jadi tasik itu kemungkinan diisi air bawah tanah, kata saintis.

Pemantauan terbaru menyediakan bukti terbaik pembentukan karbonat dalam persekitaran tasik bukannya dialirkan ke dalam kawah dari luar, kata penulis utama jurnal, Joseph Michalski,
Kawah dengan lebar 91.73 kilometer itu terletak pada hujung satu cerun beberapa ratus kilometer panjang dan sama seperti bumi, tasik diisi air bawah tanah itu terletak di paras rendah.
AFP

Assad tubuh pasukan tentera baharu lawan pemberontak



BEIRUT 22 Jan. - Presiden Syria, Bashar al-Assad didakwa merekrut satu pasukan separa tentera baharu, dengan sesetengah daripadanya dilatih oleh sekutu kuatnya, Iran, dalam usaha berdepan dengan pemberontak di Syria.
Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia berkata semalam, pasukan itu bersama tentera sedia ada yang setia kepada Assad membentuk pasukan yang digelar Tentera Pertahanan Kebangsaan (NDA), bersedia menentang pemberontak melalui latihan yang lebih jitu.
“Tentera biasa tidak dilatih menentang pemberontak dan kerajaan Syria akhirnya mengambil keputusan mewujudkan NDA," kata pengarah badan itu, Rami Abdel Rahman. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130122/lu_11/Assad-tubuh-pasukan-tentera-baharu-lawan-pemberontak#ixzz2Ieu9vmj2
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Taliban serang polis Kabul sembilan jam

Kepulan asap hitam dilihat di ibu pejabat polis Afghanistan  di Kabul selepas diserang militan Taliban. - Foto AFPKepulan asap hitam dilihat di ibu pejabat polis Afghanistan di Kabul selepas diserang militan Taliban. - Foto AFP Kabul: Ibu pejabat polis di ibu negara Afghanistan diserang pasukan penyerang bunuh diri Taliban awal semalam menyebabkan tiga anggota keselamatan terbunuh.

Tembak menembak antara polis dan militan itu berlangsung selama sembilan jam yang menyaksikan askar Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) cuba membantu pasukan keselamatan.
Pertentangan terbaru itu adalah yang paling lama sejak militan berkenaan melakukan beberapa serangan serentak di Kabul pada April tahun lalu membabitkan masa 18 jam.


Tiga daripada lima penyerang terbunuh dalam serangan itu manakala dua lagi yang membawa bom berada dalam bangunan lima tingkat di barat Kabul itu dan menembak anggota keselamatan sebelum mati ditembak.

Semuanya sudah berakhir. Dua pengganas terakhir sudah mati dan mereka tidak sempat meletupkan bom yang dipakai pada badan, kata Ketua Polis Kabul, Jeneral Mohammad Ayoub Salangi.

Sebab keadaan berlanjutan begitu lama bagi menundukkan dua lelaki itu adalah kerana anggota polis berhati-hati.

Ada banyak dokumen penting di dalam bangunan itu jadi kami perlu berhati-hati supaya tidak merosakkannya, katanya lagi.
Empat anggota polis trafik, dua anggota pasukan khas dan enam orang awam cedera, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Jeneral Abdul Rahman.

Jurugambar agensi berita berkata, askar Norway dilihat turut menembak militan berkenaan.

Militan dilaporkan menyerang ibu pejabat polis kerana percaya kemudahan latihan pasukan keselamatan dikendalikan tentera asing.

Serangan kali ini berlaku kurang seminggu selepas sekumpulan penyerang bunuh diri menyerang ibu pejabat perisikan di Kabul menyebabkan seorang pengawal maut dan berpuluh-puluh orang awam cedera.
AFP

Anak digigit sampai mati, disangka ular


TOKYO - Seorang lelaki berumur 53 tahun, ditahan polis selepas disyaki membunuh anaknya dengan menggigit mangsa yang dianggap sebagai ular di sebuah pangsapuri Anjo, Jepun.

Menurut media tempatan, Katsumi Nagaya memukul kepala Takuya, 23, kemudian menggigit mangsa yang sedang mengeliat dan kelihatan seperti seekor ular.

Takuya disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital. Katsumi bagaimanapun, melaporkan melakukan tindakan itu terhadap anak lelakinya untuk menyingkirkan imej reptilia itu dari fikirannya. - AFP

Penduduk Beijing cecah 20.69 juta



BEIJING 21 Jan. - Populasi Beijing cecah 20.69 juta pada akhir 2012, meningkat 2.5 peratus atau 507,000 orang berbanding tahun sebelumnya.
Jumlah bukan penduduk Beijing yang tinggal lebih setengah tahun di bandaraya ini naik sebanyak 316,000 orang dari akhir 2011 kepada 7.74 juta tahun lepas, menurut data dikeluarkan Biro Statistik Beijing pada Ahad.
Bagaimanapun, Naib Ketua biro itu, Xia Qinfang berkata kadar pertumbuhan itu merupakan terendah dalam beberapa tahun kebelakangan ini berikutan pertumbuhan lebih perlahan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), menurut laporan agensi berita Xinhua.
Media kerajaan itu melaporkan jumlah populasi tinggi itu telah mewujudkan cabaran kepada bandaraya ini, termasuk menduduki tempat pertama senarai kesesakan trafik dunia dan harga rumah naik mendadak. - BERNAMA.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130121/lu_09/Penduduk-Beijing-cecah-2069-juta#ixzz2Ietz1veW
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Nyaris maut dihempap batu

pix_topright St George (Utah): Seorang wanita warga emas nyaris maut apabila bongkah batu besar runtuh dan merempuh dinding bilik tidurnya, malam semalam.
FotoKetika kejadian, Wanda Lee Denhalter, 63, sedang tidur dan tidak sempat melakukan apa-apa untuk mengelak, tetapi dia masih bernasib baik kerana cuma tersepit di antara batu dan dinding rumahnya.

Menurut Wanda, batu sebesar empat meter dan setinggi tiga meter itu merempuh rumahnya kira-kira jam 3 pagi. Dia mengalami patah rahang, tulang dada dan luka besar pada kakinya.
Wanda juga bernasib baik kerana dalam keadaan tersepit itu, dia masih dapat mencapai telefon di rumahnya dan menghubungi perkhidmatan kecemasan bagi mendapatkan bantuan. Jurucakap polis St George berkata, Wanda dikejarkan ke Pusat Perubatan Wilayah Dixie dan menjalani pembedahan hampir empat jam bagi merawat pelbagai kecederaannya. Sementara itu, suami Wanda, Scot Denhalter, berkata dia tiada di rumah ketika kejadian.

“Menurut Wanda, dia terdengar bunyi yang kuat sejurus sebelum batu besar itu melanggar rumah kami,” katanya. Bimbang dengan bunyi itu, kata Denhalter, Wanda beralih ke sebelah katil dan berdiam diri di situ.

Katanya, jika Wanda bangkit dan melihat apa yang berlaku, isterinya itu mungkin terbunuh. “Batu itu menyebabkan katil dan pelbagai perabot lain tercampak lebih satu meter,” katanya.
BAHAGIAN luar rumah musnah dirempuh.
Dalam keadaan terdesak itu, kata Denhalter, Wanda berjaya bangkit dan menghubungi talian kecemasan 911. Sehingga semalam, belum diketahui punca batu itu runtuh, tetapi Denhalter menjangkakan, paip air yang pecah di pinggir tanah tinggi berhampiran rumahnya mungkin ada kaitan dengan insiden itu. Pasangan itu baru berpindah ke rumah berkenaan Disember lalu.

Ketika itu, kata Denhalter, dia menyatakan kebimbangannya terhadap bungkah batu yang ada di lereng berhampiran rumah mereka.
“Tetapi Wanda meyakinkan saya, batu itu tidak akan runtuh,” katanya. - Daily Mail

15 tahun tak dibayar gaji



Dua beradik dakwa ditipu

KUCHING: Nasib dua beradik dari Kampung Antayan Kropok, Serian, di sini, tidak ubah seperti buruh paksa apabila mereka mendakwa dikerah bekerja 12 jam sehari tanpa menerima upah walau sesen dalam tempoh 15 tahun lalu.

Ketika menerima tawaran daripada ejen mencari pekerja pada 1995, Radin anak Bangan, 31 dan adiknya Simon, 30, yang hanya sempat bersekolah hingga darjah enam, melompat kegirangan selepas dimaklumkan mereka bakal menerima gaji RM2,000 sebulan apabila bekerja di kilang membuat pau, di Puchong, Selangor. Mereka ketika itu masing-masing berusia 15 dan 16 tahun terus menerima tawaran itu dengan harapan pendapatan lumayan akan membantu mengubah nasib keluarga.
Selepas sebulan bekerja, mereka tidak menerima gaji seperti dijanjikan, namun bersabar kerana yakin majikan akan membayar gaji pada bulan berikutnya. Bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, dua beradik itu terus menanti namun sehingga 15 tahun mereka hanya menikmati makanan dan tempat tinggal percuma daripada majikan manakala gaji yang diharapkan tidak pernah diterima.

Dalam tempoh itu juga, mereka terputus hubungan dengan keluarga dan lebih malang lagi selama bekerja di kilang pau itu, mereka tidak pernah keluar, walaupun ke pekan berhampiran.

"Saya tidak begitu ingat suasana perayaan Gawai Dayak kerana tidak pernah berpeluang untuk merayakannya sejak saya ke sana (Puchong).

“Kami terharu, kerana tahun ini berpeluang untuk menyambut Gawai bersama keluarga kerana selama ini kami tidak berhubung dengan mereka," kata Simon tidak fasih bertutur dalam bahasa Melayu ketika ditemui selepas mereka membuat laporan polis terhadap majikan mereka di Balai Polis Sentral, di sini, semalam. Mereka pulang ke kampung Februari lalu.
Radin pula berkata, selepas sekian lama berada di perantauan, beliau terfikir mungkin tidak akan berpeluang berjumpa keluarga lagi.

“Kami tidak tahu apa yang berlaku pada keluarga di sini (Sarawak). Kami juga tidak tahu macam mana hendak keluar (lari) kerana bimbang tidak tahu ke mana arah tujuan.

"Tetapi selepas sekian lama terkurung, akhirnya majikan bersetuju menghantar kami balik dan membeli tiket kapal terbang, itupun selepas diminta oleh bapa kami," katanya yang mendakwa selain beliau dan adiknya, terdapat dua lagi rakyat Sarawak berbangsa Bidayuh dan tiga lagi berbangsa Cina berasal dari Perak, bekerja di kilang itu.

Terperengkap di kerusi gara-gara bergurau

KEADAAN Curtis selepas terperangkap pada kerusi anaknya di London baru-baru ini.

LONDON - Seorang ibu terperangkap di sebuah kerusi duduk anaknya selepas bergurau dengan seorang rakan yang berkunjung ke rumahnya di sini, lapor akhbar The Sun semalam.
Ketika kejadian, Serena Curtis, 31, dilaporkan sedang meraikan majlis malam perkahwinan beliau bersama rakan wanitanya Jade Dickerson, sementara anaknya telah dihantar ke rumah pengasuh untuk dijaga.
Curtis, ibu kepada tiga orang anak tersebut yang ketika itu sedang mabuk telah mengambil keputusan untuk duduk di dalam kerusi lipat milik anaknya sebelum tersepit di antara celah ruang tempat duduk kerusi berkenaan.
Dia dan Jade, 27, telah berusaha selama sejam untuk meloloskan diri dari kerusi tersebut namun gagal sehingga menyebabkan Curtis terpaksa berhenti seketika untuk berehat.
Segala kejadian yang berlaku ini turut dirakamkan oleh Jade menggunakan telefon bimbitnya.
Jade akhirnya terpaksa memanggil pihak bomba untuk datang membantu membebaskan Curtis yang masih tersepit itu.
Serena berasa malu dengan kejadian yang berlaku apabila beberapa anggota bomba tiba di rumahnya di Oxford.
"Saya berasa sangat malu. Saya baru sahaja melangsungkan perkahwinan. Nasib baik kerusi ini telah menyembunyikan muka saya.
"Ini adalah kerusi lipat anak saya. Saya masih tidak memberitahunya lagi mengenai kejadian ini. Saya tunggu sehingga dia dewasa," katanya. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0122&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2IeKqvNLp 
Hakcipta terpelihara 

Suami isteri tak dibenar bercerai ketika Ramadan


QATIF: Jabatan Pembiayaan dan Harta di bandar raya ini memutuskan untuk tidak meluluskan perceraian ketika bulan suci Ramadan, lapor akhbar harian berbahasa Arab, Al-Riyadh, semalam.

Jabatan itu dilaporkan mengadakan mesyuarat yang dihadiri semua pegawai tadbir perkahwinan di negara ini dan memutuskan supaya tidak membenar sebarang perceraian ketika bulan puasa.


“Tindakan itu dapat memberi peluang kepada pasangan yang bermasalah berbaik semula sebelum mereka membuat keputusan akhir untuk bercerai,” kata hakim di jabatan itu, Sheikh Muhammad Al-Jirani.

Bergelut dengan jerung untuk selamatkan kanak-kanak


PAUL MARSHALLSEA (dalam bulatan) menarik ekor ikan jerung di tepi pantai Sunshine Coast, Queensland dalam kejadian semalam.

SYDNEY - Seorang lelaki warga Britain yang sedang menikmati percutian di Sunshine Coast, Queensland di sini bertindak berani menangkap seekor ikan jerung yang mendekati sekumpulan kanak-kanak di pesisir pantai, lapor akhbar Mail Online semalam.
Paul Marshallsea, 62, telah bergelut dengan ikan jerung berukuran 91 sentimeter itu ketika ia berenang di air cetek mendekati pantai.
Sejurus terdengar jeritan orang ramai mengenai kemunculan ikan jerung itu, Paul dengan pantas berkejar ke pantai dan menarik ekor ikan jerung tersebut sebelum ia bertindak ganas.
Ikan jerung itu hampir mencederakan kaki Paul sebelum ia ditarik ke tengah laut oleh pasukan penyelamat menggunakan jet ski dan helikopter.
"Ketika itu air di pantai cetek sedalam 5.4 meter dan ramai kanak-kanak dan bayi sedang bermain di situ. Jika saya tidak campur tangan, kejadian yang tidak diingini akan berlaku.
"Gerak hati saya menyuruh saya melakukannya dan saya terus menangkap ekor ikan jerung itu," katanya.
Menurut Marshallsea, ikan tersebut berpusing ke arahnya dan hampir menggigitnya.
"Ia hampir membaham kaki saya dalam sekelip mata. Ia sangat pantas," kata lelaki itu. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0122&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2IeKZDNc4 
Hakcipta terpelihara 

Bekas ketua IMF bayar AS1.5 juta tutup kes cabul

Kiri:STRAUSS-KAHN, Kanan:DIALLO

PARIS - Bekas ketua Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn membayar AS$1.5 juta (RM4.5 juta) sebagai penyelesaian luar mahkamah kepada seorang pengemas bilik hotel di New York yang mendakwa telah dicabul olehnya, lapor akhbar Perancis kelmarin.
Memetik sumber-sumber yang rapat dengan Strauss-Kahn, akhbar Le Journal du Dimanche berkata, wanita itu, Nafissatou Diallo telah menerima bayaran tersebut di bawah satu persetujuan rahsia sebagai penyelesaian saman Diallo ke atas dirinya.
Akhbar berkenaan menyatakan, Diallo mendapat 70 peratus wang tersebut selepas membayar pasukan peguamnya.
Diallo tuurt menerima bayaran daripada akhbar New York Post yang disamannya sebelum ini kerana melaporkan dia bekerja sebagai seorang pelacur.
Insiden itu memalukan Strauss-Kahn sehingga memaksa beliau meletak jawatan sebagai ketua IMF serta memusnahkan harapannya untuk menjadi Presiden Perancis.
Strauss-Kahn ditangkap selepas Diallo mendakwa pemimpin itu memaksanya melakukan seks oral di bilik hotel penginapannya di Hotel Sofitel, New York pada Mei 2011.
Dalam insiden tersebut, Strauss-Kahn mengaku berlaku hubungan seks tetapi menegaskan bahawa hubungan itu adalah secara suka sama suka.
Siasatan jenayah terhadap insiden itu gagal selepas Diallo menukar keterangannya dengan pihak pendakwa raya menganggap kesnya sebagai lemah.
Strauss-Kahn, 63, masih berdepan siasatan di Perancis berhubung dakwaan beliau terlibat melanggan pelacur selepas sebuah mahkamah tempatan menolak permintaan agar dakwaan ke atas dirinya digugurkan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0122&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2IeK8LJU5 
Hakcipta terpelihara 

Monday, January 21, 2013

Sukar lepasi pintu

Los Angeles: Mikel Ruffinelli tidak segan mempamerkan pinggulnya, yang terbesar di dunia dengan ukur lilit lebih 244 sentimeter.
Dalam keadaan sedemikian, ibu empat anak itu terpaksa bergelut untuk memasuki pintu dan memerlukan dua tempat duduk ketika menaiki pesawat.

Mikel, 39, yang seberat 190 kilogram (kg) terpaksa memandu trak kerana tidak muat untuk masuk ke dalam kereta. Dia juga memerlukan sebuah kerusi yang kuat untuk duduk dan berehat di dalam rumah.
Bagaimanapun, wanita itu yang hanya mempunyai berat 63kg ketika berusia belasan tahun, bangga dengan bentuk tubuhnya. Dia tidak mempunyai rancangan untuk menurunkan berat badan meskipun sering diejek.

“Ke mana saja saya pergi, pinggul saya akan menjadi tumpuan. Ada yang mengejek dan ada yang memuji. Apabila saya berjalan di jalan raya, saya boleh mendengar bunyi klik kamera telefon dan orang akan mentertawakan saya. “Saya pernah terdengar orang sekeliling berkata, ‘Tengok pinggulnya yang besar.’
Ada orang menyangka saya menjalani pembedahan untuk membesarkan pinggul saya. Tetapi, ia sebenarnya asli. Mungkin ia kesan daripada mempunyai empat anak. Tetapi keluarga saya memang berpinggul besar,” kata wanita itu.
Foto
MIKEL bangga dengan bentuk badannya.
Mikel bersaiz normal seperti kanak-kanak biasa ketika remaja. Malah ketika berusia awal 20-an, berat badannya hanya 82kg.

Tetapi, pada usia 22, beratnya bertambah 25kg selepas melahirkan anak pertama, Andrew, yang kini 18. Selepas anak kedua, Destynee, 13, Autumn, lapan dan Justyce, tujuh, dilahirkan, beratnya meningkat mendadak dan pinggulnya terus membesar.
Meskipun dengan bentuk tubuhnya, Mikel hanya setinggi 195 sentimeter dan lilit pinggangnya pula 102 sentimeter.

Mikel dari Los Angeles mengaku berdepan dengan kesukaran dalam menjalani kehidupan seharian akibat saiznya itu.

“Saya perlu membeli tiket untuk dua tempat duduk setiap kali menaiki pesawat atau kereta api kerana tak muat.

Ia sudah tentu mahal. Saya sanggup memandu trak daripada menaiki pengangkutan awam kerana ia cukup besar untuk saya.

Untuk berjalan menerusi ruang yang sempit juga menjadi masalah utama. Saya juga terpaksa mengiring untuk memasuki pintu masuk. Saya tidak boleh menutup pintu bilik air kerana pinggul saya tersekat.

Pernah berlaku satu kejadian di mana saya tersepit dalam bilik air dan tidak berdaya untuk keluar,” katanya.

Namun, wanita itu masih dapat menyertai kegiatan keluarga seperti rutin untuk menyihatkan tubuh di rumah dan bersiar-siar di taman atau tepi pantai. “Mencari pakaian yang sesuai untuk bahagian bawah tubuh menjadi satu cabaran. Saya juga terpaksa menempah khas semua pakaian dalam saya waktu ini,” katanya. - Daily Mail

Kisah Wanita Tidak Boleh Pijak Masjidil Haram

SUDAH lebih sepuluh tahun saya mengumpul pengalaman dalam menguruskan jemaah haji dan umrah, pelbagai kerenah yang saya temui. Tak kiralah sama ada sebelum berangkat ke Tanah Suci ataupun sewaktu berada di sana. Apa yang boleh saya katakan, mereka yang berjaya sampai ke Mekah untuk menunaikan ibadah adalah golongan yang dipilih Allah. Jika Allah tidak menjemput, jemaah itu tidak akan berjaya sampai ke Tanah Suci.
Wang bukan segala-galanya. Saya sering melihat kes di mana jika orang itu banyak duit sekali pun, tetapi ada saja halangannya sejak di tanah air sehingga menyebabkan dia gagal menjadi tetamu Allah di Mekah. Ada kalanya, kerana fikir dia kaya dan banyak wang, maka itu menjadi lesen untuk meminta apa saja bertaraf first class bagaikan melancong ke luar negara lagaknya. Pernah saya bawa seorang jemaah wanita, boleh dikatakan dari golongan elit. Sebelum pergi lagi dah minta macam-macam. Lepas tu, langsung tak mahu bercampur dengan jemaah lain. Kononnya orang lain tak setaraf dengannya. Sikapnya sungguh sombong dan suka memerintah orang.
Semasa di Madinah, dia sudah mula tunjuk rasa tak puas hati. Kononnya makanan tak sedap, persekitaran tak selesa dan macam-macam lagi. Saya sendiri tidak faham tujuannya datang ke Tanah Suci untuk beribadah atau melancong. Sudahlah begitu, dia suka melaga-lagakan orang dengan fitnah hingga ada jemaah yang bermasam muka angkaranya. Bila sampai di Mekah, kami bawa ke hotel penginapan. Walaupun hotel itu tidak secantik mana namun ia selesa dan segala kemudahan disediakan. Semua jemaah suka dan amat bersyukur kerana dapat penginapan yang paling dekat dengan kawasan Masjidilharam. Ini memudahkan mereka berulang-alik mengerjakan ibadah.
Macam Kandang Babi
TAPI berlainan pula dengan wanita elit itu. Mula-mula dia membebel kerana tak puas hati dengan hotel itu. Katanya hotel itu buruk. Lama-kelamaan amarahnya mula berpanjangan. Daripada membebel, akhirnya dia terjerit-jerit marah dan memaki hamun di depan jemaah lain hanya kerana tidak mahu menginap di hotel tersebut. “Hotel ni macam kandang babi? Aku tak mahu tinggal kat tempat kotor macam ni!” jerit wanita itu. Habis pintu hotel ditendangnya. Saya hanya geleng kepala. Jemaah lain turut malu dengan sikapnya hamun dalam ihramnya itu.
Kami memujuk, tapi dia terus memarahi dan memaki hamun kami semua. Hampir setengah hari habis masa kami memujuknya. Tidak mahu jemaah lain terganggu kerana kerenahnya itu, akhirnya kami tempatkan dia di sebuah hotel mewah yang jauh dari Kaabah. Kalau diikutkan, tak layak pun dia duduk di hotel itu. Bayangkanlah, bayar pakej untuk kelas pertengahan, tapi minta layanan bagaikan dia membayar pakej kelas pertama. Tapi kerana malas mendengar suaranya yang tak habis membebel dan mengganggu Jemaah lain, kami turutkan saja kemahuannya.
Lepas itu, mutawif minta wanita tersebut membayar dam kerana sudah banyak melanggar syarat dalam ihram. Lebih kurang RM400 dendanya. Tak sampai 15 minit lepas dia bayar, dia boleh marah semula mutawif dan berkeras minta dipulangkan semula duit damnya itu.
Dia sanggup tinggal seorang diri di hotel berlainan yang jauh daripada jemaah lain. Saya dapat, tahu selepas itu dia langsung tidak dapat mengerjakan ibadah umrah di Mekah. Sebabnya tiba-tiba haidnya datang tak menentu. Kejap ada, kejap tiada. Sehari suci, esoknya ‘kotor’ semula. Semasa dalam ihram, haidnya datang lagi. Akhirnya, sepanjang 10 hari di Mekah, memang dia lebih banyak duduk di hotel saja, langsung tak dapat buat ibadah. Betapa ruginya orang seperti ini.
Gagal Pijak Masjidilharam
SELAIN itu, saya teringat juga satu kes seorang lelaki berusia 60-an yang mengerjakan umrah ditemani anak lelakinya. Semasa di Madinah, semuanya berjalan dengan baik. Tapi, sampai di Mekah lain pula jadinya. Lelaki itu tak boleh memasuki kawasan Masjidilharam. Tiap kali dia jejakkan kaki ke dalam kawasan itu, dia akan menjerit-jerit kepanasan. Badannya rasa nak terbakar sampai nak dicabutnya kain ihram kerana tak tahan berasa panas. Begitulah setiap kali mahu memasuki kawasan Masjidilharam.
Lebih haru, bila kami tanya mana Kaabah, dia boleh tunjuk arah belakang. Maknanya, Kaabah yang besar pun langsung dia tak nampak! Anak lelakinya menangis melihat keadaan itu. Setelah puas bertanya, barulah lelaki itu bercerita dia ada membela hantu raya. Tujuannya untuk membantunya melakukan kerja dan menjaga rumah semasa ketiadaannya sewaktu zaman mudanya dulu. Kami tanya di mana dia simpan benda pemujaan hantu raya itu. Setelah dia menyebutkan lokasinya, anaknya menelefon keluarganya di tanah air dan minta dibuang benda itu dengan bantuan pengamal perubatan tradisional. Setelah hantu raya itu dibuang, barulah lelaki itu boleh memijak kawasan Masjidilharam. Barulah dia boleh melihat Kaabah. Kerana itu semasa memberi kursus pada jemaah yang mahu berangkat ke Tanah Suci, saya selalu mengingatkan mereka jika ada sebarang amalan ilmu hitam atau yang menyalahi syariat, lebih baik ‘dibersihkan’ dahulu dan bertaubat sebelum berangkat ke Tanah Suci.
Betulkan tauhid kita sebelum berangkat ke sana. Jika tidak, itulah yang terjadi seperti kes pakcik tadi. Selain itu, akhlak kita sesama manusia juga harus dijaga. Sebaiknya kita minta ampun dan maaf pada mereka yang pernah kita zalimi atau sakiti hatinya, apatah lagi jika kita ambil haknya.
Akibat Alih Batu Sempadan
PERNAH berlaku seorang jemaah lelaki yang saya bawa tak boleh buat ibadah sepanjang berada di Mekah. Badannya sentiasa terasa panas dan tidak keruan hingga dia langsung tak boleh beri tumpuan untuk beribadah. Dia mengadu pada saya lalu saya bertanya jika dia ada buat apa-apa kesalahan sebelum ini. Akhirnya dia teringat semasa di kampung dia suka mengambil tanah hak orang. Dia dengan sengaja mengalihkan batu sempadan agar tanahnya lebih luas dengan ‘mencuri’ hak orang lain. Selepas dinasihatkan, dia menelefon jirannya di tanah air dan meminta maaf atas perbuatannya itu. Selepas itu barulah dia dapat melakukan ibadah dengan tenang di Mekah.
Sebenarnya, cerita-cerita yang saya bawakan tadi sepatutnya menginsafkan kita. Apa saja ujian atau balasan yang kita lalui semasa berada di Tanah Suci, terimalah dengan dada terbuka. Jangan takut, jangan gentar. Setiap ujian dan balasan di sana adalah salah satu pengampunan dosa kita. Jika kita tidak dapat menerimanya dengan redha, bermakna kita adalah manusia yang rugi. Segala keajaiban yang ditunjukkan Allah di Tanah Suci itu bersifat pelbagai. Seperti saya alami dua tahun lalu. Ketika saya berniat mahu bawa golongan yang tidak berkemampuan ke Tanah Suci.
Mereka terdiri daripada anak-anak yatim, orang tua, golongan miskin dan pelajar madrasah di mana mereka ingin sangat ke Mekah tapi tidak mampu dari segi kewangan. Kalau diikutkan logic akal, bajet untuk membawa mereka memang tak cukup langsung. Tapi saya tawakal dan berserah pada Allah. Sampai di Tanah Suci, rezeki saya tak putus-putus. Ramai orang menderma, segala bajet seperti makan minum dan penginapan tiba-tiba dapat diskaun paling murah.
Kad ATM bila dicucuk sentiasa ada wang. Dalam poket pun bila saya seluk, ada saja wang yang saya sendiri tertanya-tanya entah datang dari mana. Itulah kuasa Allah. Semasa pergi tak cukup wang, sampai di sana wang saya jadi berlebihan hingga boleh membeli-belah untuk golongan yang tidak berkemampuan ini. Daripada situ saya bertekad seboleh-bolehnya saya mahu membantu membawa golongan sebegini ke Tanah Suci. Oleh kerana itulah saya wujudkan program ‘Kembara Taubat Di Bumi Anbia’ yang akan bermula pada Mei tahun ini. Tujuannya untuk memberi peluang pada golongan yang tidak berkemampuan untuk sama-sama menjadi tetamu Allah di sana. Saya percaya, benda baik yang kita lakukan dengan ikhlas tanpa tujuan mengaut keuntungan pasti akan dipermudahkan jalannya oleh Allah.
sumber