Pages

Sunday, July 29, 2012

Empat askar Thai kena serang


Doktor di Pattani  melakukan  pembedahan  ke atas  askar yang diserang oleh kumpulan pemisah di Pattani, semalam. - Foto AFPDoktor di Pattani melakukan pembedahan ke atas askar yang diserang oleh kumpulan pemisah di Pattani, semalam. - Foto AFP
Kumpulan ditembak ketika ronda di Patani 

Bangkok: Pemisah menembak mati empat anggota tentera dan mencederakan dua lagi awal semalam di selatan Thailand, kata jurucakap tentera, ketika keganasan yang bermula sejak awal Ramadan berterusan.
Kumpulan enam askar diserang ketika mereka meronda di jalan raya di daerah Mayo di wilayah Pattani. 

Pemisah lepas tembakan 

“Kira-kira 20 pemisah bersenjata dalam tiga trak pikap melepaskan tembakan ke arah sepasukan anggota tentera sebaik mendekati mereka,” kata jurucakap tentera di selatan, Kolonel Pramote Prom-in. 

Pramote berkata, empat anggota tentera maut dalam serangan dan dua lagi cedera ketika mereka berbalas tembakan. Kejadian berlaku selepas letupan bom tepi jalan yang membunuh lima anggota polis di Yala Rabu lalu. 

Gerakan pemisah, tanpa matlamat jelas, menggegarkan tiga wilayah paling selatan di Thailand iaitu Pattani, Narathiwat dan Yala sejak 2004. 
Serangan bom dan tembakan berlaku setiap hari yang mensasarkan anggota tentera dan penduduk awam Buddha dan Islam, sudah meragut lebih 5,000 nyawa dalam masa lapan tahun. - AFP

Suu Kyi dikritik berdiam diri isu Rohingya

Yangon: Pemimpin pro demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi, dikritik kumpulan aktivis hak asasi dan penyokong kempen demokrasi selepas dikatakan enggan memberi ulasan mengenai tindakan kejam tentera negara itu ke atas etnik minoriti Rohingya.

Sikap beliau menimbulkan persoalan bahawa Suu Kyi juga mungkin mempunyai sikap prejudis ke atas etnik berkenaan yang berhijrah dari Bengal beberapa kurun lalu dan enggan memberi komitmen terhadap isu ini.
Mereka yang sebelum ini menyokong ikon hak asasi berkenaan, menuduh beliau sengaja mendiamkan diri dalam isu layanan buruk yang diberikan ke atas etnik tanpa negara yang dikenal pasti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai kumpulan minoriti paling tertindas di dunia. 

Suu Kyi berada dalam kedudukan sukar, tetapi masyarakat antarabangsa kecewa kerana beliau tidak bersedia bersikap lebih lantang”. - Anna Roberts, Pengarah Kempen Burma United Kingdom
Pengkritik berkata, Suu Kyi sengaja mengelak membincangkan perkara itu sepanjang tempoh lapan minggu kekacauan di negeri Rakhine di barat Burma, yang mengorbankan beratus-ratus penduduk manakala berpuluh ribu lagi terpaksa meninggalkan kediaman mereka.

Keengganan beliau untuk mengkritik Presiden Thein Sein kerana menguatkuasakan dasar yang seolah-olah menyokong pembersihan etnik, menimbulkan kekeliruan dikalangan penyokong Suu Kyi.

Thein Sein sebelum ini berkata kira-kira 800,000 etnik Rohingya perlu ditempatkan di kem pelarian dan dihantar ke sempadan Bangladesh.

“Beliau berada di dalam kedudukan sukar, tetapi masyarakat antarabangsa kecewa kerana beliau tidak bersedia bersikap lebih lantang,” kata pengarah Kempen Burma United Kingdom, Anna Roberts. 
“Beliau sengaja melepaskan peluang untuk memberi pendapat yang baik mengenai isu ini,” kata Pengarah kumpulan aktivis Pemerhati Hak Asasi Asia, Brad Adams. - Agensi

Taliban sasar kepentingan Myanmar

Foto
Penduduk memegang sepanduk tanda protes terhadap Myanmar. - Foto EPA

Foto
Gambar penduduk membakar replika bendera Myanmar di Islamabad, kelmarin. - Foto EPA
Tindakan balas kekejaman ke atas Rohingya

Islamabad: Pergerakan Taliban Pakistan mengancam untuk menyerang kepentingan Myanmar di mana-mana saja di negara Asia Tenggara bagi membalas dendam terhadap kekejaman kerajaan itu ke atas penduduk Islam Rohing


yaIa adalah kali pertama Taliban Pakistan mengancam melancarkan serangan di luar kawasan Pakistan-Afghanistan. 


Ia turut memberi amaran kepada Pakistan untuk menggantung semua hubungan dengan Myanmar dan menutup kedutaan negara itu di Islamabad.

Pelindung wanita dan lelaki Islam

Dalam kenyataan yang memberi perhatian kepada nasib Islam di luar negara, kumpulan induk Tehreek-e-Taliban (TTP) mahu menonjolkan diri sebagai pelindung kepada wanita dan lelaki Islam di Myanmar, berkata mereka akan membalas dendam.
Jurucakap pergerakan itu, Ehsanullah Ehsan, menuntut kerajaan menggantung semua hubungan dengan Myanmar dan menutup kedutaan negara itu.
“Jika tidak, kami bukan hanya menyerang kepentingan Myanmar di mana-sama saja sebalik juga di Pakistan satu persatu,” katanya dalam satu kenyataan.
Kedutaan Myanmar bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk memberi ulasan. - Agensi

Suu Kyi tidak sokong Rohingya


Seorang wanita Rohingya tidak dapat menahan kesedihan mengenangkan nasibnya sambil mendukung anaknya. - Agensi
YANGON 27 Julai - Pemimpin pembangkang Myanmar, Aung San Suu Kyi dikritik oleh penyokongnya sendiri ekoran keengganan ikon demokrasi itu membuat kenyataan berhubung penindasan yang dilakukan oleh tentera ke atas etnik Rohingya.

Kumpulan aktivis yang menyokong Suu Kyi menuduh ikon hak asasi manusia itu berdiam diri terhadap isu kemanusiaan dan layanan teruk oleh kerajaan kepada etnik Rohingya, yang disifatkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai etnik paling teruk dianiaya di dunia.

Beliau juga dikritik sengaja mengelak mengulas isu yang telah berlarutan selama lapan minggu di negeri Rakhine, barat Myanmar, di mana beratus-ratus orang dilaporkan terbunuh dan berpuluh-puluh ribu lagi penduduk terpaksa meninggalkan rumah masing-masing.

Terdapat juga laporan menyatakan pihak tentera memukul, mengugut dan membunuh etnik Rohingya.

Suu Kyi juga enggan mengkritik Presiden Thein Sein, atas tindakan bekas jeneral tentera itu menyokong polisi yang dilihat menggalakkan berlakunya penghapusan etnik.

Thein Sein berkata, kira-kira 800,000 etnik Rohingya perlu ditempatkan di khemah-khemah pelarian dan dihantar ke sempadan Bangladesh.

Pengarah Eksekutif Kempen Myanmar-Britain, Anna Roberts berkata, Suu Kyi berada dalam situasi sukar, namun orang ramai kecewa kerana beliau tidak membuat sebarang pendirian berhubung isu Rohingya.

"Suu Kyi melepaskan peluang untuk membangkitkan isu berhubung hak asasi manusia," kata Brad Adams, Pengarah Pemerhati Hak Asasi Manusia Asia.

Apabila ditanya mengenai isu Rohingya, Suu Kyi dalam kenyataan kurang jelas menyatakan tentang keperluan 'menghormati kedaulatan undang-undang' atau keperluan undang-undang imigresen yang lebih jelas.

Pendirian kabur beliau itu, sekali gus menunjukkan Suu Kyi menganggap etnik Islam itu sebagai pendatang haram.

Pada ucapan pertamanya di Parlimen pada minggu ini, Suu Kyi menegaskan tentang kepentingan melindungi hak asasi kumpulan minoriti yang lebih merujuk kepada kumpulan penganut Buddha di Karen dan Shan. - AGENSI

Mufti gusar salah guna media sosial


Shaikh Abdullah pada   satu seminar  di Arab Saudi, baru-baru ini. - Foto AgensiShaikh Abdullah pada satu seminar di Arab Saudi, baru-baru ini. - Foto Agensi
Medium lebih banyak diguna untuk keburukan

Dubai: Mufti Besar Arab Saudi memberi amaran terhadap salah guna media sosial untuk menghasut kekacauan, bantahan dan mengingkari pemimpin.
Dalam kenyataan yang disiarkan dalam akhbar Al Madina awal minggu ini, Shaikh Abdul Aziz Abdullah al-Sheikh menggambarkan peralatan teknologi terkini dan media sosial sebagai pedang bermata dua dan berkata ia sebenarnya lebih banyak digunakan untuk tujuan keburukan daripada kebaikan. 

Laman media sosial diguna untuk sebar rasuah, putar belit pemikiran, jatuhkan moral”. - Shaikh Abdul Aziz Abdullah al-Sheikh, Mufti Besar Arab Saudi
“Laman media sosial digunakan untuk menyebarkan rasuah, memutarbelitkan pemikiran, menjatuhkan moral, mencetuskan kekeliruan, menyebarkan penipuan dan menggesa kekacau-an, bantahan dan mengingkari pemerintah,” katanya.

Shaikh Abdullah menasihatkan setiap umat Islam tidak mendapatkan maklumat daripada laman seperti itu.

Medium popular

Punca yang menyebabkan kenyataan mufti berkenaan dan masa ia dibuat tidak diketahui. 
Kenyataan dibuat selepas media sosial memainkan peranan penting dalam kebangkitan Arab yang melanda rantau itu termasuk di Mesir.

Sejak beberapa bulan lalu, ada lebih satu kempen di media sosial supaya melakukan tindakan tertentu, termasuk menggesa supaya wanita dibenarkan memandu pada tarikh tertentu. Wanita tidak dibenarkan memandu di Arab Saudi.

Penggunaan media sosial di Arab Saudi amat popular, menurut tinjauan dan perangkaan syarikat internet.

Dengan 38 peratus menggunakan perantaraan itu, rakyat negara itu menduduki tempat teratas dalam senarai penduduk menggunakan Twitter di negara Arab, menurut tinjauan yang dilakukan Pusat Penyelidikan Ekonomi Wamdah.

Penonton YouTube tertinggi

Rakyat Mesir berada di tempat kedua dengan 30 peratus diikuti di Kuwait dan Emiriah Arab Bersatu dengan masing-masing 13 dan tujuh peratus. 

Majoriti pengguna adalah orang media dengan 62 peratus manakala ahli politik di tempat kedua iaitu 16 peratus dan tokoh agama 10 peratus. Arab Saudi juga mendahului senarai paling berpengaruh dalam Twitter. 

Menurut perangkaan yang disiarkan enjin pencarian Google, Arab Saudi mencatatkan bilangan penonton video YouTube tertinggi dengan hampir 90 juta setiap hari. Secara keseluruhan, ada hampir 167 juta penonton video di YouTube sehari di Asia Barat dan Afrika Utara. - Agensi

17 alasan ulama Islam mengkafirkan kaum Syi’ah


SEJUMLAH tujuh belas doktrin Syi'ah yang selalu mereka sembunyikan dari kaum muslimin sebagai sebahagian dari pengamalan doktrin taqiyah (menyembunyikan Syi'ahnya). Ketujuh belas doktrin ini terdapat dalam kitab suci Syiah:

1. Dunia dengan seluruh isi kandungannya adalah milik para imam Syiah. Mereka akan memberikan dunia ini kepada siapa yang dikehendaki dan mencabutnya dari sesiapa yang dikehendaki (Ushulul Kaafi, hal.259, Al-Kulaini, cet. India).

Jelas Doktrin seperti ini bertentangan dengan firman Allah SWT Surah Al-A'raf 7: 128, "Sesungguhnya bumi adalah milik Allah, Dia dikurniakan kepada siapa yang Dia kehendaki". Kepercayaan Syi'ah di atas menunjukkan penyetaraan kuasa para imam Syi'ah dengan Allah dan doktrin ini merupakan aqidah syirik.

2.Ali bin Abi Talib yang didakwa sebagai imam Syi'ah yang pertama dinyatakan sebagai dzat yang pertama dan terakhir, yang zahir dan yang batin sebagaimana termaktub dalam surah Al-Hadid, 57: 3 (Rijalul Kashi hal. 138).

Doktrin seperti ini jelas merupakan kekafiran Syi'ah yang berdusta atas nama Khalifah Ali bin Abi Talib. Dengan doktrin seperti ini Syi'ah menempatkan Ali sebagai Tuhan. Dan hal ini sudah pasti merupakan tipu daya Syiah terhadap kaum muslimin dan kesucian aqidahnya.

3.Para imam Syi'ah merupakan wajah Allah, mata Allah dan tangan-tangan Allah yang membawa rahmat bagi para hamba Allah (Ushulul Kaafi, hal. 83).

4.Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib oleh Syi'ah dikatakan menjadi wakil Allah dalam menentukan syurga dan neraka, memperoleh sesuatu yang tidak diperolehi oleh manusia sebelumnya, mengetahui yang baik dan yang buruk, mengetahui segala sesuatu secara terperinci yang pernah terjadi dahulu mahupun yang ghaib (Ushulul kaafi, hal. 84).

5.Keinginan para imam Syiah adalah keinginan Allah juga (Ushulul Kaafi, hal. 278).

6.Para imam Syi'ah mengetahui bila-bila datang ajalnya dan mereka sendiri yang menentukan saat kematiannya kerana bila imam tidak mengetahui hal-hal seperti itu maka ia tidak berhak menjadi imam (Ushulul Kaafi, hal. 158).

7.Para imam Syi'ah mengetahui apa-apa yang tersembunyi dan dapat mengetahui dan menjawab apa saja bila kita bertanya kepada mereka kerana mereka mengetahui hal ghaib sebagaimana yang Allah ketahui (Ushulul Kaafi, hal. 193).

8.Allah itu bersifat bada 'iaitu baru mengetahui sesuatu bila sudah terjadi. Akan tetapi para imam Syi'ah telah mengetahui lebih dahulu hal yang belum terjadi (Ushulul Kaafi, hal. 40).

Menurut Al-Kulaini (ulama besar ahli hadith Syi'ah), Bahawa Allah tidak mengetahui bahawa Husein bin Ali akan mati terbunuh. Menurut mereka Tuhan pada mulanya tidak tahu kerana itu Tuhan membuat ketetapan baru sesuai dengan keadaan yang ada. Akan tetapi imam Syi'ah telah mengetahui apa yang akan terjadi. Oleh sebab itu menurut doktrin Syi'ah Allah bersifat bada '(Ushulul Kaafi, hal. 232).

9.Para imam Syi'ah merupakan gudang ilmu Allah dan juga penterjemah ilmu Allah. Para imam Syiah bersifat Ma'sum (Bersih dari kesalahan dan tidak pernah lupa apalagi berbuat Dosa). Allah menyuruh manusia untuk mentaati imam Syi'ah, tidak boleh mengingkarinya dan mereka menjadi hujjah (Hujah Kebenaran) Allah atas langit dan bumi (Ushulul Kaafi, hal. 165).

10.Para imam Syi'ah sama dengan Rasulullah saw (Ibid).

11.Yang dimaksud para imam Syiah adalah Ali bin Abi Talib, Husein bin Ali, Ali bin Husein, Hassan bin Ali dan Muhammad bin Ali (Ushulul Kaafi, hal. 109)

12.Al-Qur'an yang ada sekarang telah berubah, dikurangkan dan ditambah (Ushulul Kaafi, hal. 670). Salah satu contoh ayat Al-Qur'an yang dikurangkan dari asalnya iaitu ayat Al-Qur'an An-Nisa ': 47, menurut versi Syi'ah berbunyi: "Ya ayyuhalladziina uutul kitaaba aaminuu bimaa nazzalnaa fie' Aliyyin nuuran mubiinan". (Fashlul Khitab, hal. 180).

13.Menurut Syiah, Al-Qur'an yang dibawa Jibril kepada Nabi Muhammad ada 17 ribu ayat, namun yang tinggal sekarang hanya 6660 ayat (Ushulul Kaafi, hal. 671).

14.Menyatakan bahawa Abu Bakar, Umar, Utsman bin Affan, Muawiyah, Aisyah, Hafsah, Hindun, dan Ummul Hakam adalah makhluk yang paling jelek di muka bumi, mereka ini adalah musuh-musuh Allah. Siapa yang tidak memusuhi mereka, maka tidaklah sempurna imannya kepada Allah, Rasul-Nya dan imam-imam Syi'ah (Haqqul Yaqin, hal. 519 oleh Muhammad Baqir Al-Majlisi).

15.Menghalalkan nikah Mut'ah, bahkan menurut doktrin Syi'ah orang yang melakukan kahwin mut'ah 4 kali darjatnya lebih tinggi dari Nabi Muhammad Saw. (Tafsir Minhajush Shadiqin, hal. 356, oleh Mullah Fathullah Kassani).

16.Menghalalkan saling tukar-menukar budak perempuan untuk disetubuhi kepada sesama temannya. Kata mereka, imam Ja'far berkata kepada temannya: "Wahai Muhammad, kumpulilah budakku ini sesuka hatimu. Jika engkau sudah tidak suka kembalikan lagi kepadaku." (Al-Istibshar III, hal. 136, oleh Abu Ja'far Muhammad Hasan At-Thusi).

17.Rasulullah dan para sahabat akan dibangkitkan sebelum hari kiamat. Imam Mahdi sebelum hari kiamat akan datang dan dia membongkar kuburan Abu Bakar dan Umar yang ada berhampiran kubur Rasulullah. Setelah dihidupkan maka kedua orang ini akan disalib (Haqqul Yaqin, hal. 360, oleh Mullah Muhammad Baqir al-Majlisi).

Ketujuhbelas doktrin Syi'ah di atas, apakah boleh dianggap sebagai aqidah Islam sebagaimana dibawa oleh Rasulullah saw. dan dipegang teguh oleh para Sahabat serta kaum Muslimin yang hidup sejak zaman Tabi'in hingga sekarang? Adakah orang masih percaya bahawa Syi'ah itu sebahagian dari umat Islam? Menurut Imam Malik dan Imam Ahmad, sesiapa yang tidak MENGKAFIRKAN aqidah Syi'ah ini, maka dia termasuk Kafir.

Semua kitab tersebut di atas adalah kitab-kitab induk atau rujukan pokok kaum Syi'ah yang kedudukannya seperti halnya kitab-kitab hadis Imam Bukhari, Muslim, Ahmad bin Hambal, Nasa'i, Tirmizi, Abu Daud, dan Ibnu Majah bagi kaum Muslimin. Oleh kerana itu, usaha-usaha Syi'ah untuk menanamkan kesan bahawa Syiah adalah sebahagian daripada kaum Muslimin, hanya berbeza dalam beberapa hal yang tidak prinsip, adalah dusta dan harus ditolak tegas!!!.

Sumber: Risalah Mujahidin, edisi 9, th 1 Jumadil Ula 1428 / Jun 2007
 —

EMPAT TANDA ORANG YANG TELAH MENCAPAI DERAJAT KHUSUS



(1) “Orang tersebut telah MAMPU untuk MENGGANTI WAKTU ISTIRAHATNYA dengan AMAL-AMAL SALEH;
(2) dia BERANI BERSEDEKAH meskipun dia MEMILIKI HARTA yang hanya SEDIKIT;
(3) dia merasa LAPANG tinggal di RUMAH yang SEMPIT; dan
(4) baginya PUJIAN dan CELAAN adalah SAMA saja.”

(Dzun Nun Al-Mishri)
 

Arab Saudi berang atlet judo tidak dibenar pakai tudung


Arab Saudi berang atlet judo tidak dibenar pakai tudung
Wodjan (kiri) diiringi bapanya tiba di Lapangan Terbang Heathrow pada 25 Julai lalu.
LONDON - Arab Saudi bertindak mengemukakan aduan kepada Jawatan Kuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) selepas berang dengan keputusan saat akhir penganjur yang melarang atlet judo heavyweight, Wodjan Shaherkani memakai tudung semasa bertanding.

Kelmarin, jurucakap IOC memaklumkan mereka kini sedang mengadakan perbincangan dengan Persekutuan Judo Antarabangsa (IJF) dan Jawatan Kuasa Olimpik Arab Saudi untuk mencari jalan penyelesaian bagi membolehkan atlet muda berumur 18 tahun itu menyertai acara tersebut.

"Berdasarkan peraturan yang ditetapkan oleh IJF, Wodjan tidak boleh memakai tudung semasa bertanding untuk acara seni mempertahankan diri itu atas faktor keselamatan," kata Presiden IJF, Marius Vizer.

Difahamkan, IJF mengenakan peraturan keselamatan ketat termasuk melarang pemakaian tudung kerana ia didakwa akan memberi risiko terhadap kesihatan atlet.

Arab Saudi sebelum ini bersetuju membenarkan atlet wanita bersaing dalam temasya Sukan Olimpik London untuk pertama kali dengan syarat mereka mengenakan kod pakaian yang tidak melanggar hukum agama Islam.

Pembangkang Syria jalani latihan di Jerman

BERLIN - Kira-kira 40 ahli pembangkang berpangkat tinggi di Syria termasuk jeneral yang berpaling tadah daripada rejim Presiden Bashar al-Assad dilaporkan menjalani latihan di Berlin.

Sumber diplomatik di Jerman mengesahkan kumpulan yang mewakili pelbagai puak di negara itu dilatih untuk mewujudkan sistem demokrasi selepas kejatuhan pemerintahan rejim Assad.

Berlin turut menegaskan tidak terlibat secara langsung dengan latihan rahsia tersebut kerana mereka hanya memberi bantuan logistik.

Jurucakap Kementerian Luar Jerman memaklumkan, projek berjudul 'Hari Berikutnya: sokongan bagi peralihan demokratik di Syria' tidak bertujuan untuk mengubah kerajaan Damsyik sebaliknya ia adalah perancangan untuk menghadapi era selepas Assad 

Iran mula simpan bekalan makanan

TEHERAN - Agensi berita Iran, kelmarin melaporkan kerajaan mula mengumpul bekalan makanan untuk tempoh tiga bulan bagi menghadapi sekatan Barat yang dikenakan ke atas negara itu.

Menurut akhbar Mehr, Timbalan Menteri Industri, Hasan Radmard memaklumkan mereka telah membeli pelbagai produk berasaskan makanan termasuk minyak masak dan gula untuk menampung permintaan penduduk selama 90 hari.

Langkah tersebut terpaksa diambil susulan daripada sekatan perdagangan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah (EU) akibat daripada keengganan negara itu untuk menghentikan program nuklear mereka

Tonton tv sama mayat


         
JACKSON: Seorang wanita yang tinggal beberapa bulan dengan mayat seorang rakan semalam didakwa di mahkamah atas tuduhan menunaikan cek pencen dan keselamatan sosialnya.

Linda Chase, 71, diheret ke mahkamah tiga minggu selepas mayat Charles Zigler ditemui di atas kerusi di ruang tamu rumah mereka di Jackson, 64 kilometer ke selatan Lansing, selatan Michigan.
Linda tidak didakwa dengan sebarang tuduhan jenayah berkait dengan kematian Zigler atau kegagalannya untuk melaporkan kematian lelaki itu.

Polis yakin Zigler, 67, mati kerana penyakit biasa pada Disember 2010 walaupun Linda berkata, temannya itu mati tahun lalu.


Wanita berkenaan dituduh menipu dengan menunaikan cek berjumlah AS$28,000 (RM74,000) atas nama Zigler.


Hakim membebaskannya selepas menasihatinya supaya muncul di mahkamah pada setiap hari yang telah ditetapkan.

Polis memasuki rumah Linda pada 6 Julai selepas anggota keluarga Zigler berkata, mereka sudah lama tidak menemuinya.

Linda berkata, dia enggan berpisah daripada mayat itu dan mahu terus berbual dengannya sambil menonton lumba kereta Nascar menerusi televisyen.

“Dia tahu apa yang sebenarnya dia mahukan. Dia tidak merinduinya atau dia tidak boleh hidup tanpanya. Dia hanya mahukan wangnya. Keluarga kami mahukan dia dipenjara,” kata anak saudara Zigler, Aaron Dryer. - AP

Ratu Elizabeth berlakon ‘Gadis Bond’

JAMES BOND dan Elizabeth berjalan ke arah helikopter yang sedia menanti di luar Istana Buckingham.
JAMES BOND dan Elizabeth berjalan ke arah helikopter
yang sedia menanti di luar Istana Buckingham.
LONDON: Ratu Elizabeth II buat kali pertama berlakon sebagai ‘Gadis Bond’ dan ia dilakukan dengan satu kali rakaman saja.
Elizabeth, 86, mempamerkan bakatnya apabila muncul untuk melakonkan wataknya sendiri dalam filem pendek untuk majlis perasmian Olimpik London bersama-sama dengan aktor James Bond, Daniel Craig. Dalam filem berkenaan, Craig tiba di pejabat Elizabeth di Istana Buckingham dengan ratu itu mengucapkan ‘Selamat sejahtera Encik Bond’ sebelum kedua-duanya menaiki helikopter.

Tidak berapa lama selepas filem itu berakhir, pelakon aksi berani pasangan itu terjun dengan payung terjun di Stadium Olimpik. Akhbar The Telegraph memetik Pengarah Penerbitan Drama BBC, Nicholas Brown sebagai berkata, ratu itu memberi persembahan profesional. Elizabeth kemudian merasmikan Olimpik London.

Persembahan pembukaan sukan itu yang diatur oleh penerbit filem Britain, Danny Boyle dengan kos RM135 juta itu mendapat pujian dari dalam dan luar negara. - DM

‘Ibu’ perang bermula


        
ALEPPO: Tentera Syria semalam melancarkan serangan besar-besaran dalam usaha untuk menawan semula bandar kedua terbesar ini.

Dengan dibantu kereta kebal dan helikopter bersenjata yang dihimpunkan sejak dua hari lalu, tentera yang setia kepada Presiden Bashar al-Assad itu bergerak ke daerah barat laut bandar komersial berkenaan, tempat yang menjadi tumpuan kumpulan pemberontak ketika mereka menawan sebahagian besar bandar di utara Syria itu pada 20 Julai lalu.


Meriam digunakan untuk membedil daerah Salaheddin dan kawasan lain yang dikuasai pemberontak ber mula jam 8 pagi (1 tengah hari waktu Malaysia) sementara tentera darat mara.

Penduduk awam bersesak-sesak untuk berlindung di besmen bangunan.


“Anda boleh kata pertempuran untuk menawan Aleppo sudah bermula.


“Pertempuran paling sengit sudah meletus di beberapa kawasan Aleppo,” kata ketua Pemerhati Syria Untuk Hak Asasi, Rami Abdel Rahman. Video yang dirakam kumpulan itu menunjukkan kepulan asap di beberapa bangunan di bandar itu. Bunyi tembakan juga jelas kedengaran.

Media prokerajaan sebelum ini memberi amaran, ibu segala peperangan di Syria akan meletus di Aleppo apabila tentera kerajaan melancarkan serangan yang akan menentukan nasib bandar berkenaan.


“Allepo akan menjadi pertempuran terakhir dilancarkan oleh tentera Syria bagi menumpaskan pengganas dan selepas itu, krisis Syria akan berakhir,” kata akbar al-Watan.

Kedua-dua pihak mengaku jumlah kematian akan tinggi apabila pertempuran berlaku.


Tiga pejuang pemberontak terbunuh di Aleppo awal semalam, sejurus sebelum tentera Syria melancarkan serangan besar-besaran. - Reuters

CIA, MI6 dikendalikan oleh Mossad: Iran




         
TEHERAN:: Seorang pegawai kanan Iran semalam mendakwa agensi perisikan Amerika Syarikat CIA) dan Britain, MI6 dikendalikan oleh rejim Israel.

Ketua Turus Tentera Iran, Mejar Jeneral Hassan Firouzabadi berkata demikan dalam pertemuannya dengan beberapa pemimpin tentera Iran di Teheran.


Agensi berita rasmi Iran, Irna memetik beliau sebagai berkata, agensi perisikan Amerika Syarikat, Britain dan Israel bersekongkol untuk memerangi Islam. “Berdasarkan pengalaman dan kajian terhadap sejarah dan operasi CIA dan MI6, kami dapat mengesahkan bahawa kedua-duanya dikendalikan oleh Mossad dan ia melaksanakan arahan pemimpin Zionis,”kata Hassan. - AFP

Tiga golongan manusia yang hampir melangkah ke dalam Syurga tetapi di sekat



Terdapat 3 golongan yang hampir-hampir melangkah masuk ke dalam syurga, namun akhirnya dia dilemparkan ke dalam api neraka………

1. Seorang mujahid, yang berjuang dan akhirnya dia mati syahid.Dia hampir melangkah masuk ke dalam syurga, tapi sebelum dia melangkah, ALLAH bertanya kepadanya,“Wahai Mujahid, kenapa kamu masuk ke dalam syurga?” Berkatalah oleh dia kepada ALLAH, “Aku masuk ke dalam syurga kerana aku mati syahid, kerana berjuang ke jalanMu ya ALLAH. “
Kemudian ALLAH menjawab, “Kau cuma berdusta, kau sebenarnya bukan berjuang untuk aku, tetapi kau berjuang dan syahid hanya untuk dikenang sebagai wira dan mahu diangkat sebagai hero didalam masyarakat selepas kematianmu..” Maka dengan itu, si mujahid ini, dilemparkan ke dalam api neraka.

2. Seorang yang mengajar ilmu kepada orang.Hampir sahaja melangkah masuk ke dalam Syurga apabila ALLAH bertanya kepadanya, “Wahai kamu, tahukah kamu mengapa kamu masuk ke dalam syurga?” Lalu si guru pun menjawab, “aku masuk kedalam syurga kerana semasa hidupku, aku mengajar ilmu kepada orang, ilmu yang bermanfaat, ilmu yang supaya orang semakin mendekatiMu Ya ALLAH.”
Lalu ALLAH berkata, “Kau tipu, sebenarnya kau mengajarkan ilmu ketika hidupmu bukan untuk itu, kau hanya mahu mengajar kerana hendak wang,glamor dan dihormati sebagai guru, seorang ustaz, seorang guru, alim ulama’ yang mengajarkan ilmu Aku kepada mereka. Maka atas sebab itu juga, kau akan aku masukkan ke dalam neraka ku.”

3. Si kaya raya yang suka bersedekah.Sudah hampir menjejakkan kaki kedalam syurga tapi sebelum itu bertanya ALLAH kepadanya,“Wahai hambaku, tahukah kamu mengapa kamu mendapat balasan syurgaKu?” Maka dijawab olehnya, “Wahai Tuhanku, aku dahulu semasa hidupku telah kau kurniakan aku dengan kekayaan, dan dengan harta kurniannyaMu itu, aku gunakan untuk jalanMu, aku sedekahkan kepada anak yatim, aku berikan kepada orang miskin, pendek kata, hartaku banyak kugunakan demi untuk kepentingan memartabatkan agamu Ya ALLAH. “
Sekali lagi ALLAH menjawab,“Kau tipu dalam beribadat, yang kau lakukan itu hanya demi mendapat kan title “Dermawan” ketika kau hidup satu ketika dahulu, perbuatanmu itu bukan untuk mendapat redhaku.” Dan si kaya raya juga turut dilemparkan ke dalam api neraka yang maha siksa dan pedih azab
siksanya.

Dari ketiga-tiga contoh yang diceritakan di atas itu, mempunyai satu kaitan sahaja sebenarnya, iaitu KEIKHLASAN dalam kita beribadat. Jika berniat hanya kerana ALLAH, maka amalan kita takkan terpesong, tapi sekiranya hanya kerana inginkan pengiktirafan dari hamba, maka yang kita dapat hanyalah pengiktirafan dari mereka, tapi bukan dari ALLAH.
 

Mufti gusar salah guna media sosial


Shaikh Abdullah pada   satu seminar  di Arab Saudi, baru-baru ini. - Foto AgensiShaikh Abdullah pada satu seminar di Arab Saudi, baru-baru ini. - Foto Agensi
Medium lebih banyak diguna untuk keburukan

Dubai: Mufti Besar Arab Saudi memberi amaran terhadap salah guna media sosial untuk menghasut kekacauan, bantahan dan mengingkari pemimpin.
Dalam kenyataan yang disiarkan dalam akhbar Al Madina awal minggu ini, Shaikh Abdul Aziz Abdullah al-Sheikh menggambarkan peralatan teknologi terkini dan media sosial sebagai pedang bermata dua dan berkata ia sebenarnya lebih banyak digunakan untuk tujuan keburukan daripada kebaikan. 

Laman media sosial diguna untuk sebar rasuah, putar belit pemikiran, jatuhkan moral”. - Shaikh Abdul Aziz Abdullah al-Sheikh, Mufti Besar Arab Saudi
“Laman media sosial digunakan untuk menyebarkan rasuah, memutarbelitkan pemikiran, menjatuhkan moral, mencetuskan kekeliruan, menyebarkan penipuan dan menggesa kekacau-an, bantahan dan mengingkari pemerintah,” katanya.

Shaikh Abdullah menasihatkan setiap umat Islam tidak mendapatkan maklumat daripada laman seperti itu.

Medium popular

Punca yang menyebabkan kenyataan mufti berkenaan dan masa ia dibuat tidak diketahui. 
Kenyataan dibuat selepas media sosial memainkan peranan penting dalam kebangkitan Arab yang melanda rantau itu termasuk di Mesir.

Sejak beberapa bulan lalu, ada lebih satu kempen di media sosial supaya melakukan tindakan tertentu, termasuk menggesa supaya wanita dibenarkan memandu pada tarikh tertentu. Wanita tidak dibenarkan memandu di Arab Saudi.

Penggunaan media sosial di Arab Saudi amat popular, menurut tinjauan dan perangkaan syarikat internet.

Dengan 38 peratus menggunakan perantaraan itu, rakyat negara itu menduduki tempat teratas dalam senarai penduduk menggunakan Twitter di negara Arab, menurut tinjauan yang dilakukan Pusat Penyelidikan Ekonomi Wamdah.

Penonton YouTube tertinggi

Rakyat Mesir berada di tempat kedua dengan 30 peratus diikuti di Kuwait dan Emiriah Arab Bersatu dengan masing-masing 13 dan tujuh peratus. 

Majoriti pengguna adalah orang media dengan 62 peratus manakala ahli politik di tempat kedua iaitu 16 peratus dan tokoh agama 10 peratus. Arab Saudi juga mendahului senarai paling berpengaruh dalam Twitter. 

Menurut perangkaan yang disiarkan enjin pencarian Google, Arab Saudi mencatatkan bilangan penonton video YouTube tertinggi dengan hampir 90 juta setiap hari. Secara keseluruhan, ada hampir 167 juta penonton video di YouTube sehari di Asia Barat dan Afrika Utara. - Agensi

Kehebatan Al Quran



Al Quran merupakan mukjizat teragung Nabi Muhammad S.A.W yang menjadi panduan umat Islam selagi mereka berpegang teguh dengannnya. Nuzul bererti turun atau berpindah manakala Al Quran bermakna bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana Al Quran itu untuk dibaca oleh umat Islam. Ia juga dikatakan himpunan kerana dalam Al Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jenayat, muamalat, munakahat dan sebagainya.

Peristiwa nuzul Al Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, di Gua Hira' tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. melalui perantaraan malaikat Jibril. Dan ini ditegaskan melalui firman Allah yang bermaksud :

" Ramadhan yang padanya diturunkan Al Quran menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah "
( Surah Al Baqarah : 185 )


Al Quran diturunkan secara beransur-ansur dalam masa 23 tahun. 13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah. Ia dinamakan mukjizat teragung kerana kehebatannya. Antaranya ialah :

Allah berfirman yang bermaksud : " Katakanlah wahai Muhammad, sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al Quran ini, mereka tidak akan mendapat membuat dan mendatangkan sebanding dengannya walaupun mereka membantu sesama sendiri." ( Surah Al Isra' : 88 )
Orang yang membaca, menghafaz dan melihat Al Quran sambil memikirkan keajaiban yang ada pada susunannya diberikan pahala.
Al Quran sumber hidayah bagi kebahagiaan hidup umat Islam di dunia dan di akhirat

Tidak sesiapa pun samaada di kalangan manusia atau jin yang mampu mencipta ayat yang menyerupai Al Quran. Firman Allah yang bermaksud : " Dan jika kamu merasa ragu-ragu dengan apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami, bawalah satu surah yang seumpamanya, ajaklah penolong-penolong kamu, selain Allah, sekiranya kamu orang yang benar." ( Surah Al Baqarah : 23 )
Al Quran merupakan mukjizat tertinggi dan teristimewa yang hanya dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W.
Manusia belum mampu menyelami dan menerokai rahsia Al Quran secara menyeluruh sehingga ke hari ini. Ini bererti kehebatan, kesaktian, keagungan dan keunggulan Al Quran secara tersendiri dengan pengertiannya yang amat luas dan mendalam kekal terpelihara hingga kiamat.

Al Quran merupakan petunjuk jalan kebenaran. Membawa manusia daripada kegelapan kepada cahaya terang. Allah berfirman yang bermaksud : " Inilah Kitab yang tiada keraguan padanya, menjadi petunjuk kepada orang yang bertaqwa. " ( Surah Al Baqarah : 22 )
Membaca Al Quran mendapat ganjaran pahala dan syafaat daripada Allah. Rasulullah S.A.W bersabda dengan maksudnya : " Bacalah Al Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya. "

Sesungguhnya Al Quran mempunyai 3 hak yang wajib ke atas umat Islam untuk menunaikannya :

Hak untuk membaca dan bertilawah kepadanya
Hak untuk bertakbir atau memahaminya dan menjiwainya
Hak untuk beramal dengan seluruh isi kandungannya

Beberapa peringatan untuk kita bersama :

Al Quran diturunkan adalah untuk dibaca dan diamalkan bukan setakat dijadikan perhiasan
Al Quran tidak akan menjadi syifa' ( ubat ) bagi orang-orang yang ingkar dan zalim
Al Quran menjadi petunjuk kepada orang-orang bertaqwa.
Hati yang keras boleh dilembutkan dengan hidayah Al Quran dengan izin Allah
Pesan Nabi Muhammad S.A.W : " Aku tinggalkan 2 perkara yang jika kamu berpegang kepada keduanya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Al Quran dan sunnahku. "

Al-Quran menjadi petunjuk kepada sesiapa dikehendaki-Nya. Ramai mendapat nur Islam bermula dengan mendengar bacaan Al-Quran. Saidina Umar memeluk Islam selepas mendengar bacaan Al-Quran. Hatinya yang dulu keras menolak Islam, cair dan lemah serta merta apabila mendengar ayat suci Al-Quran.

Kekuatan dan keagungan Al-Quran tiada bandingannya. Sesungguhnya, kandungan Al-Quran tidak mampu dicipta oleh manusia. Bahkan, tidak mungkin ada satu ayat ciptaan manusia yang menandingi ayat Al-Quran. Allah menegaskan betapa biarpun manusia berkumpul dan menggabungkan fikiran serta saling membantu, tidak mungkin manusia dapat melakukannya.

Firman Allah bermaksud: “Katakanlah, sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat yang serupa Al-Quran ini, nescaya mereka tidak akan dapat membuat yang serupa dengannya, sekalipun sebahagian mereka menjadi pembantu bagi sebahagian yang lain.” (Surah al-Isra, ayat 88).

Perbahasan dan kajian terhadap kandungan Al-Quran tidak akan selesai. Pemikiran manusia tidak mampu memahami atau menafsirkan perkataan demi perkataan atau ayatnya dengan sepenuhnya.

Perkataan ringkas "alif, lam, mim" masih belum diungkaikan maksudnya. Inikan pula dalam perkara yang jelas rumit yang tidak mungkin mampu difikirkan oleh manusia.

Bagaimanapun, keterbatasan pemikiran manusia menafsir Al-Quran bukan halangan untuk manusia mengambil manfaat daripadanya. Bahkan, itulah satu kelebihan mukjizat yang Allah turunkan kepada Rasulullah SAW dan seluruh umatnya.

Seluruh umat Islam menggunakan bahasa yang sama, bahasa Arab, untuk membaca Al-Quran, biarpun bahasa pertuturan harian mereka menggunakan bahasa lain. Membacanya memberi satu kekuatan rohani.

Begitulah kehebatan Al-Quran, orang sanggup bersengkang mata membacanya, biarpun tidak memahami kandungnya. Bacaan diulang-ulang, sehingga ada sudah mengulang membaca keseluruhan Al-Quran berpuluh dan beratus-ratus kali.

Sekiranya Al-Quran hanya sekadar sebuah buku biasa, tidak akan ada manusia di dunia ini yang sanggup membaca, sedangkan tidak memahaminya.

Kandungan al-Quran tidak perlu ditukarkan kepada bahasa lain, semata-mata untuk menarik minat orang membacanya. Ia berbanding dengan kitab agama lain yang boleh diterjemah atau diubah-ubah mengikut sesuka hati.

Kandungan Al-Quran tetap asli dan tidak mungkin diubah sampai ke hari kiamat. Al-Quran terus memenuhi dada-dada orang Muslim yang menghafal dan membacanya.

Kehebatan kandungan Al-Quran mendorong bukan Islam mengkajinya. Semakin banyak penemuan sains berjaya dikaji, semakin jelas kebenaran al-Quran di sisi orang bukan Islam. Ketika pakar sains merayakan kejayaan penemuan mereka, sebenarnya perkara itu tercatat dalam Al-Quran sejak lebih 1400 tahun lalu.

Ketepatan kandungan Al-Quran berdasarkan kepada kejadian alam yang dibongkar oleh ahli sains, membuktikan Al-Quran bukan ciptaan Nabi Muhammad. Tidak mungkin bagi seorang yang buta huruf seperti Rasulullah SAW dapat mencipta kandungan Al-Quran yang mengandungi kenyataan berkaitan sains dan teknologi.

Bahkan, tidak munasabah untuk mengatakan manusia yang hidup lebih 1,400 tahun lalu mengetahui mengenai penemuan sains yang memerlukan kajian dan penggunaan alatan canggih.

Perkara ini tidak sukar diterima oleh orang beriman. Allah Maha Pencipta. Dialah mencipta semua makhluk di dunia ini. Jadi, Dia dapat menceritakan dengan jelas bagaimana proses setiap kejadian dengan tepat.


Malah sebahagian kandungan Al-Quran yang menyatakan mengenai kejadian alam, adalah bukti kewujudan Allah dan mengesahkan kerasulan Nabi Muhammad.

Pengkaji Barat yang selama ini bermegah dengan doktrin bahawa agama dan sains terpisah, terpaksa mengakui kebenaran Al-Quran. Agama Islam adalah panduan dan cara hidup. Sebab itu, Al-Quran memberikan gambaran menyeluruh berkaitan kehidupan manusia.

Disebabkan kandungan Al-Quran tidak mampu dijelaskan sepenuhnya oleh sesiapa, maka ia memberi peluang untuk manusia sepanjang masa tidak putus-putus membongkar segala rahsia yang terkandung di dalamnya.


(dipetik di laman web JAIS dan Ukhwah)

1) Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda: "Seorang mukmin yang membaca Al Qur`an dan beramal denganya adalah bagaikan buah utrujah, rasanya lezat dan baunya juga sedap. Dan orang mukmin yang tidak membaca Al Qur`an namun beramal dengannya adalah seperti buah kurma, rasanya manis, namun tidak ada baunya. Sedangkan perumpamaan orang munafik yang membaca Al Qur`an adalah seperti Ar Raihanah, aromanya sedap, tetapi rasanya pahit. Dan perumpamaan orang munafik yang tidak membaca Al Qur`an adalah seperti Al Hanzhalah, rasanya pahit dan baunya juga busuk." - shahih bukhari

2) Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa membaca Al Qur`an kemudian dia menghafalnya dan menghalalkan apa yang dihalalkan Al Qur`an serta mengharamkan apa yang diharamkan Al Qur`an, niscaya dengannya Allah akan memasukkannya ke dalam surga dan dapat memberi syafa'at kepada sepuluh keluarganya yang wajib masuk neraka." Abu Isa berkata; Hadits ini gharib, kami tidak mengetahuinya kecuali dari jalur ini, padahal sanadnya tidak shahih, Hafs bin Sulaiman telah dilemahkan dalam masalah hadits. - Sunan Tirmizi

3) Nabi shallallahu 'alaihi wasallam beliau bersabda: "Pada hari kiyamat, Al Qur`an akan datang kemudian berkata; "Wahai Rabb berilah dia pakaian, " maka dipakaikanlah kepadanya mahkota kemuliaan, kemudian Al Qur`an berkata lagi; \"Wahai Rabb, tambahkanlah kepadanya, " maka dipakaikan kepadanya pakaian kemuliaan, kemudian berkata lagi; \"Wahai Rabb ridlailah dia, \" akhirnya dia pun diridlai, kemudian dikatakan kepada ahli Al Qur`an; \"Bacalah dan naiklah, niscaya akan ditambahkan kepadamu satu pahala kebaikan pada setiap ayat.\" Abu Isa berkata; Hadits ini hasan shahih. - Sunan Tirmizi

4)Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: \"Barangsiapa membaca satu huruf dari Kitabullah (Al Qur`an), maka baginya satu pahala kebaikan dan satu pahala kebaikan akan dilipat gandakan menjadi sepuluh kali, aku tidak mengatakan ALIF LAAM MIIM itu satu huruf, akan tetapi ALIF satu huruf, LAAM satu huruf dan MIIM satu huruf.\" - Sunan Tirmizi

5) "Sesungguhnya Al Qur'an ini adalah jamuan Allah, maka ambillah darinya semampu kalian. Sungguh, aku tidak mengetahui sesuatu yang lebih kosong dari kebaikan selain rumah yang di dalamnya tidak ada bacaan Al Qur'an. Sungguh, hati yang di dalamnya tidak ada bacaan Al Qur'an adalah hancur seperti hancurnya rumah yang tidak berpenghuni.\" - sunan darimi

6)Sesungguhnya rumah akan terasa luas bagi penghuninya, para malaikat akan mendatanginya, setan-setan akan menjauhi dan kebaikannya akan bertambah jika Al Qur'an dibaca di dalamnya. Dan rumah akan terasa sempit bagi penghuninya, para malaikat menjauhinya, setan-setan datang dan kebaikannya berkurang jika di dalamnya tidak dibacakan Al Qur'an.\" - - sunan darimi

7) "Sesungguhnya Al Qur'an adalah jamuan Allah maka pelajarilah dari jamuan-Nya semampu kalian. Sesungguhnya Al Qur'an adalah tali Allah, cahaya yang terang dan obat yang bermanfaat. Perlindungan bagi orang yang berpegang teguh dengannya dan keselamatan bagi orang yang mengikutinya. Ia tidak pernah menyimpang hingga harus dicela, dan tidak pernah bengkok hingga harus diluruskan. Keajaibannya tidak pernah habis dan tidak akan membuat bosan karena banyak pengulangan. Oleh karena itu, bacalah Al Qur'an, sesungguhnya Allah akan memberi pahala kepada kalian karena membacanya, dengan setiap huruf sepuluh kebaikan. Aku tidak mengatakan Alif lam Mim, akan tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf.\" - sunan darimi

8)"Sesungguhnya jalan ini dipenuhi dengan setan-setan yang selalu datang sambil berseru, 'Hai hamba Allah, ini adalah jalanmu.' Oleh karena itu berpegang teguhlah kalian dengan tali Allah, sesungguhnya tali Allah adalah Al Qur'an.\" - sunan darimi

9)\"Sesungguhnya pembaca Al Qur'an dan yang mempelajari Al Qur'an akan didoakan oleh para malaikat hingga mereka menyelesaikan satu surat, jika salah seorang dari kalian membacakan suatu surat maka hendaklah ia menunda membaca dua ayat dari surat tersebut hingga ia dapat menyelesaikannya di akhir siang, agar para malaikat mendoakan orang yang membaca dan orang yang dibacakan dari awal sampai akhir siang.\" - sunan darimi
 —

Pusat tuisyen hina sahabat Nabi



SULAIMAN menunjukkan karikatur menghina sahabat Nabi yang didakwa digunakan oleh sebuah pusat tuisyen sebagai bahan mengajar di Ledang, Johor semalam.


LEDANG - Sebuah pusat tuisyen di Tangkak dekat sini didakwa bertindak biadab memaparkan karikatur menghina para sahabat Nabi Muhammad S.A.W. dalam nota ringkas mata pelajaran Sejarah bagi pelajar tingkatan empat di pusat berkenaan.
Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, pusat tuisyen tersebut melukiskan 16 karakter sahabat nabi dalam bentuk kartun dengan watak berbeza dan bahan-bahan tersebut disediakan tenaga pengajarnya dikenali sebagai Mr. Fu.
"Antara karikatur yang keterlaluan ialah lukisan seorang sahabat nabi yang dilukis dengan wajah khinzir. Imej seorang lagi pula diletakkan gambar wanita dengan bahagian dadanya ditutup dengan tulisan Cina, selain ada yang dikelilingi tiga wanita.

Madonna dicemuh


MADONNA beraksi di pentas pada konsert di Dewan Olympia di Paris Khamis lalu.


PARIS - Bintang pop, Madonna dicemuh pada sebuah konsert mini di Perancis kerana meninggalkan pentas selepas melakukan persembahan cuma 45 minit.
Sebahagian penonton yang tidak berpuas hati ekoran tempoh singkat konsert berkenaan, menjerit: "Kembalikan wang kami."
Berlangsung di Dewan Olympia di sini, Khamis lalu, konsert tersebut turut disiarkan secara langsung di laman perkongsian video YouTube.
Kelmarin, saluran yang menyiarkan konsert itu menutup komen untuk klip video berkenaan selepas ruangan tersebut mencatat 12,000 komen negatif. - Agensi

'Penembak Batman' pesakit mental




AURORA, Colorado - Suspek penembak tayangan perdana filem Batman, James Holmes (gambar) dilaporkan telah menemui seorang pakar psikiatri berpengalaman mengenai skizofrenia sebelum membunuh 12 orang, menurut dokumen mahkamah kelmarin.
Skizofrenia merupakan sejenis penyakit mental yang menyebabkan gangguan perasaan dan tingkah laku.
Holmes menghantar sebuah buku nota mengandungi butiran dan lakaran tentang rancangannya untuk melakukan pembunuhan beramai-ramai itu kepada pakar psikiatri Universiti Colorado di Amerika Syarikat (AS), Lynne Fenton.
Setakat ini, masih tidak jelas sama ada nota itu sampai kepada Fenton manakala polis bersikap mendiamkan diri ekoran arahan hakim yang mengadili kes berkenaan.
Kewujudan buku nota itu hanya diketahui selepas Hakim Daerah Arapahoe, William Sylvester mendedahkan permintaan pihak pembelaan agar polis menyerahkan buku nota itu kepada mereka.
Permintaan itu dibuat dengan alasan buku nota tersebut adalah komunikasi antara pesakit dan doktor yang dilindungi di bawah undang-undang AS dan tidak boleh digunakan sebagai bahan bukti di mahkamah.
Holmes, 24, yang mengambil program ijazah kedoktoran dalam bidang neurosains di Universiti Colorado Denver, Amerika Syarikat akan didakwa di mahkamah esok kerana melakukan 12 pembunuhan dan 58 cubaan membunuh.
Hakim akan mendengar permohonan pihak pembelaan pada hari yang sama.
Lelaki itu masuk ke pawagam Century 16 di sini, dalam negeri Colorado melalui laluan kebakaran sejurus selepas tayangan Batman: The Dark Knight Rises bermula dan membaling beberapa tin bom asap ke dalam panggung.
Beberapa saksi memberitahu, selepas melepaskan sedas tembakan ke udara, Holmes menembak ke arah penonton dengan menggunakan sepucuk raifal pada 20 Julai lalu.
Raifal berkenaan berupaya melepaskan 60 das tembakan seminit.
Polis berkata, Holmes yang turut mewarnakan rambutnya merah seperti warna rambut musuh Batman, Joker kemudian menyerah diri di luar pawagam berkenaan.
Lelaki itu kini ditahan bersendirian dalam sebuah kurungan di Pusat Tahanan Daerah Arapahoe. Dia berdepan hukuman mati jika didapati bersalah.
Namun, pihak berkuasa Colorado hanya melaksanakan hukuman tersebut ke atas seorang banduan di negeri itu sejak tahun 1976.
Sementara itu, akhbar AS, Deccan Chronicle melaporkan pada minggu ini bahawa Jabatan Polis Aurora menafikan terdapat penembak kedua dalam serangan tersebut.
Seorang rakan Holmes yang disoal siasat sebelum ini dibebaskan selepas dia didapati tiada kaitan dengan kes tersebut. - Agensi

Pertempuran hidup mati pemberontak di Aleppo



ORANG RAMAI mengadakan bantahan terhadap Presiden Bashar Al-Assad selepas solat Jumaat di Maraa dekat Aleppo kelmarin.



DAMSYIK - Helikopter-helikopter tentera terus membedil pusat bandar Aleppo semalam ketika tentera Presiden Bashar Al-Assad bersiap sedia untuk menggempur pemberontak di bandar raya kedua terbesar Syria itu.
Menurut sumber pemberontak yang dikenali sebagai Tentera Pembebasan Syria (FSA), pertempuran yang bakal berlaku akan menentukan hidup mati mereka di Aleppo, bandar strategik di Syria selain ibu kotanya, Damsyik.
Perkembangan tersebut didedahkan oleh Pertubuhan Pemerhati Syria Untuk Hak Asasi Manusia yang mengumpul maklumat mengenai kebangkitan rakyat negara itu menentang pemerintahan Bashar sejak 16 bulan lalu.
"Helikopter-helikopter tentera mengebom daerah Salaheddine di Aleppo," kata pertubuhan itu menerusi satu kenyataan e-mel.
"Pertempuran ganas turut berlaku di satu lagi daerah, Sakhour," tambah kenyataan tersebut.
Perang menguasai Aleppo yang dihuni 2.5 juta penduduk itu merupakan ujian penting buat Bashar selepas rejimnya mengerahkan segala kekuatan tentera untuk menawan semula bandar raya utama itu dan Damsyik.
Setakat ini, kedua-dua belah pihak masih belum dapat menguasai bandar raya berkenaan.
Dalam pada itu, kumpulan pemerhati berkenaan memberitahu, tiga pejuang pemberontak terbunuh dalam beberapa pertempuran di Aleppo semalam.
Menurutnya, seramai 160 orang dilaporkan terbunuh di Syria kelmarin dengan angka kematian keseluruhan di negara berkenaan kini meningkat kepada sekitar 18,000 orang.
Kumpulan pemerhati itu turut menyiarkan klip video menunjukkan asap tebal menjulang ke udara dari beberapa blok apartmen di Aleppo semalam dengan bunyi tembakan jelas kedengaran.
- Agensi