Pages

Sunday, May 20, 2012

Bapa 30 anak tak mampu bayar nafkah

myMetroBapa 30 anak tak mampu bayar nafkah:

TENNESSEE: Desmond Hatchett, 33, dari Knoxville, seorang bapa kepada 30 anak, meminta mahkamah mengecualikan dia daripada membayar nafkah anak.
Hatchett mendapat anak daripada perhubungannya dengan 11 wanita berbeza. 
Separuh daripada gajinya telah diambil oleh kerajaan untuk membayar nafkah anak tetapi jumlahnya terlalu sedikit kerana Hatchett menerima gaji minimum.

Sesetengah daripada ibu kepada anaknya hanya menerima AS$1.49 (RM 4.70) sebulan. Anaknya yang paling tua berusia 14 tahun.

Hatchett menerangkan bagaimana dia berada di dalam keadaan kritikal itu: Dia mempunyai empat anak pada masa tahun yang sama, dan ini berlaku dua kali.

Pada 2009, Hatchett diseret ke mahkamah atas pertuduhan tidak memberi nafkah kepada 21 anaknya waktu itu, dan ketika itu dia berkata dia tidak akan menjadi bapa lagi tetapi akhirnya sejak tiga tahun lepas, dia menjadi bapa kepada sembilan orang anak lagi.

Kerajaan tidak boleh memerintahkan Hatchett untuk berhenti menjadi bapa lagi kerana tidak melanggar undang-undang.

Pembantu Penyelia Mahkamah Daerah Knox, Melissa Gibson, berkata Hatchett mungkin pemegang rekod bapa kepada anak teramai di daerah itu.

Ketika ditemubual dalam satu ramcangan televisyen, sama ada dia mengenali setiap anaknya, Hatchett berkata, dia ingat semua nama, umur dan tarikh lahir anaknya. - Agensi. 

'via Blog this'

Harta karun Pulau Bidong

SEBAHAGIAN artifak yang ditemui kira-kira 11 kilometer dari jeti Merang dan dua kilometer dari Pulau Bidong.
SEBAHAGIAN artifak yang ditemui kira-kira 11 kilometer
dari jeti Merang dan dua kilometer dari Pulau Bidong.
Berita Harian Online | Harta karun Pulau Bidong:
Penyelam tempatan temui artifak berusia lebih 100 tahun di perairan Terengganu 

KUALA LUMPUR: Sepasukan penyelam tempatan menemui ‘harta karun’ - artifak dipercayai berusia lebih 100 tahun termasuk bahan tembikar seperti tempayan, takar dan pasu, di perairan Pulau Bidong, Terengganu.
Artifak itu dikesan sejak pertengahan Mac lalu dan sudah dimaklumkan kepada Muzium Negeri Terengganu yang kini sedang mengumpul maklumat mengenainya.
'via Blog this'

Aishwarya Rai dikritik kerana gemuk

Kosmo! Online - Dunia:



GAMBAR menunjukkan aktres Bollywood, Aishwarya Rai pada Mac lalu.


MUMBAI, India - Bintang utama Bollywood yang sinonim dengan gelaran wanita tercantik di dunia, Aishwarya Rai dikritik hebat kerana gagal menurunkan berat badan selepas lima bulan melahirkan anak sulungnya.
Menurut laman web US Weekly kelmarin, bekas Ratu Cantik Dunia itu melahirkan anak perempuan, Aaradyha pada November tahun lalu, hasil perkongsian hidup bersama suaminya, Abhishek Bachchan.
Akhbar Britain, Daily Mail memetik seorang peminat Rai sebagai kecewa kerana aktres berkenaan gagal melaksanakan 'tanggungjawab' untuk kelihatan langsing demi peminatnya.
"Dia seorang aktres Bollywood, justeru, menjadi tanggungjawabnya untuk kelihatan langsing dan cantik," sumber tersebut dipetik sebagai berkata.
Baru-baru ini, sebuah laman web menyiarkan klip video menunjukkan perubahan diri Rai sebelum dan selepas melahirkan anak.
Klip video berkenaan yang diiringi runut bunyi tempikan gajah telah ditonton lebih 500,000 kali di internet.
Sementara itu, peminat heroin filem Dhoom 2 itu menantikan kehadirannya pada festival filem Cannes 2012 di Perancis, minggu ini.
Rai, 38, dijadualkan menghadiri acara Karpet Merah festival filem berkenaan.
- Agensi

'via Blog this'

Wanita Jepun 73 tahun takluk puncak Everest


GAMBAR fail 9 Mei 2002 menunjukkan Tamae Watanabe (kanan) bersama jurugambar Noriyuki Muraguchi di kaki Gunung Everest di Nepal.


KATHMANDU, Nepal - Seorang pendaki berusia 73 tahun dari Jepun yang merupakan wanita tertua menakluki Gunung Everest sedekad lalu, memecahkan rekodnya sendiri semalam, kata pihak penganjur.
Tamae Watanabe bertolak dari ibu kota Nepal, di sini pada awal April lalu dan memulakan pendakian dari kawasan pergunungan di sebelah Tibet.
Dia diiringi empat ahli pasukan termasuk pendaki gunung dan jurugambar, Noriyuki Muraguchi.
"Pada pukul 7 pagi ini (waktu Nepal) dia sampai ke puncak Everest," kata pemandu arah tempatan, Ang Tshering Sherpa daripada agensi Asian Trekking yang beribu pejabat di sini.
"Dia kini memulakan perjalanan turun," tambahnya.
Watanabe melakar sejarah pada 16 Mei 2002 apabila dia menawan puncak Everest setinggi 8,848 meter pada usia 65 tahun sekali gus memecahkan rekod yang dipegang pendaki Poland, Anna Czerwinska.
Sementara itu, lelaki tertua yang berjaya menawan puncak Everest ialah warga Nepal, Min Bahadur Sherchan.
Dia tiba di puncak gunung berkenaan pada 2008 ketika berusia 76 tahun dan 340 hari.
Sekitar 3,000 orang telah mendaki Gunung Everest yang merintangi negara China dan Nepal sejak puncak tertinggi itu pertama kali ditawan oleh Edmund Hillary dan Tenzing Norgay pada 1953. - AFP

SALAT FAJR AT GUANTANAMO SUBHAN'ALLAHi WA BiHAMDiHi

Ucaplah tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah..

KELEBIHAN SOLAT SUNAT DHUHA...


KELEBIHAN SOLAT SUNAT DHUHA...


Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:

“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”(Riwayat Ahmad)

Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:

“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani )
 

SYURGA DAN NERAKA BAGI WANITA

   
SYURGA DAN NERAKA BAGI WANITA

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda bahawa empat jenis wanita yang berada di syurga dan empat jenis wanita yang berada di neraka dan beliau menyebutnya di antara empat jenis perempuan yang berada di syurga ialah:

1. Perempuan yang menjaga diri dari berbuat haram lagi berbakti kepada Allah SWT dan suaminya.

2. Perempuan yang banyak keturunannya lagi penyabar serta menerima dengan senang hati dengan keadaan yang serba kekurangan (dalam kehidupan) bersama suaminya.

3. Perempuan yang bersifat pemalu, dan jika suaminya pergi maka ia menjaga dirinya dan harta suaminya, dan jika suaminya datang ia mengekang mulutnya dari perkataan yang tidak layak kepadanya.

4. Perempuan yang ditinggal mati oleh suaminya dan ia mempunyai anak-anak yang masih kecil, lalu ia mengekang dirinya hanya untuk mengurusi anak-anaknya dan mendidik mereka serta memperlakukannya dengan baik kepada mereka dan tidak bersedia kahwin kerana khuatir anak-anaknya akan tersia-sia (terlantar / terbiar).



Kemudian Rasulullah SAW bersabda bahawa empat jenis wanita yang berada di neraka ialah:

1. Perempuan yang jelek (jahat) mulutnya terhadap suaminya, jika suaminya pergi, maka ia tidak menjaga dirinya dan jika suaminya datang ia memakinya (memarahinya).

2. Perempuan yang memaksa suaminya untuk memberi apa-apa yang di luar kemampuannya.

3. Perempuan yang tidak menutupi dirinya dari kaum lelaki dan keluar dari rumahnya dengan menampakkan perhiasannya dan memperlihatkan kecantikannya (untuk menarik perhatian kaum lelaki).

4. Perempuan yang tidak mempunyai tujuan hidup kecuali makan, minum dan tidur dan ia tidak senang berbakti kepada Allah.
.
KIRIMAN TIGOSOTIGO'

Fadhilat Membaca surah Al-Baqarah


Fadhilat Membaca surah Al-Baqarah

1) Syaitan, Jin tidak boleh masuk dalam rumah yang penghuninya menghidupkan surah ini.


Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu perkuburan sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibaca padanya surah al-Baqarah”. (Riwayat Muslim)
Abu Mas'ud Albadri r.a. berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda;


2) Ular tidak akan masuk ke dalam rumah.

3) Rumah akan dilindungi dari pencuri masuk, kalau pencuri berjaya masuk rumah untuk mencuri, dia tidak akan jumpa pintu untuk keluar.

"Barangsiapa membaca dua ayat dari surat Al-Baqarah, maka cukuplah baginya (dari hal-hal yang membencikan. Dan menurut sebahagian pendapat :sama dengan bersembahyang malam)."

(Riwayat Bukhari & Muslim)

4) Rumah akan menjadi sejuk dan nyaman.

Kalau sapa-sapa yang baru masuk rumah baru, boleh amalkan surah baqarah ini ^_^

Jom, sama-sama kita amalkan.

Saturday, May 19, 2012

Facebook: Harga pasaran cecah RM126 sesaham

Facebook: Harga pasaran cecah RM126 sesaham - Global - Sinar Harian:

facebook
Saham Facebook diperdagangan di bursa Madsaq.
NEW YORK - Harga saham laman sosial Facebook, yang diapungkan semalam, melonjat lebih 10 peratus nilainya dalam tempoh beberapa minit selepas diperdagangkan di bursa saham Nasdaq.
Nilai pasaran meningkat sehingga AS$42 (RM126) sesaham selepas diapungkan pada paras AS$38 (RM114) sebelum ia mengalami sedikit penurunan.
Laporan media menyebut, Ketua Pegawai Operasi dan Pengasas, Mark Zuckerberg, 28, yang memulakan Facebook ketika mengikuti pengajian universiti lapan tahun lalu, merasmikan perdagangan di bursa Nasdaq, secara 'remote'. Zuckerberg muncul menerusi rangkaian video dari ibu pejabat syarikat itu di California.
Harga awal saham Facebook ditetapkan AS$38 kelmarin.

'via Blog this'

Lelaki kudung rentasi lautan

Lelaki kudung rentasi lautan - Global - Sinar Harian:

Lelaki kudung rentasi lautan
Croizon tetap bersemangat untuk melaksanakan misinya dengan menggunakan anggota tangan dan kaki palsu serta sirip getah.
PASAR SKOW - Kecacatan anggota badan yang dialaminya tidak menghalang lelaki warga Perancis ini untuk menunjukkan kemampuannya untuk menamatkan misi pertama berenang merentasi lima benua.

Philippe Croizon, 43, yang kudung kedua-dua tangan dan kaki selepas terlibat dalam satu kemalangan elektrik pada 1994 berjaya menyahut cabaran untuk berenang merentasi lautan dari kampung Wutung, Papua New Guinea menuju ke Pasar Skow, Indonesia, kelmarin.

Walaupun angin kencang dan arus deras seakan menyukarkan lelaki cekal ini untuk menamatkan cabaran Oceania-Asia itu, dia tetap gigih berenang sejauh 20 kilometer selama kira-kira lapan jam.

“Ia adalah cabaran paling sukar kerana saya terpaksa berenang melawan arus,” menurutnya yang turut diiringi perenang tempatan.

Jurucakapnya yang turut merakam ekspedisi tersebut untuk dokumentari, Robert Iseni berkata, masih ada tiga lagi cabaran perlu Croizon tempuh untuk menamatkan misinya.

Pada bulan hadapan, Croizon merancang untuk berenang dari Teluk Aqaba di Jordan menuju ke pantai Mesir pada jarak 25 kilometer.

'via Blog this'

Wales, bandar Wikipedia pertama di dunia

Wales, bandar Wikipedia pertama di dunia - Global - Sinar Harian:

Plak bar kod ini akan memaparkan maklumat seperti laman Wikipedia .
Plak bar kod ini akan memaparkan maklumat seperti laman Wikipedia .
LONDON - Wales, sebuah bandar kecil di Britain yang menjadi tempat kelahiran Raja Henry V, bakal mencipta sejarah dengan menjadi bandar Wikipedia pertama dunia.

Bermula hari ini, pelancong dapat menggunakan telefon pintar mereka untuk mengimbas kod bar di tempat-tempat menarik di Monmouth, tenggara Wales sekali gus, memaparkan maklumat seperti laman ensiklopedia, Wikipedia disediakan dalam lebih 26 bahasa.

Difahamkan, kira-kira 1,000 plak bar kod dan pelekat berbeza ditampal di seluruh kawasan termasuk di tapak bersejarah dan muzium bagi menjayakan projek Monmouthpedia anjuran Yayasan Wikimedia Britain itu.

Dalam satu kenyataan, pengasas Wikipedia, Jimmy Wales berkata, dia berharap projek itu akan diperluaskan ke bandar lain kerana ia boleh menjadi alternatif baru untuk berkongsi cerita mengenai tempat menarik masing-masing.

'via Blog this'

Kempen sokong tahanan Palestin

Kempen sokong tahanan Palestin - Global - Sinar Harian:

Kempen sokong tahanan Palestin
Antara halaman ‘Perpaduan Antara Tahanan Palestin’ yang berperanan untuk menyokong perjuangan orang Islam di penjara Israel.
Tindakan nekad kira-kira 1,600 tahanan Palestin mogok lapar secara besar-besaran pada 17 April lalu sebagai protes terhadap ketidakadilan rejim Zionis berjaya mendapat perhatian ‘netizen’(komuniti pengguna dalam talian) yang prihatin dengan nasib mereka.

Ini kerana, ratusan ribu pengguna laman sosial, Facebook dan laman blog mikro, Twitter di seluruh dunia telah menukar gambar profil mereka sejak awal minggu ini sempena dengan Hari Tindakan Antarabangsa untuk Tahanan Palestin anjuran Kesatuan Perdagangan Bebas dan Persekutuan Am di Genting Gaza.

Ia bertujuan untuk menggesa media dalam talian bagi menyokong tahanan Palestin menerusi kempen elektronik, ‘Perpaduan antara Tahanan Palestin’.

Gambar berlatarbelakangkan warna coklat memaparkan tahanan lelaki dan wanita Palestin dengan mata tertutup itu didakwa sebagai simbol kepada ribuan orang Islam yang teraniaya di penjara Israel.

Pelbagai halaman yang menyokong perjuangan tahanan Palestin turut diwujudkan dan mendapat reaksi positif pengguna.

Kempen dalam talian tersebut dimaklumkan akan diteruskan sehingga semua tahanan Palestin menamatkan mogok lapar.

Dalam perkembangan terbaru, dua tahanan Palestin dilaporkan masih tetap meneruskan mogok lapar walaupun Israel telah menandatangani perjanjian untuk memenuhi beberapa tuntutan hak asas termasuk menghentikan hukuman kurungan seorang diri (solitary confinement) yang diperjuangkan oleh mereka sebelum ini.

'via Blog this'

Pendekar kaki satu


TANGKAS...Zulkifli (kiri) dan Mohd Asri aktif bersilat.
TANGKAS...Zulkifli (kiri) dan Mohd Asri aktif bersilat.
PASIR MAS: Walaupun kudung sebelah kaki, dua sahabat layak digelar ‘pendekar kudung’ kerana mereka bukan saja mahir bersilat, malah menjadi tok guru atau tenaga pengajar seni mempertahankan diri itu.
Zulkifli Mamat, 49, yang kehilangan kaki kirinya akibat kemalangan dan Mohd Asri Daud, 33, yang cacat kaki kirinya sejak lahir, mampu bersilat seperti pesilat lain dengan tangkas.
Zulkifli yang menjadi tok guru Silat Minangkabau dan mula mempelajari silat itu sejak zaman kanak-kanak berkata, dia bersyukur dengan kelebihan dianugerahkan Allah dalam seni mempertahankan diri.

Katanya, dia kehilangan kaki kiri selepas dihempap besi ketika menjadi pekerja pembinaan jambatan Pasir Mas-Salor pada 1990.


“Akibat kemalangan itu, kaki kiri saya terpaksa dipotong. Saya mengambil masa hampir setahun memulihkan semangat dan kekuatan fizikal sebelum dapat kembali bersilat.

“Pada mulanya sukar membiasakan diri kerana perlu bersilat sambil memegang tongkat, tetapi Alhamdulillah, berkat kesabaran dan sokongan keluarga, saya mampu kembali mahir bersilat seperti orang normal,” katanya yang berasal dari Kampung Aur Duri, di sini.

Israel dakwa Teheran buat helah

PRAGUE: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu semalam berkata, Iran akan mencari jalan untuk menipu dunia mengenai program nuklearnya ketika berunding dengan kumpuulan kuasa dunia P5+1.
“Ia kelihatan seolah-olah mereka melihat rundingan itu sebagai peluang untuk melengah dan menipu dunia, sama seperti yang dilakukan Korea Utara.

“Mereka mungkin berusaha untuk mengadakan mesyuarat demi mesyuarat dengan janji kosong,” kata pemimpin rejim Zionis itu, selepas berunding dengan Presiden Czech, Vaclav Klaus.

Iran akan berunding dengan kuasa besar dunia - Amerika Syarikat, Britain, China, Perancis, Russia serta Jerman pada 23 Mei ini. - AP

AS sudah sedia serang Iran

BAITULMAQDIS: Amerika Syarikat sudah siap dengan tindakan ketenteraan sekiranya usaha diplomatik gagal menghentikan program nuklear Iran, kata duta Amerika Syarikat ke Israel, Daniel Shapiro.
“Penyelesaian masalah ini secara diplomatik menerusi tekanan adalah lebih baik daripada menggunakan tindakan ketenteraan.

“Tetapi ini tidak bermakna tidak ada pilihan lain,” kata Shapiro ketika berucap pada mesyuarat Persatuan Peguam Israel.

“Ia bukan setakat ada, tetapi pilihan itu sudah siap disediakan. Perancangan yang perlu sudah dilakukan untuk memastikan ia sudah sedia.” Di Washington, jurucakap Jabatan Negara, Victoria Nuland berkata, kenyataan Shapiro adalah selaras dengan dasar Rumah Putih.

“Kenyataan Shapiro memberi gambaran menyeluruh mengenai apa yang dicakapkan oleh presiden selama ini iaitu, walaupun kita mengadakan perbincangan P5+1 dengan Iran, dan berharap kita dapat menyelesaikan masalah ini, kita masih tidak mengabaikan pilihan lain untuk bertindak,” katanya.

Amerika Syarikat, Israel dan Barat yakin program nuklear Iran bertujuan untuk menghhasilkan senjata, tuduhan yang dinafikan oleh Teheran. - AFP

Tel Aviv gembira jika Bashar jatuh

TEL AVIV: Ketua perisikan tentera Israel berkata, rejim Zionis lebih gembira melihat penggulingan Presiden Syria, Bashar al-Assad dari tampuk pemerintahan.
Mejar Jeneral Aviv Kochavi membuat kenyataan itu ketika mengadakan rundingan sulit dengan pegawai kanan di Rumah Putih ketika melawat Amerika Syarikat baru-baru ini, lapor akhbar Ha’aretz.

Ketika memberi taklimat kepada duta negara anggota Majlis Keselamatan PBB, dia turut memberi amaran mengenai peningkatan pengaruh Hizbullah di selatan Lubnan. - AP

Warga tua ditemui merayau di Medan

Berita Harian Online | Warga tua ditemui merayau di Medan:
Dakwa ditipu rakan ajak melancong

KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga emas dipercayai berasal dari Malaysia ditemui merayau-rayau di sekitar kawasan Masjid Raya, Medan, Indonesia, Isnin lalu.
Wanita itu yang hanya mengingati namanya sebagai Khatijah Ismail (gambar kecil), berusia awal 60-an ditemui penduduk di situ dan diserahkan kepada pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Medan.
Khatijah ditemui tanpa sebarang dokumen perjalanan sah, mendakwa bekerja di sebuah kedai makan di tingkat satu, Stesen Bas Batu Pahat, Johor, diajak bercuti di Medan oleh seorang wanita warga Indonesia yang baru dikenalinya, Ahad lalu.
Khatijah ditemui tanpa sebarang dokumen perjalanan sah, mendakwa bekerja di sebuah kedai makan di tingkat satu, Stesen Bas Batu Pahat, Johor, diajak bercuti di Medan oleh seorang wanita warga Indonesia yang baru dikenalinya, Ahad lalu.

Setibanya di sana, Khatijah mendakwa ditinggalkan bersendirian sehelai sepinggang selepas dokumen perjalanan, beg pakaian dan barangan berharga miliknya dilarikan wanita itu yang memintanya menunggu di suatu kawasan di bandar Medan.

Konsul Jeneral Malaysia di Medan, Norlin Othman, berkata pihaknya sudah memaklumkan kejadian berkenaan kepada pihak berkuasa tempatan di Medan bagi membantu mengesan wanita itu.

“Sehingga kini Khatijah ditempatkan di bawah pengawasan pejabat konsul di sini sementara menunggu dokumen perjalanan dan kebenaran izin keluar dari Indonesia. 
“Ini terpaksa dilakukan bagi membolehkan Khatijah dibawa keluar dari negara ini dalam keadaan selamat tanpa sebarang tindakan undang-undang oleh imigresen Indonesia,” katanya ketika dihubungi malam tadi.

Katanya pihak konsul sedang mengesan ahli keluarga wanita itu bagi mengambilnya sejurus kembali ke Malaysia dalam masa terdekat.

Mereka yang mengenali wanita berkenaan boleh menghubungi Norlin ditalian +62811618849 atau Pegawai Imigresen Malaysia, Ismail Ali di talian +6281370758811 bagi membantu mengesan keluarga mangsa.

'via Blog this'

Ban risau al-Qaeda di Syria

Ban Ki-moon (kiri) dan Bashar al-Assad
Ban Ki-moon (kiri) dan Bashar al-Assad

Setuju Damsyik hadapi ancaman pengganas bukan aktivis prodemokrasi

NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon menyuarakan kepercayaan bahawa kumpulan al-Qaeda adalah dalang dalam serangan besar-besaran di Syria minggu lalu.
Serangan bom dua kereta di luar bangunan perisikan tentera di Damsyik 10 Mei lalu dilihat menyamai taktik ala-al-Qaeda yang dilakukan di negara jiran, Iraq.
Beberapa hari lalu, satu serangan besar, serius dan besar-besaran berlaku. Saya percaya mungkin al-Qaeda yang merancangnya. Ini mencetuskan masalah yang amat serius. - Ban Ki-moon, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
Seramai 55 orang mati dan berpuluh-puluh lagi cedera dalam letupan itu baru-baru ini. Kelmarin, Presiden Bashar al-Assad menuduh negara Barat memejam mata kepada serangan terhadap tentera Syria.

“Beberapa hari lalu, satu serangan besar, serius dan besar-besaran berlaku. Saya percaya mungkin al-Qaeda yang merancangnya. Ini mencetuskan masalah yang amat serius,” kata Ban dalam satu majlis di ibu pejabat PBB di sini.

Ban berkata, pembabitan al-Qaeda di wilayah itu mencetuskan masalah yang serius.

Beliau juga menyebut bahawa ada dua lagi serangan terhadap pemantau PBB yang cuba untuk mengurangkan keganasan di Syria dan bermula lebih setahun lalu dengan satu kebangkitan popular menentang Bashar. 
Kenyataan beliau dibuat kepada lebih 2,500 orang pelajar menghadiri Persidangan Model PBB yang berlangsung setiap tahun. 

Serangan bom kereta berkembar itu membunuh 55 orang dan mencederakan 372 di Damsyik pada 10 Mei, kata media tempatan, yang disifatkan serangan paling buruk di ibu negara Syria sejak penduduk melancarkan protes menentang pemerintahan Bashar mulai Mac 2011.

Damsyik sejak sekian lama mempertahankan bahawa mereka berhadapan dengan konspirasi ‘pengganas’ dari luar. Pada masa sama, ada kerajaan monarki yang kaya dengan sumber di Teluk termasuk Arab Saudi dan Qatar menggesa senjata dihantar kepada penentang Bashar.

Syria bulan ini menghantar kepada PBB nama 26 rakyat asing yang dikatakan diberkas selepas datang melawan di Syria. Ia menyifatkan 20 daripada mereka adalah ahli al-Qaeda yang memasuki negara itu dari Turki. 
– Reuters

Hashemi tuduh Maliki dalang cerita palsu

Berita Harian Online | Hashemi tuduh Maliki dalang cerita palsu:
Nuri al-Maliki
Nuri al-Maliki



ISTANBUL: Naib Presiden Iraq, Tariq al-Hashemi, yang diburu pihak berkuasa Baghdad dan Interpol menuduh Perdana Menteri, Nuri al-Maliki, dalang cerita palsu terhadapnya.

Mengulas keterangan bekas pengawal peribadinya, Hashemi menganggap apa yang disuarakan mereka dalam perbicaraan di Baghdad tanpa kehadirannya, mungkin disebabkan mereka dipaksa anggota keselamatan.
Perbicaraan terhadap Hashemi bermula minggu ini meskipun dia kini berada di Turki. Ketika memberi keterangan, seorang ejen yang bertanggungjawab melindunginya berkata, mereka diarahkan membunuh pegawai keselamatan dan menanam bom di tepi jalan.
Saya mungkin memutuskan untuk berhenti berurusan dengan sistem perundangan dan menarik semua peguam serta peguam bela supaya turut sama. - Tariq al-Hashemi, Naib Presiden iraq
Hashemi, seorang berfahaman Sunnah didakwa menyokong skuad pembunuh yang menyasarkan jemaah Syiah dan pegawai kerajaan. 

Hashemi juga memberitahu temuramah kelmarin bahawa beliau tidak bersalah dan menjadi mangsa dalam permainan politik Maliki, seorang Syiah. 

Maliki dan Hashemi sering bertelagah sejak beberapa tahun lalu ketika Iraq berusaha kembali selepas beberapa tahun dilanda perang dan penjajahan diketuai tentera AS yang menggulingkan Presiden Saddam Hussein pada 2003. 

“Saya mungkin memutuskan untuk berhenti berurusan dengan sistem perundangan dan menarik semua peguam serta peguam bela supaya turut sama. 
“Saya sememangnya tidak bersalah dalam semua pertuduhan,” kata Hashemi yang mendakwa perbicaraan itu adalah balas dendam politik atas penentangannya terhadap Maliki sejak bertahun-tahun lalu. 

Kes itu mengancam menjejaskan urusan pentadbiran kerajaan Iraq dengan menyemarakkan kemarahan golongan Sunnah dan Kurdis terhadap Maliki yang dikritik membolot kuasa. 

Waran tangkap Hashemi dikeluarkan selepas pasukan terakhir tentera Amerika meninggalkan Iraq pada Disember lalu. – AP
'via Blog this'

Israel takut 60,000 roket musuh

Berita Harian Online | Israel takut 60,000 roket musuh:
SISTEM pertahanan anti roket Israel dipanggil 'Iron Dome' dilancarkan dari sistem peluru berpandu di bandar Ashdod dalam tindak balas terhadap pelancaran roket dari Gaza Palestin. - Foto AFP
SISTEM pertahanan anti roket Israel dipanggil
'Iron Dome' dilancarkan dari sistem peluru
 berpandu di bandar Ashdod dalam tindak balas
terhadap pelancaran roket dari Gaza Palestin. - Foto AFP



AS bantu Yahudi perkuat perisai sekat peluru berpandu Hamas, Hizbullah

WASHINGTON: Kumpulan lobi utama pro-Israel di Amerika Syarikat, AIPAC, menyambut baik keputusan Pentagon untuk memperuntukkan dana tambahan bernilai AS$70 juta (RM210 juta) bagi membantu memperkukuh sistem pertahanan anti roket Israel dipanggil 'Iron Dome'.
Penambahan dana terbabit diumumkan Setiausaha Pertahanan Amerika, Leon Panetta (gambar kecil), kelmarin selepas berunding dengan rakan sejawatannya dari Israel, Ehud Barak.
Penambahan dana itu adalah peruntukan bagi tempoh tiga tahun lagi berdasarkan penilaian tahunan terhadap keperluan keselamatan Israel. - Leon Panetta, Setiausaha Pertahanan Amerika
AIPAC menyambut baik keputusan Panetta dan percaya pengukuhan sistem ‘Iron Dome’ akan membantu Israel lebih berkesan melindungi penduduk daripada ancaman 60,000 peluru berpandu dan roket pejuang Hamas serta Hizbullah.

Sehingga April lalu, Israel menempatkan tiga unit sistem berkenaan yang dikatakan berjaya menyekat serangan roket pejuang Palestin ketika ketegangan meletus di Gaza.

Negara Yahudi itu sebelum ini sudah menyatakan bahawa ia memerlukan 13 hingga 14 unit lagi perisai itu untuk melindungi beberapa kawasan lagi.

Pada Mac lalu, sistem berkenaan memintas 80 peratus sasaran apabila hampir 300 roket dan mortar dilancarkan ke selatan Israel, membolehkan banyak nyawa dilindungi, kata jurucakap Jabatan Pertahanan Amerika. 
Sehingga ini, Amerika memberi bantuan AS$205 juta (RM615 juta) untuk membantu memperkuat sistem ‘Iron Dome’ yang dihasilkan firma kerajaan Israel, Raphael Advanced Defense Systems Ltd.

Sistem itu menggunakan peluru berpandu dilengkapi sistem radar bagi meletupkan roket Katyusha di udara, yang mempunyai jarak sasaran 5 hingga 70 kilometer, selain bom mortar.

Panetta berkata, penambahan dana itu adalah peruntukan bagi tempoh tiga tahun lagi berdasarkan penilaian tahunan terhadap keperluan keselamatan Israel.

“Matlamat saya ialah memastikan Israel memiliki dana diperlukan setiap tahun untuk menghasilkan sistem pertahanan itu bagi melindungi penduduknya,” katanya.

Panetta berkata, bantuan yang bernilai AS$70 juta itu akan diberi pada tahun kewangan terkini yang tamat pada September ini.

“Bantuan ini jika diluluskan Kongres bertujuan memastikan sistem berkenaan berfungsi dengan lancar,” katanya lagi. – Reuters
'via Blog this'

Penganut Kristian Filipina berhimpun bantah konsert Lady Gaga



SEJUMLAH penduduk berhimpun di Manila semalam bagi membantah konsert Lady Gaga yang akan berlangsung pada Isnin depan.


MANILA - Kira-kira 70 penganut Kristian yang terdiri daripada golongan muda di Filipina menjerit dalam satu perhimpunan di sini semalam bagi meminta konsert Lady Gaga dibatalkan.
Ketua protes yang juga bekas Ahli Kongres Filipina, Ben Abante berkata, kumpulan itu merancang untuk memfailkan kes terhadap Lady Gaga dan penganjur konsert itu.
Menurutnya, pihaknya akan berbuat demikian jika Lady Gaga menyanyikan lagu Judas semasa dia membuat persembahan pada Isnin dan Selasa depan.
Lagu itu dianggap menghina Nabi Isa.
Bekas Datuk Bandar Manila, Jose Atienza berkata, penyanyi dan pihak penganjur boleh dihukum kerana menyinggung perasaan bangsa dan agama.
Sebelum ini polis Indonesia enggan mengeluarkan permit untuk konsert Lady Gaga di Jakarta ekoran bantahan daripada beberapa kumpulan Islam. - Agensi

Asni jumpa botol arak cederakan pelancong



KERATAN Kosmo! semalam.


KUANTAN - Saksi pendakwaan memberitahu mahkamah, Asni Omar, 37, yang dituduh membunuh Stephanie Foray, 30, (gambar kecil) mencari dan menjumpai sendiri botol arak jenama Malibuyang dijadikan senjata untuk mencederakan mangsa ketika tertuduh dibawa oleh polis ke tapak pelupusan sampah Sarang Tiong di Rompin dekat sini.
Perkara tersebut diberitahu saksi kedua pendakwaan, Lans Korporal Jef Anashrul Mohd. Jaafar ketika dia disoal peguam bela Hisham Abd. Rahim yang mewakili tertuduh semasa perbicaraan yang masuk hari kedua kes pembunuhan pelancong wanita warga Perancis di Mahkamah Tinggi Kuantan di sini semalam.
Jef berkata, sebelum menemui botol arak itu, dia merupakan antara beberapa anggota polis yang mengiringi tertuduh ke lokasi pelupusan sampah itu untuk mencari barang bukti.
Kata saksi itu, polis meminta tertuduh mencari botol arak itu selepas usaha mencari botol arak yang diberitahu tertuduh digunakan sebagai senjata untuk mencederakan Stephanie gagal ditemui oleh polis yang mencari satu jam di lokasi sama.
Jef memberitahu, tertuduh menemui botol arak itu hanya selepas kira-kira 10 minit tertuduh diiringi mencari botol itu di tapak pelupusan sampah tersebut.

Maut kereta masuk longkang



BULATAN menunjukkan lokasi di mana kereta yang dipandu Zahidatul Akmam terbabas dan terhumban ke dalam longkang di Alor Pudak, Pendang semalam.


ALOR SETAR - Seorang kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terbunuh apabila kereta yang dipandunya terbabas ke dalam longkang di Alor Pudak, Pendang dekat sini ketika dalam perjalanan untuk melawat sepupunya yang terlibat dalam kemalangan.
Kejadian pukul 8 pagi semalam itu berlaku ketika Zahidatul Akmam Che Lah, 28, memandu kereta Proton Wira bersama sepupunya, Mohd. Haris Mohd. Sobri, 17, dalam perjalanan ke Alor Punti untuk melihat keadaan adik Mohd. Haris, Mohd. Hanif, 15.
Bagaimanapun, semasa dalam perjalanan, kereta dipandu Zahidatul Akmam terbabas ke dalam longkang menyebabkan wanita itu cedera parah dan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.
Jarak lokasi kemalangan yang membabitkan Zahidatul Akmam dan Mohd. Hanif kira-kira satu kilometer.
Ibu mangsa, Som Abd. Ghani, 57, berkata, pada pukul 7.30 pagi, keluarganya menerima berita mengenai Mohd. Hanif yang menunggang motosikal berlanggar dengan sebuah kereta ketika dia dalam perjalanan ke tempat tuisyen di Tanah Merah, Pendang.
Dalam kejadian itu, Mohd. Hanif hanya cedera ringan di beberapa anggota badan.
"Sebaik menerima berita kemalangan membabitkan Mohd. Hanif, saya, menantu (Ahmad Nazri Ismail, suami Zahidatul Akmam) dan keluarga remaja itu bergegas ke tempat kejadian dengan menaiki sebuah kereta.

Besi tembus kereta



ROZIANA menenangkan suaminya, Mohd. Ali selepas kereta mereka ditembusi besi penghadang lebuh raya di Kilometer 214.9, Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan susur keluar Changkat Jering di Taiping semalam.


TAIPING - Berpantang maut sebelum ajal. Itulah yang berlaku kepada tiga beranak yang terselamat walaupun kereta Proton Saga yang dinaiki mereka ditembusi besi penghadang lebuh raya sepanjang 15 meter selepas kenderaan itu terbabas ke tepi lebuh raya.
Semasa kejadian pada pukul 2.30 petang di Kilometer 214.9, Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan susur keluar Changkat Jering itu, pemandu kereta, Mohd. Ali Mohd. Hussin, 33, isterinya, Roziana Abu Samah, 29, dan anak lelaki pasangan itu, Mohd. Haziq, 3, dalam perjalanan ke Petaling Jaya, Selangor.
Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi kejadian, Mohd. Ali yang memandu kereta dipercayai mengantuk menyebabkan kenderaan itu merempuh penghadang lebuh raya.
Kejadian itu menyebabkan, Mohd. Ali tersepit dalam kereta dipandunya dan terpaksa dikeluarkan dengan bantuan orang ramai.
Difahamkan keluarga itu berasal dari Kulim, Kedah dan mahu ke Petaling Jaya untuk menziarahi kakak Roziana di Petaling Jaya.
Roziana yang sedang memangku anaknya ketika kejadian berkata, sebelum terbabas kereta dipandu suaminya bergerak terhuyung-hayang.
"Suami ketika itu juga memberitahu dia mahu berhenti rehat di kawasan Rehat dan Rawat Changkat Jering yang terletak 10 kilometer dari tempat kejadian.
"Bagaimanapun, sebelum sempat berhenti rehat, kereta kami terlebih dulu terlibat dalam kemalangan," katanya yang hanya cedera ringan.

Lima terbunuh nahas Land Cruiser


Anggota polis memeriksa Land Cruiser yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 71.5, Jalan Sri Aman-Kuching dekat Simunjan Sri Aman semalam.


SRI AMAN - Lima lelaki termasuk tiga beradik terbunuh apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler dalam kemalangan ngeri membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 71.5, Jalan Sri Aman-Kuching berhampiran Simunjan dekat sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 4.15 petang, kelima-lima mangsa yang terbunuh itu menaiki pacuan empat roda jenis Toyota Land Cruiser dan sewaktu kejadian kenderaan itu dalam perjalanan dari arah Kuching menghala ke Sri Aman.
Lima mangsa yang maut ialah tiga beradik, Chiu Siong Kai,32, Chiu Chi Siong,42, dan Chiu Seow Khong,38.
Dua lagi yang terbunuh ialah pemandu Land Cruiser, Wong Siew Yung, 36, dan seorang lagi penumpangnya Allan Richard Wan, 40.
Semua mangsa tersepit dalam Land Cruiser dinaiki mereka dan mayat kesemua mangsa terpaksa dikeluarkan pasukan bomba dan penyelamat.
Ketua Polis Daerah Sri Aman, Deputi Superintendan Mat Jusoh Muhammad berkata, kemalangan itu dipercayai berpunca daripada Land Cruiser yang dipandu laju ketika hujan.
"Sampai di tempat kejadian yang berbukit dan sedikit berselekoh Land Cruiser itu terbabas memasuki lorong bertentangan dan bertembung dengan sebuah treler yang menghala ke arah Kuching.
"Pertembungan itu menyebabkan Land Cruiser tersebut remuk teruk manakala treler itu pula terbabas ke bahu jalan," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.

Mati terkejut gerai terbakar


BEBERAPA peniaga hanya mampu melihat gerai mereka musnah dijilat api di Pasar Borong Kangar semalam.


KANGAR - Seorang pemborong sayur meninggal dunia akibat diserang sakit jantung selepas terkejut melihat gerai sayur miliknya di Pasar Borong Kangar di sini terbakar pagi semalam.
Kamaruddin Bahari, 72, (gambar kecil) sebelum itu, mengadu sakit dada sebaik gerai sayurnya musnah dijilat api dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu.
Abang mangsa, Kafeli Bahari berkata, selepas tidak tahan dengan kesakitan dialaminya, Kamaruddin beredar pulang dan tidak lama selepas itu dia rebah ketika menunaikan solat Subuh di rumahnya di Kampung Sanglang di sini.
Ujarnya, mangsa yang ketika itu tenat terus dibawa oleh anaknya ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini untuk mendapatkan rawatan.
"Bagaimanapun, sejam selepas dirawat, Kamaruddin meninggal dunia di HTF akibat serangan jantung," katanya di sini semalam.
Kafeli yang juga merupakan Setiausaha Pasar Borong itu berkata, abangnya terlalu sedih kerana gerai dan stor sayur miliknya yang diusahakan sejak 20 tahun lalu musnah dalam kebakaran itu.

Tangan robotik dikawal dengan minda


KOMBINASI gambar yang disiarkan pada Rabu lalu menunjukkan Hutchinson menggerakkan tangan robotik dengan menggunakan mindanya.


NEW YORK - Seorang wanita lumpuh dari negeri Massachusetts, Cathy Hutchinson mengawal pergerakan sebuah tangan robotik dengan menggunakan mindanya.
Teknologi terbaharu itu dapat membantu memudahkan kehidupan harian Hutchinson yang lumpuh seluruh badan sejak 15 tahun lalu.
Wanita itu mengarahkan tangan robotik tersebut untuk melakukan pelbagai tugas seperti mengangkat sebotol air kopi dan meletakkan minuman itu ke dalam mulutnya.
Inovasi tersebut disiarkan jurnal Nature di Internet pada Rabu lalu.
Ia dihasilkan oleh beberapa saintis Universiti Brown, Pusat Perubatan Providence VA di Pulau Rhode, Sekolah Perubatan Harvard dan beberapa tempat lain.
Tangan robotik tersebut dikawal dengan bantuan cip sebesar sebiji pil yang ditanam ke dalam otak manusia.
Ia menerima input aktiviti elektrik sel otak apabila individu berkenaan berimaginasi dia sedang menggerakkan tangannya.
Cip berkenaan kemudian menghantar isyarat tersebut ke sebuah komputer yang kemudian menggerakkan tangan robotik itu. - Agensi

Roda Ferris unik di Turkmenistan



SEBANYAK 24 kabin roda Ferris berpusing dalam sebuah struktur seni bina yang unik di Ashgabat semalam.


ASHGABAT, Turkmenistan - Sebuah roda Ferris di sini diiktiraf Guinness World Records sebagai yang terbesar di dunia bagi kategori berpusing di dalam sebuah struktur seni bina.
Sebanyak 24 kabin yang setiap sebuah mempunyai enam tempat duduk berpusing di dalam sebuah struktur seni bina tersebut.
Terdapat bentuk bola yang berwarna keemasan di bahagian tengah struktur seni bina itu.
Roda Ferris yang terletak di Taman Tema Aghgabat itu mempunyai diameter 47.6 meter. - Agensi

Bas terjunam ke tebing sungai, 34 maut




BEBERAPA anggota penyelamat mencari mangsa yang terselamat dalam bas yang terjunam ke tebing sungai di Dak Lak kelmarin.



HANOI - Sebuah bas terjunam dari sebuah jambatan di tengah Vietnam menyebabkan 34 penumpang terbunuh manakala 21 lagi cedera malam kelmarin.
Ia merupakan antara nahas jalan raya yang paling dahsyat di Vietnam.
Seorang pegawai tempatan, Tran Bao Que berkata, bas dengan 50 tempat duduk itu hilang kawalan sebelum ia menjunam pada ketinggian 18 meter ke tebing Sungai Serepok.
Sebahagian badan bas itu tenggelam ke dalam sungai tersebut.
"Semasa kejadian, penumpang bas sedang tidur," kata seorang mangsa yang terselamat, Nguyen Van Khanh kepada portal berita tempatan, Dan Tri.
Menurutnya, anggota-anggota penyelamat mengambil masa selama empat jam untuk mengeluarkan semua mayat mangsa.
Bas itu dalam perjalanan sejauh 350 kilometer menuju ke Bandar Ho Chi Minh dari wilayah Dak Lak. - Agensi